PENUNJUK perasaan menuntut keamanan berikutan ketegangan di Kashmir ketika di Lahore, Pakistan, kelmarin. - AFP
ISLAMABAD 4 MAC - INDIA didakwa melakukan penganiayaan terhadap umat Islam Kashmir semasa operasi pasukan keselamatan kerajaan memerangi kumpulan pemisah di Kashmir
Al Jazeera melaporkan, difahamkan ratusan penduduk sudah ditahan kerana dituduh bersimpati dan didakwa menyokong penentangan terhadap negara itu.
Ini mendorong beberapa pemimpin wilayah Kashmir mengecam operasi kerajaan India terhadap kumpulan pemisah di wilayah pertikaian tersebut.
Menurut mereka, langkah itu juga menjejaskan pembangunan kanak-kanak selain menutup peluang anak Kashmir terdiri daripada keluarga miskin untuk belajar.
“Saya berasa kecewa, operasi tersebut memberi kesan terhadap pembelajaran saya.
“Saya mahu mendalami agama, saya berasa malu apabila ditanya tentang kepercayaan saya. Jadi apabila sekolah ditutup, saya tidak mampu untuk belajar lagi,” kata seorang pelajar, Amir Ahmad.
Dalam pada itu, bekas Ketua Menteri Jammu dan Kashmir, Mehbooba Mufti berkata, India tidak boleh menyekat idea Jamaat-e-Islami (JeI) yang diharamkan selama lima tahun, baru-baru ini.
“Dalam demokrasi, ia adalah sekatan terhadap idea. Jika kamu mahu menahan semua orang, kamu tidak boleh menyekat idea kerana ia akan meningkatkan ketegangan dalam kalangan penduduk Kashmir,” katanya.
Sementara itu, ramai pemimpin JeI ditahan dan rumah mereka turut disita oleh India.
Dalam perkembangan berkaitan, penduduk kampung berdekatan Garisan Kawalan (LoC) berkata, keadaan di kawasan itu mulai reda semalam dan penduduk mengambil kesempatan itu meninggalkan rumah dan berpindah ke tempat lebih selamat.
Menurut seorang penduduk, Nazakat Hussain, dia tiada pilihan lain selain meninggalkan kediaman kerana keluarganya tidak mempunyai tempat perlindungan bawah tanah atau bunker untuk melindungi mereka.
Dalam perkembangan berlainan, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad berkata, Washington sedang menyiasat laporan berhubung sama ada Pakistan menggunakan jet pejuang F-16 buatan negara itu untuk menembak jatuh pesawat pejuang India baru-baru ini. – AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sikap Kerajaan PH Malaysia bagaimana?
No comments:
Post a Comment