Saturday, June 15, 2013

Abby Abady & Keluarga, Jadi Bualan Di Internet..

RAKAMAN GAMBAR ABBY ABADI, NORMAN HAKIM DAN MEMEY BERSIAR BERSAMA-SAMA DENGAN ANAK-ANAK MEREKA, MENJADI PERBUALAN DI INTERNET!!!!

Dulu bukan main kecoh kisah rumah tangga Abby Abdi dengan Norman Hakim..Pelbagai cerita kurang enak didengar...Kini mereka berdua bersama-sama dengan isteri Norman terkini, Memey dan anak-anak mereka boleh bersiar-siar dengan penuh mesra sekali.

Semoga suasana keharmornian sebegini kekal abadi.
(Diangkat dari  http://omakkau.blogspot.com)

Pendidikan Negara Jadikan Pelajar 'Robot'


SHAH ALAM - Kesilapan dalam mendidik akan menyebabkan pelajar yang dilahirkan tidak ubah seperti 'robot' dan bukannya modal insan sejati.

Penulis buku best seller 'Aku Terima Nikahnya', Hasrizal Jamil mendakwa, sistem pendidikan negara ketika ini seolah-olah hendak menjadikan anak-anak sekarang sebagai robot.

"Minda mereka telah kita tetapkan dengan peraturan yang ketat.
"Sedangkan kita sepatutnya mencorakkan mereka atas apa yang kita mahu mereka jadi, bukannya atas kehendak mereka sendiri," katanya ketika menjadi panel Forum Pedagogi Pendidikan Cinta anjuran sukarelawan Teach For The Needs (TFTN) di Kompleks Karangkraf, di sini, malam tadi.

Forum itu turut menampilkan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik dan Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi, Dr Harlina Siraj manakala moderatornya, Pengarah Eksekutif TFTN, Anas Alam Faizli.

Sementara itu, Hasrizal berkata, sistem pendidikan adalah berkait rapat dengan nilai kemanusiaan dan kasih sayang. Jelas beliau, gabungan dua komponen ini akan menjadikan masyarakat lebih berjaya di dalam kehidupan mereka.

"Dengan adanya penerapan nilai kasih sayang, Insya-ALLAH pendidikan yang diberikan kepada seseorang itu akan berjaya," katanya.

Tambah beliau lagi, kegagalan sistem pendidikan kita sekarang adalah kerana terlalu bergantung kepada sudut pandang manusia iaitu terlalu mengejar statistik, data-data, sasaran Kementerian Pendidikan sehingga mengenetepikan nilai kasih sayang yang perlu ada dalam sistem pendidikan.

"Lihatlah, sistem pendidikan kita sekarang, sekolah terlalu mengejar kedudukan sehingga pelajar hilang perasaan cinta terhadap pendidikan, kerana rasa bebanan atas apa yang dikenakan ke atas mereka sepanjang mereka berada di sekolah," katanya.

Sehubungan itu, bagi mengatasi perkara ini, Hasrizal mencadangan supaya skop dimensi pandangan masyarakat, ibu bapa, kerajaan, pembuat dasar, supaya menyelitkan nilai kasih sayang di dalam sistem pendidikan negara perlu diubah.

"Mereka yang terlibat perlu memainkan peranan ini, supaya tiada lagi keciciran yang berlaku terhadap anak-anak kita," katanya.

Dalam pada itu, forum yang berlangsung malam tadi berjaya menarik minat ramai golongan muda untuk mendengar kupasan mengenai apa erti cinta dalam bidang pendidikan. Rata-rata peserta yang hadir adalah daripada golongan muda dan mahasiswa. (SH)

Black 505: DBKL Dibodohkan McDonald's? He He He..

Iklan McDonald's dedahkan penipuan DBKL?
PELBAGAI alasan diberikan untuk menghalang penganjuran Himpunan Aman Black 505 yang dijadualkan pada 22 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Hasil rundingan oleh pihak penganjur dengan DBKL sebelum ini telah menyebabkan himpunan yang sepatutnya berlangsung pada 16 Jun itu ditunda ke 22 Jun.

Alasan terbaru yang diberikan untuk menolak kelulusan himpunan itu ialah kononnya Majlis Olimpik telah menempah Dataran Merbok sejak tahun lalu bagi menganjurkan satu acara larian.

Namun sebuah Iklan yang disiarkan oleh portal McDonald's tentang acara larian yang dimaksudkan nampaknya mendedahkan perkara sebaliknya.

ReJaM "Siapa tipu? DBKL atau McDonald's?
(milosuam)

Friday, June 14, 2013

Husam Musa: Mengapa Saya Tak Hadir Angkat Sumpah?

ADUN Salor Datuk Husam Musa (gambar) hari ini menjelaskan beliau tidak menghadiri majlis angkat sumpah di Dewan Undangan Negeri itu semalam kerana mempunyai tugasan rasmi di luar negara.

"Saya dijadual ada aturcara rasmi di luar negara bermula 13 Jun sampai 20 Jun. Permohonan cuti saya diluluskan oleh sidang DUN Kelantan semalam," kata dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Husam berkata beliau telah memohon untuk tidak menghadiri sidang DUN Kelantan sejak 26 Mei lalu kerana berada di luar negara termasuk menunaikan umrah pada 26 Mei hingga 9 Jun .

"Saya akan mengangkat sumpah pada sidang belanjawan (yang) dijadualkan Oktober akan datang.
"(Perhimpunan) Blackout 12 Jun dan jadual luar negara 13 Jun di atur lebih awal sebelum dapat notis sidang dun," katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini berhubung tandatanya mengenai ketidakhadirannya di majlis angkat sumpah tersebut, sedangkan beliau dilaporkan dilihat hadir dan berucap dalam perhimpunan Black 505 di Padang Majlis Daerah Ketereh pada 12 Jun.

Semalam seramai 42 ADUN di negeri termasuk bekas menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mengangkat sumpah manakala tiga ADUN termasuk Husam tidak berbuat demikian.

ADUN Wakaf Baru diwakili Exco Kelantan Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi, manakala Datuk Mustapha Mohamed mewakili kawasan Ayer Lanas juga tidak mengangkat sumpah dan memaklum perkara itu kepada Dewan.

Speaker DUN Abdullah Yaakob pula dilapor memberi kebenaran dan kelulusan permohonan kepada ketiga-tiga wakil rakyat tersebut. (MK)

BN Tumbang Jika 25 Petisyen PR Menang -Dr Mohd Hatta Ramli

KL: Pakatan Rakyat mampu mengambilalih pemerintahan negara daripada BN, jika menang kesemua 25 petisyen PRU13 bagi kawasan Parlimen yang difailkan di Mahkamah Tinggi yang telah berakhir tempohnya kelmarin.

Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi dan daripada jumlah itu, parti-parti yang bertanding memerlukan 149 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3 serta 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, berdasarkan perkiraan itu, Pakatan sememangnya sudah berkemampuan untuk mengambil alih pemerintahan daripada BN di peringkat Persekutuan jika menang 25 petisyen itu.

Menurut beliau, Pakatan kini telah memiliki 89 kerusi di Parlimen dan sekiranya menang 25 petisyen itu menjadikan jumlah kerusi yang dimiliki oleh Pakatan nanti sebanyak 114, melebihi dua kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Katanya, namun proses untuk mengambilalih pemerintahan daripada BN itu tidak akan berlaku secara langsung jika 25 petisyen itu berpihak kepada Pakatan, sebaliknya mesti melalui pilihan raya semula bagi kesemua kawasan Parlimen terbabit.

“Syaratnya, Pakatan Rakyat mestilah menang dalam pilihan raya semula yang akan diadakan di 25 kawasan parlimen itu. Jadi syaratnya, kita kenalah bekerja kuat untuk mencapai kemenangan itu,” katanya ketika dihubungi.

Untuk rekod, Pakatan Rakyat telah memfailkan sejumlah 39 petisyen bagi pilihan raya kali ini. Dari jumlah itu 25 adalah kerusi parlimen manakala 14 lagi adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).(Hrkh)

Bantah Kekejaman Tentera Syria Terhadap Rakyat..


KL: Lebih 1,000 umat Islam hari ini berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Syria, Kuala Lumpur bagi membantah kekejaman tentera regim Bashar Assad terhadap rakyat negara itu. Bantahan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu turut disertai wakil NGO Islam serta hak asasi manusia yang turut sama membantah kekejaman berterusan di negara bergolak itu.

Antaranya, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), NGO Muslim Care serta Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis). Mengetuai bantahan itu Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Aziz, Ketua Penerangan Pemuda Riduan Mohd Nor dan pimpinan serta exco dewan itu yang lain.

Sebelum itu, mereka berarak hampir dua kilometer dari Masjid Tabung Haji menuju ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat Jumaat bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat Syria.. Biarpun cuaca ada ketikanya panas, para peserta himpunan aman itu tidak berganjak sementara menunggu enam wakil selesai menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Syria.

Malah, turut kelihatan menyertai himpunan solidariti itu juga bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga beberapa rakyat Syria ada ketikanya mendominasi perhimpunan dengan slogan perjuangan mereka. Sementara itu, pada sidang media yang diadakan sejurus selesai urusan penyerahan memorandum, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan berkata kesal dengan tindakan kedutaan Syria yang enggan menerima memorandum yang diserahkan mereka.

Malah, delegasi mereka juga tidak dibenarkan masuk.

"Memorandum ini antara lainnya membantah kekejaman yang dilakukan kerajaan Syria terhadap penduduknya hampir tiga tahun.  Kita juga tidak mendapat satu sumber maklumat yang jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di Syria. Malangnya, kita tidak dapat bertemu pada hari ini untuk emndapatkan gambaran sebenar.
"Tapi apa yang penting, banyak campur tangan dari kerajaan luar yang menyebabkan rakyat makin tertindas dan akhirnya menjadi pelarian. Justeru, kerajaan Syria perlu menolak campur tangan asing yang tidak membantu ke arah pendamain dan keamanan negara itu," tegas beliau.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Rahman, berkata tindakan kedutaan Syria yang enggan menerima memorandum bantahan itu menunjukkan sikap tidak demokratik negara itu dalam menangani isu sensitiviti semua pihak membabitkan rakyatnya sendiri.

Katanya, ia berbeza dengan sikap yang ditunjukkan kedutaan Turki di Malaysia yang turut menerima memorandum daripada delegasi berhubung pembinaan Taman Gezi, di Istanbul yang mewujudkan konflik di kalangan rakyat yang menyebabkan ribuan rakyat mengadakan protes ke jalan raya.

Tegas Amidi, berdasarkan pertemuan dengan wakil Turki tadi, delegasi itu dimaklumkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, bertindak menemui para demonstran dan kemudiannya memulangkan isu taman tersebut ke mahkamah bagi memutuskan sama ada taman itu boleh dibina atau sebaliknya.

"Kami memuji sikap Perdana Menteri Turki yang sanggup turun berbincang dengan demonstran, bukan hanya mengadakan pembantaian semata-mata.  Sayangnya, ia tidak berlaku di kedutaan Syria yang bukan sahaja tidak mahu menerima memorandum kami, tetapi tidak membenarkan kami masuk ke kedutaan," tegas beliau.

Sementara itu, peserta himpunan bersurai kira-kira jam 3.35 petang tadi dengan suasana aman. (Hrkh)

Mengaku Setubuh Haram Tepi Pantai, Tapi Tiada Hukum Kerana Zina..

Berzina di pantai pun dibenci oleh negara bukan Islam.. 

Isteri Orang, duda ditangkap ketika seks tepi pantai.
KAMPUNG RAJA - Seorang ibu tunggal dan pasangannya dijatuhkan hukuman denda RM2,900 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan haram di tepi pantai dekat Pantai Bukit Keluang Oktober tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof yang berpuas hati terhadap pengakuan salah tertuduh turut memerintahkan mereka dipenjara sebulan jika gagal membayar denda dikenakan.

Mereka ditangkap ketika melakukan perbuatan tidak bermoral itu pada jam 1.25 pagi, 13 Oktober tahun lalu di tepi pantai. (pen buruk online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Islamkah hukum Mahkamah Syariah ini, apabila terang-terang mengaku berzina dihukum RM2,900 atau kalau tak mampu bayar dipenjara sebulan? Menghukum begitu, kitab mana jabatan agama Islam pakai sebagai rujukan?

Thursday, June 13, 2013

Perlantikan Saifuddin: Zuraida Mula Dedah-dedah...


SHAH ALAM – Kepimpinan PKR Selangor  masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai seranta politik  (political liason) negeri Selangor.

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin yang menegaskan beliau serta pemimpin lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak dimaklumkan berhubung pelantikan tersebut.

“Kepimpinan daripada pihak negeri (setakat ini) kami tidak menerima sebarang maklumat rasmi mengenai perkara ini, serta skop kerja yang akan dilakukan oleh beliau.
“YB Azmin kembali hari ini (semalam). Kita akan duduk berbincang apakah ia (pelantikan dan jawatan) tersebut sebenarnya,” katanya dalam sidang media semalam.

Pelantikan Saifuddin  mewakili PKR sebagai political liason yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya semasa Kongres Nasional ke-9 PKR.

Jawatan tersebut bakal ditubuhkan bagi  mengendali hal ehwal politik dalaman negeri sekali gus membantu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR bagaimanapun berkata, PKR serta kepimpinan lain mengalu-alukan pelantikan tersebut jika benar ia dibuat demi kepentingan urusan pentadbiran kerajaan negeri. Dalam perkembangan lain, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turut mendakwa karenah birokrasi Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar menyebabkan urusan penyaluran dana dalam penyelesaian masalah rakyat terbantut.

Menurutnya, beberapa masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.

“Kami berharap masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.
“Polisi dan dasar yang digubal oleh Kerajaan Negeri dapat meningkatkan komunikasi untuk mendapatkan maklum balas dengan ahli Parlimen dan Adun juga Ahli Majlis,” katanya.

Antara masalah tersebut adalah isu air, kekerapan dan kapasiti pengutipan sampah, pembersihan kawasan awam dan longkang, jalan berlubang serta masalah lampu jalan. Selain itu, Zuraida turut meminta Kerajaan Negeri menyemak kembali dana terkumpul berjumlah RM2.6 billion dan menyalurkan dana tersebut dengan lebih teliti. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bermulalah sebahgian dari pimpinan PKR, dedah-dedah dan londeh-londeh? Isu ini sebahagian darinya. Dulu dikatakan mereka asyik campur hal dalaman parti rakan PR, sekarang berjangkit ke arah londeh diri sendiri pula. Entah apa jadi hujungnya...

Petisyen PRU13: PR 39, BN 21. BN Pun Tak Percaya SPR..


 
KL: Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tempohnya berakhir semalam, menyaksikan sejumlah 60 petisyen difailkan sekaligus menjadi jumlah paling banyak dalam sejarah petisyen pilihan raya di negara ini.

Apa yang menarik, tindakan memfaikan petisyen yang biasanya hanya sinonim dengan pihak pembangkang, kali ini juga turut dikemukakan oleh BN.

Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.

Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.

Di Kedah, kawasan parlimen yang terbabit dengan petisyen adalah Merbok dan Kulim Bandar Baru yang dikemukakan oleh PKR, manakala tiada bagi kerusi Dun.

Di Kelantan perlimen terlibat adalah Ketereh yang dikemukakan oleh PAS, Machang (PKR), Bachok (BN), manakala bagi Dun pula, Kok Lanas (PAS), Selinsing (PAS), Ayer Lanas (PAS), Jelawat (BN), Mengkebang (BN), Gaal (BN) dan Manek Urai (BN).

Di Terengganu, tiada kerusi parlimen terlibat petisyen, tetapi kerusi Dun adalah Hulu Besut (PAS), Kuala Berang (PAS), Rantau Abang (BN) dan Teluk Pasu (BN).

Di Pahang juga tiada petisyen terlibat bagi kerusi parlimen, namun hanya satu bagi kerusi Dun iaitu Dun Cameron Highlands (DAP).

Bagi Pulau Pinang pula, parlimen terlibat adalah Balik Pulau (PKR) dan tiada petisyen bagi kerusi Dun.

Di Perak, parlimen terlibat adalah Tapah dan dua petisyen bagi Bagan Datok yang dikemukakan PKR, manakala bagi kerusi Dun adalah Selama, Rungkup, Manong, Pasir Panjang, Manjoi dan Lubok Merbau yang kesemuanya dikemukakan oleh PAS.

Bagi negeri Selangor, tiga kawasan parlimen terlibat iaitu Sabak Bernam (PKR), Sungai Besar (PAS), Kuala Selangor (PAS) manakala tiada petisyen bagi kawasan Dun.

Bagi Kuala Lumpur, parlimen terlibat adalah Setiawangsa (PKR), Titiwangsa (PAS), Lembah Pantai (BN) dan Parlimen Batu (BN).

Di Melaka, tiada petisyen yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, manakala BN memfailkan dua petisyen iaitu bagi kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Bagi negeri Johor, parlimen terlibat adalah Pulai (PAS), Segamat (PKR), Ledang (PKR), Muar (PKR), Tebrau (PKR), Pasir Gudang (PKR), Labis (DAP), Batu Pahat (BN) manakala bagi Dun adalah Gambir (PAS), Mahkota (PAS), Nusajaya (PAS), Penggaram (BN), Parit Yani (BN), Stulang (BN) dan Puteri Wangsa (BN).

Di Sabah, parlimen terlibat adalah Kota Marudu (PKR), Beaufort (PKR) dan Pensiangan (PKR), manakala bagi Sarawak adalah parlimen Baram (PKR) dan Sarikei (BN).

Menurut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, jika terdapat mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pilihan raya umum lalu, mereka boleh mengemukakan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) pula memperuntuk tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan dan penyata pengundian disiarkan dalam warta. Tempoh 21 hari itu dianggap bermula pada 23 Mei lalu dan berakhir semalam. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: BN pun tak percaya Suruhanjaya Pilihan Raya. SPR masih tak sedar diri lagi. Lihat..

AYER KEROH: BN Melaka memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Petisyen berkenaan difailkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mahkamah tinggi di sini menerusi Rosfinah Rahmat dari Tetuan Rosfinah & Co serta Adli Ithnin dari Adli & Co kira-kira jam 3 petang semalam.

KEPUTUSAN PRU13

PILIHAN RAYA 2013
BN

PR
IND
PARLIMEN133890
DUN2762281
Johor37190
Kedah21150
Kelantan12330
Melaka2170
Negeri Sembilan22140
Pahang30120
Perak32270
Perlis1320
Pulau Pinang10300
Sabah48111
Sarawak000
Selangor13430
Terengganu17150
Wilayah Persekutuan000
(IH)

Artis Ini, Dulu Terbaik Sekarang ' Artis Terburuk Tahun Ini'. Mengapa?

Cecilia Cheung
Cecilia Cheung

HALAMAN HIBURAN

HONG KONG -- Cecilia Cheung (32 tahun) mendapat penghargaan dalam 'Hong Kong Film Awards 2013.' Rupanya, penghargaan yang disabitnya adalah 'Aktris Terburuk Tahun Ini'. Penghargaan ini sangat kontras dengan penghargaan ketika dia berusia 23 tahun dulu, iaitu menjadi Aktris Terbaik pada penghargaan yang sama.

Mengapa?

Anehnya, perubahan drastis dalam kariernya itu sama sekali tidak menganggu Cecilia. Mantan isteri Nicholas Tse ini mengungkapkan pemikirannya atas penghargaan tersebut dalam sebuah kesempatan.

"Aku fikir kita dapat belajar bagaimana harus bersyukur dalam kegagalan. Sebab, aku percaya Tuhan selalu memberikan kita yang terbaik, namun Dia juga punya hak memberikan kita yang terburuk. Sedangkan tugas kita adalah belajar bagaimana menerima yang baik dan yang buruk itu," kata Cecilia seperti dilapor dari Apple Daily, Rabu (12/6).

Gelar Aktris Terburuk untuk Cecilia itu dipicu sejak aktris cantik ini melahirkan dua orang puteranya, Quintus Tse dan Lucas Tse yang selalu menjadi sorotan media. Wartawan dan paparazzi selalu mengikuti kemana pun mereka keluar, seperti pergi berjalan-jalan, ke sekolah, bahkan dalam acara liburan keluarga.

Dalam pengamatan itu, Cecilia dinilai tidak mengurus anaknya dengan baik. Misalnya, sudah tahu puteranya menderita asma namun Cecilia masih terus saja memelihara banyak anjing di rumah. Cecilia juga seolah tak mengindahkan pendidikan puteranya di sekolah dan terus saja membawa kemana pun puteranya pergi bersamanya, meskipun itu adalah masa sekolah.

Cecilia pun sempat mengungkapkan kekesalannya kepada paparazzi Hong Kong.
"Jika mereka tidak melepaskan anak-anakku, aku mungkin akan memindahkan anak-anakku dari kota ini demi memberi mereka ketenangan berpendidikan lebih baik," ujar Cecilia. (IH)

Kegiatan Pelacur & Dadah Kedutaan AS Terbongkar.

Gedung Putih
Rumah  Putih.

 SETELAH terbongkarnya penyadapan telefon dan internet, kini pemerintah Amerika Syarikat (AS) kembali diguncang dengan berita memo kedutaan besar mereka di luar negera. Dalam memo tersebut, Kedutaan AS di beberapa negara dikatakan sedang menutup-nutupi perilaku busuk diplomatnya.

Diberitakan Reuters, Rabu 12 Juni 2013, memo ini pertama kali dipublikasikan oleh CBS News dari sumber di dalam Kementerian Luar Negera AS minggu ini. Memo ini merupakan memo internal Kementerian Luar Negera AS yang diduga ditulis oleh mantan Duta AS ke Myanmar Larry M. Dinger yang saat itu bertugas sebagai auditor untuk Biro Keamanan Diplomat Kemeterian Luar AS.

Dalam memo itu tercantum lapan pelanggaran oleh pekerja Kemlu AS di luar negeri, mulai dari menyewa pelacur di bawah umur hingga soal dadah yang dipesan masuk ke kedutaan melalui jaringan obat bius bawah tanah. Berbagai peristiwa ini terjadi saat Hillary Clinton menjabat sebagai menteri luar negera AS.

Di memo itu juga dikatakan bahawa seluruh penyelidikan terhadap pelanggaran-pelanggaran itu dihalang-halangi atau dipersulit oleh pihak Kedutaan. Di antara contohnya, dalam memo disebutkan bahawa seorang duta AS aktif yang tidak disebutkan namanya sering melucuti pengamanannya untuk pergi ke taman menyewa pelacur, bahkan perempuan di bawah umur. Saat hendak diselidiki tuduhan ini, tulis memo, asisten meneri luar untuk manajemen Patrick Kennedy melarangnya.

Walaupun CBS tidak menyebutkan siapa duta itu, namun Duta AS di Belgium Howard Gutman mengeluarkan pernyataan membantahnya. Dia mengatakan tuduhan itu tidak berdasar. "Saya tinggal di taman cantik di Brussels, kalau berjalan-jalan di lokasi itu, tidak mungkin saya melakukan tindakan yang tidak patut," kata dia.

Contoh pelanggaran lainnya adalah penyerangan seksual terhadap warga negara asing yang bekerja sebagai petugas keamanan Kedutaan AS Di Beirut, Lebanon. Juga pernah melakukan hal serupa di Bagdad, Khartoum dan Monrovia. Ketika hendak diselidiki, penyelidik tidak diberikan waktu yang cukup untuk menyelesaikan pekerjaan mereka.

Di Irak, dalam memo dikatakan bahawa jaringan pengedar dadah bawah tanah bekerja di dekat Kedutaan AS dan memasok obat bius untuk petugas keamanan Keduaan. Tapi penyelidikan kes ini dipersulit oleh pejabat dalamannya. Tuduhan lainnya ditujukan terhadap pasukan keamanan Clinton saat berkunjung ke luar negera. Dikatakan juga anggota pasukan keamanan tersebut menyewa pelacur saat berkunjung ke berbagai negara. Inspektur jenderal yang ditugaskan menyelidiki masalah ini menyimpulkan bahawa masalah prostitusi telah menjadi wabak.

Terbongkarnya memo ini menambah buruk AS di mata warganya. Sebelumnya, pemerintahan Barack Obama dikecam lantaran menyadap telefon dan internet jutaan warganya. AS berdalih, cara ini digunakan demi keamanan negara. (IH)

Wednesday, June 12, 2013

Kami Ingin Memuji Nazir Kerana Bercakap Benar. -Guan Eng

Guan Eng puji keberanian adik Najib



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertahankan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Nazir Abdul Razak berhubung kenyataannya berkaitan Ketua Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani.

dap special meeting 110313 lim guan eng"Kami tidak menyebelahi sesiapa. Kami hanya mahu beritahu apa yang benar. Kami ingin memuji Nazir kerana bercakap benar," kata Lim (kanan) dalam sidang media hari ini.

"Kami harap abangnya boleh seberani Nazir," kata Lim yang mengaku membaca laporan Utusan Malaysia semalam yang mengkritik Nazir sebagai "anti-Melayu".

"Kami harap lebih ramai rakyat Malaysia seperti Nazir. Tetapi malangnya, jumlahnya tidak banyak," kata Lim.

Nazir merupakan adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Azran sebelum ini dikritik Utusan dan NGO Melayu ekoran tweet beliau yang menggelar harian itu sebagai "rasis" apabila memuatkan artikel berjudul "Apa Lagi Cina Mahu". (MK)

Poster Ini Buat UMNO Petisyen. Haram Jatuhkan K/Islam..

Poster Ustaz Azhar Idrus dorong BN fail petisyen PRU



"Pengaruh tidak wajar" dua pendakwah menjadi faktor BN Kelantan memfailkan lima petisyen membantah keputusan pilihan raya di Kelantan.

Lima petisyen itu melibatkan kerusi parlimen Bachok, dan dewan undangan negeri Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai dan difailkan menerusi Tetuan Mohd Ilyas and Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa PAS menggunakan poster dengan wajah dua pendakwah terkenal, Azhar Idrus dan Zahazan Muhammad dalam kempen pilihan raya mereka yang lalu bagi menarik pengundi.

"Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.
"Ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurut Azli, PAS menggunakan poster dengan wajah Azhar Idrus dengan tulisan "haram menjatuhkan kerajaan Islam".

BN dilaporkan akhbar sama akan turut memfokus kepada dakwaan sogokan wang dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon PAS dan wakilnya sebagai alasan utama untuk mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan kemenangan. BN sebelum ini mengumumkan telah memfailkan 21 petisyen pilihan raya dan Pakatan Rakyat pula memaklumkan akan memfailkan 36 petisyen.

Jumlah tersebut menjadikan pilihan raya lalu sebagai pilihan raya dengan paling banyak petisyen difailkan. (IH/MK)

Gadis Ini Dilarikan Lelaki Dayak..


Gadis dilarikan lelaki Dayak dirayu pulang
Nur Aida dipercayai dilarikan teman lelakinya.
KOTA BHARU - Seorang gadis berusia 19 tahun yang dipercayai mengikut teman lelaki baru dikenali sejak tiga bulan lalu dirayu pulang memandangkan keluarga amat merinduinya di Kampung Durian Daun, Kok Lanas di sini.


Gadis berkenaan, Nur Aida Hassan mula menghilangkan diri sejak tiga minggu lalu, berubah perangainya selepas mengenali lelaki yang dipanggil ‘Eri’ dipercayai berasal dari Sabah dan berbangsa Dayak yang cuba membantunya mendapatkan pekerjaan di sebuah Kilang di Johor Bharu.
 

Gadis dilarikan lelaki Dayak dirayu pulang Lelaki yang dikenali sebagai ‘Eri’ yang dikatakan melarikan Nur Aida.
 

Gadis dilarikan lelaki Dayak dirayu pulang Hassan menunjukkan laporan polis yang dibuat pada 3 Mac lalu di Balai Polis Ketereh.
 

Menurut bapanya, Hassan Dollah, 61, sebelum ini Nur Aida pernah memperkenalkan teman lelakinya itu kepada dirinya, selepas dia berkenalan dengan lelaki itu ketika mengikut ibu saudaranya ke Kuala Lumpur.
“Teman lelakinya (‘Eri’) pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Noraida, lalu saya suruh dia bawa keluarganya untuk bertemu dengan saya. Tetapi sehingga ke saat ini tiada tanda-tanda yang dia akan membawa keluarganya, malah melarikan anak saya pula.


“Saya cukup sedih dengan keadaan ini kerana anak saya yang merupakan anak keenam dari 12 beradik itu, tidak pernah melawan cakap saya sebelum ini namun selepas mengenali lelaki itu dia mula berubah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.


Hassan berkata, apa yang dibimbangkan, Noraida juga pernah memberitahu kakaknya yang tinggal di Kedah melalui telefon, supaya tidak lagi menghubunginya kerana dia akan mengikut lelaki itu ke Sabah dan kawasan itu tidak mempunyai liputan talian yang jelas.


“Saya merasakan anak saya telah kena buatan orang memandangkan dia langsung tidak mengingati keluarga dan tidak lagi bekerja malah talian telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi sehingga kini,” dakwanya.


Harapan Hasaan ialah jika sesiapa pernah terlihat atau mengenalinya boleh terus berhubung dengan keluarga di talian 019-9142008 atau 014-8066947.


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan

Tetap Menjahit, Walaupun Tanpa Tangan

FotoFatimah Daud kudung kedua-dua tangan dan hanya mempunyai kaki kiri sejak lahir.

Tumpat: Seorang warga emas berusia 63 tahun layak digelar orang kelainan upaya (OKU) istimewa kerana walaupun kudung kedua-dua tangan dan hanya mempunyai kaki kiri sejak lahir namun dia mampu menjahit lima pasang baju kurung sehari.

Fatimah Daud yang berasal dari Kampung Sungai Pinang dekat Palekbang di sini, berkata, walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda secara mengundur dan merangkak menaiki enam anak tangga rumahnya dia tetap gigih mencari rezeki halal tanpa mengharapkan ihsan orang lain.

“Setiap hari saya menjahit kerana inilah kebolehan yang boleh saya lakukan sejak 40 tahun lalu.
“Seingat saya, kebolehan menjahit ini tidak pernah dipelajari daripada sesiapa. Dulu saya pernah bekerja dengan seorang pemilik kedai berbangsa Cina di Pasir Mas tetapi terpaksa berhenti selepas menghadapi masalah kesihatan dan pengangkutan,” katanya.

Fatimah mengambil upah RM25 bagi sepasang baju kurung untuk menyara hidup. (myMetro)

ALLAHU AKBAR, Segalanya Bermula Di Sini…


Kisah Ibrahim

 
Makkah dan Madinah tidak dapat dipisahkan, jikalau Madinah adalah tempat berhijrah Nabi maka Makkah adalah tempat bermulanya dakwah. Kedua-duanya mempunya tabiat mukabumi yang berbeza dan sekaligus mempengaruhi tabiat penduduknya.

Madinah terkenal dengan sifat ramah dan lembutnya kerana mukabuminya yang lebih subur dan dipenuhi dengan telaga-telaga yang menyejukkan mukabuminya. Makkah pula terdiri dari bukit-bukau batu yang kering kontang dan permukaanya yang berbukit menjadikan hidup penduduknya sukar.

Hanya telaga zam-zam yang menghidupkan kota padang pasir ini dan demikianlah sejarah Nabi Ibrahim telah membuktikan kehebatan Makkah. Saya kini berada di lembah yang kering kontang ini seperti yang disebut dalam sejarah.

Kaabah adalah Makkah

Sejarah juga telah membuktikan Kaabah sebagai perhatian utama Makkah. Tanpa Kaabah tidak nada Makkah yang menjadi tumpuan. Ia adalah bangunan pertama atas mukabumi ini bagi menandakan pemusatan seluruh alam sebagai tanda kebesaran Allah.

Ia tidak disembah tetapi sebagai pusat tanda supaya manusia tertumpu kepadanya untuk menyembah Allah, Pencipta Alam Semesta. Sejarah Kaabah adalah panjang merentasi semua kisah para Anbiya dari Adam, Ibrahim, Ismail dan akhirnya Muhammad s.a.w.

Malah hikmah kedatangan Nabi yang dibangkitkan di Makkah adalah simbol penyatuan jalur para Anbiya ditemukan melalui Ibrahim a.s melalui Nabi Ismail dan Nabi Ishak menandai kesatuan Risalah Tauhid dari Ahlul Kitab sebelumnya. Saya terasa kagum berada di pusat penyatuan risalah para anbiya dan Kaabah berdiri megah menjadi saksi kepada sejarah agung ini.

Masjid dan Tanah Haram

Dengan semua penghayatan sejarah ini, Masjidil Haram telah meyimpulkannya dan justeru itu saat pandangan pertama kepada Kaabah akan pasti menyentuh kalbu siapa yang memandangnya.

Ia kekal di situ berhadapan dengan cabaran zaman dan pertukaran masa dan sejak itu tidak ada saat ia tidak diagungkan dengan berjuta manusia  bertawaf dan beriktikaf di dalamnya semenjak manusia mengenalinya. Walaupun dalam sesuatu zaman ia dicemari dengan berhala yang digantung di sekelilingya, Kaabah tetap dihormati malah tanah haram sekelilingya dipelihara dari pertumpahan darah yang boleh mencemarinya.

Dengan itu Makkah mendapat nama tanah haram, iaitu haram bagi pengunjungnya menumpahkan darah manusia mahupun binatang. Di atas nama ini ia dianggap suci dan diagungkan kerana mengikuti perintah Allah supaya ia di sucikan untuk para pengunjung yang mempunyai niat suci menyembah Allah di dalamnya.

Makkah era kini

Seseorang akan terbayang Makkah adalah bandar suci yang kekal dengan cara hidup lama dengan bangunan yang lama. Jawapannya adalah Makkah memiliki status bandar moden tetapi mengekalkan sejarahnya melalui pemeliharaan Masjidil Haram.

Adalah mudah untuk seseorang menikmati gaya hidup moden di celah bandar suci ini. Jam terbesar dan tertinggi disaluti emas di hadapan pintu masuk King Abdul Aziz menjadi bukti kemewahan Makkah.

Bangunan wakaf King Abdul Aziz adalah satu bangunan berbagai dari hotel, kompleks beli-belah dan gerai-gerai kecil ala bazar. Bangunan Safwah bersebelahannya juga hebat dengan berbagai keperluan moden untuk dinikmati oleh para pengunjung.

Makanan dunia terdapat di mana-mana di Makkah, bolehlah dikatakan Makkah adalah adalah Bandaraya Antarabangsa terhebat di dunia. Tetapi tidak ada yang dapat dibandingkan dengan aura Kaabah dan bersolat di Masjidil Haram.

Labaikallahumma Labaika

Berpakaian ihram serba putih tanpa sebarang alat yang berjahit sememangnya membuatkan kita tiada memiliki apa-apa, ia mengingatkan kita semasa kita dilahirkan hanya dibalut kain.

Berihram sendiri telah mengeluarkan segala kesombongan kita selama ini dan kita lakukannya semua kerana Allah. Pada suhu yang mencecah 30′C hanya Allah sahaja tempat kita memohon perlindungan semasa menyempurnakan tugas umrah.

Saya mengajar anak-anak saya talbiyah beberapa kali semasa van kami memasuki Makkah, sambil mata saya mencuri melihat bangunan jam besar yang boleh dilihat dari setiap sudut kita memasuki Makkah.

Namun tumpuan utama ialah untuk melakukan ibadat umrah di mana kami akan bertawaf, bersaie setelah berihram di Zulhulaifah. Kami dipandu oleh mutawwif dari Patani bernama Ustaz Lotfi seoarang pelajar di sini.

Semasa kami mendekati pintu besar King Abdul Aziz, saya sekali lagi mengingatkan anak-anak saya supaya benar-benar mengikhlaskan diri dengan penuh sifat kehambaan apabila memasuki Masjidil Haram.

Sebaik sahaja Kaabah mula menunjukkan dirinya semua kami terpegun sambil berdoa supaya Allah memelihara Kaabah dan menambahkan padanya penghormatan dan kehebatan. Selesai urusan umrah kami kembali ke hotel keletihan sambil mengharapakan dapat menjalankan solat subuh berjemaah di masjid.

Membina kekuatan

Saya amat memahami selama ini bahawa kekuatan hakiki ialah kekuatan dalaman yang memberikan bekalan untuk setiap manusia melalui perjalanan di dunia yang fana ini. Ujian terlalu besar, ombaknya ganas, perhentiannya entah di mana, jadi hanya keyakinan pada Allah dan kekuatan diri menjadi teman ketika semua manusia tidak akan memberikan apa -apa faedah untuk kita.

Perjalanan umrah kali ini cukup bermakna untuk saya mencari erti kekuatan dan ketenangan jiwa. Semasa saya bersendirian di tempat saie bahagian Bukit Safa, saya merasai ketenangan itu, walaupun beribu manusia dengan suara zikir yang tinggi lalu lalang di hadapan saya, saya seolah berada sendirian,mengenangkan perjuangan Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar bersama anaknya Ismail yang masih bayi meronta-ronta dahaga dan kelaparan.

Siti Hajar berlari-lari dari Safa ke bukit Marwa sekitar 1 km pergi balik mendapatkan pertolongan suaminya Ibrahim yang meninggalkannnya kerana perintah Allah. Namun kehendak Allah menentukan sejarah zam-zam bermula di sini apabila berbuak dari bawah tanah air zam-zam yang masih dinikmati hingga saat ini oleh berjuta kaum muslimin yang datang ke Makkah.

Saya tidak mengendahkan hiruk pikuk orang ramai yang bersaie, waktu itu adalah waktu saya mengimbau dalam ketenangan waktu saya dan apabila saya sedar membuka mata, bibir saya spontan menyebut ALLAHU AKBAR, segalanya bermula di sini…(IH)

Kita Dah Menang, Buat Apa Nak Boikot? -Khalid Samad

Khalid Samad
Khalid Samad
SHAH ALAM – Ahli Parlimen PR Selangor tetap akan menghadiri sidang Dewan Rakyat yang bermula 24 Jun ini, walaupun memboikot sesi taklimat, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Khalid Samad berkata, setakat yang dimaklumkan, tindakan boikot hanya pada sesi taklimat.

“Kita dah menang, buat apa nak boikot? Walaupun ada penipuan, tetapi kita tetap menang.

“Rakyat susah payah beri kemenangan kepada kita, takkanlah tak pergi. Ahli Parlimen PKR pun akan hadir,” kata Khalid, yang juga ahli Parlimen Shah Alam kepada Sinar Harian.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Anthony Santiago berkata, tujuan PR memboikot sesi taklimat Parlimen sebagai simbolik kepada protes penipuan pada PRU13.

“Kita nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa PRU13 adalah paling kotor dalam sejarah pilihan raya.

“Kita minta kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digantikan segera. Kita juga mahu undang-undang berkaitan pilihan raya seperti Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 digugurkan,” katanya.

Beliau, yang juga ahli Parlimen Klang turut memaklumkan akan menghadiri sesi Parlimen pada 24 Jun ini kerana tidak mahu mengkhianati kepercayaan rakyat.
“Rakyat dah beri kepercayaan kita harus hormati harapan rakyat, kalau ada ahli Parlimen lain nak boikot, terserah,” katanya.
 
Charles Anthony Santiago
Charles Anthony Santiago
R Sivarasa
R Sivarasa

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, memaklumkan belum ada keputusan daripada pimpinan tertinggi PKR sama ada akan menghadiri sesi Parlimen 24 Jun atau tidak.

“Kita sedang adakan perbincangan dengan wakil-wakil PKR dan perkara ini akan dipanjangkan kepada wakil PR yang lain, sama ada akan hadir atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berhasrat untuk memboikot sesi pembukaan Dewan Rakyat ke-13 sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU13, 5 Mei lalu dan enggan membentangkan soalan di Parlimen.

Tarikh akhir bagi ahli Parlimen mengemukakan soalan untuk jawapan kementerian pada sesi yang bermula 24 Jun berakhir Rabu.

Anwar dilaporkan sedang mempertimbangkan sama ada mahu hadir majlis angkat sumpah Parlimen sebagai menunjukkan rasa kesal terhadap keputusan PRU13 yang didakwa wujud unsur penipuan. (SH)

Kereta Api Terapung Pula..

 Maglev menggunakan kuasa magnet menjalani ujian pertama di Tokyo.

JOM KREATIF
TOKYO - Jepun memperkenalkan kereta api terapung, Maglev buatan tempatan yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam,baru-baru ini. Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat melangkaui batas minda.

Keretap api terapung keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai), digerakkan sepenuhnya oleh kuasa magnet dan menjalani ujian awal baru-baru ini. Jurucakap pasukan operasi berkata, Maglev  bakal digunakan di seluruh Jepun  bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka.

"Kereta api terapung ini tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap," katanya yang dipetik dari MailOnline.

Perjalanan rasmi Maglev dijadualkan pada September depan dan bakal beroperasi sepenuhnya di antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027 depan. (SH)

Lihar sebelm ini..
Lihat 100 kisah-kisah kreatif dalam..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

Jangan Solat Di Masjid Ini...

Foto: Tapak Masjid Dhirar yang dimusnahkan zaman Nabi..

Masjid Dhirar, masjid orang munafik yang dihancurkan di zaman Nabi  
 

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid 
  • untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang Mukmin), 
  • untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin 
  • serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. 
  • Mereka sesungguhnya bersumpah, "kami tidak menghendaki selain kebaikan." 
Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (At-Taubah9: 107)

Sebab turun ayat (asbabun nuzul) ini adalah pemberitahuan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bahawa orang munafik membina masjid dengan niat menghancurkan Islam.

Ibnu Mardawaih rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu Ishaq rahimahullah yang berkata, "Ibnu Syihab az-Zuhri menyebutkan dari Ibnu Akimah al-Laitsi dari anak saudara Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu. Dia mendengar Abi Rahmi al-Ghifari Radhiallahu 'anhu (dia termasuk yang ikut baiat kepada Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam pada hari Hudaibiyah) berkata,

"Telah datang orang-orang yang membina masjid dhirar kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, pada saat beliau bersiap-siap akan berangkat ke Tabuk. Mereka berkata, "Wahai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, kami telah membina masjid buat orang-orang yang sakit maHupun yang mempunyai keperluan pada malam yang sangat dingin dan hujan. Kami senang jika engkau mendatangi kami dan solat di masjid tersebut.

"Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab," Aku sekarang maHu berangkat membuat perjalanan, insya Allah Azza wa Jalla setelah kembali nanti aku akan melawat kalian dan solat di masjid kalian. "Kemudian dalam perjalanan pulang dari Tabuk, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berehat di Dzu Awan (jaraknya ke Madinah kira-kira setengah hari perjalanan). Pada waktu itulah Allah Azza wa Jalla memberi khabar kepada beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang masjid tersebut yang mereka niatkan untuk membahayakan kaum muslimin dan sebagai bentuk kekafiran. "Lubabun Nuqul fi asbabin nuzul hal. 111, Darul Maktabah Ilmiyyah, syamilah

Kaum munafik membina dengan niat yang buruk

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah berkata, "Masjid Dhirar dibina dengan niat yang buruk.  Mereka adalah orang munafik dan tujuan mereka adalah:
  • 1. Menyaingi dan membahayakan masjid Quba, oleh kerana itu dinamakan Masjid dhirar (ertinya: membahayakan, dan masjid ini dibina hampir bersamaan dengan masjid yang pertama kali iaitu masjid Quba, pent).
  • 2. Kafir kepada Allah, kerana ditetapkan padanya kekafiran / pengingkaran kerana yang membinanya adalah orang munafik
  • 3. Memecah belah kaum muslimin
  • 4. Untuk mengintip (kaum muslimin) bagi mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya. Ada seorang laki-laki fasik pergi ke Syam yang bernama Abu 'Amir (ia selalu memerangi kaum muslimin dan kalah, kemudian ke syam untuk meminta bantuan kepada Raja Rom, pent). Kemudian ia bersurat kedapa kaum munafik (di Madinah) agar mereka membina Masjid, maka kaum munafik membina masjid (Dhirar) atas petunjuk darinya. Mereka berkumpul untuk mewujudkan keinginan mereka untuk membuat makar dan tipu daya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan sahabat beliau (mereka beralasan membina masjid untuk orang yang sakit dan orang tua, pent). "Majmu' Fatawa wa Rasail 6/226-227
Perintah agar tidak solat di masjid tersebut dan agar menghancurkannya

Allah Ta'ala berfirman, 
  • "Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. "(QS. At Taubah: 108)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengutus Malik bin Dukhsyum, Ma'an bin Adi,' Amir bin As-Sakan dan Wahsyi. Kemudian berkata, "Pergilah kalian ke masjid yang didirikan oleh orang-orang zalim (masjid dhirar), kemudian hancurkan dan bakarlah."

Maka keduanya pun berangkat dengan segera. Malik bin Dukhsyum mengambil api (pelepah kurma) dari rumahnya. Mereka bertolak lalu membakar dan menghancurkannya.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Tahan 3 Perogol Pelancong AS

India berupaya mengembalikan citra negaranya usai beberapa kali tindak pelecehan seksual dan pemerkosaan menimpa turis asing. 
India berupaya mengembalikan citra negaranya usai beberapa kali tindak pelecehan seksual dan pemerkosaan menimpa turis asing. (REUTERS/Adnan Abidi)



India Tahan Tiga Pemerkosa Turis AS
Polisi India telah menahan tersangka pelaku tindak pemerkosaan terhadap seorang turis wanita asal Amerika Serikat (AS). Seperti diketahui, wanita berusia 30 tahun itu mengaku diperkosa saat menumpang truk ke rumah sewaan tempatnya akan menginap.

"Tiga pria telah ditahan karena diduga terkait tindak pemerkosaan itu," ujar Kepala Polisi Distrik Kullu, Vinod Dhawan, di bagian utara negara bagian Himachal Pradesh, seperti dilansir laman ABC News Australia.

Penangkapan itu dilakukan setelah korban melapor kepada polisi bahwa dia telah diperkosa oleh seorang pengemudi truk dan dua rekannya. Wanita itu mengatakan dia tengah menanti taksi untuk mengantarnya pulang pada Senin malam.

Namun tidak ada satu pun taksi yang berhenti. Akhirnya dia menerima tawaran seorang pengemudi truk yang memberikan tumpangan pulang secara cuma-cuma.

Alih-alih mengantarkannya pulang, pengemudi truk itu malah membawanya ke tempat tertutup dan memperkosanya selama satu jam. Polisi kemudian bergerak cepat setelah menerima data ciri-ciri pelaku dan truk yang digunakan dari korbaan.

Pelaku perkosaan di Gurdaspur, Punjab, India (ilustrasi) 
Polisi juga mengatakan telah mengumpulkan bukti forensik dan mengidentifikasi tanda ban dari lokasi terjadinya pemerkosaan. Pihak berwenang akhirnya melakukan pengecekan dan pemblokiran di sekitar Manali sejak hari Rabu, 5 Juni 2013.

Lebih dari 2.000 truk diperkirakan melintasi jalan tol Manali yang menghubungkan daerah terpencil desa Himalaya. Korban saat ini berada dalam perlindungan polisi di sebuah hotel di daerah Manali yang terletak 500 kilometer dari Ibukota New Delhi.

Peristiwa pemerkosaan ini terjadi usai tindakan serupa menimpa seorang pekerja sosial berusia 21 tahun asal Irlandia. Wanita itu diketahui sedang bertugas di Kolkata.  Dia mengaku diperkosa pada Sabtu akhir pekan kemarin.

Pemerintah India berupaya mengembalikan citra negaranya usai beberapa kali tindak pelecehan seksual dan pemerkosaan menimpa turis asing. Presiden India Shri Pranab Mukherjee bahkan mengesahkan Undang-undang (UU) yang memberikan hukuman lebih keras kepada pelaku pemerkosaan. Apabila korban dinyatakan dalam keadaan koma bahkan tewas maka pelaku dapat dijerat hukuman mati. (IH/umi)

Lihat sebelm ini,, 
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

Tuesday, June 11, 2013

DPR Indo: Memakai Tudung Hak Asasi Polis Wanita.

 Inggrid Kansil
Inggrid Kansil

DPR: Kenakan Jilbab, Hak Asasi Polwan
JAKARTA -- Anggota Komisi VIII Fraksi Golkar, TB Ace Hasan Syadzily menyayangkan sikap Polri melarang polwan (Polis Wanita) mengenakan jilbab. Menurut Hasan, larangan ini sama saja dengan tidak menghargai hak asasi seseorang. 
"Saya menyayangkan jika penggunaan jilbab bagi calon polisi dilarang," kata Hasan kepada Republika di Kompleks Parlemen Senayan, Jakarta, Selasa (11/6).

Hasan percaya, jilbab tidak akan mengganggu kinerja para polwan di lapangan. Buktinya, banyak olahragawan yang bisa berprestasi dengan leluasa meski mengenakan jilbab. Ia pun meminta kapolri untuk segera mengklarifikasi kebijakan larangan menggunakan jilbab. Jangan sampai kebijakan ini menimbulkan kesalahpahaman di masyarakat.

Anggota Komisi VIII DPR Fraksi Demokrat, Inggrid Kansil menambahkan, mengenakan jilbab merupakan hak setiap muslimah. Polri sebaiknya tidak kaku menerapkan aturan larangan berjilbab yang telah berlaku sejak lama.
"Sebuah aturan itu sifatnya adaptable atau disesuaikan dengan perkembangan zaman," katanya.

Inggrid mengatakan Polri sebaiknya mengkaji kembali larangan mengenakan jilbab untuk para polwan. Karena meski pun seragam berkaitan dengan aturan institusi, namun hal itu tidak mesti membuat Polri melanggar hak berpakaian para polwan yang ingin berjilbab.

"Saya kira harus ada jalan keluar yang baik," ujarnya.

Apalagi, tambah dia, ini merupakan isu yang sensitif. Inggrid percaya Polri mampu memberi pejelasan yang baik kepada masyarakat. (IH/ROL)

IKLAN: 
Kontrak Ambil Sawit -Warga Indo.

Kontrak Ambil Sawit -Warga Indo.
Hubungi: Mail (M'sia) O14 2225865 & 011 23028768
Khidmat Pembantu Rumah
Khidmat Pembantu Rumah
Hubungi En. Affan 011 23028768

Husam Gagal Buktikan Kes Saman Ke Atas NSTP

 
Husam Musa

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini kalah dalam kes saman fitnah RM10 juta terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan empat yang lain berkaitan sebuah artikel mengenai jawatannya dalam parti dan kerajaan.
Peguam Zulqarnain Lukman yang mewakili Husam memberitahu pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat keputusan di dalam kamarnya bahawa artikel itu tidak bersifat memfitnah.

Lee juga katanya memutuskan bahawa kalaupun artikel itu berbaur fitnah, mahkamah mendapati perlindungan bersyarat dan kewartawanan secara bertanggungjawab yang dijadikan alasan dalam pernyataan bela diri defendan, adalah terpakai dalam kes ini.

Beliau berkata mahkamah turut mendapati Husam gagal membuktikan kesnya terhadap defendan dan oleh itu memerintahnya membayar kos RM20,000 kepada defendan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi daripada pihak Husam dan dua daripada pihak defendan.

Pada 2010, Husam memfailkan saman terhadap NSTP, dua pemberitanya Shuhada Elis dan Nik Imran Abdullah, bekas pengarang kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan pengarang urusan kumpulan NSTP ketika itu Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa.

Dalam pernyataan tuntutannya, Husam berkata defendan, dengan niat jahat, menulis dan menerbitkan sebuah artikel pada 23 Nov 2009 tentang jawatannya untuk tujuan mencemar nama baik beliau.

Beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, kos dan relief lain yang didapati wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan bela diri mereka, defendan menafikan bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel itu bersifat memfitnah dan artikel berkenaan disiarkan berlandaskan perlindungan bersyarat.

Defendan diwakili peguam Lim Qi Si dan peguam Wee Jason.

- Bernama

Bukan Filem, Ini Dia Wanita Pontianak.. -Daily Mail


Wilkes Barre (AS): Seorang ibu dua anak mendedahkan dia minum darah manusia dengan ‘gaya pontianak,’ kadang kala sehingga dua liter sebulan. Julia Caples, 45, menghisap darah daripada penderma sukarela sejak lebih 30 tahun lalu.

Dia bertemu rakan peminat pontianak di satu majlis tempatan, tempat dia mengelar mereka dengan pisau ala zaman jahiliah sebelum menghisap darah mereka. Julia percaya dengan berbuat demikian dia akan kekal muda dan bertenaga, seperti penghisap darah dalam filem seperti Twilight. Bagaimanapun, dia berusaha menjauhkan minat peliknya itu daripada anaknya, Alexi, 11. Anak perempuannya, Ariel, 24, bencikan ketaksuban Julia dan mendesaknya supaya berhenti.

Wanita itu yang berasal dari Wilkes Barre, Pennsylvania, Amerika Syarikat berkata: “Apabila menghisap dan minum darah seseorang, saya berasa muda dan lebih sihat. Saya tahu secara saintifik, darah tidak mengandungi zat.

“Bagaimanapun, mungkin ada khasiat lain yang kita belum temui. Saya berasa diri saya lebih cantik setiap kali minum darah. Saya juga amat sihat, tidak menghadapi masalah kesihatan dan sentiasa bertenaga. Ada ketikanya saya minum lebih dua liter sebulan.”

Minat Julia pada darah bermula sejak dia masih muda, ketika bercium kali pertama semasa berusia belasan tahun.
FotoJULIA bersama Alexi dan Donald.

“Saya terdorong untuk menggigit kekasih saya ketika kami bercium. Hasrat itu datang tiba-tiba dan saya sukakan rasanya. Saya tidak dapat menjelaskannya dengan kata-kata dan minat itu tidak pernah berhenti. Dan kekasih saya itu tidak pernah mencium saya lagi.” katanya.

Bagaimanapun, Julia tidak minum darah sebegitu kerap sehingga menemui Donald, 49, lelaki yang kini bekas suaminya. Mereka berkahwin dalam majlis yang bertemakan pontianak pada Oktober 2000 dan minum darah satu sama lain untuk meraikan upacara itu. Pasangan itu menjadi sebahagian daripada budaya peminat pontianak yang mengunjungi kelab malam dan minum darah satu sama lain.

Tetapi apabila pasangan itu mempunyai anak, Alexi, Donald berikrar untuk tidak lagi minum darah. Donald berkata:

“Saya berhenti tetapi Julia tidak perlu berbuat demikian kerana kami bersetuju seorang daripada kami perlu berhenti dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.
“Julia masih berminat untuk minum, tetapi dia juga ibu yang baik dan memberi keutamaan kepada anak. Dia tidak membiarkan minatnya itu menyekatnya menjadi ibu.”

Meskipun wanita itu berusaha merahsiakan gaya hidupnya daripada Alexi, kanak-kanak itu sudah mula mengesyaki tabiat ibunya. Alexi berkata:  “Kami mempunyai pelbagai hiasan, seperti keranda dan anak patung di rumah. Saya mula berfikir dia ialah pontianak.

Anak perempuannya, Ariel pula berkata: “Saya dapat merasakan dia terdedah dengan banyak masalah kesihatan. Saya bimbang dia akan dijangkiti penyakit daripada seseorang menerusi darah.”

Julia yang menulis dalam blognya mengenai pontianak dengan mengguna nama Lady DarkRose berkata, dia sedar bahaya yang dihadapinya. “Tetapi semua penderma diuji sebelum saya minum darah mereka. Saya berkenalan dengan beberapa penderma menerusi Internet. Tetapi saya pasti akan menemui mereka terlebih dulu. Mereka perlu menjalani ujian darah untuk memastikan mereka tidak menghidap AIDS atau HIV,” katanya. - Daily Mail

Syeikh Qaradhawi Menyesal Dahulu Membela Hizbullah..


DALAM wawancara dengan Al Arabiya yang ditayangkan pada hari Minggu, Sheikh Yusuf al-Qaradawi (gambar), presiden Persatuan Ulama Muslim Internasional, menyebut kelompok Hizbullah Lebanon sebagai “partai Syaitan” yang berusaha untuk “menabur perselisihan” di kalangan umat Islam.

Syeikh Qaradhawi menyesal kernyataan sebelumnya tentang sokongannya kepada Hizbullah dan Iran pada saat para ulama Muslim di Arab Saudi, telah menyatakan sikap skeptis atas kelompok milisi Hizbullah di wilayah tersebut.

“Ketika Hizbullah melawan Israel, saya mempertahankan membelanya. Aku berdiri berhadapan dengan para ulama di Arab Saudi, para ulama yang paling terkenal pun memperingatkan kita terhadap Hizbullah, “kata Sheikh Qaradawi.

“Mereka memperingatkan kita terhadap rencana Hizbullah untuk menabur perselisihan. Mereka memperingatkan kita terhadap ideologi dan niat mereka. (sedangkan) Aku berdiri dan membela mereka [Hizbullah] saat itu,“ imbuhnya.

Dia menggambarkan kelompok, yang namanya bererti dalam bahasa Arab Partai Allah, ternyata kelompok itu sebenarnya sebagai “partai setan” yang berusaha untuk menabur perselisihan di dunia Muslim.

“Mereka yang berperang melawan rakyat Suriah dan menyebut dirinya Hizbullah (Partai Tuhan) dalam bahasa Arab , mereka sebenarnya adalah Partai Syaitan,” katanya.

Al Qaradhawy menyatakan bahawa ulama Saudi “lebih dewasa dan berpengetahuan” tentang Hizbullah dan Iran daripada dirinya.

“Awalnya, Saya ingin menyatukan semua umat Islam, Muslim berperang melawan orang Israel, bagaimana saya akan menyokong Israel? Tapi nampaknya ulama (yang memperingatkan bahaya Hizbullah) -mungkin mereka beristirahat dalam damai jika mereka telah wafat, dan semoga Allah memberkati mereka jika mereka masih hidup – mereka lebih pintar dari saya,“ katanya.

“(Ternyata) Mereka, yang saya bela, pergi dan membunuh saudara-saudara kami di Suriah. Kami berpikir mereka adalah saudara-saudara kami, tapi rupanya mereka bukan (saudara kami) , “tambahnya.

(IH/alarabiya/eramuslim)

‘Political liaison', Tahniah Dr Dzulkefly, Teresa Kok; Saifuddin Nasution.

 Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM – Pelantikan Pegawai Perhubungan Politik di Selangor disifatkan sebagai kekuatan PR Selangor bukannya kelemahan pentadbiran seperti didakwa. Bakal Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar yang mewakili Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kewujudan jawatan ini merupakan keunikan pentadbiran Selangor yang mencerminkan keserasian.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, pelantikan jawatan baru daripada ketiga-tiga parti komponen PR bukanlah melambangkan kelemahan tetapi kekuatan PR Selangor.

“Gandingan yang dipilih pimpinan tertinggi parti iaitu Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan diri saya sendiri yakin dapat memperkasa kepimpinan PR Selangor.

“Selangor cuba jadi perintis kepada keunikan pentadbiran PR. Jika di Pulau Pinang ia hanya dikuasai DAP, Kelantan hanya ditadbir Pas. Tetapi berbeza dengan PR Selangor yang melibatkan ketiga-tiga parti komponen,” katanya semalam.

Menurut Dzulkefly, dalam penggal kedua pentadbiran PR Selangor mereka akan bekerja keras untuk melaksana janji manifesto seperti yang diharapkan oleh rakyat. Dalam perkembangan sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Pas Selangor terutamanya, Pesuruhjaya Pas, Dr Abdul Rani Osman di atas pemilihannya.

“Saya tahu ini tugasan berat bagaimanapun sebagai Pegawai Perhubungan Politik yang baru dilantik masih belum jelas dengan portfolio dan bidang tugas yang bakal dilaksanakan.
“Saya tak mudah kerja ini kerana mandat besar yang diberikan rakyat dengan kemenangan dua per tiga. Amanah besar ini akan  dipikul dengan akauntabiliti,” katanya. (SH)

Tilawah Al-Quran K'saan: MB K'tan Baru, PAS Menuju Era Baru?


 
Kelantan tuan rumah tilawah al-Quran selepas 23 tahun

KOTA BHARU: Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Tilawah kali ke-56 diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini. Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Besar; Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Kerajaan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri serta pusat.

Perdana Menteri merakam ucapan terima masih kepada Kerajaan Kelantan kerana setuju menjadi tuan rumah pada tilawah kali ini.

"Ini mencatat sejarah sebagai menyambung penyatuan ummah," katanya pada ucapan perasmian.

Sebelum itu, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana Kelantan dipilih julung kali sebagai tuan rumah. Ini selaras dengan minat yang mendalam rakyat Kelantan terhadap al-Quran sejak dahulu lagi. Seramai 29 qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan pada tilawah yang bermula malam ini.(Hrkh)

Komen  Weblog Ibnu Hasyim: Menonton Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan malam tadi, Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di sama. Tilawah kali ke-56 diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini. Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang mengucapkan syabas kepada RTM atas liputan langsung ucapan Menteri Besar Kelantan ketika perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-56 di Dewan Balai Besar, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di Kota Bharu, malam tadi. (Syabas RTM siar langsung ucapan MB Kelantan)

Sehngga ada kawan-kawan kita berbisik, "Apakah ini pendekatan MB Kelantan Baru dalam  menuju  PAS era baru?

Gadis 13 Tahun Lari Ikut Kekasih. Dimana Salahya?

SITI RAHAYU (kiri) dan suaminya, Zamri bersama anak kedua mereka, Siti Nur Ratna Sari menunjukkan gambar dan poster Siti Nur Nilam Sari di Melaka semalam. 

MELAKA - Sepasang suami isteri kini bingung memikirkan nasib anak gadis mereka yang menghilangkan diri dari rumah neneknya sejak lima hari lalu. Zamri Ajid, 39, dan Siti Rahayu Amat, 35, berkata, Siti Nur Nilam Sari, 13, dipercayai mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Riduan.

Menurut Siti Rahayu, ketika hilang pada 4 Jun lalu anak gadisnya yang berkulit hitam manis memakai baju-T berwarna putih dan baju sejuk kelabu serta berseluar jean sambil membawa beg tangan berwarna hitam.
Katanya, pada malam sebelum kejadian, dia dan suami sempat makan malam bersama Siti Nur Nilam Sari sebelum menghantar gadis itu ke rumah ibunya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai pada pukul 11 malam.

"Bagaimanapun, pada pukul 1 petang esoknya, saya dimaklumkan oleh adik saya bahawa Siti Nur Nilam Sari sudah tiada di rumah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah kerajaan tidak merasa bertanggungjawab atau bersalah?

Apa Rahsia Lelaki-lelaki Ini Pakai Skirt?


PEMANDU kereta api, Martin Akersten memakai skirt sebagai tanda membantah polisi seragam syarikat yang melarang mereka memakai seluar pendek ketika musim panas.- AP


STOCKHOLM - Para pengguna kereta api di wilayah utara Stockholm akan bertemu dengan pemandu serta konduktor kereta api lelaki yang memakai skirt di tempat kerja mereka.
Seorang pemandu kereta api, Martin Akersten memberitahu dia dan rakan-rakannya yang bekerja di stesen Roslagsbanan mula memakai skirt pada musim panas ini untuk membantah polisi syarikat yang menghalang mereka memakai seluar pendek.

Akersten, 30, memberitahu maklum balas daripada orang ramai terhadap tindakannya itu adalah positif. Syarikat pengendali kereta api terbabit, Arriva bagaimanapun tidak menghalang perbuatan tersebut.
Jurucakap Arriva, Tomas Hedenius menyatakan syarikat mahu kakitangannya untuk kelihatan kemas, tetapi tidak boleh menghalang pekerja lelaki daripada memakai skirt sekiranya itu yang mereka mahu.
Hedenius bagaimanapun tidak menyatakan bahawa polisi uniform syarikat akan berubah. - AP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails