Saturday, January 10, 2015

Hina Nabi: Al-Qaeda Tanggungjawab, Buat Ancaman Baru Di P'cis


 WASHINGTON: Seorang pegawai Al-Qaeda di Semenanjung Arab mengancam untuk mengadakan serangan terbaharu di Perancis selepas insiden pembunuhan di ibu pejabat Charlie Hebdo dan sebuah pasaraya di Paris, demikian kata kumpulan pemantau pada Jumaat.

"Lebih baik anda menghentikan pencerobohan terhadap umat Islam, jadi mungkin anda akan hidup dengan selamat. Jika anda menolak dan memilih untuk berperang...tunggu 'berita baik', " kata Harith al-Nadhari yang dipetik daripada rakaman video.

Dia mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan selama tiga hari di Perancis yang mengorbankan 17 nyawa.

Salah seorang suspek dalam serangan di Charlie Hebdo belajar di Yaman, di mana beliau menghadiri kem latihan Al-Qaeda, demikian menurut sumber keselamatan Yaman.


Jangan cuba-cuba ganggu ketenteraman dunia dengan menghina Nabi Muhammad SWT dan agama Islam lagi. (IH)

Sila lihat artikel-artikel ini..

"Kami Sedia Syahid". 2 Penyerang Charlie Hebdo Ditembak Mati.

Pelaku penembakan Charlie Hebdo: Kami siap mati syahid
Penyerangan pejabat surat khabar Charlie Hebdo. © dailymail.co.uk
Polisi Prancis tembak mati 2 tersangka penyerang Charlie Hebdo
Pelaku penembakan Charlie Hebdo. © AFP Photo

Paris: Polis Perancis berjaya menewaskan dua dari tiga penyerang pejabat tabloid satir Charlie Hebdo dalam sebuah serbuan mematikan. Kedua suspek, kakak beradik, Said Kouachi dan Cherif Kouachi, bersembunyi di sebuah gudang setelah sempat dikejar polis di sebuah jalan raya.

Penyerbuan terjadi pada Jumaat petang (9/1) waktu setempat. Rentetan tembakan senjata dan letupan kedengaran di kedai percetakan di Dammartin-en-Goële, di mana kedua-dua suspek itu menculik satu orang sebagai tebusan. Dilapor BBC, pasukan komando berpakaian seragam hitam yang menyerbu gudang itu sempat mendapat perlawanan sengit.


Mereka ditembak mati dan tebusan berjaya dibebaskan dengan selamat. Kedua suspek, Said dan Cherif telah menghilng selama dua hari selepas melancarkan serangan mematikan di pejabat Charlie Hebdo yang menewaskan 12 orang.
Pasar raya Yahudi di daerah Porte de Vincennes.
 
Tidak lama selepas berlakunya serangan di Dammartin-en-Goële itu, peristiwa berasingan yang dramatik berlaku di bahagian timur Paris ketika pasukan keselamatan menyerbu sebuah pasar raya Yahudi di daerah Porte de Vincennes. Seorang bersenjata, yang menculik beberapa orang serta mengancam akan membunuh mereka jika pasukan bersenjata melakukan aksi terhadap Kouachi bersaudara

Dia juga tewas dalam operasi serbuan yang dilakukan polis. Walaupun begitu, pasukan keselamatan berkata empat tebusan juga terkorban. Saat polis memasuki tempat itu, terdengar lima letupan dan tembakan senjata api.   Pihak polis Perancis mengatakan mereka mencari Hayat Boumeddiene (26), bersama penahan tebusan di pasar raya, ia disyaki terlibat dalam penembakan mati seorang polis wanita Khamis kelmarin.

Mati Syahid

Apa yang menarik, sementara polis tengah berunding dengan kedua suspek menembak pejabat tabloid satir Charlie Hebdo itu, mereka mengatakan ingin mati syahid.

"Kami sedia mati syahid," kata kedua kakak-adik, Said dan Cherif Kouachi kepada juru runding polis, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Jumat (9/1). (IH)
 


Sila lihat artikel-artikel ini..

Kayuh Basikal, Bawa Tong Gas Atas Kepala.

LELAKI ini juga mempunyai kemahiran mengimbangi badan ketika basikalnya berhenti tanpa perlu menurunkan kaki ketika berada di simpang jalan. - AGENSI

JOM KREATIF
SAO PAULO, Brazil – Satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menunggang basikal sambil mengimbangi sebuah tong gas kosong di atas kepalanya kini menjadi sensasi di internet.
Penonton yang melihat rakaman tersebut seakan-akan ltidak percaya dengan kemahiran lelaki tersebut kerana secara bersahaja mampu mengimbangi tong gas di atas kepalanya tanpa apa-apa alat sokongan sambil menunggang basikal.

Aksi lelaki itu yang menunggang basikal di sebatang jalan raya di sini dirakamkan oleh seorang penunggang motosikal yang terpegun dengan kebolehannya. Ketika dia menghampiri lampu isyarat, lelaki itu masih mengimbangi tong gas di atas kepalanya selain mampu mengimbangi badan ketika basikalnya berhenti di persimpangan jalan tanpa menjatuhkan kakinya.

Aksi tersebut dikatakan hanya mampu dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran sangat tinggi dan kini berjaya menarik minat seorang pengarah filem. – Agensi

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

7 Sebab Mengapa Harakah Tiada Nilai...

Oleh: sp4n4r


 
Sebab-sebab Harakah hilang nilainya
 
1. Harakah lidah rasmi PAS. Amat malang, bila harakah menjadi lidah kepada musuh islam pada kaca mata PAS, akibat lidah ulama dalam PAS yagn tidak bertulang. Lidah kluk klek yang langsung tidak menyumbangkan idea-idea  islam dan gerakan Islam. 20 Soalan dari Eric Paulsen, sehingga kini, tidak dijawab oleh lidah ulama secara teratur. Terlalu pendekkah lidah ulama PAS untuk menjawab pertanyaan dari bukan islam sebagai satu usaha memartabatkan Hudud itu sendiri ?

2. Elemen syiah pernah dialu-alukan oleh Presiden PAS sendiri sebagaimana disebut didalam satu ceramah. Rujuk link youtube ini. www.youtube.com/watch?v=gsRhyCQaYoE. Oleh sebab itu, harakah memainkan peranannya untuk mengurangkan jurang permusuhan antara syiah dan sunni. Malah, gerakan dan perjuangan Ayatullah Khomeini menentang sekular dicontohi PAS sehingga hari ini. PAS berterusan menentang sekular.

3. Idea-idea Liberalisme, sosicalisme dan lain-lain lebih tertumpu kepada memperjuangkan hak-hak rakyat secara umum yang berbilang kaum, dimana, ianya cuba tidak menyentuh soal aqidah tetapi Ia  tetap dilihat menyentuh soal aqidah, apabila PAS gagal 'menyantuni' isu yang memperjuangkan hak-hak rakyat secara umum kerana ada hak-hak yang diperjuangkan untuk rakyat, bertentangan dengan perlembagaan PAS sendiri. PAS tidak mampu untuk bertindak secara bijaksana ibarat 'menarik rambut  dari dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut tak putus'. PAS sperti terputus urat tengkuk untuk 'menyantuni' isu apabila melibatkan agenda-agenda yang memperjuangkan hak rakyat.

4. Kebelakangan ini, Harakah tidak mampu menjadi Lidah Rasmi PAS sebagai sebuah akhbar yang membina intelektual anak muda, dan info-info yang membangkitkan nilai islam, kerana pemimpin PAS sendiri ketandusan idea, berlidah kluk klek dan tiada perancangan-perancangan untuk menarik golongan muda kepada perbincangan ilmiah. Jika mempelawa anak muda membicarakan perbincangan ilmiah, PAS HARUS bersedia untuk menjawab dan membetulkan apa-apa perbincangan yang dilihat boleh menganggu gugat aqidah. Tetapi, PAS tetap gagal kerana sering menutup perbincangan ilmiah apabila tersepit antara kepentingan agenda parti dan kepentingan umum.

5. Banyak ruangan-ruangan halamah di harakah dipenuhi dengan pemimpin parti lain, kerana kepimpinan dari PAS sendiri kurang berminat untuk membuat serangan politik terhadap BN/UMNO yang melibatkan kepentingan rakyat. Kita lihat, pemimpin parti lain, lebih banyak membuat serangan politik terhadap BN/UMNO apabila melibatkan kepentingan rakyat. Pemimpin PAS harus berperanan buat serangan politik yang berfakta, bukan serangan politik yang berFITNAH. Sebab itu Harakah menjadi Lidah Rasmi pemimpin parti lain, sebab pemimpin PAS sendiri ketandusan idea untuk membuat serangan politik terhadap BN/UMNO. Harakah tidak akan menyiarkan apa-apa berita yang mengambarkan pemimpin PAS sendiri terperangkap dengan permainan musuh politik mereka.

6. Harakah tak dapat memperbanyakkan cerita pergerakan Presiden dan pimpinan sendiri, sebab pemimpin PAS ketandusan IDEA-IDEA untuk membuat serangan politik terhadap BN/UMNO. Kerana itu, harakah cuba memperbanyakkan cerita-cerita dari sumber lain, untuk mengelak HARAKAH menerbitkan 'ruangan kosong' untuk tatapan umum. Tulisan didalam harakah berbaur fitnah disebabkan pemimpin PAS sendiri yang mengundang fitnah akibat pemimpin PAS bercakap kluk klek dan bertukar-tukar pendirian.

7. Jualan harakah merudum kerana alternatif dari media lain lebih telus dan berani serta tidak mewakili mana-mana pihak. JIka PAS bersalah, masyarkat umum akan memperkatakannya. JIka BN bersalah , masyarkat umum TETAP akan memperkatakannya. Media alternatif lain telah menjadi menimbangtara pada pemikiran rakyat untuk menilai segala gerak geri pemimpin parti politik dari pelbagai sudut. Masyarakat hari ini lebih cerdik menilai retak tarik pemimpin politik. Majoriti rakyat mahu melihat BN tumbang. Majoriti rakyat mahu pendirian parti yang sokong oleh mereka konsisten dalam kerja-kerja menumbangkan BN. Ini Kehendak Rakyat, dan bukan lagi menjadi kehendak hak ekslusif milik parti tertentu.


Begitulah serba sendikit pandangan ambe yang daif ini. Gegarkan UMNO dengan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
sp4n4r
Posted on Friday, January 09 @ 22:47:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar 


(Diangkat dari Tranungkite)

Hina Nabi: 2 Tebusan Dibunuh, 5 Ditawan Oleh 2 Pembunuh Polis Wanita.

Penyanderaan di Paris, dua orang tewas, lima ditawan
Dua suspek tebusan di toserba di Paris. © Twitter

Paris: Seorang lelaki bersenjata kembali menculik mangsa di sebuah toserba Yahudi di Port de Vincennes, sebelah timur Ibu Kota Paris hari ini. Kejadian ini berlangsung ketika polis masih berunding dengan dua pelaku penembakan pejabat tabloid satir Charlie Hebdo dua hari lalu.

Laporan belum diketahui kebenarannya mengatakan pelaku telah mengorbankan dua orang dan menculik lima orang lain, satu perempuan dan empat anak-anak, seperti yang dilaporkan oleh the Daily Mail, Jumaat (9/1).

Belum diketahui penembakan anyar ini masih terkait dengan insiden di Charlie Hebdo kemarin. 
Lokasi pembunuhan 2 polis wanita itu.

Polis Perancis telah mengumumkan dua nama suspek dalam kes pembunuhan polis wanita dua hari lalu. Mereka bernama Amedy Coulibaly, 33 tahun, dan seorang lagi perempuan bernama Hayat Boumeddiene, 26 tahun. Kedua orang itu dipercayai terlibat dalam tebusan di toserba hari ini.

"Pada masa ini ada tebusan. Terdengar tembakan," kata sumber polis.

Laporan awal menyatakan para penyandera itu mengancam akan tetap menahan korban sampai kakak-adik pelaku pembunuhan tabloid Charlie Hebdo yang kini dikepung polis itu, dibebaskan. (IH)


Sila lihat artikel-artikel ini..

Friday, January 09, 2015

Budaya Barat Menjajah Lagi. Perlunya Revolusi..


"KEJATUHAN rejim Taliban di Afghanistan pada tahun 2001 merupakan titik permulaan kehidupan baharu kepada rakyat negara itu. Jika dahulu mereka agak konservatif, kini segala-galanya berubah.

"Rata-rata lebih terbuka dari sudut gaya, corak hidup, budaya dan pergaulan hingga tiada lagi nilai-nilai Islam yang menjadi amalan mereka selama ini. Campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan berjaya melumpuhkan pejuang Taliban yang memerintah negara itu dari tahun 1996 hingga 2001."

Demikian tulis Kosmo!Online di bawah tajuk 'Budaya Barat jajah Afghanistan' hari ini.

Budaya Barat apa yang menjajah itu?

Menurut Kosmo! lagi..

1. Potong jambang

“Sejurus tentera AS menceroboh Afghanistan pada tahun 2001, ramai dalam kalangan lelaki yang mempunyai jambang dipaksa beratur di sini. Tentera menganggap lelaki yang menyimpan jambang mempunyai kaitan atau penyokong Taliban. Di situ bermulanya jati diri kami hilang.
“Selama tiga minggu saya terpaksa mencukur janggut mereka sehingga licin. Pada ketika itu kedai masih beroperasi walaupun selepas pukul 11 malam,” kata pemilik kedai gunting rambut di bandar Kabul yang dikenali sebagai Farhad.

Di salunnya terpampang deretan poster artis terkenal Hollywood dan Eropah antaranya Brad Pitt dan Elijah Wood. Farhad berkata, dia kini terpaksa memantau gaya artis Hollywood kerana golongan lelaki belia di negara itu mahukan potongan rambut sama seperti artis pujaan masing-masing.

“Sewaktu Taliban memerintah dahulu, tugas penggaya rambut mudah. Ia umpama membuang dahan dan daun rosak pada bahagian pokok. Gaya rambut tidak penting asalkan selesa,” katanya sambil melayan pelanggan di salunnya.

Afghanistan merupakan negara bergunung-ganang dan mempunyai cuaca ekstrem musim sejuk bersalji dan musim panas kering.

Menyusuri bandar Kabul tiada lagi kelihatan golongan lelaki muda yang menggayakan shalwar kameez iaitu pakaian yang sering digayakan dalam kehidupan seharian dan keramaian. Golongan wanita pula semakin berani mengenakan aksesori dan menata rias wajah berbanding memakai burqa yang hanya menampakkan sepasang mata mereka. Ketika Taliban berkuasa, golongan lelaki tanpa jambang akan ditahan dan didenda. Sebaliknya kini, sukar untuk menemui golongan lelaki yang berjambang dengan wajah maskulin.

“Anak muda di bandar seperti Kabul dan Herat gemar menggayakan seluar mengikut potongan kaki, jaket bersulam dan potongan rambut yang lebih moden serta bergaya. Gel rambut menjadi keutamaan mereka.
“Jenama Levi’s sangat popular dalam kalangan belia di sini,” kata seorang lelaki yang juga pemilik butik jenama mewah Tommy Hilfiger dan Ralph Lauren.

Terdapat hanya dua buah kedai aiskrim dan yogurt di Kabul. Wajah Kim Kardashian menghiasi premis itu setelah Kim dilantik sebagai duta aiskrim Kabul. Tanpa selendang menutupi rambutnya, baju nipis menampakkan susuk tubuh, masyarakat Muslim di situ semakin terbuka dengan eksploitasi kecantikan wanita.

2. Media sosial

Keterbukaan ini didorong oleh akses internet dan kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Bandar utama seperti Herat, Kandahar, Mazar-i-Sharif, Jalalabad, and Khost merupakan bandar yang menerima rangkaian teknologi komunikasi generasi ketiga (3G).

Sehingga kini terdapat empat syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan 3G, sekali gus menyediakan pelbagai pakej pada harga yang rendah. Twitter dan Facebook semakin mendapat perhatian selepas golongan pemimpin, parti politik dan pihak berkuasa Afghanistan menggunakan laman sosial itu sebagai penyampaian dan perkongsian informasi.

“Para pelajar saya tidak pernah memeriksa e-mel mereka sebaliknya hanya berkomunikasi melalui Facebook,” kata Faisal Karimi, pensyarah media dalam talian dan kewartawanan di Universiti Herat.
“Saya menghantar tugasan dan pemarkahan para penuntut di laman web rasmi kelas kemudian menghubungkan alamat itu ke Facebook. Ia lebih mudah dan pantas,” katanya.

Ironinya, golongan wanita di negara itu tidak berminat dengan Facebook. Bagaimanapun mahasiswa seperti Gazele Zaheer memerlukan laman sosial itu kerana seluruh keluarganya mempunyai akaun tersebut.

“Golongan wanita jarang menggunakan Facebook kerana ada perkara yang tidak boleh kami kemas kini di Facebook tetapi saya memerlukannya untuk memudahkan saya berhubung dengan keluarga yang menetap jauh,” kata penuntut kejuruteraan perisian Universiti Heart itu.

Revolusi Afghanistan Semakin Pantas.

Namun begitu, Akaun Twitter Taliban kerap mengeluarkan kenyataan dan tuntutan serangan di seluruh negara. Melalui Twitter mereka bebas bersuara tanpa sebarang sekatan. Stesen televisyen di Afghanistan dilarang menyiarkan sebarang berita mengenai Taliban.

“Selepas sedekad, baru kini kami mempunyai pilihan untuk menyuarakan apa sahaja yang diinginkan. Oleh sebab itu revolusi di Afghanistan semakin pantas,” kata Hamdrad.

Ketua Masjid Kabul Barat, Mullah Abdul Latif antara individu yang kuat menentang penularan budaya Barat.

“Pengaruh Barat tiada ruang di negara Islam ini,” tegasnya yang melahirkan kerisauan terhadap kecenderungan pemuda Afghanistan mencacah tatu anggota tubuh mereka.

3. Mencacah tatu
AKTIVITI mencacah tatu semakin berleluasa di Afghanistan sejak tahun 2001.

“Mencacah tatu dilarang dalam Islam. Ramai yang memandang ringan hukum ini,” tegasnya.

Reza Yousifi, 19, mengelap percikan peluh yang mengalir di dahinya. Bertugas di ruang yang sempit dan tersorok dalam sebuah salun milik rakan baiknya, Reza merupakan seorang pencacah tatu. Reza hanya membawa peralatan mencacah sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggan.

“Mencacah tatu perbuatan yang haram dalam Islam,” jelasnya yang menyedari hukum larangan perbuatan itu dalam Islam.
“Golongan yang mempunyai tatu di bahagian lengan mereka perlu menyembunyikan tatu tersebut. Bukan sahaja agama melarangnya, malah pihak berkuasa juga menangkap individu yang mempunyai tatu,” ujarnya.

Namun, sejak tahun 2001 semakin ramai anak muda Afghanistan mendapatkan tatu sebagai refleksi kehidupan mereka sepanjang di bawah pemerintahan Taliban dan pencerobohan tentera AS. Tuturnya lagi, majoriti pelanggannya terdiri daripada lelaki yang percaya mencacah tatu adalah kaedah mereka menyuarakan keinginan, impian dan mahu bebas daripada tekanan hidup. Kebanyakan rekaan membabitkan emosi, kesedihan hidup dan potret insan yang disayangi.

“Kami menasihatkan pelanggan bahawa tatu ini kekal. Mereka perlu nekad kerana tatu ini tidak boleh hilang hingga mereka mati,” terangnya.

Di sebuah gimnasium di bawah tanah, Basir membiarkan tatu pada bahagian lengannya terdedah. Dengan penuh bangga dia mengangkat besi sambil matanya memerhatikan tatu rekaan burung yang sedang terbang.

“Ia lambang kepada kebebasan,” jelas Basir ringkas lantas menyambung rutinnya.

Gimnasium menjadi satu-satunya lokasi golongan yang mempunyai tatu berkongsi cerita di sebalik setiap tatu yang mereka miliki. Mereka tidak perlu berasa takut untuk mendedahkan tatu yang terletak di anggota dan badan apatah lagi khuatir dengan kehadiran pihak berkuasa.

“Saya sering memakai baju lengan panjang di khalayak. Pemberontak sanggup memotong jari penyokong kerajaan, saya khuatir lengan saya dipotong gara-gara mengikut budaya Barat,” jelasnya.

Rumusan.

Negara Afghan kini diserang-jajah oleh budaya Barat. Antaranya, melalui 3 perkara di atas. Hal seperti inilah yang dilakukan oleh penjajah barat di Tanah Melayu dulu. Hanya Islam yang mampu menjadi bentengnya. Di situ perlunya sebuah revolusi di Afgfanistan, bukan lagi evolusi.

Kalau di Malaysia, bagaimana?  (IH)

Hina Nabi: Balas-balik, Bukan Saja Pena Lwn Pena Lagi..

Karikatur-karikatur ini dibuat oleh para kartunis dunia sebagai perlawanan terhadap aksi sadis kelompok ekstremis. 
Karikatur karya Rob Tornoe menceritakan pensil dan pena media akan membalas penyerangan Charlie Hebdo.
Penghina-penghina Nabi Muhammad SAW akan balas balik serangan ke atas Charlie Hebdo.

Karikatur-karikatur ini dibuat oleh para kartunis dunia sebagai perlawanan terhadap aksi sadis kelompok ekstremis.
Karikatur-karikatur ini dicipta oleh para kartunis dunia sebagai perlawanan terhadap aksi yang dilebelkan sebagai sadis kumpulan pelampau Islam.
Karikatur-karikatur ini dibuat oleh para kartunis dunia sebagai perlawanan terhadap aksi sadis kelompok ekstremis.
Karikatur karya James Walmesley s menyindir perlawanan pensil kartunis, tidak akan mati meski telah dipatahkan.
Karikatur-karikatur ini dibuat oleh para kartunis dunia sebagai perlawanan terhadap aksi sadis kelompok ekstremis.
Karikatur karya kartunis Belanda, Joep Bertrams menggambarkan Charlie Hebdo tetap berkata-kata meski tiada kepala.
Karikatur-karikatur ini dibuat oleh para kartunis dunia sebagai perlawanan terhadap aksi sadis kelompok ekstremis.
Karikatur menyindir penyerangan Charlie Hebdo karya kartunis dari The Independents, Dave Brown. 

Karikatur-karikatur ini dibuat oleh para kartunis dunia sebagai perlawanan terhadap aksi sadis kelompok ekstremis.
Karikatur menyindir penyerangan Charlie Hebdo karya Banksy.
Karikatur-karikatur ini dibuat oleh para kartunis dunia sebagai perlawanan terhadap aksi sadis kelompok ekstremis.
Karikatur karya kartunis India, Satish Acharya menggambarkan kekeliruan kumpulan pelampau dengan pensil dan pena sebagai senjata utama media.
Karikatur-karikatur ini dibuat oleh para kartunis dunia sebagai perlawanan terhadap aksi sadis kelompok ekstremis.
Karikatur karya kartunis Brazil, Carlos Latuff s menyindir aksi penyerangan Charlie Hebdo juga menembak masjid yang berada di belakang bangunan.
Arif Rafhan
Lukisan kartun hasil karya Arif Rafhan yang menggambarkan insiden serangan maut di ibu pejabat akhbar satirikal Charlie Hebdo di Perancis. Arif Rafhan Othman dari Malaysia.

Penghina-penghina Nabi Muhammad SAW akan balas balik serangan ke atas Charlie Hebdo. Maka yang jelas sekarang, dua masjid di Perancis semalam menjadi sasaran serangan menyusul terjadinya penembakan di pejabat tabloid Charlie Hebdo yang menewaskan 12 orang

Nampaknya tidak terjadi pena lawan pena lagi. Seperti terjadi pada sesebuah kerajaan, pengkritik lidah dibalas dengan I.S.A. atau dengan hukuman penjara. Maka akan berlakukah penerusan Perang Sabil? (IH)


Sila lihat artikel-artikel ini..

Hina Nabi: I/Hasyim Sokong Ujang, C/Hebdo 'warning' Kepada Kartunis.


Serangan Charlie Hebdo: Ini 'warning' kepada semua kartunis - Ujang
UJANG: Jangan 'main api' dengan perkara agama 

KL: WEBLOG Ibnu Hasyim bersetuju dengan kenyataan Ujang, bahawa semua kartunis diminta menghormati sensiviti agama ketika berkarya dan mengambil iktibar daripada insiden serangan ke atas pejabat akhbar satirikal Perancis, Charlie Hebdo.

Kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon berkata, ia dilihat sebagai amaran kepada semua kartunis di seluruh dunia untuk berhati-hati dan peka dengan isu itu, terutamanya yang menyentuh isu agama.

"Ini warning (amaran) jelas kepada kartunis sendiri. Perkara ini bukan baru berlaku namun sudah lama disedari dan tidak harus diambil remeh.
"Jangan 'main api' dengan perkara agama, apa yang berlaku di Paris itu harus dijadikan teladan," kata Ujang ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

"Apa yang berlaku di Perancis perlu dijadikan panduan kepada kartunis atau penulis-penulis di Malaysia dan seluruh dunia. Saya setuju pandangan kartunis Ujang. Kita kena sensitif dengan perkara-perkara yang menimbulkan perselisihan agama. " Komen editor weblog ini Hj Mohd Hasyim.

Sila lihat artikel-artikel ini..
Dalam pada itu, kata Ujang, kartunis juga diharap melukis dan menyalurkan idea lukisan mereka berbentuk humor sosial dan kemasyarakatan.

"Banyak isu lain yang boleh dibuat selain agama, mereka (kartunis) boleh melukis dan berjenaka mengenai kehidupan sehari-hari, budaya masyarakat dan pelbagai lagi dengan syarat tidak melanggar adab dan batas," tegasnya.

Pada 2012, Charlie Hebdo pernah menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem "The Innocence of Muslims" yang memperlekehkan agama Islam. Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.

Karikatur biadap itu disiarkan beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem "The Innocence of Muslims".

Ujang merupakan salah seorang kartunis senior negara dan mencipta nama di majalah 'Gila-Gila' dengan kartun 'Si Tenggang'. Ujang membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual antaranya seperti 'Aku Budak Minang', 'Jibam', 'Aca' dan 'Atuk'.

Arif Rafhan
Lukisan kartun hasil karya Arif Rafhan yang menggambarkan insiden serangan maut di ibu pejabat akhbar satirikal Charlie Hebdo di Perancis. - Arif Rafhan Othman

Sementara itu, dalam hal tersebut, editor weblog  ini berpendapat, antara tulisannya...

"Maruah Islam dan Nabinya perlu dijaga. Pernah berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Islam Al-Muktasim Billah… seorang wanita Islam sedang berniaga di negeri kafir ribuan kilometer jauhnya dari ibunegara, telah dijatuhkan maruahnya di khalayak ramai hingga terbuka auratnya..

Muslimah itu telah menjerit meminta perlindungan kepada Khalifah kerana maruahnya tercemar, maka Khalifah Islam itu sanggup menghantar satu angkatan tentera ke negeri bukan Islam tersebut untuk menghukum penjenayah, hanya kerana aurat seorang Muslimah! Apalagi Nabi kita, Nabi umat Islam, Nabi yang maksum telah dihina dan dijatuhkan maruahnya!

Ingat Rasulullah SAW juga pernah pertahankan maruah aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, sewaktu memerintah Madinah. Begitu juga zaman pemerintahan selepasnya.  Begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan maruah seorang Muslimah.  Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang sengaja diinjak-injak atau dipijak-dipijak."  (IH)

M'sia Sokong Penghina Nabi, Tidak Mengutuk Pengebom Masjid Di P'cis.



KL: Kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan ke atas pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo kelmarin, demikian menurut kenyataan Kementerian Luar semalam.

“Tiada apa yang mewajarkan tindakan mengambil nyawa mereka yang tidak berdosa. Kerajaan Malaysia bersama-sama dengan keluarga mangsa, kerajaan Perancis dan rakyat Perancis.
“Seperti apa yang disebut Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita mesti menentang ekstremisme dengan kesederhanaan, persefahaman mengenai silang budaya dan saling menghormati,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Najib dalam blog rasmi beliau www.najib-razak.com berkata, Malaysia mengutuk keras segala tindakan keganasan.

“Kami berdiri teguh bersama-sama dengan rakyat Perancis. Kita mesti memerangi ekstremisme dengan kesederhanaan,” katanya.
Rupaanya Malaysia menyokong penghina Nabi Muhammad SAW, dengan tidak mengutuk mereka, tetapi mengutuk penyerang pembela Nabi Muhammad SAW pula seperti yang dikehendaki kuncu-kuncunya.

Bahkan tidak juga mengutuk penembak dan pengebom dua masjid di Perancis semalam, ekoran dari peristiwa penembakan Charlie Hebdo kelmarin. Nampaknya Malaysia lebih sayangkan 'persahabatan' dengan Perancis (pemimpin bukan rakyatnya) dari mempertahankan maruah Islam dan Nabi Muhmmd SAW. (IH)

Sila lihat..

Ekoran C/Hebdo Hina Nabi, Masjid Dilempar Granat & Ditembak.

Teror masih hantui Prancis, masjid dilempar granat dan ditembak
Masjid di bandar Le Mans Perancis diserang bom tangan. © AFP

Paris: Dua masjid di Perancis hari ini menjadi sasaran serangan menyusul terjadinya penembakan di pejabat tabloid Charlie Hebdo yang menewaskan 12 orang semalam.

Laman Arab News melaporkan, Khamis (8/1), tiga bom tangan dilemaparkan ke sebuah masjid di Bandar Le Mans, sebelah barat Paris. sebuah lubang peluru juga dijumpai di tingkap masjid itu.

Sedangkan di dekat Narbonne, sebelah selatan Perancis, sejumlah tembakan diarahkan ke sebuah dewan tempat warga muslim salat. Kejadian itu berlangsung selepas waktu solat subuh. Pendakwa tempatan menyatakan Dewan itu dalam keadaan kosong.

Sebuah letupan juga berlaku tadi pagi di kedai kebab berhampiran sebuah masjid di Bandar Villefranche-sur-Saone. Tak ada korban luka atau tewas dalam serangan itu. Pendakwa tempatan menyebut serangan itu sebagai perbuatan jenayah.

Perancis kini tengah diguncang rentetan serangan selepas dua lelaki bersenjata menewaskan 12 orang di pejabat Charlie Hebdo semalam. Dua polis dan empat kartunis ikut tewas dalam kejadian itu.  


Belum diketahui penembakan anyar ini masih terkait dengan insiden di Charlie Hebdo kemarin.
Pelaku kini masih dalam buruan.

Kurang dari 24 jam selepas penyerangan pejabat tabloid penghina Nabi Charlie Hebdo, seorang polis wanita Perancis tewas ditembak di Montrouge, sebelah selatan Paris. Rakannya, juga perempuan, luka dalam penembakan itu. (IH)

Lihat sebelum ini..

Thursday, January 08, 2015

Besok Raikan Ketua Pengarang Harakah Yang Teraniaya..

Paksi anjur majlis raikan wartawan Harakah yang teraniaya
Harakah minta Ahmad Lutfi Othman (gambar) yang sedang bercuti sakit supaya melepaskan jawatan.

KL: Seniman Paksi Rakyat (Paksi) akan menganjurkan satu majlis meraikan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan-wartawan lidah rasmi PAS itu yang teraniaya.

Majlis pada 9 Januari itu pada awalnya merupakan program Baca Puisi Bulanan di Madrasah Seni (Jalan Gombak, Kuala Lumpur) bagi meraikan penyair Chan Yong Sin dengan antologi puisi “Bebas” yang ditulisnya sewaktu dalam tahanan ISA selama 11 tahun.

Presiden Paksi, Che Shamsuddin Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman berkata majlis pada 9  Januari nanti akan menjadi malam tiga dalam satu, pembacaan puisi daripada antologi “Bebas” karya Chan Yong Sin; solidariti untuk Ahmad Lutfi dan kawan-kawan di Harakah; dan derma untuk mangsa banjir di Kelantan.

"Pemberhentian wartawan Harakah yang dibuat secara sewenang-wenang itu juga mendapat perhatian rakan-rakan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi).
"Selama ini Pakatan Rakyat termasuk PAS selalu mengkritik pihak penguasa Barisan Nasional yang dikatakan tidak menghormati hak kebebasan bersuara, menggunakan Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak secara sewenang-wenang dan sebagainya.
"Tiba-tiba sekarang mereka pula yang bertindak buruk seperti itu," katanya dalam satu tulisan yang disiarkan di The Malaysian Insider.

Dalam tulisan yang bertajuk "Himpunan Solidariti Untuk Kawan-Kawan di Harakah" itu, Dinsman menyifatkan pemimpin PAS kini tidak boleh ditegur.

"Tegur saja terus melenting dan gunakan kuasa apa yang ada untuk hentikan teguran. Saya ingatkan allahyarham Tan Sri Azizan Razak (bekas menteri besar Kedah) saja yang macam itu dulu.
"Rupa-rupanya kebanyakan ulama yang ada dalam PAS sekarang pun macam itu juga.
"Maka tersingkirlah Datuk Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid daripada Harakah, dan Ahmad Lutfi Othman pun diminta supaya berhenti," tulis Dinsman.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan ahli lembaga pengarah Harakah meminta Ahmad Lutfi, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan. Langkah itu dikatakan ada kaitan dengan keputusan pihak editorial Harakah yang diketuai Ahmad Lutfi menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.(IH)

Banjir: Kisah Sultan Menyamar 'orang biasa' Bantu Rakyat. Mana Sultan Lain?

Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan
Tindakan Sultan Muhammad V mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak Kelantan.

KL: Di media sosial, rata-rata memuji sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi. Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai dek kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa ada pemberita mahupun pengiring.

Menurut sumber, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.

"Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat, Baginda turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas lain”
“Bila ditanya dari mana. Baginda hanya menjawab ‘orang sini’ dan bila disapa mengatakan wajahnya persis Sultan Kelantan, Baginda hanya tersenyum”
"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, terus orang tersebut memohon maaf kerana tidak tahu yang baginda adalah Sultan Muhammad V”
"Baginda hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, kekok terus untuk memberi arahan”
Dalam sama diharungi, cetek sama diredahi, rakyat perlu disantuni
Paduka Al-Sultan Kelantan bersama merasai keresahan mangsa banjir

Itu adalah antara cerita yang tersebar mengenai baginda yang menjadi buah mulut ramai. Malah dalam satu lawatan, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.

Tindakan Baginda mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan. Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media, Baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.

Kita masih belum dengar lagi cerita Sultan-sultan di negeri-negeri lain terutama yang terlibat banjir. (IH) 
Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Harakah Minta K/Pengarangnya Ahmad Lutfi Letak Jawatan.


Tindakan lidah rasmi PAS Harakah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya mencetuskan kemarahan akar umbi PAS.

Perkembangan itu mengundang PAS Batu mengadakan sidang media di Kuala Lumpur bagi menyatakan setiakawan mereka terhadap Lufti dan dua lagi bekas pengarang kanan Harakah – Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid.

Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin juga melontarkan kemarahannya kepada Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali dan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan tidak mencerminkan amalan dalam sebuah parti Islam.

“Mereka ini diminta berhenti tanpa sebab munasabah. Tak tahu apa sebab pun. Saya rasa ini tindakan yang tidak wajar.

“Tak patut dia (Mustafa) buat begitu. Dia dakwa sebagai pemimpin Islam, PAS. Tetapi perbuatan itu boleh mengaibkan Islam itu sendiri.

“Jadi kerana itulah PAS (kawasan) Batu bersama (kumpulan budayawan) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) mengadakan sidang akhbar bersama tadi untuk mengutuk kerasnya tindakan yang dibuat Mustafa,” kata Ishak ketika dihubungi Malaysiakini.

Ishak yang juga antara pengasas Harakah juga mengambil langkah drastik menggesa supaya Mustafa yang juga setiausaha agung PAS berundur daripada menjadi pengerusi Harakah.

“Saya minta dia berundur. Berundurlah. Dia (Mustafa) suka-suka saja nak berhentikan orang. Saya sebagai manusia saya rasa tak patut kita buang orang yang selama ini berkhidmat dengan Harakah bertahun-tahun.

“Saya sangat sedih. Saya merupakan pengurus Harakah yang pertama. Dulu duit pemimpin PAS pun satu sen pun kami tak ambil. Saya bukan nak ungkit.

“Tetapi, oleh kerana perkara ini sangat menyedihkan. Tak sepatutnya benda ini jadi begini,” katanya lagi sambil menangis.

Ishak berkata, tindakan PAS itu, terutamanya kepada Lutfi “tidak berperi kemanusiaan” memandangkan keadaan kesihatannya. (MK)

Kami Akan Kembali Menegakkan Syariah Islam -ISIS Indonesia.


PADA akhir tahun 2014, ahli Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) asal Indonesia mengeluarkan ancaman terhadap para pegawai keselamatan di negara asal mereka: 'kami akan datang bertempur dengan kamu'.

Dia Abu Jandal dari Syria asal Indonesia kini dalam video terbarunya mendesak rakyat Indonesia untuk pergi berjihad, seperti yang dilaporkan oleh Al Jazeera. Dalam video YouTube tersebut, Abu Jandal mengancam bahawa ISIS akan "membunuh" siapa pun yang menentang pembentukan undang-undang Syariah di Indonesia. [YouTube]

Dalam sebuah video, Abu Jandal al Yemeni al Indonesi - alias Salim Mubarok Attamimi - memberi amaran bahawa kumpulan itu akan membantai tentera dan polis Indonesia atau ahli Nahdlatul Ulama (NU) yang menentang pembentukan undang-undang Syariah di Indonesia.

Dalam klip itu, yang mula muncul di YouTube pada tarikh 24 Disember, penceramah menyebut nama panglima tentera Indonesia.

"Saya menghantar mesej ini kepada anda, Moeldoko, Polri, dan Densus 88, serta Banser," kata Abu Jandal, merujuk pada sayap keselamatan NU.
"Kami sedang menunggu kedatangan anda di sini (di Syria) ... Jika anda tidak datang, kami akan datang kepada anda. Kami akan kembali ke Indonesia untuk menegakkan Syariah Islam. Bagi mereka yang melawan kami, kami akan membantai kalian satu per satu" .

Jurucakap Polis Agus Rianto mengatakan bahawa polis, tentera dan Banser, yang secara tradisional dikendalikan oleh pemuda NU, telah diperingatkan mengenai video tersebut.

"Kami akan terus menjaga bahawa baik orang awam mahupun polis aman," katanya kepada Khabar Southeast Asia, Jumaat (2 Januari).  

"Tapi dalam hal ini, semua orang diperingatkan.
"Kami mengarahkan semua orang untuk berhati-hati dengan persekitaran sekitar, barang apa pun yang mencurigakan atau tidak dijaga, serta tindakan yang mencurigakan," kata Agus.  

"Lebih baik waspada daripada harus menyesal."  
 
Penceramah video, Abu Jandal, lahir 25 Ogos 1972 di Pasuruan, Jawa Timur. Warga Malang, Jawa Timur bernama Muchlasin Syarif mengatakan pejuang ISIS ini diketahui mempunyai dua isteri dan lebih dari lima anak.  


"Dia meninggalkan Malang pada Mac 2014," katanya. "Tetapi tak satu pun dari kami tahu bahawa ia telah pergi ke Syria hingga video itu disiarkan di YouTube." 

Video: ISIS Tantang TNI , Densus 88, Anggota Polri, Banser full video
(IH)

Muslimin Dilarang Kunjungi Al Aqsha -HAMAS


HAMAS atau Harakah al-Muqawamah al-Islamiyah (Gerakan Perlawanan Islam) menolak seruan yang dilakukan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) terhadap kaum muslimin untuk melawat Al Quds.

Hamas menegaskan, perlawanan dan jihad merupakan satu-satunya jalan untuk membebaskan Al Aqsa dari tangan penjajah Israel. Penolakan Hamas disampaikan pasca seruan Setiausaha Agung OIC Iyad Madani untuk melawat bandar Al Quds, dan memilih Al Quds sebagai kota destinasi pelancongan Islam.

Sebelumnya Iyad Madani dalam festifal "Al Quds Dalam Memori" di bandar Ramallah, Tebing Barat, Ahad lalu berkata, "Kaum muslimin perlu berusaha hadir ke Al Quds, kita ingin mencari model kedua Palestin dan Jordan, untuk memberikan kesempatan bagi kaum muslimin yang ingin berkunjung ke Al Quds dan Palestin, seperti yang berlaku di Saudi Arabia, dalam bentuk Umrah dan Haji. "

Dalam keluaran yang diterima Pusat Maklumat Palestin, Selasa (06/01/2015) Hamas menegaskan kewajiban setiap muslim membebaskan Al-Quds.

"Pembebasan Al Quds dan Masjidil Aqsa dari cengkaman zionis merupakan kewajiban setiap muslim di muka bumi ini, setiap muslim tak boleh melalaikan kewajiban ini," ujarnya dipetik PIC.
"Pembebasan Al Quds dan Masjidil Aqsa hanya boleh dengan satu cara, iaitu melalui perlawanan dan jihad, kerana musuh kita hanya memahami bahasa ini," tambahnya.

Hamas juga menyatakan, "Kerinduan kami untuk melawat Masjidil Aqsa dan solat di sana, tak boleh dijadikan alasan untuk membaiki hubungan dengan penjajah zionis."

Hamas menyeru kepada segenap Negara Arab dan Islam untuk mengumpul dana guna melindungi Al Aqsa dan tempat suci serta bandar Al Quds, dan menyokong perlawanan dan perjuangan rakyat Palestin di Al Quds.

Apakata Ulama?

Sebelumnya, Iyad bin Amin Madani menganjurkan muslimin melawat AL-Quds. Alasannya, untuk "mengesahkan bahawa masjid ini adalah sebahagian dari iman mereka." Namun lawatan Al-Quds dalam keadaan seperti ini dilarangoleh ramai ulama. Alasannya, sama dengan pengakuan pendudukan penjajah 'Israel' atas wilayah Palestin.

  1. Pada Mac 2013, Dr. Maher al-Huli, Ketua Jabatan Fatwa Persatuan Cendekiawan Palestin (PSA) pernah mengeluarkan fatwa yang melarang kunjungan ke Masjidil Aqsa, tempat suci ketiga umat Islam, yang saat ini masih di bawah pendudukan penjajah 'Israel'. 
  2. Pandangan sama disampaikan cendekiawan Muslim asal Mesir, Muhammad Imarah. Menurutnya tak boleh bertandang ke Masjid Al-Aqsa sampai semua hak rakyat Palestin atas tanah kelahiran meraka dikembalikan. 
  3. Sementara Mantan Rektor Universiti al-Azhar Mesir, Prof Dr Umar Hasyim, sependapat dengan seruan selama masih dijajah 'Israel' dan visa dikeluarkan oleh mereka, maka umat Islam tidak boleh mengakui kewujudan 'Israel'. Lawatan boleh, jika visa dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Palestin atau menggunakan jet peribadi tanpa harus melewati imigresen 'Israel'.
Sekian. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails