Friday, April 21, 2023

Selamat Aidilfitri. Ini hadiah untuk mu.. -Ibnu Hasyim.

 

 INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 

(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!  

(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S... 

(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...

((iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...

“Siapa pun boleh makan," semua rakyat. -Shahidan Kassim. & KWSP, beras.

 

Sebahagian Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL.

1. Kehadiran Shahidan menceriakan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, kehadiran Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat menjadikan suasana ceria.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) seramai 74 orang telah memberikan pandangan dan kritikan yang membina sepanjang persidangan berlangsung.

“Seramai 74 orang Ahli Parlimen kami berpadu tenaga dan fikiran untuk memberi pandangan dan kritikan yang membina.

“Semua kami diberi tanggungjawab untuk portfolio dan fokus pada setiap kementerian,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Menceritakan pengalamannya menjadi ahli parlimen pembangkang, ujarnya persidangan kali ini sungguh berbeza jika dibanding dengan sesi 2013-2018 dahulu.

Katanya, perjalanan agak tersusun dengan dibantu pasukan penyelidik.

“Gabungan MP lama yang berpengalaman dan pernah memegang jawatan menteri sudah tentu memberi kelebihan kepada kami.

“Kehadiran Dato’ Seri Shahidan Kasim, Ahli Parlimen Arau selaku otai yang menceriakan dewan. Maklumlah persidangan ada sampai malam,” ujarnya.

Lebih menarik pula, katanya setiap hari ada jamuan yang ditaja oleh Ahli Parlimen PN di kantin sebelah Dewan Negara.

“Siapa pun boleh makan, istilah yang popular digunakan oleh Dato’ Seri Shahidan ialah untuk semua rakyat Malaysia,” tambahnya.

Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas (2023) bermula 13 Februari lalu dan berakhir hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15. – HARAKAHDAILY 4/4/2023


2. Isu KWSP: Faham ke masalah orang miskin? 


RAMAI yang komen mengenai permintaan nak keluarkan duit KWSP. Ada yang sokong dan ada yang tak setuju.

Saya tak mahu komen panjang kerana saya tidak berada di tempat mereka yang sekarang ini menghadapi masalah untuk meneruskan hidup.

Nasihat saya kalau tak faham atau tak pernah rasai apa yang mereka rasai maka tutuplah mulut dan kawal jari dari menaip perkara-perkara yang menghina.

Saya tak boleh salahkan mereka yang mengutuk kerana puak-puak kayangan dan mereka yang hidup senang lenang itu tak merasai apa yang mereka di bawah rasai.

Sebab tidak faham keluar kata-kata keji. Orang nak jalan kaki pun mereka permainkan. Konon boleh masuk Olimpik dan sebagainya.

Selama 10 tahun sebagai Exco, saya jaga pembangunan strata termasuk juga flat kos rendah.

Saya dah nampak dan rasa apa yang puak-puak kayangan atau mereka yang ada pendapatan tetap atau mereka yang ada banyak harta tak nampak atau tak rasa.

Percaya atau tidak ada keluarga yang buka puasa makan nasi dengan kicap sahaja? Lauk pun tak ada. Dulu pernah berlaku jadi sekarang dengan keadaan ekonomi yang lebih teruk, lu fikir sendirilah.

Siapa pernah rasa orang datang rumah pukul 12 tengah malam minta duit sebab esok pagi kena bayar yuran anak?

Siapa pernah rasa orang datang rumah minta pinjam duit untuk beli susu anak? Sanggup tinggalkan handphone sebagai cagaran.

Pernah ada kes seorang anak minta makan dari jiran sebab lapar sangat.

Ada anak-anak yang jarang berjumpa dengan ibu bapa kerana mereka kerja sampai malam. Anak-anak diberi kunci rumah dan terpaksa menguruskan diri sendiri. Makan, mandi, buat homework, ulangkaji dan sebagainya semua buat sendiri. Mereka bukan macam anak atau cucu kamu yang belajar di hostel.

Saya bukan nak cakap saya hebat tapi itulah keadaan orang di bawah. Pergi campur dengan marhaen, jangan duduk di atas sahaja. Jangan buka puasa di hotel sahaja, sekali sekala buka dengan gelandangan.

Kalau tak faham atau tak pernah rasa jangan hina. Bersyukurlah Allah S.W.T telah memberi kamu kemewahan dan kesenangan. 

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Dan Pembangunan Perumahan (REACH) – HARAKAHDAILY 5/4/2023


3. Kerajaan belum sasar 100 peratus pengeluaran beras 

KUALA LUMPUR: Dewan Negara diberitahu kerajaan sehingga sekarang belum menyasarkan 100 peratus tahap sara diri (SSL) bagi pengeluaran beras.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kerajaan menyasarkan tahap SSL sebanyak 75 peratus menjelang tahun 2025 dan 80 peratus pada 2030.

“Jadi kita masih belum mensasarkan 100 peratus, cuma setakat 80 peratus.

“Namun untuk memastikan kecukupan bekalan beras kita menyediakan stok pound negara termasuk trading stok berjumlah 1.1 juta metrik tan yang dapat menampung 5.5 bulan keperluan negara,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Sr Mohd Apandi Mohamad hari ini.

Mohd Apandi sebelum itu mahu tahu perancangan kerajaan untuk tidak lagi bergantung kepada beras import bagi keperluan rakyat.

“Sekarang rakyat nak dengar bila agak-agaknya kita tak perlu bergantung kepada (beras) import, kalau nak bergantung kepada import pun lebih kepada stok simpanan.

“Bila rancangan kerajaan kita boleh mencapai guna penuh hasil padi 100 peratus. Kita tidak mahu 70 peratus,” katanya semasa mengemukakan soalan pada sesi jawab lisan. – HARAKAHDAILY 5/4/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Siapa pun boleh makan," semua rakyat. -Shahidan Kassim. & KWSP, beras.

Masih akan beginikah rakyat Malaysia di bawah PMX?

"Percaya atau tidak ada keluarga yang buka puasa makan nasi dengan kicap sahaja? Lauk pun tak ada. Dulu pernah berlaku jadi sekarang dengan keadaan ekonomi yang lebih teruk, lu fikir sendirilah.

Siapa pernah rasa orang datang rumah pukul 12 tengah malam minta duit sebab esok pagi kena bayar yuran anak?

Siapa pernah rasa orang datang rumah minta pinjam duit untuk beli susu anak? Sanggup tinggalkan  handphone sebagai cagaran. Pernah ada kes seorang anak minta makan dari jiran sebab lapar sangat.

Ada anak-anak yang jarang berjumpa dengan ibu bapa kerana mereka kerja sampai malam. Anak-anak diberi kunci rumah dan terpaksa menguruskan diri sendiri. Makan, mandi, buat homework, ulangkaji dan sebagainya semua buat sendiri. Mereka bukan macam anak atau cucu kamu yang belajar di hostel.

Saya bukan nak cakap saya hebat tapi itulah keadaan orang di bawah. Pergi campur dengan marhaen, jangan duduk di atas sahaja. Jangan buka puasa di hotel sahaja, sekali sekala buka dengan gelandangan."

-keluh Iskandar Abd Samad, Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Dan Pembangunan Perumahan (REACH)

Akhir Ramadan, Israel serbu Aqsa. Sudan makin teruk.

 

Tentera dan polis Israel meningkatkan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa dua hari sebelum akhir Ramadan. - Foto REUTERS

1. Tentera Israel terus serbu Al-Aqsa menjelang akhir Ramadan

RAMALLAH: Masyarakat antarabangsa digesa untuk menghalang peningkatan aktiviti 'berbahaya' Israel di Baitulmaqdis yang kini berdepan lonjakan kes keganasan dan tangkapan.

Rayuan dibuat Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Fadi Al-Hadmi, ketika tentera dan polis Israel meningkatkan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa, dua hari sebelum Ramadan berakhir, selain terus menahan rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat.

Sumber Palestin berkata, pihak berkuasa Israel menahan 13 individu ketika Subuh pada Rabu lalu seterusnya pada sebelah petang ramai anggota polis dan pengawal sempadan Israel menyerbu halaman 'Dome of the Rock' di Masjid Al-Aqsa untuk menanggalkan bendera Palestin buat kali kedua pada hari berkenaan.

"Tentera Israel pada mulanya menyerbu masjid ketika Subuh, menanggalkan dan merampas sepanduk yang tergantung pada tiang.

"Bagaimanapun, tindakan itu gagal menurunkan bendera Palestin, menyebabkan pihak berkuasa Israel kembali menyerbu masjid dan menggunakan tangga untuk merampasnya (bendera)," kata sumber itu.

Fadi mengecam perkembangan yang berlaku di Baitulmaqdis sejak beberapa minggu lalu, terutama serangan terhadap jemaah dan sekatan solat di Masjid Al-Aqsa ketika Ramadan dan di 'Gereja Holy Sepulcher' ketika 'Holy Friday'.

"Bagaimanapun, tindakan itu gagal menurunkan bendera Palestin, menyebabkan pihak berkuasa Israel kembali menyerbu masjid dan menggunakan tangga untuk merampasnya (bendera)," kata sumber itu.

Fadi mengecam perkembangan yang berlaku di Baitulmaqdis sejak beberapa minggu lalu, terutama serangan terhadap jemaah dan sekatan solat di Masjid Al-Aqsa ketika Ramadan dan di 'Gereja Holy Sepulcher' ketika 'Holy Friday'.

"Polis dengan kejam menyerang jemaah di Masjid Al-Aqsa dan mengenakan sekatan terhadap kemasukan mereka bagi membuka jalan kepada pencerobohan peneroka ke dalam masjid.

"Mereka juga menyerang peserta dalam perayaan Holy Friday dan menghalang sejumlah besar daripadanya sampai ke Gereja Holy Sepulchre," katanya.

Menteri itu juga memberi amaran rancangan penempatan yang meluas sedang dirangka dalam pelbagai jawatankuasa Israel.

Beliau merujuk rancangan untuk merobohkan puluhan pertubuhan komersial di kejiranan Wadi Al-Joz untuk melaksanakan apa yang digelar rancangan Lembah Silikon, selain membina ratusan unit penempatan di tanah Palestin di bandar itu.

"Sekali lagi, perkembangan terkini di kota Baitulmaqdis yang diduduki membuktikan tanpa sebarang keraguan pendudukan adalah punca konflik di bandar itu dan keganasan serta pelanggaran peneroka memburukkan lagi konflik ini.

"Keselamatan dan kestabilan yang diinginkan di bandar ini akan dicapai jika pendudukan dihentikan," katanya.

Kenyataan Fadi itu dibuat ketika Ketua Jawatankuasa Tinggi Presiden Hal Ehwal Gereja di Palestin, Ramzi Khoury, menyeru gereja Kristian di seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel bagi menamatkan pencerobohan. - AGENSI


2. Pertempuran semakin teruk di Sudan hadkan operasi kemanusiaan - PBB 

Orang ramai melarikan diri dari selatan Khartoum ketika pertempuran berterusan di Khartoum, Sudan. - Foto AGENSI

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Pertempuran yang semakin teruk di antara pihak tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera di Sudan mengehadkan operasi kemanusiaan, kata anggota kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Terdapat keupayaan terhad untuk memindahkan kakitangan dan bekalan.

"Penyasaran tembakan dan rompakan premis kemanusiaan perlu dihentikan. Serangan ke atas aset dan kemudahan kemanusiaan akan menjejaskan keupayaan kami untuk meneruskan operasi menyelamatkan nyawa," kata Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

OCHA memaklumkan, Program Makanan Sedunia menggantung sementara operasi berikutan pembunuhan tiga kakitangan yang terperangkap dalam pertempuran di Darfur Utara.

Serangan ke atas kemudahan awam yang kritikal, termasuk kesihatan, air, sanitasi dan kebersihan, menjejaskan akses kepada perkhidmatan penting.

Ketua Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Stephane Dujarric, memberitahu pemberita dalam taklimat tetap bahawa pekerja kemanusiaan di Khartoum sedang berkurung.

Katanya, kakitangan kemanusiaan diarah tinggal di pangsapuri masing-masing atau mereka dalam kes pangsapuri diambil alih oleh pejuang tinggal di pangsapuri rakan, jiran atau rakan sekerja.

Pasukan kemanusiaan berkata, sembilan hospital di Khartoum dan dua di Bahri atau Khartoum North ditutup kerana tembakan dan berada dalam situasi tidak aman.

Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran beberapa hospital Khartoum kehabisan darah, peralatan transfusi, cecair intravena dan bekalan perubatan penting yang lain.

OCHA melaporkan dalam kemaskininya bahawa pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan dan RSF berlaku di seluruh negara untuk hari keempat dengan lebih 180 orang terbunuh, manakala 1,800 lagi cedera. - AGENSI


H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed

 

الكان داكا

Hamd Yousif




 INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 

(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!  

(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S... 

(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...(iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...

Mansuh hukuman mati mandatori, apa kata rakyat?

 

1. Rakyat tentang mansuh hukuman mati mandatori

KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat Malaysia menentang dan tidak bersetuju dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah).

“Saya lihat ketika undian dalam talian oleh Berita Harian, NST dan Harian Metro pada 2018 yang menyatakan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang dan tidak bersetuju untuk menghapuskan hukuman mandatori.

“Hasil undian, 82 peratus dalam undian tersebut menentang dan hanya 18 peratus bersetuju.

“Tidakkah apa yang dilakukan pada hari ini adalah tidak selari dengan apa yang telah pun dihasrat oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mas Ermieyati juga mahu kerajaan menyatakan status laporan dan syor jawatankuasa khas kajian hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

“Adakah kerajaan berhasrat untuk membentangkan laporan dan juga syor jawatankuasa khas itu kepada pihak awam?” katanya. – HARAKAHDAILY 3/4/2023


2. Hukuman dalam Islam bersifat pemulihan 


KUALA LUMPUR: Dato’ Ahmad Yahya (PN-Pokok Sena) berkata, hukuman mati mengikut undang-undang jenayah Islam, sebahagiannya telah tersedia dalam Kanun Keseksaan seperti hirobah dan melawan negara atau pemberontakan atau disebut dengan bughah.

Dalam hukuman Qisas, katanya hukuman bunuh berbalas bunuh, mirip kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sekurang-kurangnya bentuk hukuman yang termaktub dalam Kanun Keseksaan ini selaras dengan sebahagian hukuman qisas dan hukuman had yang ada dalam Islam walaupun roh perundangan Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, prasyarat utama kepada mencapai hukuman hudud mahu pun qisas dalam Islam adalah mesti cukup beban pembuktian yang ketat serta tidak ada secebis pun keraguan terhadapnya.

“Jika tidak, hukuman itu akan berbalik kepada hukuman takzir. Oleh sebab itu dalam perundangan jenayah Islam juga meletakkan prinsip tidak ada mandatori dalam perlaksanaan hukuman hudud mahu pun qisas melainkan prasyarat yang ketat itu dipenuhi.

“Ini juga yang kita jadikan satu prinsip keadilan yang ditegakkan dalam undang-undang pada hari ini, iaitu jika wujud keraguan, maka di sinilah hadirnya budi bicara mahkamah untuk menjatuhkan hukuman takzir,” ujarnya.

Justeru, katanya lagi, tohmahan hukuman jenayah Islam sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan serta bersifat barbarik jelas menunjukkan mereka tidak memahami apa yang terkandung dalam falsafah, mekanisme serta pelaksanaan undang-undang jenayah Islam.

“Kita seharusnya sedar bahawa hukuman yang dijalankan mesti sempurna sifatnya dalam menegakkan keadilan.

“Ia mesti bersifat hukuman balas atau retribusi yang setimpal dengan kesalahan atau jenayah yang dilakukan serta dibangunkan dengan unsur untuk memulihkan pesalah mahupun penjenayah,” katanya.

Sungguhpun begitu, katanya hukuman mati wajar dikekalkan bagi memenuhi aspek cegah rintang untuk menggerunkan masyarakat di luar agar tidak membuat jenayah atau kesalahan yang sama.

“Negara pernah berhadapan dengan pelbagai kes jenayah berprofil tinggi sebelum ini, mengapa tidak hukuman yang berat dikenakan sebagai cegah rintang kepada masyarakat diluar.

“Oleh sebab itu saya berpandangan kewajaran hukuman mati dikekalkan bagi memenuhi aspek cegah rintang untuk menggerunkan masyarakat di luar agar tidak membuat jenayah atau kesalahan yang sama,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/4/2023


3. Tazkirah Zohor Ramadan Ustaz Idris Ahmad  

Idris membicarakan ceramah berjudul, Tazkiyatun-Nafs dalam program Tazkirah Zohor Ramadan anjuran BAKKAH di ibu pejabat Harakah, Kuala Lumpur pada hari ini, 28 Mac 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)

KUALA LUMPUR: “Dengan berpuasa, kita dapat mengawal nafsu syahwat daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.”

Demikian antara petikan tazkirah Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai melalui tajuk, Tazkiyatun-Nafs.

Beliau muncul dalam program Takzirah Zohor Ramadan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (BAKKAH) secara langsung dari pejabat Harakah di Jalan Pahang, Off Jalan Pahang Barat, di sini, hari ini, yang boleh diikuti melalui Facebook Harakahdaily dan Facebook TV PAS. 

Tajuk tersebut menekankan tentang bagaimana amalan berpuasa dapat mendidik nafsu dalam mengamalkan kebaikan.

“Walaupun kita mempunyai akal tetapi akal tidak boleh mendahului wahyu. Apa-apa perkara, wahyu mesti didahulukan.”

“Dalam berpuasa ini, kita akan belajar untuk mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan. Antara nikmat Allah SWT bagi merupakan nikmat air dan nikmat lapar kerana orang yang tidak pernah lapar tidak dapat merasai nikmat lapar.

“Kita tidak merasai segala nikmat yang AllaH SWT berikan kepada kita dan oleh sebab itu Allah SWT memberikan kita berpuasa,” bicara beliau.

Malah, ujar Idris,  ibadah berpuasa juga menyelamatkan umat Islam daripada memakan perkara yang haram dengan melalui mengawal meter kawalan nafsu syahwat terhadap diri manusia itu sendiri.

Ketika ditanya mengenai mengapa manusia masih melakukan perkara syirik, beliau menjawab: “Ia berpunca daripada nafsu sendiri walaupun syaitan sudah diikat.” – HARAKAHDAILY 28/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mansuh hukuman mati mandatori, apa kata rakyat?

Al-hamdulillah, walaupun Ramadan bulan peribadatan, namun menyatakan hal politik, ekonomi, keadilan sosial masyarakat adalah perlu. Kerana itulah Islam bukan agama sekular.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails