JAKARTA - INDONESIA. Indonesia melakukan operasi bersepadu menyita restoran yang beroperasi pada waktu siang sepanjang Ramadan terutamanya di Jakarta.

Dipetik AFP, ketua polis Jakarta berkata, selain restoran, pihak berkuasa tempatan juga mengambil tindakan menutup dan mendenda pusat hiburan yang masih berdegil meneruskan operasi pada waktu malam.

"Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha restoran dan kelab malam kerana mereka secara terang-terangan melanggar arahan dikeluarkan kerajaan sejak dua minggu lalu," katanya.

Menurutnya, tindakan tegas itu diambil sejajar dengan desakan Parti Pembela Islam yang mahukan kerajaan lebih serius dalam menjalankan operasi sepanjang Ramadan.(SH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.