Saturday, July 16, 2011

Polis Bengis Macam Nak Makan Saya

NONEA SAMAD SAID

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 9

TINDAKAN polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

NONEMenghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.

Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.

Selipar, bukan sepatu Nike

Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangi gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis.

NONE"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.

Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepati Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu.

"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad.

Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.

"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga.

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi.

A Samad Said diwawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw. (IH/Malaysiakini)

LIHAT penglaman sebelum ini...

E-Buku IH-42: BERSIH 2.0, Pengalaman Saya.

E-Buku IH-42: BERSIH 2.0, Pengalaman Saya.

E-Buku IH-42: BERSIH 2.0, Pengalaman Saya.

E-Buku IH-42: BERSIH 2.0, Pengalaman Saya.
Ikuti Selanjutnya...

Lenggong: Taktik G/Lucah Burukkan Pembangkan...


LENGGONG, 16 Julai:
Taktin burukkan pembangkang melalui gambar lucah berterusan. PAS kawasan Lenggong semalam membuat satu laporan polis berhubung penyebaran risalah berunsur lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab di beberapa buah sekolah, surau, masjid dan tempat-tempat awam di sini.

Laporan itu dibuat di balai polis Lenggong diketuai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria bersama 50 masyarakat (gambar) kampung di sini.

Razman berkata, risalah mengandungi gambar lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel itu ditemui oarang ramai di Masjid Gua Badak, Masjid Kampung Kuak, Sekolah Azalan Shah, Pasar Pekan Lenggong, kedai makan kampung Sumpitan dan kampung Tanpan Air.

"Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, saya bergegas kebalai polis bersama-sama masyarakat Melayu, Cina, India di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Kami juga membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Islam Lenggong, bagaimanapun kakitangan pejabat yang ditemui menjelaskan bahawa, perkara itu diluar bidang kuasa mereka," katanya lagi.

Difahamkan risalah tersebut ada kaitan dengan video seks yang disebar di internet yang didedahkan oleh trio Umno yang mengaitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya lagi, tindakan itu menimbulkan kemarahan masyarakat di sini kerana telah mencemar tempat-tempat penting institusi masyarakat Masyarakat di daerah itu.

"Persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini.”

Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Razman berkata, Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina tersebut yang kini dilihat sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan politik lucah. (IH)

Bersih 2.0: Makcik Anne Lebih Hebat Dari Ibrahim Ali..

Makcik Anne we salute you!!

Antara yang mendapat perhatian dalam perhimpunan Bersih 2.0. Gambar aksi sahajanya Kide cukup suka. Dia cekal.

Bekas pesara guru.

Sebelum serangan polis dan FRU

Selepas serangan polis & FRU

Tapi dia lebih hebat daripada Ibrahim Ali dengan keris telanjang .

Rujuk: (Kide) http://kide-picture2u.blogspot.com/

Bersih 2.0: Kredit Kpd Facebook Geng Kartun!

Baju bersihku telah dikotori


Atas iniasitif ini. Good joke!

Kami Harap K/Malaysia Tidak Sebodoh Itu..

|

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 8


Dibuang Universiti Kerana Menganjur Bersih 2.0 Mesir. Kenapa Hanya di Mesir?

SEMALAM saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra dikalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.

Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.

Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.

Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau?

Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standart kerajaan Malaysia.

BERSIH 2.0 UK

BERSIH 2.0 San Franscissco

Apa yang salahnya dengan penganjuran Bersih 2.0 di Mesir atau diseluruh dunia? Walhal ia dilaksanakan untuk menyokong dan menuntut kearah sistem pilihanraya yang bebas dan lebih adil. Malah, ia dilaksanakan dengan aman dan tiada sebarang provokasi dan kekecohan. Maka, dimana atau atas alasan apa beliau dihukum?

Jika dikatakan menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong, dimana lafaz atau tindakannya yang menderhaka? Dalam titah Yang DIpertuan Agong sendiri tiada kenyataan dikeluarkan melarang perhimpunan Bersih, tetapi baginda hanya menasihatkan bahawasanya himpunan/demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Seluruh dunia melihat, bahawa keburukan dan kekecohan itu berlaku adalah disebabkan provokasi polis dan menggunakan kekerasan. Walaupun perdana menteri cuba menafikan dengan mengatakan polis hanya menggunakan tindakan yang paling minimum keatas demonstran dalam temubualnya dengan CNN dalam rangka lawatan ke UK semalam.

Tenyata, kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi, semua mata memandang dan mengatakan bahawa tindakan polis dan FRU adalah zalim dan melanggar hak asasi manusia. Jika tidak, masakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyelar tindakan kerajaan Malaysia dalam menyurai dan mengendalikan himpunan aman Bersih baru-baru ini.

Sepatutnya kerajaan menggunakan peluang himpunan bersih 2.0 sebagai satu peluang dan menambah kredit bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia, bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang adalah terbuka dan rasional dalam memberikan hak kepada semua rakyat seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan negara, hak setiap warganegara untuk berhimpun secara aman dan bebas bergerak diseluruh negara.

Tetapi, kerana ketakutan yang amat terhadap tuntutan bersih, kerajaan tidak nampak peluang dan ruang yang boleh mereka ambil daripada perhimpunan aman tersebut.

Kami berharap kerajaan Malaysia tidak sebodoh itu dan menarik balik tindakan kurang cerdiknya hanya kerana seorang rakyat menuntut hak agar diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

Ayuh sahabat-sahabat sama-sama kita mendoakan agar mereka yang dizalimi mendapat pembelaan dan mereka yang zalim Allah beri hidayah atau hancurkan mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga"

Maka dengan tindakan menyusahkan serta ingin menyekat orang ingin menuntut ilmu hanya kerana perbezaan fahaman politik, seolah-olah ia menolak tawaran syurga daripada Allah subhanahu wataala. Maka, lawan kepada syurga adalah neraka.


Sabda Rasulullah SAW: "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang di zalimi".

Para sahabat lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?”.

Maka Rasulullah SAW menjawab : “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.” (H.R. Al-Bukhari)


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga Jika demonstrasi aman sebegini pun dikata tindakan yang memalukan negara, hingga dibuang universiti. Lebih baik kita buat huru hara sungguh, biar tindakan buang universiti tersebut setimpal dengan tindakan yang dilakukan. Jangan cabar anak muda untuk melakukannya.

Kami mampu merusuh, menyerang kedutaan, tetapi kami tidak mahu lakukan, sebab kami tahu bukan sebegitu yang Islam ajar dan kami masih ada pertimbangan yang rasional dan menghormati adab tingkah laku sebagai seorang mahasiswa Islam. Dan yang paling penting perlu difahami adalah kami bukan menentang kerajaan, kami sekadar mahu penambah baikan dalam sistem piliharaya negara. Tanda cinta dan semangat patriotisme kami anak Malaysia.

Diangkat dari: http://allgreenislamic.blogspot.com/

Sila Lihat Siri-siri 'BERSIH 2.0, Pengalaman Saya...'

Ubah Persepsi Saya Terhadap Melayu -Jiannge

Oleh Jiannge | Jul 15, 2011 04:15:13 pm

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 7

Adegan yang terharu buat 1Malaysia: "Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti"

Pada 9 Julai 2011, saya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0. Saya dibasahi hujan, dua hari keletihan dan saya merehatkan diri selama dua hari, sekarang barulah ada mood untuk mencatatkan perasaan saya. Ramai warga internet telah menulis kisah 709 masing-masing, maka saya cuma nak mencatatkan adegan-adegan yang memahat hati sahaja.

Satu: Saya berkenalan dengan kawan Melayu baru. Seorang ahli PAS yang berpengalaman dalam demonstrasi sebelumnya memegang tangan saya, "Terima kasih kerana sokongan kamu (orang Cina)".

Saya menjawab, "Ini usaha yang saya patut lakukan. Ini negara saya juga."

(Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja. Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina.)

Dua: Seorang uncle Cina membawa isterinya dan dua orang anak yang usianya kira-kira 20 tahun. Tinggi, kurus dan kelihatan lemah. Beliau memesan anaknya, "Cepat, cepat ikut mereka (kelompok orang). Apa takut? Bukan suruh kita pergi mati pun? Jangan takut, kita bukan orang besar. Sekarang bilangan orang yang diperlukan (perhimpunan), kita mesti sokong!"

(Kebanyakan ibu bapa akan memarahi anak mereka, agar tidak terlibat dalam perhimpunan. Mengapa pula keluarga ini "terbalik" keadaannya?)

Tiga: Seorang Melayu yang agak lanjut usianya berkata kepada beberapa orang pemuda Cina, "Kita mahu tunjuk perasaan , bukan kemarahan."

(EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian.)

Empat: Sepasang suami isteri membawa dua orang anak, yang usianya kira-kira 8 hingga 10 tahun, mengambil makanan ringan di atas tangga. Hati saya berfikir, "Berkelah ke?"

Wanita Melayu itu menatap saya, seolah-olah memahami apa yang bermain dalam fikiran saya. Maka beliau senyum dan berkata, "Kami nak mereka tahu, dari kecil lagi, malah belajar bagaimana memperjuangkan demokrasi."

(Lantas saya mengangguk-angguk kepala saya, agak malu dengan diri saya yang memandang rendah orang tadi.)

Lima: Sepasang suami isteri Melayu yang lanjut usianya, mengeluarkan topeng yang kelihatan seolah-olah alat mainan dari beg plastiknya, dengan tangan yang bergetar. Mereka dengan ghairah berkata kepada saya, "Kami ada buat persediaan, kamu ada?"

(Hati saya berfikir, memang kamu perlukannya, sebab kamu tak dapat lari dengan cepat!)

Enam: Sepasang suami isteri Cina yang muda, bukan sahaja turun ke jalan raya, malah membawa kereta bayinya. Mereka memakai baju hujan semasa air hujan mencurah dari langit. Malah, kereta bayinya sudah disediakan dengan kain kalis air. Dengan cepat saya menutup kereta bayinya, kemudian bersama dibasahi hujan di situ.

(Bayi pun turut serta dalam perhimpunan, comel juga bayi tu!)

(Selepas saya balik, saya menceritakan kisah ini kepada jiran saya. Makcik-makcik itu mencelah, "Aiyoh, buat apa pergi demo? Apa kena-mengena dengan kita? Memang tak ada otak langsung. Bawa bayi pulak? Mengapa tidak kamu marahnya?" Saya berbisik dalam hati, "Aunty, saya terasa nak marah kamu...")

Tujuh: Seorang Mat Salleh nampak saya mengejar untuk merakamkan gambar bagaimana FRU menyuraikan orang ramai. Beliau berlari mengikut saya, malah berulang-kali berkata kepada saya, "You must put it in the media."

(Brother, kamu terlebih memandang tinggi teknik sayalah. Saya bukannya pro (profesional) sangat...)

Lapan: Kawan Melayu saya memberitahu saya, dirinya mempunyai pengalaman yang banyak untuk berdemonstrasi - bagaimana beliau tidak gentar dengan kuasa, bagaimana bertahan sehingga akhir, malah beliau berjanji untuk menjaga saya. Ketika gas pemedih mata ditembak untuk pusingan pertama, beliau menarik saya dan berlari. Dalam hati saya tertanya-tanya, "Bukankah kamu kata nak bertahan sampai ke akhir?"

Selepas kami keluar dari kelompok manusia, beliau menunjuk ke satu arah, "Kamu jalan dari sini. Tunggu kami di Stadium Merdeka. Kami akan berjumpa kamu di sana. Hubungi kawan yang lain. Bilangan yang menyertai perhimpunan dah mencukupi sekarang. Saya percaya polis akan lebihkan serangannya. Kamu tak boleh singgah di sini."

Saya bertanya, "Macam mana kamu pula?" Dia jawab, "Saya nak ke baris depan, bersama kawan saya." Seterusnya, beliau memaling dan melangkah menuju ke kepulan asap gas pemedih...

Akhirnya, saya berhimpun dengan kawan saya di tempat yang berhampiran dengan stadium, dan menyertai perarakan terakhir yang menuju ke Stadium Merdeka. Polis mengejar dan menangkap. Saya tidak lagi menemui kawan Melayu saya itu lagi. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa beliau telah ditangkap, bagaimanapun dibebaskan juga akhirnya.

Nota akhir:


Saya membaca pengalaman ramai peserta, termasuk cerita Aunty Anne yang membuatkan saya terharu. Tetapi saya tidak menitiskan air mata, sehingga saya terbaca catatan seorang warga internet,

"Adegan yang paling memahat ingatan saya sepanjang perhimpunan itu adalah, ketika kami sekumpulan orang melarikan diri dari tangkapan polis melalui pagar di belakang Hospital Tung Shin, orang Melayu menendang pagar itu dengan kakinya, dan berkata 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti'.

Kata-kata ini terus menusuk hati saya, saya amat terkagum! Kini barulah saya menghayati apa makna sebenarnya 'saling menolong tanpa mengira kaum dan budaya dalam Satu Malaysia', dan bukannya '1 Bumi, 1 Malaysia' yang didukung Barisan Nasional'. "

Tiba-tiba saya sebak. Saya tahu apa yang dikatakannya adalah kisah benar, ini kerana kawan Melayu saya juga menjaga saya. Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Facebook rata-ratanya menceritakan pengalaman bagaimana sahabat Melayu menjaga orang Cina kali ini. Mungkin mereka menganggap orang Cina jarang menyertai perhimpunan, tiada pengalaman.

Mengapa saya tersentuh dengan hal yang remeh sebegini? Kerana saya amat memahami, orang Cina adalah kaum minoriti di Malaysia. Seandainya minda perkauman ini tidak dipecahkan, orang Cina akan tetap ditindas dan tidak dilayan dengan adil. Namun, kerajaan kita bersikap perkauman, ditambah pula PERKASA yang melaga-lagakan, hal ini sukar diselesaikan!

Perhimpunan ini melakar gambaran masa depan untuk saya, malah mengubah persepsi saya terhadap kaum Melayu secara menyeluruh. Seandainya dikatakan negara ini musnah kerana politikus dari kaum ini, maka negara ini juga akan bangkit kerana kaum ini! Saya masih menaruh harapan dan keyakinan terhadap kaum ini dan negara ini.

Kawan-kawan Cina saya, perhimpunan aman tidak menakutkan. Jom turun untuk sokong lain kali!

Diangkat dari

Seorang Pendeta Buddha, Berjalan Mencari Damai

Oleh Venerable Mjan | Jul 15, 2011 01:48:57 pm

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 6

Gambar Tok Guru Nik Aziz bersama sami-sami Buddha

Kisah 709 seorang pendeta Buddha: Berjalan untuk mencari kedamaian

Langkah 9 Julai semakin menghampiri. Minda saya berkocak. Orang di sisi saya bertanya, "Adakah kamu akan hadir?"

"Saya tersangat ingin! Betul-betul tersangat ingin! Tetapi..."

Pada jam 9 pagi, 9 Julai, saya memberi kuliah kepada sekumpulan penuntut. Jian menelefon saya. Kami mengeluh, mengalirkan air mata, dengan rasa gagal melakukan apa-apa.

Dia tanya, "Shi Fu, mengapa kamu tidak menggalakkan saya untuk hadir?"

Saya jawab, "Jian, mereka yang menyertai perhimpunan 709, sepatutnya hadir bukan kerana digalakkan. Tetapi tindakan ini zahir dari fikrah diri, perasaan dan kesediaan menanggung. Jadi, siapa yang boleh menggalakkan sesiapa untuk hadir?"

Selepas meletakkan telefon, saya meminta "cuti" daripada penuntut saya yang sedang menunggu. Saya mengambil keputusan untuk masuk ke bandar! (Benar, rupa-rupanya, kata-kata kepada jian tadi ditujukan kepada diri saya.)

Saya mengajak yw yang tinggal berhampiran dengan saya untuk pergi bersama. Di luar jangkaan saya, dia bersetuju tanpa keraguan. Sudah hampir jam 12 tengahari ketika kami bertolak. Kami berkereta ke stesen LRT Asia Jaya, kemudian menaiki LRT ke Pasar Seni. Polis kelihatan di mana-mana. Yw ketawa dingin, "Tak nampak pun mereka tekun sebegini bila menangkap pencuri!"

Kira-kira jam 1 tengah hari, saya makan di restoran India yang berhadapan dengan Pasar Seni bersama yw. Hanya beberapa suap nasi yang dimakan, terasa pedas pula mata saya. Saya tertanya-tanya dalam hati saya, tak ada bawang pun dalam sayur ini, mengapa sengit pula rasanya? Ada orang yang menutup pintu besi kedai tu, ada orang yang berlari menuju ke arah kami, ada yang berteriak, "Polis telah melepaskan gas pemedih mata!"

Kok Meng memaklumkan kepada saya untuk berkumpul di kedai buku ShangHai di Jalan Sultan. Setibanya saya di sana, saya mendapati ramai orang sudah berkumpul, dengan laungan slogan yang tidak terhenti-henti. Kami dimaklumkan untuk menuju ke Menara MayBank. Seorang pakcik yang bersongkok datang ke depan saya, dengan senyuman yang melebar, sambil menegakkan ibu jarinya, cuba bertutur dalam bahasa Cina dengan bunyi Melayunya, "ni, jia you!" (Kamu, teruskan!)

Kami tidak ternampak apa-apa, sebab terlalu banyak orang! Tiba-tiba tepukan gemuruh, dan sekumpulan muslimat yang menutup muka memasuki kumpulan kami. Laungan slogan semakin lantang. Saya memaling kepala saya, ribuan manusia dari Pudu menuju ke arah kami. "BERSIH! BERSIH!" bergema, kemudian disusuli nyanyian Negaraku. Saya terharu. Ramai orang muda yang menyertai "pesta" ini. Saya nampak kekuatan dan harapan untuk berubah, dari senyuman pada muka mereka.

Kira-kira setengah jam kemudian, arus manusia menuju ke Pudu, kononnya mahu mara ke Stadium Merdeka. Kami berjalan dengan perlahan-lahan menyusuri kaki lima di kedai-kedai yang bertentangan dengan perhentian bas Pudu Raya. Tiba-tiba orang di depan berundur, memaklumkan bahawa FRU menghalang di depan. Yw dan seorang lagi abang yang menemani saya sepanjang perjalanan ini membimbing saya untuk patah balik. Tidak jauh saya nampak meriam air ditembak ke arah kelompok orang, dan kami segera mengelak dari situ.

Tanpa dijangka, gas pemedih mata dilepaskan di belakang kami. Saya gagal membuka mata. Sungguh pedih! Sungguh pedih! Saya meraba-raba berkas air saya, membasahkan sapu tangan dan dilapkan pada muka. Kesakitan pada muka saya itu seolah-olah kesakitan melecur.

Tanpa disedari kami masuk ke lorong. Kami menunggu. Langit menjadi mendung. Kemudian kami kembali ke tempat berhampiran dengan Pudu Raya. Ada orang berkata kami telah dikepung. Abang dan yw melindungi saya, menaiki tangga ke kuil sikh. Nampaknya polis sekali lagi melepaskan gas pemedih mata. Ada orang yang menghulurkan garam kepada saya, dan terus saya masukkan ke dalam mulut.

Hujan renyai-renyai tadi menjadi lebat. Abang itu berkata, langit pun tolong kita! Garam yang masin dalam mulut saya amat memahitkan! Mata pedih, kulit muka saya panas. Dalam keadaan sedemikian, hati saya tertanya-tanya, mengapa kerajaan ini sanggup menyusahkan rakyat jelatanya?

Berjalan demi mencari kedamaian

Hujan akhirnya henti. Kami merancang untuk balik semula ke perhentian bas Pudu Raya, untuk menyusun semula pasukan. Tiba-tiba kami dengar teriakan, dan nampak beberapa orang polis mengejar orang dengan baton dalam tangan mereka. Kami nak kembali ke kuil sikh tadi, tapi juga dihalang anggota polis.

Saya ternampak seorang peserta duduk di atas lantai. Saya tidak pasti apa sebabnya. Polis mengheretnya orang itu. Abang saya tidak berpuas hati dengan kekasaran yang digunakan, lantas menjerit, "polis samseng!" Di belakang saya ada polis dengan garang mempersoalkan abang saya itu (saya tidak pasti sama ada kekasaran digunakan), saya hanya terdengar abang saya mengulangi, "abang, jangan macam ni!"

Hati saya berdenyut dengan cepat. Tiba-tiba saya teringat ajaran pendeta, "berjalan untuk mencari kedamaian". Saya membaca ayat suci dalam hati saya, melangkah dengan perlahan-lahan.

Kelompok manusia hilang. Berselerak, menunggu masa untuk berhimpun semula. Saya menghubungi Kok Meng. Beliau menunggu di Hospital Tung Shin. Ada khabar bahawa sekumpulan orang sudah menuju ke Stadium Merdeka. Berita ini memberangsangkan.

Kami menyusuri Jalan Raja Chulan. Semakin besar pasukan kita. Ramai pelancong yang mengambil gambar. Saya berfikir, kan baik kalau di Stadium? Kini seluruh dunia menyaksikan perhimpunan besar-besaran ini. Seandainya mereka yang membuat keputusan berada di tempat kejadian, menyaksikan keputusan diri yang bodoh itu, mungkin mereka akan menghantukkan kepala mereka ke dinding!

Tubuh saya menjadi lembam, mungkin terhidu gas pemedih mata yang berlebihan. Saya dan yw mengambil keputusan untuk beredar selepas tiba di KLCC. Ketika sampai di KLCC, kami difahamkan bahawa agak mustahil untuk masuk ke Stadium Merdeka. Kami beredar pada kira-kira jam 4 petang...

Niat manusia yang baik akan direstui Tuhan


Di sini saya ingin mencadangkan agar BERSIH 2.0 mengucapkan terima kasih kepada kerajaan:-

1. Setelah Ambiga menerima nasihat YDPA untuk mengadakan perhimpunan di Stadium, dua pandangan yang berbeza tercetus dalam BERSIH 2.0 sendiri. Terima kasih kerana Najib berdolak-dalih, sikap itu memaksa kita untuk turun ke jalan raya semula, dan membantu Ambiga untuk meredakan pertikaian dalam BERSIH 2.0.

Apa yang menggembirakan, hasrat asal BERSIH 2.0 untuk berhimpun di jalan raya telah disempurnakan kerajaan. Mungkin inilah apa yang dikatakan, "niat manusia yang baik akan direstui Tuhan"!

2. Ribuan malah puluhan ribuan yang turun berhimpun. Sememangnya kerumitan lalulintas yang ditimbulkan amat dikesali, maka kesungguhan polis (lebih bersungguh-sungguh berbanding usahanya menangkap pencuri) untuk buat sekatan, telah membantu peserta perhimpunan mencapai matlamat tanpa mengganggu orang ramai. Tidak keterlaluan jika kita berterima kasih dalam hal ini.

3. Gambar dan klip video yang dirakamkan mungkin boleh dituduh bahawa ianya direka "perusuh". Namun, rakaman tersebut kini tersebar di merata dunia. Pelancong dari seluruh dunia gembira mengambil gambar dan video mereka. "Sekatan" kerajaan sebenarnya "keterbukaan", menyebarkan "BERSIH 2.0" ke seluruh dunia. Kita mesti berterima kasih kerana kebijaksanaan kerajaan kita!

Diangkat dari


Tak Boleh Jual Produk Bersih 2.0 -Polis



SHAH ALAM: 16 Jul 11: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa termasuk wakil rakyat, yang didapati menjual produk dengan logo perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ahmad Zahedi Ayob berkata, tindakan menjual barangan seperti kemeja-T atau tali leher yang tertera logo Bersih 2.0 itu menyalahi undang-undang kerana pertubuhan itu haram.

Menurutnya, tindakan menangkap dan merampas barangan terbabit boleh diambil.
“Sekiranya kami menerima laporan (berhubung penjualan itu), tindakan tegas akan dikenakan tanpa mengira status kerana ia nyata menyalahi undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Asip menegaskan penyokong Kerajaan Negeri menjalankan kempen penjualan tali leher Bersih 2.0. (IH)

Festival Cheng Ho Rintis Produk Makanan -N/Aziz

TokGuru NikAziz di tengah-tengah.
KOTA BHARU, 15 Julai 11: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 2011 (KELCHEFF) yang berlangsung di negeri ini akan menjadi platform sebagai merintis pasaran baru produk makanan di negara ini khususnya Kelantan di China.

Beliau berkata Kelantan yang mempunyai pelbagai produk makanan unik dan menarik yang memiliki potensi tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa khususnya negara berkenaan. Menurutnya, budu yang menjadi trade mark pada negeri ini tidak mustahil suatu hari nanti akan dipasarkan di luar negara.

"Kalau boleh kita mahu satu hari nanti budu berada di Tembok Besar China," ujarnya ketika berucap merasmikan Ekspo Cheng Ho di sini petang semalam.

Festival makanan itu berlangsung selama 10 hari bermula semalam bersebelahan Bazar Tok Guru dengan menempatkan 260 gerai termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, China, Kemboja. Beliau seterusnya berharap selain produk makanan negara China diperkenalkan di negeri Kelantan, produk masakan tempatan juga diberikan peluang untuk diperkenalkan ke negara itu.

Antara persembahan menarik ialah pertunjukan mi tarik yang dipersembahkan seorang chef dari Xinjiang, China, Abdullah Ma Yan Lu. Sementara itu, Pengerusi Induk KelCheff, Datuk Husam Musa, berkata orang ramai berpeluang membeli belah disitu menggunakan dinar dan dirham.

Menurutnya, dirham mencapai pencapaian tertinggi kenaikannya sejak ianya dilancarkan tahun lalu dengan jumlah RM731 untuk satu dinar, walaupun minggu lalu terdapat sedikit penurunan.

Lihat sebelim ini...

E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

Friday, July 15, 2011

Di London, PM Dihadiahkan Queen, Pakaian Kuning. Tahniah!

Lihat gambar di bawah ini...


Baju kuning, hadiah untuk pandangan mata dari Queen Elizabeth di UK. Tentu dua suami isteri itu gembira melihatnya. Gambar di bawah daripada rakyat Malaysia di sana pula... Rata-rata, kuning juga, siapa yang gembira dengan hadiah ini?



(IH)

Pulak Dah! Oh Rosmah.. Harga Jam & Gelang ..



Berkata
Blog Picture2U...

Saya tidak pasti sama ada saya tersilap pandang, tetapi di dalam gambar yang sama menonjolkan gelang zebra Datin Rosmah, kita juga dapat melihat jam yang ia pakai di tangan kirinya.

Oleh kerana sifat rasa ingin tahu, kerana kebiasaannya pereka barangan kemas akan mereka bentuk satu set aksesori lengkap barangan permata, maka saya melakukan pencarian di dalam Google 'Jacob & Co zebra watch' dan akhirnya saya menemui ini dengan serta-merta!.

Dengan hormatnya, anda boleh melihatnya di sini. Walaupun ia tidak sama, kerana ia adalah jam lelaki tetapi corak zebra pada jam Rosmah agak mirip. Adakah ia berkemungkinan juga edisi terhad?. Jika benar jam Rosmah itu juga daripada Jacob & Co, berapa pula harganya?. Adakah ia lebih tinggi dari harga gelang Rosmah yang berharga RM1.65 juta atau lebih rendah?.

- Kredit FMT

Rujuk:
http://kide-picture2u.blogspot.com/

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu pendedahan yang baik. Biar rakyat menilai isteri pemimpin mereka. Suruh rakyat berjimat, mereka membazir. Suruh rakyat ikut Islam, mereka menyelam..
Kesian.. Isteri PM guna duit tabung... (IH)

Puteri UMNO P/Buntar Tidak Ditangkap Basah... Tidak!

Menurut berita yang tersebar berbunyi.. "Pulau Pinang: Sekiranya laporan di dalam akhbar KOSMO tentang seorang pensyarah wanita yang ditangkap berdua-duaan dengan lelaki warga Indonesia di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir benar seperti khabar angin yang kecoh kini, maka sahlah beliau adalah AJK UMNO Bahagian Parit Buntar.... " dan seterusnya.

Kalau setakat itu beritanya, masih tergantung. Maka masih belum sahih itu pelakunya. Walaupun ramai yang yakin, biasanya begitulah perangai puak-puak UMNO...

Kita tunggu berita lanjut... (IH)

Sambuan 'Hangat' Demontrasi Untuk Najib Di UK


NONELondon 15 Jul 11: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini disambut 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.

Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, mereka boleh ditahan dan dinafikan hak untuk dibicarakan.
NONEMenurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman.

Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails