Saturday, October 12, 2019

Belon Meletup, 16 Cedera Di Putrajaya.


Belon berisi gas helium yang meletup mengakibatkan seramai 16 mangsa melecur termasuk kanak-kanak dalam program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan di Dataran Putrajaya. – NSTP/Luqman Hakim Zubir  
'Terasa bahang, bau gas kuat'
PUTRAJAYA: “Bunyi letupan yang kuat mengejutkan saya sebelum disusuli bahang panas dan bau gas yang sangat kuat,” kata Sri Rahayu Sugiono, 35, seorang daripada 16 mangsa yang cedera susulan insiden letupan belon di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.
Menceritakan kejadian berkenaan, kakitangan Kementerian Pendidikan itu bersama tiga anaknya, Nir Hafifizah Khalid, 6; Mohd Haffizal, 5; dan Nur Haffiqah, 4, berada tidak jauh dari lokasi belon itu meletup.
“Ketika itu baru selesai sesi penyampaian hadiah dan ada belon (yang digunakan ketika gimik pelancaran) berada di bawah pentas. Selepas bunyi letupan itu, anak saya turut menangis.
“Kejadian berlaku pantas dan mengejutkan, selepas itu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) datang dan terus memberi bantuan kepada ketiga-tiga anak saya yang cedera,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya di sini, hari ini.
Dalam kejadian pagi tadi, seramai 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak melecur susulan letupan belon dipercayai berisi gas helium selepas selesai Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya, di sini.
 Sebahagian mangsa menerima rawatan awal selepas belon berisi gas helium yang meletup mengakibatkan seramai 16 mangsa melecur termasuk kanak-kanak dalam program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan di Dataran Putrajaya. – NSTP/Luqman Hakim Zubir
Sri Rahayu berkata, susulan kejadian itu, anak sulungnya mengalami kesan melecur ringan di bahagian belakang badan selepas terkena sisa serpihan dipercayai belon berkenaan.
“Doktor memaklumkan, anak kedua pula mengalami kemerahan pada bahagian dalam telinga kiri dan akan membuat rawatan susulan di klinik kesihatan, manakala anak ketiga turut melecur ringan di belakang telinga.
“Saya cuma terasa bahang di bahagian muka dan tangan tetapi semakin berkurangan,” katanya.
Ditanya keadaan ketika itu, Sri Rahayu berkata, dia terdengar kanak-kanak menangis, manakala suasana di tempat kejadian terkawal.
Sri Rahayu memaklumkan, dia dan tiga anaknya dibenarkan pulang oleh pihak hospital hari ini.
Sementara itu, seorang lagi ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi letupan dari jauh dan anak lelakinya kemudian berlari serta terus memeluknya.
“Ketika kejadian, anak saya berada berdekatan pentas utama dan program sudah tamat, manakala kami bersiap untuk pulang.
“Tiba-tiba dia datang dan memeluk saya. Dia hanya melecur kecil di tangan dan tidak serius,” katanya. (BH)
Lihat Sebelum Ini..


Jabal Ajyad (20) Perkampungan Komuniti Melayu Di Mekah

 Gelagat tiga kanak-kanak berketurunan Melayu yang dirakam di perkampungan Melayu Mekah.
MEKAH merupakan sebuah kota utama di Arab Saudi yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.
Mekah juga merupakan kota suci bagi umat Islam dan tempat lahirnya nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW. Malah, Masjidilharam yang menempatkan Kaabah iaitu kiblat bagi orang Islam juga sentiasa menerima kunjungan puluhan ribu orang setiap hari untuk melaksanakan pelbagai ibadah.
Namun, di sebalik kunjungan ke Mekah untuk melaksanakan ibadah di masjid agung itu, tidak ramai para jemaah termasuk dari Malaysia yang mengetahui bahawa terdapat sebuah penempatan masyarakat Melayu di kota Mekah.
“Hampir setiap hari, saya akan bertemu dengan jemaah umrah yang datang dari Malaysia kerana sebahagian daripada mereka mengambil pakej untuk mendiami hotel-hotel yang terletak kurang 500 meter dari Masjidilharam.
“Apabila saya bercerita tentang kewujudan sebuah perkampungan masyarakat berketurunan Melayu di Mekah, sebahagian besar mereka tertanya-tanya adakah ia benar-benar wujud.
“Sebenarnya, perkampungan itu memang wujud dan ia terletak tidak jauh dari sini (Masjidilharam),” jelas Saifudin Masodi, 55, yang merupakan warga Malaysia berasal dari Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Saifudin berpindah ke Mekah bersama keluarganya sejak lapan tahun lalu selepas mendapat tawaran meluaskan kerjanya sebagai pensyarah di Universiti Umm Al-Qura di kota itu.

Lereng Bukit
Bagaimanapun, beberapa tahun lalu, Saifudin mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan. Kini, dia merupakan antara warga asing di kota Mekah yang menjalankan perniagaan perhotelan di sekitar Masjidilharam secara tender.
Bercerita tentang perkampungan Melayu di Mekah, Saifudin memberitahu, ia terletak di kawasan lereng bukit di Jabal Ajyad iaitu kurang satu kilometer dari Masjidilharam.
Terdapat antara 5,000 hingga 6,000 penduduk di perkampungan itu yang kesemuanya berketurunan Melayu berasal dari Nusantara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Mereka merupakan antara kira-kira 40,000 hingga 50,000 orang Melayu yang menetap di sekitar Mekah.
Perkampungan Melayu di Jabal Ajyad yang terletak kira-kira satu kilometer dari Masjidilharam. 
“Orang Melayu sebenarnya telah bermastautin di Mekah sejak kira-kira 200 tahun lalu dengan kebanyakannya datang untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sebelum mengambil keputusan menetap terus di situ bagi mendalami ilmu agama.
“Ada antara mereka yang berjaya menjadi ulama Nusantara tersohor seperti Sheikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdus Samad Al-Falembani dan Syeikh Mohammad Said Al-Linggi yang sangat terkenal di Mekah suatu ketika dahulu.
“Dahulu, penempatan masyarakat Melayu adalah di sekitar Masjidilharam iaitu berhadapan Pintu Raja Fahad dan antara aktiviti yang dilaksanakan oleh mereka ialah menguruskan kemasukan jemaah haji dari negara masing-masing,” kata Saifudin.
Ketika itu katanya, penempatan masyarakat Melayu di Mekah dikenali dengan beberapa nama seperti Rumah Selangor, Rumah Kelantan, Rumah Kedah dan Rumah Pattani mengikut asal-usul keluarga mereka.
  Bersantai ditepi laut di perkampongan Melayu
Namun jelas beliau, selepas pemerintah Arab Saudi membuat keputusan untuk melaksanakan pembesaran Masjidilharam secara besar-besaran, penempatan tersebut terpaksa dipindahkan ke beberapa kawasan lain dan antara lokasi yang ditawarkan ialah di Jabal Ajyad yang menjadi penempatan sebahagian daripada mereka sehingga kini.
Malah katanya, keputusan kerajaan Arab Saudi memperkenalkan Muassasah Thawaffah iaitu sebuah badan khas yang diwujudkan untuk melayani jemaah haji yang datang dari luar Arab Saudi sejak tahun
Namun jelas beliau, selepas pemerintah Arab Saudi membuat keputusan untuk melaksanakan pembesaran Masjidilharam secara besar-besaran, penempatan tersebut terpaksa dipindahkan ke beberapa kawasan lain dan antara lokasi yang ditawarkan ialah di Jabal Ajyad yang menjadi penempatan sebahagian daripada mereka sehingga kini.
Malah katanya, keputusan kerajaan Arab Saudi memperkenalkan Muassasah Thawaffah iaitu sebuah badan khas yang diwujudkan untuk melayani jemaah haji yang datang dari luar Arab Saudi sejak tahun 2000 telah menghapuskan peranan yang dimainkan oleh masyarakat Melayu di Mekah dalam menguruskan kemasukan jemaah haji setiap tahun.
Justeru katanya, sebahagian besar masyarakat Melayu Mekah terpaksa menceburi kerjaya lain bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka di kota suci itu.
Dalam pada itu, seorang pemuda berketurunan Melayu Pattani, Hassan Ismail Abdul Latif, 26, ketika ditemui memberitahu, sebahagian besar daripada penduduk di Perkampungan Melayu di situ sudah meninggal dunia selain ada antara mereka yang mengambil keputusan untuk pulang ke negara asal.
“Kami masih mengamalkan cara hidup Melayu termasuklah cara pakaian dan hidangan makanan.
“Malah, pertuturan seharian kami di sini juga masih menggunakan bahasa Melayu terutama ketika berkumpul semasa kami. Cuma, apabila bertemu dengan bukan Melayu, kami lebih kerap menggunakan bahasa Arab kerana ia merupakan medium komunikasi utama di sini,” katanya yang dilahirkan di Mekah dan memiliki taraf pemastautin tetap Arab Saudi.
Kata Hassan Ismail lagi, kanak-kanak berketurunan Melayu di Mekah juga dibenarkan untuk menerima pendidikan di sekolah-sekolah Arab milik kerajaan.
Justeru, tidak hairanlah jika kesemua orang Melayu di Mekah fasih berbahasa Arab.
RIZAM ZAKARIYA
(Jan 26, 2017)

Video: 

Kg Melayu Ajyad Mekah




Lihat Sebelum Ini..

Pembangkang: Bajet Tak Capai Matlamat. 'pilih 'putih'

Belanjawan 2020: Pembangkang pilih 'putih'
Ahli Parlimen blok pembangkang mengadakan sidang media di lobi Parlimen pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI

KL: Blok pembangkang hari ini memilih untuk memakai pakaian serba putih bagi menyaksikan pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara berseloroh berkata, perkara itu adalah satu kebetulan.

“UMNO pakai baju Melayu putih, PAS pakai jubah putih. Jadi kita sama-sama. Tiada masalah.

Bagaimanapun, beberapa ahli Parlimen blok pembangkang turut memberi pelbagai reaksi.

“Kita putih, bersatu hati antara UMNO dan PAS,” kata Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Putih).


“Ini coincidence (secara kebetulan),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

“Tak ada soalan lain ke?” sindir Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) pula.

Video:
Ahli Parlimen Pembangkang menyifatkan Belanjawan 2020 dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai tidak mencapai matlamat apabila ia tidak mencerminkan aspek inovasi.


Jom! Jangan Terkia-kiai Di Tanjung Piai..


Hospital Semenyih Dah Sampai Ke Tanjung Piai Ke Belum? 
Posted by SnapShot at 10/12/2019


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) dah umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai...

Seperti yang diduga sebelum ini, SPR pasti pilih tarikh 16 November sebagai hari membuang undi dan 12 November merupakan tarikh mengundi awal...

Kenapa 16 November?

Sebab Persidangan Agong UMNO akan diadakan pada hari dan tarikh yang sama...

Tapi kalau ditanya pada 'penghulu' Bani Pakatan Harapan, jawapannya ialah, saya tak tahu, itu urusan SPR, kena tanya SPR...

Kalau ditanya pada SPR, jawapannya ialah, tak ada kena mengena dengan PAU, cuma kebetulan saja kot...

Tak apalah, kita layankan jer lah selagi kuasa kat tangan dia orang...

Apa yang admin nak ketengahkan kali nie, ialah sekali lagi kita akan saksikan kehebatan pemimpin Pakatan Harapan dalam menabur janji pilihanraya...

Kalau kat PRK Semenyih, bina hospital yang indah jadi gula-gula pilihanraya Pakatan Harapan...
Masa PRK Rantau, Balai Bomba pula jadi gula-gula pilihanraya Pakatan Harapan...

Jadi kat PRK Tanjung Piai nie, apa pula yang bakak dijadikan gula-gula pilihanraya oleh Pakatan Harapan...

Pakatan Harapan awal-awal lagi dah hantar Menteri Pertanian, Salahuddin Ayob untuk berkampung kat Tg. Piai...
Persoalannya, kenapa Salahuddin?
Bolehkah Salahuddin berikan impak positif pada Pakatan Harapan dalam PRK Tg. Piai?
Jawapannya mudah, daerah Pontian merupakan daerah pertanian...

Pontian dikenali sebagai daerah nenas...
Kukup pula dikenali dengan kawasan paya bakau yang pernah digazetkan sebagai Taman Negara...

Kebanyakan penduduk atau lebih tepat lagi pengundi di Tg. Piai melibatkan diri dalam sektor pertanian dan sebahagiannya pula menjadi nelayan...

Jadi Salahuddinlah orang yang tepat untuk menaburkan gula-gula pilihanraya pada pengundi Tg. Piai sempena PRK Tg. Piai...

Awal-awal lagi Salahuddin dah bercakap mengenai Belanjawan 2020...

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata beliau telah membuat pertemuan dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini dan akan memastikan ada peruntukan untuk meningkatkan sektor penanaman padi, perikanan dan agro makanan...

"Saya telah jumpa Menteri Kewangan, kita (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) telah nyatakan bidang-bidang tertentu, sektor yang perlu kepada penambahan bajet"...

Wow, ini bukan sebarang gula-gula untuk pengundi Tg. Piai...

Tapi admin yakin pengundi Tg. Piai dah terlalu bijak untuk diperbodohkan oleh menteri seperti Salahuddin...

Ayuh pengundi Tg. Piai, biarkan Pakatan Harapan rasa syok sendiri dengan gula-gula palsu mereka...

Nanti bolehlah satu Malaysia tenguk ulang tayang Salahuddin menangis atas pentas lagi...
Tentu bestkan...
(Diangkat dari http://theunspinners.blogspot.com/2019/10/hospital-semenyih-dah-sampai-ke-tanjung.html)

Peruntukan Besar Kepada Mengurus Berbanding Pembangunan. -Tuan Ibrahim.

Hasil carian imej untuk Belanjawan 2020 masih pinggirkan Kelantan
Belanjawan 2020 masih pinggirkan Kelantan. 
KL: Belanjawan 2020 masih meminggirkan wilayah Pantai Timur seperti Kelantan kerana tiada peruntukan projek khusus untuk negeri tersebut.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, secara keseluruhannya rakyat Kelantan sangat berdukacita dengan pembentangan belanjawan kali ini sama seperti tahun
Katanya, tiada pengumuman dibuat oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan kali ini yang menyentuh mengenai pemberian royalti petroleum sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
Hasil carian imej untuk Belanjawan 2020 masih pinggirkan Kelantan
"Kita dapati keseluruhan kawasan wilayah Sabah dan Sarawak sangat baik dan bantuan kepada petani dan nelayan nampaknya kali ini dia beri perhatian tetapi dalam konteks pembangunan wilayah seperti Pantai Timur sangat mengecewakan.
"Negeri Pahang ada satu projek pelabuhan, di Terengganu hanya projek untuk sebuah sekolah Perlis, negeri-negeri ini masih lagi dianggap miskin masih lagi tidak ada sebarang peruntukan besar kecuali Sabah dan Sarawak.
Saya rasa belanjawan kali ini hanya menumpukan pembangunan di Pantai Barat (iaitu) negeri-negeri dah maju tanpa beri perhatian kepada Pantai Timur," ujarnya.
Beliau yang ditemui Harakahdaily di lobi parlimen tidak menafikan peruntukan untuk wilayah Sabah dan Sarawak namun tumpuan peruntukan kerajaan hanya tertumpu kepada pembangunan infrastruktur meskipun negeri itu masih ketinggalan mengecapi kemudahan asas.
"Nampaknya kerajaan masih lagi beri peruntukan besar kepada perbelanjaan mengurus berbanding pembangunan.
"Kita akan ambil bahagian dalam perbahasan nanti untuk beri perhatian kepada soal-soal yang perlu diberi keutaman oleh kerajaan dalam sesi perbahasan akan datang ini," tambahnya.– HARAKAHDAILY 12/10/2019

PH Menurun, Cuba Pujuk Melayu. Mana Dapat Peruntukan 2020?


Oleh Fazleen Safina
Belanjawan 2020: Populariti menurun, PH cuba pujuk Melayu.
Dari mana PH dapat duit nak tunai peruntukan Belanjawan 2020?
BANGI, 12 Safar 1441H, Jumaat – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuba memujuk majoriti rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu, apabila menyedari populariti dan sokongan semakin menurun.
Merujuk Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman yakin sokongan terhadap PH berkurang berpunca daripada dasar-dasar dan polisi yang dicipta.
Beliau berkata, Belanjawan ‘sulung’ yang dibentangkan tahun lalu menghadapi pelbagai masalah, terutamanya apabila PH sendiri telah memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Keadaan semakin bertambah parah, sepatutnya perhatian utama diberi terhadap bagaimana untuk menambah pendapatan dan dalam konteks seperti yang dibentangkan (Belanjawan 2020).
“PH sebenarnya nak bagi berbunga-bunga mahu menceritakan kerajaan bagi ini, kerajaan bagi itu dan sebagainya, namun mereka tidak menjawab persoalan yang besar iaitu macam mana mereka (PH) nak mendapatkan duit?
“Kerajaan sendiri tidak dapat menjawab persoalan dari mana nak dapatkan duit. Kesilapan besarnya adalah kerana keegoan mereka menolak GST, iaitu salah satu daripada manifesto PH,” katanya dalam temu bual Analisis Belanjawan 2020 (Suara Rakyat Suara Bajet), menerusi TV Pertiwi hari ini.
Mengulas lanjut, Ustaz Hazizi berkata, sebenarnya tiada sebab PH menolak pelaksanaan GST yang diperkenalkan pentadbiran lama, namun tetap mengekalkan pemansuhan cukai itu demi menjaga maruah.
Beliau berkata, pelaksanaan GST tiada kaitan dengan masalah politik, tetapi PH sendiri gagal untuk mengimbas kembali kebaikan cukai terbabit.
“Bagi saya, perkara itu bertentangan dengan ketelusan dan sistem cukai yang paling telus adalah GST,” katanya.
Ustaz Hazizi berkata, pembentangan belanjawan diibaratkan seperti pesta kerana sebaik sahaja ia dibentangkan, kerajaan terus lupa janji mereka seperti tahun lalu.
“Contohnya, isu subsidi bahan bakar iaitu minyak, bila cakap pasal golongan pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan terendah 40 peratus (B40), siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kumpulan itu dan sejauh mana subsidi itu memberi manfaat kepada B40 kerana ada banyak golongan dalam B40.
“Yang di bandar, di luar bandar dan di bandar sendiri ada yang naik pengangkutan awam, ada yang naik motor, kereta. Dan kereta pula dengan jarak dari rumah ke tempat kerja itu semua kena ambil kira (harga minyak).
“Saya nampak dalam melaksanakan subsidi bersasar yang disebut-sebut itu, minyak akan diapungkan harganya melalui subsidi itu dan macam mana subsidi bersasar itu boleh sampai? Apa mekanismenya? Saya yakin sampai hari ini kerajaan tiada satu data yang lengkap,” katanya.
(www.ismaweb.net)

Belanjawan: PH Gagal Tunai Janji 30% Pembangunan Rakyat Serawak.


Kenyataan Media Mengenai Belanjawan 2020  
Belanjawan2020 gagal menunaikan janji untuk Rakyat Sarawak 
Manifesto PH telah menjanjikan 30 peratus dana pembangunan


1.Belanjawan 2020 sedap didengar dan hanya indah pada bunyinya, namun ia sebenarnya gagal memenuhi janji manifesto Pakatan Harapan (PH), untuk rakyat Sarawak sendiri.
2. Dari segi peruntukan pembangunan misalannya, Sarawak menerima hanya RM4.4 bilion berbanding RM5.2 bilion untuk Sabah. Jumlah RM9.6 bilion untuk Sarawak dan Sabah ini hanya 17.1 peratus daripada jumlah dana pembangunan dalam Bajet 2020.
3. Manifesto PH telah menjanjikan 30 peratus dana pembangunan akan diagihkan kepada Sarawak dan Sabah, tapi kenapa hanya 17.1 peratus yang diperuntukkan?
4. Pada masa sama, mengapa Sarawak terus menerima peruntukan jauh lebih kecil berbanding Sabah, sedangkan Sarawak negeri terbesar, dengan keluasan hampir menyamai seluruh tanah Semenanjung. Apakah rasionalnya memberikan peruntukan lebih kecil kepada Sarawak.
5. Jika beginilah caranya Kerajaan Pakatan Harapan mengagihkan peruntukan untuk Sarawak dan Sabah, hasrat untuk merapatkan jurang pembangunan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung nampaknya tidak akan dapat dicapai dalam masa terdekat terutama dari segi infrastruktur.
6. Ini kerana Kerajaan Pakatan Harapan sendiri tidak mampu untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan dalam Manifesto kepada rakyat Sarawak sendiri.
7. Begitu juga peruntukan bagi sekolah daif, kita mahu mendengar perincian pelaksanaannya untuk Sarawak. Ini kerana Sarawak sudah membayar RM350 juta sebagai bayaran awal untuk sejumlah RM1 bilion sebagai kontra, malangnya ia tidak diperincikan di dalam pembentangan Belanjawan 2020.
8. Kita mahu projek menaiktaraf dan membina semula sekolah daif di Sarawak dipercepatkan untuk menjamin kebajikan anak-anak dan guru-guru supaya pada akhirnya pencapaian anak-anak itu sendiri dapat dipertingkatkan.
9. Belanjawan 2020 juga tidak menyentuh langsung janji Manifesto PH Sarawak untuk memulangkan kembali 50 peratus cukai yang dikutip di Sarawak. Tiada langsung pengumuman mengenainya. Mana janji manifesto PH Sarawak?
10. Secara umum kita juga melihat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak dihormati apabila Menteri Kewangan menyentuh mengenai semakan semula geran untuk Sarawak dan Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
11. Kita menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan geran kepada Sarawak dan Sabah, namun apakah perkara ini sudah dibincangkan, diperincikan dan diluluskan diperingkat Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan?
12. Saya percaya perkara seperti itu perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Teknikal, diperhalusi, diperincikan dan dipersetujui bersama, barulah boleh diumumkan, bukannya keputusan dibuat secara unilateral.
13. Ini kerana kadar pemberian khas amat jauh berbeza yang mana Sabah menerima RM106.8 juta berbanding Sarawak RM64 juta dalam tempoh lima tahun.Sebab itu kita menganggap Semangat MA63 tidak dipenuhi, dihayati dan dihormati oleh Menteri Kewangan sendiri.
14. Semua ini juga menunjukkan Sarawak masih dilihat dengan sebelah mata bukan dengan sepenuhnya, sebab itu kita lihat Sarawak menerima peruntukan jauh lebih rendah berbanding Sabah, walaupun luas Sarawak jauh lebih besar.
Dato Sri Fadillah Yusof
Ketua Whip GPS
Ahli Parlimen Petra Jaya
11 Oktober 2019

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails