Nik Abdul Aziz Nik Mat  
Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat tidak boleh membandingkan pentadbiran penggantinya, Datuk Ahmad Yakob dengan dirinya yang menerajui Kelantan lebih 20 tahun.

Mursyidul Am Pas itu berkata, setiap pemimpin mempunyai pendekatan sendiri dan Ahmad, selaku pemimpin berpengalaman, tahu apa yang perlu dilakukannya.

“Susah saya nak kritik peribadi orang, cuma apa yang saya boleh kata, nak cari orang yang sama tidak dapat. Mesti ada perbezaan, lemah di sini, baik di situ. Kita doakan beliau melaksanakan yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis  sambutan hari kelahirannya yang ke 83 di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), semalam.

Ahmad, yang mengambil alih pentadbiran Kelantan selepas PRU13 pada 5 Mei lalu dikritik beberapa pihak berikutan beberapa tindakannya  yang berbeza dan dirasakan tidak lantang seperti  Nik Aziz.

Nik Aziz berkata, semasa beliau menjadi menteri besar, Ahmad menerima latihan yang cukup, termasuk ditugaskan untuk menggantikannya dalam pentadbiran dan acara-acara kerajaan.

“Beliau macam anak murid saya, semasa saya ada. Banyak tugasan yang saya serah kepada beliau, termasuk menjawab soalan dalam Dun. Dalam pentadbiran dia cukup faham,” katanya.

Ditanya isu pelaksanaan hukum hudud i Kelantan,  Nik Aziz berkata, beliau berharap kerajaan Pusat dapat memberi peluang kepada Kelantan melaksanakan hukuman yang telah diluluskan semasa pentadbiran beliau.

Katanya, apa yang berlaku kini, kerajaan Pusat takut melaksanakan hukuman itu kerana melakukan pelbagai kesalahan, sekali gus dikenakan hukuman itu kepada mereka.

“Kenapa orang gerun? Jawapannya adalah kerana orang yang takut itu mahu mencuri juga. Macam di Malaysia, Audit Negara umumkan berbilion duit hilang. Siapa yang hilangkan? Orang ini ialah yang pegang (perintah) kerajaan. Mereka ini sah dikenakan hudud.

“Bagaimanapun, selagi tidak ubah kerajaan di Putrajaya atau Umno tidak ubah dasar dia kepada Islam, maka selama itu kita payah nak laksana hudud. Jadi mahu tidak mahu, kena ada perundingan dan persetujuan Pusat. Saya minta sangat Pusat benarkan,“ katanya. (SH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com