Monday, October 20, 2014

S/U Front Pembela Islam DKI Jakarta Habib Novel Ditahan Polis


Sekjend Front Pembela Islam DKI Jakarta, Habib Novel Bumakmumin dikawal petugas selepas menjalani pemeriksaan di Polda Metro Jaya, Jakarta, Khamis (9/10). Foto: VIVAnews/Ikhwan Yanuar

Setiausaha Agung Front Pembela Islam DKI Jakarta, Habib Novel Bumakmumin, dikawal petugas selesai menjalani pemeriksaan di Polda Metro Jaya, Jakarta, Khamis (9/10/2014). Habib Novel rasmi ditahan pihak polis atas kes kicuhnya ratusan massa FPI yang bertempur dengan polis, semasa tunjuk perasaan anti Ahok di gedung DPRD DKI Jakarta 3 Oktober lalu.  


Polis curiga Novel menjadi provokator aksi demo yang berterusan pertembungan dengan pasukan keselamatan. Dia sempat jadi buruan beberapa hari sebelum akhirnya menyerahkan diri ke pihak polis. Foto: VIVAnews / Ikhwan Yanuar   


Ratusan massa Front Pembela Islam (FPI) dan Forum Umat Islam (FUI) kembali mendatangi Gedung DPRD DKI Jakarta di Jalan Kebon Sirih, Jakarta Pusat, Jumaat (10/10/2014). Foto: VIVAnews/Ahmad Rizaluddin



Massa FPI dan FUI Kembali Datangi Gedung DPRD DKI Jakarta
Ratusan massa Front Pembela Islam (FPI) dan Forum Umat Islam (FUI) kembali mendatangi Gedung DPRD DKI Jakarta di Jalan Kebon Sirih, Jakarta Pusat, Jumaat (10/10/2014). Massa FPI kembali melakukan demo menolak Basuki Thahaja Purnama (Ahok) menjadi Gubernur DKI Jakarta. Foto: VIVAnews / Ahmad rizaluddin

(IH)

Negara Islam (?) M'sia Jadi 'tong sampah' Lambakan Pelacur?

http://otakkacau.net/wp-content/uploads/2011/07/pelacur-masuk-surga-dengan-menolong-anjing.jpg

11 pelacur warga India ditahan di ‘hotel reban ayam’  
IPOH – Walaupun sebuah hotel bajet di Jalan Pasir Puteh di sini layak dipanggil sebagai ‘reban ayam’ kerana keadaan yang suram, kotor dan menjijikkan namun premis itu menjadi tarikan dalam kalangan lelaki yang kemaruk seks dengan harga murah serendah RM30.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar dalam serbuan pukul 11 pagi selepas premis itu diserbu pihak berkuasa dan berjaya menahan 11 pelacur warga India dan dua lelaki warga asing. Kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 36 tahun.

Difahamkan, kesemua wanita yang dibayar kira-kira RM1,000 sebulan tinggal di premis itu dan menawarkan khidmat seks di tempat sama sejak setahun lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Ahmad Nizam Amiruddin berkata, tangkapan itu melibatkan 11 pelacur yang kesemuanya warga India dan dua pelanggan masing-masing lelaki warga Bangladesh dan warga India.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjug-XuX7aFISEQmrnqWFa26cKJEb6UBtWFcx5ov-zZabIGKfAhqTwB8k8TJuN-QVEQ_L5ZTGwvRiImNzl6IGvN8yYeQCilYwDniHGlwscNF43A7a8cJXqrMIatHVh40STuSeY-7u5mtOG/s1600/pelacur%20gang%20dolly2.jpg
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Negara Islam (?) Malaysia kini sudah menjadi 'tong sampah' tempat lambakan pelacur-pelacur berbagai kelas dari a smpai z? Tak malukah kita, di mana nak letak muka pemimpin-pemimpinnya?  (IH)

Al-hamdulillah, Magnet Mek Siam Meningkat 14%. Nikah Bukan Zina..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcn2SKCOIg4OGDxNeM327uR1-qoLwGm-VPN0zbB73XZtTKKSeOJuY70DSXtJLm2ZUXqkF8vWF785U4zKk4GmiZhAGKUMbjoYWpxWhWzTRfpdyN24WYlWpqwuLwbktIAD4Nl89oNElLcDem/s1600/kahwin+di+thailand.jpg

Songkhla (Selatan Thailand): Kecantikan, kelembutan dan layanan mesra wanita Siam selain kos pernikahan rendah umpama magnet bagi segelintir lelaki Malaysia, termasuk golongan kenamaan (VIP), untuk menjadikan mereka sebagai suri hidup.

Tarikan istimewa itu terbukti apabila siasatan Metro Ahad mendapati jumlah lelaki Malaysia yang berkahwin dengan wanita negara jiran itu menunjukkan peningkatan berdasarkan jumlah pendaftaran pernikahan sejak awal tahun ini sehingga Ogos lalu berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Jurucakap Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla berkata, sepanjang tempoh itu, kira-kira 300 pendaftaran pernikahan lelaki Malaysia dengan wanita Thailand iaitu peningkatan 14 peratus di wilayah ini.

Katanya, jumlah itu tidak termasuk perkahwinan yang tidak didaftarkan, sekali gus menjadikan bilangan sebenar mungkin sekali ganda.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGhxKN3ZqDWFHbI_G0_tdqPIVfboA49q3MFDoU1mJnAB05KegRL5zMdGtryVgVC8ViHjg3-KbO1xmKWSPirknoNLLbn4-ToCqKMN2ReXl_VgSZE3NRJ4Sxjy89pAZMCU3pJW-Jvk0h1xih/s400/Gambar+Istiadat+Perkahwinan+DiRaja+Kelantan+-+Brunei+8.jpg
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Al-hamdulillah! Magnet mek Siam meningkat 14% atau mungkin sekali ganda. Yang penting mereka yang pergi berkahwin di Siam itu orang baik-baik, tidak mahu berzina, bahkan berkahwin secara sah dan berkah.

Maka menangislah syaitan!

5 Perkara Mengenai Anjing -Nasruddin Hassan





Oleh: NASRUDIN HASSAN 

Kempen jangan zalimi anjing, itu betul.

1. Alangkah murni kalau dianjurkan kempen kucup pipi ibu bapa, kempen usap kepala anak yatim atau kempen sayangi pasangan suami isteri, justeru itu adalah kempen melakukan perkara yang menepati suruhan dan galakan Nabi s.a.w.

2. Kempen menyentuh anjing tiadalah munasabahnya di kalangan ummat Islam. Kalau kempen jangan zalimi binatang termasuk anjing, maka itu adalah betul. Lantaran Islam bukanlah agama yang berat dan kejam. Boleh sentuh atau pegang anjing jika ada keperluan seperti tujuan menyelamat atau merawat dan sebagainya.

3. Boleh juga menyentuh jika anggota kita dan anjing itu sama-sama kering kerana tiada berlaku najis di situ. Tetapi jika salah satunya basah (antara kita dan anjing) seperti kerana peluh atau kesan jilat anjing, maka ia menjadi najis mughallazoh (najis berat) dan wajib basuh dengan 7 kali air bersih dan salah satunya air bercampur tanah (samak) pada mana-mana anggota atau pakaian kita yang bersentuhan dengan najis mughallazoh.

4. Sementara hukum menajiskan atau mengotorkan diri dengan sengaja (tanpa sebab) adalah haram. Justeru Islam adalah agama yang bersih. Seperti kita bertemu tahi (najis mutawassitoh - sederhana), lalu tanpa sebab dan keperluan kita menyetuh dan mengotorkan diri dengan najis itu maka perbuatan itu hukumnya haram dan wajib segera membasuh dan membersihkan diri. Sementelah lah mengotorkan diri dengan najis yang berat (mughallazoh). Namun dalam kes menyentuh anjing ini, jika sama-sama kering (antara kita dan anjing), hukumnya tidak najis. Apabila tidak najis maka tidaklah berlaku perpindahan najis kepada diri kita dan hukumnya tidak haram.

5. Islam membenarkan ummatnya pelihara anjing untuk tujuan berburu, jaga tanaman, rumah dan seumpamanya. Adapun selain dari tujuan sedemikian maka ianya sangat tidak digalakkan oleh Islam bahkan haram jika kita dengan sengaja (tanpa sebab) memindahkan najis mughallazoh (berat) itu kepada diri, pakaian, tempat kediaman, apatah lagi tempat ibadah kita. (Harakahdaily)

Anjing & Masyarakat Malaysia -Datuk Dr Mohd Asri



Oleh Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Anjing dan isu masyarakat Malaysia

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya)
  • “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah:
  • (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:
  • “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya)
  • “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis :
  • “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: 
  • “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w:
  • “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah”. (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

Gambar-gambar ini, adalah gambar kenangan Ibnu Hasyim (baju merah) berforum bersama Dr Asri dan rakan-rakan beberapa tahun lalu.

Penulis: Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
(Diangkat dari facebooknya)

Hina Ulama Melalui Program Sentuh Anjing -Bekas Mufti Johor.

Program 'I want to touch a dog' anjuran umat Islam di Selangor semalam cubaan menghina ulama, kata bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014.






Program 'I want to touch a dog' anjuran umat Islam di Selangor semalam cubaan menghina ulama, kata bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014. 
Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program "I want to touch a dog" anjuran umat Islam di Selangor semalam sebagai satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.

"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie,” katanya.

Menurut Berita Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan pada Oktober tahun lalu haram bagi umat Islam menyentuh anjing yang kering tanpa darurat. Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian dan menyiasat tujuan penganjuran program itu yang jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.

Berita Harian melaporkan beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yang bercanggah dengan mazhab Shafie.

Semalam Siti Sakinah bersama 4 anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "I Want to Touch a Dog", satu acara untuk mengatasi ketakutannya terhadap anjing.

"Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yang lebih besar," kata Siti Sakinah, seorang bekas guru agama yang kini bekerja dengan sebuah NGO.

Beliau berkata, suaminya, seorang ustaz, memberi izin untuk menghadiri majlis hari ini.

"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya beritahu anak-anak, mereka harus pergi. Dan mereka semua datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui anjing juga makhluk yang dicipta Allah yang memerlukan cinta dan kasih sayang," kata Siti Sakinah, yang sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing saja.
"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yang kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.

Siti Sakinah dan anak-anaknya antara keluarga yang hadir pada majlis itu yang dihadiri lebih 1,000 orang. Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.
"Kami hanya jangka 60, tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yang cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya.

Acara 'I Want to Touch a Dog' diadakan semalam di Central Park, Bandar Utama, dihadiri orang Islam yang ingin mengatasi ketakutan mereka kepada anjing bersama-sama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014.  
Acara 'I Want to Touch a Dog' diadakan semalam di Central Park, Bandar Utama, dihadiri orang Islam yang ingin mengatasi ketakutan mereka kepada anjing bersama-sama.

Sementara itu,  Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran "I Want To Touch A Dog" di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.


Tamyes (gambar) berkata pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.

"Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
"Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri."
Katanya, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.
"Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama," katanya.

Ditanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu, beliau mengalu-alukannya.

"Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan," katanya.

Semalam, salah seorang penganjur memberitahu The Malaysian Insider pegawai Mais seharusnya hadir di program berkenaan akan tetapi tidak muncul di saat-saat akhir. – 20 Oktober, 2014. (IH/TMI)
 

Program 'I Want To Touch A Dog' -JAKIM Siasat.



KUALA TERENGGANU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.
  
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
  
Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).
  
"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
  
"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.
  
Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.
  
Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.
  
Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
  
Program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
  
Sementara itu, ketika ditanya tentang kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusyiklan berkaitan anjing dalam acara tersebut, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.
  
"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (berpenampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya. - Bernama

Lihat sebelum ini..

Apa Faedahnya Kempen Sentuh Anjing Begini?



Kempen sentuh anjing dapat sambutan Muslim
RATUSAN hadirin hari ini hadir pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan.

Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.

Selepas itu, mereka juga diberi taklimat dan diajar untuk melakukan sertu dengan cara yang betul sekiranya terdapat hadirin yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selain menyentuh anjing, acara julung kali yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu juga memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan haiwan berkenaan.

Ajar cara samak

Terdapat juga ibu-bapa beragama Islam membawa anak-anak mereka ke acara itu bagi memberi pendedahan dan menyentuh haiwan berkenaan. Bagi penganjur acara berkenaan, Syed Azmi Alhabshi berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima pada hari ini.

Katanya, objektifnya untuk mengadakan acara ini juga tercapai apabila rata-rata yang hadir memberi respon positif kepadanya.

"Sambutan amat menggalakkan. Walaupun acara ini hanya dua jam, tapi rasanya ia amat mencukupi. Saya rasa bagus dan objektiftercapai. Apa yang penting kita dapat tengok masyarakat yang majmuk saling membantu.
"Hari ini juga ramai orang Islam yang hadir dan mereka rasa selesa sebab mereka tak was-was dan kita ada ajar cara nak sertu (samak) dan pemilik anjing pun ada bersama. Sebenarnya apa yang penting ialah ilmu pengetahuan," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Aimi Syafiqah Ghazali, 23, berkata, acara tersebut merupakan sebuah acara yang bagus kerana dapat memberi kesedaran dan membuang pemikiran negatif yang mengatakan anjing tak boleh dipegang.

'Islam itu mudah'

Katanya, apa yang paling penting bagi masyarakat kini ialah ilmu dan pengetahuan berhubung haiwan berkenaan.

"Bagi saya acara ini bagus. Biasanya orang Islam di Malaysia ini skeptikal. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tetapi acara ini menyedarkan bahawa Islam itu mudah.
"Saya rasa kita kena buang pemikiran yang begitu. Acara ini satu permulaan yang bagus dan harap akan dibuat lagi acara seperti ini di tempat lain," katanya.

Bagi Siti Khadijah Samsudin, 22, dia turut berpendapat, acara tersebut perlu diadakan lagi untuk mendidik masyarakat Islam supaya memupuk rasa sayang walaupun terhadap anjing.

"Acara ini sangat berguna kepada orang Islam untuk mendidik kita supaya bertanggungjawab kepada haiwan walaupun ianya haram. Kita juga sebenarnya kena saling menyayangi dengan makhluk yang lain," katanya.

Abdullah Fauzi Samsudin, 31, pula berkata, acara tersebut juga bermanfaat untuk mendidik orang Islam supaya tidak lagi takut untuk memegang anjing dan membuang persepsi negatif terhadap haiwan berkenaan.

"Acara ini bermanfaat untuk didik kita. Walaupun anjing ini najis tetapi dia binatang yang sangat mesra. Cuma ada cara untuk pegang dan kita juga sebenarnya boleh memegang anjing jika ia kering. Tak perlu untuk disertu," katanya lagi.


Peserta turut diberi tutorial mengenai penjagaan anjing termasuk cara menyuci menerusi kempen I Want To Touch A Dog, Ahad. -gambar mStar.
  (MK)

Bertudung, Muslimat Dinafikan Haknya Di Negara Sendiri.

Mahkamah Agung Nigeria pada Jumat mengesahkan peraturan yang melarang penggunaan jilbab di sekolah-sekolah negeri. © AFP PHOTO / PIUS Utomi EKPEI Sejumlah siswi muslim semasa menghadiri sidang di Mahkamah Tinggi Nigeria di Lagos (18/10).  

Penindasan Ke Atas Muslimah Nigeria.
Puluhan muslimat di Nigeria marah dan kecewa setelah pada Jumaat (17/10), Mahkamah Agung Nigeria memutuskan dan mengesahkan peraturan yang melarang penggunaan tudung di sekolah-sekolah negeri milik kerajaan.

Mahkamah Agung Nigeria pada Jumat mengesahkan peraturan yang melarang penggunaan jilbab di sekolah-sekolah negeri. 
Mahkamah Agung Nigeria pada Jumat mengesahkan peraturan yang melarang penggunaan jilbab di sekolah-sekolah negeri.
Setelah selesai hadiri sidang larangan tudung di Mahkamah Tinggi Nigeria di Lagos (18/10).
Mahkamah Agung Nigeria pada Jumat mengesahkan peraturan yang melarang penggunaan jilbab di sekolah-sekolah negeri. 
Mahkamah Agung Nigeria menyatakan keputusannya didasarkan atas pertimbangan bahawa Nigeria adalah negara sekular dan memakai tudung di sekolah umum Lagos dianggap mengutamakan suatu agama dari yang lain, sehingga boleh menyebabkan ketegangan sosial

Alasan gila kepala otak kerajaan yang dijajah budaya barat.
Mahkamah Agung Nigeria pada Jumat mengesahkan peraturan yang melarang penggunaan jilbab di sekolah-sekolah negeri. 
Pasca larangan bertudung, muslim di Nigeria mengecam tidak akan ada suara dalam pilihan raya 2015 akan datang. 
Mahkamah Agung Nigeria pada Jumat mengesahkan peraturan yang melarang penggunaan jilbab di sekolah-sekolah negeri. 
Muslimat di Nigeria juga akan mengajukan uji materi terhadap undang-undang yang melarang pengenaan tudung di sekolah dasar dan sekolah menengah tahun 2013 lalu. 

Mahkamah Agung Nigeria pada Jumat mengesahkan peraturan yang melarang penggunaan jilbab di sekolah-sekolah negeri. Berkuatkuasalah larangan bertudung di sekolah-sekolah. Orang Islam dinafikan haknya di negara sendiri.
(IH)

Sunday, October 19, 2014

E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

Bab 1
Bab 2  
Bab 3 
Bab 4
Bab 5 

    Bersambung...

    Selamatkah K'jaan PR S'gor? Jom Kerosek Infonya Dari Awal..

    E-Buku-E-Buku ini mendedahkan semunnya. 
    Bermula dari Adun PKR Kajang letak jawatan hinnga kini..
    Ini 6 buah buku-bukunya!
    PERCUMA 
    Dalam E-Buku Weblog Ibnu Hasyim. Sila layari, klik gambar-gambar buku di bawah ini..

    1 . E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
    E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

    2. E-Buku IH-83: Setelah Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun.


    3. E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
    4. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? 
    5. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? 
    E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? 
    6. E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
    E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
    Sedang bersambung lagi ke E-Buku ini..  Insya Allah!

    Dr Tareq Suwaidan: Kumpulan Isis Cukup Gila..

    Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Oktober, 2014.Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Oktober, 2014.  

    Meskipun tanpa campur tangan Amerika Syarikat (AS) seperti didakwa sesetengah pihak, kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) "cukup gila" dengan tindakan mereka, kata pemimpin Ikhwan Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan. Tareq berkata "kegilaan" yang dilakukan Isis adalah tindakan kumpulan militan itu sendiri tanpa penglibatan AS.

    "Isis bukan dari AS, jika ada yang berpendapat begitu, kamu tidak kenal Isis, kamu tidak kenal AS. Saya kenal kedua-duanya," katanya.
    "Tidak perlu orang gila untuk gerakkan mereka (Isis), saya tahu mereka sendiri cukup gila untuk lakukannya," katanya, dalam ceramah di ibu negara malam tadi.

    Gerakan militan Isis melakukan keganasan di kawasan Iraq dan Syria mengakibatkan kematian, termasuk memenggal kepala wartawan. Kumpulan militan itu dikatakan berjuang bagi menubuhkan sebuah negara Islam dan menggelar pemimpin mereka 'khalifah' di wilayah yang ditakluki mereka.
    Seramai 39 rakyat Malaysia dikesan menyertai kumpulan itu, dengan 38 individu lelaki dan seorang wanita yang direkrut melalui laman sosial Facebook, termasuk beberapa bekas pemimpin dan ahli PAS.

    Turut dilaporkan terdapat wanita yang menyertai "Jihad Al Nikah", atau jihad seks untuk kumpulan berkenaan, namun Putrajaya menafikan laporan berkenaan dan menganggap ia sekadar khabar angin.
    Tareq berkata militan Isis itu terlalu merbahaya, kerana mereka berpegang kepada akidah Ali Sunnah Wal Jamaah, namun berperwatakan seperti kumpulan Khawarij.

    "Mereka memiliki ideologi Khawarij, tindakan Khawarij, namun pegangan agama Sunni.
    "Mereka sangat berbahaya," katanya.
     
    Khawarij merupakan kumpulan penganut Islam yang menghalalkan darah sesama Muslim dan kumpulan bukan Muslim yang ditakrifkan mereka sebagai "kafir." Beliau berkata, sehubungan itu, umat Islam harus menolak Isis, dan menentang perjuangan yang diamalkan militan berkenaan.
     
    http://muslimvillage.com/wp-content/uploads/2012/05/Dr.-Tareq-Al-Suwaidan2.jpg

    "Pemikiran mereka berbeza. Sekiranya mereka bertemu dengan anda di jalanan, mereka akan bertanyakan soalan, sekiranya jawapan itu salah, mereka akan penggal kepala anda," katanya.
    "Sebab itu kami ambil pendirian akan bekerjasama dengan sesiapa yang menentang mereka." – 19 Oktober, 2014. (TMI)

    Tahaluf Siyasi PAS/PR, Apa Kata Pemimpin Ikhwan Muslimin Kuwait?


    Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Oktober, 2014.   Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Oktober, 2014. 
     
     "Tahaluf siyasi" yang dijalinkan PAS dengan parti bukan berteraskan Islam adalah strategi politik yang mampu menjamin kejayaan parti Islam itu untuk berjaya menjadi pemerintah di Malaysia, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.

    Tareq berkata hanya melalui pakatan dengan Pakatan Rakyat (PR), PAS akan mampu menang dalam pilihan raya dan menambah bilangan kerusi di Parlimen. Dalam satu forum di ibu negara anjuran Lajnah Antarabangsa PAS bersama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS malam tadi, Tareq berkata dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, adalah mustahil bagi PAS memenangi pilihan raya berdiri sebagai parti bersendirian.

    "Untuk menang kerusi Parlimen di Malaysia, pakatan satu-satunya cara untuk menang dalam Islam.
    "Kecuali kita ubah struktur Malaysia secara demografi, inilah dia, itulah logiknya," katanya.
     
    Beliau berkata matlamat dalam pakatan berkenaan seharusnya dijalin untuk jangka masa panjang.

    "Kamu bersetuju dengan beberapa syarat sebab ada matlamat jangka panjang.
    "Sama ada kamu tidak amalkan (pakatan) sekarang atau langsung (tidak berpakat)," katanya.

    PAS berhadapan situasi kritikal dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila dilihat berbeza pandangan dalam isu pelantikan menteri besar Selangor dan gagal mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR untuk menjawat jawatan itu.

    Parti Islam itu sebaliknya menghantar lebih daripada dua calon, menurut kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, sedangkan rakan komponen PR dari PKR dan DAP bertegas menghantar nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal. Ekoran itu, walaupun krisis pelantikan MB Selangor sudah selesai, namun dalaman PAS terus berkrisis.

    Tareq bagaimanapun berkata, pakatan yang dijalinkan itu tidak seharusnya dianggap sebagai prinsip, sebaliknya sekadar taktik politik.

    "Itu bukan prinsip, itu taktik, jangan keliru," kata Tareq dalam ceramahnya di hadapan lebih 100 hadirin di Vistana Hotel, malam tadi.

    Konsep kerjasama politik PAS itu dikritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR adalah untuk "menghalalkan yang haram".
    Malah, beliau berkata PAS bijak menggunakan istilah Arab yang berbunyi seperti istilah Islam demi kepentingan politik mereka serta menuduh apa yang dilakukan Umno yang bekerjasama dengan MIC dan MCA adalah haram.

    Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohamed Asri Zainul Abidin berkata, perkataan tahaluf siyasi itu hanyalah bahasa Arab yang kelihatan seolah-olah menggambarkan Islam. Beliau berkata dengan menggunakan perkataan Arab, masyarakat akan melihat seolah-olah ia mewakili Islam. Tareq turut berkata, mana-mana pemimpin yang disokong seharusnya mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi, dan bukan atas faktor individu.

    "Jangan sokong atas faktor individu, tetapi sokong atas dasar prinsip," katanya.

    Beliau berkata, ilmu mahu pun tahap keimanan seseorang itu juga tidak melayakkan dirinya menjadi pemimpin yang baik tanpa keupayaan kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. – 19 Oktober, 2014. (TMI)

    Azmin Perlu Pimpin PKR, Tanpa Anwar -Wan Saiful Wan Jan

    Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dilihat oleh pemerhati politik perlu memikul tanggungjawab sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kes Liwat II. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2014.   Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dilihat oleh pemerhati politik perlu memikul tanggungjawab sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kes Liwat II. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2014.  
     
    Dengan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan minggu depan, para pemerhati politik berpendapat partinya PKR perlu memikirkan masa depan mereka tanpa Anwar.

    Begitulah seharusnya tindakan Mohamed Azmin Ali selaku timbalan presiden PKR yang juga menteri besar Selangor, beliau harus memikul tanggungjawab itu jika mahkamah memenjarakan Anwar kerana liwat.

    Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, parti perlu bersiap sedia mental dan fizikal untuk menghadapi hukuman yang tidak disenangi mereka dengan memberikan fokus kepada pembinaan kepimpinan.

    "Jadi saya rasa bukan setakat perjuangan perlu diteruskan, tetapi pengkaderan pimpinan parti perlu dilipat-gandakan," katanya.

    Anwar kini berdepan pusingan terakhir dalam perbicaraan kes Liwat II dan berkemungkinan  dipenjarakan berikutan rayuan peringkat akhir kes Liwat II beliau di mahkamah yang ditetapkan pada 28 dan 29 Oktober ini. Menyentuh mengenai hubungan antara rakan parti dalam Pakatan, DAP dan PAS, Wan Saiful berkata peranan tersebut perlu dipikul oleh Azmin Ali.

    "Masa depan PKR tanpa Anwar sebenarnya bergantung pada Azmin, beliau perlu jadi pemimpin bukan sekadar untuk PKR tetapi juga semua dalam Pakatan," kata beliau.

    Wan Saiful menjelaskan hubungan baik Azmin dengan PAS dan sokongan yang diberikan DAP semasa kemelut menteri besar Selangor sebagai sandaran baik untuk Ahli Parlimen Gombak itu sebagai penghubung dalam Pakatan. Bagaimanapun, Wan Saiful berkata Azmin perlu melakukan sedikit perubahan peribadi untuk memudahkan rakan parti mendekatinya.

    "Azmin perlu jadi lebih mesra kerana ramai orang kata beliau sukar untuk didekati, tidak berapa fleksibel.
    "Kalau boleh perbaiki itu, beliau boleh main peranan penting bukan sekadar dalam PKR tetapi Pakatan," katanya.

    Pemuda PKR pula berkata Azmin mempunyai peranan yang besar dalam parti tanpa Anwar. Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Radzlan Jalaludin berkata mereka akan mengambil langkah yang matang dan profesional sekiranya ditakdirkan Anwar dipenjara.

    "Masa depan PKR tanpa Anwar terletak pada Azmin, beliau perlu ambil tanggungjawab untuk memimpin parti dan kami akan mengambil langkah matang dan profesional," katanya.

    Profesor James Chin dari Universiti Monash bagaimanapun mempunyai fikiran yang berbeza. Katanya dari segi pengaruh politik, dia menyebelahi Azmin jika Anwar ke penjara, tetapi halangan masih ada kerana isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih presiden PKR.

    "Azmin akan mendapat untung secara politik jika Anwar ke penjara, tetapi beliau tidak boleh melangkaui Anwar kerana isterinya masih presiden parti," katanya. – 19 Oktober, 2014.

    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?
    E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

    Larang Kalimah Allah Bukan Islam, "tidak masuk akal" -Dr Tareq Suwaidan.

    Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Oktober, 2014.  Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait Dr Tareq Suwaidan bercakap tentang 'Islam, Demokrasi dan Isis' semasa perbincangan kepimpinan di Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Oktober, 2014.

     Larangan menggunakan kalimah "Allah" bagi bukan Islam "tidak masuk akal", kata pemimpin Ikhwan Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.

    Dalam ceramah anjuran Lajnah Antarabangsa PAS dengan kerjasama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS di Kuala Lumpur Malam tadi, Tareq berkata tiada undang-undang Islam berhubung larangan penggunaan Allah oleh komuniti bukan Islam.

    "Saya mengikuti perkembangan di Malaysia, berhubung kalimah Allah, ia tidak masuk akal... tidak ada undang-undang Islam untuk perkara ini," katanya.

    Beliau berkata terdapat ribuan bukti yang menunjukkan tidak terdapat larangan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Muslim.

    "Jangan keliru, ini salah, saya ada ratusan, malah ribuan bukti, kita perlu efektif," katanya, di hadapan lebih 100 hadirin di Hotel Vistana, Kuala Lumpur malam tadi.

    Mahkamah sebelum ini memutuskan larangan penggunaan perkataan Allah kepada penerbitan Mingguan Herald berbahasa Melayu, dengan merujuk konteks perkataan itu digunakan merujuk kepada Tuhan. Perkataan Allah dikatakan hak eksklusif penganut Islam, dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu didakwa akan memesongkan akidah dan menjadi ancaman kepada umat Islam.

    "Benar Islam harus memerintah dunia, dan Allah memilih Islam untuk itu.
    "Tetapi ia tidak akan berfungsi tanpa usaha manusia," kata Tareq.

    Pihak berkuasa agama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut merampas Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia di Damansara kerana mengandungi perkataan Allah di dalamnya.

    Kesemua 300 Bible berkenaan dikatakan masih lagi berada dalam simpanan pihak berkuasa berkenaan meskipun Jabatan Peguam Negara berkata agensi berkenaan harus mengembalikan kesemua kitab penganut Kristian itu kepada pemiliknya. – 19 Oktober, 2014. (TMI)

    Menilai Konsert Hayat Ramli Sarip Dari Sudut Agama.


    Ramli berjaya membuai penonton Istana Budaya dengan lagu-lagu popular dendangannya. 

    CATATAN SANTAI
    HALAMAN HIBURAN
    KONSERT Hayat...45 Tahun Seniman Ramli Sarip yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya, pada malam Jumaat lalu, adakah bercorak Islamik atau tidak? Kata seseorang kepada saya, ingin tahu.

    "Biarpun sudah berusia 63 tahun, Penyanyi yang digelar Papa Rock Datuk Ramli Sarip berjaya memberi persembahan bertenaga. Konsert yang mengimbau penglibatannya sepanjang 45 tahun dalam industri muzik tanah air ini membuatkan penonton terpukau dengan kelunakan suara beliau dalam menyanyikan lagu-lagu popularnya." katanya.

    "Saya boleh huraikan sikit-sikit. Tapi penilaian saya dari luar, kerana saya tak hadir di majlis itu." Saya jawab.  "Mai kita tengok!!"

    Acara bermula tepat pukul 9 malam, Ramli keluar bersahaja berbaju hitam mendendangkan lagu Tersendiri sebagai pembuka tirai pada malam itu. Lebih mengasyikan tiupan seksofon daripada komposer muzik Jari mengiringi nyanyian beliau membuatkan penonton terbuai dan menyanyi bersama-sama penyanyi itu.

    Dalam konsert tiga jam itu Ramli mendendangkan lebih 20 buah lagu yang mengembalikan memori zaman kegemilangan rock tanah air sekitar tahun 80-an. Selain itu konsert bersejarah ini turut menampilkan penyanyi asal lagu Zakiah iaitu Achmad Albar yang berasal daripada Indonesia.

    Menurut saya, "Tujuan Ramli seperti yang dinyatakan ...

    • "Konsert ini menceritakan perjalanan dan detik permulaan bagaimana saya mencari Ramli Sarip, banyak pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama penonton.
    • "Pengalaman bagaimana proses saya berhijrah daripada menyanyi dalam kumpulan iaitu Sweet Charity hingga saya bergerak secara sendiri dengan nama Ramli Sarip," ujarnya.
    • Pada segmen penutup, beberapa lagu popular seperti Teratai, Sejuta Wajah, Kamelia, dan Doa Buat Kekasih mendapat reaksi dan tepukan gemuruh daripada penonton.
    Ianya tidak menampakkan apa-apa percanggahan dari sudut Islam, walaupun ada beberapa perkara bertaraf 'khilafiah' dari segi hukum Islam.

    Tetapi pada malam itu, selain Achmad Albar, penyanyi Aris Ariwatan dan Dayang Nurfaizah turut tampil sebagai penyanyi undangan pada konsert tersebut. Dalam pada itu, Ramli sempat berinteraksi dengan penonton menyatakan tentang perjalanan kerjaya nyanyian hingga kini.

    Di situlah timbulnya penglibatan wanita dipentas terbuka atau bernyanyi di khalayak ramai, jelas bertentangan dengan syariat, yang bukan bertaraf 'khilafiah' lagi."



    Kesimpulan:

    Apa hukum perempuan menyanyi di khalayak ramai?
    Jawapan:
    بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد
    Hukum wanita menyanyikan lagu dan apa sahaja bentuk nyanyiian di khalayak ramai yang mana para pendengarnya sudah tentu terdiri dari kalangan lelaki yang bukan mahram adalah jelas iaitu tidak dibolehkan dalam Islam.

    Ini kerana para ulama mengatakan bahawa suara wanita yang dilagukan atau dimerdukan adalah termasuk dalam perkara-perkara kecantikan yang tidak boleh dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahramnya. Dengan sebab itulah wanita-wanita juga tidak boleh melunak dan memerdukan suaranya apabila bercakap atau berkomunikasi dengan lelaki yang mana ianya boleh membangkitkan syahwat dan rasa ghairah lelaki kepada wanita tersebut.

    Firman Allah swt :
    يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا
    • Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa maka janganlah kamu merendahkan (melembutkan) suaramu sehingga berkeinginan orang yang berpenyakit di hatinya berbuat jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" [Al-Ahzab : 32]
    Berdasarkan ayat di atas , maka suara wanita yang sengaja dilembutkan dan dimerdukan serta dimanjakan , hukumnya adalah tidak boleh diperdengarkan kepada khalayak lelaki apatah lagi jika ianya boleh membawa kepada fitnah dan membangkitkan nafsu.

    Imam Qurtubi menyebut bahawa, kerana suara tersebut akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat.

    Rujukan:
    • Adwa al-Bayan, 5/10
    • Tafsir At-Tabari ; 3/22
    • Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177
    Maaf, begitulah secara ringkas saya menilai konsert Hayat Ramli Sarip dari sudut Agama Islam. Wallahu 'aklam. 

    Catatan Santai Ibnu Hasyim  
    Alamat: ibnuhasyim@gmail.com       

    19 okt 2014 KL

    DAP Pulas Tangan PAS...Ugut Nak Keluar Pakatan -AgendaDaily


    Biasanya sebuah parti membuat pendirian bersama.Apa lagi dalam soal dasar dan arah tuju yang serius sebegini.

    Atas sebab itu ramai yang melihat kenyataan DAP negeri Sarawak ini seolah memberi gambaran tentang pendirian DAP induk secara keseluruhan. Lagipun ini berkenaan isu Hudud yang seluruh parti itu tidak pernah berselindung terus menerus bersatu suara menentang hajat PAS selama ini.

    Siapa yang boleh lupa kenyataan sensasi mendiang Karpal Singh langkah mayatnya dulu jika PAS nak laksana Hudud dan negara Islam. Lainlah nanti jika DAP Pusat menafikan ia ada kaitan dengan keputusan yang dibuat oleh DAP Sarawak.

    Sabtu,mesyuarat jawatankuasa DAP negeri Sarawak secara terbuka sudah tunjuk belang beri kata dua kepada PAS. Mesyuarat itu memutuskan akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika golongan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum Hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada muktamarnya Jun tahun depan.

    Rasanya adalah selamat untuk mengandikan apa yang dimaksudkan sebagai golongan ulama PAS ialah Datuk Seri Haji Hadi Awang dan orang-orangnya.

    Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata mereka hanya akan kekal dalam Pakatan Rakyat jika jika kumpulan PAS liberal menguasai parti dalam pemilihan berkenaan.

    "Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

    Sebagai langkah awal mesyuarat DAP Sarawak hari ini memutuskan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

    Kata Chong Chieng Jen PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.-

    PAS dibawah pimpinan Hadi diketahui umum tidak akan tunduk pada desakan DAP. Kata dua DAP ini jelas ada kaitan dengan pendirian PAS Kelantan tetap nak laksanakan Hudud. PAS negeri itu bercadang untuk membawa usul persendirian mengenai Hudud dalam sidang Parlimen dalam masa terdekat.-18/10/2014 (AgendaDaily)

    Lihat sebelum ini..

    Daun Ketum: Fatwa Kalau Tidak Salahguna?


    Daun ketum.

    Pemadam Gesa Majlis Fatwa Haramkan Penggunaan Daun Ketum 
    JITRA: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan daun dan air ketum di negara ini.

    Yang Dipertuanya Datuk Mohd Johari Baharum berkata ini kerana penggunaan air dan daun ketum akan memudaratkan kesihatan mereka yang mengambilnya secara berlebihan dan berterusan.

    Beliau berkata pihaknya bimbang kerana penyalahgunaan ketum kini menular dalam kalangan pelajar sekolah, yang menjadikan air ketum sebagai minuman harian, malah turut dibawa ke sekolah.

    "Penyalahgunaan ketum amat serius. Dahulu, di utara Semananjung sahaja tetapi kini ia telah merebak ke Terengganu, Perak dan Pahang.
    "Saya terima aduan ada nelayan di Pahang minum air ketum sebelum ke laut," katanya pada majlis penutup seminar Penyalahgunaan Ketum: Pembunuh Senyap Anak Bangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba di sini, Sabtu.

    Mohd Johari berkata Pemadam juga berharap Jabatan Peguam Negara menyegerakan proses mewartakan penyalahgunaan ketum dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ketum mengancam keselamatan di negara ini.

    "Saya merayu kepada kerajaan agar percepatkan rang undang-undang berkaitan ketum ini agar tindakan boleh diambil terhadap pengusaha tanaman ketum yang merosakkan rakyat," katanya.

    Sementara itu, Mohd Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu meminta kerajaan Kedah menggubal undang-undang tanah bagi mengharamkan penanaman tanaman memudaratkan seperti ketum.

    Kerajaan negeri berhak merampas tanah pengusaha ketum sekiranya melanggar undang-undang yang ditetapkan dan berhak untuk memusnahkan pokok ketum yang ditanam.

    "Di Thailand, pihak berkuasa akan tebang pokok ketum selain mengenakan denda 500 baht bagi sehelai daun ketum," katanya.

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Manfaatkan daun ketum!

    Dadah, adalah salah dari sudut undang-undang negara. Yakni kalau salahguna, tak salahguna dibuat ubat tak salah. Banyak ubat-ubat hospital sekarang terdapat kandungan dadah, yang tak salah.

    Anggur atau buah kurma tak salah dimakan, tetapi kalau dibuat arak jadi mabuk, salah diminum dari sudut Islam, walau dari sudut kerajaan tak salah, bahkan digalakkan kerana menjana ekonomi negara umat Islam.

    Ganja, dulunya haram. Tetapi kini di beberapa negara barat sudah dihalalkan, dibuat produk ubat-ubatan berasaskan ganja. Makin berkembang perusahaannya sekarang. Mungkin negara-negara Asia akan diluluskan pengedaran ganja berasaskan ubat, apabila sudah wujud agen-agennya di sini.

    Apakah daun ketum ini tidak boleh diproses dijadikan ubat seperti ganja tersebut? Ubat diabetes, darah tinggi dan lain-lain, sila buat kajian, supaya dapat dijadikan sumber pendapatan negara? Manfaatkan supaya jadi perusahaan ubat..

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails