Saturday, December 26, 2009

Akan Muncul Agama Sesat Baru 1 Malaysia?



"SEJARAH membuktikan bahawa timbul berbagai agama sesat hasil dari gabungan pelbagai kepercayaan semata-mata atas dasar kemanusiaan dan penyatuan seperti Agama Bahai, Agama Sikh, Agama Langit Ayah Pin dan lain-lain lagi. Saya khuatir akan muncul lagi satu agama sesat baru di Malaysia yang dinamakan Agama 1Malaysia."

Demikian komen blog Warta Shubhi http://wartashubhi.blogspot.com/, klik di sini. Seterusnya lihat Ibnu Hasyim...

Aceh Selepas 5 Tahun Tsunami.. Di Mana Syariat?

Catatan Santai:

Kenangan Dari Aceh..


Hari Teguh Patria -Aceh Tengah: Kanak-kanak ini, Nur (9), sedang mengawasi kerbau-kerbau yang sedang merumput di sebuah area persawahan di Desa Kenawat, Kecamatan Lut Tawar, Aceh Tengah. Tetap tenang. Gambar Jumaat September 11, 09


Bedu Saini- Aceh Barat: Tsunami 5 tahun lalu menyelamatkan diri. Satu keluarga panik berlarian untuk menyelamatkan diri saat gelombang tsunami datang dari arah belakang mereka, Minggu (Disember 26, 2004) di Simpang Lima, Banda Aceh. Foto ini baru diperoleh kembali, hari Khamis Januari 13, 09, setelah seseorang mengantar kembali kamera Akhbar Serambi yang hilang ketika bencana itu terjadi. Imbas kembali kenangan lama.


Bedu Saini -Aceh Barat: Suasana Simpang Lima Banda Aceh setelah lima tahun tsunami. Gambar Sabtu Dis 19, 09. Tenang.

Surfing Lhok Nga -Aceh Besar: Ruli, seorang surfer Aceh sedang melewati left barrel (bungkusan ombak kiri) di Lhok Nga, Aceh Besar, Desember 3, 2009. Pantai Lhok Nga ini banyak dikunjungi oleh surfer lokal dan mancanegara saat angin timur tiba di bulan November - Mac. Seolah-olah tsunami tidak datang lagi.-RIZA ADRIAN TOJIR


Kecamatan Kebayakan -Aceh Tengah: Khalwat diarak massa, 4 pria dan seorang wanita tersangka pelaku khalwat diarak massa di jalan Kampung Mendale, Kecamatan Kebayakan, Aceh Tengah, Isnin November 30, 09. Rakyat mahukan Syariat Islam sepenuhnya, tetapi Gubnurnya masih berdolak dalih, tiada alasan menasabah. -PROHABA/JALIMIN


Ibnu Hasyim
Catatan Santai
e-mail Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com

Dis 26,09


Esok, Himpunan UMNO Ambil-alih S'ngor Januari Ini?

Rampas Selangor selewat-lewatnya Januari ini..
Itukah arahan Najib?

SHAH ALAM, 26 Dis 09: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat. Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. "Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini. "Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'. Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat. (AK)

5 Sebab K/Pusat Wajib Bayar Royalti Minyak -GEGAR

BESUT, 26 Dis 09: LIMA sebab mengapa kerajaan Pusat mesti mengembalikan royalti petroleum kepada rakyat melalui kerajaan negeri. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah pada sidang media yang diadakan di sini, petang semalam.

Gegar adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan pada awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.

Menurut mereka, sebab-sebabnya ialah:

Pertama
, perjanjian yang telah ditandatangani antara Menteri-menteri Besar bagi negeri-negeri di Semenanjung pada tahun 1975 dengan Pengerusi Petronas ketika itu, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah adalah sah dan Petronas adalah terikat kepada perjanjian ini. Bagi Negeri Terengganu, pemberian royalti yang telah diberikan bermula 1978 sehinggalah ianya diubah kepada “wang ehsan” pada tahun tahun 2000.

Persoalannya, kenapa dulu dikenali sebagai royalti dan kenapa sekarang ianya dikenali sebagai wang ehsan sedangkan berdasarkan kepada perjanjian, dengan terang ianya ditakrifkan sebagai royalti dan bukan ehsan. Bagi negeri Kelantan, perjanjian telah ditandatangani antara Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas. Perjanjian ini telah mengikat kerajaan Persekutuan untuk memberi royalti kepada kerajaan Kelantan sebanyak lima peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun. Perjanjian ini tidak pernah dibatalkan.

Kedua, Akta Kemajuan Petroleum 1974 seksyen 4 telah menetapkan supaya Perbadanan (Petronas) hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai kepada kerajaan negeri sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak bagi negeri tersebut. Berasaskan peruntukan ini, penganugerahan wang tunai kepada negeri-negeri yang perairannya mempunyai minyak telah dibuat sejak dahulu.

Ketiga, kenyataan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa negeri Kelantan dan Terengganu tidak layak untuk mendapat royalti petroleum kerana petroleum yang dikeluarkan adalah dari luar kawasan perairan negeri-negeri ini (luar states territorial waters’ – ukuran melebihi tiga batu nautika seperti dalam Akta Pelantar Benua 1966) adalah tidak relevan dalam konteks pengeluaran minyak dan pembayaran royalti ini.

Sebagai contoh, perjanjian yang telah ditandatangi oleh Menteri Besar Kelantan pada tahun 1975 dengan Pengerusi Petronas tidak menetapkan perkara ini sebagai syarat. Malah, berdasarkan hansard soal jawab Parlimen bertarikh 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Razak ketika menjawab soalan di Parlimen menjelaskan bahawa mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing sama ada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.

Dari segi sejarah, pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu telah dibuat walaupun pelantar cari gali minyaknya berada di luar dari tiga batu nautika. Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Eksklusif yang diusahakan antara Petronas dengan Kerajaan Thailand di Laut China Selatan/Teluk Siam.

Keempat, pembayaran yang sepatunya adalah royalti dan bukan wang ehsan. Perjanjian pada 1975 itu menyebut pembayaran wang tunai dan bukan wang ehsan. Wang ehsan dan royalti adalah berbeza kerana wang ehsan memberi makna pemberian simpati sedang wang royalti adalah wang yang mesti dibayar hasil daripada perjanjian dan perundingan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Wang royalti hendaklah dibayar kepada kerajaan yang mentadbir secara sah di sesebuah negeri berkenaan. Sebaliknya, pembayaran wang ehsan kepada jabatan persekutuan yang beroperasi di negeri akan membuka peluang kepada pembaziran, pertindihan dan penggunaan wang secara tidak optimum kerana perancangan dan pembangunan untuk rakyat di negeri adalah dipimpin oleh kerajaan negeri.

Kelima, Kerajaan Persekutuan mestilah secara adil menegakkan konsep federalisme (persekutuan) kepada semua negeri di Malaysia. Konsep federalisme menekankan kepentingan hubungan yang harmoni dan berkesan antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri setelah bidang kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ditetapkan dalam perlembagaan negara.

Dalam amalan federalisme, negeri yang berada dalam Persekutuan diberikan kuasa autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urus di bawah bidang kuasa mereka dengan berkesan. Melalui perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan. Dalam konteks ini, pemberian wang royalti oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri adalah bukti penegakan konsep federalisme kerana kerajaan negeri berhak untuk merancang dan menentukan penggunaan wang royalti untuk kepentingan rakyat negeri berdasarkan bidang kuasa negeri.

Dengan itu, kata mereka, hujah pihak yang menolak pembayaran royalti iaitu minyak yang dikeluarkan adalah dari luar kawasan perairan negeri; negeri hanya layak menuntut jika minyak ditemui dalam jarak tiga batu nautika serta negeri (seperti Kelantan) tidak layak menuntut royalti minyak daripada Zon Ekonomi Eksklusif kerana ia bukan negeri adalah tidak dapat dipertahankan.

“Kesemua fakta dan hujah di atas menunjukkan kerajaan Persekutuan tidak ada pilihan melainkan membayar royalti kepada kerajaan negeri yang berkenaan yang seharusnya menggunakannya dengan sebaik-baik untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat jelata,”ujar mereka lagi. (AK)

Obama Dihadiahkan Nobel Keamanan, Mengapa? -Yusuf Al-Qardhawi

By Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi



ADA masalah lain yang ingin saya bicarakan secara singkat. Obama menerima Hadiah Nobel Perdamaian. Saya tidak tahu mengapa mereka memberinya hadiah ini.

Apa yang membuat Mr Obama layak mendapatkan hadiah? Tidak ada perdamaian di Irak. Tidak pula Afghanistan. Tidak di Somalia. Tidak ada perdamaian di negara manapun. Bahkan dia tidak berjaya memaksa Israel menghentikan aktiviti permukiman.

Obama menarik balik beberapa tentera dari Irak, hanya untuk mengirim mereka ke Afghanistan, dari satu perang ke perang yang lain, kepada suatu pertumpahan darah yang lain.

Darah terus ditumpahkan di Irak dan di Afghanistan, dan saya harus menambahkan Pakistan, Yaman, Sudan, dan seterusnya. Dunia ini mendidih dengan perang, jadi untuk apa Mr Obama mendapatkan Hadiah Nobel Perdamaian?”

Itulah kenyataan dan seruan Syeikh Yusuf Al Qardhawi melalui televisyen Qatar, baru-baru ini. (2MA)

Anne Ngasri: Buka Tudung Pakai Tudung, Permain Agama?

HALAMAN HIBURAN
SABTU Disember 26, 200. mStar melaporkan: Anne Ngasri Buka Tudung Kerana Niat Cari Rezeki

AKTRES
kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung. Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan. Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.

“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.
“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.
“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.

Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.

“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.
“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.
“Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki Abdul Warits dan Abdul Wardi.

Ketika ditanya tentang tawaran berlakon dengan penampilan bertudungnya, kata Anne dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Saya percaya rezeki itu datang dari-Nya, kalau kita berubah ke arah kebaikan pasti Allah membuka jalan rezeki yang lain untuk saya,” ujar Anne yang tidak mahu komitmen terhadap lakonan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Bercerita tentang lakonannya dalam drama Mayang Mengurai, Anne memegang watak sebagai Mayang Indra, adik kepada Mayang Mengurai yang mempunyai kuasa untuk memukau orang.

“Saya terpaksa mengunakan bulu mata palsu yang tebal di bahagian atas dan bawah. Sebelum ini saya jarang mengunakan bulu mata palsu ketika berlakon.
“Untuk bawa watak Mayang Indra, saya perlu membaca buku-buku dongeng puteri seperti Cinderella dan Rapunzel,” kata Anne.

Mayang Mengurai
merupakan adaptasi cerita dongeng Rapunzel yang akan ke udara pada jam 4.30 petang mulai Isnin (12 Januari) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3. Antara barisan pelakon drama bersiri itu adalah Tania Hudson (Mayang Mengurai), Zarina AF (Mayang Merdu), Ammar (Khalif), Kamal Adli (Shahrul), Sabrina Ali (Kornilam) dan ramai lagi.

Anne mengakui dia tidak mahu pengambaran yang dilakukan di luar Kuala Lumpur kerana enggan berjauhan dengan anak-anaknya.

“Setiap tawaran saya akan pastikan tidak ada pengambaran yang jauh-jauh dari Kuala Lumpur, untuk cerita ini ada babak yang dibuat di Perak, jadi saya terpaksa ulang alik setiap hari dari rumah ke sana,” kata Anne yang juga tidak mahu memegang watak utama kerana komitmen yang tinggi.
“Saya lebih gemar membawa watak pembantu berbanding watak utama, ini kerana saya tidak mahu komitmen, saya lebih senang dengan watak pembantu,” kata Anne mengakhiri perbualan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Artres ini sejak pulang dari umrah telah bersedia memulakan perubahan ke arah kebaikan dengan memakai tudung. Namun kerana mencari rezeki melalui lakonan terpaksa buka tudung semula. Kita berdoa semoga dia menemui kebenaran dan tidak tergolong di kalangan kaum yang mempermainkan agama atau hukum Allah SWT.

Kita juga perlu berdoa, semoga Allah SWT bukakan pintu rezeki yang mencurah-curah dari langit kepada artis dan artres kita yang ingin kembali ke jalan Allah dengan meninggalkan bisnes atau rezeki melalui hiburan yang bertentangan dengan agama Allah. Amin!!

Friday, December 25, 2009

Enjin Hilang: Berdosa Kepada 30 Juta Rakyat -Nik Aziz

KOTA BARU, Dis 25 — Pihak-pihak terlibat dalam insiden kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk dipercayai didalangi warga kerjanya telah berdosa kepada setiap rakyat negara ini, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Orang yang terlibat bukan saja berdosa dengan Tuhan, tapi berdosa juga dengan rakyat. Kalau rakyat Malaysia ini ada seramai 30 juta, maka orang itu berdosa dengan 30 juta rakyat.

“Sebab enjin itu adalah hak kerajaan dan bila sebut kerajaan ia termasuk lah semua rakyat,” kata Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Dengan nada yang sinis Nik Aziz berkata mustahil enjin itu boleh hilang dengan begitu mudah jika tidak ada dalang atau pengatur skrip di sebalik tragedi itu memandangkan prosedur kawalan ketat di pangkalan TUDM.

Baru-baru ini insiden kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM mengejutkan banyak pihak. Sistem kawalan keselamatan negara dipandang rapuh apabila Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi mendedahkan di samping enjin beberapa peralatan kelengkapan lain juga didapati hilang. (AK)

Aktres & P'cara Tv Ditahan Di P/Hiburan Haram, Siapa?

HALAMAN HIBURAN
Beberapa orang wanita dibawa keluar oleh anggota polis dari sebuah pusat hiburan haram yang terletak di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi. Serbuan pada 3.15 pagi itu mendapati pusat hiburan berkenaan telah beroperasi secara haram semenjak beberapa bulan lepas. Ketika serbuan, polis turut menahan seorang pelakon lelaki yang juga pengacara program hiburan televisyen. fotoBERNAMA

Pelakon Lelaki Ditahan Enggan Jalani Ujian Dadah

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki yang juga pengacara program hiburan televisyen antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini awal pagi ini.

Artis yang berusia 28 tahun itu enggan menjalani ujian air kencing manakala dua lagi artis lelaki, kedua-duanya berumur 40-an, dibebaskan selepas ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.

"Dua individu ditahan kerana bertindak kasar serta memaki hamun polis manakala dua lagi ditahan kerana tidak memiliki kad pengenalan diri yang sah," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus selepas selesai serbuan di pusat hiburan itu.

Sharifah Hawariah berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati telah beroperasi tanpa lesen lebih enam bulan pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.

"Ketika serbuan, terdapat 361 pengunjung termasuk 113 wanita dengan lima daripada mereka turut ditahan," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Memang pusat hiburan menjadi virus punca segala maksiat. Mengapa kerajaan masih biarkan berleluasa? Malam minggu di KL sahaja berpuluh-puluh pusat hiburan begitu masih beroperasi berleluasa, terutama di Jalan Bukit Bintang. Tak tahulah pula ada pusat hiburan yang haram atau halal? Takkan menteri-menteri tak tahu banyak pusat-pusat begitu di KL, atau tak kenal juga 'halal-haram'?

Cepat-cepatlah kena bagi PAS bersama PR memerintah Malaysia. (AK)

Perutusan Kepada Kawan-kawan Di Hari Krismas



BLOG Ibnu Hasyim mengirim perutusan kepada rakan-rakan penganut-penganut Kristian di negara ini, negeri jiran bahkan di seluruh dunia. Perutusan berbentuk nasihat seperti yang diajarkan oleh agama Kristian sendiri dan juga Islam, semasa menyambut Hari Krismas atau di waktu lain. Peringatan menyenai minuman keras.

MENURUT KRISTEN.


Amsal 31: 6-7
:


6. Berikanlah
minuman keras itu kepada orang yang akan binasa, dan anggur itu kepada yang susah hati.

7.
Biarlah ia minum dan melupakan kemiskinannya, dan tidak lagi mengingat kesusahannya.

Kejadian 9:21-22, Nabi tapi suka teler!??!!

21 Setelah ia minum anggur, mabuklah ia dan ia telanjang dalam kemahnya.

22 Maka Ham, bapa Kanaan itu, melihat aurat ayahnya, lalu diceritakannya kepada kedua saudaranya di luar.

Kejadian 9:24


" Setelah Nuh sadar dari mabuknya dan mendengar apa yang dilakukan anak bungsunya kepadanya,"

Kejadian 19:32


"Marilah kita beri ayah kita minum anggur, lalu kita tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita."

Bilangan 6:20


kemudian haruslah imam mengunjukkan semuanya itu ke hadapan TUHAN sebagai persembahan unjukan; semuanya itu menjadi bagian kudus bagi imam, beserta dada persembahan unjukan dan beserta paha persembahan khusus. Sesudah itu barulah boleh orang nazir itu minum anggur."


Bilangan 28:7


Dan korban curahannya ialah seperempat hin untuk setiap domba; curahkanlah minuman yang memabukkan sebagai korban curahan bagi TUHAN di tempat kudus.


Yesus bukanlah "orang yang suka merusak kesenangan orang lain", para peminum berkata, dia mengubah air menjadi anggur dalam catatan keajaibannya yang pertama dalam Injil:

Yohannes

2:7 Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu: "Isilah tempayan-tempayan itu penuh dengan air." Dan merekapun mengisinya sampai penuh.
2:8 Lalu kata Yesus kepada mereka: "Sekarang cedoklah dan bawalah kepada pemimpin pesta." Lalu merekapun membawanya.
2:9 Setelah pemimpin pesta itu mengecap air, yang telah menjadi anggur itu dan ia tidak tahu dari mana datangnya, tetapi pelayan-pelayan, yang mencedok air itu, mengetahuinya--ia memanggil mempelai laki-laki,
2:10 dan berkata kepadanya: "Setiap orang menghidangkan anggur yang baik dahulu dan sesudah orang puas minum, barulah yang kurang baik; akan tetapi engkau MENYIMPAN ANGGUR YANG BAIK sampai sekarang."

Alkohol direkomendasikan lebih baik dari air!:

I Timotius 5:23 Janganlah lagi minum air saja, melainkan TAMBAHKANLAH ANGGUR sedikit, berhubung pencernaanmu terganggu dan tubuhmu sering lemah.

Yesus sendiri seorang peminum berat:

"Yohanes Pembaptis tidak makan roti dan tidak minum anggur (arak) tapi anak manusia (Yesus) makan (roti) dan minum (anggur), dan kamu berkata lihatlah Yesus seorang pelahap (makannya rakus) dan PEMINUM sahabat pemungut cukai dan orang berdosa (Lukas 7:34)."

Makanya negeri-negeri kristen itu umumnya negeri Pemabok. Dan jangan heran bila para pendeta dan pastor adalah para pecandu minuman keras. Sebab tiap minggu mereka selalu minum anggur yang memabukan. Mula-mula sedikit, tapi berhubung tidak ada larangan dalam agamanya makanya lama-lama jadi pecandu berat. Republik Afrika Selatan dengan populasi kulit putih yang sedikit, 4 juta di antara seluruh populasi yang berjumlah 30 juta, lebih 300.000 penduduknya adalah pencandu alkohol.

Di dekat Zambia, Kenneth Kaunda menyebut orang-orang ini "pemabuk!". Perlu diingat bahwa "kulit berwarna" di Afrika Selatan mempunyai jumlah pencandu minuman alkohol 5 kali lebih banyak dari ras lain dalam negara tersebut. Untuk orang-orang Indian dan Afrika tidak ada statistik yang tersedia untuk masing-masing pemabuk.


Jimmy Swaggart seorang pendeta yang sering melakukan ceramah di TV mencatat dalam bukunya "Alcohol" bahwa Amerika mempunyai 11 juta pencandu minuman alkohol, dan 44 juta "pencandu berat minuman alkohol!", dan dia, seperti seorang Muslim yang baik, mengatakan bahwa dia melihat tidak ada perbedaan antara keduanya. Baginya mereka semua adalah pemabuk!

MENURUT ISLAM

The Holy Quran, 5:90-91


"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu
)"

The Holy Quran, 2:21


"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfa`at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa`atnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir."

Islam tegas sekali bahwa segala minuman yang memabukan adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan setan, maka jangan sekali-kali menyentuhnya. Ketika ayat tentang pengharaman minuman keras turun maka jalanan kota Madinah mengalir arak yang ditumpahkan pemiliknya.


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:


Aku sedang memberi minum kepada para tetamu di rumah Abu Talhah pada hari pengharaman arak. Mereka hanya meminum arak yang diperbuat dari buah kurma. Tiba-tiba terdengar satu seruan yang memberitahu. Keluar dan lihatlah! Akupun keluar, ternyata ada satu suara yang mengumumkan: "Sesungguhnya arak telah diharamkan."

Arak
mengalir di jalan-jalan Madinah Abu Talhah berkata kepadaku: "Keluarlah dan curahkanlah arak itu', Lalu aku mencurahkannya.

Tiba-tiba ada orang berkata: "Si anu telah terbunuh, si anu telah terbunuh, sedangkan perutnya dipenuhi dengan arak."

Perawi Hadis berkata, aku tidak tahu apakah itu juga termasuk dari Hadis Anas. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat: yang bermaksud: "Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kerana makanan yang telah mereka makan dahulu apabila mereka telah bertaqwa serta beriman dan mengerjakan amalan soleh"
[Shahih Bukhari, Muslim, kitab minuman bab pengharaman arak].

Menurut ajaran Islam, sesuatu yang menyebabkan mabuk adalah haram.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang minuman yang dibuat daripada madu arak. Baginda menjawab: "Setiap minuman yang memabukkan adalah haram"
[Shahih Bukhari, Muslim, kitab minuman].

Diriwayatkan bahwa ketika Rasulullah saw Isra’ dan mi’raj beliau saw di suruh memilih dua minuman yakni arak dan susu maka beliau memilih susu.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:


Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari kaldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis.

Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak
dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu.

Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.
[Sahih Bukhari, Muslim, kitab Iman bab Isra’ Rasulullah saw].

Dalam Islam bahkan menjual minuman yang memabukanpun dilarang.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:

Ketika ayat terakhir dari surat al-Baqarah tentang riba diturunkan, Rasulullah s.a.w keluar ke masjid lalu mengharamkan perdagangan arak [Sahih Bukhari Muslim kitab musaqat, bab pengharaman menjual arak].

Para ahli p
atholgi an psikiater menyimpulkan tentang minuman keras, beberapa fakta:

1) When many people enjoy the feeling when they have a drink, that feeling is a Drug Effect.

2) It is a nervous system depressant, much like an anesthetic, which, in sufficient quantity, can result in loss of consciousness.

3) It causes shrinking of the brain, and early senility.

4) It has a toxic effect on the peripheral nerves, the skeletal muscles, and the heart muscles.

5) It effects the digestive system, and the sexual system: it decreases active testosterone in men and inhibits the formations of testosterone.

6) It disturbs a person's quality of sleep, which is one reason a person may feel bad the next day after the night before.

7) It causes high blood pressure. Even regular use of modest amounts of alcohol, significantly increases the risk of having a hemorrhage in the brain causing a stroke. Heavy drinkers are 5 times as likely to have a hemorrhage stroke as non-drinkers.

Marilah kita sama-sama mengikut agama masing-masing.

Ibnu Hasyim
ibnuhasim@gmail.com
KL.Dis25, 09


Seruan Hari Krismas - Prof Dr Yusuf Al Qardhawi

By Syeikh Yusuf Al Qardhawi

SAUDARA-SAUDARA. Saya ingin memeberitahu tentang apa yang sedang terjadi di sekeliling kita sekarang ini. Saya ingin bertanya bagaimana bentuk rupa masyarakat kita, hidup di negara dimana ada Muslim dan Kristian?

Apa yang terjadi di toko-toko dan di jalan-jalan Doha (misalnya); semua perayaan yang disebut kelahiran Jesus, atau Natal? Seolah-olah kita hidup di negara Eropah Kristian. Kita bahkan tidak merayakan kelahiran dari Nabi Muhammad, tetapi kita merayakan Natal! Pohon Natal, 4 atau 5 meter, yang didirikan di toko-toko, dan tokok-toko itu dimiliki oleh keluarga Muslim.

Apa ini? Ini berarti, umat ini meninggalkan identitinya yang Muslim. Islam inginkan kita untuk mempertahankan keunikan Islam. Orang-orang Kristian mencegah kita membangunkan kubah masjid dan mereka akan melarang pembangunan masjid-masjid. 41% dari orang-orang yang disurvei di Perancis [sokong] mencegah bina masjid, sementara 47% sokong larangan bina kubah serta masjid.

Apakah umat Islam di Eropah dan Amerika.. dan jutaan mereka di beberapa negara dapat merayakan Ramadhan dan Hari Kebesaran Islam di pusat-pusat kota, seperti beberapa orang di Arab dan negara-negara Muslim dan kota-kota, di Jazirah Arab? Dapatkah dibayangkan apa yang terjadi dengan umat ini?!

Saya berseru kepada pemilik toko ini. Orang yang ingin membeli akan datang, mengapa anda berpura-pura untuk merayakan sebuah agama yang bukan milik anda, ketika mereka mencegah kita dari melakukan harian kita? Mereka mencegah kita dari membangun kubah masjid yang indah, yang dianggap sebagai bahagian dari arsitektur yang indah, terlepas dari aspek agama.

Saudara-saudara!

Saya ingin menyampaikan pesan, dan memperingatkan umat Islam bahawa hal ini adalah dilarang, memalukan, dan tidak pantas. Ini menunjukkan kebodohan dan ketidaktahuan kita tentang Islam.

Itulah kenyataan dan seruan Syeikh Yusuf Al Qardhawi melalui televisyen Qatar, baru-baru ini. (2MA)

Britian Arah Pasarayanya Bezakan Pruduk Tebing Barat Palestun..

CATATAN PERJALANAN DI UK

http://img710.imageshack.us/img710/4503/dsc0594.jpg

Walaupun bukan seorang Muslim, ini tidak menghalang wanita ini mengedarkan poskad khas kepada pasaraya seluruh UK memboikot barangan Israel.

Ketua parti Kadima Tzipi Livni, Israel

SAYA telah berpeluang bersama dengan Dr Kamal Helbawy, antara tokoh yang tidak asing dalam dalam gerakan dakwah di UK dan serata dunia. Beliau sempat menasihati saya dan rakan-rakan agar iman yang mantap dan ukhuwah yang utuh serta KEIKHLASAN ialah kunci kepada perjuangan dakwah Islam, di samping perancangan dan strategi.

Nama tokoh seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang amat ringan sekali di mulut beliau terutamanya dalam mengulas kepentingan keikhlasan dalam perjuangan. Kami berkesempatan untuk bersama dengan beliau untuk turun berdemo kerana Jewish National Fund (JNF) Conference yang diadakan di London.

Pemimpin pembangkang Israel, yang merupakan ketua parti Kadima Tzipi Livni, telah hadir di Hendon Hall Hotel di North West London. Livni merupakan antara culprit semasa serangan ke atas Gaza pada hujung Disember lalu yang mengorbankan hampir 2000 orang Palestin. Beliau merupakan Menteri Luar Israel pada ketika itu.

Satu berita gembira di UK ialah kerajaan Britain mengenakan arahan kepada pasaraya seluruh negara agar membezakan produk daripada West Bank, samada dihasilkan oleh Israeli settlements dan Palestinian-manufactured goods. Baca lagi di sini

TAKBIR!!

http://img262.imageshack.us/img262/1291/dsc0609n.jpg

Kanak-kanak ini antara yang mengetuai sorakan demonstrasi

http://img94.imageshack.us/img94/7996/dsc0583o.jpg
walaupun usia sudah menjangkau 70 tahun, tapi Dr Kamal masih gagah memandu ke sana ke mari.

http://img262.imageshack.us/img262/3674/dsc0587c.jpg
''She is here'' kata Dr Kamal sambil merujuk kepada Tzipi Livni

http://img51.imageshack.us/img51/9349/dsc0621.jpg
Bertemu rakan seperjuangan seaqidah.

http://img709.imageshack.us/img709/6537/dsc0681.jpg
''Free, free,..Palestine!!''

http://img2.allvoices.com/thumbs/event/900/570/26306604-gaza-massacre.jpg

Kalau anda ada masalah, fikirkanlah, ramai lagi ada masalah lagi besar!

Teruskan Boikot Barangan Israel!

Saat Sedih Saya Temui Ketenangan.. -Mantan Atlit Liverpool Pilih Islam

SUKAN
ABEL Xavier, mantan pemain bola sepak keturunan Portugal terkenal dari Liverpool telah mengumumkan bersara dari bola sepak dan terus masuk Islam. Beliau memilih nama Faisal Xavier dan akan memulakan kerja-kerjakebajikan dan kemanusiaan. Terakhir, beliau bermain untuk LA Galaxy (Amerika) pada 2008 dan kini telah memutuskan untuk berhenti di dunia bola sepak.

Xavier, 37, bergabung dengan Liverpool dari Everton pada tahun 2002 dan mencetak dua gol dalam 21 penampilan bagi klub Merseyside ini. Selain di Liverpool dan Everton, ia bermain juga di Middlesbrough. Beliau pindah ke klub Major League Soccer LA Galaxy bersama David Beckham.

"Ini adalah perpisahan emosional. Saya akan ikut serta dalam sesuatu yang sangat memuaskan di tahap baru hidup saya!" Katanya. "Pada saat-saat sedih, saya telah menemui ketenangan dalam Islam. Perlahan-lahan, saya belajar agama yang penuh dengan perdamaian, kesamaan, kebebasan dan harapan."

(EraMuslim dll/AK)

Thursday, December 24, 2009

Tetap Beroperasi Tiada Logo Halal, Kerajaan Tak Mampu Halang?

PENGGUNA


KERAJAAN Malaysia dicabar oleh beberapa blog, kerana tidak mampu bertindak terhadap sebuah kilang yang terus beroperasi mengeluarkan makanan kepada pengguna-pengguna Islam, walaupun tiada tanda halal dari JAKIM dan permohonannya telah ditolak oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sebuah kilang memproses bihun dan laksa, iaitu:

KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.
(Co. No. 365216-T)
Alamat:
Lot 1123,
Tingkat Selamat 6, Kampung Selamat,
Tasek Gelugor, Seberang Prai
13300. P.Pinang.

Kilang tersebut dikatakan bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi & rumi. Malahan kilang itu mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG. Kilang ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sehingga sekarang Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd ini masih beroperasi di bawah nama:

ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
Alamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.

Difakamkan syarikat ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD sudah tidak lagi beroperasi, sedangkan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD beroperasi di tanah yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar.

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi luasnya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak ratusan ekor babi bersebelahan kilang bihun tersebut, dan hanya dipisahkan dengan pagar usang yang sudah rosak.

Lanjutnya sila lihat...

Kalau benar apa yang dilaporkan ini, dimanakah kuasa sebuah kerajaan yang berwibawa dan mampu menghalang tindakan-tindakan yang menjatuhkan maruah umat Islam serta menginjak hak asasi manusia? Sia-sia rakyat memilih mereka kalau hal sekecil ini pun tidak mampu diselesaikan. Kita menyeru kepada pihak yang berwajib dan bertanggung jawap supaya mengadakan penyiasatan segera! (AK)

RM100 Bilion Mahathir, RM270 Bilion Pak Lah.. Hangus? Najib Pula..


KL Dis 24 09. TIDAK cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.

Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata syarikat petroleum negara Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang kekuasaannya tetapi RM270 bilion semasa dipimpin Abdullah, yang popular dipanggil Pak Lah.

Cuba cek PM Najib pula, walaupun baru memegang jawatan, entah-entah lebih banyak lagi jangkauannya... (AK)

Kejohanan Futsal PR, Bukan Sekadar Sukan...

SUKAN
Hadiah disampaikan oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan

By ASYOK KUMAR

KL: Dis 24, 09: MENARIK sungguh program Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS peringkat Kebangsaan yang di adakan sehari baru-baru ini, bukan sekadar acara sukan namun turut menitik beratkan syiar Islam yang cuba ditonjolkan oleh DPPP (Dewan Pemuda PAS Pusat).

Pihak penganjur telah menyediakan ruang solat di tengah-tengah gelanggang futsal untuk memudahkan semua pemain, petugas dan pangadil mendirikan solat secara berjemaah. Azan Zohor berkumandang di gelanggang futsal apabila seorang petugas, wakil DACS Pandan, Khusyairi telah melaungkan azan. Hebat sungguh!

Demikian komen editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim ketika dihubungi sebentar tadi. "Hal inilah yang tidak ada dalam sukan anjuran BN, kalau ada pun cara sembunyi-sembunyi.. Inilah hasil dari perjuangan Pakatan Rakyat. Inisiatif ini seharusnya menjadi contoh kepada seluruh generasi muda agar tidak mengabaikan solat walaupun dalam program sukan." Jelas beliau lagi.

Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS peringkat Kebangsaan yang di adakan baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat belia seluruh negara sekaligus membuktikan sukan mampu menarik golongan anak muda. Kejohanan anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Pusat itu berlangsung meriah di Subang Grand Sports Planet, Subang Jaya, Selangor dan diuruskan sepenuhnya oleh tuan rumah, DACS negeri Selangor. Sebelum sampai ke peringkat akhir ini,

DACS setiap negeri telah memilih empat pasukan terbaik untuk mewakili negeri melalui perlawanan yang diadakan di peringkat negeri masing-masing. Hasilnya, hampir 40 pasukan mewakili Pahang, Perak, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan meyertai perlawanan tersebut bagi merebut piala pusingan Ketua Pemuda PAS Pusat. Pasukan Wilayah FC A yang mewakili Wilayah Persekutuan muncul sebagai johan perlawanan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1200, piala pusingan beserta piala iringan.

Naib juara pula diraih pasukan Wilayah FC B, juga dari Wilayah Persekutuan dengan menerima wang tunai sebanyak RM700 beserta piala iringan. Manakala tempat ketiga masing-masing jatuh kepada pasukan Perak dan Pahang dengan wang tunai sebanyak RM300 dan piala iringan. Hadiah disampaikan oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan .

Sementara itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dalam ucapan perasmiannya merakamkan ucapan tahniah kepada DACS Selangor yang berjaya mengadakan perlawanan tersebut dan berharap ianya akan menjadi program tahunan DACS.

Enjin Hilang: Tidak Dicuri Kalau Tidak Rasuah -Nik Aziz

KOTA BHARU, 23 Dis 09: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kes kecurian enjin kapal terbang F-5E milik Tentera Udara Malaysia TUDM yang heboh diperkatakan boleh mencemarkan imej negara dan pemimpin negara ini.

Menurutnya, kecurian yang telah berlaku tahun 2007 itu bukan sahaja sesuatu yang sensitif, malah turut mencemarkan imej negara ini di mata dunia luar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di pejabatnya hari ini.

Menurutnya, injin berkenaan tidak akan dicuri sekiranya tidak mengamalkan rasuah atau melindungi kes berkenaan dari pengetahuan umum untuk tujuan tertentu.

“Senyap ni sebenarnya satu kecelakaan pada rakyat dan kerajaan, kenapa selepas dua tahun perkara itu berlaku yang mana Menteri Pertahanan sewaktu itu dipegang oleh orang lain, baru sekarang terdedah,”ujarnya.

“Betullah kata Tun Mahathir Umno ni perasuah, bahkan ianya sudah buruk sampai ke usus serta tidak boleh dibaiki lagi, macamana sebuah perkara yang begitu sensitif, injin kapal terbang TUDM boleh dicuri,”ujarnya.

Katanya, rayat sebenarnya harus mengakui Umno dan BN sudah tidak mampu mentadbir negara kerana telah terpalit pelbagai masaalah individu, parti, rasuah, korupsi dan seumpamanya.

“Sudah sampai masanya rakyat menghukum pemimpin BN sekarang dengan menolak parti mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau kudis kita naik ke kaki kita boleh berubat, tetapi naik sampai naik ke kaki tak boleh nak ubati lagi macam Umno yang semakin parah, sudah tidak ada gunanya lagi,”ujarnya.(Harakahdaily net/AK)

Istana Dolmabahce Di Turki Membazir?



ALHAMDULILLAH pada pagi ini (Julai 4, 09)dapat kami bangun untuk solat fardhu Subuh secara berjemaah di Masjid Sultanahmet pada pagi ini. Waktu subuh masuk pada jam 3:32 pagi, dan waktu syuruk (terbit matahari) ialah pada jam 5:38 pagi. (sebab sekarang musim panas, subuh masuk awal)

Walaupun awal, kami sangat beruntung kerana sempat untuk solat berjemaah di Masjid pada semua waktu subuh, walaupun tidaklah bangun pada seawal jam 3-4 pagi, ini kerana majoriti penduduk Turki ialah bermazhab Hanafi, dan mereka berpendapat solat Subuh lebih afdal di hujung waktu solat menghampiri waktu syuruk. (alangkah bagusnya kalau di Malaysia pun macam tu…hehehe)

Solat di Masjid Sultanahmet memang sungguh mendamaikan. Solat menghadap ke Selat Bosphorus. Kalau dilihat melalui tingkap di hadapan (lepas solat lah, masa solat kena fokus!) dapat melihat warna matahari terbit dengan lautan di Selat Bosphorus yang sangat membiru. Pada ketika matahari sedang terbit, memang sungguh indah suasananya. Burung-burung berkicauan di atas kubah masjid.

Jumlah mereka yang hadir ke waktu Subuh lebih kurang 50 orang yang memenuhi saf pertama, itu pun ada lagi kekosongan kerana saf solatnya snagat panjang.

Istana Topkapı (sebut dengan bunyi top-ka-pe), dikira tidak memenuhi protokol dan standard istana yang dihendaki pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Majid I, yang merupakan Sultan Khilafah Uthmaniyah yang ke-31. Pada zaman ini, Kerajaan Uthmaniyah sudah berada dalam keadaan yang sungguh kritikal. Namun pemerintah pada zaman ini mengambil keputusan untuk membina Istana Dolmabahce.

Antara sebab yang dikatakan ialah Sultan Abdul Majid I hendak membuktikan kepada barat bahawa Uthmaniyah masih lagi hebat dan gagah (padahal dah makin lemah, mereka makin melemahkan lagi, sehingga Nicolas Tsar menggelar Uthmaniyah sebagai ”the Sick Man of Europe” Istana Dolmabahce dibina daripada tahun 1843 hingga 1856 dengan diketuai oleh arkitek pada zaman tersebut yang bernama Karabet Balyan.

Memang membazir sungguh istana ini, tetapi maksud saya, bukanlah si istana yang membazir, pastinya si pembina yang membazir, atau lebih tepat lagi, yang meminta agar istana ini dibina (pemerintah la, siapa lagi). saya juga pernah mendengar beberapa orang ustaz yang bagus-bagus merasakan jijik bahkan masuk ke istana ini memikirkan pembaziran yang kemusnahan yang telah dilakukan oleh pemerintah pada zaman ini.

Lebih kurang 100 kg emas tulin digunakan, dan bahkan siling disalut dengan emas. Tandasnya sungguh moden untuk zamannya dan saiz hammam (tandas) ini lebih kurang 2.5×2.5 meter. Bahan yang digunakan untuk bahagian hamma ialah marmar merah, untuk memastikan hawanya panas senantiasa. Semasa berada di dalam Istana Dolmabahce yang kami berjaya masuk dengan harga yang sungguh murah (1 lira) kerana menunjukkan students’ ID card, saya ternampak gambar isteri kepada Sultan Abdul Majid I (yang saya tak dapat ingat dengan jelas namanya).

Namun melihat kepada gambar potret yang besar ini sekali lihat, memang saling tak tumpah macam gaya pakaian wanita barat. Ala-ala gown kembang dan rambut kembang. Nampaknya budaya pemakaian Barat sudah jelas pada pemakaian isteri pemerintah pada ketika ini. Semasa zaman Mustafa Kamal At-tarturk, dia telah memindahkan ibu negara daripada Istanbul ke Ankara. Dan jika ada majlis rasmi di Istanbul, dia akan menggunakan Istana Dolmabahce sebagai pejabat rasmi.

Bahkan dia mati pun dalam sebuah bilik di sini. Mustafa Kamal meninggal pada 10 November 1938, pada jam 9:05 pagi di atas katil, mati sebab apa, saya pun tak pasti. Namun apa yang pasti, seluruh jam di Istana Dolmabahce ditukarkan untuk statik pada waktu 9:05, kononnya sebagai tanda hormat dan memperingati pemergiannya.Di katil tempat Mustafa Kamal meninggal, diseliputi duvet berwarna merah yang ada bendera Turkey. Sebuah meja di sebelah katil mempamerkan jam yang menunjukkan pukul 9:05.

Baling Batu Di Poster Sultan Abdul Hamid Turki

CATATAN PERJALANAN TURKI (1)

ikincihamid1.jpg

SULTAN ABDUL HAMID II (Memerintah 1876-1909)

yildiz.jpg

Istana Yildiz

titah.gif


diariabdulhamid.jpg


sirkeci.jpg

Stesyen Keretapi Sirkeci

SULTAN ABDUL HAMID II:Dari Istana Yildiz ke Pembuangan di Salonika

“BETULKAH cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik?”, saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6.

“Kenapa?”, cikgu bertanya balik kepada saya.

“Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Ataturk yang pelik sikit”, saya cuba mengungkapkan apa yang saya lihat di buku teks kami itu.

“Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku”, cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu saya memanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekad selepas itu, saya tiba di Turki.

Saya agak terkejut semasa melalui kawasan Pendik untuk ke rumah Adnan Bey. Sekumpulan lelaki pertengahan umur membaling batu ke poster yang terlekat di tembok jalan.

Ia adalah poster Sultan Abdul Hamid. Wajah yang saya saya lihat di buku teks dahulu. Kini wajah itu dibaling batu. Kenapa mereka bertindak begitu? Hati saya begitu tersentuh. Sultan Abdul Hamid dibenci oleh ramai orang sejak di zaman hidupnya, sampailah ke hari jasa dan baktinya mahu dikenang di dalam sebuah seminar yang diposterkan. Walhal, setiap kali saya membaca mengenai beliau, saya semakin sebak dan kecewa kepada suatu fitnah besar-besaran, bahawa Sultan Abdul Hamid itu digelar sebagai Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi dan pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya, dan 1001 lagi tohmahan dunia kepadanya.

Mengapa engkau dibenci begitu sekali oleh manusia dunia ini?

Sesungguhnya perbuatan lelaki itu yang membaling batu kepada poster Sultan Abdul Hamid II, menghilangkan ceria saya ketika tiba di rumah Adnan Bey, guru sejarah saya di Turki.

“Hasrizal, Sultan Abdul Hamid telah membayar harga yang mahal untuk Islam dan Ummah. Saya yakin negara kamu juga ada kesan dakwah Sultan Abdul Hamid. Seruan Pan-Islamism baginda, tersebar ke seluruh ceruk rantau alam. Malaysia juga tidak terkecuali”, Adnan Bey cuba mententeramkan saya sambil menuang cay panas ke cawan.

Ya, memang dakwah Sultan Abdul Hamid sampai ke Tanah Melayu. Namanya disebut di dalam khutbah Jumaat. Datuk nenekku mendoakannya ketika Khilafah retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan-Islamism ke Kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad Kamil Bey tidak baik. Hayatnya tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untuk mengancam kuasa Koloni British.

Bukan sahaja di Tanah Melayu, seruan Pan Islamism sampai ke Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun.

“Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kita untuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam. Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antara engkau dan aku”, begitulah surat Mutsuhito kepada Sultan Abdul Hamid.

Seruannya melata dari Ghana hingga ke Korea, melangkau ke Jepun, di tangga istana maharaja. Demi perpaduan umat Islam sedunia, Sultan Abdul Hamid gigih menjalankan tanggungjawab baginda.

Saya minta izin untuk pulang awal. Saya mahu ke Beyazid, melawat makam Sultan Abdul Hamid. Adnan Bey melepaskan saya dengan senyuman.

“Jangan emosi sangat”, katanya sambil melambai kepada saya yang melangkah masuk ke dolmus.

Ketika di Uskudar, mata saya sayup memandang ke Istana Caragan di seberang Bosphorus.

“Baik aku ke Besiktas terlebih dahulu”, saya menukar plan.

Ketika kapal beransur lesu meninggalkan Uskudar, hati saya semakin resah. Kabus musim sejuk yang mengundang mendung di Selat Bosphorus menambahkan lagi perasaan sedih saya yang entah di mana hujung pangkalnya.

Tiba di Besiktas, saya mengambil bas untuk ke Istana Yildiz. Selalunya saya ke sana kerana mahu membaca buku. Tetapi kali ini saya bagai kebingungan terpukau untuk ke sana meredah sejuk tengah hari itu. Semata-mata kerana jiwa saya yang luka ketika melihat poster Sultan Abdul Hamid dibaling batu. Saya menapak laju ke Istana Yildiz, seperti mahu memberitahu kepada Sultan betapa jahil dan zalimnya rakyat baginda bertindak sedemikian rupa.

“Beritahu mereka Tuanku, bahawa mereka sudah tersilap. Penghinaan mereka kepadamu adalah suatu kesilapan yang besar”, saya terkumat kamit sendirian.

Akhirnya saya tiba di Masjid Hamidiye Yildiz. Ia terletak tidak jauh daripada pintu masuk istana.

“Ayahanda lihat, orang ramai sudah mula memuji kecantikan rupa parasmu. Mulai hari ini ayahanda mahu anakanda memakai hijab yang sempurna kerana anakanda sudah menjadi wanita dewasa”, saya bagai terngiang mendengar suara Sultan Abdul Hamid kepada anaknya Aishah semasa mereka melintas di hadapan Masjid Yildiz ini.

Saya tunduk.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak yang telah berlaku. Baginda Sultan Abdul Hamid pernah cuba dibunuh ketika bom diletakkan di kereta kuda baginda. Pengeboman itu berlaku sejurus selepas solat Jumaat. Allah masih mahu Sultan Abdul Hamid bertakhta memimpin umat.

Di hadapan istana ini, baginda sering mengerjakan solat dan keluar menyapa rakyat yang dekat di hati baginda. Di situ juga, baginda yang menunggang kereta kuda bersama anaknya Aishah, menitahkan agar anaknya bertudung sempurna kerana usik-usik mereka di jalanan adalah petanda kedewasaan puteri baginda Aishah Osmanoglu.

Saya mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid di tengah-tengah dewan. Masjid sepi. Hanya ada beberapa orang tua yang bongkok menatap mushaf usang di tingkap masjid mencari sedikit cahaya.

“Ya Allah, apakah yang telah berlaku kepada umat ini?”, saya menadah tangan memohon jawapan dari Allah.

Dari pintu masjid, saya merenung sayup-sayup istana kayu Yildiz. Ia adalah kediaman baginda Sultan Abdul Hamid, selepas berpindah meninggalkan kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini bermastautin di Istana Dolmabahce. Engkau benar-benar pemimpin yang terpuji…

“Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul”, saya membaca kembali diari Sultan Abdul Hamid yang tergenggam di tangan.

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.

“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.

Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.

“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.

“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.

Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!”, azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana Yildiz itu.

Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahu berhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.

Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru, Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf di depan masjid. Dua rakaat Rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaan yang sukar saya ungkapkan dengan bicara.

Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turut sedih mengiringi perjalanan saya menjejak tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalan menuju ke Barbaros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.

Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberang bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yang telah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Ia mengundang bangga dan syukur.

Tetapi bukan itu yang mahu saya kenangkan.

Saya melangkah menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci, tempat Sultan Abdul Hamid beserta sekalian isteri dan anaknya dihantar pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana buruk milik Yahudi di Salonika, pembuangan negara sebelum seluruh khilafah dimusnahkan di tangan musuh Allah; si Yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan”, kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.

Saya tinggalkan Sirkeci dan melangkah membawa diri ke stesyen tram. Saya mahu ke Beyazid.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makam Sultan Abdul Hamid

“Akhirnya di sini tubuhmu bersemadi. Maafkan saya Tuanku kerana tidak segagahmu untuk mempertahankan Ummah ini”, saya berdiri sepi di dinding makam.

Akhirnya, petang itu saya coretkan kenangan melalui sebuah nasyid yang saya cipta di sisi makam Sultan Abdul Hamid:

catatandibumikhilafah.jpg

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Sebuah taman bernama Daulah
Retak seribu oleh kesombongan bangsa
Seorang khalifah yang gigih memerintah
Mengekang rekah dari terbelah
Bagai terdengar bisikan di pusaramu
“Ya Muslimi al-Aalam, Ittahidu!”
(Wahai Muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)

Di sisi persemadianmu
Kuterkenang semalam
Hari-hari indah bahagia
Islam pernah gemilang

Tiada penderitaan
Keimanan pun dirasa
Islam yang gagah bertakhta
Rahmat alam semesta

Langit tidak akan cerah selamanya
Mendung datang bersama gerimis kedukaan
Rebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitam
Kekallah dunia dalam hina selamanya

Bumi Turki menyaksikan pengkhiatan agama
Mahkota negara jatuh gugur berkecai tidak tersisa
Lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan yang berdusta
Islam dan al-Quran diperhina terpenjara

Seorang iblis yang durjana
Bertopengkan manusia
Membutakan mata rakyatnya
Dengan janji dunia

Bagai tak punya agama
Hidup membina harta
‘Islam Baru’ yang dicipta
Jauh dari Tuhannya

Manusia yang mulia di bumi yang bahagia
Kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
Namun lupakah engkau Islam itu di tangan Tuhannya
Langit tidak akan mendung selamanya

Bumi Turki menyaksikan kebangkitan kali kedua
Menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
Bersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang Esa
Islam akan dikembalikan ke takhtanya

Lagu / Lirik / Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Dunia Ini (1996)

“Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku”, Sultan Abdul Hamid menulis suara hatinya ketika di pembuangan di Salonika, Greece.

“Hamba di sini Tuanku”, saya menadah tangan memohon taufik dari-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
15 Oktober 2006 / 22 Ramadhan 1427

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails