Mereka berhimpun di hadapan Pangsapuri Ladang Gemilang di sini sejurus selepas solat Asar yang turut disertai Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan UMNO Ladang Tok Pelam.
Himpunan yang disertai 40 ahli serta penyokong UMNO itu diketuai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd. serta Naib Ketua Pemuda, Mazahan Mohd. Ali dan Naib Ketua Puteri Bahagian itu,  Rubihah Musa.
Mereka menyatakan bantahan terhadap kenyataan Guan Eng sambil menuntut menteri kewangan itu meletakkan jawatannya selain didakwa di bawah Akta Hasutan.
Peserta himpun turut membawa poster antaranya 'LGE wajib resign, Guan Eng jangan cetuskan isu perkauman, LGE rasis dan DAP rasis'. - UTUSAN ONLINE