Saturday, January 17, 2015

Kes Pengabaian: Polis Cari Ibu Tiri


 




Polis akan merekodkan keterangan ibu tiri kanak-kanak perempuan yang dipercayai dikurung dan didera di Sungai Dua bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata pihaknya akan memanggil wanita berusia 30-an itu dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.

"Setakat ini polis tidak pasti sama ada wanita itu terlibat dalam kejadian berkenaan (kurung dan dera) kerana siasatan masih dijalankan, tapi kami akan panggil dia untuk rekodkan keterangan.

"Selain wanita itu, mungkin polis akan rekodkan keterangan daripada beberapa pihak lain termasuk jiran-jiran mangsa bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid Tahun Satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Susulan itu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai bapa mangsa bagi membantu siasatan.

Abdul Rahman berkata polis juga belum dapat merekodkan keterangan sepenuhnya daripada kanak-kanak itu kerana mangsa yang masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dalam keadaan trauma.

"Setakat ini keadaannya masih lemah dan diberikan rawatan serta pemeriksaan rapi oleh doktor di HSJ. Kami berharap mangsa dapat pulih daripada (trauma) dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Ditanya sejak bila mangsa dikurung di flat berkenaan, beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu dikurung lebih daripada seminggu dan tidak diberi makanan yang secukupnya.

Abdul Rahman berkata setakat ini polis masih gagal mengesan ibu kandung kanak-kanak itu dan dipercayai wanita warga Indonesia berkenaan telah pulang ke negara asalnya.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang ditemui berkata dia pernah bertanya kepada bapa kanak-kanak itu berkenaan anaknya dan lelaki itu memberitahu anaknya mengikut saudaranya pergi ke Kuala Lumpur.

"Sejak minggu lepas memang tidak nampak kelibat kanak-kanak itu dan saya ada bertanya, cuma dia (bapa) jawab anaknya pergi ke Kuala Lumpur mengikut saudaranya.

"Penduduk di sini memang tidak sangka dia dikurung dalam rumah berkenaan kerana di situ tiada bekalan elektrik dan air, lagipun tidak pernah nampak bapa atau ibu tirinya masuk ke dalam (rumah tersebut)," katanya yang enggan dikenali.
- Bernama

2 Jenis Epal AS Dicemari Bakteria Listeriosis -Sekat Masuk M'sia.



Epal Gala

 
PENGGUNA
BERA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan 'Program Servis Motosikal Pasca Banjir Parlimen Bera' di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu. Malah sebuah portal media turut melaporkan bahawa penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang berkata pihaknya sedang menyelaras jumlah mangsa yang terperangkap banjir, melibatkan 23,000 keluarga bagi tujuan pengagihan wang ihsan RM500.

"Kita juga sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah yang rosak atau terjejas teruk semasa banjir untuk tujuan pembinaan rumah sementara dan rumah baharu kepada mereka," katanya.

Pada program itu, sebanyak 350 buah motosikal yang rosak akibat banjir dibaiki secara percuma, melibatkan usahasama antara Shell Malaysia, Naza Motor Trading Sdn Bhd dan Giat Mara. (IH)

Naked Therapist: Sama-sama Bogel. Terapi Konsep Baru?

Terapis cantik obati pasien sambil bugil

Klik sini..

Penyakit Demontrasi 'buka pakaian' Berjangkit Ke Asia Tenggara.


PENYAKIT berdemontrasi melalui 'buka pakaian' mula berjangkit ke Asia Tenggara atau Indonesia. Contohnya, warga kompleks Batalion Siliwangi di Cililitan, Jakarta Timur baru-baru ini berdemontrasi dengan cuba menghalang usaha pen'tertib'an oleh pemerintah.

Dalam demontrasi itu, seorang wanita terus membuka baju dan mencabar pemerintah. Wanita itu adalah Ince Helena Paungau (67). Dia mengaku spontan melakukan hal itu untuk menghalang pasukan TNI (Tentera Nasional Indonesia).

"Saya sudah nenek-nenek, sebagai bekas TNI mereka sanggup melakukan hal tersebut. Saya melakukan buka baju spontan aja," kata Ince.

Tindakan seperti ini bukanlah satu-satunya. Ibu-ibu di Medan juga berdemo dengan membuka pakaian. Puluhan orang didominasi ibu-ibu, menunjuk perasaan di depan pejabat Koperasi Kredit (CU) Rukun Damai Jalan HM Jhoni, Pasar Merah, Medan, Rabu (13/11/2013) siang. Seorang ibu nekad buka baju dan menunjukkan dadanya sebagai aksi protes.



Kisah Pemkot Jambi semasa akan melakukan penutupan penyetempatan Payosigadung atau Pucuk. Wali Kota Jambi, dijangka ada perlawanan dari PSK (Pekerja Seks Kormersial).

"Mau demo buka baju silakan, ada jangkaan dari kita," ungkap pihak penguasa Oktober tahun lalu.

 
Kisah para wanita berdemo dengan membuka pakaian
Di dunia kini, aksi telanjang untuk menyampaikan mesej juga kerap dilakukan. Salah satu kumpulan yang paling terkenal adalah kumpulan Femen. Tindakan mereka hanya diikuti beberapa orang, tetapi selalu jadi perhatian dunia kerana berdemo tanpa pakaian. 

Mereka menganggap tubuh mereka adalah senjata ampuh untuk melawan apa yang tidak mereka setujui. Kumpulan ini pun selalu membantah peraturan agama.  (IH)

'lelaki kahwin lelaki' Akui Silap, Pulangkan Buku Teks.


Muka surat di buku teks DSKP Sejarah tahun empat yang memaparkan kesilapan gambar lelaki berkahwin lelaki di dalam salasilah keluarga - Sumber gambar WhatsApp,
 
KL: Syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd meminta semua ibu bapa pelajar tahun empat untuk segera memulangkan buku teks terbitan mereka yang memaparkan gambar salasilah lelaki berkahwin dengan lelaki di kedai buku berdekatan.

Dengan mengakui kesilapan cetakan gambar itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan, penerbitan berkenaan juga memaklumkan edisi baharu buku itu akan dicetak dan diganti semula dalam masa terdekat.

'Penerbitan Bagus akan mencetak semula buku bagi tajuk di atas kepada edisi baharu dalam masa terdekat kerana terdapat kesilapan di dalam cetakan pertama yang tidak disengajakan.

"Pihak kami meminta ribuan kemaafan di atas kesilapan itu. Pihak kami akan menarik semula semua stok yang telah diedarkan bagi buku bertajuk di atas dan menggantikannya dengan edisi baharu," kata wakil penerbitan itu di dalam catatan di laman Facebook mereka.

Baru-baru ini, ibu bapa berkenaan digemparkan dengan sekeping gambar yang menunjukkan kesalahan satu buku teks sekolah yang memaparkan hubungan songsang dalam salasilah kekeluargaan, penerbit buku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah tahun empat.

Gambar itu tersebar melalui sistem pesanan WhatsApp dan menimbulkan pelbagai persoalan mengapa perkara itu boleh terjadi.

Sementara itu, dalam catatan berasingan di laman Facebook penerbitan berkenaan, mereka turut memaklumkan penukaran buku sudah boleh dibuat di semua toko buku yang berkenaan.

"Semua pelanggan sama ada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid boleh menukar semua buku bertajuk di atas di kedai-kedai buku sekolah atau kedai buku di luar sekolah yang berdekatan.

"Anda akan menerima buku edisi baharu. Penukaran adalah secara satu dengan satu dengan buku penerbitah baharu.

"Kami juga akan menghantar semula semua stok buku edisi terbaharu kepada semua pembekal dan kedai buku seluruh Malaysia yang menerima stok buku dari Penerbitan Bagus Sdn. Bhd.," jelas laman Facebook penerbitan berkenaan. (IH/stroawani)

Pengarah Filem P'cis Isabel Matic Peluk Islam. Tahniah!

المُخرجة الفرنسية إيزابيل ماتيك تعتنق الإسلام بعد أحداث شارلي إيبدو



http://images.alwatanvoice.com/news/images/3910321595.jpg
كما جرت العادة، فإن الأحداث الاجرامية التي تقع باسم الدين، تزيد من فضول العالم نحو هذا الدين، وتجعل أعداد الوافدين عليه تزيد بدل أن تنقص. وهذا ما حدث مع المخرجة ايزابيل ماتيك.
فالمخرجة السينمائية الفرنسية إزابيل ماتيك، كتبت قبل أيام في صفحتها على “الفيسبوك: ” لقد بدأت منذ أمس، في تطبيق أولى ركائز الإسلام، أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله”.
وشكرت المخرجة الفرنسية إزابيل ماتيك عبر حسابها الممثل المغربي هشام بهلول وهو أحد متابعي صفحتها، على متابعته لحسابها ونشر خبر إسلامها في الصحف المغربية.
وعلقت إزابيل في صفحتها بانها ستختار إسمها الجديد خلال زيارتها المقبلة لمدينة زاكورة في المغرب.
وتلّقت إزابيل العدد من التعليقات والتهاني على إسلامها.

Terjemahan Google:

Seperti biasa, peristiwa jenayah yang berlaku di atas nama agama, meningkatkan rasa ingin tahu di dunia ke arah hutang ini, dan menjadikannya jumlah ketibaan bertambah dan bukannya berkurang.  

Ini adalah apa yang berlaku dengan pengarah Isabel Matic.

Valmkhrjh filem Perancis Isabel Matic, saya telah menulis beberapa hari yang lalu di muka depan pada Facebook:” Saya telah bermula sejak semalam, dalam permohonan pertama dari rukun Islam, Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah “.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengarah Perancis Isabel Matic seluruh dikira Maghribi pelakon Hisham Bahloul, salah satu daripada orang-orang yang mengikuti muka depan, atas susulan untuknya berita penukaran dengan Islam dalam akhbar Maghribi dan penerbitan.

Isabel komen di muka depan bahawa ia akan memilih nama barunya semasa lawatan beliau akan datang ke bandar Zagora di Maghribi.

Isabel dan menerima banyak komen dan tahniah untuk menjadi Muslim.

http://www.alwatanvoice.com/arabic/news/2015/01/15/647267.ht
Tahniah dari Weblog Ibnu Hasyim..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam 
  E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Drama Tebusan Terbaru Di Paris. Hina Islam? Tidak!


SEKUMPULAN anggota polis Perancis mengepung sebuah pejabat pos di Colombes pinggir Paris selepas seorang lelaki bersenjata menjadikan dua individu sebagai tebusan semalam. - AFP

PARIS – Seorang lelaki bersenjata ditahan pihak polis Perancis selepas dia menyerbu sebuah pejabat pos di pinggir bandar ini dengan menjadikan dua individu sebagai tebusan semalam.

Lelaki bersenjatakan raifal Kalashnikov dan bom tangan itu dilaporkan menyerbu masuk ke pejabat pos berkenaan pada waktu tengah hari waktu tempatan sebelum menjadikan beberapa individu sebagai tebusan.

Drama tebusan terbaharu itu menyaksikan beratus-ratus anggota polis mengepung sebuah bangunan di Colombes yang terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Paris.

Suspek kemudiannya menghubungi polis bagi memberitahu dia telah menjadikan beberapa orang di pejabat pos itu sebagai tebusan. Satu sumber polis memberitahu, suspek bercakap seperti seorang yang ‘hilang pertimbangan’ dan ‘kecewa’.

 
 Lelaki itu yang mendedahkan identiti kepada pihak polis dilaporkan mempunyai rekod jenayah ringan. Selepas beberapa jam rundingan dengan pihak polis lelaki itu dilaporkan menyerah diri dan membebaskan semua tebusan.

“Ketika ini tiada asas kukuh untuk mengaitkan kejadian ini dengan siri serangan di Paris pada minggu lalu,” katanya yang enggan mendedahkan motif serangan itu.

Paris pada minggu lalu digemparkan dengan serangan terhadap majalah satira Charlie Hebdo dan sebuah pasar raya Yahudi yang menyebabkan 17 orang terbunuh. – Agensi
Juga ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Siapa Nak Kaunseling, Bila Isteri Pemimpin Berpelukan... ?

 
 

Anwar: Kenapa senyap bila penguasa peluk artis?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengancam untuk menangkap remaja bertudung yang memeluk selebriti Kpop pada satu konsert mini baru-baru ini.

Menurutnya, badan itu seolah-olah mengamalkan sikap pilih kasih apabila tidak pernah bertindak terhadap golongan VIP yang juga pernah memeluk artis pop.


"Saya menyarankan agar penguatkuasaan terpilih tidak dilaksanakan oleh JAWI dan badan agama lainnya.
"Jangan gejala berpelukan anak muda berpelukan dikejar, tetapi gejala yang sama kalangan penguasa atasan dan artis tidak ditegur," kata Anwar dalam kenyataannya.

Kenyataannya itu timbul selepas pengguna media sosial dikesan menyebarkan semula gambar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam keadaan berpelukan dengan dua individu berbeza.

Salah satu daripada gambar tersebut menunjukkan Rosmah memeluk wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Salah satu gambar lagi menunjukkan Rosmah berlaga pipi dengan seorang artis pop.

Rata-rata pengguna media sosial berkenaan turut mempersoalkan tindakan JAWI yang tangkas menyiasat remaja terbabit tetapi berdiam diri dalam kes Rosmah.

Gambar berkenaan dikesan beredar semula semalam selepas JAWI dilaporkan akan menyiasat remaja berkenaan mengikut  Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

Sementara itu, Anwar seterusnya menyarankan agar remaja yang mencetus kontroversi ekoran tindak tanduk mereka dalam konsert berkenaan "didakwah secara bijaksana".

"Saya mengusulkan agar nasihat, dan teguran kepada generasi muda dipergiat melalui kaedah dakwah dengan hikmah.
"Mengasak mereka dengan ugutan hanya mendatangkan resah dan kekeliruan di kalangan mereka.
"Justeru kebijaksanaan dituntut agar mereka didekati dengan pendekatan psikologi yang bijaksana serta berhemah," katanya.

Pandangan sama dikongsi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, hukuman ke atas remaja berkenaan akan menimbulkan lebih banyak kontroversi dan tuduhan bahawa pihak berkuasa mengamalkan pendakwaan terpilih.

"Kalau hukum itu, tak hukum ini. Nanti timbul (kritikan), ada hukuman yang terpilih. Tak akan habis.
"Pendidikan lebih penting. Adakalanya (tindakan penonnton konsert) keterlaluan dan ada bersifat terlajak dan ia perlu diberi nasihat dan kaunseling. (MK)


Komen Weblog IbnuHasyim: 
Siapa nak kaunseling, bila isteri pemimpin tertinggi berpelukan dengan lelaki bukan muhrim depan umum?
Lihat sebelum ini..

Muslim Dan Sejarah Bhutan.

Peta Bhutan
MENURUT adherents.com, populasi penduduk muslim di Bhutan mencapai 5% (Adherents.com: By Location). Namun CIA factbook mendakwa bahawa umat Islam adalah kurang dari 1% (CIA - The World Factbook - Bhutan) di Bhutan.  

Pada tahun 2009, Pew dianggarkan bahawa 1% daripada penduduk, atau 7,000 orang adalah Muslim (Miller, Tracy, ed. (October 2009), Mapping the Global Muslim Population: A Report on the Size and Distribution of the World 's Muslim Population (PDF), Pew, hlm. 31, diakses 2009-10-08).   

Begitu kira-kira, penduduk Muslim di Bhutan. Melihat sejarah awal Bhutan, masih samar sehingga kini.
 
Peralatan, senjata, dan sisa dari batu membuktikan bahawa Bhutan telah dihuni sejak awal 2000 SM. Para sejarawan telah merumuskan bahawa negara Lhomon (harfiah, "kegelapan dari selatan"), atau Monyul ("Tanah Gelap", rujukan pada Monpa, penduduk asal Bhutan) sudah ada antara 500 SM dan 600 M. Nama Lhomon Tsendenjong (Negeri Cendana), dan Lhomon Khashi, atau Sun Selatan (negeri 4 tujuan) telah dijumpai dalam kronik Bhutan dan Tibet kuno.

Peristiwa bertulis paling awal di Bhutan adalah lewatnya tokoh suci Buddha Padmasambhava (juga disebut Guru Rinpoche) pada abad ke-8. Sejarah awal Bhutan tidak jelas, kerana sebahagian besar catatan telah musnah selepas kebakaran di Punakha, ibu kota kuno pada 1827. Dari abad ke-10, perkembangan politik Bhutan amat dipengaruhi oleh sejarah keagamaannya.  


Pelbagai anak sekta Buddha muncul yang dilindungi oleh pelbagai maharaja Mongol dan Tibet. Selepas kejatuhan bangsa Mongol pada abad ke-14, anak-anak sekta itu bersaing satu sama lain demi ketuanan dalam bentang politik dan agama, akhirnya menimbulkan naiknya anak sekta Drukpa di akhir abad ke-16.


Hingga abad ke-17, Bhutan ada sebagai fiefdom yang saling berperang hingga disatukan oleh Lama Tibet dan pemimpin tentera Shabdrung Ngawang Namgyal. Untuk mempertahankan negerinya dari penggarongan yang sebentar-sebentar dilakukan bangsa Tibet, Namgyal membina sebuah rangkaian Dzong (benteng). Beliau mengumumkan kod undang-undang yang membantu membawa raja-raja tempatan di bawah kawalan.  
Dzong Trongsa

Banyak dari Dzong itu yang masih ada. Setelah kematian Namgyal pada 1651, Bhutan jatuh dalam suasana anarki. Mengambil keuntungan dari kekacauan itu, orang Tibet menyerang Bhutan pada 1710, dan kembali pada 1730 dengan bantuan orang Mongol. Kedua serang itu berjaya digagalkan, dan gencatan senjata yang ditandatangani pada 1759.

Pada abad ke-18, Bhutan menyerang dan menduduki Kerajaan Cooch Behar di selatan. Pada 1772, Cooch Behar meminta Syarikat Hindia Timur Inggeris yang membantu mereka dalam mengusir orang Bhutan, dan kemudian dalam menyerang Bhutan sendiri pada 1774. Sebuah perjanjian damai ditandatangani di mana Bhutan bersetuju berundur dari sempadannya sebelum 1730. Namun, perdamaian itu renggang, dan pertempuran sempadan dengan Inggeris berlangsung hingga ratusan tahun berikutnya


Akhirnya pertempuran itu menimbulkan Perang Duar (1864-1865), konfrontasi atas mereka yang akan mengendalikan orang Duar dari Bengal. Selepas Bhutan kalah perang, Perjanjian Sinchula ditandatangani antara India British dan Bhutan. Sebagai sebahagian pemulihan perang, bangsa Duar diserahkan kepada Kerajaan Bersatu United Kingdom dan Ireland dalam pertukaran sewa Rs.50,000. Perjanjian itu menamatkan semua permusuhan antara India British dan Bhutan.

Selama 1870-an, perjuangan kekuatan antara lembah saingan Paro dan Trongsa menimbulkan perang saudara di Bhutan, akhirnya menimbulkan naik tahtanya Ugyen Wangchuck, ponlop (gabenor) Tongsa. Dari pangkalan kekuatannya di Bhutan tengah, Ugyen Wangchuck mengalahkan para musuh politiknya dan menyatukan negeri ini menyusul beberapa perang saudara dan pemberontakan antara 1882-1885.

Salah satu keluarga di Bhutan yang mengekalkan ciri-ciri tradisi harmoninya.
 
  Kanak-kanak sekolah.
Musim sejuk.

 
Pada 1907, tahun penting di negeri ini, Ugyen Wangchuck dipilih dengan suara bulat sebagai raja pusaka negeri ini oleh majlis sami Buddha, pejabat pemerintahan, dan kepala keluarga penting yang menonjol. Kerajaan British bersetuju dengan cepat raja baru ini, dan pada 1910 Bhutan menandatangani perjanjian yang membuat United Kingdom 'memandu' urusan luar negeri Bhutan.

Selepas India mendapatkan kemerdekaan daripada United Kingdom pada 15 Ogos 1947, Bhutan menjadi salah satu negara pertama yang mengakui kemerdekaan India. Selepas British meninggalkan kawasan ini, sebuah perjanjian yang serupa dengan yang di tahun 1910 ditandatangani pada 8 Ogos 1949 dengan India yang baru merdeka.


Setelah Pasukan Pembebasan Rakyat China memasuki Tibet pada 1951, Bhutan menyekat sempadan utaranya dan mengembangkan hubungan dua hala dengan India. Untuk mengurangkan risiko gangguan China, Bhutan memulakan program pemodenan yang disokong sepenuhnya oleh India. Pada 1953, Raja Jigme Dorji Wangchuck menubuhkan badan pembuat undang-undang di negeri itu, Majlis Kebangsaan dianggotai 130 orang-untuk meningkatkan bentuk pemerintahan yang lebih demokratik.  

Pada 1965, ia mendirikan Dewan Penasihat Kerajaan, dan pada 1968 ia membentuk kabinet. Pada 1971, Bhutan memasuki PBB, selepas memegang kedudukan pemerhati selama 3 tahun. Pada Julai 1972, Jigme Singye Wangchuck naik takhta pada usia 16 selepas kematian ayahandanya Dorji Wangchuck.

Sejak 1988, pendatang Nepal walaupun pendatang gelap telah mendakwa Bhutan melanggar hak asasi manusia. Mereka mengatakan bahawa kerajaan Bhutan bertanggung jawab atas kejahatan perang dan kejahatan terhadap penduduk minoriti penutur bahasa Nepal. Dugaan itu tetap tidak terbukti dan dengan suara keras disangkal pihak Bhutan.  


Sebahagian besar para pelarian itu tinggal di kem pelarian yang dibuat PBB di Nepal tenggara di mana mereka menetap di sana selama 15 tahun. Pada 1998, Raja Jigme Singye Wangchuck memperkenalkan reformasi politik penting, memindahkan sebahagian besar kekuasaannya kepada Perdana Menteri dan membenarkan panggilan tanggungjawab pada raja oleh dua pertiga majoriti Majlis Nasional.  

Pasar tani. 
Di akhir 2003, tentera Bhutan berjaya melancarkan operasi skala besar untuk meredam pengacau anti-India yang menjalankan kem latihan di Bhutan selatan. Pada 1999, Raja juga mencabut larangan TV dan Internet, membuat Bhutan salah satu dari negara terakhir yang memperkenalkan TV. Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa TV adalah langkah penting buat pemodenan Bhutan seperti sumbangan utama pada Kebahagiaan Negara Kasar negeri ini (Bhutan ialah satu-satunya negara yang mengukur kebahagiaan). 

Namun beliau memberi amaran penyalahgunaan TV yang boleh menggerus nilai-nilai tradisional Bhutan. Sebuah perlembagaan baru telah diperkenalkan pada awal 2005, yang akan disahkan oleh satu pungutan suara sebelum dilaksanakan. Pada Disember 2005, Raja Jigme Singye Wangchuck mengumumkan bahawa ia akan turun takhta pada 2008. 

Baginda akan digantikan puteranya, putera mahkota Jigme Khesar Namgyel Wangchuck. Namun sebelum tahun itu tiba (2006), ia telah turun takhta.  

Maklumat mengenai orang-orang Islam di sana masih belum jelas hingga kini. (IH)

Selebriti Hollywood Bertudung, Kim Kardashian, Katy Perry, Angelina Jolie, Kate Middleton, Lady Gaga..

Deretan Seleb Hollywood Tampil Berkerudung
Kim Kardashian sempat tampil dengan hijab masa bercuti ke Dubai bersama ibunya, Kris Jenner. Keduanya juga memakai burka berwarna hitam.

HALAMAN HIBURAN
Selebriti Hollywood pernah tampil sopan dengan balutan pakaian hijab, bahkan burka di kepala mereka. Memang mereka bukan Islam, namun mereka mengaku selesa memakainya.

Mereka seperti Kim Kardashian, Katy Perry, Angelina Jolie, Kate Middleton sampai Lady Gaga pun pernah memakainya. Lihat fotonya!
Deretan Seleb Hollywood Tampil Berkerudung
Model paling bersinar di 2014, Kendall dan Gigi Hadid memakai tudung semasa bercuti ke Abu Dhabi, Uni Emirates Arab. 
Deretan Seleb Hollywood Tampil Berkerudung
Katy Perry berpose mengenakan baju abaya dengan tudung coklat semsa berkunjung ke pasar Marrakech, Marako.
Deretan Seleb Hollywood Tampil Berkerudung
Lady Gaga seronok memakai tudung ketika bersiar-siar di pusat beli-belah Istanbul, Turki. Tak sekadar tudung, dia juga berpakaian kaftan macam perempuan-perempuan Arab.
Deretan Seleb Hollywood Tampil Berkerudung
Masa melawat kem penempatan anak-anak di Syria dan Jordan, Angelina Jolie memakai tudung scarf. Jolie nampak sopan dengan jubah dan seluar panjang semasa lawatan tersebut.
Deretan Seleb Hollywood Tampil Berkerudung
Semasa melawat Masjid Assyakirin, di Kuala Lumpur, Malaysia, Kate Middleton tampil anggun dengan balutan tudung..
(IH)

Friday, January 16, 2015

Hina Nabi SAW, Umat Islam Marah!

Muslim di Turki mengecam keras Koran Cumhuriyet yang telah menerbitkan kartun satir Charlie Hebdo yang menghina Islam.
Ratusan rakyat mengibarkan bendera dan bersorak saat menggelar aksi protes terhadap Harian Cumhuriyet di Istanbul, Turki, Kamis (15/1). Para demonstran mengecam keras Harian Cumhuriyet yang menerbitkan kartun dan artikel mengenai Charlie Hebdo di 4 laman sekaligus.

 
Muslim di Turki dan Pakistan mengecam keras surat khabar Cumhuriyet yang telah menerbitkan kartun sindiran Charlie Hebdo menghina Islam di Istanbul, Turki, Khamis (15/1).  
Para demonstran mengecam keras Harian Cumhuriyet yang menerbitkan kartun dan artikel mengenai Charlie Hebdo di 4 laman sekaligus.
 
Muslim di Turki mengecam keras Koran Cumhuriyet yang telah menerbitkan kartun satir Charlie Hebdo yang menghina Islam. 
Massa penyokong Parti Jamiat Ulema-i-Islam-Nazaryati (JUI-N) masa mengumumkan aksi kecaman terhadap Tabloid Charlie Hebdo di Quetta, Pakistan (15/1).
Muslim di Turki mengecam keras Koran Cumhuriyet yang telah menerbitkan kartun satir Charlie Hebdo yang menghina Islam.  
Selain di Quetta, Muslim di Pakistan juga mengecam Charlie Hebdo di Lahore (15/1). 
Muslim di Turki mengecam keras Koran Cumhuriyet yang telah menerbitkan kartun satir Charlie Hebdo yang menghina Islam.
Muslim di Turki mengecam keras Surat khabar Cumhuriyet yang telah menerbitkan kartun sindiran Charlie Hebdo yang menghina Islam.

REUTERS - SEBAHAGIAN penduduk menyertai tunjuk perasaan bagi membantah tindakan sebuah akhbar di Turki yang turut menyiarkan karikatur daripada akhbar Charlie Hebdo.
Turki kutuk ‘kebebasan media’ Charlie Hebdo?

ANKARA, Turki – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu semalam berkata, kebebasan media tidak bermakna akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo bebas menghina sesiapa sahaja tanpa had dan batasan.

Menurut beliau, dalam tindak-tanduk akhbar itu, Turki tidak akan sama sekali membenarkan Nabi Muhammad dihina, malah perbuatan secara berterusan akhbar berkenaan menyiarkan karikatur Nabi Muhammad merupakan satu provokasi yang dilakukan secara terang-terangan.

“Kebebasan media tidak bermakna bebas untuk menghina,” kata Ahmet kepada akhbar harian Turki, Cumhuriyet dan beberapa laman web di negara itu sebagai mengulas mengenai tindakan akhbar Charlie Hebdo yang terus menyiarkan karikatur Nabi Muhammad dalam edisi terkini Rabu lalu.

Akhbar berkenaan menerbitkan edisi khas setebal empat muka surat karikatur Nabi Muhammad selepas 12 orang mati ditembak oleh lelaki bersenjata yang melancarkan serangan terhadap pejabat akhbar itu di Paris.

“Kami tidak akan membenarkan sesiapa menghina Nabi Muhammad di negara ini. Sebagai kerajaan, kita tidak boleh memihak kepada kebebasan akhbar bagi mengurangkan tindakan penghinaan seperti ini.

Menurut Ahmet, kebanyakan penduduk Turki adalah beragama Islam dan mereka mungkin tidak lagi boleh bersabar jika Nabi mereka terus dihina.

“Kami bertekad mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad dan pada masa sama kami turut menentang keganasan yang berlaku di Paris,” katanya.

Sebuah mahkamah di Turki kelmarin mengarahkan sebuah laman web yang menyiarkan muka depan akhbar Charlie Hebdo disekat.

Sementara itu, pergerakan Hezbollah di Lebanon dalam satu kenyataan turut mengutuk akhbar Charlie Hebdo dan menyifatkan tindakan berkenaan bakal menyemarakkan lagi kegiatan pengganas.
Kerajaan Senegal turut bertindak tegas mengharamkan pengedaran akhbar satira berkenaan di negara itu. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya Turki mengutuk 'salah guna' kebebasan media, iaitu yang menghina Nabi Muhammad SAW seperti dilakukan oleh Charlie Hebdo, bukan kebebasan yang tidak disalah gunakan.

Bukan juga seperti kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan ke atas pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo, yang banyak berdosa kepada umat Islam, bukan 'yang tidak berdosa' seperti kata PM Malaysia. (IH)
Juga ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Erdogan (4): 5 Tahun Ke Depan Turki Makmur -Bank Dunia.

Di bawah kepemimpinan Islam, lima tahun ke depan Turki makmur
Turki. © Lifeinroam.com

MEYAKINI negara dipimpin kerajaan Islam yang kononnya 'konservatif', bakal mengalami kemerosotan dan kemunduran adalah suatu kesalahan besar. Bank Dunia hari ini menetapkan Turki bakal menjadi negeri paling tinggi pendapatan perkapitanya dalam lima tahun ke depan, kerana Turki kini diperintah oleh seorang presiden Muslim yang keras tegas, iaitu Recep Tayyip Erdogan.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Selasa (13/1), Bank Dunia melihat kesungguhan kerajaan Erdogan meningkatkan produktiviti kerja mereka serta penguatkuasaan undang-undang dijalankan dengan baik. Di bawah kepimpinan Erdogan, Turki bangkit dari terperusuk dalam krisis kewangan global pada 2007 dan mempunyai kedudukan ekonomi setara Mexico.

Meski demikian beberapa kenaikan dan kemajuan ekonomi sempat terhenti terutama di tengah pilihan raya umum sengit dan cabaran keselamatan serantau. Erdogan dianggap berjaya menangani masalah dalam negera termasuk tunjuk perasaan besar-besaran awal tahun lalu.

Namun kerajaan Erdogan punya cara unik yakni mengurangkan belanja negara sebanyak 3-4 peratus untuk tahun ini. Perkapita Turki naik menjadi USD 12.746 setelah sebelumnya di angka USD 11.000.

(IH) 

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails