Saturday, February 20, 2010

Bunuh & Bogel, Buang Hak Manusia Tuntut Hak Binatang.


Amber seakan-akan berbogel dengan dihiasi lukisan belang seperti harimau terkurung di dalam sebuah sangkar dan mesej ‘Biarkan Haiwan Liar Bebas’. Poster itu juga sempena Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Harimau tahun ini.

SEORANG wanita yang memakai kot bulu haiwan berharga ratusan ringgit sedang berjalan-jalan di sebatang lorong apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul di hadapannya. Lelaki misteri itu kemudian mengeluarkan sebatang kayu lalu memukul wanita tadi hingga pengsan.

Tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu-lalang, lelaki itu terus menanggalkan kot buluhaiwan yang dipakai wanita itu sebelum melarikan diri. Senario itu sememangnya menakutkan, namun ia bukan sedutan daripada drama atau filem Hollywood terkenal sebaliknya hanyalah sebuah klip video yang bertajuk Fur is Dead yang boleh dilihat melalui laman web Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA).

Apa yang pasti, mesej yang tertera pada akhir klip video berdurasi kurang seminit itu iaitu ‘Bagaimanakah jika anda dibunuh kerana kot bulu haiwan yang dipakai?’ jelas menunjukkan betapa seriusnya pertubuhan itu memperjuangkan hak asasi haiwan di seluruh dunia. Hingga sanggup membunuh manusia kerana mempertahankan bulu haiwan?

Agresif dan lantang dalam menyuarakan polisinya, PETA semakin berkembang dan mendapat sokongan daripada ahli politik, selebriti dan media massa antarabangsa. Pendedahan itu turut membawa kepada pindaan Akta Kebajikan Haiwan pada 1985 bagi memastikan para penyelidik tidak melakukan kajian yang boleh mengakibatkan penderitaan terhadap haiwan makmal.

Kejayaan lain yang dicapai PETA ialah menghentikan penggunaan haiwan sebagai bahan ujian dalam industri kosmetik. Benetton merupakan syarikat pertama yang menghentikan ujian seumpama itu, disusuli nama-nama besar dalam industri itu seperti Avon, Revlon dan Estee Lauder. Sedekad kemudian, Gillette juga mengumumkan penangguhan berhubung ujian yang sama.

Pendedahan PETA mengenai penggunaan haiwan di makmal turut memberi tamparan kepada syarikat jus terkemuka, POW. Selepas berunding selama hampir dua tahun dan lebih 400 demonstrasi dilakukan di seluruh dunia, gergasi syarikat makanan segera, McDonald’s akhirnya bersetuju untuk meningkatkan tahap kebajikan dan penjagaan haiwan ternakannya di ladang.

Dalam tempoh beberapa tahun selepas itu, beberapa syarikat makanan segera seperti Burger King, Wendy, Safeway, Kroger dan Albertson pula bersetuju untuk memperkenalkan garis panduan yang ketat dalam meningkatkan kualiti hidup haiwan yang disembelih untuk dijadikan makanan. PETA bukan sahaja menggunakan pendekatan media secara agresif tetapi turut bekerjasama dengan ramai selebriti terkenal. Antaranya termasuk Paul McCartney, Pamela Anderson dan Sarah Jessica Parker untuk menjayakan pelbagai kempen di seluruh dunia.

Antara kempen yang paling diingati dan masih berjalan sehingga kini ialah Fur Is Dead yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap eksploitasi bulu haiwan bagi tujuan fesyen. Pamela Anderson misalnya, pernah berbogel dalam kedai pereka fesyen terkenal Stella McCartney sebagai tanda menyokong kempen yang dijalankan PETA sejak 2006 itu.

Pamela juga mengeluarkan kenyataan di Contactmusic: “Saya hanya mahukan Stella McCartney sebagai hadiah Krismas saya. Setiap kali memakai pakaian rekaannya, saya rasa begitu selesa dan tidak terasa ada hidupan yang mati pada pakaiannya.”

Langkah itu diikuti oleh penyanyi bersuara lantang, Christina Aguilera. Aguilera bersetuju untuk berbogel untuk PETA dalam bentuk kad Krismas di laman web e-Cards pada tahun 2007. Selain itu, supermodel dan pelakon terkenal seperti Christy Turlington, Naomi Campbell, Eva Mendes dan Alicia Silverstone juga pernah bergambar bogel dalam satu poster PETA yang tertera slogan” “Saya lebih rela berbogel daripada memakai pakaian daripada bulu haiwan.”

Bagaimanapun tidak semua artis yang menyokong kempen yang dijalankan. Penyanyi Beyonce Knowles merupakan antara selebriti yang telah disenarai hitam oleh PETA kerana mengagung-agungkan pakaian yang diperbuat daripada bulu haiwan. Malah dalam kempen terbaru PETA Asia Pasifik, PETA telah menggunakan poster seorang model terkenal Malaysia Amber Chia.

Tubuh Amber seakan-akan berbogel dengan dihiasi lukisan belang seperti harimau terkurung di dalam sebuah sangkar dan mesej ‘Biarkan Haiwan Liar Bebas’. Poster itu juga sempena Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Harimau tahun ini. Selain Amber, aktres Bollywood, Shilpa Shetty juga pernah bergambar bagi kempen yang sama dengan mesej tertera Dipukul, Kesunyian dan Teraniaya.

Seperti di negara lain, pertubuhan itu turut aktif menjalankan kempen di Malaysia. Baru-baru ini, PETA Asia Pasifik menganjurkan kempen menggalakkan orang ramai mengamalkan diet sayur-sayuran dan menyaksikan salah seorang aktivisnya, Ashley Fruno, 23, mengenakan pakaian yang diperbuat daripada sayur-sayuran.

Kempen selama satu jam itu disertai kira-kira 30 ahli PETA yang berkumpul di hadapan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur bagi membangkitkan kesedaran kepada generasi hari ini mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan pemuliharaan haiwan.

“Saya tahu bukan mudah untuk mengubah minda serta perspektif seseorang itu terhadap sesuatu perkara kerana ia perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

“Namun, saya percaya dengan kempen berterusan, masyarakat akan memahami serta sedar mengenai kepentingan mengamalkan diet sayur-sayuran,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor berkata, kempen agresif yang dilakukan PETA telah berjaya membuka mata banyak pihak mengenai penyalahgunaan hak asasi haiwan yang berlaku di seluruh dunia.

Menurutnya, salah satu kejayaan kempen PETA ialah tindakannya memboikot penggunaan bulu haiwan dalam industri fesyen yang telah berjaya meraih simpati masyarakat termasuk di kalangan selebriti dan pereka-pereka fesyen terkenal.

“Penggunaan poster wanita tanpa berpakaian walaupun agak sensitif di sesetengah negara seperti Malaysia namun apa yang penting ia dapat mengurangkan jumlah haiwan yang dibunuh setiap tahun bagi tujuan itu.

‘”Mesejnya jelas, jika masyarakat di dunia bersatu dan tidak menggunakan bulu atau sumber yang berasaskan haiwan, sudah pasti kegiatan pemburu haram dan kepupusan haiwan dapat dihapuskan,” katanya.

Komen Pengulas:

Pertama: Kempen sanggup memukul atau membunuh, merompak hak orang, walaupun pakaian bulu yang dipakai orang itu belum tentu didapati dengan membunuh binatang, adalah kempen yang jauh dari memperjuangkan keadilan, seperti kisah di atas.

Kedua: Sanggup memperalatkan wanita hingga bertelanjang menggadaikan maruh manusia demi menyelamatkan hak binatang kononnya. Budaya ini jangan dibawa masuk ke Malaysia, kerana ini mem'binatang'kan maruah manusia, yang amat bertentangan dengan agama majoriti penduduk negara ini. Perlu ditentukan di mana batas-batas hak wanita dan binatang.

Ketiga: Dalam menentukan batas-batas hak manusia dan binatang, dalam Islam ada peraturan menyembelih, daging binatang boleh dimakan walaupun tidak semua, kulitnya boleh dibuat pakaian, tetapi matinya tidak dengan tersiksa. Itu contoh kecil, sila lihat contoh-contoh lain yang lebih penting.

Keempat: Sepatutnya sebelum diterangkan hak ke atas binatang, penginjak-penginjak hak asasi manusia atau 'proses membinatangkan manusia' perlu dikutuk seperti Amerika Syarikat (AS), Israel dan kuncu-kucunya. Perampasan dan pembunuhan ke atas rakyat Palestin, diskriminasi warna kulit di AS sendiri, pen'curi'an manusia oleh Israel di Haiti, Aceh, ISA di Malaysia dan lain-lain. Patutkah yang lebih besar didiamkan hanya kerana takutkan 'kuasa politik besar dunia'?

Oleh:

Dr Hj Mohd Hasyim
Presiden
Grup Universiti Ulu Klang, Malaysia.
20 Feb 2010

Apa Nak Hairan Ciuman Monahara, Ini Lebih Lagi..

Gambar Cium Manohara Dengan Teman Lelaki Tersebar


Foto- DetikHot.com

BEBERAPA keping gambar terbaru Manohara tersebar di internet yang memperlihatkan aksi cium pipi antara Manohara dengan jejaka yang bukan suaminya.

Namun ketika dimintanya untuk mengulas aksi tersebut, Manohara dengan mudah menjawab itu adalah perkara biasa baginya.

"Memang Manohara biasa berkelakuan begitu. Terutamanya kepada orang-orang yang rapat dengannya," ujar pengurusnya, Glenn seperti dipetik Detikhot.com.

Pengurusnya turut memberitahu bahawa ketika gambar mesra Manohara bersama jejaka bernama Amil itu diambil, mereka tidak berduaan sahaja.

Amil juga dikatakan sebagai anak kepada seorang rakan ibunya, Daisy Fajarina. Keluarga mereka sudah sangat rapat dan mereka terlalu banyak gambar berdua. Namun Glenn turut menegaskan jejaka tersebut tidak mempunyai hubungan istimewa dengan bekas isteri Sultan Kelantan itu.

"Tidak, itu bukan kekasih Manohara," jelas Glenn.

Sementara itu di Jakarta, beberapa buah akhbar dan blog di Indonesia membuat spekulasi Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra sudah mempunyai kekasih baru selepas tersebarnya dua gambar yang menunjukkan dia mencium pipi seorang lelaki.

Menurut akhbar Detikcom terdapat lima keping gambar yang menunjukkan Manohara berada di sisi seorang lelaki yang berambut pendek.

Dua gambar menunjukkan bekas model yang berumur 17 tahun itu mencium pipi lelaki misteri itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa nak hairan, yang di bawah ini lebih lagi.



Lihat Sebelum ini...

Lanjutnya.. klik di sini..

Menghadiri Kuliah Agama, Ditahan ISA


'Tolong Bebaskan Suami Saya'

DENGAN berlinangan air mata, Bashirah Abdul Salam - seorang rakyat Nigeria - merayu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam supaya membantu membebaskan suaminya yang kini ditahan bawah ISA.

Bashirah, 27, (foto - berpurdah) berkata suaminya itu, Luqman Abdul Salam, tidak bersalah dan oleh itu, pelajar warga Nigeria itu tidak wajar ditahan.

"Tolonglah, bebaskan suami saya supaya dia dapat meneruskan pengajian dan menjaga kami sekeluarga," katanya yang hadir bersama Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang menghantar memorandum bantahan kepada Suhakam pagi ini.

Luqman adalah antara 12 orang yang ditahan pada 21 Januari lalu selepas serbuan dilakukan ke atas sekumpulan 50 orang yang sedang mengikuti satu kuliah agama di sebuah apartmen di Gombak, Selangor. Tiga puluh lapan daripadanya sudah dibebaskan.

"Saya harap pihak berkuasa dapat mengembalikannya semula. (Luqman) perlu diberi peluang untuk meneruskan pengajiannya dan mempertahankan diri (di mahkamah)," kata Bashirah yang memangku anak perempuannya.

Sementara itu, Abdul Ghani Luqman (kanan) - adik ipar Hassan Barudi dari Syria - berkata dia sendiri tidak pasti mengapa saudaranya itu ditahan di bawah ISA sedangkan mereka hanya menghadiri satu kuliah agama.

"Kami sedang berkumpul selepas solat Isya di ruang tamu apartmen ketika diserbu sepasukan polis," kata Abdul Ghani. Hassan adalah pelajar sebuah kolej swasta di Petaling Jaya."Saya juga ditahan tapi dibebaskan semula pada pukul 3 pagi. Sehingga sekarang kami tidak diberitahu apakah sebab kami ditahan.

"Kami hanya mengikuti kuliah berdasarkan kitab Imam Al-Bukhary, tiada langsung kaitan dengan pengganas," katanya lagi.

Tambahnya, kuliah di premis yang dinamakan Darul Ilmu itu disampaikan oleh Sheikh Aiman Al Dakkak, seorang pelajar peringkat ijazah kedoktoran di sebuah universiti tempatan, yang turut ditahan di bawah ISA.

"Setakat ini belum ada mana-mana pihak berkuasa yang menghubungi kami. Semasa kami ditahan, itulah kali terakhir saya bertemu dengan Hassan. Saya mahu tahu apa yang berlaku kepada dia sekarang," kata Abdul Ghani lagi. (sumber: Malaysiakini.com)

Lihat sebelum ini..

Friday, February 19, 2010

Kemajuan Ilmu Iran Tercepat Di Dunia. Malaysia Bagaimana?

JURNAL Newscientist edisi Khamis (Feb18) memuat hasil kajian Science-Metrix, sebuah perusahaan di Motreal, Kanada yang melakukan evaluasi atas perkembangan dan produk ilmu pengetahuan serta teknologi di berbagai negara. Dalam laporan hasil kajiannya, menyebutkan bahawa kemajuan ilmu pengetahuan di negara Iran sebelas kali lebih cepat dibandingkan negara-negara lainnya di dunia.

Perusahaan itu mengamati adanya "pergeseran geopolitis dalam bidang ilmu pengetahuan dan karya" yang dihasilkan negara-negara di dunia. Menurut Science-Metrix, banyaknya karya-karya ilmiah yang dimuat di Web of Science menunjukkan standart pertumbuhan karya ilmiah di Timur Tengah, khususnya di Iran dan Turki, nyaris mendekati angka empat kali lebih cepat dari rata-rata pertumbuhan di dunia.

"Iran menunjukkan pertumbuhan yang paling cepat di dunia dalam bidang ilmu pengetahuan. Asia terus mengejar, bahkan lebih cepat dari yang kami anggarkan sebelumnya. Eropah mempertahankan posisinya lebih dari yang diharapkan, dan Timur Tengah adalah kawasan yang patut diperhatikan," kata Eric Archambault yang menulis laporan Science-Metrix.

Beliau mengatakan, publikasi karya-karya ilmiah dari Iran kebanyakan tentang kimia nuklier dan fizika partikel. "Iran juga mengalami kemajuan pesat di bidang ilmu kedoktoran dan pengembangan pertanian," kata Archambault.

Beliau juga menambahkan, perkembangan teknologi di Iran pada tahun ini sangat cepat bahkan melampaui negara China yang diakui dunia cemerlang dalam bidang sains. Meski lebih dari 30 tahun dikepung Barat, Iran telah melakukan langkah besar di berbagai sektor, termasuk sektor ruang angkasa, nuklier, kedoktoran, penelitian tentang sel dan kloning.

Pada 2 Februari lalu, Iran berhasil meluncurkan satelit yang diberi nama Kavoshgar 3 ke ruang angkasa. Satelit itu membawa berbagai organisme hidup seperti tikus, dua ekor kura-kura dan cacing untuk keperluan penelitian. Sebelumnya, di bulan Januari, Iran menjadi negara pertama di Timur Tengah yang mampu mengembangbiakkan haiwan ternak transgenik, seperti bebiri dan kambing.

Iran juga tercatat sebagai salah satu negara dari sedikit negara yang berjaya kembangkan teknologi dan perangkat untuk mengklon haiwan ternak. Hasilnya dapat digunakan untuk keperluan penelitian di bidang kedoktoran dan memproduksi zat antibodi manusia bagi menangkal penyakit. Anak bebiri bernama Royana serta dua lembu bernama Bonyana & Tamina adalah haiwa-haiwan hasil kloning pertama di Iran.

Sementara itu, seorang Profesor bidang fizik di Universiti Tehran, Massoud Ali Mohammadi meninggal dunia akibat serangan bom yang dipasang di sebuah motoskal Selasa 12 Jan lalu. Presiden Iran mengatakan, musuh-musuh Iran tidak senang melihat kemajuan negara Iran. Menurut Mehr News. "Mereka tidak akan dapat menjauhkan ilmu pengetahuan dari bangsa Iran dengan cara membunuh golongan elit di Iran." jelas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Malaysia yang aman damai tidak disekat seperti Iran bagaimana? Dah setengah abad lebih kita merdeka pun, masih tidak boleh lawan setengah dari Iran? Cuba siasat di mana salahnya. Barangkali terlampau maju ke arah hiburan yang melalai dan melalikan kot? Sampai rakyat pentingkan hiburan dari ilmu pengetahuan.

Ataupun Iran diserang secara kasar dan terang-terangan, pakarnya dibom atau dimusnahkan. Barangkali di Malaysia pun dibom pemikiran pemimpin-pemimpinnya sehingga mabuk dengan candu-candu maksiat hiburan yang melali dan melalai itu. Supaya pembangunan ilmu pengetahuan musnah.

Siapa pula pemusnahnya? Kalau di Iran Presidennya menyatakan, pelaku pembunuhan Massoud Ali Mohammadi pakar fizik Iran itu, menggunakan cara-cara "Zionis" dalam melakukan aksinya. "Orang dapat lihat tingkat dendam musuh dari cara dia (Mohammadi) dibunuh. Metode pengeboman adalah cara Zionis." kata Ahmdinejad semasa memberikan pidato dalam kunjungannya ke daerah Khuzestan, beberapa minggu lalu.

Apakah pengeboman pemikiran-pemikiran pemimpin-pemikiran di Malaysia ikut model zionis juga,walaupun bukan cara kekerasan? (Pelbagai sumber/AK)

Wallahu 'aklam.

Mereka Di ISA Hanya Untuk Alih Tekanan A/bangsa..


KL.19 Feb 2010: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendakwa kerajaan telah menjadikan 12 orang, majoriti pelajar warga Timur Tengah yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai 'kambing hitam' bagi mengalih tekanan antarabangsa berhubung ancaman pengganas di Malaysia.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tuduhan bahawa mereka adalah pengganas dan tersenarai sebagai orang paling dikehendaki oleh negara asal, agensi perisik dan badan anti pengganas antarabangsa adalah sangat melampau.

Kerajaan juga jelasnya terlalu mudah membuat justifikasi bahawa mereka adalah pengganas tanpa memberikan mereka ruang membela diri di mahkamah dan menggunakan khidmat peguam.

"Secara khusus ia mungkin berkait dengan amaran pengawasan perjalanan Amerika Syarikat ke atas warga asing di timur Sabah.

"Malah tidak mustahil juga ia berkaitan dengan dakwaan bahawa tahanan merupakan kumpulan yang dikaitkan dengan gerakan Wahabiyyah yang kononnya agen keganasan antarabangsa," katanya sewaktu mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) siang tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Januari lalu mengesahkan 10 terbaru ditahan di bawah ISA kerana keganasan dan rangkaian pengganas antarabangsa.

Penahanan tersebut ekoran penangkapan kira-kira 50 orang pada 21 Januari lalu di Sungai Cincin, Gombak semasa mereka menghadiri kuliah agama di sebuah rumah.

Menurut GMI, dari 50 yang ditangkap, 12 dari mereka di tahan lanjut di bawah ISA manakala selebihnya dibebaskan pada 23 Januari lalu.

Sembilan yang dikenal pasti adalah seorang warga Malaysia- Azzahari Murad, empat warga Syiria- Aiman Al Dakkak (pelajar PHD USM), Mohamed Hozifa, Kutiba Al-Issa (Mahasiswa), Hassan Barudi, seorang warga Yaman- Khalid Salem (mahasiswa), dua warga Negeria- Luqman Abdul Salam (mahasiswa), Abdul Alhi Bolajoko Uthman, dan sorang warga Jordan- Hussam Khalid.

Manakala tiga lagi masih gagal dijelas dan disahkan oleh pihak kerajaan.

GMI juga turut mengecam tindakan kerajaan yang mahu meghantar pulang sembilan tahanan tersebut ke negara asal masing-masing sedangkan kebanyakan dari mereka belum lagi tamat pengajian.

"Kita minta bebaskan mereka, kerana mereka tidak dibuktikan membuat kesalahan, biarkan mereka habiskan belajar.

"Kita tidak tahu sekiranya mereka dihantar pulang, apakah pula nasib mereka, apakah tindakan negara mereka," soal Syed Ibrahim lagi.

Apa yang dibimbangkan bukan sahaja nasib mereka yang ditahan, malah ahli keluarga yang ada diantaranya bergantung harap kepada mereka.

Beberapa ahli keluarga terdekat termasuk seorang isteri kepada tahanan juga turut hadir ke pejabat SUHAKAM siang tadi.

Mereka memberitahu tidak dimaklumkan berhubung penahanan itu dan hanya mengetahuinya dari laporan media dan mahu ahli keluarga mereka yang ditahan segera dibebaskan.

Seorang lagi wakil keluarga yang ditahan, Homam Abdulalim berkata beliau hairan kenapa mengaitkan wahabi dan salafi sebagai pengganas.

" Salafi adalah anti-pengganas, kami menggelar pengganas sebagai khawarij," katanya.

Manakala SUHAKAM dalam respon mereka pula berkata akan mengambil tindakan serius dan akan bertemu pihak berkuasa bagi mendapatkan fakta sebenar penahan tersebut.

" Saya akan pastikan kes serius seperti ini tidak disembunyikan di bawah karpet," kata pesuruhjayanya Datuk N Siva Subramaniam. (AK)

Ada kaitan..

Isu Sebat: UMNO Lebih Ke Depan Tonjol Islam Dari PAS?


KUALA LUMPUR, 19 Feb: Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Dzulkifli Ahmad meminta parti itu tidak terperangkap dengan isu hukuman sebat yang sedang dimainkan Umno Barisan Nasional untuk menunjukkan mereka lebih ke hadapan dalam menonjolkan agenda Islam.

Dzulkifly ketika diminta mengulas mengenai hukuman sebat yang dikenakan terhadap tiga wanita dan empat lelaki yang melakukan kesalahan jenayah syariah pada 9 Februari lepas berkata, Umno ketika ini sangat tertekan untuk meraih sokongan rakyat menggunakan isu ini untuk menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami proses Islaminisasi yang serius.

"Saya melihat ada politik di sebalik penonjolan perkara (hukuman sebat) ini.Kita jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran mereka (Umno-BN) ini.

"Negara ini ada undang-undang, mengamalkan apa yang dikatakan pelaksanaan undang-undang yang selari iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah.Yang dikatakan sebagai kedaulatan undang-undang ialah apabila kedua-dua mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang dibina melalui proses legislatif iaitu penggubalan undang-undang yang tertakluk kepada perbahasan di Dewan Rakyat dan dewan Negara.ketika semua ini sudah termaktub, maka inilah undang-undang yang menjadi undang-undang dalam perlembagaan persekutuan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menegaskan, PAS berpendirian bahawa segala bentuk undang-undang syariah dan sistem perundangan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia mesti dilaksanakan secara telus dan adil terhadap sesiapa jua yang melakukan kesalahan, tanpa mengira jantina.

"PAS tetap mengatakan bahawa apa jua undang-undang syariah walaupun sedikit dalam sistem perundangan yang ada di Malaysia ini hendaklah dilaksanakan.

"Sia-sialah kalau ada undang-undang tapi tidak dilaksanakan atau dikesampingkan. Ini menjadikan ia satu bahan lawak.

"Jangan apabila berlaku sedikit penghukuman ini, yang ditonjolkan adalah tiga wanita disebat sedangkan lelaki pun ada yang menerima hukuman itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam perlu didahului oleh suasana sosio politik yang baik dan adil, di mana keadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan dikecapi oleh rakyat seluruhnya.

Dalam konteks negara ini katanya, Kerajaan haruslah memastikan kebajikan dari segi kos sara hidup, pekerjaan, taraf pendidikan rakyat terpelihara.

"Sebelum datangnya sesuatu hukuman itu, Kerajaan harus menitik beratkan semua aspek dalam kehidupan rakyat," katanya.

Menurutnya juga, sebelum seorang pesalah itu dijatuhi hukuman menurut undang-undang Islam, ianya harus melalui proses pengadilan yang benar-benar adil dan telus bagi mengelakkan kesilapan dalam menjatuhkan hukuman.

Orang yang dibicarakan itu mesti mendapat keadilan yang sewajarnya. Biar cukup bukti, baru boleh kenakan hukuman sebat. Jangan terus jatuhkan hukuman begitu sahaja.Diam-diam, tiba-tiba jatuhkan hukuman," katanya.

PAS juga tegasnya, bukan sahaja serius dalam isu hukuman sebat terhadap wanita seperti yang cuba dimainkan Umno BN,namun apa yang lebih penting, PAS bersama Pakatan Rakyat menuntut agar kerajaan tegas dalam membasmi segala perbuatan jenayah yang melanggar prinsip Islam zseperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa.

"PAS menekankan bahawa yang lebih penting sekarang ini,perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang memperjuangkan islam adalah menuntut supaya negara negara ini bebas dan serentak membanteras segala perbuatan jenayah yang melanggar perinsip islam iaitu rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan membolot kekayaan negara dengan mengagihkan kekayaan kepada suku sakat dalam amalan kronisme dan pelbagai keruntuhan akhlak,"tegasnya.

Sehubungan itu ujarnya, PAS tetap dengan pendiriannya untuk membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan yang melanggar syariah dan menentang kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih dan adil.

"saya sekali lagi menegaskan bahawa yang paling mustahak bagi pandangan PAS adalah terus membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan selama ini khususnya kezaliman yang bertentangan dengan syariah, dengan dasar-dasar pakatan rakyat dan bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih adil dan telus," katanya.

Sementara itu di Putrajaya pula Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat hukuman sebatan yang dikenakan di bawah undang-undang Syariah adalah “agak jauh ringan” berbanding perundangan sivil dan beliau yakin ia tidak akan menjejaskan imej negara. Sehubungan itu timbalan perdana menteri itu berkata, pendekatan yang digunakan oleh Islam adalah lebih kepada mendidik dan menginsafkan mereka yang melakukan kesalahan.

Katanya, jadi, berbeza sekali, sekiranya ada penjelasan sebegitu, maka tidak akan timbul tanggapan bahawa kita membuat sesuatu berbeza, malahan daripada segi hukuman yang dilakukan itu, ia agak jauh ringan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jelas UMNO lebih ke depan tonjolkan Islam dalam isu sebat (Pelbagai sumber: 2MA)

Sebelum ini..

Pelajar: Nikah Susah, Buat Kerja Haram Tak Pa!

Sepasang kekasih ‘bermesra’ di tengah panas terik mentari siang hari di Taman Tasik Titiwangsa, KL. Malam jangan cakap le...

KUALA LUMPUR, 2010/02/19, myMetro melaporkan:

GHAIRAH mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.

Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.

Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.

Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.

Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.

Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.

“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.

“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.

“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.

Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.

“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.

“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.

Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.

“Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.

Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.

“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah bila hidup dalam negara yang tidak melaksanakan perundangan Islam, nikah yang sah sudah tidak dihormati lagi. Dicarilah berbagai alasan untuk menghalangnya. Kementerian Pelajaran, Agama, Wanita atau lain-lain patut bertanggung jawab menanganinya. Bukan dengan menghalang, remaja berkahwin, itu salah besar, punca pembiakan maksiat.

Yang patut dihalang seperti gambar di atas, dalam akhbar dan hari yang sama di bawah tajuk 'Layu di Tasik Titiwangsa'. Antara contoh maksiat terbuka, belum lagi dengan pusat-pusat hiburan, rumah urut, kelab golf dan lain-lain.

Hukum Sebat Bukti, M'sia Bukan Negara Islam.

Kenyataan Bantah Hukuman Sebat Seperti Tidak Faham Sistem Perundangan - PPMM

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyifatkan kenyataan beberapa pihak yang mempertikaikan sebatan syariah ke atas tiga pesalah syariah wanita baru-baru ini memperlihatkan masih ada yang tidak memahami dwisistem perundangan yang diamalkan di negara ini.

Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata kenyataan oleh Sisters in Islam (SIS), Majlis Peguam dan beberapa pihak lain juga membayangkan mereka tidak pernah melihat bagaimana hukuman sebat syariah dijalankan.

"Perlulah ditegaskan sekali lagi di sini bahawa sebatan syariah jauh berbeza daripada sebatan sivil.

"Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding dengan sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun.

"Sebatan syariah adalah umpama bapa atau guru yang merotan anak yang telah melakukan kesilapan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata kenyataan yang menyifatkan sebatan syariah sebagai zalim dan kejam adalah amat keterlaluan dan menunjukkan pihak berkenaan tidak mempunyai asas perundangan dan Hukum Syarak.

Ini kerana katanya sebatan syariah mempunyai falsafah yang tersendiri dan berakar umbi daripada sumber hukum Islam yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, dan mempertikaikan efektif atau tidaknya hukuman sebatan Islam ini samalah seperti mempertikaikan hikmah dan mukjizat al-Quran dan Rasul.

"Dalam masa yang sama PPMM bersetuju sebatan sivil itu adalah kejam dan perlu dihapuskan. Sebatan sivil itu juga tidak Islamik. Sebatan yang mencedera dan mengerikan itulah yang patut dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia.

"Malah Resolusi Majlis Peguam yang diluluskan beberapa tahun lepas juga memberi penekanan aspek kekejaman sebatan sivil. Ini adalah kerana sebatan syariah tidaklah sekejam yang digambarkan itu," katanya.

Beliau berkata PPMM percaya anggotanya di dalam Majlis Peguam juga tidak bersetuju sebatan syariah dihapuskan.

Zainul Rijal seterusnya meminta agar hukuman sebatan syariah yang masih belum dilaksanakan termasuklah kes Kartika Sari Dewi Sukharnor dilakukan segera agar keadilan kepada pesalah syariah itu sendiri dapat dilakukan.

"PPMM menyokong usaha kerajaan memartabatkan perundangan syariah melalui sebatan syariah bagi pesalah yang telah disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman sebat," katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pada 9 Jan lepas buat pertama kali hukuman sebat dijalankan ke atas wanita membabitkan tiga pesalah jenayah syariah.

Kenyataan itu membawa respons daripada beberapa pihak termasuk SIS yang antara lain menyifatkannya sebagai zalim dan diskriminasi terhadap kaum wanita. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jelas sudah dwisistem perundangan yang diamalkan di negara ini, adalah bukan perundangan Islam. Sebab itu ada pihak yang dibenarkan berleluasa mengkritik sistem perundangan Islam yang asal menurut Al-Quran dan Al-Hadis.

Sila lihat sebelum ini..

M'sia Usir Tertuduh Teroris, Bagaimana Dalam Islam?


BBC (Indonesia) Feb19 2010 : MALAYSIA akan mengekstradisi sembilan orang asing yang ditangkap atas tuduhan teror bulan lalu.

Mentri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mengatakan kesembilan orang tersangka punya hubungan dengan berbagai organisasi teroris internasional dan memiliki "ancaman serius".

Para pegiat hak asasi manusia mengatakan para tersangka itu berasal Yordania, Nigeria, Suriah dan Yaman.

Para tersangka ditahan berdasarkan peraturan Keamanan Dalam Negeri, ISA, yang kontroversial. Peraturan ini membolehkan penahanan dalam waktu tidak berbatas tanpa diadili.

Kesembilan orang asing tersebut termasuk dalam 50 orang yang ditangkap saat menghadiri ceramah agama dekat ibukota Kuala Lumpur, pada 21 Januari.

Sebagian besar dibebaskan, tetapi kesembilan warga asing itu, termasuk satu orang warga negara Malaysia, tetap ditahan.

Pihak berwenang belum mengukuhkan identitas para tahanan maupun kelompok yang dicurigai menugaskan mereka.

Satu kelompok HAM mengecam keras penahanan yang "dirahasiakan" itu dan mengatakan pemerintah harus menunjukkan bukti untuk melakukan penangkapan.

Syed Ibrahim Noh, ketua Gerakan Penghapusan ISA, mengatakan pemerintah juga harus memastikan keselamatan orang-orang tersebut jika mereka dipulangkan.

Berbagai kelompok berulang kali meminta pemerintah Malaysia mencabut ISA dengan argumentasi peraturan keamanan tersebut membuka banyak peluang untuk disalahgunakan.

ISA pernah digunakan untuk menahan lawan-lawan pemerintah serta para angota kelompok militan Islam, Jemaah Islamiah.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Menghukum tanpa bicara adalah diluar kehendak Islam. Apalagi menghukum tetamu dari luar negara atas kehendak orang lain, kerana mereka (orang lain) itu adalah 'kuasa besar yang berpijak di atas kekuatan bukan di atas kebenaran menurut Islam.

Kediaman Presiden Nigeria Diserang Tentera

Presiden Mamadou Tandja



NIAMEY 19 Feb. – Tentera bersenjata menyerang istana Presiden Nigeria petang semalam dan menurut saksi keberadaan Presiden kini tidak diketahui selepas berlaku tembakan bertubi-tubi.

Keganasan berlaku hanya beberapa bulan selepas referendum yang membenarkan Presiden Mamadou Tandja terus memerintah untuk beberapa tahun lagi melebihi limit Perlembagaan di negara Afrika Barat ini.

Pemandu istana, Moussa Mounkaila memberitahu The Associated Press, serangan berlaku ketika menteri-menteri kerajaan mengadakan mesyuarat di istana Presiden.

Seorang wartawan yang bekerja di tempat tersebut, Traore Amadou berkata, mereka kini tidak mengetahui di mana keberadaan Presiden.

Pegawai kerajaan enggan mengulas berhubung insiden tersebut. Radio milik negara juga tidak melaporkan perkembangan situasi itu dalam laporan mereka petang semalam. – AP

Thursday, February 18, 2010

3 Perkara, Bermulalah Usahaniaga Remaja Aceh..

CATATAN PERJALANAN MEDAN-ACEH 6




MANGGENG, dalam kawasan Tapaktuan, Aceh.. Saya sempat ke rumah seorang kawan 'Kepala Pemuda' Manggeng, dalam Naggroe Aceh. Dia antara orang kuat kepada wakil rakyar atau ADUN (kalau di Malaysia) daerah tersebut, yang memegang potfolio pertanian, perikanan, dan perlombongan dalam pentadbiran Aceh.

"Sebelum tsunami dan perjanjian damai Helsenki dulu, kami sentiasa diburu dan terpaksa hijrah dari bumi Aceh. Ada yang hijrah ke Malaysia bersama anak-isteri, seperti wakil rakyat kami ini, dan ramai lagi sahabat-sahabat lain." kata Din Kepala Pemuda.

"Kini, bila orang kita sudah dilantik orang ramai sebagai wakil rakyat, lambang negara sudah aman, maka pihak kami telah mengubah teknik perjuangan dari menggunakan M16 berperang, berbunuh-bunuhan, kepada pembangunan dan ekonomi umat." Katanya lagi. Din membawa kami ke bebukitan melawat tempat markas mereka menggerakkan perjuangan melawan Kerajaan Indonesia dulu.

"Yang jadi masalah di sini sekarang, bagaimana kami nak berjuang menangani masalah kemiskinan rakyat, pengangguran di kalangan anak-anak muda, dan menyusun semula pembangunan? Cuba tuan-tuan beri pendapat sikit..." Dia tanya kami lagi.

Kawan saya yang sama-sama menjadi tetamu itu mengisyaratkan supaya saya bercakap dulu. Saya pun tak tahu apa nak cakap. Jadi saya mengambil peluang untuk menyambung sembang-sembang motivasi '
2 Perkara Muqaddimah Usahawan. Ole-Ole Dari Malaysia' yang lalu.

"...Hari itu, masalah begini juga dibangkitkan dalam perbincangan kami di Medan. Bagaimana nak mengalihkan minat anak muda kepada bidang keusahawanan. Dan membentangkan ciri-ciri usahawan atau wirswasta yang bertaqwa." Saya pun menghuraikan bagaimana muqaddimah menjadi usahawan. Din dan kawan-kawannya nampak berminat mendengannya.

Baru saya sebut dua perkara itu,
1.. Betulkan pengkalan tempat bertolak.
2.. Memada dengan yang ada.

Setelah nampak mereka agak faham dan berminat, saya sebutkan langkah awalnya kalau nak mulakan. Iaitu sinaraikan apa-apa modal yang ada pada mereka. Wang, harta walaupun kecil seperti basikal atau motosikal. Alat kerja, tanah, pengalaman apa, walaupun berperang di hutan belantara, kaum keluarga ada apa, jamaah, kawan, guru dan sebagainya. Semua itu modal, yang perlu disyukuri, dengan meng'kreatif'kan dan 'mengembang'nya.

Jadi tindakan lanjut susulan dari 2 perkara di atas ialah..

3..
Sinaraikan apa-apa modal yang ada pada kita.
4.. Kreatif dan kembangkan.
5.. Pilih satu dulu dan buat!

"Ya. Mari kita lontarkan ke dalam kolam perbincangan ini, apa modal yang tuan-tuan ada?"

Pelbagai idea dicurahkan membanjiri kolam bincang itu, dari yang sebesar-besarnya hingga yang sekecil-kecilnya. Antaranya mereka menyebutkan, modal berkisar sekitar 3 perkara.
i.. Kewangan
ii.. Pengalaman & kemahiran.
iii.. Hartanah milik rakyat & kerajaan Aceh.

Yang rata-rata Aceh ada, ialah modal ke (iii). Yang (i) & (ii), sesetengah atau yang banyaknya, perlu dibawa dari luar. Banyak maklumat-malklumat dasar ringkas dihamburkan. Umpamanya bumi Aceh yang ada minyak, gas, emas, batubara (arang batu), batu-batu berharga dan besi, yang besar-besar. Pertanian, seperti minyak nilam, sawit, keropok dan lain-lain. Penternakan, perikanan, perniagaan dan sebagainya. Begitu juga bidang properti atau jual beli tanah...

Setelah dihurai dan dibincangkan secara ringkas satu persatu, maka kawan saya yang menjadi tetamu bersama saya itu, mengesyorkan, "Kita tak payah lihat yang besar-besar dan jauh. Kita lihat yang ada di depan kita dan mampu kita buat sekarang..."

"Apa dia?' seseorang tanya memotong.

"Setelah melihat pembangunan yang agak pesat, dan bahan-bahan modal ke arah itu banyak, tenaga kerja yang ramai, sesuai dengan keadaan di sini saya cadangkan dibuat kilang bata..." Cadangbalasnya.

Nampaknya ramai bersetuju, walaupun banyak cadangan lain. Maka timbul persoalan berapa modal wang dan bagaimana mendapatnya? Agak panjang juga perbincangan akhirnya ditangguhkan. Akan disambung malamnya, sewaktu bertemu di rumah wakil rakyat Manggeng.

Bersambung.. Sekian.

Sila lihat juga tulisan awal saya (2007), mengenai Aceh..
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Manggeng, Tapaktuan, Aceh.
Feb 13, 2010

Lampiran Tambahan Maklumat:
Kamis, 03 Maret 2005: Kapanlagi.com

Terjadi Kelangkaan Batu Bata di Wilayah Aceh

BATUBATA kini mulai langka di Kota Banda Aceh dan Kabupaten Aceh Besar menyusul sebagian besar industri rakyat di daerah itu hancur akibat bencana alam gempa bumi dan tsunami yang melanda sebagian besar wilayah Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam (NAD), 26 Desember 2004.

Wartawan ANTARA di Kota Banda Aceh, Kamis, melaporkan sebagian besar industri batu bata (dapur batu-bata) di wilayah sentra produksi salah satu material bangunan di Aceh Besar itu kini hancur, sehingga memicu kelangkaan dan kenaikan harga mencapai antara Rp400 -450/biji dari sebelumnya berkisar Rp200 - 250/biji. Para pedagang pengecer di Kota Banda Aceh menyebutkan bahwa pasca bencana alam gempa bumi dan tsunami itu mereka terpaksa mendatangkan batu batu dari beberapa wilayah di Aceh, seperti dari Kabupaten Pidie dan Bireuen. "Jadi stok batu bata yang kami jual sekarang itu berasal dari pengusaha di Pidie dan Bireuen," kata Muhammad Usman, salah seorang pedagang di Kota Banda Aceh.

Sementara itu, sejumlah desa sentra produksi batu bata di Aceh Besar seperti di Kecamatan Baitussalam, kini tidak terlihat adanya aktivitas usaha masyarakat itu pasca bencana alam.

Burhanuddin, salah seorang pengusaha industri batu-bata menyebutkan pasca bencana alam yang menghancurkan usahanya dan menewaskan beberapa pekerjanya itu belum bisa beroperasi karena selain langkanya bahan baku, juga ketidak-adaan modal kerja.

Sebelum bencana alam, pihaknya mampu memproduksi sekitar 12 juta biji batu bata setiap bulannya. "Stok batu bata yang sebelumnya masih tersisa itu kini juga sudah diterjang air bah tsunami," tambahnya.

Untuk itu, ia berharap agar pihak Pemerintah dan donator dapat meminjamkan modal kerja bagi para pengusaha batu bata, sehingga mereka bisa melakukan aktifitasnya kembali. "Satu usaha batu bata itu minimal mampu memperkejakan lebih dari 15 orang tenaga kerja," kata Burhanuddin.

Kelangkaan batu bata itu telah memicu kenaikan harga jual batako di kota yang telah porak-poranda dihantam tsunami.

Sementara itu, harga semen di Kota Banda Aceh dan sekitarnya juga dilaporkan mengalami kenaikan yang cukup drastis pasca bencana alam yakni mencapai Rp28.000 - Rp30.000/zak dari sebelumnya berkisar Rp22.500 - Rp23.500/zak.

Kenaikan harga semen di daerah itu diperkirakan juga dipicu karena sebuah perusahaan pengolah semen yakni PT Semen Andalas Indonesia (SAI) tidak berproduksi karena perusahaan tersebut juga hancur akibat bencana alam, akhir tahun 2004.

Catatan perjalanan sebelum ini...

Sebat Yang Tidak Islamik -Ustazah Nuridah. Bagaimana SIS?


KL, 18 Feb: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berkata, pelaksanaan hukuman sebat belum memenuhi kehendak Islam sepenuhnya kerana dilakukan secara tertutup, buka secara terbuka seperti yang dianjurkan dalam Islam.

"Hukuman sebat mesti dilakukan secara terbuka, bukan tertutup dalam penjara. Kita kena ingat, tujuan dilakukan secara terbuka adalah untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan yang sama," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak berwajib agar melaksanakan hukuman sebat seperti yang dituntut dalam Islam, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Hishammuddin dilaporkan sebagai berkata, tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Hishammuddin juga berkata, seorang daripada tiga pesalah wanita berkenaan telah dibebaskan pada Ahad lepas, pesalah kedua akan dibebaskan dalam tempoh beberapa hari lagi dan pesalah ketiga dibebaskan pada Jun nanti.

Menurutnya, wakil dari kementeriannya turut hadir semasa pelaksanaan hukuman dibuat bersama 13 orang lagi antaranya Pengarah Jabatan Agama Wilayah, Pegawai Jabatan Agama Wilayah dan wakil dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara serta wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya nak ingatkan menteri yang berkenaan, jangan ingat bila sudah laksanakan hukuman sebat, sudah cukup segala-galanya. Kerajaan kena kaji semula hukuman sebat yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. belajar daripada awal," kata Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau juga berkata, tindakan Hishamuddin mendedahkan mengenai hukuman yang dijalankan terhadap tiga wanita itu hanya sekadar untuk menutup mulut rakyat daripada terus mempersoalkan isu Kartika.

"Saya nampak cara menteri memberitahu rakyat mengenai hukuman yang dilaksanakan itu seperti hanya meraikan pandangan orang sahaja dan ingin menutup mulut rakyat daripada terus bercakap isu sebat ini.

"Saya minta menteri laksanakan hukuman sebat ini kerana Allah, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga," katanya.

Beliau juga mempersoal sikap kerajaan melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman sebat ke atas bekas model sambilan yang didapati bersalah kerana minum arak, Kartika Sari Dewi Shukarno, 33.

Nuridah hairan dengan sikap kerajaan yang dilihat seolah-olah sengaja membiarkan Kartika ternanti-nanti untuk menerima hukuman sebat itu walaupun beliau sudah menyatakan kesediaan untuk menerima hukuman itu sejak dari awal lagi.

"Tiga orang yang dihukum itu, biarlah dihukum. Tapi yang saya persoalkan kenapa kes Kartika belum selesai lagi? Apa masalah kerajaan sebenarnya sehinggakan Kartika perlu menunggu begitu lama untuk menerima hukuman itu?" soal Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Sementara itu, Kartika sendiri, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam,berasa pelik pelik mendapat tahu tiga wanita telah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu kerana melakukan kesalahan syariah tersebut.

Menurut ibu tunggal kepada dua anak ini, apa yang berlaku seolah-olah 'mempermain-mainkan' perasaannya selama ini.

Kartika sebelum ini telah membuat permohonan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang (Jaip) untuk campur tangan bagi mempercepatkan hukuman terhadapnya memandangkan ianya masih tertangguh sehingga kini.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.

Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman bagaimanapun dilaporkan sebagai berkata, pihaknya masih menunggu reaksi daripada Tengku Abdullah selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebelum boleh mengambil sebarang tindakan susulan.

Sementara itu, tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita oleh Sisters in Islam (SIS). SIS mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan, kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bercelaru habis bila pemerintah tidak mahu mengikut perundangan Islam sepenuhnya, walaupun Islam sebagai agama Persekutuan kononnya.. SIS pula tidak sepatutnya menggunakan nama Islam sedangkan kenyataannya sesat dan bercanggah dengan Islam. (AK)

PM & Isteri Dalangi Kes Liwat Anwar -Karpal Singh


KUALA LUMPUR, Feb 18 — Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim Karpal Singh mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendalangi kes liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang kali ini.

“Sebagaimana saya katakan, adanya tangan ajaib dalam perbicaraan ini, dan ia adalah tangan Perdana Menteri sekarang... ada dua tangan dan satu lagi tangan isteri beliau,” kata beliau di mahkamah hari ini.

Anwar menyambut dakwaan Karpal Singh itu dari kandang tertuduh dengan berkata “konspirasi, pembohongan besar.” (AK)

Wednesday, February 17, 2010

Pertamakali 3 Penjenayah Syariah Disebat, Ikut Islamkah?


PUTRAJAYA: Buat pertama kali, tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lepas di Penjara Wanita Kajang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sambil merujuk kepada hukuman sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang belum pun dilaksanakan, beliau berkata, kes itu sengaja digembar-gemburkan kerana jelas dari segi pelaksanaan hukuman sebat itu menunjukkan pesalah tidak mengalami kecederaan.

"Apa yang digembar-gemburkan dalam kes Kartika itu menimbulkan kebimbangan orang ramai, saya harap janganlah hanya fokus kepada satu kes yang belum dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Hishammuddin berkata, seorang daripada tiga pesalah wanita berkenaan telah dibebaskan pada Ahad lepas, pesalah kedua akan dibebaskan dalam tempoh beberapa hari lagi dan pesalah ketiga dibebaskan pada Jun nanti.

Menurut beliau, wakil dari kementeriannya turut hadir semasa pelaksanaan hukuman dibuat bersama 13 orang lagi antaranya Pengarah Jabatan Agama Wilayah, Pegawai Jabatan Agama Wilayah dan wakil dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara serta wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berdasarkan temu bual dengan tiga pesalah wanita itu, beliau berkata, didapati bahawa mereka insaf, reda dan bertaubat dengan hukuman yang diterima walaupun sebatan tersebut tidak mendatangkan kesan luka.

"Diharapkan isu itu tidak disalahertikan sehingga mencemarkan kesucian Islam. Hukuman itu adalah untuk mendidik dan memberi keinsafan agar mereka yang terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan dan membina hidup baru yang lebih baik," katanya.

Pelaksanaan hukuman sebat mendapat liputan meluas sejak Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang pada 11 Julai 2008.

Kartika yang mengaku bersalah kemudian didenda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Bagaimanapun hukuman sebatan itu masih tertangguh sehingga kini. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim:Ikut hukum sebat cara Islamkah? Apa kesalahan dan bagaimana sebatnya?

Lagi SU Agung (Geng T'ganu) Kawal Politik Presiden PAS?



PAS perlu bimbang terhadap dominasi pemimpinnya dari Terengganu – atau dikenali sebagai 'geng Terengganu' – yang didakwa mengawal tindakan politik presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata seorang penulis blog popular.

Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib – yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS - berkata kumpulan tersebut mampu menguasai parti ekoran kedudukan 'strategik' mereka.

“Ini luahan beberapa ahli jawatankuasa PAS yang saya kenal, bahawa idea (kerajaan perpaduan) ini dipersetujui mereka yang dulunya menjadi pemimpin di PAS Terengganu, atau saya panggil geng Terengganu.

“Nama-nama seperti ustaz Abu Bakar Chick, Haron Taib, idea perpaduan, muzakarah (PAS-Umno) ini disokong mereka. Dan yang saya risau, presiden lebih suka menyokong kehendak-kehendak geng Terengganu daripada kehendak majorotiti ahli jawatankuasa,” katanya.

Abdul Rahman berkata, beliau difahamkan, dalam kes tindakan terhadap pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hasan Ali yang dikritik mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai antara “beberapa kerat pemimpin bermasalah”, hanya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin Terengganu yang mempertahankannya.

“Jadi presiden hanya melebihkan geng Terengganu. Sebab itu setiausaha agung Datuk Mustafa Ali pernah keluarkan kenyataan (bahawa) keputusan dibuat sebulat suara. Kalau diambil undi, agenda kumpulan Terengganu akan ditolak,” katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Abdul Rahman yang konsisten menentang keras idea kerajaan perpaduan dan muzakarah PAS-Umno berkata, penguasaan kumpulan tersebut berleluasa terutamanya di pejabat presiden.

“Tengok dalam pejabat presiden itu, semua orang Terengganu, (setiausaha politik) Dr Samsuri Mokhtar, setiausaha itu, setiausaha ini semuanya orang Terengganu,” katanya yang mengaku menjadi ahli PAS kawasan Lembah Pantai.

Penguasaan pemimpin-pemimpin Terengganu di peringkat pusat PAS, antaranya di kerusi presiden, setiausaha agung, Dewan ulama, Dewan Pemuda, akhbar organ parti Harakah dan unit IT PAS, sentiasa disebut-sebut.

Kumpulan tersebut yang sering dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno sering diperolokkan di blog sebagai kumpulan 'kerajaan perpaduang' - sebutan menurut loghat Terengganu.

Nama Abdul Rahman, seorang perunding perniagaan di luar negara mula menjadi perhatian banyak pihak selepas mendedahkan beberapa siri pertemuan PAS-Umno selepas pilihan raya umum lalu.

Beliau yang sering menyerang Dr Hasan kerana tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat pernah berkhidmat sebagai penceramah motivasi tersebut selama dua tahun sehingga 2007 – yang menjadikannya 'orang dalam'. (Sumber Malaysiakini.com)

Sebelum ini...

Presiden PAS, Bukan Saja Penyelamat Orang Lemas, Tetapi...


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas

HARI ini menurut Harakah, Marang, 17 Februari:
Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya. "Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi. Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut... saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."


Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya. Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.

Teringat saya puluhan tahun lalu, saya pernah menganjurkan ceramah PAS di Pulau Pinang (saya tak ingat pasti tempat ceramahnya), waktu itu rombongan ustaz Hadi datang lambat. Bila ditanya mengapa lewat, anggota rombongannya menjawab, "Ustaz Hadi nyaris maut kerana jirannya minta tolong tangkap orang gila yang sedang mengamuk berhampiran rumahnya. Tiada orang lain yang sanggup menangkap pada masa itu, maka beliau terus cuba menangkapnya. Parang panjang melintasi atas kepalanya, hingga terjatuh serbannya. Akhirnya orang gila itu berjaya ditundukkan dan beliau selamat, alhamdulillah!"

Jadi, bukan saja Presiden PAS itu berjaya menyelamatkan orang lemas seperti berita di atas, bahkan pernah menundukkan orang gila mengamuk. Sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain yang lemah. Itulah persiden PAS kini, yang saya kenal.

Sekian. Wassalam.

Ibnu Hasyim
17 Feb 2010.


Filem MNIK Pecah Panggung AS, Bolehkah F/M'sia Begini?

HALAMAN HIBURAN

FILEM My Name Is Khan (MNIK), berjaya memungut AS$761,000 (RM2.6 juta) pada hari Ahad lepas, sekaligus mencatatkan rekod pecang panggung bagi filem berbahasa Hindi itu di Amerika Utara.

Pengarah filem itu, Karan Johar mensasarkan kutipan akan jatuh tujuh peratus pada hari Ahad selepas mendapat kutipan AS$682,000 (RM2.3 juta) pada hari Sabtu. Bagaimanapun, filem itu menerima sambutan yang menggalakkan pada hari Ahad.

Filem tersebut yang dibintangi Shah Rukh Khan dan Kajol itu akan ditayangkan di 120 buah panggung teater termasuk di Amerika Syarikat dan Kanada selama tiga hari. Menurut satu laporan, tiket filem itu telah habis dijual.

MNIK juga adalah antara filem yang mendapat sambutan di Amerika Utara selepas mula ditayangkan pada 12 Februari lepas.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bolehkah filem Malaysia jadi begini? (AK)

Adik PM & Anak Mantan PM Antara Terkaya Di M'sia

Kiri Adik PM & kanan anak bekas PM antara Melayu terkaya..

KL, 16 Feb: Majalah Malaysian Business menamakan Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak sebagai orang Melayu yang ke empat terkaya di Malaysia melalui senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

Orang Melayu terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) yang memiliki harta sebanyak RM6.01 bilion, kedua dan ketiga adalah anak-anak Allahyarham Tan Sri Shamsuddin iaitu pemilik syarikat Sapura Holding. Mereka adalah Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin.

Baru-baru ini, Malaysian Busines mendedahkan senarai 40 orang terkaya di Malaysia melalui kajiselidik yang dibuat oleh majalah perniagaan itu. Orang terkaya di Malaysia, menurut majalah itu adalah Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang dinyatakan memiliki harta sejumlah RM42.76 bilion meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Berikut adalah 14 dari 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.

1) Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) - RM42.76 bilion
2) Ananda Krishnan (Mexis) - RM27 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Chen ( IOI) - RM11.92 bilion
4) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) - RM10.38 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) - RM7.09 bilion
6) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) - RM6.01 bilion
7) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
9) Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
10) Lee Swee Eng (KNM Group)
11) Datuk Shahril Shamsuddin (Sapura)
12) Shahriman Shamsuddin (Sapura)
13) Datuk Seri Nazir Razak (CIMB)
14) Ong Leong Huat (OSK

Sementara itu Datuk Mokhzani Mahathir, anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business. Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Jutawan Melayu lain yang disenaraikan ialah Tan Seri Syed Mokhtar AlBukhary dari Yayasan AlBukhary, dengan kekayaan sebanyak RM6.01 bilion di tangga ke tujuh. Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 denan kekayaan se banyak RM2.8 bilion. Datuk Seri Nazir Razak - adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia.

Bernama pula melaporkan, menurut kaji selidik Malaysian Business, kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia mencatat peningkatan terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih RM96.3 bilion, berikutan pemulihan dalam pasaran saham.

Bagaimanapun, menurut kenyataan majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008. Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih. Ada lebih jutawan tahun ini - 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu. Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion. Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion. Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun. (Pelbagai Suymber: AK)

Tuesday, February 16, 2010

Generasi Baru Al-Qaidah Lebih Hebat Dari Osama, Telah Datang.

Oleh
Drs Mohd Rashidi Deraman


GENERASI baru Al-Qaidah telah datang. Mereka jauh lebih hebat, dibanding dengan Osama dan Ayman al-Zawahiri. Penganalisis Gerakan Islam, memperingatkan perluasan Al-Qaidah mempunyai hubungan dengan kelompok jihad tempatan seperti di Yaman, Somalia, dan beberapa negara Afrika.

Generasi baru ini berbeda dengan generasi sebelumnya. Mereka terdiri dari golongan berpendidikan, mampu menggunakan alat-alat modern dan canggih, termasuk dibidang komunikasi dan senjata. Mereka mempunyai kemampuan yang lebih dahsyat bagi menyambung perjuangan generasi tuanya, terutama dibidang persenjataan.

Hal ini membimbangkan Barat, khususnya dalam menghadapi kecenderungan baru yang berkembang, dan bukan hanya di dunia Islam sahaja, tetapi berlaku dalam negara Barat sendiri. Tentu hal ini tidak lain, akibat dari buruknya pandangan Barat, terhadap umat dan agama Islam, dengan terus melakukan penjajahan. Demikian dilaporkan oleh Era Muslim sebagai media Islam rujukan hari ini.

Menurut konferen 'The International Center for Future and Strategic Studies (ICFS), di Cairo, 27 Januari 2010, bertajuk 'Evolution of al-Qaidah', generasi baru Al-Qaidah ini akan menjadi ancaman keamanan regional, dengan melakukan konfrontasi dengan kerajaan dan kelompok alat asing (Barat), yang kini terus menjajah dan mencengkam negara-negara Islam. Konferens itu dihadiri dari berbagai ahli politik, keamanan, dan penganalisis di bidang Gerakan Islam, yang berasal dari berbagai negara, Mesir, Yaman, Palestin, dan beberapa negara Arab lainnya.

Makram Mohammed Ahmed, seorang penulis dan Ketua Sindikat Wartawan Mesir, menjadi pembicara utama, mengingatkan resiko organisasi lokal, yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaidah, dapat mempengaruhi kehidupan politik di Mesir, sesudah kegagalan mereka di AS. Akram mencontohkan, bangkitnya Al-Qaidah di Yaman, sesudah kegagalan mereka di Iraq, di mana kemudian mereka berpindah ke Yaman.

Mereka dapat membangun kekuatan dengan cepat, khususnya dengan kemunculan banyaknya kelompok militan, yang akan menjadi generasi baru Al-Qaidah. Sekarang telah lahir apa yang disebut Al-Qaidah 'Jazirah Arab', dibawah pimpinan Abu Bashir al-Wahayshi, yang berasal dari Yaman.

Ketua Sindikat Wartawan Mesir itu yakin Al-Qaidah sekarang menguatkan asas gerakannya di Yaman, dan akan menjadi faktor ancaman baru di kawasan itu. Kebangkitan Al-Qaidah, bersama kelompok Jihadis Salafi, dan Gerakan Al-Shabab di Somalia, menjadi kekuatan besar masa depan. Tentu hal ini menjadi ancaman kepada sekutu Barat (AS).

Inilah yang membimbangkan sebahagian penganalisis, presiden dan raja, yang sekarang menghadapi ketidak percayaan rakyatnya, kerana terlalu mendekati Barat, banyak melakukan pembunuhan dan penghancuran terhahadap umat Islam, seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan, dan Somalia

Menurut Prof. Fuad Salabi, dari Universitas di Yaman, dan Abdul Rahim, yang memimpin lembaga analisis, Arab Center for Reseach and Studies, menegaskan, "Fenomena generasi baru Al-Qaidah dan orientasi mereka, adalah suatu yang sangat baru.. Dan dengan latar belakang pendidikan mereka, serta kemampuan mereka membangun organisasi, komunikasi dan senjata baru lebih canggih, adalah model generasi baru gerakan Al-Qaidah", ujar Rahim.

Al-Qaidah, dan kelompok Jihadis Salafi, merupakan jenis baru Gerakan Islam, yang melakukan perlawanan terhadap bentuk penjajahan Barat dan sekulerisme (materialisme), yang sekarang mengancam kaum Muslimin. (EraMuslim/2MA))

Hiburan Di K'tan: Tidak Sekat Tapi Kawal - Nik Aziz

HALAMAN HIBURAN

Wardina yang terkenal sebagai pnghibur..

KOTA BARU, Feb 14 - Kerajaan pimpinan PAS di Kelantan tidak pernah menyekat pertunjukan hiburan, cuma mengawal dari segi peraturannya supaya tidak bercanggah dengan kehendak dan ajaran Islam, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata ini kerana Islam tidak menegah seseorang daripada menghayati hiburan, asalkan tidak melalaikan kerana ia sudah menjadi fitrah yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia.

“Malah, Nabi Muhammad (SAW) sendiri pun mempunyai sifat untuk berhibur, tapi mengikut caranya tersendiri. Sejak kita (PAS) mentadbir negeri ini 20 tahun lalu, kita tidak menyekat pertunjukan hiburan di negeri ini, cuma mengawal dari segi syarat-syarat dan peraturan supaya tidak bercanggah dengan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meraikan selebriti TV3, Wardina Safiyyah dan Pengarah Filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’, Habibul Rahman di sini hari ini.

Oleh itu, kata Nik Aziz, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk membolehkan rakyatnya menikmati hiburan mengikut peraturan.

Ditanya syarat pertunjukan hiburan di negeri ini yang agak ketat menyebabkan artis dan penganjur tidak berminat mengadakan pertunjukan di Kelantan, Nik Aziz berkata ia terletak kepada mereka.

“Jika artis wanita yang datang ke sini boleh pakai tudung kepala dengan baik, tidak ada sebab mereka tidak boleh mengadakan pertunjukan hiburan di negeri ini jika mereka boleh ikut peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen hiburan seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa agama negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Wardina berkata beliau amat bertuah kerana dapat berjumpa dengan Nik Aziz, yang menghargai kehadirannya ke negeri ini sebagai ikon kepada persembahan hiburan Islam.

“Saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan Datuk Nik Abdul Aziz,” katanya. (Sumber: The Malaysian Insider)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Untuk mendapatkan hiburan seperti yang dikehendaki oleh Islam perlulah pilih negara yang bermodelkan Kelantan, bukan seperti yang diperintahkan BN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails