Thursday, August 16, 2018

Mansuh Tol: Tony Pua Kata Pampasan RM25Bilion, Baru Bian Pula RM400Bilion


Kenapa tak guna sahaja anggaran yang dibuat oleh Tony Pua untuk menghapuskan tol?

Sejurus selepas saya dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Oktober 2008, saya telah menukar status Akta Rahsia Rasmi (OSA) supaya tidak lagi termaktub dibawah akta berkenaan. Akibat itu, semua perjanjian konsesi-konsesi tol jalanraya boleh disemak oleh orang-ramai. Tidak lama selepas itu, kerajaan saya telah mengumumkan bahawa untuk menghapuskan kesemua konsesi tol jalanraya di negara ini memerlukan kos RM231 bilion.

Tetapi, pada masa itu pemimpin DAP – Tony Pua menuduh kita sebagai penipu. Menurutnya, berdasarkan perkiraan dibuatnya, ia hanya melibatkan kos RM25 bilion sahaja, dan bukan RM231 bilion sebagaimana yang kita dedahkan.


BACA: Buy-back of privatised highway concessions more cost effectivehttp://www.thenutgraph.com/buy-back-of-privatised-highway-concessions-more-cost-effective/

Semalam, Menteri Kerja Raya dari kerajaan Pakatan memberitahu parlimen bahawa adalah sangat sukar untuk menghapuskan semua tol seperti yang dijanjikan kerana kos untuk berbuat demikian ialah sebanyak RM400 bilion – jauh lebih tinggi dari apa yang telah kerajaan BN umumkan dahulu.

TENGOK: Video: Mansuh tol – Nilai pampasan RM400 bilion jelas Menteri Kerja Raya, Baru Bian https://youtu.be/6IIUFBukkcc
Oleh itu, saya mencadang kerajaan Pakatan seharusnya menugaskan Tony Pua dalam usaha menghapuskan semua tol jalanraya bagi menepati antara janji utama manifesto PRU14 mereka.

Saya percaya bahawa Tony Pua dan DAP bukan penipu dan pengiraan mereka yang jauh lebih murah adalah tepat – bukan hanya dibuat untuk menipu undi rakyat dan tidak mungkin DAP selalu salah titik perpuluhan Sekarang, saya juga pengguna jalanraya yang membayar tol. Oleh itu, saya juga turut gembira jika semua tol dihapuskan sebagaimana janji manifesto Pakatan Harapan. Apatah lagi, syarikat konsesi-konsesi tol berkenaan bukan kroni mahupun rakan-rakan saya tetapi mereka adalah dari era seorang perdana menteri sebelum saya.

Ketika saya menjadi PM, saya berterusan berusaha untuk menghapuskan banyak plaza tol di seluruh negara dan pada tempoh ini, malah tidak ada satu tol lebuhraya pun yang dimiliki oleh syarikat kerajaan bersama KWSP, PLUS Highways Berhad menaikkan kadar tol walaupun sekali.

Tetapi, harus diketahui bahawa kerajaan saya juga menghadapi kesukaran ketika itu untuk tidak membenarkan tol dimiliki pihak swasta dari menaikkan kadar tol kerana terikat dengan perjanjian konsesi yang dirunding dan dimeterai semasa Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ke-4.
Mansuh Tol: Tony Pua kata pampasan RM25bilion, Baru Bian pula RM400bilion

14 comments:

Anonymous said...

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan
apa-apa yang tiada kamu kerjakan.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.

22 thaun buat macam macam bebanan untuk rakyat
lani belagak hero nak jadi jaguh
tapi tak sampai kemana pung
teringin lagi nak pm 10 thaun

tpm kat kerajaan tak payah minta maaf kat rakyat
tak dapat tunai janji

belagak sombong kerajaan ni
pakatan dah mula ikut perangai setan

Anonymous said...

mca dh insaf .... pila peluk mca pulak. tkyah peluk umno lah.

bkn soal sombong tp soal nya ph berkuasa sekarang

Anonymous said...

Sape yg naikkan tol 100% tol karak highway?.. Janji BN pru13 tol tak naik...

Anonymous said...

Mca dah pegi masjid sekarang...jadi ahli pas boleh undi mca tanpa was was...ahli mca pon pangkah pas di sri setia..

Anonymous said...

Wah barua pakatun sedang meroyan histeria.

Anonymous said...

Tetapi pakatun pula telah berjanji akan hapuskan tol di seluruh negara jika pakatun menang. Malangnya kita masih membayar tol sekarang. Mana janji pakatun?

Bukankah puak yang biasa sengaja memungkiri janji adalah puak munafiqun? Pakatun munafiqun?

Anonymous said...

Selepas ini barua pakatun tanpa merasa malu dan segan akan jawab janji pakatun untuk pengundi pakatun! Masalahnya sekarang ialah pengundi pakatun pun terpaksa bayar tol sambil menyumpah seranah pakatun.

Anonymous said...

Baca janji dlm buku harapan..

Janji 6: Menghapuskan kutipan tol
Syarikat-syarikat yang diberikan konsesi tol oleh
kerajaan menikmati keuntungan yang sangat tinggi.
Buktinya ialah sebuah syarikat, iaitu MAJU Holdings, boleh
menawarkan untuk mengambil alih Lebuhraya PLUS
dengan janji untuk tidak menaikkan bayaran tol selama
20 tahun. Jika konsesi itu tidak untung, bagaimana
mungkin MAJU Holdings menawarkan untuk mengambil
alih tanpa menaikkan bayaran sebegitu lama?
Tetapi UMNO dan Barisan Nasional terus membiarkan
syarikat penerima konsesi, seperti PLUS, terus menerus
menekan rakyat demi keuntungan, walaupun ia
adalah syarikat milik kerajaan. Jelas sekali, UMNO dan
Barisan Nasional tiada keinginan untuk menghentikan
kenaikan harga tol. Malahan, perjanjian yang mereka
tandatangani memaksa wang rakyat digunakan untuk
memberi pampasan berbilion ringgit kepada syarikat-
syarikat terpilih. Walaupun tol mungkin tidak dinaikkan
atau dihapuskan, syarikat-syarikat terpilih itu terus
mengaut keuntungan akibat perjanjian berat sebelah.
Pakatan Harapan berpegang dengan prinsip bahawa
monopoli konsesi yang dimiliki oleh syarikat-syarikat
tertentu yang rapat dengan kerajaan perlu dihentikan.
Kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula
semua perjanjian konsesi lebuhraya. Kami akan
berunding untuk mendapatkan harga yang terbaik
untuk mengambil alih setiap konsesi tol dengan
matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara
berperingkat.

Anonymous said...

Dah di sebut secara berpeingkat....ade yg tak paham ato nak putarbelit..

Anonymous said...


Pakat lah dengan PAS... minta MP PAS maklumkan Dewan bahawa mengikut perkiraan PAS untuk menghapuskan konsesi tol cuma RM 40 billion dan bukan nya. 400 Billion.

Gerenti PAS memang prk nanti

kah kah kah

Apa Najib buat dalam Dewan semasa Menteri maklumkan jumlah tersebut..

Anonymous said...

Ko pon bukan undi PH baik diam
..

Anonymous said...

Pas hanye janji nak urus nikah kawin ramai2 dan yg tunggal2... Babi tunggal tak kira

Anonymous said...

Tak heran ramai penjilat juboq Tony Pua yang anti Islam dan PAS.
ha ha ha

Anonymous said...

ManiPISSto la katakan...surely terminum ayak kencing tony

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails