Saturday, November 14, 2009

Naiktaraf KUIN Jadi Universiti Profesional -Taulan Mat Rasul


ALOR SETAR, 14 Nov: Kerajaan negeri Kedah sedang berusaha untuk menaiktarafkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menjadi sebuah universiti yang bertaraf profesional.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Koperasi Negeri, Datuk Haji Mohamed Taulan Mat Rasul berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Asrama Sekolah Integrasi Faizin (SAIF), 12 November lalu.

Taulan berkata, pada tahun ini KUIN telah memulakan pengambilan pelajar untuk pengajian kejururawatan dan ekonomi selain daripada pengajian asasnya sebelum ini.

Menurutnya, kerajaan juga sedang berusaha untuk mewujudkan pengajian kedoktoran dan undang-undang supaya keluaran KUIN akan mencangkupi semua bidang pengajian.

Jelas beliau lagi, kampus induk KUIN akan dibina di Kuala Ketil bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di negeri ini yang berkelayakan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan kos yang paling minima.

Menyentuh tentang bantuan kepada sekolah-sekolah agama, Taulan berkata, kerajaan akan terus membantu sekolah-sekolah agama rakyat di negeri itu yang semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat pada masa kini.

"Kita akan bantu sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan integrasi berasaskan ketakwaan kepada Allah," katanya.

"Sekolah-sekolah inilah yang akan melahirkan pemimpin-pemimpin yang faham akan tanggungjawab mereka kerana hanya kepada pemimpin beginilah yang boleh diamanahkan untuk mentadbir negara ini," ujarnya lagi. (Sumber: Harakah)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails