Saturday, October 10, 2020

Penyanyi ini lanjut pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) di Sepanyol..

 

HALAMAN HIBURAN

Kesiannya Soo Wincci makan sisa makanan

PENYANYI Dr. Soo Wincci, 35, mendedahkan terpaksa makan sisa makanan pelajar lain disebabkan kekangan wang sewaktu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Sepanyol, beberapa tahun lalu. 

Wincci berkata, dia hampir putus asa meneruskan pengajiannya apatah lagi ramai menasihatkan dia pulang dan teruskan kerjaya sebagai artis di tanah air.

"Beberapa tahun lalu, apabila wang saya berbaki RM4.90 (1 Euro) di Sepanyol, saya tidak dapat pulang disebabkan isu visa yang ketat serta peraturan universiti.

"Terus-terang, setiap hari saya risau mengenai yuran pengajian, pinjaman hutang, kena marah, diketawakan dan markah universiti.

"Sambil mengisi perut dengan sisa makanan pelajar lain, saya hampir putus asa dan bertanya kenapa hidup orang lain senang. Sedangkan saya pada usia 33 ketika itu sangat bodoh kerana mahu bermula dari bawah semula," katanya.

Bagaimanapun, graduan PhD dalam bidang Produksi Artistik di University of Polytechnic, Sepanyol itu nekad untuk terus menamatkan pengajian.

"Ramai menyuruh saya untuk balik saja dan teruskan menikmati populariti yang sudah diraih. Tapi, saya tetap berkeras mengejar impian, tidak beralah dan tiada sesalan untuk tempuh setiap dugaan," katanya.

Wincci memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Reading, United Kingdom berserta tiga sarjana lain iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia), Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).

Wincci juga berjaya menggenggam PhD Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus melakar kejayaan tersendiri apabila memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.

Lebih membanggakan, juga Wincci mencipta rekod apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.


Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.

K/Siang: hanya salahkan pihak lawan dalam apa perkara -B/Subramaniam

 

Hanya tahu menyalahkan, tidak mampu beri solusi

SECARA umumnya, saya menghormati Lim Kit Siang (LKS) sebagai seorang ahli politik veteran di dalam negara kita. Beliau ada banyak pengalaman politik yang mampu menggugat pihak lawan. Namun, modus operandi beliau saya lihat hampir sama sahaja iaitu menyalahkan pihak lawan dalam apa jua perkara yang berlaku.

Lihat sahaja isu COVID-19, LKS meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Kerajaan Perikatan Nasional. Beliau masih mengulangi kononnya Langkah Sheraton sebagai puncanya, namun tidak pernah memberi pujian ketika kadar COVID-19 sebelum ini menurun dengan begitu baik sehingga mendapat pujian di peringkat antarabangsa.

Ya, ketika ini COVID-19 kembali meningkat dengan kadar yang tinggi khususnya ketika dan selepas PRN Sabah namun LKS tidak pula menyalahkan Shafie Apdal yang membubarkan DUN Sabah dan dalam masa yang sama Shafie Apdal sendiri memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana terpaksa membubarkan DUN Sabah ketika COVID-19 sedang melanda negara khususnya Sabah.

Adakah LKS mengkritik Shafie? Tentunya tidak kerana sikap LKS memang begitu sejak dahulu iaitu menyalah pihak lawan dan mendiamkan diri bila pihak kawannya melakukan kesalahan.

Pokok pangkalnya, LKS adalah ahli politik yang tidak mampu memberi solusi kepada masalah yang berlaku selain menghentam dan mengkritik kerana itu sahaja kebolehan yang beliau ada.

Sekian.

YB SENATOR N. BALA SUBRAMANIAM, JP
Ketua
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat – HARAKAHDAILY 9/10/2020

Semasa PH memerintah, X ada amanah dalam memerintah alam?

Gambar fail, tinjauan pemandangan sungai Langat dari udara susulan pencemaran bau memaksa operasi di loji rawatan air dihenti tugas sepenuhnya berikutan insiden pencemaran bau sehingga 11 ton dikenal pasti berlaku di muka sauk Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Semenyih dan Sungai Langat. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Amanah dalam mentadbir, memakmurkan alam

Kehidupan manusia di dunia banyak bergantung dengan alam persekitaran. Allah SWT menciptakan manusia di samping melengkapkan keperluan asas bagi membantu kita bertindak sebagai hamba ditugaskan untuk memakmurkan alam ini.

Allah SWT berfirman: "Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Baginda berkata: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah. Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu daripada bumi (tanah) serta menghendaki kamu memakmurkannya." (Hud: 61)

Ayat ini menunjukkan konsep hidup yang dinamakan amanah. Selain tujuan beribadah kepada Allah SWT, manusia dihidupkan untuk memakmurkan bumi ini dengan segala bentuk kebaikan. Konsep ini sudah diperkatakan sejak zaman awal peradaban manusia.

Tanggungjawab memakmurkan bumi bukan terhad kepada pembangunan materialistik, sebaliknya membabitkan amanah memelihara alam didiami hampir keseluruhan makhluk bernyawa ciptaan Allah SWT.

Antara komposisi alam yang amat rapat dengan manusia ialah sungai yang diibaratkan nadi kelestarian alam ciptaan Tuhan.

Menurut Global Environment Centre, sungai didefinisikan sebagai saluran air tabii besar. Air sungai biasanya terbatas dalam satu saluran merangkumi dasar antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut.

Dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan air hujan diturunkan ke permukaan bumi berdasarkan kadar tertentu dan bersesuaian dengan satu-satu tempat serta ia banyak memberikan manfaat kepada seluruh makhluk.

Firman Allah SWT: "Dia (yakni Allah) menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah lembah (dengan airnya) menurut kadar ditetapkan Tuhan untuk faedah makhluk-Nya." (Al-Ra'd: 17)

Sungai banyak memberikan manfaat cukup besar bukan sahaja kepada manusia, bahkan seluruh hidupan lain. Ia menjadi sumber bekalan air utama kepada manusia dan haiwan. Kebergantungan kepada sungai dapat dilihat dari sudut keperluan asas, iaitu makan dan minum, penjagaan kebersihan dan sumber pendapatan.

Lebih menarik, dalam perbahasan fiqh, sungai begitu sinonim dengan elemen pembersihan hingga dijadikan antara jenis air dikategorikan sebagai air mutlak, iaitu suatu kuantiti air suci dan bersifat menyucikan.

Nabi SAW pernah memberikan perumpamaan sungai sebagai suatu agen pembersihan. Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: "Bagaimana pendapat kalian, sekiranya ada sungai berada dekat pintu salah seorang antara kalian, digunakan untuk mandi lima kali dalam sehari, mungkinkah kotorannya masih tersisa?" Sahabat RA menjawab: "Kotorannya tidak akan tersisa." Baginda bersabda: "Itulah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah akan menghapus kesalahan." (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW secara tidak langsung, memberikan gambaran sungai antara sumber air dimaklumi sebagai agen pembersihan. Lebih jauh daripada itu, sungai perlu dipelihara kesuciannya seperti bumi menerima air hujan yang tidak terkandung padanya kotoran.

Malangnya, banyak sungai di negara ini sedang tenat menghadapi pencemaran hasil tangan manusia tidak bertanggungjawab. Kita masih ingat Mac tahun lalu, berlaku insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor yang mengakibatkan lebih 3,000 orang kebanyakannya murid sekolah terpaksa diberi rawatan.

Awal September tahun ini, berlaku pula pencemaran sungai disyaki berpunca tindakan melepaskan bahan pelarut ke Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah, iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.

Jenayah terhadap sungai dianggap zalim bukan sahaja terhadap manusia, bahkan kesannya merangkumi hidupan bernyawa lain. Penularan pelbagai penyakit dan kemusnahan ekosistem hidupan sungai antara kesan besar hasil daripada kebiadapan manusia berinteraksi dengan sungai.

Mungkin kita menganggap perbuatan individu membuang sisa kecil umpama puntung rokok ke longkang hanya kesilapan mikro. Namun, tabiat ini jika terbiasa dan dianggap enteng oleh masyarakat, hasilnya menyumbang kepada lambakan lebih memudaratkan kepada sungai.

Zalim diistilahkan ulama sebagai perbuatan meletakkan sesuatu yang salah pada tempatnya. Tindakan membuang sampah di tempat tidak sepatutnya hingga membawa kepada pencemaran sungai, maka ia juga tergolong sebagai perbuatan zalim.

Ingatlah betapa Islam memelihara penganutnya daripada kezaliman seperti sabda Nabi SAW: Hindarilah kezaliman kerana kezaliman itu mendatangkan kegelapan pada hari kiamat kelak. (HR Muslim)

Kesimpulannya, kita perlu menjadi orang 'cerdik' dalam mentadbir dan memakmurkan alam ciptaan Tuhan ini, bahkan Allah SWT menggambarkan mereka ini sebagai Ulul Albab, iaitu orang yang sentiasa berfikir, sesuai dengan firman Allah SWT: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda bagi orang berakal." (Ali Imran: 190)

Penulis adalah Pengarah dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.

Turki, Kekuatan Melunjak. Azerbaijan Kini &Letupan Di Beirut.

 

1. Sikit Analisis Turki dan kekuatan melunjak.

SEMENTARA konflik Azerbaijan-Armenia, yang mulai berulang berulang baru-baru ini, kali ini berubah menjadi perang antara kedua negara, kali ini semakin meningkat. Selain Azerbaijan, pendirian Turki adalah paparan yang jelas mengenai perkakasan ketenteraan dan perjalanan perang yang dilakukan oleh tentera Azerbaijan untuk membentuknya.

Turki adalah kekuatan yang meningkat dengan unsur-unsur kekuatan keras yang memiliki arbitrasi ulang. Turki, sambil mencatat kemajuan besar dalam industri pertahanan dalam dekad terakhir, terutama setelah percubaan rampasan kuasa pada tahun 2016, tentera Turki dan birokrasi keselamatan telah dirancang semula. Ankara adalah kekuatan militer yang tidak dapat diabaikan lagi oleh siapa pun. 

Sementara Turki dinilai sebagai kekuatan sederhana di paksi barat di wilayahnya, dengan Parti AK yang berkuasa pada awal dua ribu, kita menyaksikan perubahan secara beransur-ansur.  Pertama sekali, sambil menunjukkan dirinya dalam dunia barat dalam konteks politik, ekonomi dan budaya dalam usaha untuk berubah menjadi kekuatan yang lebih tegas dengan elemen kekuatan lembut, musim bunga Arab telah berubah menjadi susunan baru yang diciptakan oleh pergerakan gaya Turki sepenuhnya.

Dunia barat yang mengalami gangguan pencernaan penerimaan Turki baru, ini mengakibatkan pemerintah Parti AK menjadi sasaran. Akhirnya, Turki menyaksikan percubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016. Selepas peringkat ini, Turki yang keluar sepenuhnya dari aturan penglibatan politik global  yang dipengaruhi Barat,  berusaha membina dasar yang menyeimbangkan negara-negara barat dengan negara-negara seperti Rusia dan China. 

Semasa mengambil langkah-langkah ini dalam konteks makro, ia berubah menjadi kekuatan ketenteraan yang penting dengan melabur banyak unsur kekuatan bukan daripada kekuatan lembut. Dengan pelaburan yang dilakukan dalam industri pertahanan dan kajian ar-ge yang berkesan, ia telah menjadi salah satu negara terkemuka di dunia dari segi ketenteraan. 

Ia menjadi negara yang paling berpengaruh setelah AS, terutama dalam bidang UAV dan SİHA. Turki pada awal tahun dua ribu, manakala memenuhi 80 peratus keperluan peralatan ketenteraannya melalui import, kadar ini telah menurun kepada 20 peratus hari ini. Turki juga meningkat tajam dalam pengeksport liga terbesar dalam industri pertahanan.

Turki untuk melabur dalam industri pertahanan dengan hanya memutuskan untuk tidak menunjukkan kehendak politik khususnya telah merancang semula birokrasi keselamatan setelah percubaan kudeta. Semasa mewujudkan tentera yang berkesan dan profesional, Pertubuhan Perisikan Nasional (MIT) berubah menjadi organisasi perisikan paling berkesan di rantau ini. 

Turki selama beberapa tahun, tidak teragak-agak untuk menggunakan di kawasan panas konflik dalam geografi kekuatan tentera yang berkesan, mengadopsi doktrin keselamatan baru. Semasa menjalankan operasi tentera dan perisikan rentas sempadan yang komprehensif yang mensasarkan organisasi pengganas PKK dan Daesh di Syria dan Iraq, pihaknya juga berjaya mengubah arah perang dengan menyokong pasukan UMH yang sah di Libya. 

Ketika berusaha membangun sebuah negara di Somalia, dia juga berhasil mengalahkan percubaan pencerobohan terhadap Qatar. Sejak kebelakangan ini, ia muncul sebagai pelaku penting dalam geopolitik tenaga Timur-Mediterranean dengan menggunakan angkatan lautnya dengan berkesan.

 Pada akhirnya, dalam perang Azerbaijan-Armenia,Turki yang mengambil sokongan lebih lanjut untuk mendidik tentera Azerbaijan sebelumnya. Ia berjaya membentuk perang yang memihak kepada pasukan Azerbaijan dengan pasukannya. Semua gerakan dan teknologi ketenteraan ini dari segi akses Turki ke tahap yang dipantau dengan teliti oleh negara lain, 

Dengan gerakan berani dan tidak putus-putus kehendak politik Turki di bawah kepimpinan Presiden Recep Tayyip Erdoğan, Turki kini meningkat sebagai kekuatan utama yang mendorong batas sempadan. Al-hamdulillah! (IH)

2. Azerbaijan, 'Semuanya Berjalan sesuai dengan Rancangan Operasi'


Kementerian Pertahanan Azerbaijan,"Semuanya berjalan sesuai dengan rancangan operasi Destinasi Karabakh." membuat penyataan tersebut.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Azerbaijan, Leftenan Kolonel Anar Eyvazov menyatakan bahawa tentera Azerbaijan telah dengan tegas meneruskan operasi yang dilancarkan untuk menyelamatkan wilayahnya.

Anar Eyvazov menyatakan bahawa sebuah drone milik Armenia ditembak jatuh oleh unit pertahanan udara Azerbaijan di wilayah yang berdekatan dengan sempadan Armenia-Azerbaijan semalam, dan menyatakan bahawa infrastruktur ketenteraan dan depot peluru Armenia terkena tembakan artileri.

Eyvazov menyatakan bahawa konvoi tentera Armenia, yang melakukan aktiviti penempatan semula, musnah akibat tembakan tentera Azerbaijan.

Anar Eyvazov menyatakan bahawa senjata dan peluru milik tentera Armenia hancur ke arah yang berlainan di barisan depan dan bahawa tentera rejimen pertama dan ke-7 tentera Armenia telah meninggalkannya.

Eyvazov menyatakan bahawa pasukan Armenia, yang menghadapi kekalahan, melepaskan tembakan dengan menggunakan peluru berpandu Tochka-U di beberapa wilayah, dan menyatakan bahawa orang awam Azerbaijan terbunuh dan cedera.

Menggariskan bahawa semua sasaran yang dilanda tentera Azerbaijan adalah sasaran undang-undang sesuai dengan peraturan antarabangsa, Anar Eyvazov berkata,

"Tentera Azerbaijan tidak mempunyai masalah peralatan.Tentera kita tidak mundur dari wilayah yang dibebaskan dari penjajahan sejak hari ia melancarkan serangan balas. Sebaliknya, semuanya terus berjalan sesuai dengan rancangan operasi. Destinasi Karabakh. Kemenangan adalah milik kita." menggunakan ungkapan tersebut. (IH)

3. 4 maut letupan, kebakaran tangki minyak di Beirut

BEIRUT: Empat maut dalam satu letupan dan kebakaran tangki minyak di ibu kota Lubnan, semalam, menurut pasukan penyelamat.

Kejadian terbaru itu sekali gus mencetuskan panik di bandar ini yang digegarkan dengan insiden letupan besar pada Ogos lalu.

Sebuah stesen televisyen Beirut melaporkan, lebih 30 orang cedera, manakala sumber perubatan memaklumkan tiga kanak-kanak dimasukkan ke hospital akibat melecur.

Anggota bomba turut menggunakan tangga mudah alih untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam bangunan di daerah Tariq al-Jdide.

"Bilangan mangsa meningkat kepada empat," menurut Palang Merah Lubnan menerusi akaun Twitter ketika mengemas kini angka dua korban sebelum itu.

Agensi berita kebangsaan, ANI, melaporkan Setiausaha Agung Palang Merah, Georges Kettane, sebagai berkata mereka yang cedera telah dihantar ke hospital.

Stesen televisyen Lubnan, Al-Jadeed pula melaporkan lebih 30 mangsa cedera sambil menyiarkan insiden kebakaran itu bersama suara jeritan orang ramai yang panik.

Agensi berita melaporkan, sebuah tangki minyak meletup lalu mencetuskan kebakaran dan mengakibatkan kematian.

Pegawai bomba, Leftenan Ali Najm, dipetik sebagai berkata letupan dan kebakaran berlaku di sebuah gudang yang mempunyai sebuah tangki minyak.

Bagaimanapun, beliau berkata, punca letupan masih belum diketahui.

Sumber keselamatan pula memaklumkan, api menjilat premis bawah tanah yang turut menempatkan petrol.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa menahan pemilik yang mengendalikan satu daripada banyak khidmat generator swasta membekalkan elektrik kepada penduduk yang sering mengalami bekalan elektrik terputus.

Sejak beberapa minggu lalu, pihak berkuasa tempatan Beirut berusaha mengesan gudang yang melanggar undang-undang atau berbahaya kepada kawasan penempatan, kata Gabenor, Marwan Aboud, kepada Al-Jadeed.

"Kami bimbang insiden sedemikian akan berlaku. Kami sudah mengarahkan sebahagian daripadanya untuk ditutup.

"Sebahagian lagi pula dikehendaki mematuhi prosedur untuk melindungi orang awam," katanya sambil menjelaskan kira-kira 100 tapak sudah dikenal pasti sebagai disyaki.

Tragedi letupan dahsyat di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu meragut 203 nyawa dan mencederakan sekurang-kurang 6,500 mangsa, selain mengakibatkan kemusnahan besar di ibu kota ini. - AFP

Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.

Anak Muda Jual Asam Boi Di Persimpangan Lampu Isyarat.

 

Kerja tak perlu interview

Kuala Lumpur: Kelibat anak muda membawa puluhan balang mangga asam boi di persimpangan lampu isyarat di Lembah Klang bukan pemandangan luar biasa.

Walaupun terpaksa berpanas selain menggadai nyawa berdepan risiko dilanggar kenderaan namun cabaran itu tidak sedikit pun mematahkan semangat golongan ini yang terdiri daripada anak muda dan lepasan sekolah demi mencari sesuap nasi.

Antara alasan popular memilih pekerjaan ini kerana mereka tidak mahu terikat dengan majikan selain menjaja di jalanan lebih mudah meraih pendapatan tanpa memerlukan sebarang sijil akademik dan kemahiran.

Ikuti asam garam golongan ini dalam mengharungi cabaran demi meneruskan kelangsungan hidup di ibu kota.


KISAH 1:

Tidak memerlukan sijil akademik dan mudah dapat wang.

Itu alasan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Osama al Zaqawe Ibrahim, 18, yang memilih pekerjaan menjaja mangga asam boi di jalanan sejak lebih setahun lalu.

Menurut Osama, dia memulakan pekerjaan itu di Terengganu sejak tahun lalu sebelum mengambil keputusan merantau ke ibu negara untuk mencari peluang lebih luas dalam bidang ini.

"Selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya datang ke Kuala Lumpur dan tinggal dengan abang sebelum menyewa bilik bersama rakan di Gombak.

"Saya tidak malu kerana kerja ini paling mudah dan cepat dapat duit, tidak perlu temu duga serta sijil," katanya.

Katanya, setiap hari dia mula menjaja di persimpangan lampu isyarat di sekitar Greenwood, Gombak jam 11 pagi hingga 7 malam.

"Saya menerima upah RM3 untuk setiap balang yang dijual dan pendapatan tidak menentu dengan paling minimum saya mampu jual lebih 40 balang sehari, tetapi mencukupi untuk tampung kos makan minum serta keperluan sendiri selain beri mak ayah di kampung.

"Tidak dinafikan, cabaran itu tetap ada antaranya cuaca yang memainkan peranan, tetapi keadaan panas terik dan hujan itu sudah biasa bagi saya.

"Cuma jika hujan terlalu lebat atau kilat saya terpaksa berteduh di mana-mana tempat sesuai tambahan lagi sia-sia menunggu di jalan kerana kebanyakan pemandu kenderaan tidak akan membuka tingkap untuk membeli pada waktu itu," katanya.

Selain itu, anak kelapan daripada 10 beradik itu berkata, keselamatan di atas jalan raya juga sangat dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemalangan.

"Biasanya saya akan tunggu pelanggan di atas pembahagi jalan dan hanya akan ke kenderaan jika ada pelanggan berminat membeli.

"Namun, saya akan tengok sekeliling dulu sebelum melintas jalan untuk pastikan tiada motosikal atau kenderaan lalu," katanya.


KISAH 2:

"Kerja lain kena ada sijil dan kemahiran, tetapi kerja ini mudah kalau hendak pendapatan banyak kuncinya cuma kena cekal serta usaha lebih," kata Badli Sham Ramli, 19.

Badli Sham berkata, dia selesa bekerja sebagai penjaja jalanan untuk menampung kehidupannya selain mahu menimba pengalaman terutama dalam dunia perniagaan.

"Mula-mula dulu memang saya malu dengan kerja ini, tetapi lama kelamaan suka kerana dapat berjumpa ramai orang dan menimba pengalaman baharu.

"Bukan tidak teringin cari kerja lain, tetapi saya masih muda dan mahu mencari pengalaman dulu mana tahu suatu hari nanti boleh berniaga sendiri," katanya.

Katanya, dalam sehari dia mampu menjual antara 60 ke 200 balang mangga asam boi, produk milik usahawan Bumiputera.

"Sehari saya pernah dapat jual paling sedikit 60 balang dan pernah juga sampai 206 balang bergantung kepada cuaca dan cara kita mendekati pelanggan.

"Memang ada pasang surutnya, tetapi setiap kali ada orang beli, tak dapat digambarkan perasaan gembira, sekali gus membakar semangat saya untuk terus berusaha kejar sasaran jualan. (MyMetro)

 

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 12 -Nasheed Paletine/Hamas.

Kabak Çiçeği Dolması (Isi Bunga Zucchini ) 2: Resipi Masakan Turki.

 

Mengisi sayur-sayuran atau menggulung sesuatu di daun-daun tumbuhan, merupakan cara memasak yang sering digunakan di seluruh dunia.  

Ada yang menggunakan daun jagung dan daun pisang seperti di Amerika Tengah dan Selatan, dan ada yang menggunakan daun kelapa atau daun buluh seperti di Timur Jauh. Sedangkan di Turki, hampir semua sayur-sayuran boleh diisi. 

Mulai dari terung hingga artichoke; dari kubis hingga tomato; dari chili hingga labu, orang-orang Turki boleh membuat makanan dengan mengisi segalanya. Salah satu makanan yang menarik adalah bunga labu isi. Pada masakan Mediterranean, Itali atau Greece, bunga labu biasanya diiisi dengan keju kemudian digoreng. 

Sedangkan di Turki, ia diisi dengan beras yang telah diperkaya dengan rempah-rempah dan dimasak di dalam periuk. Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana membuat bunga zucchini isi  atau Kabak Çiçeği Dolması yang dimasak di wilayah Aegean dan Mediterranean, kami akan memberikan resipinya.


Untuk membuat bunga zucchini yang diisi, mari kita mengira bahan-bahannya terlebih dahulu;

 

30 bunga labu

2 bawang kecil yang dicincang

1 gelas teh minyak zaitun

1 tomato parut

1,5 cawan beras

1/2 cawan air panas

1/4 ikat Dill dicincang halus

1 sudu teh pudina kering

1/3 sudu teh garam

1/4 sudu teh lada hitam

 

Pertama, keluarkan bahagian hijau pada ujung bunga zucchini satu demi satu. Ambil bahagian kuning bunga dengan teliti tanpa merosakkan daun. Masukkan separuh daripada minyak zaitun dalam periuk besar dan biarkan panas. Tumis bawang sehingga lembut. Basuh beras dan longkang air yang berlebihan, kemudian dimasukkan ke dalam kuali, terus tumis dengan bawang hingga warna berubah. Tambah tomato parut dan campurkan. Kemudian masukkan lada hitam, garam dan pudina kering. Masak beras dan bawang tumis dengan ½ cawan air panas pada api yang sederhana sehingga air surut. Matikan api dan biarkan sejuk. Tambah daun dill cincang dan kacau merata.

 

Ambil sedikit bahan isi yang telah sejuk tadi dan masukkan ke dalam bahagian dalam bunga. Lipat bunga bahagian atas ke dalam dan letakkan dalam periuk. Tambahkan sisa minyak zaitun dan air suam. Letakkan pinggan yang agak berat agar dolma tidak berantakan. Tutup periuk dan masak dalam api kecil 10-15 minit. Hidangkan selagi panas atau sejuk dengan irisan lemon. Selamat Menikmati.

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’ kabak çiçeği dolması'', salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.


Selamat Menikmati ... 

Tunggu citarasa hidangan Turki yang lain pula.

(Weblog Ibnu Hasyim)


Lihat sebelum ini..

Friday, October 09, 2020

Siapa Nak Percaya K/Siang Jujur?

 

Penganalisis politik persoal kejujuran Kit Siang

KUALA LUMPUR: Reaksi sepantas kilat pimpinan DAP, Lim Kit Siang yang bersetuju agar laluan diberikan kepada calon WARISAN untuk menang tanpa bertanding dalam PRK Batu Sapi dipersoal Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) ini mempertikaikan kejujuran Kit Siang yang disifatkan beliau akan memberikan reaksi sebaliknya jika kerusi tersebut dimiliki oleh lawan DAP dari Umno, BERSATU, PAS, MCA, PBS dan STAR.

Menurut Dr Kamarul, beliau menjangkakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu akan membantah sebarang pandangan untuk memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan partinya sebagai ketidakadilan dan bertentangan realiti sokongan.

Malah, pemimpin veteran itu dijangka Dr Kamarul akan tetap mahu PRK dilangsungkan dengan menggesa prosedur operasi standard (SOP) baru yang lebih diperketatkan jika ada pihak memberi pandangan berkaitan kesihatan dan keselamatan.

Bahkan kata Dr Kamarul, peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak-Hak Manusia Sejagat serta faktor perbezaan majoriti kecil di Parlimen ketika ini juga dijangka menjadi hujah pemimpin senior itu.

Kit Siang kelmarin menyatakan persetujuan tersebut setelah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam, Andrew Khoo mencadangkan kemenangan tanpa bertanding kepada calon WARISAN.

Kata Kit Siang, ianya penting demi kesihatan dan keselamatan para pengundi di kawasan tersebut terutama dari Sandakan serta rakyat Sabah dan Malaysia yang dirujuknya kepada isu peningkatan penularan COVID-19 ketika ini.

“Marilah kita tunjukkan kepada seluruh dunia, yang pemimpin politik di Malaysia juga mampu untuk belajar daripada kesilapan masa lalu dan boleh menjadi inspirasi serta tauladan baik untuk menggerakkan semua rakyat, tanpa mengira latar belakang parti politik, kepada usaha memenangi peperangan melawan wabak COVID-19,” ujarnya.

Pemimpin DAP ini sepertimana kenyataannya sebelum-sebelum ini tetap menuduh Langkah Sheraton sebagai punca gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara dan mendakwa tertubuhnya ‘kerajaan pintu belakang’.

Malah, Kit Siang terus menerus membuat dakwaan bahawa gelombang ketiga ketika ini adalah berpunca daripada ‘ahli politik pintu belakang’ yang cuba membawa kepada kejatuhan Kerajaan Negeri Sabah.

Kerusi Parlimen P.185 Batu Sapi sebelum ini disandang WARISAN melalui Dato’ Liew Vui Keong yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) semasa pemerintahan Pakatan Harapan.

Mendiang bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat jangkitan paru-paru pada di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada 2 Oktober minggu lalu. – HARAKAHDAILY 9/10/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa nak percaya K/Siang jujur? Mungkin dia sendiri pun tak percaya kepada dirinya atau keluargnya. Habis, cucu anak menantunya dikaitkan dengan rasuah. Apa lagi bila bersama PH? Macam dalam filem P.Ramli, penyamun-penyamun berbagi harta dalam pemerintahan 22 bulan berlalu.. Lingkup negara!

Video: Nujum Pak Belalang, Perompak Kira Duit. Antara Scene  Paling Lucu oleh P.Ramlee.

Di bawah PN pun 3 YouTuber ini masih diugut Ah Long?

 

Simbah cat, lempar ‘molokov cocktail’ ugut YouTuber

JOHOR BAHRU: Tiga YouTuber tempatan yang mendakwa mereka telah diugut oleh Ah Long, menerusi satu rakaman video yang dimuat naik ke media sosial dan menjadi tular beberapa hari lepas, telahpun dipanggil polis.

Mengesahkan perkara itu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketiga-tiga mereka yang mendakwa menjadi mangsa telahpun dipanggil.

“Laporan polis juga telah dibuat (mangsa). Kita pun dah panggil pengadu yang terlibat dalam video berkenaan.

“Kita juga sudah terangkan (kepada mangsa mengenai) tindakan-tindakan kita yang telah diambil,” kata beliau kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai video yang dimuat naik tiga YouTuber berkenaan, yang turut menyebut nama Ayob Khan sebagai usaha mereka untuk meminta bantuan. 
 
Mengulas lanjut, beliau berkata hasil siasatan awal turut mendapati nombor telefon yang digunakan individu yang didakwa mengancam YouTuber terlibat, didaftarkan di Singapura.

“Sementara itu, salah satu plet kenderaan (yang disiasat berhubung kejadian ugutan) didapati merupakan plet palsu,” kata beliau sambil menambah siasatan lanjut masih dijalankan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Khianat dengan Api di mana Ayob Khan turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan Ah Long.

Beberapa hari lepas, tiga YouTuber dilaporkan membuat laporan polis setelah menerima beberapa mesej berbentuk ancaman serta perbuatan melampau seperti kediaman mereka disimbah cat dan dilempar ‘molokov cocktail’.

Ketiga-tiga mangsa yang mengguna nama samaran Jeff, Inthira dan Tomato, membuat laporan di balai polis berasingan pada Isnin (28 September) dan Sabtu lalu (3 Oktober), kerana merasakan keselamatan mereka terancam.

Tiga YouTuber berkenaan turut memuat naik sebuah video berdurasi hampir 12 minit dalam Bahasa Melayu dan Mandarin, berkenaan ancaman berkenaan serta membuat rayuan kepada Ayob Khan untuk membantu mereka. – BERNAMA

Ya, segera! Demi keselamatan. Di sini tempat mengadu, sekurang2nya.

 

Tindakan Segera Demi Keselamatan Penduduk

BATU : Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 3 Pekan Batu, Hishamuddin Ghazali mengambil tindakan segera setelah menerima satu aduan berkenaan lima batang pokok besar yang boleh mengancam keselamatan penduduk di Jalan Kepong Lama, Kampung Delima.

Aduan ini telah disampaikan oleh Rodzi Tajudin, Ketua Umno Cawangan Kampung Delima.


Pokok lama yang condong ke arah jalan raya ini dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya sekiranya tumbang secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

Akar pokok lama ini juga telah merosakkan struktur longkang utama berdekatan Lorong Hj Abdullah.

Hishamudin yang meninjau lokasi tersebut telah menghubungi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuarakan tentang masalah ini dan menggesa agar ia diambil tindakan segera.


Sebarang aduan boleh disalurkan ke http://www.wasap.my/60193200481/AduanPekanBatu

Atau melalui Ahli-Ahli MPP Sub Zon 3 Pekan Batu.

Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...

Demontrasi Indo, Culik Gabenor, &Siapa Di Armenia?

 

1. Tunjuk Perasaan di Indonesia: 400 Demonstran Ditahan

Di Indonesia, 400 penunjuk perasaan ditahan semasa demonstrasi yang bermula pada hari Selasa untuk membatalkan pakej pekerjaan kontroversial.

Para pekerja dan pelajar yang berkumpul di pelbagai bandar seperti Medan, Yogyakarta, Bandung, Makassar, Ambon dan ibu kota Jakarta, menganjurkan demonstrasi menentang peraturan pekerjaan  dengan alasan hak dan jaminan pekerja tidak diendahkan.

Semasa demonstrasi diadakan di beberapa bandar, terutama di dekat bangunan dewan wilayah, pasukan keselamatan bertindak balas dengan gas pemedih mata dan air bertekanan kepada para penunjuk perasaan yang mengamuk dan menyekat jalan.

Sementara pertengkaran berlaku dari semasa ke semasa dalam demonstrasi berskala kecil yang diadakan di pelbagai tempat di Jakarta, pasukan keamanan mencegah tindakan berskala besar terjadi di titik pusat.

Sementara itu, Jurucakap Polis Jakarta Yusri Yunus menyatakan bahawa kira-kira 400 penunjuk perasaan telah ditahan di ibu kota sejak semalam.

Menunjukkan bahawa peraturan baru itu telah membataskan pelbagai hak seperti gaji minimum, waktu kerja, gaji pesara dan jaminan sosial, serta penghapusan kuota pekerja asing dalam industri pekerjaan berat, kesatuan sekerja menuntut kerajaan dan parlimen untuk mengatur semula pakej pekerjaan yang diluluskan pada hari Isnin.


2. 13 Didakwa Cuba Culik Gabenor 

Michigan

WASHINGTON: Tiga belas orang didakwa semalam berhubung tuduhan mengadakan komplot keganasan domestik untuk menculik Gabenor Michigan dari parti Demokrat, Gretchen Whitmer, umum pegawai persekutuan dan negeri.

Rancangan suspek merangkumi rancangan untuk menggulingkan beberapa Gabenor di negara itu yang para suspek “percaya telah melanggar Perlembagaan AS,” termasuk kerajaan Michigan dan Whitmer, menurut satu aduan jenayah persekutuan.

Enam orang didakwa atas jenayah Persekutuan kerana konspirasi untuk menculik, dan tujuh orang lain, yang dikaitkan dengan kumpulan militia “Wolverine Watchmen,” turut didakwa oleh negara itu, kata Peguam Negara Michigan, Dana Nessel.

Tertuduh telah berusaha untuk mengenal pasti alamat rumah pegawai undang-undang untuk menyasarkan mereka, membuat ancaman keganasan yang bertujuan untuk menghasut perang saudara, dan terlibat dalam rancangan dan latihan untuk operasi menyerang bangunan kerajaan Michigan dan menculik pegawai kerajaan, termasuk gabenor Michigan, “kata Nessel pada sidang media.

Penangkapan tersebut mungkin akan menarik perhatian tambahan kepada ketegangan politik yang melanda negara itu pada minggu-minggu terakhir musim pilihan raya 2020, dan memberikan amaran kepada para pegawai penguatkuasa undang-undang, anggota Kongres dan kumpulan yang mengesan kegiatan ekstremisme mengenai peningkatan ancaman ekstremis dan kumpulan berhaluan kanan.

Whitmer menjadi sasaran ekstrimis dari kumpulan haluan kanan-atas kerana caranya menangani wabak koronavirus

Dalam wawancara di “Erin Burnett OutFront” CNN pada hari Khamis malam, Whitmer mengucapkan terima kasih kepada pihak penguatkuasa kerana melakukan penangkapan tersebut – CNN

3. Fakta, Siapa Nikol Pashinyan Pemimpin Armenia


https://www.trt.net.tr/melayu/video/dunia/fakta-yang-perlu-diketahui-tentang-pashinyan
(IH)

Penyanyi AS Batal Konsert Di Jeddah Kerana 'Hak Asasi Manusia'?

 

HALAMAN HIBURAN

Nicki Minaj Batalkan Konsert di Jeddah World Festival.

Penyanyi Amerika, Nicki Minaj, mengumumkan bahawa dia telah membatalkan konsert di Arab Saudi untuk menyokong hak wanita.

‘’Selepas berfikir serius dalam masa yang lama, saya memutuskan untuk tidak memberikan konsert saya pada Jeddah World Festival yang sebelumnya telah dirancang.’’ Kata Nicki Minaj.

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 18 Julai di Stadium King Abdullah di Jeddah.

Para penganjur acara Arab Saudi, menyampaikan bahawa konsert ini akan disiarkan di seluruh dunia dan mengumumkan bahawa akan diberikan kemudahan visa elektronik bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam konsert ini.

Walau bagaimanapun, konsert itu telah memulakan perdebatan besar di dalam dan di luar Arab Saudi, dan organisasi hak asasi manusia mengeluarkan kenyataan yang meminta Nicki Minaj membatalkan konsertnya.

Selepas anak lelaki Raja Salman, Mohammad bin Salman menjadi putera mahkota, Arab Saudi telah mengalami pelbagai ‘’perkembangan’’.

Dalam konteks ini, Jeddah World Festival diadakan buat kali pertama di Arab Saudi. (IH)


Sambungan dari siri: 

Kalau X diambil tindakan akan mendatangkan kekeliruan agama.. PAS Sri Gading.

 

Lapor polis: Samakan Presiden PAS dengan berhala

SRI GADING: PAS Kawasan Sri Gading telah membuat satu laporan polis berkenaan hantaran Facebook yang dibuat oleh Azhar Ismail di Balai Polis Parit Raja, di sini pagi tadi.

Laporan yang diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Sri Gading, Nasir Abdullah ini bertujuan untuk polis mengambil tindakan terhadap Ketua PAN Kawasan Ledang itu.

“Isu-isu seperti ini kalau tidak diambil tindakan akan mendatangkan kekeliruan agama dan menimbulkan kekacauan,” kata Timbalan Yang DiPertua PAS Sri Gading, Hashim Jusoh.

Untuk rekod, Azhar telah memuat naik dua hantaran di Facebook dengan maksud dan tujuan yang sama iaitu menyamakan Presiden PAS dengan berhala.

Malahan Azhar juga mencabar untuk diambil tindakan di mana pihak polis telah membuka kertas siasatan di atas laporan itu.

Turut serta Setiausaha dan Penolong Setiausaha PAS Sri Gading, Ramli Shahid dan Bahri Bahri Yahya serta Ketua Unit Keselamatan Johor PAS Sri Gading, Zainal Hamisan. – HARAKAHDAILY 8/10/2020

Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails