Friday, January 01, 2021

Azam 2021, Ibnu Hasyim Perluaskan Medan Dakwah.. IHtv

 

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chennel Youtube.


As-salamu'alaikum, & salam sejahtera.
Nabi Muhammad SAW bersabda,  بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً 
“Sampaikan dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Yakni Nabi SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau. 

Antara dalilnya:

1.-“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah :3). 
Agama atau 'deen' dalam ertikata way of life atau nizamul hayat.

2.- Mengenai sabda beliau Sampaikan dariku walau hanya satu ayat”, Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini, agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Nabi SAW, kena cepat-cepat menyampainya, meskipun hanya sedikit, agar mesejnya terus bersambung seluruhnya.

3.-Bahkan sabda beliau lagi, Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini, menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Itu tugas kita, yang boleh kita laksanakan melalui melalui chennal youtube. Jom kita mula laksanakan, boleh dengan hanya bermodalkan sebuah HP sahaja.

Tujuan IHtv;

(i) untuk menyatakan kebenaran.
(ii) menjelaskan perkara berbangkit sekitar kita.
(iii) menjelaskan isu semasa di mana saja.
(iv) ke arah memotivasi remaja.
(v) memotivasi remaja ke arah dapatkan pekerjaan.
(vi) memotivasi menjadi usahawan.

Sekian jumpa lagi. Hidup IHtv! Hidup IHttv!
Ibnu Hasyim

10 comments:

Anonymous said...

PH pegang kekerapan cabutan judi dikurangkan menjadi 8 kami cabitan setahun.
PN pegang kekerapan cabutan judi bertambah menjadi 22 kali setahun...apa ini?

Ibnu,
Gi buat dakwah la kat "ulamak" yang kamu agung-agungkan....

Kau betul aku salah said...

Saya dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.

Mungkin ramai Yang Berhormat di sini tidak tahu; cabutan khas dimulakan pada tahun 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah ketika itu. Kerajaan pada masa itu mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas selain daripada tiga hari cabutan seminggu yang ditetapkan. Justeru, dalam setahun, ada 156 hari cabutan biasa dan, 22 hari cabutan khas.

Sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas ini disumbang terus kepada aktiviti kerajaan. Pada tahun 2017, kerajaan telah mengutip sebanyak RM238 juta melalui cabutan khas walaupun wabak virus Nipah pun sudah tiada lagi. Dalam aspek ini, kerajaan sebenarnya sedang mengutip cukai daripada golongan bawahan yang seringkali mencuba nasib mereka dalam aktiviti judi.

Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan. Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain. Mereka ini akan terus menerus mencuba nasib dengan cabutan khas.

Oleh itu, pada November 2018 Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas. Daripada 22 kali pada tahun 2018 yang ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kami mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun.

Malangnya, kerajaan Perikatan Nasional kini menambah kembali jumlah cabutan khas kepada tahap zaman Barisan Nasional.

Saya sarankan agar kerajaan ikut langkah kerajaan PH dulu dan kurangkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit.

Anonymous said...

Tahniah kelantan. Tiada lesen judi baru diluluskan.

Anonymous said...

Tak payah ikut jejak langkah ph. Nanti kena gelar pakatan hancing. Apa punca kekerapan berubah, itu kena selidik. Itu periuk nasi syarikat dari group bangsa dap. Judi bukan budaya penduduk asal. Itu budaya bangsa dap dan sekutunya.

Anonymous said...

Judi x lulus. Tapi kawan dengan amano kaki penyamun dan kaki judi nasib rakyat

Nantilah bala...

Anonymous said...

Minyak naik TAKBIRRRR hahaha
Kata Ketua Dewan Ulamak
kita tegur kera jaan tp tegur dgn hati HAHAHAHA

Anonymous said...

Kawan dengan amano atau jadi khadam dap. Pilih salah satu.

Anonymous said...

Harga minyak naik, harga khinzir turun.

Kau betul aku salah said...

Skrg ni aku kalau rasa nak hiburkan hati atau nak rasa klaka aku masuk kat blog ibnu..banyak lawak jenaka yg klaka² skrg hahaha

Pandai ibnu pas buat lawak

Anonymous said...

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don't touch of Muslim's religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA

Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails