Saturday, November 14, 2009

Malaysia Waves Bongkar Rakaman Baiah Cerai Isteri. Benarkah?


KATA Malaysia Waves...

Tulang Besi telah mendapat salinan rakaman Dialog antara Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa dengan blogger (UMNO dan PAS. Saya akan mula mengeluarkan rakaman2 ini dalam fasa2 mengikut isu dan kepentingan. Adalah amanah yang diberikan kepada saya mengeluarkan maklumat ini kepada ahli dan penyokong-penyokong PAS.


Saya bercadang untuk melepaskan rakaman2 ini secara berperingkat-peringkat. Ini supaya setiap kali saya buat pendedahan, kita dapat membincangkan isu2 yang dinaikkan dengan lebih mendalam dan lebih jelas untuk kepentingan bersama.

Oleh kerana perjumpaan ini bukan program rasmi parti dan ianya dilakukan dalam kediaman pribadi bukan premis parti, maka program ini tidak tertakluk kepada apa yang kita namakan sebagai RAHSIA PARTI. Kenapa? Kerana ianya bukan program parti.

Dalam perjumpaan tersebut, blogger2 UMNO turut menghadziri program tersebut. Nama2 seperti Sanusi Akramsyah (pembenci Tok Guru dan melakukan dosa qazaf dengan terbuka) dan Mahaguru58 (pengikut ajaran sesat serta pernah mendoakan Tok Guru mati) turut ada dalam majlis tersebut.

Di hadapan karakter-karakter anti Tok Guru dan anti PAS inilah rahsia-rahsia parti didedahkan sewenang-wenangnya. MAlahan kritikan2 terbuka kepada Tok Guru, Khalid etc juga dilakukan dihadapan blogger2 UMNO ini.

Serangan pada Pakatan Rakyat, jangan ceritalah. Menyedihkan. Benda yang diserang pun fitnah.

Sila layari blog tersebut selanjutnya...

Rakaman Dialog Bloggers dengan Ustaz Nasa/DatoHasan (Baiaah Taalik)

Haji Percuma Di Chechnya: Antara Strategi Dakwah Atau...

JENDELA GLOBAL
President of the Chechen Republic Ramzan Kadyrov (left) prays at a service memory of his father, the assassianted former president of the republic.
President of the Chechen Republic Ramzan Kadyrov at the 11th International St. Petersburg Economic Forum, June 7, 2007
GROZNY: Chechnya akan membiayai beratus-ratus penduduknya menunaikan haji tahun ini. Penghantaran jemaah ke Makkah secara percuma itu diberikan atas arahan Presiden Ramzan Kadyrov. Sebelum ini beliau mengarahkan agar hadiah diberikan kepada ibu bapa yang menamakan anak mereka yang baru lahir Muhammad di samping mengharamkan arak secara berkala dan mewajibkan golongan wanita di pejabat kerajaan memakai tudung.

Beberapa penganalisis berkata, Ramzan menggunakan agama sebagai cara untuk menarik hati penduduk ketika wilayah itu berdepan dengan keganasan yang semakin meningkat. Minggu lalu, Ramzan yang juga bekas pemberontak, merasmikan pertandingan di kalangan arkitek untuk membina ‘masjid paling cantik di dunia’ di Chechnya.

Jurucakapnya, ALvi Karimov berkata, mereka yang terpilih untuk menunaikan haji secara percuma itu ialah penduduk yang tidak berkemampuan, yang belum berkahwin dan golongan muda. Empat ratus orang yang bernasib baik itu akan berlepas dari Grozny terus ke Arab Saudi dan pulang selepas mengerjakan ibadah itu.

Perjalanan mereka akan dibiayai menerusi dana yang diwujudkan oleh Ramzan sebagai penghormatan kepada bapanya yang juga bekas presiden, Akhmad, yang terbunuh dalam serangan bom pada 2004.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah itu strategi dakwah kerajaan atau strategi untuk menghapus pejuang-pejuang Islam di Chechnya.. (Sumber: Reuters dll/2MA)

Sila lihat...

Hibur, Hibur Sikit...04 -Chenchen Fighters

Merbahayanya Fanatik Bola. Diperkudakan..

SUKAN

DALAM suasana Muslim Palestin kian menagih simpati, Masjid al-Aqsha dan al-Haram as-Syarif di Jerusalem (al-Quds) yang kian kritis, tetangga se-Muslim dan sebangsanya (Arab), iaitu Mesir dan Aljazair, sedang memperlihatkan sikap yang lain.

Kedua negara Afrika Utara itu kini tengah tenggelam dalam 'perang saraf' gara-gara bolasepak. Mesir dan Aljazair akan bertanding untuk penentuan kelolosan sebagai peserta piala dunia Afrika Selatan 2010 nanti. Kedua pasukan, iaitu "Al-Fara'inah" (Mesir) dan "Muharib as-Shahra" (Aljazair), dijadualkan akan bertanding di Kairo pada Sabtu (Nov 14, 2009) petang waktu Kairo.

Sebuah web 'Era Muslim' (Indonesia) mengulas..

"Sayangnya, rakyat antar kedua negara (utamanya kalangan pemuda) menyambut pertandingan kedua timnya itu dengan euforia perang urat syaraf, utamanya dari pihak Mesir (meski sepanjang sejarahnya Mesir kalah terus oleh Aljazair). Setidaknya, hal inilah yang tampak pada media-media, forum-forum internet, grup-grup facebook, hingga euforia yang tampak di jalan-jalan Kairo (maklum, Mesir sedang jadi tuan rumah)."

Menurut web itu lagi, beberapa forum dan grup faceebook, misalnya, perang kata-kata itu nampak begitu nyata. Kedua pihak terlihat saling serang, menjatuhkan, mengejek, mencaci, dan seterusnya. Meski pun, komentar-komentar pihak Aljazair terlihat lebih "beradab" dan tidak sekasar dan senorak komentar-komentar dari pihak Mesir.

Ketegangan pun berlanjut. Sesaat setelah rombongan pemain Aljazair tiba di Kairo, bas yang mengangkut mereka dilempari bongkahan batu oleh beberapa penyokong Mesir. Kaca kereta pecah, beberapa pemain Aljazir luka dan berlumuran darah. Pihak Aljazair pun berang dan langsung protes, sementara pihak Mesir terus membantah.

Aljazair mengecam Mesir sebagai pihak yang "tak tahu adap menyambut tamu" dan tak mampu memberikan jaminan keamanan. Sementara, pihak Mesir membantah peristiwa kerosakan dan penyerangan itu, dan menyatakan jika pihak Aljazair-lah yang melakukan...

Jelas, suasana panas kedua pasukan dari kedua negara terus meningkat sehingga dapat mengalihkan perhatian masyarakat Arab dari isu Palestin dan Al-Aqsha yang jauh lebih penting. Namun laporan terakhir menyebutkan bahawa ketegangan kedua negara tersebut sudah "adem ayem", menurut web itu lagi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sukan negara perlu diarah ke arah yang sihat. Apalagi bagi negara orang Islam, supaya jangan sampai dihanyutkan ke arah pembaziran, atau diperkudakan oleh musuh negara dan agama. Contohnya seperti fanatik bola tersebut. (Sumber Era Muslim dll/AK)

Sila lihat..

Naiktaraf KUIN Jadi Universiti Profesional -Taulan Mat Rasul


ALOR SETAR, 14 Nov: Kerajaan negeri Kedah sedang berusaha untuk menaiktarafkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menjadi sebuah universiti yang bertaraf profesional.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Koperasi Negeri, Datuk Haji Mohamed Taulan Mat Rasul berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Asrama Sekolah Integrasi Faizin (SAIF), 12 November lalu.

Taulan berkata, pada tahun ini KUIN telah memulakan pengambilan pelajar untuk pengajian kejururawatan dan ekonomi selain daripada pengajian asasnya sebelum ini.

Menurutnya, kerajaan juga sedang berusaha untuk mewujudkan pengajian kedoktoran dan undang-undang supaya keluaran KUIN akan mencangkupi semua bidang pengajian.

Jelas beliau lagi, kampus induk KUIN akan dibina di Kuala Ketil bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di negeri ini yang berkelayakan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan kos yang paling minima.

Menyentuh tentang bantuan kepada sekolah-sekolah agama, Taulan berkata, kerajaan akan terus membantu sekolah-sekolah agama rakyat di negeri itu yang semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat pada masa kini.

"Kita akan bantu sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan integrasi berasaskan ketakwaan kepada Allah," katanya.

"Sekolah-sekolah inilah yang akan melahirkan pemimpin-pemimpin yang faham akan tanggungjawab mereka kerana hanya kepada pemimpin beginilah yang boleh diamanahkan untuk mentadbir negara ini," ujarnya lagi. (Sumber: Harakah)

Tahniah! Amy Search Nak buka Sekolah Tahfiz.

HALAMAN HIBURAN

IKON penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi. Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu. Demikian maklumat dari BERNAMA.

"Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini.

"Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.

"Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita.

"Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah MASTIKA sejak tahun 1996. Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah.

Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu. "Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara.

"Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Lihat sumbangan Yusuf Islam atau Cat Stevan, Al-hamdulillah.. Tahniah kepada Amy Search. Artis-artis lain sila ambil perhatian.

(Sumber: BERNAMA/AK).

Jom Kenal Mazhab Shiah.. Qardhawi & Abd Hadi..

Ibnu Hasyim semasa di sebuah pergunungan pasir di Iran 2009.

CATATAN SANTAI

RAMAI yang tanya saya mengenai mazhab Shi'ah selepas saya balik Iran hari itu, melalui telefon, e-mail dan lain-lain.

Ringkasnya, sila lihat vedio klip ini...











Sekian, wassalam.

Ibnu Hasyim, Catatan Santai.
ibnuhasyim@gmail.com
Nov 2009
KL.

Sila lihat Catatan Perjalanan..

Fiqh: Bukan Islam masuk Masjid, Bolehkah?

Masjid Melayu di Colombo Sri Lanka. Sila lihat Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim di Sri Lanka..

Oleh : Ahmad Fadhil
http://ahmadfadhli.wordpress.com/

SEHARI dua ini saya dihujani pertanyaan ekoran kontroversi yang berlaku di Selangor berkaitan isu non-muslim masuk ke masjid. Saya merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang dilaporkan berkata seseorang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.

Benarkah demikian? Apakah sebenarnya pandangan para fuqaha berkenaan dengan isu ini? Jika dikaji sebenarnya terdapat perbezaan pandangan yang ketara di dalam isu ini ekoran tiadanya nas mutlak yang melarang orang-orang bukan Islam memasuki masjid. Perbezaan itu bolehlah diringkaskan sebagaimana berikut :

Pertama : Pandangan yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi. Mereka berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif yang masih kafir pada masa itu di masjidnya. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka. Berkenaan firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud : ”Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, Maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini..”

Mereka berhujah bahawa ayat ini menegah orang-orang kafir memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah dan perbuatan ini menghina Masjidil Haram. Oleh yang demikian, ’illah larangan bukanlah kekufuran mereka tetapi penghinaan terhadap masjid.

Kedua : Dibolehkan orang-orang kafir memasuki masjid dengan izin kaum muslimin kecuali majidil Haram dan masjid-masjid yang ada di Tanah Haram. Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Syafie (Lihat Raudhah Tolibin, jilid 1 / ms 296). Pandangan ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad dan juga pandangan sebahagian ulama Mazhab Hambali.

Hujah mereka ialah kata-kata Said bin Musayyib : Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia kafir namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram. (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim di dalam pentafsiran ayat 28, surah al-Taubah)

Ketiga : Diharamkan sama sekali bagi orang-orang kafir untuk memasuki masjid. Ini merupakan pandangan Imam Ahmad bin Hanbal dan majoriti fuqaha yang bermazhab Hambali. Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah memerintahkan seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar RA tidak membantah kata-kata Abu Musa. Ini menunjukkan pandangan bahwa orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid merupakan pandangan yang masyhur di kalangan sahabat. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi semasa menafsirkan ayat 28 surah al-Taubah dengan beberapa hujah yang lain).

Keempat : Tidak dibenarkan orang-orang kafir memasuki masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan di dalam keadaan dharurat. Jika mereka memasuki masjid sekalipun hendaklah dengan pengawasan orang-orang Islam kerana dibimbangi akan membuat perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Ini merupakan pandangan mazhab Malik (Rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki).

Selain itu, ada juga pandangan para ulama yang membezakan hukum menurut perbezaan jenis kafir itu sendiri samada harbi, zimmi atau ’ahdi.

Perbezaan-perbezaan pandangan ini menunjukkan keluasan fiqh di dalam masalah non-muslim memasuki masjid. Oleh yang demikian, tidaklah wajar mana-mana pihak menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas apatah lagi jika sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi, sudah tentu pandangan yang wajar diambil ialah harus. Di dalam medan dakwah untuk mengajak orang-orang bukan Islam bersama-sama kaum muslimin dan melembutkan hati mereka, pandangan ini wajar diambil selagi mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang menghina kesucian masjid.

Wallahu a’lam.

Nik Aziz Jadi Ketua Pakatan Rakyat, Ibnu Hasyim Sokong Penuh


by ASYOK KUMAR

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Blog Ibnu Hasyim menyokong penuh cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat.

"Memang layak benar, kerana Tok Guru adalah nakhoda kapal PAS... jawatan Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dalam PAS, dan beliau adalah pemimpin politik, bukan Tok Guru saja!" Kata editornya Dr Haji Mohd Hasyim.

Sebelum itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga menyokong dan mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan.

Datuk Zaid dalam blognya mencadangkan agar Nik Abdul Aziz menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat. Dalam poll yang dibuat oleh NTV7 malam ini, siapa yang sepatutnya memimpin Pakatan, Nik Aziz mendapat 44%, Datuk Seri Anwar 43%, Lim Kit Siang 17% dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi 6%.

"Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. (Datuk Seri Tuan Guru) Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India.

"Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO," tulis Zaid dalam blognya.

Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Zaid telah dinamakan sebagai pengerusi protem itu.

"Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu.

"Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu," tulis Zaid dalam blognya.

Dalam tulisannya itu, Zaid juga mencadangkan agar Tengku Razaleigh Hamzah dilibatkan dengan Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka, tulis Zaid.

Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan. Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari, tulisnya. Menurut Zaid, beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat.

Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama, katanya.

"Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah," tulisnya lagi.

Dalam tulisannya, Zaid mempunyai pandangannya tersendiri dalam usaha Pakatan Rakyat untuk mengembangkan sayapnya di Sabah dan Sarawak. "Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008.

"Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak.

"Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?" tulis Zaid.

Yang penting, bagi beliau adalah untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan.

"Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN," katanya.

"Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari," tulisnya lagi. (Sumber: Harakah/AK)

Friday, November 13, 2009

Nik Aziz Batal Naik Haji Tanda Pemimpin Prihatin.


KOTA BHARU, 13 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini. Menurut laporan, Nik Aziz mengumumkan perkara itu sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi tadi.

Perkembangan terbaru itu didakwa ada kaitan dengan serangan pihak tertentu yang mempolemikkan tajaan untuk beliau mengerjakan haji. Namun difahamkan, Nik Aziz tidak menyatakan sebab sebab pembatalannya itu dan hanya menyatakan beliau dan menantunya telah di fitnah dan di khianati.

PAS Kelantan sebelum ini mempertahan Nik Aziz yang menerima tajaan tersebut kerana menganggapnya biasa berlaku kepada orang alim dan guru-guru pondok di negeri itu. Mereka juga yakin, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membangkitkan isu itu adalah sekadar mencari modal politik.

Tuan Guru berkata, pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya. "Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Katanya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah. (Sumber: Harakah)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah contoh seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat, yang patut menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin lain.

Rujukan, sila klik tulisan saya yang lalu...

UMNO Mesir Lebih Kejam Dari Zionis? -Mursyidul Am Ikhwan


Nov 13 2009. ARAB identik dengan Islam. Begitu pula sebaliknya. Tapi apa daya, para pemimpin negara Arab itu ternyata lebih kejam kepada orang Islam daripada kepada orang lainnya, termasuk bangsa Yahudi. Itulah yang dikatakan oleh Mahdi Akef.

Mursyidul Am Ikhwan, Mahdi Akef, mengatakan pad akhir Oktober lalu, bahawa saat ini ada sebuah konspirasi global yang ditanam di tengah-tengah bangsa Arab. “Di negara-negara anda, ada orang-orang yang lebih hina daripada Zionis. Mereka membantu negara-negara bejat yang ingin menaklukkan bangsa kita. Kerana mereka tidak mampu menjajah dengan senjata, mereka menggunakan cara hina .”

Memang saat ini, banyak terjadi kejadian di Timur Tengah yang membuat miris umat Islam. Di Iran, orang-orang Sunni ditangkapi dan dibunuh, sedangkan bangsa Yahudi dibiarkan hidup dengan bebas. Di Saudi, setiap pengajian akan dibubarkan dan para pelakunya boleh dipenjara. Di Mesir, aktivis dakwah ditangkapi dan dijebloskan, bahkan disiksa,

Menurut Akef, saat ini para pemimpin bangsa Arab ada kerja sama antara dengan Zionis dan pendukungnya. “Hal ini berlaku di Mesir, khususnya. Saat ini saya melihat tirani, korupsi, degenerasi, dan keterbelakangan - apa lagi yang boleh saya katakan? Saya tidak punya kata-kata untuk menggambarkannya. Hal tersebut merupakan suatu kegagalan dalam segala bidang.” Tambah Akef.

Lebih jauh, Akef mengingatkan tentang posisi Palestin saat ini. Ketika orang-orang dari luar negeri melakukan usaha untuk menghentikan Israel terhadap Palestin, OKI, Liga Arab, dan para penguasa Arab malah diam saja.

Namun, Akef juga tak lupa menyampaikan bahawa semua "kerikil dan ujian" itu adalah hal yang memang mesti dihadapi oleh setiap aktivis dakwah di manapun mereka berada.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah bila perjaungan hanya di atas kebangsaan asobiyah tidak atas nama Islam. Samakah perjuangan kebangsaan Arab dengan perjuagan kebangsaan di Malaysia seperti UMNO? (Era Muslim/2MA)

Sokong Hamas & Hizbullah, Sokong Keamanan -Presiden Syria


DAMSYIK: Nov 13, 2009. Presiden Syria, Bashar Assad semalam berkata, rundingan dan tentangan menjadi sebahagian daripada ‘paksi’ untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat.

Menurutnya, dengan menyokong kumpulan pejuang seperti Hamas dan Hizbullah bermakna beliau juga menyokong proses keamanan.

“Intipati keamanan bukan setakat rundingan tetapi juga tentangan,” katanya pada persidangan parti politik Arab. (Sumber AFP/AK)

10 Paling Berkuasa Di Dunia Ada Kaitan Dengan Yahudi?

PRESIDEN AS, Barack Obama dapat menambahkan penghargaan lain yang sudah masuk ke daftar panjang penghargaan yang telah diterimanya selama ini. Setelah mendapatkan nobel perdamaian, kelmarin dia dinobatkan menjadi orang paling berkuasa di dunia oleh majalah Forbes. Sementara Raja Arab Saudi Abdullah bin Abdul Aziz menempati peringkat ke-9.

Dalam menyusun peringkat ini, Forbes mengatakan telah mempersempit daftar menjadi 67 orang. Angka ini disesuaikan dengan jumlah perkiraan penduduk dunia yang saat ini mencapai 6,7 milyar.

"Tujuan dalam penyusunan daftar ini adalah untuk mengekspos kekuasaan dan tidak mengagungkannya, dan dari waktu ke waktu mengungkapkan bagaimana kekuasaan adalah akan dengan mudah hilang kerana sulit untuk meraihnya," kata majalah tersebut.

Para pemimpin dunia dan pemimpin industri mendominasi daftar 10 teratas. Menurut Forbes hal ini dinilai pada jumlah pengaruh, kemampuan di luar kekuasaan, kontrol terhadap keuangan dan bagaimana orang itu bergerak aktif dalam kekuasaannya.

Berikut daftar 10 teratas orang paling berkuasa di dunia menurut Forbes:

1. Barack Obama (presiden AS)
2. President Hu Jintao (presiden China)
3. Minister Vladimir Putin (perdana menteri Russia)
4. Ben Bernanke (gubernur bank sentral)
5. Sergey Brin and Larry Page (pendiri google)
6. Carlos Slim (ketua eksekutif Telmex, Meksiko)
7. Rupert Murdoch (ketua grup media News Corp.)
8. Michael T. Duke (ketua eksekutif Wal-Mart)
9. King Abdullah bin Abdul Aziz (raja Arab Saudi)
10. Bill Gates (pendiri dan pemilik Gates Foundation)

Komen Web 'Satu Umat': Mungkin anda pun menyedari, hampir kesemua nama-anam di atas ada kaitan dengan organisasi-organisasi rahsia Yahudi Antarabangsa. (Satu Umat/AK)

PAS Mesir Tolak Kerajaan Perpaduan? -Ikhwan Muslimin.


Nov 13 2009. HAMPIR semua petinggi al-Ikhwan al-Muslimun (Ikhwan), organisasi kemasyarakatan dan keagamaan yang menjadi pembangkang terkuat pemerintahan Mesir saat ini, menolak proposal opsi “melunak (koalisi?) dengan pihak penguasa” yang baru-baru ini ditawarkan oleh salah seorang petinggi organisasi itu.

Gagasan baru tersebut dilemparkan oleh Dr. Muhammad al-Baltaji, Asisten Sekretaris Jenderal pada Perkumpulan Anggota DPR Ikhwan Mesir (al-Amin al-Musa’id li al-Katlah al-Barlamaniyyah li Nuwwab al-Ikhwan) baru-baru ini.

Al-Baltaji mengatakan, sepertinya Ikhwan perlu untuk membangun kembali pola hubungan yang lebih luas dan luwes antara pihak jama’ah (Ikhwan) dengan nizham (pemerintah).

“Saya berpendapat bahawa dperlukan untuk membangun pola hubungan baru antara jema’ah dan pemerintah,” kata al-Baltaji.

Pernyataan al-Baltaji tersebut segera menuai kritikan dari majoriti jajaran petinggi Ikhwan lainnya. Mereka semua menolak proposal dan gagasan al-Baltaji. Sementara itu, beberapa pihak lain di luar organisasi Ikhwan mendukung gagasan tersebut.

Meski demikian, majoriti petinggi Ikhwan menolak untuk menanggapi dan mengemukakan penolakan mereka atas proposal al-Baltaji ini di ruang publik umum. Alasannya, adalah demi menjaga “sum’ah” jema’ah itu sendiri.

Rencananya, para pengurus Ikhwan akan mengadakan perhimpunan dalaman untuk membahas masalah ini. (Diangkat dari Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pahang).

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau perjuangan Islam Ihkwan di Mesir sama dengan PAS, dan pemerintah kebangsaan Mesir macam BN dan UMNO, maka bolehkah dianggap PAS Mesir tolak kerajaan perpaduan?

Masalah Bolasepak Di Parlimen.

SUKAN
Tonton bolasepak di Bukit Jalil: Wajarkah begini?



Pasukan Bolasepak Jadi Raja Sekarang?

Oleh MEGAT ALI MEGAT ALANG
SUKAN
SEPERTI diketahui, masa ini 11 ahli pasukan bola sepak Inggeris Manchester City sedang bercuti selama 2 minggu, kerana mengikut jadual pertandingan antarabangsa. Man City yang dimiliki oleh Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dari UEA telah memberi percutian percuma di negara itu dengan layanan terbaik bertarat dunia.

Semua staf, pegawai serta pelatihnya itu menggunakan penerbangan Etihad kelas utama, yang mewah dan mahal. Anda tahu berapa harga penerbangan sekali dari Manchester ke Abu Dhabi? 699 poundsterling se orang! Dharablah dengan keperluan 1 pasukan.. Tiba di sana, mereka terus ditempatkan di hotel tujuh bintang Emirates Hotel yang tarif satu malam dikatakan cukup untuk menampung biaya sekolah seorang anak di Gaza selama 20 tahun.

Apa tidaknya, pemain dan pegawainya disediakan keperluan yang cukup selesa. Mandi sinar matahari yang hangat, berenang di bawah udara 30 derajat celcius, dan bermain bola di padang yang ditaburi lampu yang megah hebat. Sedangkan orang-orang Arab di negara lain tengah lapar dengan suasana perang yang berpanjangan. Huru-hara terus berlaku.

Semasa Iraq tengah porak-poranda, Mesir dan Saudi sedang berkhidmat menyambut Presiden AS, Barack Obama. Semasa Palestin sedang berduka, seorang anggota kerajaan di negara Timur Tengah sibuk menyiapkan festival filem dan membuka kembali panggung wayang. Semasa Afghanistan bergejolak sekarang, UEA kini, sedang menyambut sebuah pasukan bola sepak di negaranya dengan jamuan bertaraf raja dan dewa-dewa.

Apa sudah jadi dengan bangsa Arab sekarang, Ya Sheikh Mansour?

Thursday, November 12, 2009

Nafi Royalti Minyak Tolak 1 M'sia - Prof Madya Dr Ahmad Fauzi


KOTA BHARU, 12 Nov 2009: Golongan cendikiawan di universiti menyifatkan tindakan kerajaan pusat mengenepikan bayaran royalti petroleum kepada Kelantan bertentangan dengan semangat federalisme.

Malah kata mereka ia juga tidak mencerminkan semangat 1Malaysia yang dijelmakan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Najib Razak sekarang. Pensyarah Sains Politik USM, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Abd Hamid berkata, sepatutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih cekap dalam usaha menawan hati rakyat Kelantan.

“Rakyat Kelantan tentunya termasuk mereka yang bukan sahaja mengundi BN, tetapi juga mereka yang tidak mengundi BN.

“Di kalangan mereka tentu ramai pengundi atas pagar. Sedangkan Perdana Menteri juga menyebut beliau menjadi ketua kerajaan untuk semua,” katanya ketika dihubungi di sini.

Minggu lepas Perdana Menteri mengumumkan kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan, hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu. Ekoran itu ramai membantah kerana mereka menyifatkan ia bertentangan sama sekali dengan perjanjian yang ditandatangani pada 1975 di antara kerajaan negeri dan Petronas.

Dr Ahmad Fauzi berkata, sifat menghukum kerajaan pusat amatlah merugikan prospek BN di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Hujah ini tidak perlu kepada mengkomplikasikan perbincangan dengan fakta undang-undang yang terlalu ilmiah berdasarkan akta itu dan ini.

“Cukup untuk dihujahkan tindakan Perdana Menteri seolah-olah tidak jauh berbeza dengan sentimen akar umbi Umno yang mendesak kerajaan pusat mengurangkan peruntukan kepada negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat,” ujarnya. (Harakah/AK)

Amerika Idol Serang Indonesia? ... Malaysia

HALAMAN HIBURAN
Nov 12, 2009. SEBENTAR lagi, kita akan segera disuguhi acara televisi yang paling popular di kalangan anak muda dunia, termasuk juga Indonesia, “Indonesian Idol” yang merupakan adaptasi langsung dari “American Idol.”

Dari tahun ke tahun, kecuali jelang pemilu 2009 dihentikan dahulu, ribuan anak muda berbaris memanjang seharian penuh, sebagian besar melupakan kewajiban mereka umat Islam yaitu shalat, demi mencapai suatu ambisi besa: menjadi pop-star (bintang music pop)!

Dan seperti kita ketahui, orang-orang Yahudi telah memberikan pengaruh luar biasa pada musik populer sepanjang sejarah, namun tampaknya tak ada yang bisa mengalahkan outlet musik terbesar dan paling kemilau yang sudah dipunyai oleh Yahudi daripada "American Idol."

Diketahui bahwa diva pop Paula Abdul adalah Yahudi. Paula adalah salah satu juri American Idol, namun kini sudah digantikan oleh Ellen Degeneres yang tak jauh beda dengan Paula. Dan Simon Cowell—penggagas Idol—adalah keturunan Yahudi juga: kakek-nenek dari pihak ayah-Nya, dan Esther Yusuf Cowell Malinsky, menikah pada tahun 1915 di West Ham sinagoga, di East London, situs Web Jewtastic melaporkan.

Para pemenang Idol juga tidak lepas dari orang-orang Yahudi. Adam Lambert, salah satu pemenang Idol terbaru, juga merupakan seorang Yahudi. Di Indonesia, seorang yang pernah bernasyid, juga menjadi salah satu pemenang Indonesian Idol.

Nah, jika kebetulan anak Anda, atau kerabat, hendak mengantre menjadi peserta Idol, mungkin ada baiknya memberikan keterangan terlebih dahulu akan sejarah Idol itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Malaysia... Dah lama. (Era Muslim/2MA)

Bayan Lepas Balik Pulau, Sana Terlepas Sini...


Ust Fauzi Yusoff

BALIK PULAU, 12 Nov: Pantun dua kerat berbunyi ' Bayan Lepas Balik Pulau, Sana Terlepas Sini Terpelau' bukan sahaja kata-kata sinis bahkan kini telah menjadi realiti setelah Umno terutamanya yang menunjangi Kerajaan Barisan Nasional (BN) sewaktu dulu tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan kedudukan orang melayu walaupun telah memerintah melebihi 50 tahun.

Kini, Parlimen Balik Pulau bukan lagi kawasan selamat untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melayu 'berdondang sayang' macam dulu tidak membuat pembaharuan atau menjaga kepentingan bangsa.

Sebaliknya, mereka lebih senang membuang masa tanpa memikirkan perancangan yang lebih manafaat demi menyelamatkan maruah bangsa yang telah tercalar ekoran ketidak tahuan pemimpin sendiri.

Mereka seolah tiada kerangka untuk membantu kerajaan serta meningkatkan tahap sosio ekonomi orang melayu yang rata-rata ada yang menumpang hidup di atas tanah kaum lain atau terpaksa bekorban tinggalkan kampung halaman mencari tapak baru di sebelah Seberang Perai atau sempadan Negeri Kedah seperti Kulim, Mahang, Kuala Ketil dan sebagainya.

Fenomena kediaman dan saki baki kampung Melayu dirobohkan menjadi biasa bagi orang Bayan Lepas, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung To Kong dan sekitar Georgetown. Sekarang ia mula menular pula ke Balik Pulau yakni kawasan terdapatnya masyarakat melayu teramai.

Kebanyakan perumahan di bina jauh lebih tinggi kosnya dari dulu. Sekaligus mengundang masalah baru bagi penduduk Melayu yang kebanyakanya bergantung hidup pada hasil laut, pertanian selain ada yang bekerja sendiri.

Tuduhan melulu bekas Timbalan Ketua Menteri merangkap bekas Ahli Parlimen Balik Pulau dan kini turun jawatan menjadi Adun Teluk Bahang, Datuk Dr Helmi Yahya kononya Kerajaan Pakatan Rakyat sengaja membangunkan perumahan kos tinggi di Balik Pulau bermatlamat menghalau orang melayu secara senyap.

Sedangkan, semua tahu siapakah pemerintah sebelum ini bukankah Umno dan BN?. Kerajaan Pakatan Rakyat baru setahun jagung diberikan amanah menerajui negeri yang terkenal dengan 'Mutiara Timur' itu.

Semasa Kerajaan BN banyak projek dimonopoli oleh sebilangan besar kepimpinan Umno. Mereka menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi tembolok atau kroni mereka tanpa memperdulikan nasib rakyat yang kadangkala kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sepatutnya, bila jatuh dan menjadi pembangkang Umno dan BN kena bermahasabah melihat apakah kesalahan yang mereka telah lakukan sehingga rakyat menolak parti itu bukan lagi mendabik dada seakan masih berkuasa.

Kenyataanya ketika merasmikan taman permainan kanak-kanak di Kuala Sungai Burung baru-baru ini jelas mengambarkan kebodohan beliau sendiri sedangkan semasa berkuasa merekalah pemusnah impian rakyat untuk melihat pembangunan menyebelahi penduduk tempatan.

Mengulas tuduhan tersebut, Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff berkata, PAS melihat isu ini sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan kemarahan rakyat pada kerajaan sekarang.

Namun, rakyat kini sudah celik pemikiran dan tahu menilai siapa sebenarnya petualang dan golongan yang mahu mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Apa yang diperkatakan oleh Datuk Dr Helmi tidak ubah seperti 'meludah kelangit terkena hibung sendiri'.

"Dia kata tak fikir dulu siapa yang membenarkan projek mewah berjalan di sini jika bukan BN, " tegasnya.

Menurutnya lagi, banyak projek mewah dibangunkan di Balik Pulau antaranya, Dellmax di lot 390 Lebuh Sungai Burung 3 pembinaan 10 unit rumah banglo dua tingkat, dengan harga RM900 rbu - RM920 ribu sebuah, sembilan unit rumah sesebuah di Jalan Tun Sardon, Simphony Swiss, projek berdekatan Titi Teras, Jalan Air Putih dan banyak lagi.

Sepatutnya, perumahan yang menjadi masalah utama diberikan perhatian bukan membiarkan pemaju melaksana projek mewah di luar kemampuan penduduk Melayu.

"Sejak dulu lagi PAS telah membangkitkan isu ini dan membawanya dalam setiap konvensyen tanah di Pulau Pinang. Waktu itu banyak projek besar di Bayan Baru tapi kini ia menular ke Balik Pulau pula, " ujar beliau.

Jesteru itu, PAS Balik Pulau akan berperanan mempertahan masyarakat tempatan dengan menyuarakan hak mereka agar bahang yang berlaku disejukkan menerusi Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"PAS Balik Pulau akan bangkit kali ini sebagai penyelamat setelah Umno yang diberikan mandat gagal untuk bertindak membaiki kelemahan yang mereka lakukan sendiri.

Maka, sebagai rakyat yang berpendapatan rendah mereka harus mengubah angin membantu PAS bersuara pada pilihanraya umum ke 13 nanti supaya suara PAS berkumandang mengantikan suara Umno yang telah tengelam akibat keangkuhan parti itu sejak dulu," terangnya. (Harakah/AK)

Mengapa Kickdefella Dipecat? -Ariffahmi (PMBK)


Nov 12, 2009. Pemecatan seorang pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kelmarin tiada kena-mengena dengan dakwaan salah guna kuasa dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) itu, kata ketua pegawai eksekutifnya.

"Dia (Syed Azidi Syed Abdul Aziz) tidak masuk pejabat.

"Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Mohd Ariffahmi Abd Rahman.

"Jadi kita putuskan, kita tidak perlu lagi orang macam ini dalam PMBK."

Mohd Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta mengulas sebab sebenar pemecatan Syed Azidi setelah GLC itu dikunjungi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baru-baru ini. (AK)

P.Pinag: Miskin Tegar Turun -Phee Boon Poh.


PULAU PINANG, 12 Nov: Kadar kemiskinan tegar di Pulau Pinang semakin menurun dengan inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat, Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Menurut beliau lagi, sehingga 31 Oktober 2009 seramai 728 keluarga miskin tegar telah dikenal pasti di negeri ini.

Namun begitu kadar tersebut telah menunjukkan prestasi yang baik apabila seramai 77 keluarga miskin tegar sudah berjaya dikeluarkan daripada taraf tersebut.

"Jumlah wang saraan kepada keluarga miskin tegar adalah satu keperluan. Malah ada terdapat keluarga miskin tegar yang hanya memperolehi pendapatan jumlah isi rumah dalam tempoh sebulan hanya mencecah RM100. Cuba bayangkan apa yang dapat dilakukan dengan jumlah RM100 itu bagi satu keluarga.

"Oleh kerana itu maka Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk memberikan bantuan kewangan kepada keluarga miskin tegar ini walaupun ianya hanya bernilai RM100 bagi meringankan beban mereka," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungei Puyu berkata, Kerajaan Negeri memerlukan sebanyak RM1.35 juta untuk membawa mereka yang dikategorikan sebagai keluarga miskin tegar ini untuk keluar daripada taraf kemiskinan tersebut.

"Sehubungan itu bagi mencapai matlamat jumlah tersebut maka dana akan diperolehi daripada agensi swasta, badan bukan kerajaan dan juga individu yang terdiri daripada pemilik syarikat korporat," katanya. (Sumber Harakah/AK)

Isu M'sia/I'sia: Bukan Remeh, Selesaikan Cara Islam & Global.

Visiting Indonesia's President Susilo Bambang Yudhoyono (R) and Malaysia's Prime Minister Najib Razak talk during a photo call outside Najib's office in Putrajaya, near Kuala Lumpur November 12, 2009.

PUTRAJAYA Khamis November 12, 2009 : Malaysia dan Indonesia tidak akan membiarkan isu-isu remeh yang dibangkitkan sesetengah pihak untuk menggugat hubungan di antara kedua-dua negara tetapi akan terus berusaha mengukuhkan hubungan erat dua hala yang sedia terjalin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau bercakap pada satu sidang akhbar bersama dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di sini hari ini.

Apakah isu-isu yang dianggap remeh itu? Kita sorot balik, antaranya..

Ke 1: Sentimen negatif rakyat Indonesia mula marak sebaik sahaja Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan adalah sah milik Malaysia. Malaysia juga pernah kalah dalam tuntutan wilayah seperti Pulau Batu Puteh yang dituntut oleh Singapura sebagai Pedra Branca, juga diputuskan oleh pihak ICJ, biarpun pulau tersebut jelas milik Malaysia. Perkara remeh?

Ke 2: Kes amah Indonesia didera dan dibunuh? Kes-kes pembantu rumah warga Indonesia di dera ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malahan berlaku juga di negara-negara lain seperti Singapura dan Arab Saudi. Masih lagi remeh.

Ke 3: Pada14 Oktober 2009, mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA), mengatakan sepatutnya mereka telah sampai ke Malaysia untuk berperang setelah ‘bertolak’ pada 8 Oktober yang lalu. Dikatakan kumpulan ini telah mempamerkan latihan mereka termasuklah ilmu kebal dan bersenjatakan parang dan buluh runcing selain mengumpulkan sukarelawan sebagai persediaan untuk melancarkan perang terhadap Malaysia.

Pengisytiharan untuk menyerang Malaysia dibuat selepas beberapa hari mereka membuat sekatan di Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta, kononnya untuk menyapu (sweeping) rakyat Malaysia dari Indonesia.

Ke 4: Secara tiba-tiba, kecoh apabila Discovery Channel berpangkalan di Singapura menyiarkan secara lintasan beberapa saat sahaja Tarian Pendet dalam iklan pelancongan Malaysia. Dalam sekelip mata, media massa Indonesia mendakwa tarian itu dicuri oleh negara Malaysia. Setelah semakan dibuat, didapati ‘kesilapan’ tersebut telah dilakukan oleh pihak Discovery Channel, tidak melibatkan pemerintah Malaysia. Malahan, turut dinyatakan bahawa iklan yang sama pernah disiarkan sebelum ini dan pernah memenangi satu festival yang diadakan di Bali, di Indonesia sendiri. Sehingga ada yang menyebut Malaysia sebagai 'malingsia', maling ertinya pencuri.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pada kami ia bukan perkara remeh, tetapi perlu diselesaikan dengan cara baik bukan bergaduh. Memandangkan Malaysia yang mengaku negara Islam dan Indonesia negara umat Islam teramai di dunia, mengapa tidak selesaikan mengikut cara Islam? Perkara Ke 1 & 2 contohnya, mengapa tidak difikirkan secara Islamik walau ada yang melibatkan bukan Islam? Bukankah Islam itu payung kepada seluruh munusia bukan kepada Muslim sahaja?

Sikap Islam terhadap pelarian, bukankah mereka itu manusia yang memberi sumbangan kepada negara? Kalau binatang ganas di hutan boleh dimanfaatkan, mengapa manusia yang ada kelebihan tidak boleh dimanfaatkan? Mengapa tidak dimanfaatkan melalui kebajikan, dakwah, pendidikan pelbagai bidang termasuk ekonomi? Kita mengatakan pelarian Palestin perlu pembelaan, bagaimana pelarian di negara sendiri?

Kita berderma dan menyumbang kepada 'bencana alam' di luar negara, mengapa tidak kepada 'bencana manusia' di negara sendiri dan jiran? Ulama-ulama dan pemimpin yang dibayar gaji penuh masa untuk memikirkan pembangunan umat mengapa tidak fikirkan bagi mencari jalan keluar ke arah penyelesaian? Apakah Islam itu sempit sehingga tidak ada jalan selesai? Sebenarnya bukan Islam itu sempit, tetapi pemikiran pemimpin-pemimpinnya yang sengaja menyempit. Tidak berfikir secara global tanpa sempadan, dihalangan oleh sempadan ngara dan bangsa! (IH)

Bahasa Melayu Di Taiwan.


By

SEBAGAIMANA catatan perjalanan Encik William Chai ke Taiwan yang telah disiarkan dalam akhbar Eastern Times bertarikh 28 April 2009, Selasa, di muka surat E8 dan E9.

Kaum Aborigines Taiwan adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kaum pribumi/bumiputera di Taiwan. Kajian terbaru menunjukkan nenek moyang mereka sudah mendiami pulau Taiwan lebih kurang 8,000 tahun sebelum imigran Cina berketurunan Han berhijrah dari Tanah Besar China ke pulau ini pada kurun ke-17. Kaum Aborigines Taiwan tergolong dalam kumpulan orang Austronesia iaitu bahasa dan genetik mereka lebih dekat dengan kumpulan etnik Austronesia yang lain seperti orang Filipina, Melayu, Indonesia, Madagascar dan Oceania. (Hill et al. 2007; Bird, Hope & Taylor 2004).

Menurut Encik William Chai, setiap pagi, pemandu pelancongnya, Hung Chia Hong, akan mengucapkan “Selamat Pagi”. Encik William Chai tidak berasa terkejut kerana pada anggapannya, adalah menjadi satu kelaziman Pemandu Pelancong akan mempelajari beberapa patah perkataan negara pelancong yang hadir bagi mendekatkan diri dengan pelancong tersebut. Walaubagaimanapun, ketika Encik William Chai tiba di Ibukota Taiwan iaitu Taipei, kumpulan pelancongan beliau telah melawat firma komersil yang dikenali sebagai The Mao’s Princess House yang menjual produk dari kawasan pergunungan.

Keluarga Mao ini adalah dari kumpulan etnik Shao (Dieja sebagai “Thao” di Taiwan dan China). Etnik Shao merupakan etnik terkecil berbanding kaum asli Taiwan yang lain iaitu hanya berjumlah sekitar 300 orang. Perkampungan etnik Shao ini terletak di Danau Matahari Bulan (Sun Moon Lake), salah satu tarikan utama di Taiwan yang mendapat nama kerana keadaan bentuk danaunya. Mereka menjadikan Rusa Putih sebagai lambang etnik mereka. Kumpulan beliau telah disambut oleh dua orang wanita cantik yang menyajikan mereka minuman teh ketika hadir.

“Minum teh” wanita muda yang bernama Mao Siang Hui menyambut Encik William Chai ketika menghidangkan teh dari kawasan pergunungan tinggi kepadanya. “Xie-Xie Ni” (Bermaksud ‘terima kasih’ dalam Bahasa Mandarin).

“Terima kasih” balas wanita tersebut.

Mao Siang Hui kemudian bertanya kepada Encik William Chai dalam Bahasa Mandarin “Adakah anda datang dari Da Luk (Tanah Besar China)?” Encik William Chai berasa kehairanan kerana beranggapan sebelum ini wanita tersebut menyambutnya dalam Bahasa Melayu kerana mengetahui beliau datang dari Malaysia.

“Tidak, saya dari Malaysia. Tapi, jika awak menganggap saya datang dari China, mengapa awak bercakap dengan saya dalam Bahasa Melayu?”. Encik William Chai bertanya penuh keraguan.

“Oh, tidak! Saya bercakap dalam bahasa saya sendiri, Bahasa Shao, yang mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu”.
Mao Siang Hui membalas.

Kemudian, seorang staf lelaki memaklumkan wanita tadi merupakan Puteri Shao, iaitu puteri kepada etnik Shao dengan nama keluarga Mao. Mereka merupakan cucu kepada Ketua Puak Shao. Encik William Chai kemudian membuat semakan di Wikipedia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kaum Aborigines di Taiwan.

Fakta lain yang diperolehi adalah bahasa bagi etnik Ami (Puak terbesar di kalangan kaum asli Taiwan) menyebut nombor 5 sebagai “Lima” dan nombor 6 sebagai “Enam”. Walau bagaimanapun, pada hari ini, kebanyakan generasi muda orang asli di Taiwan tidak lagi mampu bertutur dalam bahasa asal mereka kerana mendapat pendidikan di Sekolah Cina.

Encik William Chai turut melawat Kampung Budaya Ami yang terletak di Daerah Hualien. Etnik Ami dalam Bahasa Mandarin disebut sebagai Ah Mei Zu.

“Naruwan! (Selamat datang)”
Encik William Chai disambut oleh seorang wanita Ami, Chuang Yik Mei. Beliau dimaklumkan masyarakat Ami mengamalkan budaya sebagaimana adat masyarakat Minangkabau iaitu perempuan menjadi ketua keluarga dan mempunyai kuasa yang lebih daripada lelaki. Walaubagaimanapun, kebanyakan adat ini tidak lagi diamalkan memandangkan ramai orang Ami yang telah berkahwin campur dengan masyarakat Han yang telah mempengaruhi budaya masyarakat Ami kini.

Chuang Yik Mei memaklumkan bagi memelihara kebudayaan etnik Ami, sebahagian penari di kampung budaya ini merupakan pelajar. Terdapat dua sesi persembahan budaya yang diadakan pada setiap petang iaitu pada jam 5.30 petang dan 7.20 petang. Salah satu tarian etnik Ami iaitu Tarian Buluh mempunyai persamaan dengan Tarian Alu-alu yang dimainkan oleh etnik Melanau di Negeri Sarawak.

Diangkat dari..
http://ibnurusydi.blogspot.com

Anda boleh layari, banyak lagi tulisan yang menarik dari segi sejarah..(AK)

Sempena Presiden China Melawat Malaysa...

Chinese President Hu Jintao, right, looks on as Malaysian Prime Minister Najib Razak gestures at the prime minister's office in Putrajaya, Malaysia, Wednesday, Nov. 11, 2009.

SEMPENA lawatan Presiden China Hu Jintao ke Malaysia sila lihat Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim ke negara China dan pulang melalui jalan darat ke Malaysia, berserta gambar-gambar perjalanan.

Sila klik di sini..
Terima kasih.
Editor Ibnu Hasyim.

Kes Norza: SPRM Dera Saksi?


Utusan Online: Saksi kes Norza dakwa didera pegawai SPRM

TEMERLOH 11 Nov. - Seorang saksi perbicaraan kes rasuah membabitkan Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman mendakwa dia terpaksa memberi keterangan palsu kerana tidak tahan didera secara fizikal dan mental.

Mohd. Taupik Hussain berkata, dia merasa cukup trauma sehingga mendorong memberi keterangan palsu kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuantan yang menyoal siasatnya pada 23 Januari lalu.

Ahli perniagaan berusia 39 tahun itu berkata demikian semasa disoal oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah pada prosiding mencabar kebolehpercayaannya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azuar Che Yusof hari ini.

Menjawab soalan peguam bela yang mewakili Mohamad Norza itu, Mohd. Taupik memberitahu, dia dibawa ke pejabat SPRM Kuantan pada 22 Januari lalu ke sebuah bilik dan diarahkan menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam.

Dia mendakwa telah diarah melakukan ketuk ketampi, tekan-tubi dan berguling-guling di atas lantai selain kepalanya turut diketuk dengan kasutnya oleh tiga pegawai terbabit mulai kira-kira pukul 5 petang.

''Paha saya disepak dan pinggul saya dipijak sambil mereka bertanya soalan yang sama berulang kali sama ada saya ada berjumpa dengan Datuk Norza dan menerima sampul surat daripada beliau.

''Proses penderaan berkenaan berlarutan sehingga pukul 11 malam sebelum saya diarahkan untuk menandatangani surat Orang Kena Tahan, sebelas minit selepas itu,'' dakwanya.

Keesokan harinya, dia mendakwa dibawa semula ke pejabat yang sama pada pukul 11 pagi sebelum keterangannya tidak bertemu dan menerima sampul surat daripada Mohamad Norza diambil.

Katanya, kira-kira enam jam kemudian, dia dibawa semula ke bilik soal siasat dan kali ini dia dihina serta diugut oleh empat pegawai SPRM.

''Mereka mengugut akan mengeluarkan waran tangkap untuk menahan saya dalam masa tujuh hari lagi sekiranya saya tidak mahu bekerjasama,'' kata Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu.

Akibat tidak tahan dan berasa tertekan dengan penderaan serta ugutan, Mohd. Taupik mendakwa, dia terpaksa membuat kenyataan palsu bahawa dia menemui dan menerima kira-kira 20 keping sampul surat putih.

Dia mendakwa menerima sampul surat itu yang diikat dengan getah daripada Mohamad Norza di tepi jalan berhampiran Mont Kiara pada pukul 8 malam, 19 Januari lalu.

Mohamad Norza, 43, iaitu bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac lepas.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu juga dituduh memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Mohd. Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh pada 6.30 petang, 20 Januari lalu.

Halimi, 47, pula dituduh memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar pada tarikh dan tempat yang sama.

Dalam keterangannya, Mohd. Taupik turut memberitahu, dia terpaksa mereka-reka cerita dalam kenyataan kedua kepada SPRM selain masih merasa malu, sedih dan takut dengan penderaan pegawai-pegawai berkenaan.

Menjawab soalan lain Muhammad Shafee, Mohd. Taupik menyatakan dia masih menyimpan kasut yang digunakan untuk mengetuk kepalanya oleh pegawai SPRM.

''Ya, saya masih menyimpannya dan mahu jadikan ia sebagai kenangan,'' katanya sambil mengeluarkan sepasang kasut warna hitam dari sebuah beg.

Perbicaraan bersambung esok. (AK)

Kickdefella Dedah Menantu MB K'tan Salahguna Kuasa?



KOTA BHARU: Mstar Online melaporkan, pegawai perhubungan korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dipecat, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali dalam dunia blog sebagai Blogger Kickdefella bernekad untuk mendedahkan apa yang sebenarnya telah berlaku di perbadanan itu khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa.

PMBK diketuai oleh Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Azidi, yang menyertai perbadanan itu pada 2007, menerima surat pemecatannya yang ditandatangani oleh Mohd Ariffahmi semalam (Selasa) kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK. Beliau juga didakwa telah berkonspirasi dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar yang diadakan di hadapan pejabat perbadanan itu di Jalan Kuala Krai di sini hari ini, Syed Azidi menuntut perletakan jawatan Mohd Ariffahmi sebagai ketua pegawai eksekutif PBMK demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz sebagai ketua pentadbir negeri.

“Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sini telah pun berlaku dan semua ini terpaksa disenyapkan hanya kerana beliau adalah menantu kepada menteri besar,” dakwa Syed Azidi.

“Dan kini memandangkan saya telahpun dipecat oleh Mohd Arrifahmi, saya bebas untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di PBMK, yang telah memalukan Menteri Besar, Kerajaan PAS Kelantan dan juga Islam,” katanya lagi.

Syed Azidi yang sebenarnya lebih dikenali dengan nama penanya ‘Kickdefella blogger’, mendakwa dalam genggamannya kini terdapat minit mesyuarat yang disifatkannya sebagai sensitif, dokumen kewangan dan lain-lain dokumen yang boleh disabitkan dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di PMBK.

Maklumat-maklumat itu katanya diperolehi daripada pihak-pihak luar yang pernah berurusan dengan PMBK. “Sebenarnya isu-isu PMBK ini bukan lagi satu rahsia tetapi dah jadi rahsia terbuka. Hanya tidak ada siapa yang lakukan sesuatu mengenainya,” tegas beliau lagi.

Syed Azidi juga menjelaskan, yang beliau tidak ada kena mengena dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM ke atas PMBK malah tidak terlibat pun dalam membawa SPRM masuk untuk menyiasat PMBK. “Malangnya saya juga dituduh menggunakan laman blog saya untuk menimbulkan kekecohan tetapi hakikatnya ialah saya masih terus menyokong Nik Aziz dan pada masa yang sama ingin membuka mata Nik Aziz bahawa menantunya itu adalah satu liabiliti kepadanya," ujar Syed Azidi.

Sementara itu, Nik Aziz, yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri enggan menjawab sebarang pertanyaan berkaitan semua dakwaan yang dibuat oleh Syed Azidi. Siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM ke atas PMBK telah menjadi buah mulut ramai lebih-lebih lagi dengan tindakan Nik Aziz untuk mempertahankan menantunya sebagai seorang yang beliau yakini dan percayai.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata bahawa tidak ada apa yang salah dengan melantik menantu memegang jawatan tertentu sama seperti Nabi Muhammad dahulu pernah melantik menantunya memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan Islam di Madinah.

Pada 5 November lalu, para pegawai SPRM telah merampas beberapa dokumen kewangan PMBK termasuk menyoalsiasat pengurus kewangan perbadanan itu. Dan kelmarin, (9 November) pegawai-pegawai SPRM sekali lagi telah berkunjung ke pejabat PMBK dan kali ini mereka telah menyoal Abdul Ariffahmi.

PMBK, yang terletak di bawah bidang kuasa Menteri Besar, ditubuhkan untuk menguruskan pembangunan ekonomi dan sosial negeri. Perbadanan tersebut melalui pelbagai anak syarikatnya terlibat dalam aktiviti pertanian, infrastruktur, hartanah, utiliti, takaful, bioteknologi dan pendidikan.

Abdul Ariffahmi, yang merupakan seorang jurutera pada mulanya dilantikan sebagai ketua pegawai operasi PMBK pada awal tahun lalu sebelum secara rasminya dilantik ke jawatan ketua pegawai eksekutif kira-kira dua bulan yang lalu. (AK)

Wednesday, November 11, 2009

Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..

CATATAN PERJALANAN SRI LANKA 8


DALAM catatan perjalanan Sri Lanka 4, kawan saya itu barjanji besoknya akan pertemukan saya dengan orang Melayu Sri Lanka. Memang selepas sholat Maghrib & Isyak (jamak& qasar) di masjid dekat hotel saya tinggal, saya ke internet kafe. Lepas itu saya ke restoran 24 jam bawah hotel itu, berehat-rehat cari bahan untuk tulis apa-apa berita yang memberi manfaat.

Disebelah bangunan hotel dan restoran, ada sepohon pokok rendang. Di bawah pokok rendang dan gelap itu saya lihat ada beberapa wanita dan lelaki sedang bercakap-cakap dan duduk-duduk. Lepas bercakap-cakap sepasang dari mereka menghilangkan diri. Lepas itu datang balik, tapi tinggal seorang sahaja iatu wanitanya. Lelakinya tiada, dah pergi kerana dah selesai. Begitulah wanita-wanita itu bertukar pasangan, hingga larut malam, atau mungkin hingga ke pagi.

"Apa yang encik perhatikan itu?" Kata seorang lelaki pekerja kedai makan yang sudah mula rapat dan jinak dengan saya. Rupa dia berbangsa Melayu, walaupun hanya boleh bercakap Melayu dua, tiga patah sahaja. Lain tu bahasa Tamil atau Sinhala dan Inggeris.

"Aku sedang lihat, perempuan-perempuan itu. Apa kerjanya malam-malam begini duduk bawah pokok itu?" Aku jawab.

"Enck tak tahu ke?" Dia macam terkejut. "Tu perempuan pelacur.. cari makan.. bukan Islam!"

"Tapi.. tak nampak cantik pun. Berselekeh saja. Ada ke orang nak?" Lebih kurang berumur antara 30 ke 40 tahun. "Yang sorang itu nampak macam mengandung 7 bulan!" Kataku agak-agak.

"Encik tengok sendiri le. Satu pelanggan 200 ke 300 rupee (100 rupee = RM3.71), kalau dapat 10 pelanggan se malam dapat 3,ooo rupee. Kalau 10 malam, sudah 30,000 rupee. Itu sudah hampir sama dengan gaji aku sebulan.. ". Dia jelaskan.

"Jadi mewahlah mereka?"

"Tak juga. Biasanya suami mereka itu penagih dadah. Tu sebab mengandung 7 bulan pun kena kerja juga!! Dengan dadah, mana duit boleh cukup?" Katanya. Kami sama-sama gelengkan kepala.

"Eh! Tu, mereka berdua itu pergi ke mana? Nak beraksi di mana?" Saya tanya.

"Encik nampak tu, dalam gelap bawah jejambat. Sebelah sana tangga naik ada kedai yang tertutup. Sebelah sini ada ruang kosong tepi stor, diletakkan kereta surung. Ha! Di situlah tempat lenjannya." katanya sambil tertawa kecil.

Hai.. Bawah jejambat pun jadi. Malam itu saya tak nampat sangat, kerana di situ sudut yang gelap. Paginya semasa saya keluar, saya sempat mengambil gambar. Itulah 2 keping gambar di atas. Atas sekali gambar jejambat, di mana disebelah bawah kirinya, ada ruang sikit kosong, tiada berdinding. Itulah dijadikan biliknya, seperti gambar di bawah. Tempat lenjan dan bergelumangnya.

Wallahu 'aklam. Besok sambong lagi, insya Allah.

Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com
November 11, 2009
KL

Lihat yang berkaitan...

Melayu Sri Lanka, Mabole Malay Association... Gamb...

PAS Pertahan Tajaan Kerja Haji Nik Aziz.


PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.

"(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.

"Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama," kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

Nik Abdul Aziz juga dilaporkan menerima tajaan itu kerana beranggapan ia bukanlah amalan rasuah kerana pihak penaja tidak meminta sebarang ganjaran balas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Zaki menolak tanggapan bahawa tindakan Nik Abdul Aziz, sebagai seorang menteri besar, boleh menimbulkan tohmahan.

"Memang dia seorang menteri besar, tetapi dia juga seorang ahli agama," katanya.

Mohd Zaki juga tidak terkejut sekiranya terdapat pihak yang mahu menjadikan tajaan terhadap mursyidul am PAS itu sebagai modal politik masing-masing.

"Biasalah, kalau orang hendak buat isu boleh," katanya.(Malaysiakini)

Nik Aziiz Terlibat Rasuah Haji Secara Tak Langsung?


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

TERTARIK saya membaca artikal kawan lama saya, dalam blognya, Penarek Beca bertajuk:
Kaji pembiayaan ke Mekah tu, Tok Guru.... Menarik cadangan beliau itu... Katanya,

"Tetapi, bila Tok Guru memberikan jawapan yang penuh husnul zan seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Nik Aziz akui dibiaya tunai haji," saya rasa tak patut begitu. Saya sentiasa mahukan seseorang pemimpin seperti Tok Guru melihat dua tiga lapis terhadap sesuatu perkara. Saya tak senang sungguh apabila seorang pemimpin seperti Tok Guru memberikan jawapan yang saya rasa naif sangat.

Saya juga sangat tak senang hati bila Tok Guru kata "nak ambil berkat". Kalau orang lain yang kata benda-benda gitu, tak pa. Tapi kalau Tok Guru sendiri yang kata, berbunyi tak sedap sungguh!


Saya masih yakin Tok Guru perlu melakukan dua perkara:


1. Memastikan pihak yang menajanya itu tidak pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan. Jika tidak pernah, saya rasa dia boleh terima tajaan itu. Tetapi, kalau nak menjauhkan fitnah, elok jangan. Tok Guru kena ingat, Tok Guru ikon PAS. Puak Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang ni berkerja ligat nak memusnahkan nama baik Tok Guru. Ambo harap sangat, Tok Guru jangan bagi ruang untuk orang fitnahkan Tok Guru.


2. Jika pihak yang menaja itu pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan, Tok Guru tolonglah bayar balik duitnya. Kalau Tok Guru tak cukup duit, saya sebagai penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sanggup lancarkan kutipan derma untuk bayar balik duit pihak yang berkenaan. Saya akan mintak beberapa pemimpin PAS menjadi pemegang amanah sehingga cukup RM65,000 - buka akaun bank atas nama mereka."


Saya setuju cadangan dan pandangan ini, suatu pandangan membina. Bukan sahaja kepada Tok Guru tetapi kepada orang-orang yang bernaung di bawah ketiak PAS, yang pemimpin-pemimpinnya hidup sederhana macam Tok Guru, tetapi mereka memiliki cara hidup sebaliknya. Pada saya, sepatutnya pemimpin parti Islam pembawa amanah Rasul, kewangan mereka pun perlu telus kepada parti atau rakyat yang mengundi dan menaikkan mereka.

Supaya rakyat tahu cara hidup pemimpin mereka. Orang bukan Islam pun akan kagum dengan kehebatan agama Islam dalam menjaga amanah rakyat. Sejarah sahabat-sahabat Nabi seperti Khalifah Ar-rasyidin ada contohnya. Rakyat juga ingin tahu ke mana mereka yang berpendapatan tinggi menghabiskan duitnya. Dari mana mereka dapat wang itu, di mana mereka membayar zakat dan sedeqahnya?

Semuanya baik dijelaskan untuk menunjukkan kepimpinan yang bersih. Apalagi kalau mereka adalah pemimmpin yang dermawan, sebagai suatu panduan yang sihat. Seperti contoh yang dibongkar oleh Penarik Beca itu. Bukan kerana dengki, tetapi kerana sayang rakyat kepada pemimpinnya, walaupun kerana pergi haji atau umrah. Jauh lagi dari menuduh Tok Guru Nik Aziz itu sebagai perasuah. Bagaimana takrif rasuah sebenarnya?

Rujukan, sila klik tulisan saya yang lalu...
Ibnu Hasyim, Catatan Santai.
ibnuhasyim@gmail.com
November 11, 2009
KL

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails