Wednesday, November 11, 2009

Facebook: Israel Ceroboh Maklumat Orang Ramai.

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

DUBAI - Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.

Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis. Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak pemikiran mereka.

Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv, manakala duta Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat sulit sedia ada kepada pihak musuh.

Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti Provence, Gerrard Niroux. “Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dari dunia Arab, terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan Amerika Latin,” katanya.

Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan golongan itu. (MRD)

2 comments:

Anonymous said...

Facebook, Friendster dan sebagainya adalah kaedah mduah untuk mendapatkan maklumaty percuma.
CIA dan agensi perisikan lain memang telah lama memasang jerat ini.
banyak kemudahan seperti ini termasuk filem yang dikeluarkan di Hollywood sendiri ditaja secara tidak langsung oleh agensi CIA.
Ia adalah satu eprang propaganda yang kita tidak sedar.
Satu lagi adalah Geni. Satu laman web yang menghubungkan sanak saudara dan mengenali keturunan dan asal usul keluarga kita. Maklumat ini boleh dimuat turun untuk tujuan perisikan agensi seperti CIA, FBI dan juga Mossad.
Ramai tidak sedar mereka sebenarnya memberikan secara percuma maklumat sulit kepada agensi. Yang sebenarnya membantu mereka menyerang orang Islam dengan lebih mudah lagi dapat murah dengan bantuan orang Islam sendiri termasuk dari gerakan Islam.

Dato' Dr Ahmad said...

ade x jalan untuk kite gak tau maklumat tu???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails