Saturday, October 09, 2021

PRN Melaka (6): Keputusan minggu depan

 

Melaka: Kerajaan buat keputusan minggu depan

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat keputusan untuk menasihatkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri Melaka bagi menangguh Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan difahamkan Sultan Nazrin Shah akan menerima taklimat daripada beberapa pihak sebelum menimbang perkara itu.

“..belum lagi, tadi kita ada mesyuarat kabinet, kita bincang mengenai situasi di Melaka dan kita belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Sebab kita difahamkan yang Pemangku Yang di-Pertuan Agong (Sultan Nazrin Shah) akan mendapatkan taklimat daripada AG (Peguam Negara) KKM (Kementerian Kesihatan), SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) jadi kita tunggu taklimat itu kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi kita tunggulah selepas briefing kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Kabinet akan membuat keputusan minggu depan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis prapelancaran ‘Keluarga Malaysia’ di Angkasapuri di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai persoalanan sama ada kerajaan akan menasihatkan Sultan Nazrin Shah sekiranya darurat perlu diisytiharkan di Melaka bagi menangguhkan PRN negeri berkenaan.

Pada 4 Okt lepas DUN Melaka dibubarkan kerana kerajaan Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu. 

Ia susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) yang hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – BERNAMA

Sila lihat siri PRN Melaka:

Kabinet tubuh jawatankuasa khas siasat kes kematian Adib

 

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail sabri Yaakob, berkata jawatankuasa khas itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

"Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sila lihat siri PRN Melaka:

PRN Melaka (5): Wajib politik, tapi bukan undi DAP/PH!

 


Islam Mewajibkan Politik.

POLITIK atau siasah merupakan kaedah, proses dan cara mentadbir serta mengurus atau memimpin yang menjadi suatu keperluan dalam hidup bermasyarakat. Perkara ini adalah ketetapan Allah SWT kepada manusia, sebagaimana yang diisytiharkan oleh-Nya kepada para malaikat yang mulia, sebelum mencipta Nabi Adam AS. Firman Allah SWT:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ٣٠﴾

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): ‘Adakah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?’. Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kalian tidak mengetahuinya.’” (Surah al-Baqarah: 30)

Tujuan diciptakan manusia sebagai khalifah mengandungi hikmah yang tidak diketahui oleh para malaikat dengan kemampuan ilmu, akal dan jasad kurniaan Allah SWT kepada makhluk manusia yang tiada pada malaikat. Sekalipun sifat kejadian para malaikat itu suci dan mulia, mereka hanya mentaati Allah SWT dan sekali-kali tidak menderhakai-Nya.  

Para ulama’ mentafsirkan perkataan ‘khilafah’ seerti dengan perkataan ‘siyasah’, yang merupakan  ‘masdar’ (kata terbitan) daripada perkataan sasa, yasus (ساس-يسوس) yang bermaksud memimpin dan mentadbir. Hal ini disebutkan oleh sabda Rasulullah SAW:

كَانَتْ بَنُو إسْرائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُوْنُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ.

“Kaum Bani Isra’il pada zaman dahulu, mereka dipimpin (dan ditadbir) oleh para anbiya’. Apabila setiap orang nabi diwafatkan, maka akan digantikan oleh nabi yang sesudahnya. Dan bahawasanya tidak akan ada nabi lagi selepasku (Nabi Muhammad SAW), tetapi akan ada para khalifah (pemimpin yang memerintah) selepasku, dan jumlah mereka itu adalah ramai.”

قَالُوْا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟

Para sahabat bertanya: “Apakah perintahmu (pesanan Rasulullah) kepada kami jika itu berlaku?”

قَالَ: فُوْا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالأَوَّلِ، أُعْطُوْهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ.

Sabdanya: “Tunaikan baiah (janji ketaatan dan kesetiaan) kepada yang paling awal, kemudian sesudah itu. Berikanlah hak mereka (sebagai pemimpin), maka sesungguhnya Allah akan membicarakan mereka terhadap apa yang ditunaikan dalam urusan kepimpinan mereka.” (Riwayat al-Bukhari 3455 dan Muslim 1842)

Al-Quran membawa cerita benar yang wajib diimani akan kebenarannya, betapa para Rasul berdakwah tanpa berpisah daripada berpolitik kepada para pemimpin (al-mala’) dan para raja pada zaman masing-masing bersama rakyatnya. Mereka berdakwah supaya golongan itu beriman kepada Allah SWT dan mengikuti petunjuk-Nya dalam semua urusan.

Mereka terus berjuang dengan gigih menentang penyelewengan aqidah, syariat dan akhlak dalam semua urusan kehidupan manusia. Sesiapa yang menerima Islam diiktiraf menjadi raja (Zulqarnain dan Tolut), bahkan ada Rasul yang memimpin kerajaan sebagai Khalifah (Nabi Daud AS) dan menjadi Raja (Nabi Sulaiman AS).

Ramai dalam kalangan para Rasul wafat sebelum berjaya mendirikan kerajaan. Lalu, tugas tersebut disambung oleh Rasul selepasnya atau para sahabat yang setia melangsungkan perjuangan sehingga akhirnya berjaya mendapat kuasa politik.

Allah SWT meletakkan semua bentuk cabaran dalam urusan kehidupan manusia bagi menguji mereka, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman-Nya:

﴿تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ١ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ٢﴾

“Maha Suci Allah, Tuhan yang menguasai kerajaan (pemerintahan); dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1); Dialah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup untuk menguji kalian, siapakah antara kalian yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun. (2).” (Surah al-Mulk: 1-2)

Para Rasul AS berjuang menghadapi penyelewengan aqidah, syariat, akhlak dan sistem hidup seperti melantik tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, serta mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah dalam urusan hidup dan akhlak. Firman Allah:

﴿أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ٢١﴾

“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian daripada agama mereka, sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (daripada Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta ke atas mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Syura: 21)

Rasulullah SAW juga melaksanakan kewajipan yang sama, sehingga Baginda menolak tawaran untuk dilantik menjadi raja atau pemimpin oleh para pemimpin masyarakat Makkah. Hal ini demikian kerana, puak Musyrikin Makkah tidak mengizinkan Islam itu berkuasa dalam negara.

Akhirnya, Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah untuk mendirikan negara bermasyarakat majmuk dengan petunjuk hidayah Allah SWT dan kebijaksanaan Rasul-Nya SAW serta para sahabatnya. Baginda SAW melaksanakan urusan politik berprinsipkan iman dan berkonsepkan ibadat, syura dan adil kepada semua bagi mencapai janji Allah SWT:

﴿وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ٥٥﴾

“Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan kalian (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka yang berkuasa; dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama Islam yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan mengubah keadaan mereka dalam ketakutan (dengan ancaman musuh) kepada keamanan. Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur (tidak bersyukur) ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).” (Surah al-Nur: 55)

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, hukum kewajipan berpolitik telah menjadi ijma‘ (sepakat) para ulama’. Hal ini sekali gus menunjukkan hukum wajib berpolitik adalah berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijma‘ para ulama’ khususnya generasi awal Islam yang menjadi pilihan Allah SWT.

Kesempurnaan Islam tidak boleh diamalkan tanpa politik bagi mentadbir dan mengurus pelaksanaannya. Firman Allah SWT:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ٢٠٨﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kalian.” (Surah al-Baqarah: 208)

Betapa banyaknya hukum-hukum Allah yang meletakkan syarat pelaksanaannya dengan wujudnya politik serta sebuah kerajaan berdaulat yang mentadbir dan menguruskannya. Maka, ulama’ meletakkan perbahasannya dalam satu kaedah hukum yang terkenal:

‌مَا ‌لَا ‌يَتِمُّ ‌الْوَاجِبُ ‌إلَّا ‌بِهِ ‌فَهُوَ ‌وَاجِبٌ.

“Apa-apa hukum wajib yang tidak dapat disempurnakan melainkan dengan adanya, maka hukum adanya juga menjadi wajib.” (Al-Ghazali, al-Mustasfa, 217)

Imam al-Ghazali RH seorang tokoh ulama’ yang terkenal dalam bidang tasawuf pernah menegaskan kata-katanya yang terkenal dalam tulisannya berkenaan politik:

‌الدِّينُ ‌أُسٌّ وَالسُّلْطَانُ حَارِسٌ وَمَا لَا أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ.

“Agama (Islam yang disebut al-Din) menjadi asas, manakala kuasa pemerintahan (politik) menjadi pengawas. Maka, perkara yang tidak berasas nescaya akan runtuh, dan perkara yang tiada pengawas akan hilang.” (Al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, ms. 128)

Apa yang disebutkan di atas menghuraikan amaran yang pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

لَتُنْقَضَنَّ ‌عُرَى ‌الْإِسْلَامِ ‌عُرْوَةً ‌عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.

“Demi sesungguhnya akan berlaku, dirungkai (dirombak) ikatan ajaran Islam (yang teguh) satu demi satu. Maka, apabila setiap satunya dirombak menjadikan para penganut Islam berpegang dengan simpulan berikutnya (yang masih ada). Simpulan pertama yang dirombak ialah (pelaksanaan) hukum Islam dan simpulan terakhir yang dirombak ialah (pelaksanaan) solat.” (Riwayat Ahmad 22160, Ibn Hibban 6715 dan lain-lain dengan sanad yang baik)

Perkara yang sedemikian berlaku apabila politik dihilangkan daripada Islam, sehingga tumbangnya sebuah kerajaan yang mendaulatkan Islam, lalu dikuasai oleh penjajah dan ideologinya. Walaupun dikatakan sudah beroleh kemerdekaan dan mampu memerintah sendiri, tetapi kebanyakan hukum Islam telah dilupakan oleh umat Islam dan mereka jahil berkenaannya.

Syeikh Mustafa Sabri RA (Syaikhul Islam atau Mufti Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah) menegaskan dalam tulisannya berkenaan langkah Kamal Ataturk yang menegakkan sekularisme di Turki setelah menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah. Katanya:

“Sesungguhnya langkah memisahkan politik daripada agama merupakan jalan pintas paling dekat kepada penyelewengan daripada agama Islam.” (Mawqif al-‘Aql wa al-‘Ilm wa al-‘Alam)

Apa yang dikatakan sebagai langkah memajukan Turki dengan meninggalkan Islam adalah suatu pembohongan, apabila Turki jatuh menjunam daripada kedudukan kuasa besar dunia kepada sebuah negara yang lemah. Seterusnya diikuti dengan penjajahan dan pembahagian tanah air Islam oleh kalangan negara-negara penjajah.

Kesannya sehingga hari ini, negara umat Islam masih berada pada tahap negara yang lemah dan dipecahkan di bawah pengaruh kuasa besar yang menjajah dengan bentuk penjajahan baharu (neokolonialisme). Walaupun Allah SWT mengurniakan hasil bumi yang melimpah ruah, penduduk manusia yang ramai dan kedudukan yang terbaik dalam peta dunia, namun tetap tidak berjaya untuk bangkit semula menjadi umat yang hebat dan perkasa.

Keadaan ini membuktikan amaran yang dikatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

يُوشِكُ ‌الْأُمَمُ ‌أَنْ ‌تَدَاعَى ‌عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا.

“Akan tiba masanya seluruh manusia akan mengerumuni kalian, laksana mengerumuni hidangan pada bekasnya.”

فَقَالَ قَائِلٌ: وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟

Lalu seorang sahabat bertanya: “Adakah kerana jumlah (bilangan kita) pada masa itu adalah sedikit?”

قَالَ: بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ، وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ.

Sabda Rasulullah SAW: “Bahkan jumlah kalian ramai, tetapi laksana sampah dan buih yang dihanyutkan oleh air banjir. Allah mencabut kehebatan kalian yang dirasakan oleh musuh dalam dada mereka dan dicampakkan ke dalam diri kalian penyakit wahan (lemah dan hina).”

فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا الْوَهْنُ؟

Kemudian salah seorang sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah rupa penyakit itu?”

قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا، وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ.

Sabda Rasulullah SAW: “Terlalu cintakan dunia (sehingga tamak dan rakus) dan terlalu takutkan mati.” (Riwayat Abu Dawud 4297 dan Ahmad 22397)

Umat Islam tidak menjadi umat yang berjuang menyahut seruan Allah SWT agar menegakkan Islam pada kedudukan tertinggi dan mengatasi segala ajaran yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT:

﴿هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ٩ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ١٠ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ١١ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ١٢ وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ١٣﴾

“Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya atas segala agama-agama, meskipun orang Musyrik membenci dirinya. Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kalian Aku tunjukkan kepada kalian sesuatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kalian daripada azab yang pedih? (10); (Iaitu) kalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa kalian. Itulah yang lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui. (11); Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kalian dan memasukkan kalian ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kalian) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. (12); Dan (ada lagi) kurniaan lain yang kalian sukai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (13).” (Surah al-Saff: 9-13)

Secara tegasnya, ramai dalam kalangan umat Islam meninggalkan kewajipan berpolitik dan menyerahkan kuasa kepada pihak lain. Sehingga menyebabkan tanah air mereka dijajah secara langsung atau tidak langsung. Malah, mengakibatkan Islam itu dihina di hadapan mata mereka tanpa apa-apa perasaan dan tanpa sedar mereka telah diperhambakan oleh musuh Islam.

Allah SWT memberikan amaran kepada sesiapa sahaja dalam kalangan umat yang tidak bangkit menegakkan Islam dengan firman-Nya:

﴿هَا أَنْتُمْ هَؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ٣٨﴾

“Ingatlah, kalian ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (harta) pada jalan Allah. Maka antara kalian ada yang bersikap bakhil, dan siapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah itu Maha Kaya sedangkan kalian semua adalah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kalian berpaling (tanpa peduli kepada urusan untuk menegakkan Islam), nescaya Dia akan menggantikan (kalian) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan berkeadaan seperti kalian.” (Surah Muhammad: 38)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 18 Safar 1443 / 26 September 2021 HARAKAHDAILY 26/9/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang Islam mewajibkan umatnya politik. Tidak berpisahnya agama dengan politik, seperti tidak berpisahnya alam dunia dengan kehidupan akhirat. Bukan seperti faham sekularisme. 

Islam mengpakejkan sebuah cara hidup, hidup dari berpribadi, keluarga, masyarakat, negara dan mendunia. Berpolitik bukan hanya menyetai dan mengundi parti tertentu dalam pilihan raya sahaja, tetapi menghayati seluruh kehidupan beragamanya. Jauh dari parti yang anti agama, anti Islam dan anti Hari Akhirat. Seperti parti DAP di Malaysia dan yang sekandang dengannya.

Insya Allah akan dihurai dan dibuktikan lagi bahawa DAP adalah parti yang anti Islam.

Sila lihat siri PRN Melaka:

DAP bantah larang arak kerana 'wajah Malaysia'?

 



Had jual arak: DBKL boleh contohi peraturan di Kelantan -Shahidan Kassim

KOTA BHARU: Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu menguatkuasakan peraturan bagi menghadkan penjualan minuman keras di Kuala Lumpur disambut baik pelbagai pihak.

DBKL sebelum ini mengumumkan menguatkuasa larangan menjual arak di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina berkuatkuasa 1 Oktober, namun ditangguh sehingga akhir bulan ini.

Dengan pelaksanaan peraturan baharu itu Lesen Minuman Keras (LMK) tidak lagi dikeluarkan kepada premis terbabit.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat semalam, pelaksanaan peraturan itu ditangguh sementara bagi membolehkan lebih banyak libat urus diadakan.

Beliau berkata dalam merangka garis panduan tersebut, satu sesi libat urus dilakukan DBKL untuk mendapatkan pandangan daripada persatuan terlibat dan badan bukan kerajaan.

“Walaupun pelaksanaan garis panduan itu ditangguhkan, namun larangan penjualan arak masih kekal, masyarakat bukan Islam masih boleh mendapatkan minuman itu di lokasi dibenarkan,” katanya.

Menurutnya juga orang ramai menyatakan kegusaran dan rungutan terhadap aspek keselamatan berikutan peningkatan masalah sosial disebabkan kemudahdapatan minuman keras.

“DBKL mengambilkira pandangan termasuk bantahan dan rayuan daripada pihak terlibat, DBK menetapkan tarikh pelaksanaan garis panduan baru ini ditangguhkan sehingga 31 Oktober,” katanya.

Bagaimanapun langkah DBKL itu dibantah pemimpin DAP termasuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang menyatakan Kuala Lumpur mempunyai penduduk berbilang kaum dan seharusnya menunjukkan ‘wajah Malaysia’.

Kata beliau di parlimen garis panduan untuk kedai Cina tidak adil kerana banyak produk herba mengandungi minuman keras dan merupakan sebahagian daripada produk kesihatan.

Mengulas isu tersebut pemangku Yang Dipertua PAS Titiwangsa, Ustaz Suhaimi Abdul Aziz berkata, pihaknya bersedia untuk terlibat dalam sesi libat urus yang dilaksanakan DBKL berhubung isu penjualan arak di Wilayah Persekutuan.

Kata beliau sekarang akses orang ramai terhadap minuman tersebut sangat mudah, malah lebih membimbangkan penglibatan anak-anak muda Islam dalam gejala terbabit.

“Garis panduan ditetapkan itu untuk menghadkan penjualan minuman keras, kita amat menyambut baik kerana sebelum ini kita dapati memang ia dijual terbuka.

“Dan jika kita dipanggil untuk terlibat dalam sesi libat urus yang dilakukan DBKL kita akan beri cadangan sepatutnya selaras dengan agama,” katanya ketika dihubungi.

Kata beliau juga DBKL perlu tegas terhadap perkara tersebut dengan mengambil contoh peraturan yang dikuatkuasa di Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang.

Menurutnya Kelantan menghadkan lessen premis menjual arak berdasarkan jumlah penduduk bukan Islam dan tidak boleh dijual secara terbuka.

Beliau berkata, peraturan itu diterima masyarakat bukan Islam di Kelantan kerana mereka masih boleh membeli minuman keras di premis yang ditetapkan. HARAKAHDAILY 8/10/2021

5. 

Serangan di Aiport Saudi &ribut pasir di Brazil.

 

1. 5 cedera serangan di lapangan terbang Arab Saudi.

RIYADH: Serangan bom di Lapangan Terbang Abha dekat bandar Jazan, berhampiran sempadan Yaman semalam mengakibatkan lima orang cedera.

Menjamin Keabsahan Yaman dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Agensi Berita Saudi (SPA) mendakwa, lima orang cedera ringan apabila 'bahan letupan dijatuhkan ke atas 'Lapangan Terbang King Abdullah'.

Beberapa serangan dilaporkan di beberapa tempat Arab Saudi dan pasukan Houthi di Yaman sering dituduh melancarkannya yang bermatlamat menubuhkan semula kerajaan digulingkan sebelum ini.

Pada Rabu lalu, empat orang cedera selepas dron dilengkapi bahan letupan yang menyasarkan Lapangan Terbang Abha berjaya dipintas pihak gabungan itu.

SPA melaporkan, mereka cedera akibat terkena serpihan dron yang berkecai selepas dipintas pihak berkuasa.

Pada 31 Ogos lalu, sebuah dron meletup di lapangan terbang sama mengakibatkan lapan orang cedera dan menyebabkan pesawat awam mengalami kerosakan. Abha adalah lokasi pelancongan popular bagi warga Arab Saudi, terletak di tenggara negara itu. - AF

2. Kemarau luar biasa cetus ribut pasir di Brazil

Ribut pasir menghampiri daerah Nossa Senhora do Carmo di bandar Frutal, Minas Gerais, Brazil. - Foto AFP

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya enam maut akibat ribut pasir dengan kekuatan luar biasa di Sao Paulo sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ketika Brazil tenggara menghadapi musim kemarau yang teruk.

Gumpalan debu awan oren kelihatan di seluruh kawasan luar bandar dengan kelajuan angin hingga 100 kilometer sejam (km/j), yang dilihat sekurang-kurangnya tiga kali sejak akhir September lalu.

Keadaan itu menakutkan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar Sao Paulo serta Minas Gerais.

Media tempatan melaporkan, mangsa terbunuh akibat ditimpa pokok tumbang dan rumah yang ranap selain terperangkap dalam ribut berkenaan.

Ahli meteorologi, Estael Sias, dari saluran cuaca Brazil Metsul, berkata lazimnya ribut pasir adalah fenomena biasa tetapi tidak sekuat seperti dialami pada tahun ini.

"Bencana alam ini dicetuskan oleh tempoh yang lama tanpa hujan, suhu tinggi dan kelembapan rendah.

"Selepas musim kering, akan berlaku hujan, lazimnya bersama angin kencang yang meniup pasir dan sisa kebakaran di permukaan tanah ke udara.

"Pada abad ini, suhu setiap tahun mencatat rekod dan terdapat lebih banyak haba di atmosfera, yang diubah menjadi tenaga untuk cuaca ekstrem seperti hujan, ribut, banjir dan juga kemarau, cuaca sejuk serta panas," katanya.

Sias berkata, ribut kuat tidak dapat dipisahkan daripada perubahan iklim dan ia sering terjadi di wilayah gurun serta dapat mencapai ribuan meter ke langit, selebar 160 kilometer (km) dan bertahan selama beberapa jam.

Brazil menghadapi musim kemarau terburuk dalam tempoh 91 tahun, menyebabkan paras air rendah di rizab hidroelektrik di bahagian tengah-barat dan selatan negara itu, sekali gus menaikkan tarif elektrik. - AFP

(IH)

Ini, pengkalan lembu seludup haram, seberang Sungai Golok-Thailand.

 

KOTA BHARU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 1,980 tin tembakau pelbagai jenama dan barangan runcit bernilai keseluruhan RM57,070 di Kampung Jejulok, dekat sini jam 6.30 semalam.

Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggotanya yang menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lori yang diparkir di tepi sebuah rumah di kampung tersebut.

Katanya tiada individu dalam kenderaan itu, namun anak kunci ditinggalkan di dalam lori berkenaan.

“Anggota menunggu kira-kira 30 minit tetapi tiada individu yang tampil menuntut barangan itu dan kita percaya ia diseludup dari Thailand menggunakan jalan yang tidak diwartakan,” katanya di sini semalam.

Manakala pada perkembangan lain PGA9 merampas 11 ekor lembu yang juga diseludup dari negara jiran pada Rabu.

Kata beliau anggota PGA9 terserempak dengan sebuah lori di Jalan Terbak dalam keadaan mencurigakan pada jam 1.26 pagi.

“Mereka kemudian mengarahkan pemandu memberhentikan lori terbabit dan hasil pemeriksaan menemui 11 lembu bernilai RM138,600 dipercayai diseludup dari Thailand.

“Pemandu lori dan kelindan berusia 47 tahun gagal mengemukakan dokumen permit pemindahan dan haiwan ternakan itu dirampas untuk siasatan lanjut.

“Kesemua lembu itu dipercayai dibawa masuk dengan menyeberangi Sungai Golok menerusi pangkalan haram untuk pasaran tempatan,” katanya.

Azhari berkata, kedua-dua rampasan disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 dan Seksyen 4 (1) Akta Makanan 1983. – HARAKAHDAILY 8/10/2021

Perhatian: 
Sebenarnya, masalah-masalah begini adalah masalah umat manusia sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang sepatutnya tidak terbatas hanya dalam kelompok dan sempadan negara mereka sahaja. Kerana Islam adalah mendunia.

Rentas Mendunia.

Friday, October 08, 2021

Ini masalah wakaf? PRU Melaka &Komen rakyat..

 


4 comments:

Anonymous said...

PENGKALAN BATU P.137 N.15
BN
CHUA LIAN CHYE 31% 6471

PKR won
NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE 44% 9227

PAS
RAMLI BIN DALIP 11% 2230
Total UMNO + PAS = 6471 + 2230
= 8701
Majority PRU 14 : 9227 - 8701 = 526
PRU 15 : 'Beliau' Fikirlah Sendiri!
October 8, 2021 at 5:44 PM 

Anonymous said...

Parti mne bayo parti pelacur lebih, parti tu dpt kuasa... Simple

Anonymous said...

xpe geng d'macai 22 sure sokong punye...


Anonymous said...

Betulkah wakaf di Malaysia setakat bina masjid dan surau sajaa..!? YB Fuziah auta atau fakta..!?

"Malaysia wakaf masih lebih dikenali sebagai menderma dan menguruskan tanah tapak masjid, rumah anak yatim atau kubur", kata YB Fauziah Salleh. Itu lah yang dibangkitkan sambil memperolok olok industri zakat oleh YB Fuziah Salleh dari Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Fuziah Salleh (PH – Kuantan) mempersoalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam yang tidak proaktif dalam mewujudkan Rang Undang-undang wakaf Wilayah Persekutuan supaya menjadi model kepada negeri-negeri lain untuk merangka undang-undang sama.

Betul kah apa yang di dakwa oleh YB Fauziah itu.!? Apa kah sekadar melontarkan pandangan dangkal atau setakat goreng bagi penyedap rasa supaya penyokong terkinja kinja dan rakyat percaya kata kata YB ini.!? Link ini Dr Hendri Tanjung Ph.D dari Universitas Terkemuka Indonesia mengulas satu satu nya saham wakaf di dunia adalah wakaf Malaysia..!! Link ni tak tipu hokeyy..!!

https://youtu.be/H1K0EOjcB1o

“Kita dengar apa Yang Berhormat (YB) menteri bercakap tentang wakaf. Sebenarnya apa YB bercakap itu old school of wakaf, dah berlaku berapa lama dan kita semua maklum dengan apa yang telah dilakukan tentang tanah wakaf.

Lihat lah link kat atas itu tadi bandingkan fitnah jijik yang dilemparkan oleh YB Fuziah Salleh dari PH ini.. walaun dan otai kau dengar sampai abis penerangan Dr Hendri Tanjung itu sebelum terkinja kinja fitnah wakaf di Malaysia.

Malas nak layan fitnah wakaf kau orang dengar video di atas Prof salah satu dari Universiti Indonesia pasal kekaguman wakaf di Malaysia.

#asalPHmestiMenipu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails