Tuesday, July 21, 2009

Pemikiran Dr Burhanuddin Diseminarkan, -Dr Mohd Hasyim.

By ASYOK KUMAR

TEPAT pada masanya 'pemikiran Dr Burhanuddin' kini perlu diseminarkan. Demikian pandangan Dr Mohd Hasyim yang juga editor Blog Ibnu Hasyim.

Pertama, kerana masyarakat Islam di Malaysia masih panas lagi membincangkan kisah Natrah, antara penyebab Dr Burhanuddin di seret ke penjara di zaman penjajahan. Begini ceritanya,

"...pada tahun 1950, ibubapa Natrah yang berada di Belanda meminta mahkamah Singapura kembalikan balik Natrah kepada mereka. Walaupun proses penghakiman penjajah telah menyetujuinya, namun ia ditentang oleh Jawatankuasa Bertindak Natrah yang dianggotai oleh Dr Burhanuddin. Beliau (Burhaniddin) dituduh ‘membangkitkan kemarahan orang ramai melalui tulisannya, berakibatkan rusuhan orang Islam menuntut hak secara Islam, yang akhirnya ramai terkorban di pulau tersebut.’ Setahun kemudiannya, beliau dibebaskan.
" (Sila rujuk Sejarah PAS dalam blog ini..
Saturday, April 5, 2008 'Sejarah PAS 10: Prof Dr Burhanuddin')

Kedua, kerana PAS melalui Pakatan Rakyat mula menampakkan kejayaan untuk memerintah Malaysia. Oleh itu pemikiran Presiden ke 3 PAS, perlu diketengahkan, untuk direalisasikan ke tengah masyarakat..

"Sejarah membuktikan dari dulu lagi Orang Melayu dan Islam menolak undang-undang penjajah yang di bawa ke timur ini sebagai lanjutan dari Perang Salib menentang Islam, di Eropah." Kata Dr Mohd lagi. "Sehingga sekarang perjuangan tersebut masih diteruskan, walaupun kononnya kita sudah merdeka, tetapi masih mengekalkan undang-undang penjajah ciptaan Lord Ried itu. Merdeka apa?" Jelas Dr Mohd Hasyim yang juga pernah menulis sebuah buku sejarah '1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?' Lihat..
Kes Natrah: Melayu Tolak Undang Penjajah. -Dr Mohd...

Oleh itu pihak kami membantu memanjangkan iklan seminar pemikiran tersebut. Sila hubungi Blog Ummah Centre.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails