Sunday, December 31, 2017

Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula?


KUALA LUMPUR – “Polis adalah satu institusi yang ramai anggotanya dan besar peranannya. Saya tertanya-tanya apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai Penasihat Politik atau tidak?”

Itu persoalan dibangkitkan ahli akademik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berikutan ucapan Mahathir dalam Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam, Selangor hari ini.
Katanya, ucapan Mahathir yang menuduh polis “tidak mematuhi undang-undang dan aturan peraturan” pada perhimpunan pertama PPBM berpotensi menyinggung perasaan pegawai dan anggota polis yang menjaga keselamatan negara ini.
“Ucapan Mahathir agak panjang iaitu merangkumi 70 perenggan. Apa yang berpotensi untuk ditonjolkan adalah bahagian ucapan beliau pada perenggan 23.
“Ini kerana bahagian ucapan ini boleh disensasikan hingga menyebabkan Pakatan Harapan diseliputi masalah dengan institusi polis pula setelah diseliputi masalah dengan institusi Raja-Raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Sebelum ini Mahathir menguris perasaan bangsa Bugis apabila dianggap menghina etnik itu semasa berucap dalam perhimpunan Pakatan Harapan di Petaling Jaya beberapa bulan lalu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah malah menzahirkan rasa murka baginda terhadap perbuatan Mahathir menyebut Lanun Bugis kerana boleh mencetuskan perasaan benci serta prasangka buruk masyarakat terhadap etnik itu.
Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan bagaimanapun tidak meminta maaf diatas ketelanjuran itu sebaliknya menunjukkan kebiadapannya dengan memulangkan semula dua darjah kebesaran yang pernah diterimanya daripada Sultan Selangor.
Sebilangan pihak mendakwa perbuatan Mahathir itu berkemungkinan bertujuan menunjukkan kepada rakyat bahawa dirinya lebih besar berbanding Raja-Raja Melayu akibat dipengaruhi DAP yang kini menjadi sekutu kuatnya. – MYNEWSHUB.CC
Lihat sebelum ini..

3 comments:

Anonymous said...

http://khairulryezal.blogspot.my/2016/12/ini-bukan-kali-pertama-tun-dr-mahathir.html

Ini Bukan Kali Pertama Tun Dr Mahathir Hina Rasulullah SAW
Apabila Presiden Parti Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir menghina Rasulullah SAW dengan mengatakan Rasulullah SAW tiada RM2.6 billion di dalam akaun dan Baginda juga tidak ada akaun 1MDB, ramai yang beristighfar dan terkejut.

Kalau ikut sejarah Tun Dr Mahathir, ini bukan kali pertama beliau menghina Rasulullah SAW. Pada tahun 1997 Tun Dr Mahathir pernah memperlekehkan janggut Rasulullah SAW dengan berkata:

1. Siapa tahu janggut Nabi macam mana?
2. Siapa biasa tengok janggut Nabi, ada gambar?
3. Di zaman tu dia bukan ada Gillette.
4. Pisau cukur pun tiada zaman tu, jadi macam mana nak cukur. Naik unta sana sana sini. Bukan boleh dapat air di padang pasir.

Oleh kerana keceluparan kata-kata Tun Dr Mahathir itulah membuatkan Barisan Nasional (BN) kehilangan kerusi Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 1998.

Jadi tidak hairanlah Tun Dr Mahathir apabila berada bersama DAP beliau perlu menunjukkan yang beliau lebih DAP dari DAP sehingga sanggup memperlekehkan Junjungan Besar Rasulullah SAW sendiri.

Tun Dr Mahathir memang seorang Melayu yang mudah lupa. Namun, kami tidak pernah lupa ketika Tun Dr Mahathir menghina Baginda Rasulullah SAW, Imam kami.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2016/12/ini-bukan-kali-pertama-tun-dr-mahathir.html#r7AsD15j2xCyZBMY.99

Anonymous said...

DEMI PANGKAT PAN BERSENGKONGKOL DENGAN GOLONGAN ANTI ISLAM. DULU PERGI USRAH LA NI JADI PEMBELOT UGAMA BANGSA DAN NEGARA

Anonymous said...

Kepala bapak sekular liberal dan para pengampunya pernah menghina, menentang dan memburuk-burukkan Hudud dll yang terdapat dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Apakah jenis manusia yang menentang ajaran Islam?

Kepala bapak tersebut telah memecat seorang mufti yang berakhlak mulia dan berilimu Islam yang tinggi semata-mata kerana jabatan agama menangkap 3 wanita Muslim yang menyertai pertandingan ratu cantik. Bukankah Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1) telah menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan (Malaysia)? Bukankah ini bererti kepala bapak sekular liberal mementingkan kemungkaran dan hedonisme dan menafikan ajaran Islam?

Dan tangan kepala bapak sekular liberal juga berlumuran dengan darah ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah. Pemimpin apakah yang dahagakan darah rakyatnya? Bagaimana seseorang yang mengakui dirinya beragama Islam membunuh orang-orang mukmin? Bukankah membunuh orang mukmin bererti pembunuh akan hidup kekal dalam neraka?

Pelbagai skandal kewangan berskala besar berlaku di zaman pemerintahannya yang amat merugikan rakyat dan negara. Bukankah seorang pemimpin sepatutnya berusaha dengan cara yang betul untuk memakmurkan ekonomi negara?

Dan kepala bapak inilah juga yang menahan orang-orang yang menentangnya tanpa sebarang perbicaraan. Isteri kehilangan suami, anak kehilangan bapa, bapa dan ibu kehilangan anak dll. Dimanakah perasaan peri kemanusia pemimpin ini?

Dan sekarang kepala bapak sekular liberalisme bersekutu, bekerjasama dan bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin parti liberal dan parti ultra kiasu kafir harbi menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam termasuk kaum Melayu. Apakah jenis manusia bersekongkol dengan musuh Islam menentang agama sendiri?

Tindakan zalimnya mendedahkan keburukan, kejahatan, kezaliman sebenar liberalisme, sekularisme dan kafir harbisme! Revolusi Perancis telah membuktikan kegagalan dan kekejaman sekularisme dan liberalisme dan rakyat Perancis disiksa dan dibunuh di atas nama liberalisme dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails