Saturday, October 02, 2010

'MB Kepala Lucah' Dapat Doktor Kehormat Di Jordan

Bolehkah disebut MB 'penunjuk lucah' atau 'kepala lucah'? Lihat gambar ini...

Adnan Yaakob terima Doktor Kehormat Universiti Yarmouk, Jordan.

KUANTAN 2 OKTO 10
: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang pendidikan oleh Universiti Yarmouk, Jordan.

Majlis akan berlangsung di universiti itu di Irbid, Ahad ini.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, penganugerahan adalah sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangan Adnan dalam bidang pendidikan yang sentiasa memberi galakan dan bantuan kewangan kepada anak-anak Pahang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Selain itu, ia bermatlamat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara Kolej Antarabangsa IKIP milik Yayasan Pahang dengan Universiti Yarmouk.

Adnan dan isteri, Datin Seri Junaini Kassim serta beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pahang dan IKIP berlepas ke Jordan hari ini.

Ketika di sana, kerajaan negeri Pahang akan turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Yarmouk ke arah penubuhan Kursi Pahang untuk membantu kajian dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dakwah dan telekomunikasi Islam.

Selepas ke Jordan Adnan dan rombongan akan berlepas pula ke Syria pada Isnin bagi bertemu pelajar sebelum berlepas pulang pada Rabu. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ada blog yang menyebutkan Menteri Besar Pahang itu sebagai 'MB penunjuk lucah', kerana membuat isyarat lucah dalam sebuah pilihan raya kecil di Pahang, suatu ketika dulu. Kalau 'MP Kepala Lucah'...

Calon Galas: Melampau.. Ku Li Bukan Taraf! -Nik Aziz




KL 2 OKT 10: Bernama hari ini melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu.

Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Sementara itu seorang anak Kelantan yang tidak berparti, berkerja sebagai peniaga di pasar malam Kuala Lumpur sewaktu ditemui oleh Blog Ibnu Hasyim di pasar malam sekitar di Jalan Tunku Abdul Rahman sebentar tadi berkata, "Memang betul Tok Guru ghoyat (kata) tu, demo turunkan taraf Ku Li... tak menasabah langsung!" kata Ahmad Shukri Deraman.

Begitu juga pendapat kawan-kawan mereka anak Kelantan di KL yang lain, semuanya tidak bersetuju Ku Li dipilih sebagai calon ADUN Galas. Walaupun mereka bukan ahli PAS, tetapi mereka tetap setuju dengan Tok Guru. (AK)

---------------------------------
Sila layari dan ikuti PRK Galas dari awal ...

E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas

Antara kandungan:
Bab 1

Bab 2
Insya Allah liputannya bersambung hingga selesai pilihan raya kecil ini.
----------------------------------

Lanun Somalia Rampas Kapal Di Pantai Tanzania.

Lanun Somalia

Nairobi 30 OKT 10: Perompak Somalia merampas sebuah kapal berbendera Panama dengan 15 orang awak India pada Rabu 29 September pagi di lepasan pantai Tanzania. Hal ini dinyatakan oleh organisasi pengawas maritim dan pasukan angkatan laut Kesatuan Eropah.

Kapal MT Asphalt Venture sedang berlayar menuju Afrika Selatan dari pelabuhan Mombasa, Kenya, ketika dirampas, kata Ecoterra International, sebuah organisasi yang memantau kegiatan pelayaran di kawasan tersebut.

Kapal itu "kini terlihat berpusing dan nampak dibawa ke arah utara ke Somalia," kata Ecoterra dalam sebuah pernyataan.

"Informasi dari darat menyebutkan, sekelompok perompak... telah menahan kapal itu dan sedang menuju Harardher di pantai Somalia tengah Lautan India," tambahnya.

Pasukan angkatan laut Kesatuan Eropah, yang bermarkas di Inggeris Selatan, juga mengakui kapal itu telah dirampas "sekitar 100 mil laut sebelah tenggara Dar es Salaam di dalam kawasan Somalia".

Pada akhir minggu lalu, perompak Somalia telah merampas sebuah kapal barang lain berbendera Panama di lepasan pantai negara Tanduk Afrika tersebut, namun mereka meninggalkannya setelah 12 orang awak Ukraine mengunci diri mereka di ruang mesin dan mengunci kendali kapal.

Perompak yang beroperasi di lepas pantai Somalia meningkatkan serangan pelanunan terhadap kapal-kapal di Lautan India dan Teluk Aden. Perairan pantai Somalia merupakan tempat paling rawan pelanunan di dunia, dan Biro Maritim Internasional melaporkan 24 serangan di kawasan itu antara April dan Jun tahun 2008 saja.

Angka tidak resmi menunjukkan 2009 sebagai tahun paling banyak perompakan di Somalia, dengan lebih dari 200 serangan, termasuk 68 pelanunan yang berjaya, dan wang tebusan diyakini melampaui 50 juta dolar. Perompak menyerang lebih dari 130 kapal dagang pada tahun itu, atau naik lebih dari 200 persen dari serangan tahun 2007, menurut Biro Maritim Internasional.

Kelompok-kelompok lanun laut Somalia, yang beroperasi di jalur pelayaran strategis yang menghubungkan Asia dan Eropah, memperoleh wang tebusan jutaan dolar dari pembajakan kapal-kapal di Lautan India dan Teluk Aden. Patroli angkatan laut multinasional di jalur pelayaran strategis yang menghubungkan Eropah dengan Asia melalui Teluk Aden yang ramai nampaknya hanya membuat geng-geng perompak memperluaskan lagi operasi serangan mereka yang semakin jauh ke Lautan India.

Dewan Keamanan PBB telah menyetujui operasi penyerbuan di wilayah perairan Somalia untuk memerangi perompakan, namun kapal-kapal perang yang berpatroli di daerah itu tidak berbuat banyak, menurut Menteri Perikanan Puntland Ahmed Saed Ali Nur.

Pemerintah transisi lemah Somalia, yang masa ini sedang menghadapi pemberontakan berdarah. Mereka tidak mampu menghentikan aksi perompak yang membajak kapal-kapal dan menuntut wang tebusan bagi pembebasan kapal-kapal itu dan awak mereka. Perompak, yang bersenjatakan granat roket dan senapang otomatik, menggunakan kapal-kapal cepat untuk memburu sasaran mereka.

Somalia dilanda pergolakan kekuasaan dan anarkisme sejak panglima-panglima perang menggulingkan diktator militer Mohamed Siad Barre pada 1991. Selain perompakan, penculikan dan kekerasan mematikan juga melanda negara tersebut.(AK)

Sebelum ini...

Bot Dibuat Dari Ais, Cair..

JOM KREATIF

Beberapa pengacara Perbadanan Penyiaran British terjun ke dalam laut selepas bot diperbuat daripada ais cair.

GOSPORT, Britain 2 OKT 10: Percubaan beberapa pengacara stesen perbadanan Penyiaran British (BBC) untuk belayar dengan sebuah bot diperbuat daripada ais gagal apabaila ia cair dan karam di laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Projek untuk proram sains Bang Goes The Theory itu dibuat bagi menguji satu konsep luar biasa yang pernah dikemukakan pada era Perang Dunia Kedua. Pada era Perang Dunia Kedua itu, seorang pencipta, Geoffrey Pyke menyatakan adalah munasabah untuk menghasilkan bot diperbuat daripada kayu pulpa dan ais.

Namun, dalam satu percubaan baru-baru ini, beberapa pengacara itu bertindak meninggalkan bot tersebut setelah ia cair di laut. - Agensi

PAS Pemimpin: Siapa Akan Pinggirkan PAS?

MARANG, 2 Okt 10: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan. Sehubungan itu, beliau selaku Presiden PAS tidak mahu kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, sewaktu negara dijajah, kumpulan Islam di depan menentang penjajah tetapi setelah merdeka, mereka dipinggirkan. “Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” tegasnya ketika merasmikan Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 di Masjid Rusila, malam tadi.

Hadir sama pada ijtima’ yang disertai sekitar 5,000 pemuda itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi. Justeru, tambahnya PAS mempunyai wawasan yang panjang iaitu dari dunia sehingga akhirat, bukan setakat 2020.

Ini, katanya kerana perjuangan PAS adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala. “Kalau tanya ahli PAS yang bebal pun, mengapa sokong PAS, mereka kata nak pahala, mengharapkan keredhaan Allah,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, perkara itu tidak diharapkan oleh pihak musuh kerana mereka berjuang untuk mendapatkan bantuan dan kebendaan. Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen menekankan supaya ahli dan penyokong PAS hendaklah sentiasa ditarbiah bagi meneruskan perjuangan Islam untuk meruntuhkan jahiliah.

Katanya, golongan yang memperjuangkan Islam sejak zaman nabi-nabi terdahulu ditarbiah dengan berbagai ujian dan kezaliman sehingga ada di kalangan mereka yang dibunuh. Beliau menambah, keperitan yang dirasai akibat dizalimi oleh golongan jahiliah menyebabkan golongan Islam tidak melakukan kezaliman apabila mereka mendapat kuasa. “Kita perit rasa dizalimi, kalau kita perintah, kita tidak melakukan kezaliman,” ujarnya lagi.

Tuan Guru Abdul Hadi juga menegur ahli PAS yang mahukan kemenangan yang cepat di dalam pilihan raya tetapi melakukan kerja dalam masa yang singkat. Ini, katanya kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh rasul-rasul juga memakan masa untuk mencapai kejayaan.

Beliau mengambil contoh perjuangan Nabi Musa dan Harun memakan masa 40 tahun walaupun doa mereka diperkenankan oleh Allah untuk menumbangkan Firaun. Begitu juga, katanya perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. juga mengambil masa 23 tahun untuk menegakkan Islam dan meruntuhkan jahiliah.

“Nak menang pilihan raya, buat kerja seminggu. Bubar parlimen baru buat kerja, sekarang tak buat kerja,” ujarnya sambil menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS sentiasa melaksanakan tugas masing-masing. (Sumber Harakah)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tok Guru presiden berkata, PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan bila capai kemenangan. Contohnya bila merdeka dari penjajah, puak-puak agama terpinggir atau deipinggirkan. Sedangkan waktu berjuang puak-puak Islam inilah yang menfatwakan 'syahid' menentang penjajah. Seperti yang berlaku di Indonesia, dan negara-negara umat Islam lain, termasuk Malaysia.

Begitu juga puak Islam Daud Barueh di Aceh dan yang se angkatan dengannya dalam memperjuangkan negara Islam di seluruh Indonesia. Mereka turut perjuangkan kemerdekaan dari Belanda, dan pernah menghadiahkan sebuah pesawat terbang kepada Sukarno yang masih kurang kelengkapan perangnya waktu awalan itu, sedangkan Aceh jauh lebih maju dari sudut kelengkapan. Mereka sama-sama berjuang menentang Belanda.. Tetapi bila menang pemimpin-pemimpin nasionalis juga yang naik memerintah. Bahkan Aceh diperangi oleh kerajaan Indonesia sendiri kerana pendirian Islamnya.

Di Malaysia, banyak kumpulan yang perjuangkan kemerdekaan, Hizbul Muslimin diharamkan penjajah. Pemimpin-pemimpinnya ditahan. Dr Burhanuddin Al-Helmy dan kumpulannya memainkan peranan penting meniupkan semangat anti penjajahan. Tetapi akhirnya bila merdeka, UMNO yang tidak pun diharamkan dan pengampu-pengampu penjajah juga yang menguasai pemerintahan. Bahkan Dr Burhanuddin, pemimpin tertinggi PAS waktu itu merengkok dalam penjara, walaupun setelah merdeka.

Mungkin 'kesilapan' ini yang Presiden PAS tidak mahu berulang kembali. Walaupun kita sudah merdeka, puak-puak Pakatan Rakyat termasukPAS, PKR dan DAP merasakn perlu membebaskan dari cengkaman kezaliman Barisan Nasional (BN) mewarsi penjajah yang menindas rakyat Malaysia. Apakah maksud Tok Guru Presiden, kita jangan melakukan 'kesilapan yang lepas berulang', di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila kerajaan BN berjaya ditumbangkan? Ertinya PAS terpinggir berbanding PKR dan DAP? Puak-puak ini pula yang akan pinggirkan PAS?

Maaf, cuma tafsir sahaja! Wallahu aklam.

Pengacara Tv Mengaku Berkhalwat.

ADAM...kesal apa yang berlaku
Adam, kesal apa yang berlaku

KL 2 OKT 10: “Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku dan ia menjadi pengajaran paling berguna dalam hidup saya,” kata seorang pengacara sebuah rancangan televisyen yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, dekat sini, Rabu lalu. Lapor myMetro hari ini.

Pengacara berusia 27 tahun itu mengaku menjadi satu kesalahan apabila bersama wanita bukan mahram, tetapi mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama.

“Saya hanya membantu rakan saya mengemas barang kerana dia perlu ke Kota Kinabalu, Sabah, tetapi terkejut apabila pihak berkuasa tiba.

“Kami tidak buat apa-apa, tetapi apa yang berlaku ini satu pengajaran buat saya dan tidak akan berulang lagi,” katanya yang dihubungi semalam.

Pengacara itu ditahan bersama wanita berusia 27 tahun yang juga isteri orang di sebuah apartmen jam 2 pagi, Rabu lalu. Jurucakap Jais yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kedua-dua mereka dipanggil untuk diambil keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah syariah.

Sebelum itu, suami kepada wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Adam, 31, berkata, dia dan isterinya sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu kerana masalah rumah tangga.

“Walaupun kami tidak tinggal sekali namun kami masih menjaga anak perempuan yang berusia tiga tahun secara bergilir-gilir.

“Saya hantar anak saya kepada isteri setiap Jumaat dan menjemputnya semula pada Ahad sehinggalah saya terserempak dengan pengacara itu dalam kereta isteri bersama anak berhampiran kediaman saya di Kelana Jaya,” katanya.

Menurutnya, dia sudah lama mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, tetapi tidak tahu dengan siapa.

“Saya juga tidak tahu berapa lama mereka berkenalan, tetapi saya syak mereka mengenali satu sama lain menerusi facebook.

“Akhirnya perkara itu terbongkar selepas mereka ditahan. Saya amat kesal dengan apa yang berlaku kerana lelaki itu dikenali orang kerana mengacarakan program televisyen, tetapi kenapa bersikap buruk seperti ini,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Agak keliru sikit, dia mengaku berkhalwat tetapi 'tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama'. Di sini perlu dijelaskan apa itu 'khalwat' dan hukumnya dari sudut agama.

Satu: Khalwat dari kata "khala" Secara bahasa, ertinya 'kosong'. Makna khalwat secara istilah adalah berkumpulnya lelaki dengan perempuan. Ada beberapa keadaan dalam khalwat dibolehkan dan dilarang dalam Islam.

Dua
: Ringkas pembahasannya begini... Khalwat Dengan Perempuan Asing. Berduaan dengan lawan jenis yang sama sekali tidak ada hubungan, atau disebut berduaan dengan perempuan asing (ertinya, yang bukan isteri atau mahram) hukumnya adalah 'haram'.

Yang dimaksudkan 'mahram' pula adalah orang yang haram dinikahi seperti ibu, saudari kandung perempuan, dll. berdasarkan sabda Rosulullah SAW..

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذِي مَحْرَمٍ

Ertinya : "Tidaklah (dibolehkan) seorang lelaki berduaan dengan perempuan kecuali dengan mahramnya." (HR Bukhori)

Tiga: Semua ulama sepakat, hukum berduaan dengan perempuan asing adalah haram. Kerana ketika lelaki berduaan dengan perempuan asing, maka syaitan akan terus mendesak untuk melakukan perbuatan yang tidak di halalkan syariat. Rosulullah SAW bersabda..

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

Ertinya : "Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan." (HR Tirmidzi). Jadi berduaan seperti itu adalah diharamkan atas lelaki dan perempuan.

Empat: Khalwat dengan perempuan asing dan ada orang lain. Ulama berbeda pendapat tentang hukum jika seorang lelaki berkumpul ditempat yang sama dengan beberapa perempuan, atau seorang perempuan bersama ramai lelaki. Dalam madzhab Syafi'i telah dirincikan tentang hukum-hukum tersebut.

Berkata
Imam Al-Haramain: Sebagaimana diharamkan lelaki bersama seorang perempuan, maka diharamkan juga lelaki bersama ramai perempuan. Jika seorang lelaki bersama beberapa perempuan, sedangkan dia adalah mahram dari salah satu di antara perempuan-perempuan itu maka boleh.

Begitu juga satu perempuan dengan ramai lelaki, jika salah satu dari lelaki tersebut adalah mahramnya maka di'boleh'kan. Seperti halnya jika ada 20 lelaki bersama 20 perempuan, dan salah satu lelaki adalah mahram dari salah satu perempuan maka di'boleh'kan.

Dalam kitab Al-Majmu' disebutkan: Yang terkenal diantara ulama adalah di'boleh'kan satu lelaki bersama dengan ramai perempuan yang tanpa mahram. kerana tabiat perempuan adalah malu diantara mereka. Dikatakan juga, jika ramai lelaki bersama satu orang perempuan, maka itu diharamkan, kerana dimungkinkan ramai lelaki-lelaki itu boleh berpakat menyakiti perempuan tersebut.

Rujukan: Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah.

Allahu aklam.

2 Wanita Dirotan Di Aceh, Zalimkah?

Murni Amris (kiri) dirotan di sebuah masjid di Aceh Besar, Aceh semalam.

Murnu Amris dipimpin oleh seorang anggota polis sebelum dia dirotan semalam

BANDA ACEH
, Indonesia - Dua wanita dirotan di wilayah Aceh, Indonesia semalam kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan, kata seorang pegawai.

Ratusan orang berhimpun untuk melihat Murni Amris, 27, dirotan sebanyak tiga kali manakala Rukiah Abdullah, 22, menerima dua rotan di sebuah masjid di bandar Jantho, tenggara Banda Aceh.

"Dua wanita itu ditemui menjual nasi di sebuah gerai pada waktu tengahari semasa Ramadan. Undang-undang syariah melarang makanan dijual semasa bulan puasa dalam Ramadan," kata seorang ketua polis syariah, Marzuki Abdullah.

Murni memiliki sebuah gerai makanan manakala Rukiah menjual nasi. Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatera merupakan antara beberapa wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah. Dalam bulan Ramadan, penganut Islam berpuasa dari awal pagi sehingga senja yang bermula pada Ogos dan berakhir awal September tahun ini.

Turut dirotan ialah Fakhruddun Harun sebanyak lapan kali di pekarangan sebuah masjid di Aceh Besar kerana kesalahan berjudi. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cuba lihat cara dan suasana hukum sebat itu. Bandingkan dengan hukum sebat di penjara Malaysia. Jelas undang-undang ini cukup adil, hanya untuk mengajar bukan mendera. Mengajar orang ramai yang melihatnya, bukan mendera dan menyiksa dalam bilik kurungan.

Lihat ini sebagai tambahan.

Dari Blog ini..

Friday, October 01, 2010

Muhyiddin expected to challenge Najib for Umno No.1



It looks like the much-speculated power tussle between Prime Minister Najib Razak and his deputy Muhyiddin Yassin is now out in the open, known and even reported in influential foreign research reports.

According to the latest Economist Intelligence Unit report, Muhyiddin is poised to challenge Najib for the Umno presidency at the next party election in 2011 and this could create political instability in Malaysia.

“Umno tends to turn inward during leadership battles, ignoring the interests of other parties, and this is even more likely to happen at a time when its status is threatened,” the EIU said in its latest country report.

“Under these circumstances, there will be even greater resistance to economic reforms, undermining the credibility of the prime minister, Najib Razak, and even placing his position as president of Umno (and thus his premiership) at risk.”

Who is stronger, who is weaker

Indeed it has been obvious that Muhyiddin has never really been supportive of Najib’s policies from the day one even though they had both campaigned as a team in 2009 Umno election.

At that time, Defence minister Ahmad Zahid Hamidi had led the nominations for the deputy presidency but dropped out of the race at Najib’s urging to make way for Muhyiddin, who draws his strength from former premier Mahathir Mohamad.

Now, Muhyiddin and Mahathir have taken control of the powerful Umno right-wing and together with newly-formed ultra-Malay rights group Perkasa, they seem to wield greater power in Umno rather Najib.

“If you were to put it to the Malay community at large, it is not apparent that more Malays would favor Muhyiddin over Najib. I think both men would be equally rejected because both also have their own set of ‘baggage’ from past misdeeds,” Bukit Gantang MP Nizar Jamaluddin told Malaysia Chronicle.

“But because Najib is now holding the PM post, there is more attention on him, so when he flip-flops and gives in to Perkasa and Dr Mahathir, he himself is telling the whole world that they are stronger and he is weaker.”

Seat-warmer politics

Nizar was referring a recent row, where Najib’s camp had moved to sever ties with a growingly uncontrollable Perkasa, whose strident rhetoric was driving away not just the non-Malay vote but also investors in general.

The manner in which Najib’s lieutenants were forced to retreat was a shock to the nation and a heavy blow to the non-Malay parties in the Umno-dominated BN coalition. MCA, Gerakan and MIC, the three biggest parties that had rushed to laud Najib for the Perkasa split, were left hanging in the air.

There is now little doubt that Najib’s much-trumpeted New Economic Model, due to be fleshed out next month, will contain little in the way of significant reforms as Mahathir has made it clear he is not in favor of any major changes to the systems he set up when he was premier from 1981 to 2003.

A good gauge of how the chips will fall in Umno is the Sarawak state elections which must be held by July 2011 at the latest, although there is strong speculation it will be held earlier in November 2010.

“If (Sarawak chief minister) Taib Mahmud delivers a strong victory for BN, then Najib can breathe a bit safer. But it still doesn’t guarantee that Muhyiddin won’t challenge him for the presidency. The thing is Mahathir wants him to take over from Najib so that his son Mukhriz can later take over from Muhyiddin,” PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Written by -- Wong Choon Mei, Diangkat dari blog http://anwaribrahim-admin.blogspot.com/

Bahasa Malaysianya, sila lihat
...

Terkini Dari EIU: Kecoh Laporan Muhyiddin Akan Tentang Najib Utk Jadi Presiden UMNO - Heboh kini orang cakap pasal TPM bakal menentang PM dalam pemilihan calon UMNO akan datang. Ia datang dari laporan Economist Intelligence Unit yang memberika... Terkini Dari EIU: Kecoh Laporan Muhyiddin Akan Tentang Najib Utk Jadi Presiden UMNO...

Lihat sebelum ini, ada kaitan?

Galas: Ku Li Tolak Tawaran TPM? Kerana...


KL, 1 Okt 10: Tengku Razaleigh Hamzah masih belum membuat sebarang pendirian berhubung keputusan Umno yang melantik beliau sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. etua Umno Gua Musang itu berkata, beliau hanya akan menjelaskan isu tersebut sebaik sahaja pulang ke tanah air minggu depan.

Tengku Razaleigh dijadual kembali dari London 9 Oktober ini dan akan mengadakan sidang akhbar. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil pada mesyuarat khas, Rabu depan.

“Kawan-kawan, saya tidak kata ya atau tidak. Saya akan menjelaskan mengenai (DUN) Galas sebaik sahaja saya balik ke Malaysia,” kata beliau menerusi Twitter lewat petang ini.

Tengku Razaleigh memberikan respons ini sejurus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau adalah calon terbaik untuk merampas kerusi itu daripada PAS. Beliau yang mesra dikenali sebagai Ku Li memenangi kerusi Gua Musang sejak 1969 termasuk pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, yang ditandingi atas tiket Parti Melayu Semangat 46.

Dalam pada itu, Umno Bahagian Gua Musang mahu Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya kecil Galas. Timbalan ketuanya, Mat Yusoff Abdul Ghani berkata Tengku Razaleigh adalah pilihan terbaik untuk merampas semula kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS.

“Tengku Razaleigh adalah pilihan terbaik sebagai calon di pilihan raya kecil Galas.

“Ini kerana beliau mempunyai reputasi yang baik selain dihormati oleh banyak pihak.

“Jadi saya mewakili Umno Bahagian Gua Musang bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang mahu mempertimbangkan Tengku Razaleigh sebagai calon DUN,” katanya kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Mat Yusoff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri berkata, jika Tengku Razaleigh dipilih peluang untuk menang di DUN Galas lebih besar.

“Saya yakin kalau beliau dipilih sebagai calon, Umno akan menang di sini (Galas).

“Walaupun kita mempunyai ramai calon yang berkelayakan tapi Tengku Razaleigh adalah calon terbaik untuk kita rampas semula DUN Galas,” katanya.

Sebelum ini Muhyiddin berkata, Tengku Razaleigh boleh dipertimbang sebagai calon BN untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas. Muhyiddin berkata, BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Namun, katanya, soal sama ada Tengku Razaleigh mahu bertanding atau terdapat calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, terpulang kepadanya.

“Sebagai mana biasa kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil Barisan Nasional bagi kerusi) untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, kita akan berikan keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Sosial Negara di sini, hari ini.

Kelmarin Muhyiddin mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN di Galas. Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, Isnin lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. (Sumber The Malaysian Insider)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ada yang bertanya blog ini, mungkinkah Ku Li akan tolak tawaran jadi calon dan Pengarah PRK Galas?

Pihak kami jawab, ada kemungkinan, kerana sebentar tadi, tersebar berita dari luar negara bahawa bahawa TPM mengeluarkan kenyataan akan bertanding mencabar Presiden UMNO dalam menyuarat Agung UMNO akan datang. Apa dah jadi ni?

Tunggu, kami sedang siasat kebenarannya? Lihat ini.. (IH)

Lagi Karikatur Hina Nabi, Malaysia Membisu?

Friday, 01 October 2010: ORGANISASI Konferensi Islam (OKI) mengutuk penerbitan buku di Denmark yang memuat karikatur penghinaan yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad saw.

Sekjen OKI Ekmeleddin Ihsanoglu kemarin (Kamis, 30/9) dalam pernyataan resminya menyebut pemerintah Denmark sebagai pihak yang harus bertanggung jawab atas diterbitkannya buku 'The Tyranny of Silence' tulisan Flemming Rose yang memuat karikatur penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw.

Sembari menyinggung surat protes OKI dan para pemimpin negara-negara Islam kepada Pemerintahan Denmark untuk mencegah diterbitkannya buku anti-Islam itu, Ihsanoglu menilai bahwa penerbitan buku semacam itu telah membuka kembali peluang untuk menyebarkan gelombang anti-Islam dengan dalih kebebasan berekspresi.

Buku berjudul 'The Tyranny of Silence' itu ditulis oleh Flemming Rose, mantan editor budaya koran Jyllands-Posten. Meski rencananya karikatur penistaan terhadap Nabi Muhammad Saw tidak dicetak secara utuh dalam buku tersebut namun salah satu halaman buku itu tetap menampilkan gambar halaman utama edisi koran Jyllands-Posten yang memuat karikatur penistaan terhadap Nabi Muhammad saw.

Sebagaimana diketahui, pada 30 September 2005, koran Jyllands-Posten cetakan Denmark memuat 12 gambar karikatur yang menistakan kesucian Nabi Islam, Muhammad saw. Ironisnya kendati banyak mendapat penentangan, namun pihak Jyllands-Posten menyatakan tetap akan mencetak buku tersebut.

Karsten Blauert, seorang pejabat Jyllands-Posten Edition kepada AFP mengatakan, "Yang pasti banyak hal telah terjadi, tetapi semuanya akan berjalan sesuai rencana dan tidak ada yang akan mengubahnya. Buku tersebut akan dirilis sesuai jadwal."

Komen Blog Ibnu Hasim: Di Malaysia setakat ini, kita masih belum dengar apa-apa bantahan lagi. Masih membisu seribu bahasa.. (IRIB/AK)

Lihat sebelum ini..

Pentagon Bakar 10 Ribu Buku 'Operation Dark Heart'


New York Wednesday, 29 September 2010: Pentagon membeli 10 ribu naskah buku 'Operation Dark Heart' yang mengungkap rahasia intelejen AS.

Setelah dibeli, buku itu dibakar. Mantang perwira Badan Intelijen AS, Tony Shaffer dalam bukunya, Operation Dark Heart, menceritakan pengalamannya selama lima bulan di Afghanistan.

Buku ini mengungkap bahwa militer AS setahun sebelum Serangan 11/9, berhasil mengindentifikasi Mohammad Atta sebagai seorang teroris yang dituding perancang serangan terhadap gedung kembar WTC.

Sebagaimana dilaporkan Kantor Berita AFP, Pentagon membayar 47 ribu dolar yang didapatkan dari pajak rakyat AS, kepada penerbit buku Operation Dark Heart. Shaffer dalam wawancaranya dengan Press Tv mengatakan,

"Saya sudah menyerahkan informasi terkait Atta kepada Komisi Investigasi Serangan 11/9. Akan tetapi informasi itu tidak dimasukkan dalam laporan terakhir komisi itu."

Shaffer juga menepis tudingan Pentagon terkait bukunya yang dianggap dapat mengganggu stabilitas keamanan nasional AS. Menurut Shaffer, buku itu hanya menceritakan problema birokrasi yang menghalangi operasi intelijen AS terhadap Taliban.

Para pengamat menilai bahwa upaya Pentagon yang menyensor buku itu malah akan berdampak kontra produktif. Hal yang serupa pernah dilalukan CIA pada tahun 1964. Saat itu, CIA melarang buku yang berjudul 'The Invisible Government'. Akan tetapi dampak pelarangan itu malah menjadikan buku itu terlaris di AS.(IRIB/AK)

Lihat ulasan buku...

Homoseks & Majlis Agama Islam Indonesia

MUI: Homoseks melanggar HAM

MUI: Homoseks melanggar HAM

“Islam dan nilai budaya bangsa Indonesia sangat menentang adanya pemuatan film bertema seks yang menyimpang dalam bentuk homoseksual dan lesbianisme. Selain itu, ini sangat bertentangan dengan hak asasi manusia (HAM) karena pada dasarnya HAM diciptakan Allah dengan fitrah berpasang-pasangan dengan dasar perkawinan yang sah. Perkawinan sejenis hukumnya haram,” tegas Ketua MUI KH Ma’ruf Amin kepada para wartawan di kantor MUI, Jakarta, Kamis (30/9/2010).

Pada kesempatan tersebut, MUI juga meminta Lembaga Sensor Film (LSF) untuk menolak pemutaran film yang di dalamnya memuat kehidupan LGBT. “Selanjutnya, LSF, dalam melakukan seleksi dan sensor film, memerhatikan nilai agama Islam dan berbagai agama lain yang senantiasa menjunjung tinggi kearifan dan martabat kemanusiaan sebagai fitrah manusia,” katanya.

Namun, MUI juga mengecam kelompok-kelompok yang bermain hakim sendiri dan melakukan tindakan kekerasan dalam menyalurkan ekspresinya. “MUI prihatin atas berkembangnya berbagai konflik terbuka di masyarakat dengan melakukan kekerasan dalam berbagai bentuknya. Untuk itu, maka pemerintah bersama kekuatan dan komponen masyarakat harus melakukan pembinaan,” katanya.
Ref: Kompas

Sebelum ini...

Ku Li Calon Galas? -TPM


TPM: BN sedia timbang Ku Li calon Galas

KL 1 OKT 10
: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah boleh dipertimbang sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Katanya, BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang. Namun, katanya, soal sama ada Tengku Razaleigh mahu bertanding atau terdapat calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, terpulang kepadanya.

"Sebagai mana biasa kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil BN bagi kerusi untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, kita akan berikan keutamaan," katanya.

Muhyiddin memberitahu pemberita demikian di Putrajaya hari ini ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian yang Tengku Razaleigh diletak sebagai calon BN kerana beliau mampu merampas semula kerusi tersebut daripada PAS. Mengenai dakwaan PAS kononnya pelantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya BN bagi kerusi Galas memberi kelebihan kepada PAS kerana beliau turut menyokong tuntutan royalti minyak, Muhyiddin berkata, PAS sebenarnya sedang "gundah-gulana".

"Dia (PAS) kata beri kelebihan pada dia sebab isu royalti sebenarnya mereka gundah-gulana dengan pengaruh besar yang ada pada Tengku Razaleigh sebagai pemimpin parti yang cukup berpengalaman, sudah sebati dan sinonim dengan Gua Musang.

"Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat Melayu, Cina dan India kerana sudah biasa mengenalinya secara peribadi, soal isu royalti kita boleh jelaskan lebih-lebih lagi Tengku Razaleigh pastiya bukan sahaja faham tapi pakar dalam soal itu," katanya.

Muhyiddin berkata sebenarnya PAS sangat tertekan selepas mengetahui Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat yang dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN Galas. Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, daripada Pas di Kuala Lumpur pada Isnin lepas akibat barah usus.

Dalam pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya parlimen Gua Musang daripada BN dengan majoriti 646 undi. Selain Galas, dua lagi DUN yang terletak dalam Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN akan meletakkan calon yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya kecil itu. Mengenai cadangan pembangkang supaya BN tidak meletak calon di Galas, Najib berkata: "Sukar bagi kita tidak bertanding. Mengikut amalan demokrasi, sesuatu kerusi bila kosong atas sebab kematian perlu diadakan pilihan raya kecil,” katanya.

“Sekali saja kita tidak buat kerana bila sengaja dikosongkan kita rasa membazir dari segi kewangan,” katanya merujuk kepada kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Bercakap kepada media selepas melawat pameran pertandingan reka bentuk hospital kerajaan di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. Beliau berkata bagi kawasan Galas terdapat keperluan untuk menggantikan wakil rakyat bagi kawasan tersebut.

“Jika kita tidak bertanding maka rakyat di Galas tiada pilihan. Bila bertanding sekurang-kurangnya mereka ada pilihan sama ada mereka mahu BN atau PAS. Jadi itu amalan demokrasi yang sihat di negara kita.”

Ditanya tentang pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya kecil itu dan tidak sebagai calon, Najib berkata, “Saya gembira bahawa beliau sedia dan beliau komited untuk bekerja keras bagi memastikan BN menang.”

"Kita tidak mahu cakap mengenai calon pada peringkat ini. Saya masih tunggu senarai bakal calon. Saya tidak mahu ramal siapa bakal tetapi kita mahu letak calon yang paling sesuai," kata Najib.

Mengenai momentum yang dicipta parti pembangkang untuk mengambil alih Putrajaya, Najib berkata, "Itu urusan mereka wujudkan ini dan adalah menjadi urusan kita untuk wujudkan momentum tersebut bagi pihak kita kerana kadangkala mereka wujudkan momentum yang palsu.”

"Seperti yang anda tahu dua tahun lepas, mereka kata mereka akan tawan Putrajaya dan ia tidak berlaku. Kegagalan 16 September sama sekali di pihak mereka. Malah jangan lupa mereka boleh wujudkan semangat palsu bahawa perkara (pilihan raya) bergerak ke arah mereka (berpihak kepada pembangkang)."

"Tetapi apa pun, adalah penting untuk BN bekerja keras dan dapatkan keyakinan rakyat," kata Perdana Menteri. - Bernama
---------------------------------
Sila layari dan ikuti PRK Galas dari awal ...

E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas

Antara kandungan:
Bab 1
Bab 2
Insya Allah liputannya bersambung hingga selesai pilihan raya kecil ini.
----------------------------------

Galas Kekuatan Sendiri, Tuan Ibrahim -Pengarah Automatik PRK




KL, 1 Okt 10:
PAS mesti bersedia menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya kecil Galas dengan kekuatan sendiri, kata Naib Presiden PAS yang juga pengarah pilihan raya itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Atas dasar itu, isu samada Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai pengarah BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas atau tidak, tidak berbangkit, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim adalah pengarah pilihan raya ini secara automatik bagi PAS kerana parti itu telah membuat pendekatan tetap untuk menghadapi sebarang pilihan raya kecil.

Perkara ini disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam majlis hari raya Harakahdaily semalam.

Melalui pendekatan itu, seorang naib presiden PAS akan menjadi pengarah pilihan raya kecil untuk kawasan masing-masing. Datuk Mahfuz Omar menjadi pengarah jika berlaku di utara, Salahudin Ayub di selatan dan Tuan Ibrahim di timur.

Sebelum ini, Mahfuz menjadi pengarah pilihan raya kecil Permatang Pasir, Pulau Pinang dan Salahudin menjadi pengarah dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan. (Sumber Harakah)

---------------------------------
Sila layari dan ikuti PRK Galas dari awal ...

E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas

Antara kandungan:
Bab 1
Bab 2
Insya Allah liputannya bersambung hingga selesai pilihan raya kecil ini.
----------------------------------

Sosilawati: Lagi 5 Suspek Disambung Reman 8 Okt

Nampak tenang, tapi ada buaya..

BANTING, 1 Okt 10: Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini hari ini membenarkan tahanan reman terhadap lima suspek dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya disambung sehingga 8 Oktober.

Perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Surman Hussain bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan jutawan warga India Allal Kanthan Muthuraja.

Kelima-lima suspek yang tiba di mahkamah dengan van polis pada pukul 9.30 pagi dikawal ketat oleh anggota polis. Mereka kemudian meninggalkan mahkamah kira-kira pukul 10.50 pagi. Ini merupakan kali keempat tahanan reman mereka dilanjutkan.

Sebelum ini kelima-lima suspek telah ditahan reman bermula 12 September lepas bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Muthuraja, 34, dilaporkan hilang selepas dipercayai dijemput dua peguam rakyat tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, sejurus tiba di Malaysia pada 18 Januari lepas.

Isteri mangsa, S. Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lepas dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sejak beberapa hari lepas. — Bernama

Ikuti keseluruhan cerita di atas. Klik di sini..

-----------------------------------------------------------------

Sila lawati E-Perpustakaan IH.....

Rak 1
Rak 2
Akan bertambah lagi e-buku-buku seterusnya.
--------------------------------------------------

M/Babri, Sengketa Terus Berlanjutan. Sikap M'sia?



Gambar sebelah: Seorang sami India menyambut keputusan mahkamah di Ayodhya semalam. — Foto Reuters


KL IBNU HASYIM 1 OKT 10: Sebuah mahkamah India di New Delhi semalam memutuskan tapak Masjid Babri abad ke-16 di Ayodhya dibahagi dua dengan dua pertiga menjadi milik penganut Hindu dan satu pertiga untuk masyarakat Islam. Keputusan mahkamah itu disiarkan oleh stesen televisyen di negara itu.

“Semua tiga pihak iaitu Muslim, Hindu dan Nirmhoi Akhara (pertubuhan agama Hindu) diisytiharkan pemegang bersama hartanah dalam perbalahan itu,” kata Hakim S. U Khan dalam satu penghakiman yang disiarkan di laman web Mahkamah Tinggi Allahabad.

Peguam Jawatankuasa Bertindak Masjid Babri, Zafaryab Jilani berkata, pihaknya akan membuat rayuan berhubung penghakiman itu. “Kami tidak menerima formula satu pertiga itu dan kami akan (mengemukakan rayuan) ke Mahkamah Agung,” katanya.

Masjid Babri yang dibina pada kurun ke-16 itu dimusnahkan oleh penduduk Hindu fanatik pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan terburuk di India sehingga mengakibatkan 2,000 orang terbunuh. Dilaporkan lebih 200,000 anggota polis dikerah di seluruh India semalam bagi membuat rondaan dan kawalan sebelum mahkamah membuat penghakiman.

Beberapa pengadu dalam kes ini mengatakan mereka akan naik radang dengan keputusan tersebut itu "... yang berarti sengketa yang sudah berlangsung selama 60 tahun akan terus berlanjut dalam sistem peradilan yang terkenal lambat India."

Menurut keputusan itu, situs di kota utara akan dibahagi, dengan sepertiga Muslim dan sisanya untuk Hindu, termasuk tempat di pusat di mana umat Hindu merancang untuk membangun sebuah kuil dewa Ramayana. Dengan hanya beberapa hari sebelum Commonwealth Games di mulai di New Delhi pada hari Minggu, Perdana Menteri Manmohan Singh meminta tenang dan mengingatkan rakyat india bahawa keputusan akan dikaji di Mahkamah Agung.

"Kesimpulan sebenar pada tahap ini, adalah status quo akan dipertahankan sampai kes diambil oleh Mahkamah Agung," kata sebuah kenyataan.

Kerana cemas tentang potensi kekerasan, pemerintah India mengeluarkan seruan untuk menahan diri menjelang putusan dan iklan ditempatkan di surat khabar mendesak rakyat India baik Hindu mahupuan Muslim menghormati perundangan.

Komen media Islam Era Muslim: Negara besar dari 1.2 milion orang adalah rumah bagi semua agama besar di dunia dan kes Ayodhya ini dipandang sebagai ujian kematangan politik dan kemampuan masyarakat untuk hidup dalam harmoni. Pihak oposisi Partai Bharatiya Janata (BJP), yang tambah mengipas isu Ayodhya menjadi flashpoint nasional, menginterpretasikan keputusan pengadilan sebagai kemenangan dalam kempen untuk membangun sebuah kuil Ramayan di mana masjid Babri pernah ditegakkan.

Keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad merupakan langkah yang signifikan untuk membangun sebuah kuil besar, menurut kenyataan pemimpin BJP dan mantan Perdana Menteri LK Advani kepada wartawan setelah pertemuan parti, menjadikan umat Islam cemas.

Syed Ahmed Bukhari, ketua ulama di masjid utama Masjid Jama New Delhi, mencela keputusan hakim, mengatakan mahkamah telah mengarah (memaksa)"atas dasar keyakinan buta dan tidak dengan bukti dan dokumentasi yang jelas kepada hakim."

"Kami memang tidak setuju dengan keputusan itu," katanya. "Kami tidak menyerah dengan tuntutan kami (untuk membangun) masjid Babri," katanya di New Delhi.

Asaduddin Owaisi, seorang anggota parlemen Muslim, mengatakan kepada AFP memantg "ada timbul kemarahan di kalangan masyarakat Muslim atas keputusan itu."

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita menungu-nunggu sikap kerajaan Malaysia dalam hal ini, oraganisasi hak asasi manusia, NGO dan pertubuhan politik atau Islam di negara ini. Jangan biarkan Masjid Babri diagihkan kepada yang bukan haknya. (Pelbagai sumber/AK)

Ikut Formula Dr M, Negara Jadi Muflis -Penganalisis

Klik di sini...
Hubungan kaum: Formula kekayaan Mahathir boleh bawa negara muflis






Lihat Sebelum ini..

RM17,00 Setiap Peneroka, 11 Penyelewengan Felda

KL, 1 Okt 10: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan 11 lagi bentuk penyelewengan Felda mengkhianati peneroka yang majoritinya Melayu.

Menurut beliau, melalui Tabung Tanam Semula yang ditubuhkan sejak Januari 1985, sepatutnya setiap peneroka layak mendapat RM17,000 sebagai bayaran tanam semula.

Ini kerana, setiap peneroka pada setiap bulan telahpun mencarum sebanyak RM4 seekar supaya Felda memulangkan RM17 ribu kepada setiap peneroka bagi kerja-kerja tanam semula.

Di sebalik penubuhan Tabung Tanam Semula itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, pertamanya Felda enggan menyerahkan Wang Tanah Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian meskipun telah mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan.

"Peneroka ini telah ikut garis panduan seperti pokok tua perlu ditebang, peneroka perlu tanam pokok yang baru.

"Segala yang Felda mahu mereka patuhi tetapi wang tanam semula yang dijanjikan Felda itu tidak juga diberikan oleh Felda," ujarnya.

Kedua, katanya Felda bertindak melampau memotong RM8,500 untuk 10 ekar Wang Tanam Semula (RM17,000) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian.

"RM8,500 Felda sudah ambil, separuh lagi yang sepatutnya diberikan kepada peneroka, tetapi tetap tidak beri," ujarnya.

Ketiga, katanya Felda tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

Penyelewengan keempat, katanya Felda sewenang-wenangnya membuat potongan baru caruman tanam semula kali kedua antara RM114 hingga RM119.

"Kali pertama RM17 ribu tidak dibayar, kali pertama dipotong RM40 dan potongan kali kedua meningkat tiga kali ganda.

"Borang (tanam semula kali kedua) baru edar, tetapi dia dah potong dulu," ujarnya sambil menganggap Felda bertindak melampau ke atas peneroka.

Kelima, katanya Felda menyembunyikan maklumat mengenai insentif tanam semula yang diberikan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjumlah RM1,000 bagi setiap hektar kebun sawit peneroka.

"Dia tak beritahu pun pada peneroka, rupa-rupanya ada insentif," ujarnya.

Keenam, katanya Felda tidak menyalurkan Bantuan Tanam Semula kepada peneroka sedangkan Risda memperuntukkan RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar (getah ke sawit).

"Bantuan ini adalah ketipan dari wang ses yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahan getah, Akta Penanaman Semula, 1952.

"Rupanya wang itu telah digunakan Felda, maknanya tidak amanah, wang yang disalurkan Risda tidak diserahkan (kepada peneroka)," ujarnya.

Ketujuh, katanya Felda tidak menyediakan penyata lengkap kos pembangunan tanam semula hingga hutang peneroka begitu tinggi dan tidak munasabah.

"Bayangkan kos tanah semula di Pengeli Timur sahaja sudah mencecah RM62,740 dalam tempoh empat tahun dalam keadaan peneroka tidak diberitahu apakah potongan yang sebenar," ujarnya.

Kelapan, katanya Felda masih mengekalkan kadar faedah atas kos tanam semula 6.25 peratus hingga sekarang.

"6.25 peratus mengambil kira pinjaman yang dibuat oleh Felda melalui Bank Dunia (sedangkan) pada tahun 1996, hutang dengan Bank Dunia telah langsai."

Kesembilan, katanya hasil jualan kayu getah tua tidak disalurkan terus kepada peneroka, sebaliknya masuk ke akaun Felda serta dibuat pemotongan sesuka hati.

"Felda khianat sebab Felda mengambil duit itu dulu, dia cek hutang-hutang yang peneroka pun tak tahu berapa hutang dia dan kemudian dia kata inilah baki," ujarnya.

Kesepuluh, beliau mempersoal tentang kos tanam semula Felda yang begitu mahal berbanding kos tanam semula oleh Sime Darby, IOI dan sebagainya.

"Sepatutnya kos tanam semula kali kedua lebih murah sebab jalan pertanian, teres sudah sempurna , Felda tak perlu buat,” katanya.

Kesebelas, ujarnya Felda mengambil masa yang begitu lama, sekitar 2 tahun hingga 4 tahun selepas sawit dan getah mengeluarkan hasil untuk membuat pembayaran penuh.

Katanya, pendahuluan hasil yang diberikan sangat terdedah pada penipuan kerana tiada penyata lengkap mengenainya.

Sehubungan itu, beliau menuntut supaya caruman wang tanam semula dikembalikan kepada rakyat serta-merta tanpa syarat.

"Untuk maklumat, lebih 4,000 peneroka sebelum akhir tahun ini akan menyaman Felda (kerana) selepas kemenangan peneroka (Felda Sungai Koyan 2 dan 3, dan Kemahang 3), imej Felda nampak buruk."

"Kalau mereka (Felda) masih enggan, sombong dan angkuh, mereka bersedialah menghadapi kesedaran peneroka nanti," nasihatnya kepada Felda. (Harakahdaily)

-----------------------------------

Sebelum ini mengenai Felda..

-------------------------------------

Ella & Dolak-dalik Soal Kahwin?



KL 1 OKT 10:
mStar Online melaporkan Ratu Rock Negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella masih berdolak-dalik dan mengambil pendekatan paling selamat apabila diminta untuk mengulas mengenai gosip yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya.

Menurut Ella, tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum jika memang benar dia merancang untuk berkahwin.

"Tiada apa yang saya perlu saya sorokkan daripada orang ramai. Kalau betul ada perancangan ke arah itu (kahwin), mesti saya akan kongsikan dengan semua orang dan tiada apa yang perlu dirahsiakan.

"Masalahnya semua cerita yang timbul itu tidak berasas. Jika sebarang cerita tentang kahwin dan sebagainya bukan datang daripada mulut saya sendiri, perkara itu belum tentu benar," katanya.

Diusik mengenai status dirinya yang masih kekal bujang dan mudah mengundang pelbagai persepsi dan fitnah, Ella mengakui, walaupun kenyataan itu agak merimaskan dan menyulitkan kehidupannya, dia bagaimanapun selesa untuk bersikap optimis dalam menangani sebarang masalah yang timbul.

"Adakalanya memang susah juga apabila diri kita popular dan masih kekal bujang begini tapi ia bukanlah sesuatu yang buruk dan negatif. Bagi saya, jika sesuatu perkara atau cerita tentang kita itu tidak benar kita buat tidak tahu saja," katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada 10 Julai lalu, salah seorang ahli keluarga penyanyi rock itu mengesahkan Ella telah membawa kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman, 28, untuk bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin.

Komen Blog Ibnu Hasim: Alhamdulillah, berita berkahwin adalah suatu berita gembira bagi umat Islam. Apa lagi pada gadis popular seperti Ella. Terdapat banyak nas dan dalil Al-Quran serta hadis tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri.

Antaranya ialah:

Satu: Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah SWT akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah SWT Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)

Dua: Dalam nas yang lain Allah swt berfirman yang bermaksud:

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..." (Surah An-Nisa' 4 : 3). (Hal ini untuk perhatian wali, bakal suami dan juga untuk perhatian atau pengetahan bakal isteri)

Tiga: Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)

Empat: Antara nas Hadis Nabi SAW lain, sangat memberi galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri. Iaitu sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (riwayat Bukhari dan Muslim). (Bukan sahaja untuk pengetahuan pemuda, bahkan pemudi dan walinya).

Wallahu 'aklam. (2MA)

Sebelum ini...

RI-Malaysia Selesaikan Perbatasan Bulan Ini...

Diprioritaskan penyelesaian perundangan perbatasan di Laut Sulawesi dan Selat Singapura.

VIVAnews
Kamis, 30 September 2010, 21:00 WIB: Indonesia dan Malaysia setuju perundingan perbatasan akan diprioritaskan penyelesaian perundangan perbatasan di Laut Sulawesi dan Selat Singapura.

Dalam pertemuan tersebut kedua negara juga setuju setiap permasalahan apapun yang dihadapi kedua negara akan diselesaikan dengan dialog melalui perundingan.

Menteri Luar Negeri Marty Natalagewa menuturkan, pertemuan teknis itu akan dilakukan Oktober atau November. Sedangkan untuk pertemuan Menteri Luar Negeri keduanya bakal dilakukan di Desember.

Pembicaraan yang dilakukan di sela-sela Sidang Umum PBB itu juga menyetujui usulan Indonesia agar dibentuk forum baru yaitu Forum Pengelolaan Perbatasan kedua negara.

Forum itu bukan hanya membahas delimitasi perbatasan, melainkan juga masalah pengelolaan perbatasan, misalnya masalah hubungan antarmasyarakat di perbatasan, masalah keamanan, lingkungan, dan perdagangan lintas batas.

"Jadi, ini forum yang sifatnya menyeluruh, bukan semata perundingan perbatasan. Malaysia menyetujui itu" ujar Marty usai melaporkan hasil kunjungannya ke Amerika kepada Presiden Yudhoyono di Kantor Presiden Jakarta, Kamis 30 September 2010.

Dalam pertemuan itu juga dibahas mengenai perlindungan WNI. Marty mengaku Menteri Luar Negeri Malaysia menegaskan komitmennya untuk setiap warga negara yang melakukan pelanggaran hukum dipastikan akan bertanggung jawab. (AK)

• VIVAnews

Planet 'Bumi Baru' Zon Kehidupan Ditemui

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

Lakaran artis menunjukkan planet Gliese 581g.

LOS ANGELES, 1 OKT 10:Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi. Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581. Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh. Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer. Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut. Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa. Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu. Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi

---------------------

Lihat sebelum ini siri UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG...

-----------------------------------

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails