Saturday, January 06, 2018

Israel Pura-pura Baik, Bila Gadis Tampar Askar Israel Dibebaskan.

Gadis Palestin Tampar Askar Israel Akhirnya Dibebaskan



BAITULMAQDIS: Seorang wanita Palestin yang didakwa sengaja menyerang seorang tentera Israel di Tebing Barat akhirnya dibebaskan dengan hanya ikat jamin, awal pagi semalam.

Remaja berusia 20 tahun itu, Nour Tamimi, dibebaskan dari sebuah penjara tentera rejim Zionis tersebut selepas hakim di sebuah mahkamah Israel menolak rayuan pendakwa raya tempatan untuk tidak membebaskan beliau.
Media antarabangsa melaporkan bahawa bapanya, Naji Tamimi berkata anaknya sudah dibenarkan pulang ke kampungnya di sini selepas membayar ikat jamin sebanyak 5,000 shekel (RM5,792) dengan seorang penjamin.
Peguam belanya, Gaby Lasky dilaporkan berkata bahawa penjamin tersebut mengesahkan bahawa Nour hanya akan hadir semula pada sesi prosiding mahkamah yang seterusnya dijangka bermula pada 12 Februari nanti.
Gadis itu ditahan 20 Disember lalu, sehari selepas penahanan sepupunya, Ahed Tamimi, 16, apabila video mereka menyerang tentera Israel yang sedang bertugas di kawasan Nabi Salleh, Tebing Barat tular menerusi internet.
Ahed dan ibunya, Nariman Tamimi bagaimanapun kuran bernasib baik apabila masih lagi berada dalam tahanan pihak rejim Zionis. Kepulangan Nour disambut meriah ramai ahli keluarga dan Gabenor Ramallah, Laila Ghanam.
Keluarga Ahed adalah aktivis kuat menentang penjajahan rejim itu di Tebing Barat. Sekeping gambar Ahed ketika kecil yang gigit tangan askar cuba tangkap abangnya menjadi imej simbolik penentangan terhadap kezaliman Israel. –Lapor Agensi.
Komen Weblog Ibnu HasyimIsrael pura-pura baik, bila seorang wanita Palestin yang didakwa sengaja menyerang seorang tentera Israel di Tebing Barat akhirnya dibebaskan dengan hanya ikat jamin, awal pagi semalam.
Sedangkan hakikatnya, Israel yang bangsat tidak ada negeri itu, telah merampas bumi Palastin, membunuh dan menghalau rakyat Palastin dengan bantuan kuasa-kuasa besar dan zalim dunia sejak tahun 1948 lagi.. 


 Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Selebgram Hijab Korea-Muslim Ini Boleh Jadi 'muslimat tauladan'?



KINI laman sosial semakin dipenuhi dan dibanjiri dengan gadis berwajah cantik, kononnya. Tidak terkecuali, selebgram hijab Korea Muslim bernama Kim Miso ini yang gambar-gambarnya menjadi tular di Internet gara-gara memiliki rupa paras cantik persis bintang K-Pop. 


Miso atau nama sebenarnya, Harakat Ibtisam menjadi bualan hangat netizen apabila dia sering kali memberi tips-tips mengenai kecantikan dan cara berhijab di Instagram miliknya, @kimmiso1194.

Hasil carian imej untuk Kim Miso, Selebgram Hijab Korea-Muslim Yang Cantik!
Melihatkan wajahnya, pasti ramai yang menganggap Miso merupakan seorang gadis yang berasal dari negara sonata musim salju itu kan? Ternyata tanggapan itu salah sama sekali kerana Miso sebenarnya seorang gadis Maghribi, sebuah negara umat Islam di barat Afrika yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa nasional!
Memetik sumber, Miso yang merupakan salah seorang penuntut di Seoul National University mempunyai impian untuk berkunjung ke ndonesia suatu hari nanti.
“Saya ingin mengunjungi Indonesia dan begitu minat mempelajari bahasa Indonesia.
“Indonesia adalah negara Islam dan saya ingin mengunjunginya. Saya juga ingin bekerja di sana jika Allah izinkan,” katanya dipetik portal kumparan.com.
Justeru tidak hairanlah, sejak kebelakangan ini Miso dilihat sering menggunakan hashtag #hijabindonesia pada setiap entri menerusi laman Instagram.
Bukan itu sahaja, malah Miso sering bertegur sapa dengan para pengikutnya di laman berkenaan dengan menggunakan  kosakata bahasa Indonesia seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Sore’, ‘Kamu baik’, dan sebagainya.
Sehingga kini, nampaknya gadis ini dilihat terus mendapat perhatian ramai di media sosial dan mempunyai lebih 200,000 pengikut menerusi akaun Instagram miliknya. 

Soalnya, dengan melihat maklumat dan gambar-gambar yang disebarkan ini, adakah ia boleh dijadikan sebagai 'muslimat tauladan' bagi gadis-gadis Islam di Malaysia khususnya?

Fikir-fikirlah..
Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Suspek Rompak Kedai Emas Ditembak. Hudud, Wajar!

Hasil carian imej untuk Suspek rompak kedai emas ditembak Anggota polis melakukan siasatan di lokasi suspek rompakan kedai emas maut ditembak polis di Cheras, malam tadi. - Foto HAFIZ SOHAIMI


KUALA LUMPUR: Seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun kedai emas di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan, sejak 31 Disember lalu mati ditembak di Taman Connought, Cheras, di sini, malam tadi.
Suspek rakyat tempatan berusia 22 tahun sebelum itu dikesan memandu sebuah kereta jenis PERODUA Myvi dalam keadaan mencurigakan di kawasan Cheras oleh sepasukan polis dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, yang menjalankan rondaan selepas menerima maklumat, kira-kira jam 10.30 malam.
Sumber berkata, polis kemudian mengarahkan lelaki terbabit memberhentikan kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan.
Hasil carian imej untuk Suspek rompak kedai emas ditembak SEORANG suspek kes samun kedai emas ditembak mati Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu .
..Hasil carian imej untuk Suspek rompak kedai emas ditembak
Ketika hendak diperiksa, suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama dan menembak ke arah polis dari arah kenderaan kenderaannya.
"Polis kemudian membalas tembakan suspek bagi mempertahankan diri berikutan kerana tindakan suspek yang mengancam keselamatan pegawai dan anggota," katanya.
Katanya, tembakan yang dilepaskan itu dipercayai mengenai suspek dan pemeriksaan polis di dalam kenderaan terbabit mendapati dia sudah meninggal dunia.
Hasil pemeriksaan awal polis di dalam kenderaan itu menemui sepucuk pistol digunakan suspek.
Sumber itu berkata, hasil semakan mendapati suspek yang berasal dari Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas beberapa kesalahan termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata pepatah Melayu, siakap cenohong gelama ikan duri, cakap pembohong lama-lama jadi pencuri. Dari pencuri, merompak berlaku pembunuhan dan kerosakan di atas muka bumi. 
Dalam Islam ada jalan penyelesaian, iaitu melaksanakan undang-undang jenayah atau hudud yang merujuk kepada sumber Islam Al-Quran dan Al-Hadis dalam sistem perundangan Islam. Bukan sumber Lord Ried undang ciptaan manusia, yang gagal membentuk insan berakhlak mulia.
Bagaimana untuk mewujudkan sistem perundangan Islam? Kena lahirkan negara Islam. Bagaimana untuk lahirkan negara Islam di Malaysia? Kena sokong atau undi parti Islam yang ulama sebagai pemimpinnya.
Dalam PRU 14 akan datang, UNDILAH PAS, yang mungkin akan meletakkan Hj.Abdul Hadi seorang ulama yang diiktiraf dunia sebagai Perdana Menterinya. Insya Allah!!

Model Mempolitikkan Oral Seks, Kini Terima Padah..

Model


SEORANG model Itali yang menjanjikan oral seks kepada lelaki yang mengundi menentang Perdana Menteri negara itu dalam proses pungutan suara pada 2016, terpaksa melupakan hasratnya untuk mengadakan siri jelajah oral seks selepas mukanya digigit anjing.

Paola Saulino, 28, membuat janji berkenaan kepada penduduk Itali bagi menentang pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Matteo Renzi, ketika itu.
Sejak keputusan itu menyebelahi Paola, dia mendakwa telah melakukan memuaskan 400 lelaki. Manakala Renzi telah meletak jawatan.
Namun selepas digigit anjing, doktor menasihatkan dia supaya berehat daripada mengadakan jelalah `Pompa Tour’ itu.
“Doktor nasihatkan saya supaya tidak menggerakkan mulut saya untuk beberapa bulan,’’ katanya.
Muka Paola mengalami kecederaan yang teruk selepas anjing milik kawannya telah melompat dan menggigit mukanya. Ia mengakibatkan hidung dan bibirnya luka.
Tidakan Paola yang menjanjikan oral seks itu telah dikecam sebagai tidak bermoral dan sekadar mencari publisiti. Mereka juga meminta Paola menunjukkan bukti bahawa dia berjaya memuaskan 400 lelaki.
Namun Paola bercadang untuk melawat Rome, Florence. Bologna, Verona, Milan, Turin, Naples, Bari, Lecce dan Palermo bagi tujuan berkenaan dan turut meminta lelaki mengisi borang untuk membuat tempahan. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang model Itali telah menjanjikan oral seks kepada lelaki yang mengundi pembangkang menentang PM negara itu pada 2016 hingga kini... Itulah rasuah seks atau kebendaan.
Dalam politik Malaysia adakah begitu? Itulah yang ditentang oleh Islam. Dalam sejarah politik parti Islam se Malaysia atau PAS, belum ada lagi jenayah begitu.. Kalau dikatakan ada sila buktikan, bila, di mana, siapa dan bagaimana? (IH)

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa


Friday, January 05, 2018

Bagaimana Masjid Ini Melayan Vandalisme Perusak Masjid?


IHSAN… Pihak Masjid Al Salam di Forth Smith, Arkansas, Amerika Syarikat memaafkan tindakan seorang lelaki yang sengaja melakukan vandalisme di masjid berkenaan pada Oktober 2016 lalu.

Suspek dikenali sebagai Abraham Davis malah dibantu oleh ahli jawatankuasa masjid yang berbaik hati untuk membebaskannya daripada dipenjara selama enam tahun dan bayar wang denda AS$3,200 (RM12,852).
“Kami tahu orang ini melakukan perkara yang tidak baik dan mesti akan ada akibat tindakan pada mereka. Tetapi kami tidak mempunyai sebarang perasaan sakit hati terhadap sesiapa pun.
“Kami mendengar bahawa dia mengalami masalah kewangan. Kami tidak mahu dia dipenjarakan dalam tempoh masa yang lama seperti itu,” kata Presiden Masjid Al Salam, Louay Nassri.
Abraham dikatakan telah menulis beberapa perkataan yang tidak elok di cermin dan pintu masjid berkenaan dengan menggunakan cat semburan.
Kegiatan buruknya itu bagaimanapun telah berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan masjid tersebut.



“Kita tukar situasi kurang baik menjadi situasi baik. Saya beritahu jawatankuasa masjid bahawa kita harus bantu untuk bayar jumlah denda Abraham.
“Ini kerana dia juga sebahagian daripada masyarakat kita,” kata Pengarah Urusan Sosial Masjid, Hisham Yasin dipetik daripada laman CNN Indonesia.
Pihak masjid juga telah melakukan kutipan dana bagi membantu membebaskan Abraham dengan membayar beberapa jumlah wang bagi ikat jamin kes pesalah itu.
“Bila kita tukar yang tidak baik menjadi kepada baik, ia sedikit sebanyak akan menunjukkan cerminan yang baik demi kepentingan agama Islam dan komuniti kita,” katanya lagi.
Sejak kejadian itu berlaku, tidak lagi berlaku sebarang diskriminasi di bandar tersebut kerana mereka telah mendapat banyak okongan daripada komuniti Muslim di Amerika Syarikat juga dari serata dunia.
Abraham juga telah meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya itu kepada pemimpin masjid berkenaan dengan cara menulis sepucuk surat.
“Saya telah menyakitkan hati kalian semua dan saya dihantui perbuatan saya sendiri. Selepas kejadian itu, kalian semua masih boleh lagi maafkan saya. Kalian adalah orang yang jauh lebih mulia dan baik daripada saya,” tulisnya.
Dengan berlakunya kejadian itu, lebih ramai lagi komutiti di Masjid Al Salam telah mengirimkan kata-kata yang indah kerana kebaikan yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa masjid itu.(IH)
  Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Khidmat Angkutan Awam Khas Bagi Wanita, Sesuai Menurut Islam?



SELEPAS bermacam-macam berita menyeramkan yang kita dengar tentang pengalaman hitam penumpang kenderaan awam seperti Uber mahupun Grab, kini kaum Hawa tidak perlu risau lagi.

Denise Tan, seorang suri rumah sepenuh masa telah mengambil keputusan untuk mewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam khas untuk golongan wanita tanpa berasa bimbang tentang kejadian yang tidak diingini.
Perkhidmatan Riding Pink itu dikhususkan hanya kepada kaum wanita sahaja demi menjaga keselamatan mereka terutama jenayah seksual atau samun.



“Kami mula merekrut pemandu wanita pada September tahun lalu melalui laman sosial Facebook dab jumlah itu meningkat dalam tempoh masa hanya tiga minggu,”katanya dipetik daripada portal The Star.
Riding Pink secara rasminya telah beroperasi pada 10 Oktober 2016 lalu dan sepanjang tempoh tersebut, mereka telah berjaya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Setakat penghujung tahun 2016 lalu ujar Denise, mereka telah mempunyai seramai 60 orang pemandu sepenuh masa dan 40 pemandu separuh masa.
Dalam masa sama, perlkhidmatan Riding Pink turut digunakan oleh ramai ibu bapa sebagai langkah keselamatan kerana sudah mengenali si pemandu itu sendiri.
“Sesetengah ibu bapa akan minta pemandu yang sama untuk ambil anak mereka. Jika mereka menetapkan setiap Rabu pada jam 1 petang dan pemandu itu menyenangkan, kami akan menempah slot itu untuknya.
“Jika pemandu itu kebetulan mempunyai masalah, kami akan segera mencari pengganti untuknya,” kata Denise lagi.
Kebanyakan wanita sememangnya gemar menggunakan perkhidmatan Riding Pink kerana bagi mereka, ia lebih tepat serta tahap keselamatan mungkin akan terjamin.
Semestinya Riding Pink akan mejadi pilihan remaja selain perkhidmatan tempahan pengangkutan awam lain. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Ianya, suatu perkhidmatan yang baik kerana dikhususkan hanya kepada kaum wanita sahaja demi menjaga keselamatan mereka terutama jenayah seksual atau samun. Suatu perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak agama Islam iaitu mengasingkan lelaki dengan perempuan supaya tidak timbul masalah-masalah sosial yang berkaitan.


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Air Pancut Beku Di New York Menjadi Kemuncak Kamera Pejalan Kaki.

 Pejalan kaki menggunakan kamera telefon bimbitnya untuk memfoto Fountain Memorial Josephine Shaw Lowell yang beku di New York, Amerika Syarikat (3/1)


AIR pancut beku di New York menjadi kemuncak kamera pejalan kaki. Cuaca melampau yang melanda AS baru-baru ini menjadikan air pancut terletak di beku Bryant Park. Oleh kerana pembekuan reka bentuk air pancut seni bina Charles A. Platt menjadi titik menjadi objek fotografi bagi orang yang tidak sengaja.



Cuaca melampau yang melanda Amerika Syarikat baru-baru ini menjadikan reka bentuk arca arkitek Charles A. Platt terletak di Bryant Park, Manhattan beku.


Hancurkan air pancut Josephine Shaw Lowell Memorial Fountain sehingga menjadi obyek fotografi untuk orang yang lewat.


Pejalan kaki memotret mata air beku Josephine Shaw Lowell Memorial Fountain di Bryant Park, New York, Amerika Syarikat (3/1).


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Di Tk.Kumbar PP: Azan Diminta Perlahan &Kubur Islam Dicantikkan..


AIDCNews -03/01/18 – Surau diminta memperlahankan suara azan dan sebuah perkuburan Islam telah di’bersih’kan kerana menganggu pemandangan, kedua-duanya berlaku di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dedah Azmi Saad.
“Jika semalam kita dedahkan tentang satu kawasan kubur yang dulunya sangat semak dan telah dibersihkan..akan tetapi telah menimbulkan ketidakpuasan hati seorang penduduk HARBI di situ di mana beliau meminta ditanam semula pokok supaya pemandangan beliau tidak terlihat akan kawasan kubur di belakang rumah beliau..
“Ini pulak ada satu lagi kisah di Teluk Kumbar juga.. Tapi kali ini di sebuah surau (Surau Furqan) di mana ada seorang wanita “HARBI” telah berjumpa dengan jemaah Surau dan meminta mereka “MEMPERLAHANKAN SPEAKER AZAN” kerana menganggu dia dan keluarganya hendak tidur…
“Perkara ini telah diceritakan sendiri oleh AJK surau itu semalam dan mereka tidak melayan kehendak wanita HARBI tu walaupun beliau datang sekali lagi untuk berjumpa dengan mereka..,” dedah Azmi Saad dalam Facebook.
Tambahnya, isu desakan memperlahankan azan itu bukan perkara baharu kerana ia pernah berlaku di sebuah masjid di Tanjung Bunga.
“Sebenarnya, puak ni jika diberi betis…bukan hanya paha yang mereka kehendakkan ..akan tetapi seluruh badan mereka ini (nak) tawan…,”katanya lagi.
Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Thursday, January 04, 2018

Mahathir Kini Makin Karut, Kuat Melalut – PAS


SINIS… Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggap semakin karut apabila tergamak melabel Datuk Seri Abdul Hadi Awang kafir dan pengkhianat hanya kerana mengadakan kerjasama dengan UMNO.

Sindiran tersebut disuarakan Naib Presiden PAS Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sambil berkata, selain mengarut, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga semakin kuat melalut ketika memberikan pandangan.
“Dia ini macam mahu ambil peranan mufti pula. Dulu dia marahkan PAS kononnya parti kita ini mengkafirkan orang. Tiba-tiba dia pula yang kafirkan orang. 
Masalah mengkafirkan Presiden PAS ini, saya rasa memang karut.
“Mahathir semakin lama nampak semakin jauh melalut dalam memberi pandangan dan menyatakan pendirian beliau sendiri,” kata Mohd. Amar ketika ditemui pihak media di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Khamis.
Beliau diminta mengulas serangan terbaharu Mahathir semalam yang melabelkan Abdul Hadi sebagai kafir dan pengkhianat pembangkang kerana ‘bekerjasama’ dengan UMNO yang pernah menjadi musuh politik parti itu.
Ramai pemerhati politik tempatan dilaporkan terkejut dengan kenyataan terbaharu Mahathir dalam sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Rabu sempena pelancaran program baharunya ‘Policy Talk’.
Ini kerana UMNO dan PAS tidak pernah menjalinkan sebarang kerjasama politik kecuali penyertaan bersama dalam beberapa perhimpunan melibatkan kepentingan umat Islam Rohingya, Palestin dan RUU 355 sepanjang tahun lalu.
Ini jauh berbeza dengan Mahathir apabila bekerjasama secara terbuka dengan menjadi anggota Pakatan Harapan sekali gus menyerlahkan hipokrit beliau yang pernah menyelar DAP sebagai rasis dan PKR diketuai si peliwat.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, banyak pihak salah faham terhadap PAS dalam isu kafir-mengkafir apabila Mahathir mendakwa konon Amanat Haji Hadi pada 1981 sebagai punca termasuk tragedi berdarah Memali 1985.
“PAS tidak mengkafirkan sesiapa. Kita tak kata orang itu kafir, orang ini kafir. Apa yang disebut ialah garis atau batas antara iman dan kufur. Barangsiapa yang melanggar batas itu, dia jatuh kafir, tidak kiralah siapa dia.
“Saya ambil contoh, guru sebut barangsiapa kentut, maka wuduknya batal. Tidak kiralah sesiapapun. Dia tidak kata siapa-siapa. Boleh jadi ada orang itu terkentut dan dia pula yang terasa,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

AS &PBB Takut Kepada Wanita Ini..

Wanita Paling Bahaya

PARIS – Seorang wanita Perancis, yang disenarai hitam Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kerana rekrut anggota untuk kumpulan militan Daesh, ditahan tentera Kurdish di Syria.

Ibunya memberitahu akhbar Ouest-France, bahawa Emilie Koenig, 33, ditahan di kem Kurdish dan sedang disoal-siasat, selain diseksa pemberontak itu.
Anak kepada anggota polis Perancis di Rennes dekat sini itu dikatakan memasuki Syria pada 2014 dan melahirkan tiga anak di negara itu.
Dia berada di dalam senarai PBB sebagai anggota militan paling berbahaya dan setahun kemudian AS turut menyenaraikannya sebagai pengganas.
Koenig memeluk Islam selepas mengahwini suami pertamanya, lelaki rakyat Algeria yang kemudian ditangkap kerana mengedar dadah.
Beliau kemudian belajar bahasa Arab dan menukar namanya kepada Samra serta mula memakai tudung.
Dia pergi ke Syria bersama pasangan baharunya yang kemudiannya dilaporkan terbunuh.
Menurut ibunya lagi, Koenig mahu kembali ke Perancis untuk memohon maaf kepadanya, keluarga, rakan dan negara. – AFP/BH ONLINE


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

S'pura Alat Israel, Haram Filem Palestin Kutuk Israel..

Singapura Haram Filem Palestin Kerana Kutuk Israel


KONFLIK Israel-Palestin akibat pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara haram Yahudi itu kini merebak ke Singapura.

Terbaharu, negara itu yang diketahui pro-Israel bertindak mengharamkan tayangan sebuah karya untuk Festival Filem Palestin Singapura hari ini dengan alasan konon kandungannya tidak seimbang atau berat sebelah pihak.
Menurut laporan stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia, perintah sekatan diwartakan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sekali gus mengejutkan pelbagai pihak terutama penganjur festival itu.
Filem Radiance of Resistance yang berdurasi 60 minit itu malahan menerima kategori ‘Tidak Dibenarkan buat Semua Rating‘ (NAR) kerana menurut IMDA konon jalan ceritanya mempunyai “naratif yang tidak seimbang”.
Rating tersebut bermakna bahawa filem berkenaan langsung tidak boleh ditayang ataupun diedar di seluruh Singapura. Ia julung kali dilakukan kerana amat jarang untuk sesebuah filem asing mendapatkan rating NAR.
Lazimnya biar bagaimana seram, ganas atau erotik sesebuah karya termasuk dari luar negara, ia masih lagi boleh ditayangkan dengan suntingan pada babak tertentu serta diberi rating khas iaitu PG, PG13, NC16, M18 atau R21.
“Naratif tidak seimbang dalam filem ini dikenal pasti pihak panel berpotensi untuk memecahbelahkan kaum dan agama yang berbeza di Singapura,” menurut IMDA dalam laman sesawangnya dipetik oleh media tempatan.
Diarahkan penerbit AS yang pernah memenangi banyak anugerah, Jesse Roberts, filem genre dokumentari dalam bahasa Arab itu mengisahkan kehidupan perit dua remaja perempuan tinggal di bawah penjajahan tentera Israel.
Menggunakan latar belakang kawasan penempatan dikenali sebagai Nabi Saleh, di wilayah Palestin, filem tersebut turut memaparkan peranan mereka sebagai generasi baharu gerakan Palestin yang tidak menggunakan kekerasan.
Bagaimanapun menurut kenyataan IMDA, filem tersebut konon meneroka ketegangan antara Palestin-Israel “tanpa memberikan pandangan yang seimbang” daripada sudut perspektif oleh dua remaja Arab Muslim berkenaan.
“Dalam memainkan peranan dua remaja perempuan itu untuk menjadikan sebagai teladan dalam konflik tersebut, filem ini menghasut aktivis untuk meneruskan bantahan terhadap pihak yang dituduh penindas,” dalih IMDA.
Sebelum memberikan rating NAR, panel IMDA menyatakan ia menepati garis panduan yang menyatakan filem itu mewujudkan salah faham atau keadaan tidak harmoni antara kaum, sekali gus dilarang untuk semua jenis rating.
Singapura jalin diplomatik dengan Israel sejak dipisahkan daripada Malaysia pada 1965, namun bulan lalu ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, ia mengundi tolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota rejim Zionis itu.
Dalam pada itu, The Projector, ruang panggung wayang yang sepatutnya menayangkan Radiance of Resistance, juga dilaporkan terpaksa batal tayangan filem unik berkenaan dan memohon maaf atas perkara tidak dijangka tersebut.
Sebelum ini pada 2014 lalu, sebuah dokumentari genre politik berjudul To Singapore, With Love oleh penerbit filem Singapura Tan Pin Pin, juga menerima nasib yang sama apabila diklasifikasikan sebagai NAR oleh pihak IMDA.
Filem itu, bercerita kehidupan malang beberapa ahli politik Singapura hidup dalam buangan di Malaysia, dianggap konon “berat sebelah” dan tidak memberi pandangan seimbang kepada penonton. – Agensi.

  

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

Tuduh Presiden PAS Kafir, Tun M Terdesak.. Taubatlah!


Post Pic
MARANG: "Dia orang tua dah, biar dia insaf sendirilah".

Demikian reaksi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terhadap tindakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel beliau sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan Umno.

Sambil mengakui tindakan Dr Mahathir melabel beliau kafir dan pengkhianat itu sebagai melampau, Hadi berkata, bekas Perdana Menteri itu terdesak, apabila menjadikan serangan peribadi sebagai taktik politiknya untuk menjatuhkan pemimpin lain.

"Memang melampaulah (melabel kafir dan pengkhianat). Tetapi biar dia insaf sendirilah. Dia orang tua dah.
"Dia macam orang terdesak yang sudah rapat ke dinding. Apabila rapat ke dinding, dia tak boleh nak pergi. Dia (terpaksa) rempuh dinding itu.
"Jadi tak pasal-pasal pecah kepala sendiri. Jangan pecahkan kepala sendiri," katanya ketika ditemui selepas pelancaran markas besar PAS bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 N20 Pengkalan Berangan di sini, malam tadi.

Memetik BH Online, ahli Parlimen Marang itu menasihatkan Dr Mahathir supaya bertaubat kerana melabel beliau sebegitu.

"Dia kena duduk sorang-sorang (bersendirian) dan fikirkan semula (apa yang dia cakap). Fikir dan kena banyak membaca. Jangan baca buku perubatan saja, buku Islam pun kena baca.
"Saya biarkan dia insaf sendiri. Mudah-mudahan dia insaf. Antara saya dan dia saya sudah maafkan. Antara dia dengan tuhan, dia kena bertaubat," katanya.

Semalam, Dr Mahathir melabel Hadi sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan Umno.

Beliau juga mendakwa, Hadi hanya menggunakan Islam kerana pernah mendakwa kerajaan sebagai kafir dan wajar ditentang.

Terdahulu dalam ucapannya, Hadi berkata, PAS sudah lama bersabar dengan Dr Mahathir, terutama sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, apabila kerap menentang usaha parti itu mengukuhkan landasan pentadbiran Islam.

"Apabila kita (kerajaan PAS) lulus undang-undang Islam di Kelantan, dia beri amaran sekiranya kita laksanakan undang-undang Islam, kerajaan Pusat akan bertindak.
"Kalau dulu zaman Dr Mahathir, dia hina Islam. Tutup aurat pun dia kata bukan agama suruh, tetapi adat saja. Dia tak nak kita laksanakan hukum Islam," katanya.

Berbanding dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak katanya, hasil politik matang dan sejahtera, PAS dan Umno mampu bertemu dan bersetuju untuk membolehkan pelaksanaan beberapa hukum Islam.

"Perdana Menteri sekarang, kita boleh berbincang, kerana kita perlu kepada perubahan. Kalau zaman Mahathir, dia tak mahu fikir kita nak laksanakan Islam," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai tindakan bekas Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, keluar daripada PAS Ahad lalu, Hadi berkata: "Dia sudah lama keluar (PAS). Ibarat orang sudah mati lama, tetapi baru nak tanam."

Hadi yang juga ADUN Rhu Rendang ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Dr Mahathir bahawa beliau adalah punca Tragedi Memali, berkata beliau sudah menulis buku mengenai tragedi itu dan sudah dicetak beberapa kali.

"Saya tak mahu ulang balik. Rujuk buku itu cukup," katanya. (Antarapos)

Pengangguran: Sepatutnya Semakin Ramai Penduduk, Semakin.. -PAS



Isu pengangguran terus menghantui kehidupan manusia sepanjang zaman, termasuk di negara yang dikatakan paling maju, apatah lagi negara miskin atau sedang membangun. Perbezaannya banyak atau sedikit sahaja, namun sukar dihapuskan.

Apabila Allah telah menetapkan dasar secara naluri dan pilihan di dalam Al-Quran, nyatalah bahawa kesilapannya adalah manusia sendiri. Walaupun mereka mendabik dada dan mengaku pandai, pakar, bijak, bertamadun dan maju jaya, namun terus berlakunya masalah tiada peluang pekerjaan, pengangguran dan kos sara hidup yang terhimpit. 

Allah berfirman:

تَبَارَكَ ٱلَّذِي نَزَّلَ ٱلۡفُرۡقَانَ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦ لِيَكُونَ لِلۡعَٰلَمِينَ نَذِيرًا ١ ٱلَّذِي لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيۡءٖ فَقَدَّرَهُۥ تَقۡدِيرٗا ٢ الفرقان 

  • “Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad S.A.W), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (1) Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. (2)” (Surah Al-Furqan: 1-2)

Allah telah mencipta manusia bernalurikan Masyarakat Madani tanpa bersendirian, mewajibkan bertaaruf dan berkhilafah. Ini bermaksud berhubungan, bertolong-menolong dan berurusan secara naluri, serta mentadbir kehidupan dunia dengan petunjuk-Nya, bersama kemampuan akal dan pengalaman yang berbeza berkonsepkan kemampuan secara bersendiri dan bersepadu dalam kehidupan bermasyarakat dengan sumber rezeki Allah yang mencukupi walaupun berbeza bahannya bagi kemudahan makanan, pakaian, kediaman, perhubungan, perhiasan dan lain-lain. Sekiranya bermasalah adalah kesilapan manusia sendiri. 

Ibnu Khaldun, Bapa Ilmu Sosiologi merumuskan bahawa sumber kehidupan yang menyumbang rezeki melalui pekerjaannya adalah 


  • Imarah (kepimpinan yang mengurus), 
  • Tijarah (perniagaan), 
  • Zira’ah (pertanian), 
  • Sina’ah (industri) dan 
  • tambahannya ialah Khidmah (perkhidmatan). 
  • Semuanya menjadi lapangan pekerjaan dan sumber rezeki yang diusahakan.
Katanya juga bahawa sepatutnya semakin ramai penduduk, semakin banyak keperluan dan meningkatnya peluang pekerjaan dengan hasil yang bertambah banyak pula, seterusnya menjadikan negara itu makin kuat dan maju, makin pesat kemajuan ekonominya, bertambah peluang pekerjaan dan meningkatnya pula pendapatan. Pemerintah adalah pengurus dan pengawasnya, semua rakyat adalah jenteranya di tempat masing-masing. Ia sangat berbeza dengan teori ahli falsafah Barat yang menganggap perkembangan ini menjadi ancaman kepada rezeki dan kehidupan manusia. 

Aspek naluri, jasad, roh dan akal manusia bersama kehidupan bermasyakat Madani yang bertaaruf dapat mengurus rezeki Allah yang melimpah ruah daripada langit dan keluar daripada bumi. 

Firman Allah:

ياأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ٢١ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٰشٗا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءٗ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزۡقٗا لَّكُمۡۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادٗا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٢٢ البقرة 

  • “Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. (21) Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (22)” (Surah Al-Baqarah: 21-22)
Ayat ini menunjukkan bahawa konsep ibadah itu mengikut takrif Islam, bukan takrif yang sempit, bahkan meluas kepada seluruh kehidupan manusia dan segala aspeknya kerana sifat manusia itu di bawah kerajaan Allah Pencipta dan hamba Allah yang mengurus alam, bukan rakyat dan warganegera kepada kerajaan di bumi yang dibahagikan mengikut negara masing-masing.

Firman Allah:

فَاطِرُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَٰمِ أَزۡوَٰجٗا يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَيۡءٞۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ ١١ لَهُۥ مَقَالِيدُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ ١٢ الشورى

  • “Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifatNya dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (11) Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (12)” (Surah As-Syura: 11-12)

Firman Allah:

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦ الأعراف 

  • “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (Surah Al-Aaraf: 96)
Keberkatan ialah mendatangkan faedah di dunia dan akhirat. Allah telah menurunkan rezeki sumber asli dan tenaga manusia yang mencukupi dan seimbang. 

Kekuatan jasmani dan rezeki rohnya pula ialah akal, ilmu dan hidayah Islam yang memandu kehidupan manusia dalam aspek akidah dan akhlak yang mengawal akal dan perasaan, serta kemampuan jasad secara individu dan bertaaruf secara bermasyarakat madani, serta akhlak bertimbang rasa, berkasih sayang yang menciptakan konsep bertolong-menolong (bertaawun), walaupun adanya kepelbagaian kemampuan, kemahiran dan hasil yang berbeza. 

Tanpa dinafikan ada manusia yang terbatas kemampuannya sehingga ada juga yang malas, bodoh dan jahat yang bermasalah. Ada negeri yang banyak hasilnya dan ada yang sedikit, ada pula yang banyak tenaga manusia dan ada yang sedikit, namun tidak boleh mempengaruhi kehidupan manusia umum yang dikawal oleh undang-undang dan sempadan kehidupan.

Secara tabiinya sebagai contoh, manusia berhajat kepada pakaian, sekurang-kurangnya untuk menjaga jasad daripada alam sekeliling yang mendatangkan penyakit dan gangguan cuaca, kerana ketahanan kulitnya tidak seperti binatang yang tidak memerlukan pakaian dan tidak bermaruah tinggi. Lebih-lebih lagi manusia itu demi menjaga agama dan maruahnya yang mewajibkan menutup aurat, termasuk yang menjaga adab dan akhlaknya tanpa mengira agama dan bangsa, bahkan yang tidak ada agama dan tidak berakhlak semuanya mahukan pakaian.

Justeru itu, apabila semua manusia berhajat kepada keperluan kain. Maka memerlukan pertanian, bidang pengurusan, tanah dan jentera untuk menanam kapas dan sebagainya untuk menghasilkan benang. Kemudiannya kain yang ditenun akan dijahit dan memerlukan jarum yang perlu adanya bidang perlombongan, perindustrian, perniagaan dan pengurusan untuk menghasilkannya. 

Begitulah juga keperluan makanan, kediaman, kenderaan dan sebagainya yang memerlukan berbagai sumber semula jadi dan ciptaan yang menghasilkan peluang pekerjaan dan tenaga kerjanya yang banyak, walaupun berlakunya kemajuan sains dan teknologi.

Allah berfirman:

أَهُمۡ يَقۡسِمُونَ رَحۡمَتَ رَبِّكَۚ نَحۡنُ قَسَمۡنَا بَيۡنَهُم مَّعِيشَتَهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَرَفَعۡنَا بَعۡضَهُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٖ دَرَجَٰتٖ لِّيَتَّخِذَ بَعۡضُهُم بَعۡضٗا سُخۡرِيّٗاۗ وَرَحۡمَتُ رَبِّكَ خَيۡرٞ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ ٣٢ الزخرف 

  • “(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan Rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan: Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian daripada mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya daripada (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.” (Surah Az-zukhruf: 32)
Di sini Allah menegaskan konsep pendapatan melalui pembahagian rezeki dan pembahagian kerja yang wajib disaksamakan. Makin ramai manusianya, makin banyak keperluan yang wajib dimajukan tanpa melampau. Sepatutnya makin banyak peluang pekerjaan bagi membanyakkan hasil, sepatutnya juga masalah pengangguran dapat di atasi termasuk yang tidak berupaya tidak tercicir dan terbiar.

Mengapa boleh berlaku masalah pengangguran dan tiadanya peluang pekerjaan? Puncanya ialah diri manusia sendiri yang tidak memenuhi hikmah tujuan mereka diciptakan.

Dunia hanya mengenali pendekatan secara teori dan ideologi ciptaan manusia sendiri tanpa kembali kepada petunjuk Allah yang bernama Islam. Dalam pendekatan ekonomi, mereka hanya mengenali aliran kanan dan kiri, Liberal Kapitalisma, Sosialisma, Komunisma atau Pragmatisma. Islam pula dilupakan atau sengaja tidak dipandang kerana menganggapnya tidak penting atau dengki yang menyemarakkan Islamofobia.

Sejarah Islam memulakan agenda pembangunan manusia daripada Makkah yang kering kontang dan berhijrah ke Yathrib yang ditukar kepada nama Madinah yang disinonimkan dengan Islam sebagai Al-Din dan berjaya menangani Masyarakat Madani berbagai kaum dan agama, berbeza kemampuan, pendapatan dan pekerjaan. 

Modelnya bermula daripada bumi padang pasir yang tiada hasil dengan membangunkan jati diri manusia yang sempurna dengan jasad, roh dan akal beracuankan ilmu wahyu yang memberi hidayah kepada ilmu akal dan pengalaman. Akhirnya berjaya membetulkan tamadun kebendaan Rom, Parsi, Greece, Mesir, China dan India, bukan menghapuskan semuanya. 

Islam mencipta tamadun sejagat dinamakan Hadharah Islamiyyah dan memerintah Timur dan Barat di zaman keemasan Islam yang diamalkan secara menyeluruh, sehingga diterima oleh masyarakat majmuk berbagai agama, bangsa dan budaya serta mampu menyara rakyat semuanya. 

Saya pernah mendengar temu bual RTM bersama YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid beberapa tahun lepas. Beliau menegaskan betapa nelayan di pantai dan penoreh getah di kawasan pedalaman keluar awal pagi, menunjukkan bahawa masyarakat yang miskin itu bukannya pemalas. 

Hari ini kita menyaksikan anak muda yang berpendidikan tinggi, termasuk yang tidak tinggi pelajarannya tetapi tetap bertenaga muda susah mendapat peluang pekerjaan. Termasuk juga ada yang menganggur atau pendapatan yang tidak mampu menyara hidup di bumi yang banyak hasilnya dan ramai tenaga kerjanya, tetapi masih ramai yang menganggur dan yang telah berkerja pula ramai yang dibuang kerja atau dipotong pendapatannya. Mengapa kehidupan mereka terhimpit?

Masalah ini menunjukkan ada perkara yang salah dengan pendekatan yang tidak betul atau dasar yang tersesat jalan. Sepatutnya pemandu yang mengambil alih silih berganti jangan meneruskan kesilapan pemandu terdahulu dan jangan meninggalkan yang betul, cuma membetulkan kesilapan, bertaubat kalau berdosa, bukan sekadar meminta maaf tanpa mengaku kesalahan dan kelemahan makhluk. 

Lakukan muhasabah secara menyeluruh. Percaya bahawa Islam daripada Allah adalah penyelesaiannya berkonsepkan sempurna dan holistik. Bukannya mengumpulkan kekayaan yang berpusing di sekitar keluarga dan kroni sahaja dengan tuduhan orang lain semuanya bodoh, dibiarkan sekadar negara maju walaupun rakyatnya miskin dan menganggur. 

Firman Allah:

قُلۡ هَٰذِهِۦ سَبِيلِيٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِيۖ وَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ١٠٨ يوسف 

  • “Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W): "Inilah jalanku dan orang-orang yang mengikut ajaranku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah (Islam) dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuf: 108)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Rabiul Akhir 1439 / 3 Januari 2017 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails