Saturday, April 14, 2018

AMANAh &BERSATU, Tak Mampu Menang Di S'gor. -Azmin Ali.



Pertelingkahan antara Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim bukan lagi menjadi rahsia Pakatan Harapan.

Azmin mendakwa AMANAH berbohong (AMANAH tidak Amanah) apabila mengatakan rundingan berhubung pembahagian kerusi di Selangor belum dibuat.

Izham pula membalasnya dengan menyifatkan Azmin sebagai 'badut' dan tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Kenyataan itu mencetuskan kemarahan pemimpin PKR Selangor. Selepas itu bertubi-tubi pimpinan PKR menyerang Amanah (PAN).

Mahathir, Wan Azizah dan Lim Kit Siang diam melainkan menjawab pertanyaan wartawan. Hanya Mat Sabu mengeluar kenyataan meminta jangan berbalah diluar... balahlah dalam "kelabu".


Maszlee Malik perancang IKRAM dalam AMANAH (PAN) antara lain berkata ramai yang kecewa dengan pertelingkahan terbuka di kalangan pemimpin HARAPAN berkaitan rundingan kerusi, malah ada yang hilang keyakinan dengan kebolehan mereka untuk mentadbir negara.

Ppergeseran dalam Pakatan Harapan (PH) di Selangor berlaku disebabkan PKR yang dipimpin menteri besar Mohamed Azmin Ali (bukan Wan Azizah dan geng Rafizi) tidak yakin pada Amanah dan Bersatu dalam membantu mengekalkan kerajaan negeri pada PRU-14 nanti.

Jika Amanah (PAN) dan Bersatu bertanding di 20 kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS pada PRU13 lalu, PKR mempercayai mereka semua akan kalah dan ini membuatkan kedudukan kerajaan Selangor akan tergugat. Anda boleh baca di sini, lebai dah menulis sebelum ini.


Boss Ilham Centre (pengerusi eksekutif), Mohamad Hisomuddin Bakar (ini bukan macai, tapi penyokong kuat Amanah. Dia tak menjadi ahli Amanah demi menjaga kredibiliti kajiannya tidak macam Dr Mazlan Ali) berkata, PKR menunjukkan sikap tidak yakin kepada Amanah (pan) dan bersatu apabila mendapati Amanah dan Bersatu tidak cukup menonjol untuk menggantikan PAS.

"Apabila kajian visibility (ketampakan) dibuat di bawah, mereka mendapati kehadiran Amanah dan Bersatu gagal untuk menggantikan PAS di peringkat akar umbi. [Note: Ini bukan kajian PAS]

"Jadi mereka membuat roadmap sendiri dalam usaha untuk mengekalkan kerajaan Selangor iaitu PKR bertanding lebih 30 kerusi," kata Boss Ilham Centre.

Mengikut "roadmap" itu, PKR mensasarkan untuk bertanding di 20 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 lalu ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang. Jadi tinggal 10 kerusi sahaja yang akan diagihkan kepada AMANAH (PAN) dan BERSATU.

Agaknya berapa AMANAH (pan) akan dapat?
Parti 'hamba abadi' DAP dalam HARAPAN, rasanya 2 - 3 kerusi di Selangor sudah cukup.
Itu sebab Izham Hashim kata Azmin BADUT (JOKER) tak layak jadi MB!

Kata Hisomuddin lagi, kelemahan utama Amanah (PAN) sekarang adalah gagal memaparkan pemimpin akar umbi mereka kepada umum. "Bagi saya ini antara kelemahan Amanah. Padahal mereka tidak kurang hebatnya tetapi tidak kelihatan di bawah apabila kajian dibuat kerana masalah dalaman mereka sendiri".

Masalah Dalam Amanah (PAN) jika tidak diselesaikan akan menyebab Amanah akan berkubur?
Ini lebai akan menulis khusus dengan terperinci melalui maklumat dalaman serta kajian mereka yang lebai dapat. Tak perlu percayai kepada lebai sehingga lebai menulis. Harap bersabar!

Baru-baru ini Amanah buat poster forum dengan Hisomuddin dengan kata-kata "2 kajian PRK sebelum ini 100% tepat". Kalaulah mereka mengimani kajian Ilham Centre, maka kenyataan Hisomuddin berkenaan kajian visibility yang AMANAH (PAN) dan BERSATU gagal harus juga diimani.


Paling lucu, apabila Zul Sulong menggunakan data kajian Dr Mazlan Ali sebagai sandaran kononnya Amanah (Pan) boleh menang jika bertanding dalam PRU-14 nanti sokongan ahli Amanah (Pan) yang masih ada dalam PAS.

Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Tapi Azmin dan PKR tak percaya dengan kajian ini. Lebai bersetuju dengan Azmin bahawa kajian Dr Mazlan Ali boleh dibakulkan kerana Dr. Mazlan Ali sendiri adalah ahli Amanah bernombor010000185, sudah pasti dia sendiri tiada integrinti dalam membuat kajian. Sepatutnya Dr. Mazlan belajar dengan Hisomuddin, walaupun dia pro AMANAH tapi dia tak mendaftar menjadi ahli. Ini baru boleh dimana sebagai 'harumanis'.

Kenapa Kajian Dr. Mazlan Ali boleh dibakulkan.

Lebai bagi satu perbandingan mudah sahaja. Walaupun tak tepat tapi sudah cukup untuk membuka minda kita supaya kita tak mudah diperbodohkan oleh orang yang ada sijil cerdik.

Ahli parti Amanah Selangor terkini ialah 7,866 orang manakala ahli PAS Selangor terkini adalah 80, 345 orang.

Satu, betul atau tidak 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti PAS? Kalau kita anggap semua 7,866 orang ahli Amanah itu semuanya berasal daripada PAS, baru 9.7%. Mana Dr. Mazlan Ali dapat angka 35%? Mungkin dia ambil ruang sample yang kecil, kubu kuat Amanah dia buat kajian. Macam orang ambil lubuk ikan kemudian buat kesimpulan bahawa sungai ini semuanya dipenuhi dengan 35% ikan. Sangat lucu.

Dua, 10% ahli PAS adalah Pro-Amanah. Ini pun lucu juga. Sepatutnya Dr. Mazlan kena buat "action research". Lebai beri contoh, Dr Mazlan ini dia juga mengajar sebagai ustaz di masjid. Semasa dia mengajar ramai yang tertidur. Kita mungkin buat anggap pendengar kurang tidur. Jadi diminta pendengar basuh muka dengan air. Tapi selepas basuh muka pendengar masih tidur juga. Mungkin ada faktor lain menyebabkan mereka tidur. Jadi kena buat "action" lagi.


Dalam PAS ada ramai ahli yang ber'fikrah' politik seperti Amanah. Adalah dengan berfikrah seperti Amanah sehingga ada 100% itu dianggap "harumanis" dan akan mengundi Amanah pada PRU-14 nanti. Satu kesimpulan yang sangat dangkal. Lebai bagi satu contoh yang berfikrah Amanah 100% ialah YB Dr. Abd Rani Osman Adun Meru. Adakah Dr Rani akan mengundi Amanah PRU-14 nanti?

PAS kena hormat mereka yang berfikrah seperti Amanah (pemikiran politiknya) dan itu memberikan kebaikan dalam PAS apabila menentukan sesuatu keputusan. Jika kita label yang berfikrah Amanah itu PAN maka suka benarlah PAN kerana boleh dapat ahli lagi kerana PAS pulau ahlinya sendiri. PAS tak bodoh dalam hal ini.

Lebai sendiri pun banyak juga pandangan politik bersamaan dengan pandangan politik pimpinan Amanah. Adakah dengan itu lebai akan mengundi PAN pada PRU-14 nanti... Tergolek lebai gelak jika itu justifikasinya.

Oleh kerana panjang sangat ulasan ini, lebai berhenti dulu setakat ini. Nanti lebai akan sambung lagi pasal kononnya sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) meningkat selepas Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri, Ilham Centre ada beberapa kajian dan kajiannya bercanggah antara satu sama lain kenapa dan mengapa. Sifat individu dan keakuan dalam HARAPAN menyebabkan mereka tidak bersatu dalam menentang BN. Malah faktor ini membuatkan mereka bercakaran satu sama lain dan beberapa faktor lagi. Berikan kekuatan untuk lebai menulis. Insya-Allah lebai kan mengulas dan pembaca boleh berfikir dan mencari kebenaran.

Jangan mudah kita kena tipu oleh mereka yang ada sijil cerdik.


Demo Baju Kuning &Biru Depan Sogo, Tak Dapat Sambutan




KUALA LUMPUR – Satu demonstrasi haram,’Tangkap Jho Low’ yang diadakan di hadapan pasar raya Sogo di ibu kota Kuala Lumpur tidak mendapat sambutan. Tidak sampai 50 orang sahaja yang menyertai demonstrasi terbabit.
Sehubungan itu, demonstrasi yang dijadualkan pada jam 2.00 petang itu turut disuraikan oleh anggota polis pada jam 3.00 petang tadi. Memetik Malaysia Kini, menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Shaharuddin Abdullah tiba di luar Sogo sejurus sebelum jam 2 petang dan mengeluarkan amaran kepada para peserta perhimpunan itu supaya bersurai.
Beliau mengarahkan mereka, terutama yang memakai kuning atau biru, supaya bersurai.
“Saya tidak benarkan sebarang perhimpunan diadakan di sini. Awak faham?” kata Shukri kepada seorang peserta yang bertegas dia mempunyai hak untuk berhimpun secara aman.
Terdahulu, demonstrasi itu diadakan untuk menggesa penangkapan ahli perniagaan Low Taek Jho.
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 

Tutup! Kedai Roti Mahathir Pun Macam PPBM. Tak Mampu Dah Urus Tadbir.

Kedai Roti Mahathir Pun Ditutup, Ada Hati Urus Negara!


GAGAL LAGI… Khabarnya ramai netizen propembangkang gempar apabila kedai roti premium, The Loaf, milik Tun Dr. Mahathir Mohamed terpaksa tutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

Pemberhentian operasi tersebut hanya disiarkan menerusi satu notis yang dimuat naik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk para pelanggan mereka tetapi ia mula berkuat kuasa pada 12 April.
Notis itu namun tidak menyatakan sebab ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utama dan merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan yang diberikan mereka selama ini.
The Loaf diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn. Bhd., perniagaan usaha sama antara Mahathir dan Motoko Resources Sdn. Bhd. dengan Mahathir sendiri memiliki 51 peratus kepentingan dalam syarikat bakeri tersebut.
Malangnya, berita penutupan itu cuba diputar belit penyokong antikerajaan dengan dakwaan palsu konon Barisan Nasional (BN) pula terlibat dalam usaha menghancurkan perniagaan yang cenderung kepada Pakatan Harapan!
Begitulah propaganda tohmahan jahat puak tersebut demi cipta persepsi negatif dan hasut rakyat benci kerajaan BN diterajui UMNO walhal perkara itu lebih kepada strategi perniagaan pemiliknya yang gagal berdaya saing ketika ini.
“Pada asasnya, tidak mungkin untuk teruskan. Ada begitu banyak bisnes dan pesaing yang sama. Mereka pun tidak dapat keuntungan cukup baik,” ini alasan diberi oleh Andrew Heng bagi pihak Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd.
Syarikat itu memiliki saham 49 peratus saham dalam The Loaf. Peliknya jika sudah tahu rugi dalam pasaran roti kenapa sekarang hendak ditutup? Bila dekat pilihan raya baru hendak ditutup? Kenapa tidak tutup sebelum ini?
Hasil carian imej untuk kedai roti premium, The Loaf,
Adakah ia sengaja buat begitu untuk mengelirukan masyarakat? Sama jugalah dengan penubuhan PPBM. Pada awal hendak tubuh parti bunga itu, cakap konon ada enam juta orang akan masuk, majoriti didakwa ahli UMNO sendiri.
Akhir sekali, ramai pula yang keluar PPBM. Hendak buat mesyuarat peringkat cawangan pun tidak mampu dan akhirnya bakal dibubarkan tidak lama lagi kerana terbukti berjaya melanggar perlembagaan parti itu sendiri.
Ini belum lagi termasuk kegagalan banyak projek mega ketika era Mahathir antaranya kilang besi Perwaja, syarikat timah Maminco, Malaysia Airlines, Proton waima urus niaga mata wang asing RM31.5 bilion Bank Negara Malaysia.
The Loaf mula buka premis di Telaga Harbour, Langkawi, Kedah pada 2006 dengan pelaburan sebanyak RM3 juta sebelum berkembang sehingga 12 cawangan antaranya di pusat beli belah suria KLCC, Pavilion dan Sogo di ibu kota.
Sementara itu, salah seorang pekerja kedai roti tersebut, yang menggunakan nama profil little bald head@imannwu berkongsi perkembangan bagaimana The Loaf terpaksa ditutup secara mendadak menerusi laman sosial Twitter.
Beliau berkata semua pekerja langsung tidak mengetahui mengenai penutupan operasi kedai premium itu dan tiada notis diberikan lebih awal, sebaliknya mereka hanya dimaklumkan mengenai perkara berkenaan pada hari kejadian.
Bagaimanapun ujarnya, pihak pengurusan The Loaf ada memaklumkan yang semua pekerja kemungkinan akan diberikan pampasan berikutan penutupan perniagaan itu secara tiba-tiba. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 

Aishah, Penyanyi 'Janji Manismu' Semasa &Selepas Bersama PAS.


Hasil carian imej untuk aishah

HALAMAN HIBURAN
PENYANYI Aishah, dilaporkan menegur segelintir pengikutnya di Instagram selepas ada yang mempertikaikan tindakannya kembali aktif dalam dunia politik bersama parti pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung 9 Mei depan.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 53, menerusi ruangan komen memberitahu sebagai rakyat Malaysia seseorang itu perlu mengambil tahu mengenai hal berkaitan politik kerana ia turut memberi kesan kepada semua.
"Dah lama pun ambil tahu pasal politik. Hidup kita kenalah ambil tahu pasal politik kerana hidup kita akan terkesan oleh semua keputusan politik.
"Tak minat saya bila saya berpolitik tidak mengapa, itu hak anda tapi hak berpolitik hak saya," tulisnya.

Aishah Tetap Berpolitik

 Aishah mempromosikan acara bersama Pakatan Harapan yang dihadirinya bersama pengikutnya di Instagram. Foto Instagram @aishahjmm

Aishah, semasa dalam Parti Islam Se Malaysia (PAS), telah menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013. Beliau bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan atas tiket Pas menentang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada Barisan Nasional. Bagaimanapun Aishah gagal merebut kerusi itu apabila Mohd Isa menang dengan majoriti 8,614 undi.

Semasa dalam PAS, Aishah tetap bertegas mempertahankan prinsip tidak mahu lagi menyanyi lagu-lagu dan ikut persembahan yang tidak selaras dengan kehendak agama. Beliau berhijrah dan terus memakai tudung lingkup.


Aishah kini masih aktif politik. Sekarang beliau bersama Pakatan Harapan (PH) dan bukan PAS lagi. Dikatakan beliau giat mempromosikan aktiviti dan ceramah partinya bagi menghadapi PRU14 pula. 
Hasil carian imej untuk aishah

Di bidang seni, Aishah pernah terpilih sebagai juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4). Kini Aishah turut menegaskan politik dan kariernya sebagai penyanyi tidak patut dicampur-adukkan. Kerana seni itu adalah periuk nasinya. 

Bagaimanapun rata-rata pengikutnya menyokong dan menghormati pendiriannya malah berharap penyanyi lagu Janji Manismu itu kembali bertanding pada PRU14. (IH)


UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..

4,000 Ahli PPBM Keluar Parti. Benarkah? Adakah Dedak Main Peranan?


JURUCAKAP Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Alor Mengkudu, Muhamad Rizal Zainol Abidin (kiri, depan) bersama ahli Parti Amanah Negara (PAN) ketika mengadakan sidang media mengenai keputusan mereka keluar parti dan menyertai UMNO pada Majlis Kenduri Rakyat DUN Alor Mengkudu di Jalan Datu Kumbar. - Foto Amran Hamid


ALOR SETAR: Kurang 24 jam selepas Parti Amanah Negara (PAN) mengumumkan calon parti itu untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, seramai 4,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dari Alor Mengkudu bertindak keluar parti bagi memprotes pengagihan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang, hari ini.
Serentak itu, 15 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu juga dibubarkan sebagai bantahan kepada pencalonan Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sebagai calon pakatan pembangkang di DUN terbabit..
Benarkah? Adakah dedak main peranan?
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..

Guna Logo PKR Untuk Perluaskan Ideologi Malaysian Malaysia DAP




AIDCNews -12/04/18 – Keputusan Jawatan Tertinggi (CEC) DAP menggunakan logo PKR bagi menghadapi PRU 14 adalah untuk memperluaskan penyebaran ideologi Malaysian Malaysia parti itu di kalangan parti kompenan Pakatan Harapan dan pengundi Melayu.

Minda AIDCNews berpendapat masalah kekeliruan pengundi Cina terhadap logo PKR bukan merupakan satu isu sepertimana kemenangan ramai calon PKR dan PAS dalam PRU 13 walaupun menggunakan logo parti masing-masing. Walau bagaimanapun selepas PRU 13, PAS dilihat sebagai ancaman terhadap DAP kerana pertembungan ideologi dan sebab itu Pakatan Rakyat (PR) dibubarkan.

“Episod seterusnya mencantas kekuatan PAS dengan mengeluarkan sebilangan aktivis PAS dengan membentuk New Hope Movement/Gerakan Harapan Baru pada 31 Julai 2015
“Sebilangan bekas aktivis PAS yang dikumpulkan dalam New Hope kemudian mendaftar sebuah parti baharu yang dinamakan Parti Amanah Negara pada 16 September 2015.
“DAP turut membubarkan PR untuk mengeluarkan PAS daripada Pakatan mereka lalu dibentuk The Alliance of Hope atau Pakatan Harapan (PH) pada 22 September 2015.”

Minda AIDCNews berpendapat DAP memilih logo PKR kerana kedua-dua parti itu sealiran dari segi ideologi. Apatah lagi Amanah dan PPBM adalah parti minoriti yang sekadar menjadi pak turut sahaja.

“DAP sanggup mengorbankan logo partinya sendiri-Roket-kerana sudah yakin PH sudah dapat ditawan sepenuhnya parti itu.
“Mengorbankan logo Roket dengan menggantikan logo PKR tidak mengurangkan dominasi DAP dalam PH.
“DAP dan PKR sama-sama berkongsi sentiment sosialis, sama rata dan elemen komunis yang diterjemahkan sebagai Malaysian Malaysia.
“Amanah dan PPBM tidak mampu melawan dominasi Pakatan Malaysian Malaysia DAP bersama PKR.
“Malah Amanah dan PPBM sudah dianggap sealiran dengan PKR dan DAP.”

Rumus Minda AIDCNews strategi DAP menggunakan logo PKR pada PRU 14 hampir menyamai strategi ‘berpakat menggunakan satu slogan yang sama’ ketika menghadapi PRU 1969. Kedua-dua Pakatan itu didominasi dengan agenda Malaysian Malaysia.

Bezanya, Pakatan DAP bersama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) ketika menghadapi PRU 1969 menumpukan sasaran kepada pengundi bukan Melayu.

Sedangkan Pakatan DAP bersama PKR, Amanah dan PPBM menumpukan sasaran kepada pengundi Melayu.
Selanjutnya, sila baca “Apabila DAP Mula Bersembunyi Di Sebalik Logo PKR


 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 

Friday, April 13, 2018

Kafe Ingat Mati, Perkenalkan Konsep 'kematian' Dalam Perniagaan.

Kafe 'kematian' di Bangkok Kafe kematian' Kid Mai mahu pengunjung mengingati kematian dan menghargai kehidupan.

BANGKOK - THAILAND. Lari daripada tema kebiasaan yang mengetengahkan konsep ceria dan menenangkan, sebuah kafe di Bangkok memperkenalkan konsep 'kematian' dalam mempromosi perniagaan mereka.

'Kafe kematian' Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe di cat warna hitam dan dihias kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.
Imej yang berkaitan
Menu makanannya pula mempunyai nama seperti 'penuaan', 'kesakitan' dan 'kematian', untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar.

Pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata konsep kematian dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini.

"Mempunyai kesedaran terhadap kematian mengurangkan perasaan tamak dan marah, kita akan mempunyai niat untuk berbuat baik," ujarnya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ingat mati juga, adalah suatu suruhan Islam kepada penganutnya supaya sentiasa mengingati hari akhirat, tidak sekularisme. Cuma caranya amalnya berbeda menurut kepercayaan masing-masing. 

Undilah PAS parti dunia akhirat.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Kini DAP berselimut di bawah lambang PKR.

Banjir Besar Landa 129 Bandar Di Rusia, Lebih 1,000 Terjejas.

Banjir besar landa Rusia, angka penduduk terjejas dikhuatiri terus meningkat Pada 2012, Rusia pernah mengalami banjir teruk di mana kelihatan sebuah kereta ditenggelami air di sebatang jalan di sebuah kampung di Krymsk. - REUTERS / Fail

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

SARATOV: Banjir besar di Rusia pada Khamis telah menyebabkan lebih 700 buah rumah terjejas akibat ditenggelami air. Ini memaksa penduduk untuk meninggalkan rumah mereka dan mencari tempat berlindung sementara.
Hasil carian imej untuk Banjir besar landa Rusia, angka penduduk terjejas dikhuatiri terus meningkat Liputan terkini banjir di Rusia 5 jam berlalu..
57568eae6239428caa074dd488132ba2 Masjid baharu ini didirikan di atas tapak bekas masjid lama yang dibina pada tahun 1904, kemudiannya dirobohkan pada tahun 2011, dapat memuatkan sehingga 10,000 orang Jemaah. Masjid ini merupakan salah satu daripada enam buah masjid di bandar tersebut. Masjid Negara Moscow telah dibuka semula selepas sepuluh tahun usaha membaikpulih dijalankan.
Hasil carian imej Moscow


Menurut pihak berkuasa di sana, secara keseluruhannya 129 bandar dan kawasan desa melibatkan kawasan wilayah Saratov, Voronezh dan Tamboz terjejas teruk. Mengikut jumlah rasmi, lebih daripada 1,000 orang dari kawasan terjejas telah dipindahkan setakat ini.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Pulanglah Ke Rumah Fifi. Gadis 13 Tahun Lari Dari Rumah..




PETALING JAYA: "Kami bimbang akan keselamatan kamu, pulanglah ke rumah Fifi," rayu Rizal Muny Riz, 37, bapa kepada Nurfitri, 13, apabila anak kedua daripada lima beradik itu hilang sejak Sabtu lalu.
Rizal berkata, Nurfitri yang mesra dipanggil Fifi itu menghilangkan diri selepas keluar bersama-sama rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Liana, kira-kira jam 11 pagi.




Lebih memburukkan lagi keadaan, ibu bapa kepada Liana juga memaklumkan kepada Rizal bahawa anak perempuan mereka juga tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk berjumpa dengan Fifi.
"Sebelum meninggalkan rumah, berlaku perselisihan faham antara Fifi dan ibunya kerana isteri saya menghalangnya daripada keluar sebelum dia berkurung di dalam bilik beberapa minit.
"Kemudian rakannya memanggil Fifi sebelum dia keluar dengan tergesa-gesa tanpa membawa sebarang pakaian, wang tunai dan kad pengenalan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rizal berkata, sebaik pulang daripada tempat kerja, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu dan beranggapan Nurfitri akan pulang pada sebelah petang.
"Namun, sehingga malam, Fifi tidak juga pulang. Saya fikir dia masih merajuk dengan ibunya dan bermalam di rumah Liana. Saya bercadang mahu ke rumah keluarga Liana pada hari Ahad untuk memujuknya pulang.
"Bagaimanapun, keesokan harinya (Ahad), ibu bapa Liana berkunjung ke rumah kami dan mendakwa anak perempuan mereka juga tidak pulang ke rumah. Saya terkejut mendengar berita itu dan mula bimbang akan keselamatan Fifi.
"Kami kemudiannya terus membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka," katanya yang tinggal di Seksyen 8, Kota Damansara, di sini.
Menurutnya, lebih membimbangkan apabila dia membuat pemeriksaan di sekolah tempat anaknya belajar mendapati Nurfitri dan Liana tidak ke sekolah sejak Isnin lalu.
"Isteri saya tidak berhenti menangis kerana bimbangkan keselamatan dia selepas tidak pulang beberapa hari. Pulanglah Fifi, ayah dan ibu bimbang.
"Sudah pelbagai cara gunakan untuk mencari Fifi termasuk menggunakan kemudahan laman sosial," katanya. (BH)
Lari dari rumah, antara masalah sosial masakini yang melanda umat Islam dan rakyat Malaysia. Perlu sistem pemerintahan dan pemimpin yang arif menanganinya. Sesuaikah dengan sistem perundangan Islam yang ditawarkan PAS melalui PRU 14 ini?
Kalau sesuai, pilihlah PAS.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..




LGE Nak Hapus Tol Jambatan? He He He, Dok Buat Lawak Lagi..

Naik Tol Sg. Nyior, LGE Lawak Hapus Tol Jambatan

BAGI rakyat Pulau Pinang khasnya pengundi di kerusi Parlimen Bagan, mereka tentunya maklum dengan janji wakil rakyatnya, Lim Guan Eng konon mahu hapus tol laluan Sungai Nyior pada 2008.

Itu kisah lama ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan sehingga hari ini, tol di lebuh raya itu yang merupakan sebahagian Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR), bukannya dimansuhkan malah naik lagi lebih 100 peratus.
Selepas menang lagi PRU ke-13 pada 2013, Ketua Menteri itu membiarkan sahaja penduduk menanggung azab apabila kadar tol meningkat daripada hanya 50 sen ketika era Barisan Nasional (BN) kepada RM1.20 mulai 2015.
Justeru apabila Setiausaha Agung DAP itu menerusi akaun sosial Facebook rasminya pada Jumaat menulis konon mahu hapus tol Jambatan Pulau Pinang jika masih menang PRU ke-14, ramai netizen ketawa terbahak-bahak!
Apakah Pakatan Harapan (PH) cuba sekali lagi memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan janji kelakar tersebut semata-mata kerana takut dengan manifesto BN negeri itu mahu mansuh tol motosikal di dua jambatan berkenaan.
“Undi BN, hanya tol motosikal Jambatan Pulau Pinang pertama dimansuhkan. Undi Pakatan Harapan, selepas kita mengambil alih Putrajaya, semua tol Jambatan Pulau Pinang dimansuhkan,” kata Guan Eng dengan nada angkuh.
Tol Motosikal Di Jambatan Dihapus Jika Tawan P.Pinang
Hakikatnya semua maklum, manifesto PH yang diumumkan baru-baru ini tidak pun mahu menghapuskan tol lebuh raya kerana didakwa konon masih lagi murah di dunia, bahkan mereka buat pusingan U untuk terus kekalkannya.
Ini berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 2009, lapan plaza tol sudah berjaya dimansuhkan dengan paling baharu, empat lagi mulai 1 Januari lalu.
BN juga memastikan tol Lebuh Raya Utara-Selatan yang dianggap nadi Semenanjung Malaysia tidak naik setiap lima tahun sebagai mana dilakukan ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu hingga menyusahkan rakyat.
Malahan lebuh raya baharu, Pan Borneo menyambungkan Sabah dan Sarawak yang dibina juga bebas tol selain lebuh raya hubungan tengah antara Pahang dan Kelantan juga tiada kutipan tol apabila siap dibina kelak.
Sebaliknya, tiga lebuh raya baharu di Lembah Klang yang dibina dengan kerajaan negeri pimpinan PKR ada kepentingan dijangka mengenakan tol di samping projek mega terowong dasar laut Pulau Pinang yang kontroversi.
Inilah realiti dan semua maklum janji PH tidak boleh dipercayai seperti mana dinyatakan Mahathir sendiri kerana mereka tahu, ia adalah pembohongan semata-mata. 
BN pun sama, tahan pelaksanaan  lebuhraya timur barat, sekat royalti minyak Kelantan, tolak perundangan Islam hudud yang diamanahkan pengundi Kelantan kepada PAS. Dan lain-lain durjana lagi.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik Islam di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga ke akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 
Kini DAP memakai selimut PKR pula.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails