Saturday, October 13, 2018

PH Is A Failed Government. Malu! Sembunyi Kejayaan Petronas?



PH Is A Failed Government

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang di ketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir patut merasa malu kerana balik dengan tangan kosong setelah melawat beberapa negara seperti Jepun, China, Turki , United Kingdom dan Amerika Syarikat...

Sementara berita kejayaan Petronas di Kanada  pula sengaja di sembunyikan...
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi, membidas kerajaan PH lantaran menyembunyikan kejayaan Petronas membina loji dan saluran gas LNG di Kanada kerana ia melibatkan peranan dan sumbangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa menjadi Perdana Menteri...
"Kini Petronas memiliki pelaburan terbesar di Kanada dan pada tahun 2012 membeli Syarikat Progress Energy yang memiliki rizab gas antara yang terbesar di Kanada"...

"Rakyat Kanada tidak pun menuduh bahawa negara mereka telah di jual atau tergadai kepada Malaysia"...

"Peranan Datuk Seri Najib adalah jelas iaitu tidak campur tangan urusan Petronas tetapi membantu melobi melalui pendekatan G to G",  katanya menerusi catatan dalam laman facebooknya hari ini...

Jelasnya, pelaburan ini melibatkan pembinaan dua loji pemprosesan dan saluran gas sepanjang 670 km di Kanada untuk di ekspot terutama kepada rantau Asia dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau umum ini merupakan pelaburan asing terbesar dalam sejarah bagi negara tersebut...
"Sebaliknya Mahathir sering memaksa Petronas melaksanakan agenda peribadinya seperti projek Formula 1 yang kini di tamatkan"...
Sebab itu rizab wang tunai Petronas pada akhir bulan Jun 2018 mencecah RM177 Bilion... 
Jauh lebih tinggi berbanding ketika Datuk Seri Najib mula menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan...

Projek RAPID di Penggerang yang sudah mula beroperasi menjadikan Petronas kembali ke landasan betul...
Tegasnya, tindakan menyembunyikan kejayaan di Kanada ini sama lah dengan tindakan Mahathir untuk menghentikan atau menggantung projek seperti BRIM, ECRL, HSR, MRT dll kerana mahu menghapuskan legasi Najib... (

Pindah RM2.5 Juta, Siasat Juga Orang Yang Buat Dakwaan -Presien PAS




MARANG: “Siasat juga orang yang buat tuduhan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berhubung dakwaan UMNO memindahkan RM2.5 juta kepada parti berkenaan dengan sumber wang itu mungkin dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng.
Beliau berkata, kepemimpinan PAS sentiasa bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan itu bagi membersihkan nama parti.
“PAS terbuka untuk disiasat, MB (Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) dan EXCO bersedia disiasat kalau ada salah laku, kita mahu parti kita bersih di bawah kepimpinan kita dan siasat juga orang yang buat tuduhan, apa dia buat ketika jadi EXCO.
“Kita anggap tuduhan ini (menerima dana daripada UMNO) fitnah. Kita mempunyai sikap terbuka terhadap siapa nak beri derma, bila orang derma, kita tak tanya awak dari UMNO ke PAS... macam orang berniaga jual gula, tak wajib tanya duit (pelanggan) itu dapat atau rompak dari mana, bahkan derma orang bukan Islam pun kita tak soal kerana Islam tidak mengajar begitu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis Diskusi Kesihatan di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, hari ini.
Semalam, akhbar melaporkan mengenai Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu yang membuat laporan polis mendesak siasatan selepas tersebarnya salinan transaksi pemindahan wang daripada pegawai khas Bendahari UMNO sejumlah RM1.5 juta dan RM1 juta, masing-masing kepada Tabung Pembangunan Jawatankuasa Jabatan Pembangunan PAS Pusat (JPP) dan Shukrimun Shamsudin serta dua penama.
Pengarah Komunikasinya, Muammar Qaddafi Nasir, berkata pihaknya juga sudah membuat laporan kepada SPRM berhubung transaksi sama.
April lalu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga ahli PAN ketika berucap pada program di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah, mendakwa terdapat tiga pemimpin PAS Terengganu menerima wang daripada UMNO.
Mahfuz mendakwa wang sebanyak RM1 juta dimasukkan melalui akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac 2018 lalu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia mendakwa sejumlah RM1.5 juta turut dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan PAS Pusat (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat. (BH)

Mahkamah Tolak Pengendali Laman FB Kaji Pembebasan LGE

Mahkamah Tolak Pengendali Laman FB Kaji Pembebasan LGE


GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari menolak permohonan difailkan pengendali laman Facebook Mohsin Abdul Latif untuk mengkaji dan menyemak semula keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dalam keputusannya berkata pemohon selaku pengadu dalam kes ini tidak mempunyai locus standi untuk menfailkan permohonan berkenaan.
“Berbalik pada isu locus standi, pemohon adalah pengadu dalam kes ini dan bukannya tertuduh. Untuk kes jenayah mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan hanya Peguam Negara yang mempunyai kuasa untuk sama ada tuduh, atau tidak tuduh, tarik balik. Kuasa itu hanya boleh dibuat oleh Peguam Negara dan bukannya mahkamah.
“Orang lain tidak boleh bercakap, Peguam Negara yang ada kuasa. Suka atau tidak suka kena ikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan ini,” katanya.
Beliau berkata bagi kes jenayah, sekiranya mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh menfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan.
Selain itu beliau berkata menerusi Seksyen 278 Kanun Prosedur Jenayah jelas menunjukkan bahawa mahkamah tidak boleh ubah atau semak permohonan tersebut.
“Saya menerima hujahan bantahan awal yang dikemukakan pihak responden, apa yang dihujahkan memang tepat dari segi undang-undang .Mahkamah tidak boleh bertindak sesuka hati, mahkamah kena patuhi undang-undang,”
“Setelah mengkaji keseluruhan keterangan dan undang-undang di bawah Seksyen 278 Kanun Prosedur Jenayah memang pemohon tidak ada locus standi dan permohonan pemohon ditolak,” katanya.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhujah pemohon tidak mempunyai locus standi bagi menfailkan permohonan tersebut.
Sementara itu peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim pula berhujah Seskyen 278 Kanun Prosedur Jenayah jelas menyatakan mahkamah itu tiada kuasa untuk menyemak dan mahkamah tinggi hanya boleh menyemak keputusan yang dibuat oleh mahkamah rendah.
Di luar mahkamah, peguam Gunamalar Joorindajn yang mewakili pengadu memberitahu pemberita beliau menghormati keputusan yang dibuat mahkamah dan akan menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya dalam tempoh terdekat.
Pada pertengahan September lepas, Mohsin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mendapat perintah bahawa keputusan berkenaan perlu dikaji semula dan diketepikan atau diubah dan digantikan dengan perintah Lim dan Phang dilepaskan tanpa dibebaskan.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 278 Kanun Prosedur Jenayah.
Dalam permohonan itu, Mohsin menamakan Timbalan Pendakwa Raya SPRM sebagai responden pertama, Lim sebagai responden kedua dan Phang responden ketiga.
Pada 3 September lepas, Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan Lim yang kini Menteri Kewangan dan Phang daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran berikutan permohonan peguam Ramkarpal dan peguam Datuk V. Sithambaram serta peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu. – BERNAMA

Pelacuran WeChat 45 Wanita Ditahan.

Sindiket Pelacuran WeChat Digempur, 45 Wanita Ditahan


PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen menahan 45 wanita warga asing yang terbabit dalam kegiatan pelacuran dalam operasi di dua lokasi sekitar Puchong Jaya, Selangor, Rabu lepas.

Operasi pada 1.45 pagi oleh sekumpulan 15 pegawai dari Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen itu turut menahan tiga lelaki warga Bangladesh serta masing-masing seorang daripada Myanmar dan Indonesia.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata serbuan terhadap dua premis yang menjalankan sindiket pelacuran melalui aplikasi WeChat itu turut membawa kepada penahanan lima lelaki tempatan yang bertindak selaku penyelia dan penjaga, juga dipercayai berperanan sebagai tonto premis berkenaan.
Dalam serbuan pertama, terdapat cubaan menutup pintu hadapan premis oleh penjaga hasil maklumat dipercayai diberikan tonto namun tindakan itu digagalkan anggota imigresen yang bersedia lebih awal di lokasi serbuan, katanya.
“Premis itu menawarkan perkhidmatan seks wanita warga asing dengan harga bermula RM155 bagi perkhidmatan selama 45 minit.
“Bilik-bilik yang digunakan untuk perkhidmatan seks itu dihiasi dengan tema kartun seperti Hello Kitty, Pikachu, Doraemon,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustafar berkata serbuan di lokasi kedua yang terletak sederet dengan premis pertama sedikit sukar kerana wanita terbabit bersembunyi di ruang tangki air dan juga dalam peti sejuk bagi mengelak daripada ditangkap.
Beliau berkata premis yang ‘dikawal’ tonto itu menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM160 bagi tempoh masa selama 45minit.
Kedua-dua premis disewa dan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah serta dipercayai beroperasi 24 jam sehari, katanya.
Mustafar berkata kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di depot tahanan Imigresen Bukit Jalil dan kes disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Katanya sebanyal 18 Saman Saksi turut dikeluarkan kepada pelanggan yang berada di dalam premis semasa serbuan dijalankan bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Komen Weblog IbnuHasyim: Di bawah pemerintahan PH pun pelacuran di Malaysia, masih tidak nampak berkurangan. Apakah perlu perundangan pelacuran di negara ini diubah suai menurut acuan Islam? 
Lihat.. Betulkah Berita Ini? 
Penduduk lihat hukuman rejam (15 Dis 2009 )
MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.
MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.
Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh. Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.
"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.
"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.
"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.
"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.
SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.
Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan. Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.
"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir. Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.
BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.
Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agens

100 Hari Ditipu, #100Hari#Janjipalsu. Sila Dapatkan t shirt ini..

Hasil carian imej untuk 100 Hri ditipu
t shirt begini dijual ditempat PRK P/Dickson.. sila beli, atau cetak terus.. 

Ramai ke tak puas hati pentadbiran PH?
SHAH ALAM - Hasil Kajian Persepsi Terhadap 100 Hari Pemerintahan Kerajaan PH mendapati, kira-kira 38.5 peratus daripada 1,008 orang tidak berpuas hati terhadap pemerintah kerajaan persekutuan.
Analisis itu diperoleh hasil kajian melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut bangsa dan negeri  sebaliknya menunjukkan 53.4 peratus rakyat berpuas hati dengan pemerintahan PH.
Kajian yang dijalankan oleh Kajidata Research Sdn Bhd  antara 12 hingga 24 September lalu melalui kaedah panggilan telefon iaitu Interactive Voice Response (IVR) itu mengemukakan empat soalan kepada 1008 responden seluruh Negara.
Selain untuk mengukur tahap kepuasan hati responden terhadap prestasi kerajaan PH selepas 100 hari ia juga berobjektif menilai tahap kepuasan hati responden terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua kerajaan.
Kajian juga dilaksanakan bagi melihat tahap kepuasan hati rakyat terhadap kerajaan PH dalam melaksanakan manifestonya serta melihat populariti parti politik di negara ini selepas 100 hari PH memerintah.
Sementara itu, hasil analisis itu  mendapati 55.8 peratus daripada rakyat Malaysia berpuashati dengan prestasi Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri manakala 35.9 peratus yang lain dilihat tidak berpuashati dan selebihnya lapan peratus di tahap neutral.
Daripada jumlah yang tidak berpuas hati tersebut, sejumlah 40 peratus adalah merupakan penduduk di Terengganu manakala Pulau Pinang menunjukkan 48 peratus dan 43 perai dicatatkan di Pahang.
Pada masa yang sama kajian itu turut melhat sejauh mana rakyat berpuas hati dengan manifesto PH.
Melalui kajian tersebut jelas menunjukkan rakyat masih lagi berbelah bagi untuk menyatakan mereka berpuashati atau sebaliknya terhadap kerajaan PH dalam melaksanakan janji-janji manifestonya setakat ini.
Hanya 61 peratus penduduk di Melaka dan 54 peratus di Sabah serta 56  peratus penduduk di Wilayah Persekutuan (56%) sahaja yang dilihat berpuashati terhadap pencapaian manifesto PH
Sebaliknya negeri lain lebih dilihat tidak berpuashati terhadap perkara tersebut.
Selain itu hasil tinjauan mendapati parti PH masih dilihat popular pada masa ini dengan memperoleh 53 peratus berbanding lain-lain parti sebanyak 23 peratus.
Sokongan terhadap PH dilihat datang dari golongan berbangsa India sebanyak 82 peratus manakala  Cina mencatatkan sebanyak 64 peratus.
Selain itu golongan yang berumur 41 tahun dan ke atas juga dilihat lebih menyokong PH ketika ini. (SH)

pengundian prk port dickson
Jom Mengundi..
PORT DICKSON 13 Okt. - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bermula pada pukul 8 pagi tadi dan akan tamat pukul 5.30 petang nanti. Seramai 68,317 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka di 32 saluran mengundi hari ini. 
Keputusan PRK Port Dickson dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum pukul 10 malam. Parlimen Port Dickson mempunyai 75,710 pengundi berdaftar dengan 7,191 pengundi awal melibatkan polis dan tentera telah mengundi Selasa lalu. Tujuh calon bertanding iaitu calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kan Chee Yuen, Stevie Chang Keng Leong dan Lau Seck Yan.
Selamat mengundi dari Ibnu Hasyim, Port Dickson (IH)
 ‘Kita berdoa lembut hati beri undi kepada PAS’

Video





TV PAS
YouTube - 30 Sep 2018



PAS Umum Bertanding Prk Port Dickson
Prima Entertainment Press
YouTube - 27 Sep 2018

Friday, October 12, 2018

MRT2: Bukan Soal Jimat Tapi Cara Menyamun Kontrak




1. Tony Pua menulis panjang lebar menyalahkan MMC-Gamuda kerana tidak lagi mahu berunding menurunkan kos membina laluan bawah tanah untuk MRT2.
2. Beliau menyalahkan MMC-Gamuda kerana tidak mahu berkongsi data mengenai projek dengan pihak konsultan yang dilantik bagi mengesahkan kos sebenar kontrak. 
3. Perunding beliau mendakwa projek tersebut boleh dikurangkan kos sehingga sekitar RM4.5 bilion.
4. Kerajaan juga menyatakan akan membuat tender terbuka antarabangsa bagi menjimatkan kos laluan bawah tanah.
5. Persoalan pertama kita ialah siapakah perunding kerajaan? Apakah perunding sama yang dibayar beratus juta hanya untuk “konsultasi” terowong Pulau Pinang?
6. Kedua, MMC-Gamuda memenangi tender terbuka antarabangsa bagi projek ini. (http://www.theedgemarkets.com/article/mmc-gamuda-bags-largest-mrt2-contract-worth-rm155b). Jadi apa kejadah kerajaan hendak buat tender terbuka lagi?
7. Ketiga, MMC-Gamuda menang tender terbuka bermakna data dan butiran projek sememangnya ada pada kerajaan. Jadi apa sebab kerajaan dakwa MMC-Gamuda tidak bekerjasama memberi data.
8. Apakah perunding yang dilantik cuba mendapatkan maklumat pembekal dan teknikal projek yang menjadi rahsia syarikat supaya memudahkan kontraktor baharu bakal dilantik menyambung kerja dan pintas jalan mudah penyelidikan dan kajian awal?
9. Keseluruhan naratif kerajaan dalam isu MRT2 soal penjimatan adalah untuk menyedapkan telinga rakyat tapi di belakang tabir rakyat melihat ia adalah cubaan “menyamun” kontrak.
-Fb Ab Jalil Backer.


Terbaru! Konon UMNO Pindah Rm2.5 Juta Ke PAS. -MB K'tan

Dakwaan UMNO Pindah Rm2.5 Juta Kepada PAS Fitnah


KOTA BHARU – Dakwaan pemindahan RM2.5 juta kononnya daripada UMNO kepada PAS dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng, yang dimainkan pihak tertentu mutakhir ini hanya sekadar andaian dan fitnah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata perbuatan itu bertujuan untuk menimbulkan suasana yang tidak sihat, apatah lagi UMNO kini seolah-olah tidak mendapat tempat dalam arena politik sekarang.
“Apa yang saya mahu katakan PAS tidak pernah menerima bantuan dana daripada UMNO. Kita kerja sendiri dan wang diperolehi hasil derma penyokong. Kalau (dakwa) dapat daripada UMNO ia adalah tidak tepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Tani dan Ekspo Hijau di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.
Ahmad diminta mengulas tindakan Pemuda Amanah Terengganu yang membuat laporan polis pada Ahad lepas mendesak siasatan segera selepas tersebarnya salinan transaksi kononnya UMNO telah memindahkan sejumlah RM2.5 juta kepada PAS dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails