Monday, July 08, 2013

26 Penari Tiang Dicekup. Menteri Tak Mampu Tadbir, Letak Jawatan Saja!


KUALA LUMPUR - Keasyikan 26 pelayan pelanggan (GRO) melakukan aksi tarian tiang terbantut apabila polis melakukan serbuan di dua premis hiburan di Taman KIP, Kepong, awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi itu, enam daripada GRO terbabit warga Thailand, empat Vietnam dan dua China, manakala selebihnya rakyat tempatan, termasuk seorang remaja 16 tahun. Menurutnya, 12 GRO asing itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

"Siasatan mendapati GRO ditahan berpakaian seksi dan menunggu di hadapan premis bagi menarik perhatian pelanggan, sebelum menghiburkan mereka dengan tarian tiang.
"Mereka juga bijak mencari wang lebih dengan mengumpul tip hasil jualan kalungan bunga dan mahkota bernilai RM10 dan boleh mencecah sehingga RM100," katanya.

Beliau berkata, semua GRO terbabit dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang berminat. "Semakan menunjukkan dua premis hiburan yang beroperasi sehingga jam 4 pagi itu dipercayai dimiliki dua individu sama," katanya.

Semua GRO berusia 16 hingga 36 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut. Turut ditahan, seorang penjaga dan dua pekerja premis hiburan terbabit.(SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kerajaan Malaysia pimpinan BN macam tak mampu hadapi masalah GRO, khidmat seks (najis zina), maksiat pusat hiburan, dan lain-lain yang berkaitan. Apakah benar-benar begitu atau hanya pura-pura buat tangkapan, kerana ada muslihat lain?

Letak jawatan sajalah menteri berkenaan, kalau hal itu pun tak mampu fikir untuk selasaikan!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails