Saturday, July 25, 2009

Rosmah Mansur, Isteri PMku. Lihat Gambar Ini..

PM & isteri semasa pergi buat umrah di Mekah baru-baru ini... Isterinya comel bertudung, alhamdulillah!

Lepas pulang dari umrah di Mekah.. buka sikit tudung.

Agak lama di sini, masya Allah, macam ni pulak!

Lanjutnya.. klik di sini.. (AK)

Kemaskini: Rosmah Puaka? (1, 2 & 3... 4 & 5).


Awas Webside Palsu, Duit Boleh Hilang Sekelip Mata.

PENGGUNA
Oleh : Zailina MahmudAlign Centre







TAK nampak perbezaannya, rite.. Memang sukar utk mencari perbezaannya. These ppl are very good at their job copying the original site.

The only difference is to refer to the address bar. The web address should refer to the bank’s address dan juga sila pastikan tanda icon kunci(mangga) ada pada site itu coz itu confirm that it is a secured site and not a fake site.

Sila berjaga jaga ya coz once they have ur id and password, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata.

Blog Ibnu Hasyim hanya panjangkan.. (AK)

Cakera Padat Misteri.. Bermulanya Projek Tumbangkan S'ngor?


Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah menafikan bahawa beliau terlibat dalam menggelapkan wang peruntukan yang diberikan kepada setiap ADUN untuk membiayai projek pembangunan di kawasan masing-masing. Foto SIN CHEW DAILY.

Mstar Online: Sabtu Julai 25, 2009, Wujud skandal baru dalam kes Teoh

SHAH ALAM: Satu skandal baru telah wujud dalam kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian, Teoh Beng Hock, baru-baru ini.

Dokumen yang menunjukkan data-data wang peruntukkan yang disalurkan kepada organisasi dan individu yang tidak wujud oleh beberapa ahli exco Selangor telah disiarkan di internet. Bagaimanapun, semua pertuduhan itu dinafikan oleh Ronnie Liu yang merupakan salah seorang ahli exco tersebut.

Dokumen tersebut yang memaparkan nama-nama individu terlibat, nombor cek dan baucer peruntukan pembangunan daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri itu telah disiarkan dalam sebuah blog bernama “Truth for Teoh Beng Hock” (http://t4tbh.blogspot.com) semalam.

Dua nama ahli exco tersebut dikatakan sedang di bawah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran telah menyalahgunakan duit rakyat, turut dinyatakan di dalam blog itu.

Tujuh orang ahli Pakatan Rakyat juga dilaporkan disiasat di atas kesalahan penyalahgunaan wang peruntukan pembangunan.

Mereka ialah Teresa Kok (Wakil rakyat Kinrara), Ean Yong (Seri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (Subang Jaya), Lau Weng San (Kampung Tunku) dan Edward Lee (Bukit Gasing).

Teresa Kok, Ean Yong dan Elizabeth Wong adalah merukan ahli exco. Teoh merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong.

Blog tersebut turut menyatakan, ada juga syarikat-syarikat yang dibayar menggunakan invois palsu untuk projek yang tidak wujud menggunakan peruntukan-peruntukan tersebut.

Setiap wakil rakyat telah menerima RM500,000 dalam peruntukan pembangunan.

Blog itu juga menyatakan, Teoh telah dipaksa untuk melibatkan diri dalam skandal ini dan dia telah membuat salinan untuk kesemua baucer tersebut dan menyimpannya di dalam cakera padat di mana salinan tersebut telah diberi kepada sesoerang untuk disimpan dengan selamat.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita lihat kisah ini betul-betul, apakah misteri 'cakera padat' ini, adalah tanda bermula dan berjalannya proses projek menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? Kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian, Teoh Beng Hock, baru-baru ini adalah titik awal seperti tumbang kerajaan PR Perak bermula dengan beberapa ADUN yang melompat? (Mstar Online/AK)

Nik Aziz-Mustapa: Contoh Ke arah Kerajaan 'Perpaduan'?



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalam Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed pada majlis pra-pelancaran Fiesta Kelantan 2009. Kedua-dua parti akan bekerjasama dalam fiesta yang akan berlangsung selama empat hari bermula 28 Okt depan akan diadakan di Padang Perdana dan Perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bahru. Foto THE STAR Oleh: SHAARI CHE MAT.

Sabtu Julai 25, 2009: Fiesta Kelantan: Umno- PAS berganding bahu

KUALA LUMPUR: Fiesta Kelantan 2009 pada Oktober depan menyaksikan dua parti politik utama Umno dan PAS bermuafakat dan membawa dua pemimpin utama daripada dua parti itu berkongsi pentas yang sama.

Fiesta julung kali diadakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dianjurkan oleh Redcarpet Worldwide Sdn Bhd, dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang diterajui oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed yang bertindak sebagai penaung.

Fiesta yang akan berlangsung selama empat hari bermula 28 Okt depan akan diadakan di Padang Perdana dan Perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bahru.

Fiesta itu akan mengadakan pelbagai aktiviti kekeluargaan, sukan rakyat dan hiburan selain mengadakan pameran mengenai pendidikan, pertanian, industri kecil dan sederhana, kesenian dan kebudayaan serta sukan dan rekreasi.

Bercakap kepada pemberita, Mustapa yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata tidak ada sebab mengapa beliau dan Nik Abdul Aziz tidak boleh berada di pentas yang sama untuk kerja-kerja kebajikan dan kepentingan rakyat.

"Saya selaku rakyat Kelantan juga ingin melihat rakyat Kelantan bersatu padu, maju kehadapan dan selaku wakil rakyat, insyaAllah saya akan berusaha bersungguhsungguh untuk memastikan bahawa Kelantan akan turut menikmati perubahanperubahan yang dibawa kerajaan pusat," katanya selepas majlis prapelancaran Fiesta Kelantan 2009 di sini semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata fiesta itu akan memberikan pendedahan kepada rakyat di Kelantan mengenai perniagaan, pelancongan, pendidikan dan kebudayaan.

Katanya fiesta itu akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar kerajaan negeri itu."Mudah-mudahan rakyat Kelantan akan terdedah mengenai perniagaan, pelancongan, pelajaran, kebudayaan dan sebagainya.

Pelancaran ini sepatutnya dah lama diadakan, tapi terlewat sedikit kerana keadaan tak mengizinkan.

"Bagaimanapun, ini adalah satu titik tolak bagi keduadua pihak (PAS dan Umno) dalam berkongsi anugerah Allah," katanya.

Ditanya mengapa permuafakatan antara Umno dan PAS dalam fiesta itu tidak diterjemahkan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai baru-baru ini, Nik Abdul Aziz berkata:"Saya dari gerakan Islam, tak musuh dengan individu, tak musuh dengan orang tertentu. Kita bermusuh dari segi ideologi, fahaman dan akidah sahaja." BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'Saya dari gerakan Islam, tak musuh dengan individu, tak musuh dengan orang tertentu. Kita bermusuh dari segi ideologi, fahaman dan akidah sahaja'. Ya, itulah 'perpaduan' yang tidak menggadaikan prinsip. Langkah awal nak ber'Perpaduan' kena begitu. Lepas itu pulangkan balik hak rakyat Kelantan, contohnya royalti minyak. Izinkan PAS laksanakan hudud, dan macam-macam lagi. Barulah tanda hulurkan tangan bersalaman untuk perpaduan. Bukan telunjuk disurung kelingking berkait... (AK)

Beda Besar PAS-UMNO -Ustaz Harun Taib

Lambang bulan.. PAS

Lambang UMNO, keris bersilang mata ke bawah.



Lambang bulan bintang PAS, sebelum diharamkan oleh kerajaan pimpinan Tun Razak, ayah Najib PM sekarang.

By DATO' HAJI HARUN TAIB
KETUA DEWAN ULAMA PAS PUSAT

MASALAH PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka. Julai 19, 2009 (AK)

Friday, July 24, 2009

Ustaz Ahmad Awang: Tulis Dengan Pengalaman 2.


Konsep Fitnah=Ujian & Fitnah=Penganiayaan (Siri 2)

Oleh: Ahmad Awang


Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Al-Buruuj:10


Bimbingan Allah Mmenghadapi Fitnah


DALAM menghadapi fitnah berupa ujian dan cubaan ini, saya tidak pernah berangan-angan untuk mendapat gelaran pangkat kebesaran seperti yang diperoleh oleh rakan-rakan sebaya saya seperti Tan Sri Abdul Hamid Othman, Tan Sri Yusof Noor, Tan Sri Harussani Zakaria, Dato' Ismail Ibrahim, Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir, Dato' Dasuki Haji Ahmad dan lain-lain. Di sini belum lagi saya hendak memanjangkan cerita bagaimana saya sering diekori dan kadang-kadang diburu oleh Cawangan Khas (SB) Bukit Aman. Disebabkan terlalu kerap menemui saya ada antara mereka yang akhirnya menjadi orang yang warak dan kuat bertahajud.


Pernah pada suatu hari (Jumaat) saya diberi kata dua oleh seorang pegawai kanan SB supaya saya memberhentikan ucapan atau tulisan saya yang kononnya mengancam keselamatan negara atau saya akan ditahan oleh pihak Bukit Aman. Bahkan saya pernah disoal siasat di Ibu Pejabat SB Bukit Aman selama lebih tiga jam. Lima orang pegawai SB menyoal siasat saya bertubi-tubi tetapi alhamdulillah saya diberi Allah kekuatan dan bimbinganNya untuk menjawab pertanyaan dan hujah mereka. Saya sangat bersyukur kerana diberi Allah kekuatan untuk menghadapi fitnah kategori yang pertama ini.


Fitnah Penganiaan


Dalam bahagian kedua ini, saya ingin menjelaskan fitnah kategori kedua yang bermaksud penganiayaan yang lebih berbahaya dan besar dosanya daripada pembunuhan. Ini kerana perbuatan membunuh hanya merupakan satu jenayah iaitu mencabuli hak seseorang manusia untuk hidup di bumi Allah S.W.T. Pelaku jenayah pembunuhan itu boleh menerima balasannya di dunia ini melalui hukum qisas, manakala fitnah yang berupa penganiayaan ini ianya merupakan rangkaian beberapa jenayah.


Pertama ianya merupakan pencabulan atas kehormatan nama baik seseorang. Ia merupakan salah satu dosa besar.


Kedua ianya membawa kepada perbuatan mengumpat apabila disebarkan, iaitu satu perbuatan keji yang amat besar dosanya seperti yang diumpamakan Allah S.W.T. dalam Al-Quran dengan perbuatan memakan daging mayat saudara sendiri. Firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ayat 12 bermaksud “…dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


Ketiga fitnah kategori ini juga berpunca dari hasad dengki terhadap seseorang yang mendapat sesuatu nikmat kebaikan. Ini juga merupakan salah satu dosa besar dan perbuatan keji lagi tercela di sisi Islam.


Keempat fitnah ini juga boleh membawa kepada permusuhan dan perpecahan di antara sesama umat Islam. Disebabkan rangkaian kejahatan dan kekejian fitnah kategori ini maka Allah menyifatkannya sebagai perbuatan yang lebih dahsyat daripada pembunuhan (rujuk Al-Baqarah 191 dan 217).

Berkongsi Pengalaman


Saya mengalami fitnah kategori ini semenjak masih menuntut di Mesir dan waktu saya berkhidmat dalam kerajaan bahkan juga ketika saya mengetuai berbelas tahun Persatuan Ulama Malayasia (PUM) dan Jamiyah Dakwah Islamiah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun fitnah-fitnah tersebut akhirnya padam dengan mudah, kerana pembuat fitnahnya dapat dikenali dan tuduhan-tuduhan jahat mereka dapat ditolak di hadapan mereka. Akan tetapi fitnah yang disebarkan oleh orang-orang yang tidak diketahui identitinya maka bahayanya sangat besar.


Paling terbaru fitnah seperti inilah yang tersebar melalui blog-blog menuduh saya dengan tuduhan jahat yang sangat berat dan mencemar kredibiliti dan maruah saya. Fitnah tersebut dikaitkan sumbernya dengan ucapan seorang anggota perwakilan dalam Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam baru-baru ini. Ianya disebarkan oleh pasbaru@yahoo.com (PBC) melalui komennya atas posting blog saya yang di “link” kan kepada blog arisawang.blogspot.com. PBC memfitnah saya sebagai Ulama E-class dan hidup bermewah-mewah secara tiba-tiba selepas kerajaan PR memerintah di Perak. Saya dituduh kononnya kempunan kerana tidak dapat menjadi Menteri Besar Perak.


Fitnah itu dikaitkan dengan sebuah kereta Mercedes E200 Compressor (BJK 5656) yang saya dan isteri mengguna pakainya (isteri saya sentiasa memandunya). PBC juga memfitnah saya melayan pemandu saya sebagai hamba abdi atau kuli yang saya arah sesuka hati seperti menyuruhnya membeli roti canai. PBC juga memfitnah saya memuja Husam dan membenci 3 orang Pimpinan Tertinggi PAS masa kini. Saya juga difitnahnya mereka-reka tuduhan terhadap pimpinan apabila saya menyebut dalam ucapan saya (Muktamar PAS ke 55 baru-baru ini) tentang seorang Pemimpin Tertinggi yang menghubungi saya dan meminta (bukan mengarahkan) saya supaya “mereview” keputusan PAS Perak membentuk kerajaan bersama DAP dan PKR dan sebaliknya berbincang untuk tubuh kerajaan bersama UMNO/BN.


PBC seterusnya memfitnah saya dengan dakwaan bahawa saya menolak semua pencalonan untuk jawatan tertinggi parti adalah kerana takut kalah dalam pemilihan. Saya tidak pasti sama ada pembuat fitnah ini orang dalaman jemaah (PAS) atau orang luar. Sekiranya pembuat fitnah ini ahli PAS, apatah lagi orang yang ada jawatan dalam parti maka ianya amatlah malang dan mendukacitakan. Sekiranya ia “orang luar”, apatah lagi kalau dari kalangan musuh maka tidaklah menghairankan. Tetapi dari penulisan PBC itu, terdapat isyarat yang menunjukkan ia datang dari kalangan jemaah. Sesiapapun jua identitinya PBC yang membuat fitnah aniaya dan zalim ini, saya minta supaya dia tampil mengenalkan diri.


Tidak perlu takut untuk berdepan dengan saya dan mereka yang dilibatkannya dalam fitnah berkenaan. Dua hari lepas semasa saya balik ke Semanggol seorang anak muda memberitahu saya dia telah menghantar email kepada PBC supaya dia mengenalkan dirinya tetapi tiada jawapan yang diterima. Dari apa yang dapat dikesan, pemilik muktamarpas.blogspot.com pernah membuat postingnya di United Kingdom dan Mesir selain daripada beberapa tempat dalam negara. Ini menunjukkan ianya bukanlah sebarangan orang kalau ianya seorang pendukung jemaah.


Penjelasan-penjelasan Dan Penolakkan Fitnah.


Ulama E-Class: Memang mudah manusia membuat fitnah yang menganiaya sesama orang beriman bahkan sesama dalam jemaah pun. Bersabit dengan fitnah Mercedes E-class itu sebenarnya telah saya jelaskan kepada sahabat pimpinan PAS negeri Perak dalam satu mesyuarat Dewan Harian beberapa minggu selepas kami mengguna pakai kereta tersebut. Dalam mesyuarat itu, saya terangkan dari mana datangnya Mercedes E-class itu bahkan saya tunjukkan salinan gerannya yang membuktikan siapa pemilik sebenarnya iaitu seorang tokoh korporat bernama Dato’ MN. Beliau secara kebetulan mengetahui kenderaan kami terlibat dalam satu kemalangan di lebuh raya berhampiran Gua Tempurung.


Saya dan isteri yang memandu kereta Proton Waja (NBR 8600) pada hari itu dalam perjalanan ke Ipoh untuk satu mesyuarat parti. Dato’ MN pada hari itu yang dalam perjalanan ke utara berpatah balik menemui kami di Ipoh. Beliau sangat simpati apabila mengetahui kami tiada kenderaan lain kecuali sebuah Isuzu Trooper (ABK 5577) yang sering rosak dan terkandas dalam perjalanan. Beliau bertanya adakah PAS memberi apa-apa imbuhan kepada saya. Saya memberitahu bahawa yang saya sentiasa fikirkan ialah macam mana saya hendak mencari sumbangan untuk PAS Perak.

Sebulan Kemudian


Kira-kira sebulan kemudian pemilik Mercedes E-class itu menyerahkan kereta itu kepada kami di kediamannya di Shah Alam. Kami terperanjat melihat Mercedes sebaharu itu diserahkan kepada kami dengan kata-kata si pemilik “Pak Lang dan Mak Lang (panggilan mesra kepada kami) pakailah kereta ini. Mak Lang anggaplah kereta ini seperti kereta Mak Lang sendiri.” Isterinya Datin IB menambah, “ Mak Lang memandu kereta ini untuk kerja Islam, mudah-mudahan kami pun tumpang dapat pahala.” Bagaimana pun di antara sahabat pimpinan dalam mesyuarat berkenaan ada yang bertanya kenapa tidak kereta yang lain dari Mercedes. Dalam hati saya kalaulah di antara sahabat yang mempersoalkan perkara ini menawarkan salah sebuah kenderaan mereka kepada saya, selesailah masalah Mercedes E-Class.


Hati saya berkata lagi, “Macam mana Dato’ tu hendak beri selain dari Mercedes kerana kereta-keretanya yang lain adalah Mercedes yang lebih mahal dari E-200 itu.” Agaknya akal mereka memang susah hendak menerimanya kerana dalam realiti dunia sekarang nak mencari seorang berdua seperti Dato’ MN itu sukar ditemui. Apatah lagi sahabat-sahabat berkenaan yang mempunyai dua tiga buah kereta itu tidak pernah sekali pun menawarkan kepada kami untuk menggunakan kereta mereka buat sementara.”

Sebenarnya kira-kira sebulan sebelum kami ditimpa kemalangan jalan raya itu, seorang sahabat di Taiping yang saya singkatkan namanya dengan Dr. AZ berjanji akan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes (separuh pakai) untuk kegunaan kami. Akan tetapi kereta yang beliau tempah itu terlewat diterimanya sehingga kami mendapat Mercedes E-Class ini. Bagaimanapun Dr. AZ kemudiannya membiayai insurans,cukai jalan dan bayaran servis kereta berkenaan. Dr. AZ inilah juga yang memberi kami sekeluarga khidmat rawatan dan perubatan secara percuma semenjak kira-kira sepuluh tahun yang lalu apabila kami kembali ke Perak sehingga hari ini.

Sifat Hasad Dengki


Manusia memang mudah membuat fitnah apabila melihat seseorang mendapat kurniaan Allah S.W.T. yang berupa kelebihan dan kesenangan. Perasaan hasad dengki mudah subur dalam hati mereka yang mudah dipengaruhi oleh kebendaan dan harta kekayaan walaupun sudah memilikinya lebih besar dari apa yang menimbulkan hasad dengki itu. Firman Allah S.W.T. Al-Imran ayat 120 bermaksud, “Jika kamu mendapat kebaikan, mereka susah hati/dukacita/sakit hati. Dan jika kamu ditimpa kesusahan mereka gembira dengannya…” Dulu semasa kami menggunakan Isuzu Trooper (ABK 5577) yang sudah dilupus guna dan Volvo tua (BFK 1450) yang selalu tersadai dalam perjalanan, tiada sesiapa pun yang ambil peduli bahkan ada yang menyindir sinis dengan kata-kata seperti, “kereta Ustaz ni dah masuk taraf klasik” .


Ada yang berkata kepada isteri saya “ Dalam pimpinan PAS ini tiada lagi pimpinan yang memakai kereta sebegini melainkan Ustaz Ahmad Awang je.” Namun isteri saya menjawab dengan senyuman dan ucapan hamdallah. Tiada siapa pun yang mengambil tahu apabila saya selalu menaiki bas Konsortium dari Pudu Raya ke Kamunting hampir setiap minggu. Tidak ada siapa di antara sahabat pimpinan yang bertanya kepada kami apa yang sudah jadi kepada Proton Waja yang kami gunakan selepas terlibat dengan kemalangan di lebuh raya berhampiran Gunung Tempurung itu. Malah sahabat-sahabat yang rapat seperjuangan itu ada yang tidak tahu bahawa akibat kemalangan itu isteri saya seminggu kemudian dimasukkan ke wad kecemasan di Hospital Kota Bharu.


Begitulah sebahagian adat manusia di dunia ini termasuk ahli dan pimpinan jemaah PAS. Begitulah manusia yang disifatkan Allah S.W.T. sebagai “zalooman” dan “jahoola” lebih mudah dipengaruhi nafsu, hasad dengki yang kemudiannya dengan mudah memfitnah sesama insan hatta yang sejenama dalam jemaah. Dalam suatu peristiwa,saya seolah-olah seperti disoal siasat dalam satu himpunan bulanan parti di markas negeri di Air Kuning bersabit Mercedes E-class ini apabila seorang peserta (Ustaz ZA) membangkitkan isu ini. Alhamdulillah saya dengan tegas menjelaskan tanpa apa-apa yang disembunyikan. Kebetulan dalam majlis Liqaa Fikri Bulanan yang dihadiri oleh kira-kira 300 orang itu dihadiri sama Ustaz Taib Azamuddin Taib yang menjadi naqib jemputan pada malam itu.


Beliau pun terperanjat menyaksikan peristiwa itu kerana Ustaz Taib seorang yang sangat mengenali peribadi saya sejak beliau mula bertugas di JAKIM di bawah arahan saya. Namun saya diberitahu apa yang dibangkitkan oleh Ustaz ZA itu tersebar melalui kuliah/ceramah beliau sedangkan penjelasan saya tidak disampaikan.

Beberapa Orang Hamba Allah


Dalam kehidupan kami yang sederhana, ramai yang tidak mengetahui termasuk rakan-rakan pimpinan yang akrab dalam jemaah bahawa kami selalu mendapat pertolongan dari beberapa orang hamba Allah dari kalangan ahli korporat yang tidak suka nama mereka disebutkan. Sudah menjadi perkara biasa apabila kami berhajat kepada sesuatu bantuan atau pertolongan dalam kerja-kerja amal Islam yang kami laksanakan, ada manusia yang prihatin dan pemurah dari kalangan ahli-ahli koporat yang mengenali kami. Selain dari Dato' MN di atas, di antara mereka ialah Dato’ SN. Beliau sering memberikan sumbangan kewangan bukan sahaja kepada kami bahkan kepada orang yang kami perkenalkan kepada beliau.


Beliaulah yang memberikan kereta Volvo (BFK 1450) yang kami gunakan beberapa tahun sehingga hari ini. Beliau juga tidak pernah keberatan menyumbang kepada parti. Kami berkenalan sejak berbelas tahun sehingga hari ini. Seorang lagi ahli koporat Dato’ JK (bukan KJ). Semenjak saya pernah menjadi penasihat syariah kepada syarikat korporat beliau sehinggalah saya berhenti kerana menyertai PAS, beliau tidak pernah lupa membantu saya apabila suasana memerlukan. Seorang lagi Dato’ Dr. SM. Beliau adalah seorang doktor pakar khususnya dalam bidang rejuvenation dan anti aging. Beliau mempunyai kliniknya sendiri di Kuala Lumpur. Sumbangan beliau kepada kami sekeluarga ialah khidmat ozone therapy semenjak bertahun-tahun secara percuma.


Seorang lagi tokoh koporat dari ahli PAS di Kuala Lumpur ialah Haji HAH. Beliau juga banyak membantu kami terutama bila saya terlibat bertanding dalam PRU ke 10 tahun 1999 dan PRU ke 11 (2004). Malah dalam PRU ke 12 (2008) beliau juga memberikan sumbangan kewangan untuk PAS Perak melalui saya selaku Pesuruhjaya. Tokoh-tokoh korporat tersebut di atas dan beberapa orang lagi seperti Dato’ SS, Dato’ Syed SH, Dato’ HA, Dato' NF, Dato' IA adalah di antara penyumbang utama bagi pembangunan Balai Kuliah Tasawwur Islami di Simpang Empat Semanggol yang berjaya kami membangunkannya kira-kira 7 tahun dahulu. Merekalah juga antara penyumbang kepada dana tabung aktiviti Balai Tasawwur terutama dana sumbangan fakir miskin dan anak yatim menjelang Eidul Fitri dan Program Ibadah Korban setiap kali Eidul Qurban.

Saya memaparkan perkara ini samata-mata bertujuan untuk membuktikan bahawa ada sebilangan manusia-manusia yang pemurah yang memberikan sumbangan dan pertolongan kepada saya dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu balasan kecuali dari Allah. Mereka tidak pernah ragu memberi sumbangan kepada saya dalam kerja amal Islam, baik melalui jemaah mahupun kegiatan peribadi saya dan isteri. Maka amatlah besar dosa dan fitnah orang seperti PBC dan konco-konconya kerana tanpa penjelasan seperti ini, kepercayaan hamba-hamba Allah yang pemurah itu kepada saya akan tergugat. Ya Allah, lepaskanlah hambaMu ini dari fitnah yang lebih bahaya dari pembunuhan itu. (bersambung…)


Tulisan sebelum ini...

Ustaz Ahmad Awang: Tulis Dengan Pengalaman 1.


Anda juga boleh terus layari blog beliau:

http://usahmadawang.blogspot.com/

Ustaz Ahmad Awang: Tulis Dengan Pengalaman 1.


Konsep Fitnah=Ujian & Fitnah=Penganiayaan (Siri 1)

Oleh: Ahmad Awang


(A) Maksud firman Allah SWT:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesunggguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Anqabut:2-3)


(B) Maksud firman Allah SWT:
Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Al-Buruuj:10)


Konsep Fitnah Menurut Al-Quran:


DALAM Al-Quran terdapat 60 ayat yang menyebutkan tentang fitnah yang mengandungi dua maksud iaitu ujian atau cubaan dan satu lagi bermaksud perbuatan penganiayaan seperti penyeksaan, pertuduhan, pembunuhan, mendatangkan bencana dan sebagainya. Membuat tuduhan jahat terhadap seseorang adalah merupakan penganiayaan yang lebih dahsyat daripada pembunuhan seperti yang ditegaskan Allah sebanyak 2 kali dalam Surah Al-Baqarah, ayat 191 yang bermaksud: ... dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan...” dan Surah Al-Baqarah, ayat 217 yang bermaksud: “ ... dan fitnah itu lebih besar dosanya dari pembunuhan.... Akan tetapi kebanyakan ayat-ayat berkenaan fitnah itu merujuk kepada ujian dan cubaan Allah ke atas orang-orang yang beriman seperti yang dimaksudkan dalam ayat Al-Anqabut di atas.

Al-Quran menegaskan bahawa manusia akan diuji Allah dengan bala bencana, penderitaan dan penindasan dalam mempertahankan keimanan dan kebenaran Islam yang diperjuangkan oleh para Rasul dan golongan orang-orang beriman. Kisah para Rasul dalam Al-Quran menunjukkan bagaimana mereka menerima ujian yang berupa penindasan atau penyeksaan. Mereka berjaya menghadapinya dengan kekuatan iman dan keyakinan atas kebenaran yang diperjuangkan, contohnya Nabi Ibrahim as yang dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud, begitu juga Nabi Musa as yang ditindas oleh Fir’aun. Sejarah Rasulullah saw penuh dengan ujian yang berupa penindasan dan penyeksaan, bahkan baginda berhijrah meninggalkan Makkah selepas menghadapi percubaan kaum Musyrikin Quraisy membunuh baginda.


Baginda juga diuji dengan harta kekayaan dan pangkat kebesaran yang ditawarkan oleh kaum Musyrikin Quraisy Makkah sekiranya baginda bersedia meninggalkan tugas mendakwahkan risalah dakwahnya. Dalam Al-Quran dan As-Sunnah terdapat banyak ayat-ayat dan hadis-hadis yang mengingatkan orang-orang yang beriman bahawa hartabenda dan pangkat kebesaran merupakan ujian atau fitnah yang sangat besar pengaruhnya. Namun banyak peristiwa sejarah menunjukkan bahawa menghadapi penderitaan dan penindasan kadang-kadang lebih mudah dari menghadapi ujian kesenangan dan kemewahan.


Ada orang yang sanggup beberapa lama menderita menghadapi penindasan dan tekanan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya akan tetapi kalah dengan mudahnya apabila ditawarkan pangkat dan kemewahan hidup. Al-Quran berulang tubi mengingatkan bahawa kesenangan dan kemewahan dunia adalah suatu fitnah besar. Dalam konteks peringatan kepada orang-orang beriman, golongan ulama’ paling keras diberi amaran supaya mereka tidak terpengaruh kepada pangkat dan harta kemewahan kerana golongan ulama’ adalah merupakan pewaris para Nabi. Di tangan mereka terletak amanah penting meneruskan perjuangan para Rasul. Banyak hadis-hadis yang memberi amaran supaya para ulama’ sentiasa berhati-hati apabila mereka bersama dengan para umara’ (umara’ bermaksud Raja atau Sultan, Presiden, Perdana Menteri dan seumpamanya).


Mereka diingatkan dengan keras supaya sentiasa bersikap jujur dan amanah kepada ilmu yang diamanahkan Allah kepada mereka. Mereka hendaklah beristiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Mereka hendaklah sentiasa berani menyatakan kebenaran dan menolak kebatilan. Jangan sekali-sekali mereka mengkhianati ilmu yang diamanahkan Allah dengan menjualnya dengan harta atau gelaran pangkat kebesaran.


Berkongsi Pengalaman


Berbicara mengenai fitnah ujian harta dan pangkat ini, sekadar untuk berkongsi pengalaman ingin saya mencatatkan beberapa peristiwa yang saya lalui semasa berkhidmat dengan kerajaan selama lebih 25 tahun di beberapa kementerian.


Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar - Semasa berkhidmat di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, saya pernah diminta oleh Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar ketika itu (Encik Ghafar Baba) supaya membuat satu kertas kerja untuk dibentang dalam Kongres Ekonomi Islam Ke-2 bertujuan untuk membolehkan pungutan Bahagian Zakat Fakir Miskin di seluruh negara tidak diagihkan kepada mereka, tetapi dilabur dalam suatu Kompleks Kewangan dan hanya akan diagihkan keuntungannya dari modal pungutan zakat itu.


Saya enggan melakukan seperti yang diarah oleh menteri tersebut, kerana saya berpendapat ianya bercanggah dengan hukum Islam mengenai agihan harta zakat. Menurut hukum, pungutan zakat wajib diagihkan kepada penerimanya untuk kegunaan mereka (amwal istihlakih). Akibat keengganan itu saya diberi amaran akan diberhentikan kerja. Saya pernah diberi borang menyertai UMNO beberapa kali oleh setiausaha peribadi menteri berkenaan. Beliau berkata dengan menjadi ahli UMNO saya akan cepat dinaikkan pangkat. Namun saya tetap menolak. Saya katakan kepadanya saya dilantik oleh SPA kerana atas kelayakan saya bukannya kerana saya orang UMNO. Akhirnya Allah SWT memberi jalan keluar apabila saya ditawarkan jawatan pensyarah di UTM (ketika itu dikenal dengan ITK).

Jabatan Perdana Menteri - Paling hebat ujian semasa saya berkhidmat di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri (kini JAKIM). Pada masa pentadbiran Perdana Menteri Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad, saya pernah berberapa kali dipanggil kedua-dua Perdana Menteri ke pejabatnya. Hussein Onn pernah mengarahkan saya memberhentikan program kursus kefahaman Islam kepada pegawai-pegawai tentera. Ini disebabkan kumpulan pertama yang mengikuti program tersebut ada di antara mereka yang melarang minuman keras di mess pegawai di tempat mereka bertugas, bahkan ada yang menggesa supaya penjualan arak di NAAFI (kini PERNAMA) diharamkan. Saya tidak pernah peduli arahan tersebut.

Dr Mahathir pula pernah mengarahkan supaya kurikulum program kursus-kursus dakwah kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk polis dan tentera diubah. Alasannya kursus yang dilaksanakan di bawah arahan saya itu kononnya menimbulkan masalah kepada kerajaan. Peserta-peserta kursus, kata Dr Mahathir sering mempertikaikan pentadbiran kerajaan sebagai tidak Islamik, saya tetap bertegas melaksanakan tanggungjawab saya dengan perancangan-perancangan yang telah diluluskan oleh Bahagian Agama JPM. Saya juga pernah berdialog dengan Dr Mahathir di kediaman beliau di Petaling Jaya dan di pejabatnya. Dr Mahathir pernah berkata: “Ustaz sama sahaja dengan Hassan Ibrahim dan Amir Yaakob” (kedua-dua mereka telah di“peti ais"kan). Masing-masing mentafsirkan sendiri segala Peraturan dan Perkhidmatan Kerajaan. Akibat istiqamahnya pendirian saya itu, tambahan pula dengan kejayaan saya melaksanakan program Bulan Dakwah di seluruh negara maka saya menerima notis 24 jam berpindah tugas ke Kementerian Pelajaran.

Kementerian Pelajaran – Menteri Pelajaran ketika itu Dato’ Musa Hitam. Beliau memberitahu, saya ditukarkan ke kementerian beliau adalah dengan kehendak Dr Mahathir. Di kementerian berkenaan, saya tidak diberi sebarang tugasan kerja selama kira-kira setahun. Saya ditempatkan di sebuah bilik kalis bunyi (soundproof) bekas bilik rakaman RTM di Bangunan Persekutuan. Dengan kata lain saya di“peti ais"kan, bahkan pangkat jawatan saya diturunkan. Hanya selepas Anwar Ibrahim (kini Dato' Seri) menyertai kerajaan UMNO BN, dengan jasa baik beliau saya dibebaskan menjalankan tugasan saya.

Dalam suasana sedemikian, saya dipelawa untuk berkhidmat di Sarawak yang ditawarkan oleh Dato' Patinggi Abdul Rahman Yaakob (kini Tun), Ketua Menteri Sarawak ketika itu. Kepada saya ditawarkan ganjaran yang besar yang menjamin kehidupan yang mewah sehingga ke anak cucu, asal sahaja saya bersetuju untuk terus tinggal di Sarawak. Untuk memujuk saya, saya sekeluarga dijemput menjadi tetamu kerajaan Sarawak selama seminggu dengan diberi layanan bertaraf empat bintang kerana pada masa itu belum ada hotel bertaraf lima bintang di Kuching. Namun saya tidak bersetuju menerima tawaran itu kerana saya menyedari jika menerima tawaran tersebut saya akan mudah menjadi alat politik kepada pemimpin Sarawak itu meskipun tugasan saya dalam bidang dakwah.


Sekitar masa itu juga saya dipelawa untuk menjawat jawatan Mufti Negeri Perak. Yang DiPertua (kini Pengarah) JAIP masa itu Dato' Ahmad Hisham bin Mat Piah (Allahyarham) mempelawa saya untuk menjawat jawatan tersebut. Secara bergurau saya berkata kepada beliau: “Kalau saya jadi mufti Perak, dalam tempoh sebulan mungkin saya akan meletakkan jawatan, ataupun Sultan akan turun takhta”. Jawatan mufti itu kemudiannya diisi oleh Dato’ Haji Ghazali Abdullah (ayahanda kepada YB Dr Dr Lo'lo', MP Titiwangsa).

Kementerian Belia dan Sukan – Dato' Abdul Samad Idris, Menteri Belia dan Sukan ketika itu (pertengahan 1970-an), pernah berdialog dengan saya dengan dihadiri oleh para mufti mengenai cadangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan silat Nasrulhaq yang berasal dari Indonesia. Menteri itu tidak berpuas hati apabila dialog tersebut berakhir dengan kegagalan beliau menangkis hujah-hujah saya. Beliau kemudian mengumumkan kementeriannya akan menubuhkan bahagian agamanya sendiri. Lalu saya dengan tegas mempertikai cadangan beliau.


Ekorannya, apabila silat itu diharamkan maka ditubuhkan Persatuan Nasrulhaq yang didokong oleh kementerian berkenaan. Abdullah Badawi (kini Tun) yang pada masa itu menjadi Ketua Pengarah Kementerian Belia datang ke pejabat saya berbincang mengenai amalan Nasrulhaq itu. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya. Akibatnya selepas itu, beberapa tahun Dato' Samad Idris tidak mahu berjumpa saya. Namun selepas kira-kira lebih 10 tahun daripada peristiwa itu, Dato' Samad Idris meminta saya menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad, yang pada masa itu beliau menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah.

Demikianlah sebahagiaan pengalaman saya menghadapi fitnah ujian dalam perkhidmatan saya melaksanakan tugas kewajipan selaku seorang pendakwah melalui jawatan dalam perkidmatan kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN. Akibat dari ketegasan dan istiqamah saya memikul amanah ilmu yang dianugerah Allah SWT kepada saya, saya tidak dinaikkan pangkat dalam jawatan saya, bukan kerana prestasi atau kelayakan saya tetapi hanya saya tidak mahu menjadi “yes man” kepada orang-orang politik yang menyalahguna kuasa mereka dalam pentadbiran.


Saya tidak pernah menyesal apabila pegawai-pegawai bawahan saya dinaikkan pangkat lebih tinggi dari saya. Saya juga tidak pernah menyesal apabila saya diketepikan dari kenaikan pangkat, dan dibawa orang luar untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi daripada jawatan saya padahal pegawai berkenaan berpangkat lebih rendah dari saya hingga terpaksa di“downgrade”kan pangkat jawatan yang hendak diisinya itu. Saya juga tidak pernah merasa kerugian apabila surat penghargaan atas perkhidmatan saya ditarik balik oleh JPA beberapa hari sebelum saya mengetip kad kedatangan (punch card) pada hari terakhir perkhidmatan saya sebagai pegawai kerajaan. Memanglah perkara sedemikian itu agak aneh, kerana sepanjang perkhidmatan saya tidak pernah sekali pun dikenakan tindakan tatatertib. (bersambung…)


Komen Blog Ibnu Hasyim: Alhamdilillah, ustaz telah berjaya mengatasi liku-liku ujian, cubaan dan cabaran, kami-kami ini belum lagi. Cubaan itu ada dua, satu cubaan kesenangan, satu lagi cubaan kesusahan. Ramai yang berjaya mengharungi ujian kesusahan, tetapi ramai yang tewas berjatuhan melalui ujian kesenangan. Ibarat kera-kera di hutan yang makin teguh berpegang kepada ranting kalau diserang angit ribut kencang, makin kuat angin, makin kukuh pautannya. Tetapi akan tewas melalui belain angin sepoi-sepoi bahasa, membuat matanya kuyu layu, tertidur jatuh bergelempangan. Ada orang sebut 'angin kera jatuh.!! (MH)

Polimek PAS - Dr Asri.. Sihat.


RESPON Kepada Tulisan Dr Asri: Ya, PAS Sudi Mendengar Sepatutnya tulisan ini ditulis di ruang respon tulisan blog Dr Asri yang bertajuk “Jika PAS Sudi Mendengar”, yang juga mendapat liputan di dalam akhbar mStar ini. Namun, memandangkan blog Dr Asri tidak pernah membuka ruang kepada para pengunjung untuk memberikan komen, maka ia ditulis di ruang yang lain, iaitu di blog www.PemudaGombak.com.

Secara umunya, kita yakin dan percaya yang para pemimpin PAS bersedia untuk menerima sebarang terguran dan nasihat daripada semua pihak kerana itulah yang diajarkan oleh Islam. Malah itulah yang yang meletakkan PAS di dalam arus perdana hari ini apabila parti ini sentiasa memperelokkan dan memperbaiki dari masa ke masa.

Namun, harus dibezakan antara PAS dan orang-orang PAS. PAS sebuah badan politik yang mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri. Kewujudan PAS tidak lain tidak bukan adalah untuk menyeru ke arah kebaikan, dan mencegah kemungkaran. Itulah yang membezakan PAS dengan UMNO. Maka di sini harus dibuat garisan pemisah di antara orang-orang PAS dan PAS sebelum mendakwa PAS dengan sikap ”suka mencerca dan memaki hamun orang lain” sebagaimana yang dituduh oleh Dr Asri di dalam tulisannya.

Orang-orang PAS satu perkara, PAS satu perkara lain. Mengatakan PAS ”suka mencerca dan memaki hamun orang lain” berdasarkan pemerhatian terhadap orang-orang PAS adalah sama isunya dengan Islam dan Muslim. Islam adalah satu agama yang indah dan suci, dan berbeza dengan realiti orang Islam hari ini.

Apabila kita melihat orang Islam suka minum arak, membuat jahat, membunuh dan sebagainya, adakah dengan mudah kita mengatakan bahawa Islam suka minum arak, Islam suka membuat jahat, Islam mengajar berbunuhan? Sudah tentu tidak. Begitu juga dengan dakwaan Dr Asri yang menggambarkan PAS mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!!. Oh, jika hendak melihat PAS, lihatlah dahulu pada perlembagaan PAS.

Jika sekadar melihat kepada blog-blog yang didakwanya blog orang-orang PAS (ini pun masih boleh dipertikaikan; benarkah itu blog orang PAS. Mungkin blog SB?) sudah membuat kesimpulan mudah ini, tentu Dr Asri akan melenting sekiranya kita membuat andaian yang sama kepada amalan dan ajaran salafi. Bukan tidak ada pengikut-pengikut salafi yang suka merendah-rendahkan orang lain. Mengatakan orang lain berdosa kerana bertahlil. Membuang biji-biji tasbih di masjid kerana mengatakan ia adalah bid’ah. Mengguris hati orang-orang tua dengan cara teguran yang kurang sopan, atas alasan tajdid.

Juga tidak sedikit ustaz-ustaz salafi yang merendah-rendahkan ilmu ustaz-ustaz lain dengan dakwaan tidak cukup ilmu. Juga ada juga ustaz-ustaz salafi ini menganggap ustaz-ustaz lain mengamalkan bid’ah dan tidak mahukan tajdid. Malah ada juga pengamal aliran salafi yang menuduh PAS melakukan bid’ah apabila melibatkan diri dalam politik! Adakah dengan mudah kita mengatakan aliran salafi begitu teruk? Tentu tidak!

Jadi, untuk mengatakan PAS ” mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!!” adalah kurang tepat jika kesimpulan ini hanya berdasarkan pembacaan di blog-blog. Ia sebagaimana menuduh Islam dengan lemparan-lemparan jahat dengan hanya berdasarkan gambaran penganut ajaran Islam, atau menuduh aliran salafi dengan kata-kata negetif berdasarkan beberapa orang salafi yang tidak baik.

Apapun, terima kasih atas nasihat dan teguran yang diberikan. Kita pun mengharapkan agar Dr Asri pun sudi mendengar.

P/S: Alangkah baiknya andai Dr Asri sudi untuk membuka ruang komen di blognya. Kalau tidak silap, sudah kira-kira lima tahun blog ini beroperasi tanpa mengizinkan pembaza memberikan komen.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Suatu perbincangan yang sihat, membongkar dan mengatasi masalah umah. Alhamdulillah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails