Thursday, April 12, 2018

Bukan Muslim Tidak Harus Jadi PM Malaysia – Mufti WP

Bukan Muslim Tidak Harus Jadi PM Malaysia - Mufti WP


TEGAS… Jawatan tertinggi kepimpinan negara terutama Perdana Menteri hanya harus dipegang oleh Muslim sahaja, demikian jelas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau selanjutnya menambah dalam konteks Malaysia selain Perdana Menteri, hanya orang Islam yang dibenarkan untuk memegang jawatan penting terutama berkaitan portfolio hal ehwal Islam dan urusan pertahanan negara.
Bagaimanapun jelas Zulkifli lagi, hukum asal untuk masyarakat Islam mengundi calon bukan Muslim dalam proses pilihan raya secara demokrasi dan melantik mereka sebagai pemimpin kerajaan sebenarnya adalah harus.
Namun ujarnya, hukum mubah itu dikecualikan apabila terdapat sifat mendatang seperti memberi ancaman kepada kemuliaan syiar Islam, tiada sifat amanah dan tidak ada kepakaran dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
“Kesemua faktor ini haruslah diambil kira dalam membuat keputusan sebelum mengundi dan memilih, selain memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara.
“Ia adalah kekal disandang orang Muslim yang berkelayakan sahaja,” tegas Zulkifli dalam catatan terkini menerusi laman sosial Facebook Mufti Wilayah Persekutuan dan mungkin merujuk isu pilihan raya umum (PRU) ketika ini.
Dalam pada itu katanya, hasil penelitian juga mendapati, tiada dalil qath’ie(muktamad) yang melarang untuk orang Islam mengundi calon bukan Muslim dalam PRU di Malaysia dan kemudian melantik mereka sebagai pemimpin.
“Ayat-ayat al-Quran yang selalu dijadikan hujah untuk haramkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang kafir yang jelas terbuka memusuhi Islam dan penganutnya.
“Adapun bagi golongan bukan Muslim tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan Negara yang meletakkan martabat Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan tersebut adalah tidak terpakai,” katanya.
Dalam pada itu kata Zulkifli, hal berkenaan juga termasuk di bawah topik siyasah syar’iyyah bagi pemerintah untuk membenarkan pencalonan atas dasarmaslahat kepentingan kumpulan minoriti bukan Islam di negara Islam.
“Tanpa menafikan bahawa pandangan majoriti ulama silam bertegas mengharamkan pelantikan individu non-Muslim sebagai pemimpin dan hukum keharusan itu hanya diberikan apabila terdapatnya keadaan darurat.
“Ini dapat difahami memandangkan konteks hubungan antara Muslim dan non-Muslim pada waktu tersebut adalah berbeza dengan suasana sekarang,” tambah beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Melayu jangan ditipu DAP 
dengan dedak-dedaknya...
Musang DAP berbulu ayam PKR,
DAP Berlogo PKR..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.

1 comment:

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/

Haram Umat Islam Bersekongkol Dengan DAP: Mufti Pahang

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.

Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama d­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Haron menyifatkan tindakan Dr Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.

Justeru, Abdul Rahman meminta Tun Mahathir untuk segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

“PAS dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Tun Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails