Saturday, January 10, 2009

Yala: Maaflah Kawan...


Ibnu Hasyim:
Catatan Perjalanan di Thailand.


KERETA kami sampai di suatu simpang, ke kiri bertulis Yala, ke kanan bertulis Mayo. "Kita pergi ke Mayo dulu, nak tunjuk kat mu kedai kasutku, baru buka.." Kata Haji Hamid sewaktu berjalan-jalan mencari kawan-kawan lama kami semasa berada di Makkah.

Yala & Mayo, mengingatkan saya kepada e-mail seorang kawan lama kepada saya baru-baru ini pada pertengahan Disember lalu. Beliau anak Mayo yang tinggal berkhidmat di Yala. Beliau menunggu saya, yang akan singgah ke rumahnya selepas pulang dari Bangkok hari tu, tapi tak jadi. Saya berhasrat nak ke rumahnya kali ini. Saya kenal dengannya kira-kira belasan tahun yang lalu, sewaktu beliau menjadi Pegawai Pembangunan Anak-anak Thai di Malaysia, di bawah sebuah NGO persatuan belia Islam di Thai.

Kawan-kawannya pernah menjemput saya beberapa kali berceramah agama dan motivasi, antaranya ialah dari Persatuan Doktor-doktor Islam Thailand. Saya masih ingat markasnya ialah di Sirorot Road, Yala. Melalui kawan-kawanaya juga saya pernah dijemput memberi taklimat kepada pelajar-pelajar Islam di sebuah unversiti di Pattani. Pernah selepas berceramah kepada persatuan doktor itu, seseorang bangun bertanya...

"Persatuan kami perlukan kewangan, apa pandangan dan saranan saudara yang boleh kami lakukan atau niagakan untuk tambah pendapatan kami?"

"Oo senang sahaja." Jawab saya spontan. "Kan tuan-tuan semua doktor? Sekarang di sini terdapat masalah air bersih, lebih-lebih lagi dari perusahaan orang Islam.. dan di bawah bumi pejabat yang tuan-tuan sewa ini ada air meneral. Bagaimana kalau tuan-tuan cuba keluarkan dan pasarkan? Kan tuan-tuan mahir dalam bidang kesihatan dan segala rintangan mesti ada jalan keluarnya?"

Nampaknya ramai yang bersetuju. Akhirnya, beberapa bulan selepas itu, bila saya datang lagi ke Yala, kawan saya itu membawa saya ke tempatnya menunjukkan perusahaan itu sudah berjalan, dan menghadiahkan ole-ole barang untuk bawa balik ke Malaysia air bersih berjenama 'Ummah' keluaran persatuan doktor-doktor mereka. Itulah antara kenangan yang tak dapat saya lupakan bersama kawan-kawan di Yala.

Kereta yang membawa saya masuk melintasi pekan Mayo dan terus ke hujungnya, berhenti di sebuah kedai yang menjual kasut-kasut dan beg-beg. Lama juga saya perhatikan.. kebanyakan barangan tersebut adalah barangan dari negara China.

"Apa pandangan mu??" Haji Hamid tanya saya.

"Bagaimana kalau mu cuba jadi pengimport dan pengedar barangan dari China di kawasan ini? Terutama di pasar-pasar nat yang kebanyakan penjualnya adalah orang-orang kita?"

"Bagus tu. Bagaimana nak mulakan?"

"Pertama, jom ke China.. Kedua, kalau tak ke China, selidik betul-betul apa barangan di China yang boleh dijual di sini. Soal cara membeli, mengimport dan segala pengurusan berkaitan boleh diurus, tak dak masalah.. Boleh beli dari China dan barang akan sampai ke depan pintu rumah." Jawab saya. "Oo ya, jom kita ke Yala, jumpa kawan saya sekejap..."

Sambil melihat jam, katanya, "Tak cukup masa! Sekarang bukan macam dulu, malam mesti ada di sekitar rumah, tak boleh keluar jauh-jauh.. Jangan sampai kita dituduh 'pengebom berani mati' oleh pihak pemerintah. Besok pagi boleh."

"Oh. Besok saya terpaksa ada di Alor Star. Nampaknya tak jumpa lagi kawanku itu, kali ni." Kata saya.

Melalui tulisan ini, saya nak sampaikan kepada beliau, "Maaf kawan, kali ini kita tak dapat jumpa lagi.. Insya Allah lain kali pula.

Sekian catatan perjalanan kali ini.

Ibnu Hasyim
Ban Palas, Thai.

Friday, January 09, 2009

Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim

By Mecon Bangkok

BANGKOK, Jan9, 2009. Hanya pemimpin-pemimpin tiada maruah yang tidak menyokong tiap perjuangan untuk melenyapkan kebiadaban dan kezaliman Yahudi serta kuncu-kuncunya di atas tanah milik rakyat Palestin.. Tak kira samada mereka itu pemimpin yang mengaku Islam atau yang bukan Islam!

Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang semasa di temui di sini, ketika 20 Badan-badan Islam di negara itu telah menghantar wakil menyerah surat bantahan melalui Menteri Luar Thailand semalam. Hal ini berlaku setelah beberapa hari diadakan tunjuk perasaan mendesak Israel supaya berhenti dari bertindak ganas keatas rakyat Palestin di Gaza dan menyatakan hasrat mereka untuk memboikot barangan Yahudi..

Beribu-ribu penduduk Muslimin berkumpul didepan kedutaan Israel di Jalan Asok, Bangkok selepas rejim Yahudi laknatullah itu enggan berhenti bertindak ganas keatas penduduk yang tidak berdosa. Ketika mengulas peristiwa tersebut, Dr Hj Mohd membacakan sebuah hadis, riwayat Abu Hurairah RA, ertinya, Nabi SAW bersabda… ‘Tiap-tiap luka yang menimpa seseorang Muslim di jalan Allah nescaya lukanya itu di hari kiamat tetap seperti ketika dia ditikam mengeluarkan darah. Warnanya warna darah, tetapi baunya bau kasturi. (Bukhari dan Muslim)’

Umat Islam Thailand mengemukanan surat bantahan melalui menteri luar Thailand

Demontrasi pada hari itu.

“Jadi, tiap perjuangan untuk melenyapkan kebiadaban dan kezaliman Yahudi serta kuncu-kuncunya, termasuk perjuangan berdarah, bom syahid, hatta memboikot barangan Yahudi atau cuma yang hanya mampu menimbulkan rasa benci kepada musuh-musuh Allah itu, adalah suatu perjuangan yang mulia, berperi kemanusiaan dan dituntut oleh semua agama yang bermaruah (teliti makna hadis ‘warna darah merah, tetapi berbau kasturi’). Cuma mereka yang tidak bermaruah saja yang mengatakan ‘pengganas’ kepada golongan yang menentang pengganas Yahudi dan kuncu-kuncunya.” Ujar beliau yang juga penulis blog www. ibnuhasyim.com, baru pulang melalui jalan darat melawat saudara-saudara seagama di negara China, Vietnam, Laos dan Thailand. (Sila lihat catatan perjalanan beliau dalam blog tersebut).





Beliau juga menyeru supaya lidah umat Islam sentiasa membaca Qunut Nazilah seperti yang diamalkan oleh golongan-golongan Islam yang bermaruah di negara gajah putih itu dalam setiap sembahyang fadhu di masjid-masjid pada masa itu. Begitu juga dengan sembahyang hajat.

Wednesday, January 07, 2009

Pattani: Cungkil Kenangan lama...


Pemandangan di Ban Palas, Masjid di tepi jalan..

Ibnu Hasyim:
Catatan Perjalanan Di Thailand.

SUBUH pagi, bas dari Bangkok berhenti dekat masjid di pekan Ban Palas, dalam wilayah Pattani, Thailand Selatan. Saya pun turun bersembahyang di situ. Masjid yang mencungkil kembali sebuah kenangan lama saya, pada tahun 1987. Kenangan kira-kira 22 tahun lalu, di mana saya turut berperanan menyampaikan hadiah wang kepada beberapa kanak-kanak anak mukim itu.

Ceritanya begini...

Pada suatu hari sedang saya dan kawan-kawan bercakap-cakap depan sebuah kedai gunting rambut di pekan Palas lepas tengahari itu, berhampiran sebuah sekolah Siam. Tiba-tiba terdengar bising, orang ramai merungut tidak puas hati...

"Jahat betul puak-puak Siam ni. Guru mereka pukul kanak-kanak Islam yang sedang sembahyang di sekolah! Apa patut kita ajar mereka?" Kata seorang dari mereka dalam suasana panas. Panas hati dan panas segala-galanya.

"Tenang! Tenang! Jangan bertindak sendiri. Kita ada salurannya..." Jawab yang lain. "Mari kita adukan kepada pihak yang bertanggung jawab mengenai hal ehwal agama Islam kita. Mari kita bawa kanak-kanak yang dipukul ini ke Jala (Yala), sebagai bukti dan buat pengaduan seterusnya."

Mereka semua bersetuju bertindak segera. Kerana kenderaan tidak cukup, ada yang jumpa saya minta pinjam kereta saya, walaupun kereta bernombor pendataran Malaysia. Saya bersetuju untuk menghantar mereka. Di situlah saya terlibat dalam kes agama tersebut. Mereka minta pendapat saya apa yang patut mereka buat, walaupun banyak pendapat-pendapat di kemukakan sesama mereka.

"Malam ini kita buat perjumpaan bincang apa yang patut kita buat, di samping waris kanak-kanak, jemput juga orang-orang penting dalam kampung ini." Saya beri pendapat.

Mereka bersetuju, perjumpaan malam itu dihadiri oleh pelbagai golongan. Ada yang berpendapat keras seolah-olah militan, dan yang terlalu lembut mengalah yang di anggap pengecut kepda kerajaan Siam kafir. Akhirnya, mereka tanya lagi pandangan saya... "Saya pilih jalan tengah.. Kita kutip derma untuk beli ubat bagi anak-anak kita yang dipukul.. Juga sebagai ucap syabas kepada yang berani menyahut cabaran dan pertahankan agama itu!"

"Saya setuju! Inilah salah satu cara untuk menyatukan pemikiran kita yang berbagai gaya dan aliran supaya sama-sama selaras bertindak." Ada seseorang yang menyokong.

Akhirnya semuanya bersetuju, saya menterbalikkan ketayap saya jadikan tempat isi wang, memasukkan sedikit derma sebagai penggalak dan terus beredar dari tangan ke tangan mulai dari kanan saya. Upacara pengagihan wang kepada kanak-kanak yang dipukul itu diadakan pada hari Jumaat lepas sholat Jumaat, beberapa hari selepas hari itu. Saya antara yang dijemput menyampaikan hadiah, di samping tokoh-tokoh kampung dan tokoh agama yang lain. Haji Ismail, tok guru muda dari pondok yang berhampiran, Haji Hamid, kawan saya yang sama-sama berada di Makkah sebelum itu, Abe Hawe dan ramai lagi turut serta dalam majlis itu.

Kerana sambutan begitu baik dan memuaskan, maka mulai hari itu diadakan perjumpaan setiap minggu, disamping sebagai kuliah pengajian agama, juga untuk membahaskan isu kaitan semasa, yang akhirnya disebut sebagai majlis 'usrah' atau kekeluargaan. Mulai dari itu saya sering kerap ke sana di samping menghadiri majlis usrah juga kadang-kadang di panggil sebagai penceramah agama. Kumpulan usrah ini terus berkembang dan merebak hingga ke utara Thailand iaitu di Chiang Mai. Hasil dakwahnya, ada yang masuk Islam beramai-ramai. Penghijrahan dan pengziarahan sering diadakan, sehingga berjaya mewujudkan kampung orang Islam dan kelas-kelas pengajian di sana.

Beberapa tahun selepas itu, perhubungan saya dengan mereka agak terputus, dan pagi ini entah apa hikmahnya menyebabkan tergerak hati menjengok kawan-kawan lama saya itu.
Dia antaranya adalah Haji Hamid... saya sedang di rumahnya sekarang.

Ibnu Hasyim
Ban Palas
Jan5, 2009.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails