Monday, July 11, 2011

Pelacuran Rumah Teres, Mengapa Masih Berlaku?


ANGGOTA polis (kanan) memeriksa dokumen salah seorang pelacur yang ditahan di Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU 11 Jul 11: Kosmo! Online melaporkan, taktik satu sindiket pelacuran menggunakan sebuah rumah teres dua tingkat untuk melakukan aktiviti persundalan terbongkar apabila diserbu di Taman Setia Indah di sini pukul 11.30 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, polis menahan empat pelacur Thailand berusia di antara 20 dan 31 tahun selepas disyaki melakukan kegiatan tidak bermoral tersebut bersama tiga lagi lelaki tempatan. Difahamkan, ketika serbuan, salah seorang pelacur tersebut tidak sempat mengenakan pakaian dan meninggalkan coli yang dipakai di sudut bilik.

Pegawai Turus Perjudian, Maksiat dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Deputi Supritendan Mohamad Abdul Hamid berkata, sindiket hanya membenarkan orang yang dikenali untuk memasuki premis dengan menggunakan kod khas.

“Siasatan awal mendapati pelanggan dikenakan bayaran di antara RM150 dan RM400 untuk sekali perkhidmatan. Premis diserbu selepas kita menjalankan risikan sejak beberapa hari lalu.

“Pelacur didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini,” katanya yang percaya sindiket itu aktif sejak dua bulan lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa masih berlaku pelacuran samada di rumah teres atau di mana-mana? Kerana tiada peraturan menghukum orang yang melacur, samada rakyat Malaysia atau bukan. Contohnya, boleh berhubungan seks kalau suka sama suka dan tidak di bawah umur. Kalau di dahi pelacur itu tertulis 'Saya seorang pelacur', tiada undang-undang boleh mencegah dan menangkapnya.

Undang-undang syariah pun di bawah kuasa undang-undang sivil, walaupun ada menteri yang megaku Malaysia negara Islam. Kadang-kadang hukum buang sampah lebih mahal dendanya dari khalwat bagi orang Islam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails