Monday, July 11, 2011

UMNO Nak Kekal Kena Pilih Quran Ganti ... Kajian Terbaru


BANGI, 11 Julai 11 Satu kajian terbaru di kalangan golongan muda Muslim di Malaysia menunjukkan majoriti berpendapat Perlembagaan Persekutuan wajar digantikan al-Quran sebagai panduan perundangan negara.

Sekitar 72 peratus responden ditemui dalam satu kajian kendalian bersama menyatakan pendirian menyokong soalan berkaitan Perlembagaan digantikan dengan al-Quran manakala 25 peratus pula tidak bersetuju.

“Ada sokongan kuat bagi hukuman di bawah kanun jenayah syariah iaitu hukum hudud, dan pandangan agar al-Quran menggantikan Perlembagaan Persekutuan,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian ketika membentangkan hasil kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Katanya, lebih ramai lelaki berbanding dengan wanita mahukan al-Quran menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“(Bilangan) Muslim di Sabah dan Sarawak rendah (dalam soal ini), hanya separuh daripada mereka mahukan Perlembagaan Persekutuan digantikan dengan al-Quran,” kata Ibrahim dalam hasil kajiannya.

Seramai 1,060 responden terbabit dalam kajian ini, yang dikendalikan antara Oktober dan November 2010. Responden berusia antara 15 dan 25 tahun. Kajian perbandingan ini juga membabitkan responden dari Indonesia.

Seramai 74 peratus responden Muslim di Malaysia juga mengatakan bahawa mereka sangat faham tentang al-Quran manakala 71 peratus hanya faham sedikit tentang al-Quran.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO kalau nak kekalkan kekuasaannya di Malaysia perlu menukarkan Perlembagaan Persekutuan digantikan dengan al-Quran masa mendatang. Siap-siaplah, munkin PAS pun akan setuju. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails