Saturday, July 13, 2013

Kajian Kudeta Mesir: 26% Sokong, 63% Lawan, 11% Kecuali.



 MESIR: Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi.

Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.

Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.

Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu.

Ini menunjukkan, yang menyokong Morsi di negara itu belum terpengaruh secara negatif oleh propaganda media yang dikawal tentera. Media pro-kudeta menyatakan bahawa majoriti rakyat Mesir menyokong rampasan kuasa.

Melalui hasil kajian itu, mereka mendapati demografi penyokong rampasan kuasa adalah dari kawasan luar bandar.

Di kawasan Mesir Hulu peratusan menyokong rampasan kuasa ini mencecah 83 peratus, berbeza dukawasan bandar seperti Kaherah iaitu 52.8 peratus.

Kajian itu juga mendapati, 91 peratus bersetuju dan mengatakan bahawa rampasan kuasa ini adalah usaha untuk menghapuskan "kerajaan Islam".

Selain itu 86 peratus responden yang terdiri dari pelbagai agama dan latar belakang politik juga percaya bahwa Morsi masih presiden sah negara tersebut.

"69 peratus menyokong Morsi kerana tidak mahu regim Mubarak kembali berkuasa, manakala 57 peratus menyokong Morsi karena menentang kekuasaan tentera.

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Siap Berhari Raya Di Sini - Ucapan Dr.Sofwat Hijazi


MESIR12 Julai 2013 tarikh Mesir: Menjelang solat Jumaat, Khutbah yang membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan olehTimbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar. Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam. 

Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi. Antaranya, tokoh Ikhwanul Muslimin Dr.Sofwat Hijazi turut menyampaikan pidatonya di pentas Raba'ah.

Begini antara ucapannya..

"Mereka bertanya kita apa yang anda akan lakukan jika askar tidak mengendahkan tuntutan kamu?

"Kita menjawab, kami akan kekal berterusan di sini dan dataran-dataran, sehingga kembali Presiden Mursi atau kami bersedia untuk mati.

"Kami akan bersiap untuk menyambut hari raya di sini. Sebahagian muslimat semalam datang mencadangkan untuk membawa ketuhar bagi menyiapkan biskut dan kuih hari raya di dataran.

"Kami akan terus menekan dengan cara yang aman. Kami sama sekali tidak akan mengangkat senjata berhadapan dengan tentera sekalipun kami dibunuh. Kita akan menjadi hamba Allah yang sedia dibunuh, bukan hamba-Nya yang membunuh.

"Kami akan gunakan semaksimum mungkin cara untuk menekan. Kami juga mampu untuk mengadakan mogok dan mengepung pejabat-pejabat kerajaan akan tetapi kami tidak akan melakukannya kerana ia mengganggu kehidupan orang ramai," katanya.

Sementara itu, Jutaan para penyokong Dr.Mursi yang berkumpul di dataran Raba'ah malam tadi telah mengadakan perarakan ke Istana Ittihadiyah dan Kementerian Pertahanan.

Kemaraan mereka ke Istana Ittihadiyah bagaimanapun dihalang oleh sekatan tentera yang menghalang jalan dengan kawat berduri dan meletakkan kenderaan perisai di jalanraya.

Pentas Raba'ah semalam juga turut mengumumkan jumlah kehadiran penyokong Morsi sehingga kini iaitu..
  •  3 juta di Dataran Rabaah Adawiyyah,  
  • Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah (2 juta), 
  • Giza (350 ribu), 
  • Ramsis (500 ribu), 
  • Istana Ittihadiyyah (150 ribu), 
  • Qina (100 ribu), 
  • Aswan (30 ribu), 
  • puluhan ribu di Fayoum, 
  • ratusan ribu di Asyut 
  • serta jutaan lagi di Iskandariyyah dan Almenia. (IH)
Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Mesir: Lautan Himpunan Tolak Rampaskuasa, Tuntut 4 Perkara

MESIR12 Julai 2013 tarikh Mesir: Perhimpunan menolak rampasan kuasa serta mendesak Presiden sah Dr Muhammad Morsi dibebaskan yang bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi lautan manusia memenuhi wilayah Kaherah.

Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Raba'ah yang menjadi pusat himpunan. Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum.

Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar. Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam. Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi.
Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu;

1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara.

2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan.

3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.

4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan." 

Di bawah ini adalah gambar sekitar di dataran Rabiatul Awadiah di Kaherah Mesir, 12 Julai 2013, tarikh Mesir.
Maghrib, di Rabiatul Awadiah, semalam. Jutaan penyokong Morsi melakukan solat berjemaah. 
 
.Nasr City, petang semalam. Penyokong Morsi.
Malam, di Rabiatul Awadiah, penyokong Morsi dan Islam. Muslimat yang gigih!!
Solat Maghrib di Rabiatul Awadiah, semalam, Jumaat. 
Morsi digulingkan, hanya kerana INI!! Junjungan Al-Quran. 
Seorang budak Mesir mengibar bendera di Dataran Rabiatul Awadiah, Mesir, malam 12 Julai 2013
Golongan tua turut membantah rampasan junta tentera fasiq Mesir!
Sepanduk menyokong Morsi dan membantah rampasan tentera di dataran sama. Inilah yang sebenarnya menyebabkan Morsi digulingkan junta tentera fasiq Mesir. Kerana Baitulmaqdis juga, ratusan ribu jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa berdemonstrasi menyokong Morsi selepas solat Jumaat, 12 Julai 2013.
 
Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
 

Bintang Porno Rajin Solat, Bangga Jadi Umat Muhammad.. Mengapa?

Bintang porno rajin salat
NAMA aslinya Saidah Voraji. Dia lahir pada 4 Februari 1975 dan tersohor dengan nama Sahara Knite.

Jangan kaget saat Anda mencari namanya di mesin pencari Google. Sederet foto berpose panas bakal hadir ke hadapan Anda. Ya, Sahara memang artis porno di industri esek-esek Inggris. Dia berdarah India. Orang tuanya berasal dari Kota Gujarat dan mereka hijrah ke Ibu Kota London saat Sahara masih dalam kandungan. Lebih mencengangkan dan membuat bengong, Sahara ternyata seorang muslim dan lahir dari keluarga penganut Islam taat.

Menurut sumber wikiislam.net, Sahara sudah membintangi puluhan film porno bahkan bergenre hardcore atau seks sedikit kasar. Dia juga melakukan adegan dikutuk dalam Islam seperti seks anal (memasukkan kelamin ke bokong) dan seks lesbian alias sesama jenis.

Sahara kecil membungkus tubuhnya dengan busana muslim dan kerudung. Saban hari dia rajin mengaji, ke masjid, dan salat lima waktu. "Aku masih ingat bagaimana caranya mengenakan jilbab," ujar Sahara seperti dilansir situs barenakedislam.com (12/5). Dia berujar dari rekaman video dokumenter tentang kehidupannya menjadi aktris porno dalam Channel 4 berjudul 'Buku harian perawan porno'.

Sahara bercerita bagaimana dia sampai berkenalan dengan industri film porno. Awalnya perempuan itu menekuni bidang busana dan telah menjadi manager sebuah perusahaan tekstil selama tiga tahun. Namun hal ini membuatnya jenuh. "Saya butuh pekerjaan yang menantang," ujarnya. 

Akhirnya Sahara berkenalan dengan produser film esek-esek bernama Joe A. Dia dengan kesadaran penuh ingin berakting bugil dan seks di depan kamera. Sahara tahu betul menjadi bintang porno akan membawa dampak kurang baik bagi kehidupan dan hubungannya dengan sekitar.

"Terutama hubungan dengan keluarga. Banyak surat datang hendak membunuh saya. Tapi saya tidak takut. Saya menyukai pekerjaan saya dan saya tidak mau jadi munafik. Bukan berarti jika saya pakai jilbab maka dunia berhenti menyaksikan film porno," ujarnya seperti dilansir situs webcitation (25/11/2011). 

Awalnya Sahara menjadi bintang porno sembunyi-sembunyi sampai sepupunya melihat dia berakting di acara Babestation di Ibu Kota London, Inggris. Dia langsung memberi tahu orang tua Sahara. Hingga kini keduanya ogah menganggap Sahara sebagai anak.

Sahara mengaku nyaman menjalani karirnya di film esek-esek. Bayaran mahal, kehidupan mewah, dan apapun didapatnya. Dia mungkin saat ini tidak merasakan krisis ekonomi menimpa sebagian negara Eropa lantaran sibuk mengumpulkan uang dari hasil buka aurat.

Namun di sisi lain dia tidak menampik dirinya seorang muslim dan akan selalu bangga menjadi umat Nabi Muhammad. Sahara diketahui tidak merokok, tidak memakan daging babi, meminum minuman keras, dia bahkan masih menjalani ritual Islam seperti salat, berpuasa ramadan, serta mengaji. Di tengah rekaman film dia mengatakan berhenti sebentar, para kru sudah paham Sahara hendak bersujud pada Tuhannya. [IH/din]

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mengapa jadi begitu? Kerana fikirannya sudah tidak Islamik lagi, meterialistik, mengejar kemewahan. Asal dapat duit, tidak peduli 'halal-haram' lagi. Macam kerajaan Islam (kononnya) Malaysia. Kerana ada fulus semua lulus. 
  • Lulus judi, 
  • arak, 
  • 4 nombor ekor, 
  • toto, 
  • main kuda, 
  • pusat hiburan maksiat, 
  • judi bola, 
  • hotel berpelacur, 
  • GRO, 
  • najis zina, 
  • gay 
  • dan lain-lain yang sekandang dengannya.
Itulah kerajaan pimpinan UMNO.

Hasil Minyak Gagal Ubah Nasib Penduduk K/Besut -Husam



Antara rumah penduduk di pesisir pantai Kuala Besut.
 
BESUT: Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Kuala Besut memerlukan perubahan dan pembangunan. Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil minyak tetapi keadaan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang miskin.

“Ini bermakna, kekayaan hasil petroleum lebih 20 tahun dulu tidak berjaya mengubah masyarakat di sini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu sengaja mengabaikan pembangunan di Kuala Besut kerana menganggap rakyat tetap menyokong BN. Namun, katanya, senario politik Terengganu akan berubah jika PAS berjaya memenangi PRK ini dengan menambah 16 kerusi Dun.

“Kenapa ini berlaku, kerana kerajaan Barisan Nasional menganggap jika tidak ada perubahan pun rakyat tetap masih sokong mereka (BN).
“Tapi, kalau PAS menang (PRK) kali ini dengan ada 16 kerusi dalam Dun Terengganu segala-galanya akan berubah. RM1.8 bilion duit royalti setiap tahun akan digunakan sebaik-baiknya, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan.

Menurutnya, dalam keadaan pelbagai isu masyarakat setempat tidak selesai dan kerajaan Umno BN terus berjanji setiap kali pilihan raya. (Hrkh)

Saksikan foto-foto menarik calon PAS PRK N01 Kuala Besut,Azlan Yusof @ Che Long:
Ziarah penduduk Pantai Teluk Bayu
Solat Jumaat di Masjid TUDM, Gong Kedak
Majlis berbuka puasa bersama penduduk pantai telok bayu
Bertemu dengan 'saing-saing' selepas solat asar

Team R Kelantan turut sama memberi sokongan kepada calon PAS N.01 Kuala Besut. Mereka berarak di sekitar Baza Ramadhan Kuala Besut sambil membawa sepanduk
Ziarah di Pasar Ramadhan Kuala Besut
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut 

Mesir, Lakonan Ditaja Negara Sekular -Presiden PAS

AS mahu keruhkan lagi keadaan Penyokong Mursi menggesa protes secara aman diadakan di beberapa kawasan di Kaherah, semalam.

SHAH ALAM - Penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi yang diperlihatkan rakyat menolak pimpinannya adalah lakonan ditaja negara sekular yang menolak parti gerakan Islam, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, rakyat dipergunakan untuk berhimpun menyatakan bantahan kepada Mursi, malah ada yang turut dibayar.

“Protes dirancang dengan rapi dan tersembunyi oleh tangan ghaib kuasa besar dan negara Arab sekitarnya. Protes ini hanyalah mengenai masalah yang belum dapat diselesaikan dalam masa setahun pemerintahan Presiden Mursi.

“Satu lakonan menipu rakyat dan seluruh dunia. Kali ini, rakyat miskin dan bodoh dikerah dengan duit upah dan kenderaan percuma, yang disumbangkan oleh negara minyak Arab,” katanya.

Katanya, adalah tidak adil untuk menghukum Mursi yang baru memerintah selama setahun dan meletakkan bebanan ke atas bahunya sedangkan masalah yang berlaku di Mesir diwarisinya daripada rejim terdahulu.

Menurutnya, bertambah malang apabila wujud dalam kalangan ulama dan pemimpin dunia menyokong penggulingan Mursi.

“Ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan, ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini sebagai benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala dan lupa berada paling hampir dengan Kaabah,” katanya.
(SH)

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Bicara Cinta Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


“Bicara Ini Demi Ilahi”, karya hebat ini menyentuh tentang akhlak manusia mengikut lunas-lunas Islam yang unggul nilainya di sisi Allah Taala. Buku yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan garapan yang dihasilkan berdasarkan koleksi ucapan dan tazkirah yang disampaikan oleh beliau. 

Ia ibarat kata-kata cinta seorang ayah kepada pewarisnya, umpama hikmah Luqmanul Hakim kepada anaknya. Ayuh kita telusuri beberapa petikan kata-kata beliau buat panduan sang pencinta Ilahi.

“Cinta adalah suatu anugerah yang tidak terhitung nilainya, cuma kerana kita tidak terdidik dengan cinta pada Allah, kalau bukan cinta kepada perempuan, cinta kepada harta. Apabila kita terbawa-bawa, (maka) yang terjadi menyalahgunakan nikmat cinta.”

“Apa pun jua, kecintaan seorang umat manusia itu mestilah kepada Allah Yang Maha Esa. Jika cinta kepada Allah, perlu ikut perintah dan ikut Nabi Muhammad s.a.w.”

“Usia adalah nikmat yang akan ditanya oleh Allah Taala. Semakin bertambah usia kita, ertinya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab di hadapan-Nya. Marilah kita menjadikan kehidupan yang dipinjam ini sebagai saksi bahawa kita telah melakukan amalan soleh selama hayat di kandung badan.”

“Setiap tahun, kita melihat kumpulan jemaah haji yang pergi dan pulang dari Tanah Suci. Kita berkata 'Alhamdulillah', sebaik jemaah haji yang berangkat ini meninggalkan tanah air itu selamat pulang semula di kampung halaman. Namun, sedarkah kita bahawa akan tiba suatu saat nanti di mana kita pula dihantar pergi dan tidak akan kembali?”

“Begitu juga setiap kali tiba cuti sekolah dan cuti perayaan, kita melihat anak-anak berduyun-duyun pulang ke kampung. Alhamdulillah. Tapi sedarkah kita, bila tiba di akhirat kelak, tiada lagi peluang untuk kita pulang ke desa tercinta? Kita akan kekal di sana. Tiada lagi rayuan dan permintaan untuk kembali semula walau sedetik cuma. Itulah saat kematian.”

“Kita sering berhadapan dengan saat kematian ahli keluarga, kenalan atau sahabat handai. Sedarkah kita, hari ini kita yang solatkan jenazah orang, tetapi suatu hari nanti, akan tiba masanya, orang lain pula yang akan solatkan jenazah kita. Sering kali kita mendengar apabila berlaku kematian, ia disebut sebagai 'tamatlah riwayatnya'. Sebenarnya riwayat si mati tidak tamat. Tapi baru sahaja bermula episod baru iaitu pembalasan terhadap amalannya di dunia. Suatu masa nanti, kita juga akan dibalas perbuatan kita di dunia walau sebesar mana pun pangkat yang dimiliki.”

“Ingatlah setelah mati kelak, tiada apa yang akan kita bawa selain amalan. Ketika itu, kita sudah tidak mampu melakukan apa-apa kerana masanya sudah tamat. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan kecuali menanti perbicaraan dan hukuman apakah nasib kita di sana kelak.”

“Marilah berpegang pada tali Allah sedaya upaya kita. Jika pergi ke tempat yang tidak pernah pergi, kita akan cuba usahakan untuk mengekori kereta yang dipandu oleh pemandu yang biasa ke tempat tersebut. Andai terpisah jauh sehingga bayangnya tidak kelihatan lagi, sudah tentu kita berasa runsing kerana bimbang tersesat jalan.”

“Demikian juga dengan perjalanan kita ke akhirat. Hendaklah kita mengekori rapat panduan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran. Jika kita jauh daripada al-Quran, sepatutnya kita berasa risau dan gundah gulana. Apakah akan sampai kita ke akhirat nanti dengan selamat?”

“Apabila tiba saat kematian dan kita pula dalam perjalanan menuju ke kampung akhirat, ketika itu sudah tiada guna umurmu. Ingatlah setelah mati kelak, tiada apa yang akan kita bawa selain amalan. Ketika itu, kita sudah tidak mampu melakukan apa-apa kerana masanya sudah tamat. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan kecuali menanti perbicaraan dan hukuman apakah nasib kita di sana kelak.”

“Sebarang milik kita di dunia ini. Usah ditanya lagi, apa milik kita? Semuanya tidak akan dapat membantu kecuali amalan. Tidak kira apa taraf kita; jawatan, pangkat dan kebesaran telah tiada gunanya. Justeru, kita perlu segera jadikan amalan kerja di dunia ini menjadi pahala di sisi Allah kelak.”

“Hidup ini regunya adalah mati. Seperti pagi regu-nya adalah petang. Dunia regunya akhirat. Regu syurga adalah neraka. Kesemua ciptaan Allah mempunyai regu. Yang tiada regu hanya Allah sahaja.”

“Sedarilah kita semua adalah tetamu. Apabila disebut sebagai tetamu, ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan milik kita. Maka kita tidak boleh memandai-mandai melakukan apa yang kita mahu. Saya sendiri, sebagai Menteri Besar (dahulu), jika datang ke rumah tuan puan sekalian, maka tidaklah boleh saya melakukan sesuka hati apa yang saya mahu kerana saya adalah tetamu. Begitu juga kita sebagai tetamu Allah di muka bumi ini. Sampai masa kita akan kembali juga kepada-Nya, kepada Dia Maha Pencipta.”

“Sedarilah hidup ini saling tumpang menumpang. Di situlah lahirnya rasa syukur kita. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situlah ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Bayangkan betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita. Alangkah kerdilnya kita ini di bumi Allah.”

“Dalam masa sama, kita hanya memakan nasi tetapi beras tidak diciptakan manusia. Begitu juga lauk pauk, buah-buahan tidak dicipta oleh manusia. Bahkan yang mencipta manusia itu sendiri bukannya manusia. Manusia hanya melahirkan. Semuanya adalah ciptaan Allah. Kita hanyalah sebagai penumpang.”

“Bumi ini juga bukan hak kita dan bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu, tengok-tengok bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita dan datuk nenek kita. Semuanya celik mata tengok bumi sudah ada.”

“Ini menunjukkan segala yang ada ini bukan dibuat oleh manusia. Buah-buahan, tanam-tanaman hatta sebutir beras pun tidak dibuat oleh manusia. Semuanya adalah ciptaan Allah. Ertinya, kita hidup di bumi ini, makan tanaman yang dicipta-NYA, hirup udara-NYA, maka adakah munasabah kita mahu melawan-Nya?”

“Dalam pada itu, saya ingin berpesan, sekalipun anda merupakan seorang guru yang mengajar, jangan lupa untuk sentiasa membaca buku-buku yang bermanfaat. Ingatlah, sebaik-baik peneman kita adalah buku. Dalam masa sama, usah dilupa untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Begitu juga jangan dilupakan pada solat tahajud. Sebenarnya, kalau kita terjaga pada tengah-tengah malam, ia adalah satu anugerah daripada Allah.”

“Dialah (Allah) yang telah mengirimkan malaikat-Nya untuk mengejutkan kita bangun beribadat, sujud pada-Nya. Jadi, sebagai tanda berterima kasih, paling malas pun, pintalah apa-apa doa walaupun sedikit kepada Allah. Kemudian tidurlah. Jika kita mempunyai sebarang hajat, pohonlah kepada Allah. Caranya adalah dengan mendirikan solat. Solat untuk memanjatkan sebarang hajat kepada Allah hendaklah sentiasa ditunaikan. Pohonlah kepada ALLAH walaupun tanpa solat hajat secara berjemaah.”

“Bagi mereka yang memegang apa jua amanah, saya ingin berkongsi agar sentiasa mengamalkan berwuduk sepanjang menjalankan tugas. Kalau boleh, setiap masa, jagalah wuduk dan tolonglah jangan menghisap rokok. Saya amat tidak berkenan pada pimpinan yang merokok.”

“Hiduplah seperti yang Allah mahukan. Dan, bekerja-lah seperti yang telah diajar oleh Rasulullah. Ingatlah segala hukum-hakam yang telah ditetapkan-Nya. Halal dan haram merupakan antara punca keberkatan hidup. Moga kita sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya.”

“Moga usia yang masih ada ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk memperjuangkan agama Allah dan sentiasa dalam ketaatan kepada-Nya.”

“Inilah pesanan saya buat semua. Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk mentaati-Nya. Usia kita ini tidak lama. Sekejap sahaja. Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju untuk bertemu Ilahi.”

Bicara Ini Demi Ilahi : Bicara Cinta Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Tuesday, 11 June 2013 

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir. Apa Kelebihannya?


Satu:
Sabda Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang bermaksud:
  • “Sesiapa yang membaca:

    سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِه

    (Maha Suci ALLAH dan bagiNYA segala pujian) setiap hari 100 kali, dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih di laut.” 
-HR al-Bukhari (7/168), Muslim dengan lafaznya (4/2071)

Dua:
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
  • “Sesiapa yang membaca:

    لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه

    ُلَهُ الْمُلْكُ, وَلَهُ الْحَمْد

    ٌوَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر

    (Tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Esa, tiada sekutu bagiNYA, bagiNYA kerajaan dan bagiNYA kepujian dan DIA berkuasa ke atas setiap sesuatu) 10 kali, bagiNYA pahala seperti mereka yang memerdekakan empat orang daripada keturunan Nabi Ismail `alaihissalam.”
- HR al-Bukhari (7/168), Muslim (4/2072)
Tiga:
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
  • “Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh TUHAN Yang Maha Pengasih ialah:

    سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِه

    (Maha Suci ALLAH dan bagiNYA segala pujian)

    ِسُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم

    (Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung)
-HR al-Bukhari (7/168), Muslim (4/2072)
Empat:  
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
  • “Sesungguhnya aku membaca:

    سُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُلِلَّهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر

    (Maha Suci ALLAH, dan bagiNYA segala kepujian, dan Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH, dan ALLAH Maha Besar) lebih aku sukai dari semua yang disinari oleh matahari ke atasnya.”
-HR Muslim 4/2072
Lima:
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
  • “Apakah kamu lemah untuk melakukan 1000 kebaikan setiap hari?” Salah seorang dari sahabat yang ada bersama Baginda bertanya:  ”Bagaimana kami boleh melakukan 1000 kebaikan?” Baginda sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  ”Ucaplah tasbih 100 kali nescaya ditulis baginya 1000 kebaikan atau dihapuskan darinya 1000 kesalahan
- HR Muslim 4/2073

Enam:
Sabda Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bermaksud:
  • “Sesiapa yang membaca:

    سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِه

    (Maha Suci ALLAH yang Maha Agung dan bagiNYA segala kepujian) nescaya ditanam baginya sepohon kurma di dalam Syurga.”
-HR At-Tirmidzi 5/511, Al-Hakim mentashihkannya dan disokong oleh az-Zahabi 1/501.  Lihat:  Sahih al-Jami` 5/531, Sahih at-Tirmidzi 3/160


Tujuh:
Sabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam yang bermaksud:
  • “Wahai `Abdullah bin Qais, hendakkah aku tunjukkan kepadamu perbendaharaan Syurga?”  Jawabnya:  ”Mahu, wahai Rasulullah!”  Sabda Baginda:  ”Ucaplah:

    لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِالله

    (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH)”
 -HR  al-Bukhari serta Fathul Bari 11/213, Muslim 4/2076.

Lapan:
Sabda Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang maksudnya:
  • “Ucapan yang paling disukai oleh ALLAH ialah empat:

    سُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُ لِلهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر

    (Maha Suci ALLAH, dan bagiNYA segala kepujian, dan Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH, dan ALLAH Maha Besar) Tiada masalah sekiranya kamu mulai dengan salah satu daripadanya dan diikuti dengan yang lainnya.”
-HR Muslim 3/1685
4 ucapan yang paling disukai ALLAH4 ucapan yang paling disukai ALLAH
Semoga beberapa petikan hadith mengenai kelebihan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir yang disalin dari kitab kecil berjudul Hisnul Muslim di atas dapat diambil bekal buat kita untuk dijadikan amalan seharian. Moga-moga ALLAH Ta`ala memberikan hidayah dan taufiq buat kita dalam istiqamah beribadah kepadaNYA, amin… (IH/KD)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
 

Morsi Lari Dari Penjara??

Jaksa Mesir selidiki kasus Mursi kabur dari penjara

KAHERAH - Pihak pendakwa raya akan menyiasat tuduhan bahawa Presiden Mesir yang telah digulingkan, Mohammed Morsi melarikan diri dari penjara atas bantuan Hamas sewaktu revolusi yang berlaku pada tahun 2011.

Ketua pendakwa raya, Hesham Barakat telah menerima testimoni daripada sebuah mahkamah di bandar Ismailia yang akan dijadikan asas kepada siasatan tersebut. Persoalan mengenai sama ada Hamas membantu Morsi dan 30 pemimpin Ikhwanul Muslimin melarikan diri dari penjara telah menjadi perdebatan dalam kalangan media sejak sekian lama.

Morsi dan pemimpin Ikhwanul Muslimin sebelum ini ada menyatakan bahawa penduduk tempatan membantu mereka selepas kebanyakan banduan sudah pun melarikan diri. Hamas bagaimanapun menafikan penglibatan mereka. Para pegawai penjara, polis dan ejen perisikan telah disoal siasat berkaitan kes tersebut.
Isu itu kembali hangat selepas Morsi digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu berikutan protes yang mahu beliau meletak jawatan.

Morsi kini ditahan di sebuah lokasi tidak diketahui dan tidak dikenakan sebarang dakwaan sehingga semalam. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rejim diktator tentera yang baru merampas kuasa Mesir mula mencari salah Morsi untuk dihukum...
 
Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
 

Suasana Majlis Ilmu Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

By Shahmuzir
DSC_0777
Masjid Nabawi, Madinah.
DSC_0844
Tadarus al-Quran di Masjid Nabawi, Madinah.
DSC_0901
Masjid al-Haram, Makkah – Sheikh Saleh Fauzan al-Fauzan
DSC_0919
Masjidil Haram, Makkah.
DSC_0938
Masjidil Haram, Makkah – Sheikh Soleh bin Muhammad al-Luhaidaan

Ma sha’ ALLAH.  TabarakALLAH.

Masing-masing senyap, tekun dan khusyuk mendengar sheikh menyampaikan ilmu.  Tiada jenaka, hiburan dan emosi, melainkan tumpuan penuh dari hati.  Mendatar sahaja suasananya.  Masing-masing pegun.  Fokus hanya kepada bicara sheikh untuk ditangkap ilmu itu dan dimasukkan ke dalam hati masing-masing.
Ada beberapa halaqah seperti gambar di atas dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.  Terpulang kepada masing-masing mahu sertai majlis yang mana satu.  

Yang hadir adalah yang benar-benar mahu mendengar dan belajar.  Para hadirin disegarkan hati mereka dengan kalam-kalam sheikh yang sarat dengan nas dari al-Quran dan as-Sunnah. Cara penyampaian antara satu majlis dengan satu majlis adalah berbeza.  Ada yang caranya seorang murid baca hadith satu per satu dan sheikh menghuraikannya.  Ada yang caranya macam ceramah yang biasa kita lihat di negara kita, yakni sheikh terus menyampaikan nasihatnya.  

Ada juga yang caranya sheikh membaca hadith-hadith dan yang hadir hanya dengar, yakni seperti majlis sama` hadith. Yang paling menarik ialah di hujung majlis-majlis tersebut, biasanya akan ada sesi soal-jawab.  Soalan-soalan biasanya dibaca oleh seorang murid.  Murid tersebut akan membaca kiriman-kiriman soalan yang diterimanya lalu disusuli dengan jawapan daripada sheikh.  Jawapan daripada sheikh biasanya ringkas tetapi padat dan jelas.

Semoga ALLAH memberkati para penyampai dan pencinta ilmu.
- muzir.wordpress.com  
(KD)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013. 

Video Ini, Ketika Perakan Syahid Ditembak.

 AKSI tentera menambak penyokong Morsi yang berhimpun sempat dirakam seorang jurukamera Mesir. Beliau, Ahmed Samir Assem, 26, dari surat kabar Al-Horia Wa Al-Adala juga meninggal dunia ditembak tentera ketika sedang merakam aksi tentera tersebut.

Beliau ditembak oleh tentera penembak tepat dari atas bumbung sebuah bangunan selepas melihat aksinya dirakam Assem. Dalam rakamannya yang diperolehi selepas itu menyaksikan snipers tersebutmelepaskan tembakan beberapa kali ke arah para penyokong Morsi


Kemudian tiba-tiba, senapang tentera itu mengarah tepat ke lensa kamera Assem. Beberapa saat kemudian, rakaman kamera berakhir selepas Assem ditembak.

[VIDEO] rakaman oleh Assem.
Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Perjalanan Menuju Ar-Rahman, Ramadhan & Checklist..

Perjaanan menuju Ar-Rahman bersama Ramadhan Karim.







Checklist Ramadhan


https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/1044065_488491074567095_290700490_n.jpg
 
Video Keindahan Ramadhan-الشيخ هاني حلمي

يومك في رمضان - الشيخ هاني حلمي



Selamat Berpuasa Zahir dan Batin.
(IH/ peribadirasulullah)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails