Friday, May 04, 2007

Sejarah PAS 4: Nama & Rahsia Siasah
























(gambar bawah: Allahyarham Amaluddin Darus)


IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS siri 4


PADA 23 Ogos 1951, adalah hari perasmian penubuhan Persatuan Ulama Se Malaya di Bangunan Kelab Melayu Bagan, Butterworth. Setelah masing-masing setuju penubuhannya, undang-undang tubuhpun dibahas untuk disahkan.


Seorang perwakilan dari Persatuan Al-Ihya Al-Syarif, Gunung Semanggul Perak, membahas nama yang tertera di rangka undang-undang tubuh tersebut. Beliau adalah Ustaz Uthman Hamzah bekas anggota Hizbul Muslimin dahulu. Beliau mencadangkan nama Persatuan Ulama Se Malaya dipinda kepada Persatuan Islam Se Malaya, atau sebutan ringkasnya PAS.


Alasannya, kerana ahli-ahlinya terbuka kepada umum, yakni orang-orang Islam yang akil baligh (tidak semestinya ulama) dan beberapa alasan lain. Beliau, meragui penyertaan ulama yang kurang memuaskan. Cadangannya tidak diterima oleh jawatankuasa penaja dan Puan Dasimah Dasir yang mewakili Kaum Ibu UMNO, terus menjadi perbahasan. Pengerusi waktu itu adalah Haji Mohd Ghazali Abdullah, yang menghadkan kepada tiga nama sahaja untuk diundi.


Iaitu :


i.Persatuan Islam Se Malaya (PAS) yang mendapat undi sebulat suara.

ii.Persatuan Ulama Se Malaya.

iii.Persatuan Muslimin Tanahair (PERMATA) atau Pertubuhan Islam Malaya (PERTAMA).


Maka PAS ditubuhkan hasil dari muktamar tersebut. Alamat pejabatnya waktu itu: No 721, Kepala Batas, Seberang Prai.


Tujuan-tujuan awalnya ialah:


1.Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

2.Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

3.Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

4.Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran-ajaran agama Islam di dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.


5.

‘Pegawai-pegawai persatuan’ atau pimpinannya terdiri dari;

i.Seorang Yang Di Pertua.

ii.Seorang Timbalan Yang Di Pertua.

iii.3 orang Naib Yang Di Pertua.

iv.Seorang Setiausaha Agung.

v.Seorang Bendahari

vi.12 Ahli Jawatankuasa. Mereka hendaklah dipilih dan dilantik dalam mesyuarat agung, kecuali 1/3 dari ahli jawatankuasa hendaklah dilantik oleh Yang Di Pertua.


Jawatan mereka hanya setahun, iaitu hingga bertemu mesyuarat agung tahun hadapan. Tugas-tugas dan kewajipan juga terdapat dalam undang-undang tubuh Persatuan Islam Se Malaya tersebut.


Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:


1.Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung

2.Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung

3.Tuan Haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)

4.Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)

5.Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan).

6.Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung

7.Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Bendahari.

8.


Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada:


1.Tuan Haji Yahya Joned

2.Tuan Haji Uthman Talib

3.Tuan Haji Mohammad Nor

4.Tuan Haji Zabidi Ali

5.Tuan Haji Abdul Wahab

6.Tuan Haji Assaiya

7.Muhammad Mahzub

8.Tuan Haji Ahmad Nadur.


Permohonan pendaftarannya dibuat di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaya, di Pulau Pinang. Apabila hampir pilihan raya kebangsaan 1955, barulah kelulusannya didapati, iaitu pada 31 Mei 1955. Registration no 773 (Penang). Rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.


Perkataan ‘Siasah’ dalam undang-undang tubuh atau dasar PAS yang tercatat pada tujuan-tujuan ia ditubuhkan sudah menjadi perkataan agung dan berkuasa. Berkuasa membebaskan PAS sebagai pertubuhan yang berdiri sendiri dan mempunyai power. Berkuasa memisahkan parti Islam itu dari belenggu pemimpin-pemimpin UMNO yang memisahkan politik dengan agama Islam. Berkuasa tidak tunduk dan berlutut di bawah pimpinan yang berfaham seperti penjajah di negara ini.


Mereka yang berfaham sempit tentang agama, meletakkan atau menendang agama ke sudut ibadat khususiah semata-mata. Beragama hanya di surau-surau, masjid, pondok pengajian tidak di parlimen, atau mercu pemerintahan dan kekuasaan. Di katakana perjuangan PAS adalah kesinambungan dari perjuangan Rasul dan Nabi-nabi, adalah kerana perjuangan itu meletakkan hukum Allah SWT ditempat yang paling tinggi sekali di atas kekuasaan yang lain.


Allah dan hukumNya sahaja yang Maha Besar, yang lain semuanya kecil belaka. Al-Qur’an dan hukumNya saja yang Maha Tinggi, perlembagaan lain yang bercanggah dengannya, secara tersendiri terbatal dan rendah belaka. Rasulullah SAW meletakkan Al-Qur’an di mercu perlembagaan Madinah mengatasi hukum-hukum jahiliah lain, termasuk hukum-hukum Yahudi dan Kristen.


Dikatakan juga ajaran pemisahan agama dengan politik yang ketinggalan zaman sejak 2,000 tahun dahulu, telah dibawa semula oleh penjajah Inggeris ke Tanah Melayu adalah berasal dari ajaran Kristen. Ini disebut dalam Injil Mathew 21/22 berbunyi:

“Biarkan hak (urusan) maharaja bagi maharaja, dan hak Allah bagi Allah.”


Bagi agama Kristen, hak atau urusan maharaja dan pemerintah tidak boleh dicampuradukkan, atau disamakan dengan hak Allah atau hukum-hukum agama. Maka hampir seluruh pelusuk dunia, masyarakat umat yang dikatakan Islam telah diracuni dan diresapi oleh wabak sekularisme atau faham ‘agama lain politik lain’ atau ‘agama suku politik suku’ ini. Faham tigasuku (tak lengkap) ini, membuat mereka keliru makna agama yang sebenarnya.


Makna ‘agama’ sebenarnya berasal dari bahasa Arab iaitu ‘ad-deen’. Semata-mata dari segi bahasa ertinya;

Penyembahan, pengabdian kepada Allah atau kepada kekuasaan yang Agung.” – Jabran Masud, Al-Raaid, Darul malaiien, Beirut, ms 688.


Dari segi istilah pula bermaksud;

“Pegangan yang lengkap sempurana(complete), merangkumi jurusan-jurusan ibadat, panduan hidup, dan lain-lain perkara yang boleh menjamin wujudnya perkara-perkara tersebut.” – Said Hawwa, Al-Islam Juzuk 1 ms 13.


Pegangan’ yang dimaksudkan di sini ialah aqidah. Aqidah bermaksud apa yang termasuk di bawahnya; Beriman dengan Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kemudian dan percaya kepada qadak dan qadar.


Ibadat’ yang disebutkan di atas pula, ialah yang termasuk di bawahnya: Menyebutkan dua kalimah syahadat, sembahyang, puasa, zakat dan tunaikan haji di Makkah.


Panduan Hidup’ atau manhaj hayat pula, adalah termasuk di bawahnya: Sistem politik, sistem ekonomi, sistem ketenteraan, sistem pelajaran, sistem pembentukan akhlak dan sistem pergaulan.


Lain-lain Perkara’ atau muaidad adalah termasuk di bawahnya; Berjihad, melakukan perkara kebaikan (maaruf), mencegah perkara jahat (mungkar), hukuman dan siksaan.


Jadi, makna agama itu amatlah luas ruang lingkupnya, meliputi seluruh cara dan bidang kehidupan atau way of life yang lengkap sempurna, bermula dengan Kalimah Agung Tertinggi ‘La Ilaha Illallah’ yang sebesar-besarnya, hingga sekecil-kecilnya, membuang duri halus bagi memudahkan orang lalulalang di jalan. Apa lagi masalah kepimpinan, kenegaraan, pemerintahan, politik atau siasah??


Mari kita lihat apa makna siasah atau politik…


Menurut Ahmad Atiatullah di dalam ‘Al-Kamus Al-Siasi’ Darul Nahdhat Al-Arabiah, halaman 661. Siasah ertinya;

Hal ehwal pentadbiran Negara atau usaha kea rah mendapatkan kekuasaan untuk memerintah.”

Dalam kefahaman yang lain, siasah bererti;

Mengurus pemimpin umat dan mengambil berat (bertanggung jawab) mengenai urusan mereka.” - Jabran Masud, Al-Raaid, Darul Malaiien, Beirut, ms 795.


Jadi, perkataan ‘siasah’ dalam undang-undang tubuh PAS yang diluluskan di dalam muktamar tersebut, bukan sahaja satu siasah untuk berpisah dengan pertubuhan politik UMNO yang tidak Islamik itu, tetapi kesannya adalah sebagai suatu siasah pengumuman dan pengisytiharan kepada rakyat Malaya waktu itu, kepada yang Islam atau bukan Islam, yang faham Islam atau tidak faham Islam, yang sekularisme atau materialisme, bahawa di dalam Islam itu ada politik.


Lebih-lebih lagi apabila PAS menyertai pertandingan dalam pilihan raya umum yang pertama tahun 1955 sebelum merdeka. Sehingga berkatalah penulis-penulis politik.

“Sebuah parti politik bernama Persatuan Islam Se Malaya telah muncul.” - N.J. Funston.

“Ia adalah parti politik Islam yang kedua tertubuh dalam sejarah politik negara.” – Amaluddin Darus.


Malang bagi pemimpin-pemimpin yang buta siasah, menganggap siasah hanya barang lapuk dari agama yang bukan dari politik mereka. Tapi mereka lalai, akhirnya mereka mula dihantui atau ditakuti oleh bayang-bayang siasah yang mula bersiasah…


Rujukan:

1.Ahmad Atiatullah, Al-Kamus Al-Siasi’ Darul Nahdhat Al-Arabiah, halaman 661.

2.Jabran Masud, Al-Raaid, Darul malaiien, Beirut, ms 688.

3.N.J. Funston -Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur.

4.Said Hawwa, Al-Islam Juzuk 1 ms 13

5.Hasil dari interbiaw penulis dengan Pegawai-pegawan Pejabat Agung PAS, Ustaz Amaluddin Darus, Ustaz Osman Hamzah, Ustaz Baharuddin Latif, Ustazah Hayati dan lain-lain sekitar tahun-tahun 80an.


Tambahan l:


Sheikh Abdullah Fahim: Ketua Dewan Ulama PAS Pertama.

Dilulus terbit pada Tuesday, July 01 @ 23:30:21 MYT oleh reformis. Artikel Pilihan Oleh hanahumaira. Mohd Fadli Ghani, Jabatan Arkib PAS.


KEPULANGAN Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini. Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an. Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab.


Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921. Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.

Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah . Perkataan al-Wathaniyah atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya. Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).


Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed. Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.

Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan.


Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.


Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.


Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga. Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS. Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain.


Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama. Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.


Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.


Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di Arabic School, Kepala Batas iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.


Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.- tajdid.


Tambahan ll:

Biodata Haji Abdullah Fahim


TUAN Guru Haji Abdullah bin Ibrahim lebih terkenal dengan nama Haji Abdullah Pak Him merupakan seorang tokoh ulama yang banyak memberi jasa kepada pekembangan Islam dan politik di Seberang Perai. Tuan Guru Haji Abdullah telah dilahirkan di Makkah kira-kira 1869. Ayahnya Haji Ibrahim bin Tahir yang berasal di Patani ialah seorang guru al-Quran di Makkah. Haji Ibrahim mempunyai ramai murid di Makkah dari Malaysia, Indonesia dan Patani. Demikian dijelaskan oleh anaknya, Dato' Haji Ahmad Badawi.


Oleh kerana bapanya itu seorang ulama yang lama tinggal di Makkah, iaitu di Shi’b Ali, yang tidak jauh dari kaabah, maka anaknya Dato' Haji Ahmad Badawi telah berminat mendalami pelajaran agama dan al-Quran sejak dari kecilnya lagi. Haji Abdullah adalah ahli UMNO yang pertama di Seberang Perai, yang berdaftar di Johor kepada Dato Onn bin Jaafar. Beliau mengambil bahagian cergas dalam perjuangan untuk memerdekakan Malaya dan membuat ramalan bahawa tahun 1957 adalah perlu bagi Malaya mencapai kemerdekaan dan perjuangan yang sesungguhnya perlu dilancarkan. Sekolah Agama Kepala Batas yang ada sekarang telah didirikan oleh Haji Abdullah Pak Him pada tahun 1344 Hijriah dan beliau adalah orang yang pertama mengajar Hadis di situ.


Sekolah ini sekarang mempunyai dua bentuk pengajian iaitu umum (adami) dan berperaturan (nizami). Kini menampung seramai 1,500 orang murid. Sekolah ini berkembang pesat di bawah pengurusan anaknya, Dato' Haji Ahmad Badawi. Haji Abdullah Pak Him bukan sahaja mengembangkan Islam di Seberang Perai, tetapi beliau telah mengajar di Kuala Kangsar ketika pemerintahan Jepun di Malaysia. Semasa di Kuala Kangsar baginda Sultan Iskandar pernah berbincang dengannya dalam masalah Agama kerana baginda sangat berminat dalam hal Agama.


Beliau pernah menolak tawaran menjadi Syeikh al-Islam Kedah kerana bimbang meninggalkan sekolahnya yang sedang berkembang. Walau bagaimanapun setelah desakan yang sangat kuat oleh pihak berkuasa dan demi menjaga kedudukan Islam beliau terpaksa menerima jawatan Mufti yang pertama di Pulau Pinang setelah merdeka. Beliau menjadi Mufti selama 5 tahun. Kebolehan dan kepintaran Haji Abdullah Pak Him memang tidak dapat dinafikan, di samping seorang mufassir (ahli tafsir), ahli falak dan ahli hadis beliau juga seorang yang pintar dalam syair-syair arab. Semangat kemelayuan Haji Abdullah Pak Him sangat kuat.


Beliau membuat tindakan yang keras ke atas orang yang anti-Melayu. Beliau pernah menyerang dan meninggalkan suatu majlis yang cuba mengecil-ngecilkan orang Melayu. Beliau juga mengecam golongan yang cuba memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan ajaran-ajaran selain dari Mazhab Syafie. Haji Abdullah Pak Him juga mengharapkan orang Islam tidak berselisih faham antara satu sama lain malah bersatupadu bagi mengukuhkan kedudukan.

Sejarah PAS 3: Tikaman Tersirat.

IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 3


TERSIRAT lawannya tersurat. Tersirat, ertinya perkara yang tidak nampak pada pandangan lahiriah, berbanding tersurat pula, ialah perkara yang jelas nampak pada mata kasar secara lahiriah. Hal itulah yang dapat dilihat dalam tujuan dan matlamat penubuhan Persatuan Islam Se Malaya.


Yang tersurat pada pada persatuan tersebut ialah cita-cita yang tertera, tertulis dan diketengahkan untuk tatapan pengetahuan umum, yakni yang diberi dan dipersembahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO. Mungkin diberi untuk mendapat persetujuan yang sesuai dengan selera UMNO sebagai anak didik penjajah British. Sebab itulah pada zahirnya persatuan ini hanya lebih bersifat badan kebajikan sahaja. Tidak ada politik-politik kepartian kononnya.


Antara matlamat-matlamat yang bersifat kebajikan itu ialah:


1.Untuk menyatupadukan seluruh orang Melayu tanpa mengira parti politik dan orang Islam rakyat Persekutuan dalam UMNO, atau di bawah naungan atau pimpinan UMNO.


2.Juga pertubuhan ini diharapkan akan dapat menjadi badan persediaan untuk mengganti UMNO yang mulai berjuang menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, setelah tertolaknya Malayan Union seperti mana badan-badan politik lain. Ini adalah kerana mungkin UMNO juga akan diharamkan oleh pihak kerajaan Inggeris.


3.Pertubuhan ini juga diharapkan dapat membantu UMNO dalam perkara-perkara agama, terutama untuk menyatupadukan Majlis Agama Islam Negeri.


Matlamat yang tersurat ini, mungkin menggambarkan sifat tunduk ulama-ulama kapada Majlis Tertinggi UMNO yang boleh dicucuk hidungnya bagaikan kerbau-kerbau di sawah. Tetapi tokoh-tokoh politik Majlis Tertinggi UMNO itu lupa, bila mereka dekati konon untuk membelainya, belum pun sempat memegang atau merentap cucuk hidung, tiba-tiba tanduk-tanduk runcing kerbau tersebut sudah merembat, menusuk masuk, menembusi dan memburaikan isi perut mereka tanpa sedar walaupun tidak membawa maut. Rupanya mereka bukanlah kerbau-kerbau yang dicucuk hidung!


Maka dengan adanya persatuan ulama itu, sekurang-kurangnya dapat menjadi kumpulan yang pendesak, penuntut, pemujuk atau pengimbang, supaya tidak berleluasanya kemungkaran dalam masyarakat. Samada kemungkaran politik atau luar politik, dan dalam parti atau luar parti itu. Inilah rembatan jalan lembut yang tersirat!!


Yang tersirat inilah yang di dalam perancangan ulama-ulama. Matlamat yang tidak dizahirkan dan cita-cita yang tidak ditonjolkan...yang menjadi srategi mereka. Apakah matlamat itu?


Pada hemat penulis, ulama-ulama ini merasa khuatir dan bimbang dengan tindak tanduk perjalanan UMNO pada waktu itu. Cakap-cakap dan tindakan pemimpin yang kadang-kadang bercanggah dengan Islam dan aqidah. Contohnya, masalah halalkan judi seperti yang disebutkan. Kejahilan merendahkan hukum agama ini akan menjadi virus yang terus merebak ke bidang-bidang agama yang lain. Misalnya menjelang merdeka, bebasnya minum arak hingga benarkan wujudnya kilang arak.


Berkembangnya faham sekularisme (agama tak boleh campur politik). Hina hukum hudud dan Agama Islam. (Kata-kata: Nanti habis batu-batu jalan, kerana nak laksanakan hudud! Kalau ikut agama bila kita nak maju? Macam mana nak hidup, kalau itu haram, ini haram? Dan seumpamanya.) Tidak mencegah mungkar, walaupun kadang-kadang buat baik. Dan sebagainya.


Mengenai sekularisme atau pemisahan agama dengan politik, berterusan menjadi pemisahan antara politik Islam dengan politik kufur atau bukan Islam. Bagi golongan agama ini, UMNO sudah mula menampakkan pekungnya ke arah politik yang bukan Islam. Bahkan UMNO tidak mempunyai cita-cita langsung untuk mewujudkan sebuah negara Islam berdasarkan Al-Qur’an dan Hadith bila merdeka kelak. Apabila hal ini berlaku, taraf ulama sama sahaja seperti di zaman penjajahan, tiada kuasa politik apa-apa.


Ulama hanya jadi tukang angguk, dan baca doa selamat untuk majlis-majlis keraian sahaja, walaupun kadang-kadang ada perkara maksiat di dalamnya. Ulama-ulama hanya jadi tukang baca khutbah (macam mesin penyalin) bukan berkhutbah. Ulama-ulama hanya pandai puji jamban dan tiang letrik (pembangunan pemerintah) dalam khutbah bukan mengislah pemerintah, atau hanya mengajar hukum mandi junub sahaja (bukan hal-hal yang menyentuh pemerintahan dan politik negara).


Mereka sedar hal-hal seperti inilah yang membekukan dan menjumudkan lagi pemikiran ulama-ulama. Mungkin inilah strategi penjajah British memandul dan mengkebirikan pengkayaan pemikiran ulama. Sebenarnya kuasa politik Islam inilah yang ulama-ulama mahukan. Kuasa mentadbir bukan ditadbir. Kuasa memerintah bukan diperintah atau di arah. Kerana Islam itulah sahaja yang paling tinggi, yang lain semua rendah belaka. Sesudah tiada pilihan lagi kerana Hizbul Muslimin diharamkan. Apalagi di saat yang sebelumnya dikatakan ‘perlu bersatu untuk mencapai kemerdekaan’.


Mungkin juga mereka merasakan, satu masa nanti politik Islam dan politik kufur akan bertembung. Bagaikan minyak dengan air, akhirnya akan berpisah atau terpisah. Politik yang tidak diasaskan oleh Al-Qur’an dan Hadith sebagai batu asas atau sauhnya, pasti akan mudah terseret atau diheret oleh air atau banjir yang melanda. Oleh itu tidak hairan bila akhirnya UMNO menjadi parti kebangsaan, asabiah atau pragmatis, walaupun selepas merdeka.


Mereka lupa kata pemimpin mereka selepas baru merdeka dulu mengenai tuntutan perlaksanaan negara Islam, jawabnya, “Mereka (yang bukan Islam) sikit, kita ramai. Kita boleh buat (negara Islam) bila-bila masa sahaja, nak takut apa? ..sabarlah!” Lepas merdeka, setelah berlaku penggabungan dengan Sabah dan Sarawak, bila ditanya perkara yang sama, pemimpin itu juga berkata, “Kita tidak boleh buat, kerana mereka (yang bukan Islam) juga ramai.. Kita kena tanya pendapat mereka dulu.” Orang bukan Islam jadi alasan. Bila lagi nak laksanakan Islam dalam pemerintahan? Nak tunggu orang Islam tak ada?


Mereka yakin pertembungan seperti ini akan berlaku, dan kalau berlaku mereka terpaksa berpisah juga akhirnya. Mereka terpaksa berpisah dengan induknya. Bunga-bunga pertembungan ini sudah menampakkan buahnya pada masa itu. Jika ini berlaku mereka akan beropersi mengikut peraturan dan perlembagaan masing-masing. Mereka pasti akan mengucapkan, selamat tinggal UMNO! Bukan lagi as-salamu ‘alaikum..


Inilah jalan yang patut mereka lalui setelah jalan pertama dan lembut tertutup. Inilah tikaman tanduk runcing tersirat dibalik yang tersurat... Yang tidak difahami oleh UMNO dengan mempermain-main ulama waktu itu.


Rujukan:

Hasil dari interbiaw penulis dengan Pegawai-pegawan Pejabat Agung PAS, Ustaz Amaluddin Darus, Ustaz Osman Hamzah, Ustaz Baharuddin Latif, Ustazah Hayati dan lain-lain sekitar tahun-tahun 80an.


Tambahan I

Sheikh Abdullah Fahim: Ketua Dewan Ulama PAS pertama

Dilulus terbit pada Tuesday, July 01 @ 23:30:21 MYT oleh reformis Artikel Pilihan Oleh hanahumaira & Mohd Fadli Ghani, Jabatan Arkib PAS

KEPULANGAN Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini. Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an.


Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab. Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.


Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun. Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah . Perkataan al-Wathaniyah atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya.


Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami). Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed.


Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun.


Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana. Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno.


Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan. Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950.


Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan. Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).


Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad. Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga. Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS.


Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain. Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama.


Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.


Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno.


Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim. Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955.


Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di Arabic School, Kepala Batas iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim. Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka.


Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.- tajdid.


Tambahan II


Tuesday, August 11, 2009

'Manifesto Al-Badawi' Bawa PAS Perjuangkan Merdeka.

Gambar Kenangan Dato' Mohd.Asri bersama Prof.Hamka (bersongkok)

BERBICARA tentang gerakan Islam di Malaysia, tentu tak boleh memisahkan PAS (Parti Islam Semalaysia) sebagai salah satu bahagian yang cukup dominan dan memberikan warna. Parti Islam yang konsisten menjadi pembangkang dalam pemerintahan Malaysia ini kini mengalami pelbagai fasa dan pasang surut dalam sejarah perkembangannya.

Pilihanraya 2008 tak pelak telah mengubah wajah dan peruntungan PAS. Dari sebuah parti yang dianggap ekstrem, PAS berubah menjadi parti moderat tanpa meninggalkan cita-cita Islamnya dan menjadi salah satu pilihan rakyat Muslim di Malaysia. Di Parlimen, PAS menguasai 10% kerusi, atau menjadi 25% parti pembangkang. Empat tahun sebelumnya, PAS masih belum dianggap siapa-siapa, dan kini parti ini menjadi perhatian umum, dan sekaligus banyak pengamat.

Sejarah PAS

Kemunculan PAS dalam sejarah politik Malaysia bermula dari 23 Agustus 1651. Ketika para ulama Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur dan bersepakat mendirikan Persatuan Ulama Se-Malaysia. Namun pada 24 November 1951, nama ini diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) pada pertemuan ulama Malaysia di Bagan Tuan Kecil, Seberang Prai. Sesuai dengan namanya, PAS memang tidak lepas dari kiprah ulama-ulama Islam di negara itu.

Namun, keterlibatan PAS dalam politik Malaysia baru terjadi pada pilihanraya 1955. Melihat suasana sosial Malaysia ketika itu, PAS akhirnya mulai beranjak diri menjadi sebuah gerakan politik dakwah. Pergeseran dan perubahan ini juga tak lepas dari pengaruh Ikhwan di Mesir, dan Masyumi di Indonesia. Para ulama dan mahasiswa yang sedang belajar di Indonesia dan Mesir sedar bahawa negaranya memerlukan sebuah institusi rasmi yang mewakili dalam semua aspek kehidupan terutama dalam kondisi Malaysia yang sedang dijajah Inggeris saat itu.

Sebenarnya tahun 1947, percik pergerakan sudah dimulai dengan adanya Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) dan diikuti oleh Hizbul Muslimin setahun kemudian. Keduanya merupakan usaha keras dari Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Namun, keduanya tidak cukup bergaung kerana tekanan penguasa.

PAS selalu bertentangan dengan Umno, parti paling besar di Malaysia yang berhaluan nasionalis. Tahun 1950 boleh dikatakan peranan ulama di Malaysia tidak ada apa-apanya. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lulusan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol dan seorang tokoh Hizbul Muslimin mengatakan dalam tulisannya yang sampai saat ini menjadi salah satu pedoman PAS bahawa kedudukan ulama tak ubahnya seperti sampah, jika tunduk pada pemerintah dan tidak mempunyai kekuatan apapun. Ketika itu, kondisi masyarakat Malaysia memang menyedihkan kerana banyaknya pemurtadan orang Islam, judi, dan berbagai kesenangan duniawi lainnya, yang dalam hal ini ditaja oleh Umno.

Pada 24 November 1951, Haji Ahmad Badawi, seorang ulama di Seberang Perai mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulama Ke Jalan Allah” untuk menyambut persidangan PAS. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah gerakan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Secara tegas, para ulama PAS menolak bentuk-bentuk perjuangan yang didasarkan pada ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Perkembangan PAS

Dari sejak awal, PAS selalu mengusung agar Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Tahun 1959, PAS memenangi pilihanraya di Terengganu dan Kelantan, dan kemudian membentuk pemerintahan sendiri di bawah Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. Kekuasaan PAS di Terengganu dan Kelantan tidak lama, kerana pada Oktober 1961, PAS berhasil digulingkan oleh hasil permainan politik kotor Perikatan. Hanya Kelantan yang bertahan cukup lama iaitu sampai tahun 1977.

Layaknya gerakan Islam yang memperjuangkan Islam, PAS mengalami restriksi penguasa yang tak suka. Penangkapan, embargo politik, dan pembunuhan rahsia terjadi. Cita-cita PAS untuk menampilkan Islam dianggap sebagai ancaman. Pada tahun 1973, PAS mulai membentuk kerjasama dengan pihak lain, iaitu Perikatan dan BN. Kerjasama ini membuka eskalasi baru kerana PAS menyampaikan Islam dengan lebih terbuka. Selama ini, cara PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan menggembor-gemborkan isu Islamnya.

Tahun 1982, terjadi perpecahan di tubuh PAS dan mereka sekaligus kehilangan kekuasaannya dalam pemerintahan. PAS mengalami krisis kepemimpinan dalam tempoh ini. Campur tangan pihak lain dalam hal ini sangat kental. Misalnya saja pada tahun 1996, PAS berkonflik dengan Parti Melayu Semangat 46, dan pada tahun 1991, dengan Umno.

Kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan wujudnya gerakan reformasi dalam tubuh PAS. Pada pilihanraya 2004, walau tidak dominan, Terengganu berhasil kembali dikuasai. Dan puncaknya adalah pada Pilihanraya 2008, yang berhasil merebut hati rakyat di Kelantan, Terengganu dan Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai ancamana utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Rakyat Islam Malaysia tentu sangat berharap bahwa PAS akan terus konsisten dalam membela kepentingan rakyat. Mereka tidak ingin PAS menjadi parti yang bekerja sama dengan pemerintah namun kemudian banyak mengabaikan kepentingan rakyatnya seperti yang selalu terjadi di negara-negara lain. Selama bertahun-tahun, PAS terus dijadikan pilihan utama rakyat Islam Malaysia, dan satu manuver politik yang kurang perhitungan akan membuat rakyat meninggalkan PAS selama-lamanya. (Di angkat dari Satu Umat))

Oleh MEDIA INDONESIA

Kepada peminat-peminat atau pengkaji sejarah PAS, sila layari blog ini, antara blog terbaik mengenai sejarah PAS..

towardsmardhatillah.wordpress.com/.../histories/


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails