Saturday, March 01, 2014

Khalid Akui Musuh Politik Kalangan PKR..

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa di Majlis Seni Bela Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mac, 2014.  
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa di Majlis Seni Bela Diri, Senjata dan Warisan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Mac, 2014.  

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersetuju dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata musuh sebenar calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah daripada kalangan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang bercakaran sesama sendiri.

Khalid mengakui beliau juga turut mempunyai ramai musuh politik dalam PKR, tetapi menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam arena politik, sama seperti parti politik lain di negara ini.

"Saya juga ramai musuh, tetapi kita patut terima hakikat politik bahawa ia bersifat dinamik, kalau kita melihat DAP, mereka juga mempunyai pergelutan dalaman.

"PAS juga sama, termasuk Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, mereka masih lagi berusaha dalam proses pemulihan, dan MIC kadang-kala berpecah kemudian bersatu, jadi semuanya sama," katanya kepada media selepas program seni silat di Shah Alam, Selangor hari ini.

Khalid, yang mengumumkan akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menjelang pemilihan parti yang akan datang, berkata beliau tidak pernah mendengar mana-mana parti politik di dunia yang tidak mempunyai pergelutan dalaman dan yang stabil sepanjang masa.

Semalam, Lim, merujuk kepada perbalahan di kalangan pemimpin PKR, mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.
"Musuh sebenar di Kajang bukanlah daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalam PKR dan Pakatan.
"Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu. – 1 Mac, 2014. (TMI)

Mengapa Pelajar Islam Tak Pelajari Agama lain? -Dr Steven Selvaraju

Dr Steven Selvaraju 

ANTARA yang berucap pada dialog selesai solat Jumaat semalam bersama Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa di sebuah gereja di Sungai Petani, termasuklah Pengarah Penang Diocesan Pastoral Institute, Dr Steven Selvaraju.

Program dialog bertajuk "Sepetang Dalam Harmoni, Rahmat Untuk Semua" dihadiri kira-kira 100 hadirin yang memenuhi ruang di Church of Christ the King, Sungai Petani, Kedah. Dr Steven Selvaraju berkata adalah wajar dipersoalkan mengapa isu agama yang membawa perbalahan di dalam masyarakat diungkitkan sejak kebelakangan ini.

Bekas pensyarah kolej yang pernah mengajar subjek Moral dan pengajian Malaysia itu berkata rakyat dicanangkan perbezaan dan oleh itu perlu bertanya siapa yang untung daripada isu yang dibangkitkan. Beliau berkata ibu bapa seharusnya tidak bercakap buruk mengenai kaum dan agama lain di hadapan anak mereka, manakala sistem pendidikan pula tidak boleh memecahbelakan murid-murid.

Beliau merujuk kepada dasar yang mewajibkan pelajar bukan Islam di kolej mempelajari pengajian Islam.

"Mengapa pelajar Islam juga tidak mempelajari agama lain?" soal beliau, sambil berkata golongan belia mewakili semua agama harus diberikan lebih peluang bersua dengan masyarakat lain dalam program di gereja dan masjid.

Pada program dialog itu, seorang ahli gereja, Louis Philip Mohan, 62, memberikan pendapat agama sendiri sudah menjadi masalah kerana dieksploitasi beberapa pihak. Katanya, dialog adalah perlu, dan dengan berdiam diri, keadaan akan lebih perit.

Beliau memuji usaha Mujahid mendampingi bukan Islam di rumah ibadat mereka, dan menyeru penganut Kristian mengikut jejak langkah beliau dengan mendampingi penganut lain.

Seorang lagi ahli gereja yang enggan memperkenalkan dirinya menyatakan rasa kagum dengan pengetahuan Mujahid, di samping mendapat tahu bahawa ahli PAS cintakan keamanan. Katanya, sesi dialog yang berlangsung dua jam itu perlu diadakan pada skala lebih besar untuk menarik lebih ramai orang.

Sedangkan pada khutbah Jumaat semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi mengingatkan umat Islam supaya akur dengan pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh penganut lain. Jakim juga menyeru pihak berkuasa menguatkuasakan pengharaman tersebut melalui enakmen di negeri masing-masing. (IH/TMI)

Setelah Dikecam, 'Allah' Tiada Di Video Klip Katy Perry.

Allah hilang dari video klip Katy Perry
Video Klip Katy Perry .

HALAMAN HIBURAN
Setelah dikecam oleh umat Islam sejagat akhirnya video klip Dark Horse milik penyanyi Katy Perry mula diubah . Liontin Allah dalam bahasa Arab dihilangkan .

Akhbar the Daily Mail melaporkan , Jumaat ( 28 / 2 ) , sebelum ini diberitakan Shazad Iqbal , seorang lelaki muslim asal Bandar Bradford , Inggeris , telah melancarkan sebuah petisyen meminta YouTube mengeluarkan video terbaru milik Perry dari laman mereka . Ini lantaran video itu memperlihatkan penyalahgunaan kata Allah .


Dalam video itu Perry memegang watak seorang puteri di Mesir kuno sedang berusaha mencari seorang lelaki ingin melamar dia , satu per satu lelaki tiba dengan hadiah yang mengecewakan puteri itu, dan mereka semua dirombak menjadi pasir akibat petir dikeluarkan dari jari - jari perempuan itu . 

Video klip ini sebenarnya ingin menawarkan sesuatu yang baru tetapi telah mencetuskan kontroversi , selepas Iqbal memperhatikan lelaki pertama ingin melamar Katy Perry memakai kalung bertuliskan Allah . Dia langsung membuat sebuah petisyen bagi YouTube untuk menarik video itu , dan menuduh video tersebut mempromosikan penghujatan .

Borang di dunia maya itu telah menarik hampir 40,000 tanda tangan dari pelbagai negara di seluruh dunia , termasuk Australia , Arab Saudi , Pakistan , dan Bangladesh .


" Bentuk penghujatan sangat jelas disampaikan dalam video itu , kerana Katy Perry ( yang seolah-olah berperanan sebagai pihak berlawanan dengan Tuhan ) menghancurkan orang dan kalung bertuliskan Allah itu dalam kobaran api , " ujar Iqbal .


" Ini adalah alasan untuk memfailkan petisyen itu agar orang - orang dari pelbagai lapisan kehidupan, agama yang berbeza , dan dari berbagai belahan dunia , bersetuju bahawa video itu mempromosikan penghujatan , " katanya .

" Menggunakan nama Tuhan dengan cara tidak relevan dan tidak menyenangkan akan dianggap tidak pantas oleh agama apapun , " lanjut Iqbal .


Selepas menandatangani petisyen , Khan Bilal , dari Bandar Birmingham berkata , ' Ini benar - benar menjijikkan di mana industri muzik membenarkan perkara itu berlaku , muzik seharusnya digunakan untuk menyebarkan cinta bukan kebencian'. 


Lihat sebelum ini..

Kajang, PR Berjaya Pecahkan Sempadan Perkauman -Presiden PAS


KAJANG: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sangat bermakna untuk memberi mesej kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat dengan pelbagai kaum dan agama berjaya disatukan.

Katanya, pilihan raya ini akan menjadi bukti kepada BN bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatukan rakyat khususnya dalam kawasan campuran seperti di N25 Kajang.

"Di Kajang ini akan menunjukkan kita Pakatan Rakyat berjaya memecahkan sempadan perkauman yang sering ditaja oleh BN," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Kajang akan menjadi simbol kerakusan BN menggunakan jentera kerajaan pusat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya pada 23 Mac nanti.

"Pemuda hendaklah bekerja dengan bersemangat bukan sahaja kita mahu kekal kemenangan bahkan dengan majoriti lebih besar," katanya.

Di dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular BN.

"Atas rekod ini, kita mahukan Kajang terus melonjakkan mesej undi popular ini untuk kita kekal di Kajang. Kita mahu rakyat sebagai pendokong utama dengan undi lebih kepada rakyat," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Taman Mesra Kajang sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi. (Foto facebook)

Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan bendera parti masing-masing kepada ketua Pemuda PAS, AMK dan DAP sebagai simbolik pelancaran jentera PRK Pemuda. (HD)

Sepetang Dalam Harmoni.. Dialog Di Mujahid Di Gereja Christ The King.


Dr Mujahid Yusof Rawa (kiri), moderator (tengah) dan Dr Steven Selvaraj semasa dialog di antara PAS dan Gereja Christ the King di Sungai Petani, Kedah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac 2014. 
Dr Mujahid Yusof Rawa (kiri), moderator (tengah) dan Dr Steven Selvaraj semasa dialog di antara PAS dan Gereja Christ the King di Sungai Petani, Kedah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac 2014.

Selesai solat Jumaat semalam, Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa hadir di sebuah gereja di Sungai Petani dengan membawa mesej keamanan kepada penganut Kristian, selain memberitahu Allah adalah untuk semua, mesej yang berbeza daripada khutbah Jumaat semalam yang mendakwa kalimah Arab itu hanya untuk umat Islam.

Berucap di sebuah program dialog bertajuk "Sepetang Dalam Harmoni, Rahmat Untuk Semua" kepada kira-kira 100 hadirin yang memenuhi ruang di Church of Christ the King, iaitu penampilan kedua beliau di gereja itu sejak tiga tahun memulakan usaha dialog antara agama, Mujahid berhujah keputusan kerajaan adalah bermotifkan politik berbanding agama.

"Islam adalah agama persekutuan tetapi bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan agama mereka. Yang tidak dibenarkan adalah menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Sudahpun ada persediaan di situ untuk hubungan antara agama.
"Namun ia tergelincir dan dimanipulasi ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri dan memecahkan undi berdasarkan kaum," kata Mujahid pada dialog itu yang menyaksikan hadirin sabar menunggu walaupun terpaksa dimulakan lewat setengah jam.

Sehingga kini, sudah hampir 20 buah gereja dikunjungi Mujahid bagi mempromosi dialog antara agama. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac, 2014.Sehingga kini, sudah hampir 20 buah gereja dikunjungi Mujahid bagi mempromosi dialog antara agama. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac, 2014.Mujahid, 49, berkata, dengan isu seperti penggunakan kalimah Allah oleh kitab Bible berbahasa Melayu, "pelakon politik" sedang menghancurkan tiang negara yang dibina pengasas Malaysia.

Mujahid menyentuh sifat eksklusif dan inklusif di dalam agama, di mana eksklusif merujuk kepada kepercayaan seseorang itu kepada sesebuah agama.
Manakala di dalam sebuah masyarakat majmuk, jambatan inklusif di dalam agama merentasi sifat saling menghormati dan memahami, dialog dan mengelak perbuatan yang boleh mencetus kebencian, seperti memaki agama lain.

"Hentilah memberitahu penganut agama lain, seperti Kristian, tentang apa yang boleh dan tidak boleh dituturkan mereka.
"Kalaulah seorang Kristian di sebuah negara di mana umat Islam adalah minoriti bercakap sebegitu kepada seorang Islam, dunia akan bergolak," katanya, dan berkata adalah salah untuk merampas Bible, merujuk tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas 300 naskhah Bible berbahasa Melayu pada Januari lalu.

"Anda tidak ada hak berbuat sesuka hati hanya kerana mereka bukan daripada kalangan agama anda."
Mujahid memberitahu sehingga kini beliau sudah hadir di kira-kira 20 buah gereja bagi mempromosikan dialog antara agama. Lawatan beliau dicoret dalam bukunya "Berdialog dengan Gereja".

Ini berbeza dengan masa lalu apabila PAS dikenali dengan sikap konservatif dan hanya membawa isu berkisar pengundi Melayu. Mujahid berkata, PAS mendampingi gereja kerana enggan mendiam diri dan membiarkan "negara dihancurkan golongan jahil".
Memetik pemimpin hak asasi kulit hitam Amerika Syarikat, Martin Luther King Jr, yang berkata, “seseorang akan melupakan pihak lawan, tetapi mengingati sikap berdiam diri kawan", Mujahid berkata PAS akan dituduh kerana mendiamkan diri.

Pemimpin PAS itu bekata berikutan hubungan antara kaum di Malaysia terkesan akibat kontroversi kalimah Allah, beliau terus berdamping dengan bukan Islam kerana mahu "menjadi saksi akan tanda Tuhan".

"Sebagai ahli Parlimen, saya tidak boleh lari daripada menjadi seorang ahli politik, tetapi ini bukan soal politik dan saya tidak mengharapkan undi.
"Saya mahu menjadi saksi akan tanda Tuhan yang wujud di mana-mana. Ia juga wujud di dalam diri kita...kita berhimpun di sini, disatukan walaupun berbeza latar belakang, agama dan bangsa.
"Kita sudah pun menikmatinya sekarang jadi perlukah ia dihancurkan?" soal Mujahid, sambil menambah umat manusia diciptakan belainan kaum  supaya mereka boleh kenal antara satu sama lain.

Mujahid, yang mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam politik Islam berkata, sekiranya perbezaan dijadikan alasan untuk manusia bermusuh dan berperang, dunia akan berakhir dengan pembunuhan sesama manusia, hanya kerana perbezaan anutan mereka.

"Tuhan tidak mahu ini berlaku. Cuma segelintir daripada Perkasa dan Umno... jika mereka mahu engkar ketentuan Tuhan, biarkan.
"Mereka ini golongan yang tidak berguna yang cuba menyemarakkan kebencian antara kita semua. Biarkan mereka. Saya bercakap tentang suara Tuhan, bukan suara mereka. Pedulikan mereka."
Mujahid berkata tidak siapa yang boleh mengaku agama yang dianutinya lebih baik daripada agama orang lain.

Katanya, memadai manusia hidup sebagai hamba Tuhan yang baik, menerima dan mengiktiraf perbezaan, dan menyerahkan kepada Tuhan dalam membuat keputusan tentangnya.
Tambahnya, seseorang itu tidak boleh mempersoalkan dewa agama lain atau kepercayaan yang dianggap syirik oleh agamanya.

"Tuhan mengarahkan bahawa tidak sesiapa pun dibenarkan menghina dewa agama lain. Ada sebab mengapa Tuhan mengatakan sesuatu. Renungkanlah."
(IH/TMI)

Dia Setubuh Dengan Kambing, Apa Hukumnya?


Abuja: Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu.

Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman. Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini.

Alasan Baranda? Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita. Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu.

Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara. Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan.

Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian. Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.- Agensi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Manusia lakukan seks dengan binatang, apa hukum dalam Islam?

Apa hukum bersetubuh dengan binatang dalam Islam?  

Termasuk dari kotornya fitrah, terbalik, dan terjungkirnya (fitrah) ke belakang, iaitu seorang manusia menyalurkan syahwatnya pada binatang, makhluk yang tidak dapat bercakap. Engkau akan melihat sifat kemanusiaannya terbalik ke belakang kerana ia turun pada derjat yang rendah. Maka ia akan mendapati dirinya terbelit seks (syahwat) baik dengan anjing, keledai, kera, atau apa pun dari semua binatang sesuai dengan tabiat dan keinginannya. 

Maka dia bersetubuh dan melampiaskan syahwat dengan binatang-binatang itu. Sungguh Nabi SAW bersabda dalam apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallaahu ‘anhu,

“ مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ‏‎ ‎الْبَهَائِمِ …”


  • “Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi satu jenis dari binatang ….” Hadits ini masih panjang. [1]
 Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

“ وَلا رَيْبَ أَنَّ الزَّاجِرَ‏‎ ‎الطَّبْعِيَّ عَنْ إِتْيَانِ‏‎ ‎الْبَهِيْمَةِ أَقْوَى مِنَ‏‎ ‎الزَّاجِرِ الطَّبْعِيِّ عَنِ‏‎ ‎التَّلَوُّطِ”
  •  “Tidak diragukan lagi bahawa (penentangan) batin akan perbuatan menyetubuhi binatang lebih kuat dari penentangan batin akan perbuatan gay.“ [2]
Tidak diragukan lagi, orang yang melakukan perbuatan ini tidaklah menjauh dari semua perbuatan keji. Ia berada dalam keadaan lebih teruk...  Kerana ia tidak akan setubuhi binatang kecuali tidak sanggup setubuhi binatang, berzina, gay, atau ia dalam keadaan yang sedang mengigau.. sehingga tidaklah ia menemui satu perbuatan keji, kecuali melakukannya.

Menyetubuhi Binatang

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

لِلْفُقَهَاءِ فِيْهِ ثَلاثَةُ‏‎ ‎أَقْوَالٍ :
* أَحَدُهَا : يُؤَدَّبُ وَلا حَدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ.
* وَالثَّانِيْ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎الزَّانِيْ.
* وَالثَّالِثُ : حُكْمُهُ حُكْمُ‏‎ ‎اللُوْطِيِّ.

Di kalangan ahli fiqih ada tiga pendapat:
  • Pertama, ia dididik dan tidak dihukum. 
  • Kedua, hukumannya sama seperti berzina. 
  • Ketiga, hukumannya sama seperti gay.
وَالَّذِيْنَ قَالُوْا بِْقَتْلِهِ‏‎ ‎احْتَجُّوْا بِحَدِيْثِ ابْنِ‏‎ ‎عَبَّاسٍ الَّذِيْ رَوَاهُ أَبُوْ‏‎ ‎دَاوُدَ عَنِ النِّبِيِّ : » مَنْ‏‎ ‎أَتَى بَهِيمَةً فَاقْتُلُوهُ‏‎ ‎وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ «، قَالُوْا‎ ‎لأَنَّهُ وَطْءٌ لا يُبَاحُ بِحَالٍ‏‎ ‎فَكَانَ فِيْهِ الْقَتْلُ كَحَدِّ‏‎ ‎الْلُوْطِيِّ، وَمَنْ لَمْ يَرُدَّ‏‎ ‎عَلَيْهِ حَدًّا قَالُوْا : “لَمْ‏‎ ‎يَصِحْ فِيْهِ الْحَدِيْثُ، وَلَوْ‏‎ ‎صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ وَلَمْ‏‎ ‎يَحِلَّ لَنَا مُخَالَفَتُهُ ”
  • “Adapun mereka yang berpendapat agar dibunuh, berdalil dengan hadits Ibnu Abbas RA yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Nabi SAW
” مَنْ أَتَى بَهِيمَةً‏‎ ‎فَاقْتُلُوهُ وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ“‏

  • “Siapa saja yang mendatangi binatang maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya bersamanya.“ [3]
Mereka berpendapat kerana perbuatan ini tidak dibolehkan dalam keadaan bagaimanapun maka dia dibunuh sebagaimana hukuman bagi pelaku gay. 

Adapun kelompok yang berpendapat tidak adanya hukuman, mereka berkata,

” لَمْ يَصِحَّ الْحَدِيْثُ،‏‎ ‎وَلَوْ صَحَّ لَقُلْنَا بِهِ‏‎ ‎وَلَمْ يَحِلَّ لَنَا
مُخَالَفَتُهُ “


  • “Hadits (di atas) tidak shahih, jika hadits ini shahih sungguh kami akan berpendapat dengannya dan tidak halal bagi kami untuk menyelisihinya.” [4]
Al-Imam Al-Auza’i Rahimahullah berpendapat ada hukuman bagi pelakunya dan yang selainnya berpendapat agar dita’zir. [5]. Al-Imam Asy-Syaukani Rahimahullah memberikan catatan terhadap hadits Ibnu Abbas RA, beliau berkata, 
  • “Dalam hadits itu terdapat dalil agar binatang itu dibunuh.  Alasannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud Rahimahullah dan Al-Imam An-Nasai Rahimahullah, dikatakan kepada Ibnu Abbas RA
” مَا شَأْنُ الْبَهِيمَةِ ؟ ”
  • “Bagaimana dengan binatangnya?”
Beliau RA menjawab:

مَا أَرَاهُ قَالَ ذَلِكَ‏‎ ‎إِلاَّ أَنَّهُ يُكْرَهُ أَنْ‏‎ ‎يُؤْكَلَ لَحْمُهَا وَقَدْ‏‎ ‎عُمِلَ بِهَا ذَلِكَ الْعَمَلُ “

“Aku tidak tahu kalau Rasulullah SAW berkata seperti itu (yakni dibunuh). Hanya saja dagingnya makruh untuk dimakan kerana haiwan tersebut telah disetubuhi.”

Adapun alasan pendapat untuk haiwan yang disetubuhi ini telah berlalu begini dan begitu … -sampai ucapan beliau: disebutkan dalam Al-Bahr bahawa binatang tersebut disembelih, walaupun dagingnya tidak dimakan agar tidak terlahir keturunan yang jelek ...  
  • sebagaimana diriwayatkan bahawa ada seorang penggembala yang menyetubuhi haiwan, lalu haiwan itu melahirkan keturunan yang jelek.” [6] 
Selesai ucapan Ibnul Qayyim.

Yang nampak dari perkataan Ibnul Qayyim Rahimahullah bahawasanya beliau menguatkan pendapat agar orang yang menyetubuhi binatang dibunuh.
Hal tersebut dimaksudkan dalam kitabnya Al-Jawaab Al-Kaafi, hlm.
128.

SUMBER : Buku SEKS BEBAS UNDERCOVER (Halaman 84-87), Penulis Asy-Syaikh Jamal Bin Abdurrahman Ismail dan dr. Ahmad Nida, Penerjemah Syuhada abu Syakir Al-Iskandar As-Salafi, Penerbit: Toobagus Publishing, Bandung. Lihat http://kaahil.wordpress.com/2009/07/22/hukum-zoophilia-menyetubuhi-binatang/
____________________
[1] Hadits ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim, ia berkata, “Sanadnya shahih.”
[2] Al-Jawaab Al-Kaafii, hlm. 201.
[3] Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (2420), Abu Dawud (4464), At-Tirmidzi (1454), Al-Hakim (4/355) dan Al-Baihaqi (8/233-234) dari Ibnu Abbas dan sanadnya hasan. Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2565) dari Ibnu Abbas juga dengan lafal: “Siapa saja yang menyetubuhi mahramnya, maka bunuhlah ia, dan siapa saja yang menyetubuhi binatang, maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya”, di dalam sanadnya ada kelemahan, tetapi sanad hadits ini lebih shahih, lihat Zaadul Ma’aad, Jilid 5, hlm. 41 yang ditahqiq oleh Al-Arnauth.
[4] Al-Jawaab Al-Kaafii.
[5] Ahkaamul Qur’aan karya Al-Jashshaash, Jilid 5, hlm. 105.
[6] Fiqhus Sunnah, Jilid 2, hlm. 370.

(IH)

Lihat sebelum ini.. 

6 Bulan Cubaan Cipta Helikopter Sendiri, Hanya RM20,000..


Luo Jinsha rela menghabiskan uangnya hingga 76,3 juta rupiah demi mewujudkan mimpinya agar bisa terbang. © REUTERS / Aly Song Luo Jinsha memeriksa keadaan enjin helikopter buatannya sendiri sebelum diuji cuba di pinggiran Shanghai, China, Rabu (26/2). Untuk memasang Helikopter tersebut, lelaki berusia 28 tahun itu menghabiskan waktunya selama lapan bulan.

JOM KREATIF
Ingin boleh terbang, lelaki China ini ciptakan helikopter sendiri. Luo Jinsha rela menghabiskan wang hingga kira-kira RM20,000 demi merealisasikan impiannya agar boleh terbang. 

Luo Jinsha rela menghabiskan uangnya hingga 76,3 juta rupiah demi mewujudkan mimpinya agar bisa terbang. © REUTERS / Aly Song Luo Jinsha memeriksa keadaan enjin helikopter buatannya sendiri sebelum diuji cuba di pinggiran Shanghai, China, Rabu (26/2). Untuk memasang Helikopter tersebut, lelaki berusia 28 tahun itu menghabiskan waktunya selama lapan bulan.   

Luo Jinsha rela menghabiskan uangnya hingga 76,3 juta rupiah demi mewujudkan mimpinya agar bisa terbang. © REUTERS / Aly Song Luo Jinsha dibantu rakannya ketika memasang baling-baling helikopter buatannya sendiri
Luo Jinsha rela menghabiskan uangnya hingga 76,3 juta rupiah demi mewujudkan mimpinya agar bisa terbang. ©REUTERS/Aly Song Sejumlah warga melihat keadaan helikopter buatan Luo Jinsha yang akan diuji cuba. Percubaan kali ini merupakan yang kedua.    
Luo Jinsha rela menghabiskan uangnya hingga 76,3 juta rupiah demi mewujudkan mimpinya agar bisa terbang.© REUTERS / Aly Song
Luo Jinsha memandu helikopter di jalan raya semasa melakukan uji cuba. Saat melakukan uji coba, Luo sempat mendapat teguran oleh pihak polis kerana dirinya tidak mempunyai surat izin mengemudi (SIM) dan kelulusan dari jabatan pentadbiran penerbanga
n.


Luo Jinsha rela menghabiskan uangnya hingga 76,3 juta rupiah demi mewujudkan mimpinya agar bisa terbang. ©REUTERS/Aly Song.Saat uji coba kedua, helikopter buatan Luo Jinsha yang mampu bergerak cepat di tanah ini tetapi gagal ke udara.

Luo Jinsha rela menghabiskan uangnya hingga 76,3 juta rupiah demi mewujudkan mimpinya agar bisa terbang. © REUTERS / Aly Song
Meski kembali gagal, Luo berjanji untuk meningkatkan kemampuan helikopter hingga benar-benar boleh terbang
  (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Awas, Kodok Melintas Jalan..













  



















 AGENSI PAPAN tanda mengingatkan pemandu berhati-hati melalui jalan berkenaan. 

 AGENSI KODOK di Sleaford menyeberang jalan untuk mengawan pada waktu malam 


Jalan ditutup untuk kodok melintas
LINCOLNSHIRE, England - Sebatang jalan di bandar ini akan ditutup selama sebulan bagi membolehkan kodok melintas untuk tujuan pembiakan. Jalan berdekatan Sleaford di sini akan ditutup kepada semua kenderaan supaya spesies amfibia tersebut boleh melintas dengan selamat.

Beberapa sukarelawan turut diperlukan untuk membantu haiwan kecil ini melintas jalan.
Penyelaras operasi katak tersebut, Fiona Cousland berkata, pada tahun lepas kira-kira 40 pasang kodok jantan dan betina mati ditemui mati akibat digilis kenderaan pada setiap hari.

"Saya mencari sukarelawan untuk membantu kodok-kodok ini melintas dari hutan berdekatan untuk membiak," kata wanita itu.
"Pada tahun lalu, beribu-ribu ekor kodok mati digilis di jalan ini," tambahnya.
Kodok-kodok menyeberangi jalan berkenaan pada waktu malam sekali gus menyebabkan haiwan itu sukar dilihat oleh pemandu terutamanya ketika hujan. - Agensi

Penduduk M'sia 30,001,710 Orang, Jam 5 Petang Semalam.


KL - Jumlah penduduk di Malaysia kini mencatatkan rekod baharu apabila mencecah angka 30 juta orang kelmarin.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan (gambar) berkata, sehingga pukul 5 petang semalam, jumlah rakyat Malaysia telah mencecah angka 30,001,710 orang berbanding 29,999,530 pada Rabu lalu.

Menurutnya, jumlah rakyat Malaysia kini telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 1963 iaitu hanya 6.3 juta orang.

"Jumlah tersebut berdasarkan kajian dan perangkaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut jangkaan kadar kelahiran seorang pada setiap minit. (Kosmo)

Penganut Hindu Perlu Segera Peluk Islam.. -Prof Waid Barkash


New Delhi , India. Seorang profesor English Masjid Alahabad Universiti India, dalam Procon buku terakhirnya berjudul "KALKY AUTAR " (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru diterbitkan memuatkan Sebuah Pengisytiharan yang sangat mengejutkan kalangan Intelek Hindu.
 
Profesor itu secara secara terbuka dan dengan 'Alasan - Alasan Saintifik' , menyeru para penganut Hindu untuk segera memeluk Agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah Saw, kerana menurutnya , sebenarnya Muhammad Rasulullah SAW udah sosok dinanti - nantikan.. Yang sebagai sosok pembaharu spiritual.

Prof Waid Barkash (Penulis buku ) yang masih berstatus Pendeta Besar Kaum Brahmana mengatakan bahawa ia telah menyerahkan results kajiannya 'Penyengat Lapan Pendeta Kaum Besar Hindu dan Acha' semuanya menyetujui percepatan dan ajakan yang telah didakwa di dalam buku . Semua Kriteria yang disebutkan dalam buku suci Kaum Hindu ( Wedha ) tentang ciri - ciri " KALKY AUTAR " Sama persis dengan ciri - ciri yang dimiliki Oleh Rasulullah SAW .

Mengedepankan ajaran Hindu disebutkan untuk masalah ciri KALKY AUTAR.  
di antaranya ialah,
  • bahawa Dia akan dilahirkan di Jazirah , 
  • bapaknya bernama SYANUYIHKAT 
  • dan ibunya bernama SUMANEB .  
Dalam bahasa Sanskrit kata SYANUYIHKAT udah paduan doa kata yaitu SYANU Artinya ALLAH Sedangkan YAHKAT Artinya anak laki ATAU Hamba Yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN. Dengan demikian kata SYANUYIHKAT Artinya " ABDULLAH ".  

Demikian juga kata SUMANEB Yang dalam bahasa Sanskrit Artinya Amana atau AMAAN yang penterjemahan bahasa Arabnya "Aminah ". Sementara all orang tahu bahawa Nama bapak Rasulullah SAW udah ABDULLAH dan Nama ibunya Minah.

Mengedepankan kitab Wedha juga disebutkan bahawa Siak akan mengirim Utusan -Nya kedalam sebiuah Bahru untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung) . Cerita yang disebut dalam kitab Wedha Jogja mengingatkan akan Kejadian di Gua Hira jam Rasulullah didatangi Malaikat Jibril untuk mengajar kepadanya wahyu tentang Islam.

Bukti yang berbaring dikemukakan Prof Barkash bahwa kitab Wedha juga menceritakan bahawa Siak akan memberi kepada Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat pantas, yang membawa Kalky Autar mengelilingi Tujuh Lapis Langit . Ini di merupakan isyarat langsung mulai Kejadian Isra ' Mi'raj dimana Rasullah mengendarai Buroq.

Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak penganut Hindu Masuk Islam ...
Dikutip dari buletin Aktualita Dunia Islam no 58/II Pekan III/februari 1998 (IH)

Sultan Disaran Sertai Solat Istisqa’. Ibnu Hasyim Sokong Subky.

 

KUALA LUMPUR: Sultan sebagai ketua agama negeri disaran turut sama bersolat Istisqa’ (solat minta hujan) sebagai ikhtiar memohon ke hadrat Allah SWT semoga diturunkan hujan sekaligus mengakhiri musim kemarau dan panas yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sekarang.

Saranan itu dibuat penulis veteran yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Subky Latif (gambar) di laman Facebook beliau.

Subky turut menyarankan alim ulama di negeri-negeri beraja supaya memohon perkenan Sultan agar turut bersama rakyat dalam solat Istisqa’.

Beliau memberikan contoh yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz apabila seorang Arab Badwi yang terkejut dengan hasil tanamannya yang berlipat kali ganda yakin bahawa kemakmuran yang dianugerahi Allah SWT itu disebabkan oleh khalifah baru yang bersifat adil.

“Seorang Badwi dapati hasil tanamannya bertambah. Katanya mesti khalifah baru yang memerintah. Dia sangka saja. Rupanya betul, yang memerintah Umar Abdul Aziz. Badwi itu tidak tahu. Bila khalifah peduli, makmurlah negeri,” ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, solat Istisqa’ akan diadakan di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah esok bermula jam 9.30 pagi.

Solat Istisqa’ juga akan diadakan pada pagi yang sama di dataran Stadium MPS berhadapan Restoran Tu Dia Pak Tam, Bandar Baru Selayang dan Padang Komuniti Kampung  Sungai Kantan, Kajang.

Pada Ahad, 2 Mac, solat Istisqa’ akan diadakan di tempat letak kereta Central Puteri Park (PCP), Bandar Tasik Puteri, Rawang bermula jam 8.00 pagi. Khutbah akan disampaikan Imam Madrasah As-Siddiqin,  Ustaz Mohamad Zuhdi Mat Piah. (HD)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ibnu Hasyim (gambar), sebagai editor weblog ini, sokong saranan Subky Latif supaya Sultan sertai solat Istisqa' atau solat minta hujan. Ianya sebagai ikhtiar memohon ke hadrat Allah SWT semoga diturunkan hujan sekaligus mengakhiri musim kemarau dan panas yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sekarang.  Insya Allah!

Friday, February 28, 2014

Malam Ini, Rahsia Terbuka Khalid & Azmin Terbongkar..



Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR?

Nampaknya retakan dalam PKR semakin meluaskan ekoran spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.

Menurut sumber, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha Politiknya,  Azman Abidin berkata Tan Sri Khalid akan tawarkan diri bertanding timbalan presiden.

Jemputan rasmi yang bertemakan "Majlis Kasih Bertaut",  tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Bagaimanapun, terdapat satu "jemputan tidak rasmi" yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mendedahkan beliau bersedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

Ia merupakan rahsia terbuka bahawa Khalid dan Azmin, yang dianggap sebagai 'anak emas' Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa bertelagah.

Dalam temubual dengan Malaysiakini selepas beliau mengumumkan pencalonan Anwar untuk pilihan raya kecil Kajang, Khalid mengatakan beliau akan memperuntukkan lebih banyak masa untuk "politiking". (MK)

Ini Musuh Sebenar Anwar Di Kajang, Bukan BN.. -Kit Siang

Lim turut mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar. – Gambar fail. 
Lim turut mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar. – Gambar fail. 

Musuh sebenar Anwar di Kajang dari PKR, Pakatan bukan BN, kata Kit Siang

Musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang (gambar).

Penasihat DAP itu menegaskan perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir PR itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan Anwar.

"Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan.
"Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ketua Parlimen DAP itu dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur.

"Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kekalahan sebenar kita adalah tindakan yang kita lakukan," katanya.

Kit Siang menegaskan, PRK Kajang juga bukan semata-mata demi masa depan politik Anwar, tetapi PR, tiga juta rakyat Selangor dan 30 juta rakyat Malaysia.

"Marilah kita hadapi realiti sukar bahawa kekalahan di Kajang dengan mencapai kemenangan bersejarah tidak boleh diterima," katanya.

Lim turut mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.
"Ketepikan perbezaan kita, dan pastikan kita tidak melepaskan peluang sekali  seumur hidup ini untuk anak-anak kita untuk memastikan perubahan di Putrajaya," katanya.

Barisan Nasional (BN) meletakkan calon mereka dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk menentang Anwar.
Manakala bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan hasrat menentang Anwar di Kajang bagi mengelak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor.
Sejak pengumuman Anwar untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan kerusi bekenaan, beliau dikhabarkan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Malah, dalam ceramah-ceramah penerangan anjuran PKR di Kajang sejak beberapa minggu lalu, kedengaran pemimpin daripada sayap Pemuda PKR menyokong Anwar jika beliau dipilih sebagai menteri besar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Kajang. Manakala tarikh pengundian ditetapkan pada 23 Mac depan. – 28 Februari, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Laporan seperti ini 'Malah, dalam ceramah-ceramah penerangan anjuran PKR di Kajang sejak beberapa minggu lalu, kedengaran pemimpin daripada sayap Pemuda PKR menyokong Anwar jika beliau dipilih sebagai menteri besar.' juga membuktikan ada musuh dalam selimut PKR? Apakah ini musuh dalam selimut PKR, menurut Lim Kit Siang?

Pakatan Anwar-Najib, Jalan Singkat Menuju Putrajaya?



Kadir yakin pakatan Najib dan Anwar akan menggembirakan semua pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2014.

Kadir Jasin: Najib dan Anwar patut berpakat menentang Dr Mahathir dan Daim

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh melawan pengkritiknya jika beliau berpakat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Bhd itu, sekiranya kedua-dua pemimpin tersebut berpakat, kesudahannya pasti menguntungkan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib dan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Anwar.

"Kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin terhadap Najib boleh diketepikan sekiranya Najib berpakat dengan Anwar.

"Najib dan kumpulannya boleh bergantung kepada Anwar untuk berlawan dengan Dr Mahathir dan Daim," kata Kadir dalam tulisan di blognya The Scribe hari ini.

Pakatan Najib dengan Anwar mampu menguatkan lagi kedudukannya, serta menghapuskan PR dan pengkritiknya yang paling lantang.

"Anwar boleh menikmati keistimewaan dan juga dilindungi, sekiranya beliau menjadi ahli kerajaan. Semua orang akan bahagia" katanya.

Sebelum ini, Daim pernah mengkritik Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh dalam menguatkuasakan undang-undang negara. Beliau turut mengatakan bahawa ahli Kabinet yang dilantik datang daripada mereka yang cetek pengetahuan dan tidak mempunyai semangat patriotisme.
Daim juga turut mengkritik Anwar dan menggelar pemimpin pembangkang tersebut sebagai gila publisiti dan sukakan perhatian, selain tidak mampu menyelesaikan masalah.

Menurut Kadir, selain menentang Daim, Anwar juga boleh menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hasil pakatan dengan Najib.

"Anwar mempunyai kebolehan menjauhkan Selangor daripada PR sekiranya beliau berasa hampir kalah. Sekiranya beliau berpakat dengan Najib, beliau boleh mengeluarkan Khalid," katanya.

Spekulasi timbul bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti. PRK Kajang diadakan selepas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut, Lee Chin Cheh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding disana.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 23 Mac untuk hari PRK dan 11 Mac sebagai hari penamaan calon. – 28 Februari, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Analisis Kadir Jasin orang lama pesurat khabaran, seolah-olah sudah tahu jantan-betinanya terhadap kilasan ikan di air.  Kata-katanya..
  • "Najib dan kumpulannya boleh bergantung kepada Anwar untuk berlawan dengan Dr Mahathir dan Daim"
  • Pakatan Najib dengan Anwar mampu menguatkan lagi kedudukannya, serta menghapuskan PR dan pengkritiknya yang paling lantang. "Anwar boleh menikmati keistimewaan dan juga dilindungi, sekiranya beliau menjadi ahli kerajaan..." 
  • "Anwar mempunyai kebolehan menjauhkan Selangor daripada PR sekiranya beliau berasa hampir kalah. Sekiranya beliau berpakat dengan Najib, beliau boleh mengeluarkan Khalid.."
Mungkin bagi Anwar,
  • memandangkan umurnya yang agak terlambat bagi memimpin dan menawan Putrjaya atau memerintah Malaysia,
  • kekuatan PKR makin menurun, contohnya di Selangor dari majoriti kerusi DUN dalam PR (PRU12) kepada minoriti (PRU 13),
  • kepimpinan PKR makin tercabar, sehingga Anwar terpaksa bertanding Presiden seperti kenyataannya baru-baru ini,
.... Maka Anwar perlu memulih jalan singkat ke Putrajaya, walaupun terpaksa tidak bersama PR lagi atau kalau mampu mengheretnya bersama-sama.

Justeru kini, langkah awal Anwar perlu terlebih dulu bertindak menggantikan Khalid sebagai MB dengan segera.

Itu cuma andaian..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

Ini, Kelemahan Anwar Ibrahim.. -Datuk Saifuddin Nasution Ismail



Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".

"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

"Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga "lemah" kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

"Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

"Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

"Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim," katanya lagi.

Dalam wawancara yang disiarkan KiniBiz semalam, Daim yang juga merupakan tokoh korporat berjaya menyifatkan Anwar sebagai "lemah" kerana tidak mempunyai sebarang pencapaian sewaktu berada di dalam kerajaan.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan kepimpinan di peringkat nasional. (MK)

Chef Ini Memasak Di TV Tanpa Pakaian




Flora Cheung memang bukan chef profesional . Tetapi wanita dikatakan cantik yang awalnya kerjaya sebagai model ini justru mengasuh acara memasak di salah satu stesen televisyen di Hong Kong .  

Penonton setianya adalah lelaki . Apa yang membuat menunjukkan beliau menarik ? Ternyata kerana chef memasak dengan telanjang .   Cheung hanya mengenakan selembar celemek telus saat menyiapkan hidangan dalam acara yang ditujukan untuk penonton usia dewasa tersebut. 

Acara memasak yang dibawakan Flora Cheung merupakan ciptaan dari Jesse Au , produser Hong Kong untuk channel Ice and Fire . Setiap episod yang berdurasi tiga puluh minit bermula dengan Cheung menyediakan bahan - bahan masakan .   Dia membeli-belah di pasar atau kedai tempatan, selepas itu memperagakan langkah - langkah dalam menyiapkan menu makanan dengan berbekal keseksiannya . Kepada South China Morning Post Cheung berkata, 

"Kebanyakan lelaki tidak suka memasak . Tetapi aku ingin membuat mereka tertarik untuk melakukannya . " 

Acara memasak dalam bahasa Kantonis tersebut sempat ditayangkan di NOW TV , Hong Kong Broadband Network , dan TVB Pay Vision .
(IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)



IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)

Asri 0125445084 (Jitra) 

Norriehan
0175278832 (Alor Star),
P.Pinang

CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan
0132132967 (Temerloh)
Melaka 

Rahmat 0147266599 (Jasin)
 
Johor 

Syed 0176778774 (JB)
 

Lihat artikel

Kumpulan Lelaki Bersenjata Pro-Rusia Tawan Parlimen Crimea

ORANG ramai duduk di atas sebuah kereta perisai di hadapan Parlimen Ukraine dalam satu perhimpunan di Kiev semalam.

SIMFEROPOL - Berpuluh-puluh lelaki bersenjata pro-Rusia menawan ibu pejabat dan Parlimen wilayah Semenanjung Crimea di Ukraine semalam dan mengibarkan bendera Rusia.

Seorang koresponden agensi berita Reuters di ibu negeri Crimea, di sini memberitahu, pintu masuk bangunan Parlimen itu dihalang dari dalam menggunakan beberapa buah meja dan kerusi.

Bangunan berkenaan kini dikepung oleh lebih 100 anggota polis.

Kumpulan bersenjata itu belum membuat sebarang tuntutan setakat ini manakala pihak berkuasa juga tidak pasti sama ada terdapat tebusan dalam kejadian itu. Tiada sesiapa yang dapat masuk ke dalam bangunan tersebut.

Agensi berita Interfax memetik seorang saksi melaporkan terdapat kira-kira 60 orang di dalam bangunan berkenaan dengan mereka memiliki banyak senjata api.

"Tiada sesiapa cedera apabila bangunan itu dirampas pada awal pagi semalam," kata sumber.
Crimea merupakan satu-satunya wilayah di Ukraine yang dihuni oleh majoriti etnik Rusia sekali gus kubu kuat terakhir penyokong Presiden Viktor Yanukovich yang ditumbangkan pada Sabtu lalu.

Sehingga kini, barisan kepimpinan baharu Ukraine bimbang berhubung tanda-tanda pemisahan di Crimea. Stesen televisyen tempatan melaporkan rampasan bangunan itu disahkan oleh pemangku menteri dalam negeri Ukraine. Yanukovich ditumbangkan selepas tunjuk perasaan selama tiga bulan di ibu negara berkenaan, Kiev.

Beliau kini diburu oleh pemerintah baharu berhubung kematian kira-kira 100 orang dalam protes tersebut. Ukraine memperoleh kemerdekaan selepas kejatuhan negara Kesatuan Soviet pada tahun 1991.
Sementara itu seorang pegawai Rusia dipetik sebagai berkata, Moscow telah meluluskan permohonan Yanukovych untuk mencari suaka di Rusia. Yanukovych yang melarikan diri dari ibu kota Ukraine, Kiev pada minggu lalu memberitahu media Rusia bahawa beliau masih menganggap dirinya sebagai Presiden Ukraine yang sah. - Agensi

Innocence of Muslims: Cabut Filem Ini Dari YouTube!


Google diminta cabut film Innocence of Muslims dari YouTube
The Innocence of Muslims. youtube.com

HALAMAN HIBURAN
Sebuah mahkamah rayuan Amerika Syarikat semalam memerintahkan Google Inc untuk menarik filem anti - Islam ' Innocence of Muslim ' , yang telah mencetuskan protes di seluruh negara muslim dari laman berkongsi video YouTube .

Dari perolehan suara 2 berbanding 1 , sebuah panel 9 Mahkamah Rayuan Amerika semalam menolak kenyataan Google bahawa pengeluaran filem ' Innocence of Muslim ' sama saja melangar kebebasan berpendapat dalam Perlembagaan Amerika , seperti yang dilaporkan oleh laman asiaone.com , Khamis ( 27 / 2 ) .


Plaintif , Cindy Lee Garcia , telah keberatan atas filem itu setelah mengetahui bahawa di filem tersebut ada sebuah rakaman dia buat untuk filem lain , yang sebahagian filemnya telah disulihsuarakan di mana ada adegan dia bertanya , 'Apakah Nabi Muhammad seorang pedofilia ? ' .


Perwakilan untuk Google tidak boleh dihubungi untuk dimintai komentar .Cris Armenta , seorang peguam untuk Garcia , berkata kliennnya senang dengan keputusan itu ." Meminta YouTube dan Google untuk mencabut filem itu adalah perkara tepat untuk dilakukan , " kata Armenta dalam satu kenyataan di surat elektronik .  

" Filem propaganda itu sangat jauh berbeza dari apa yang Garcia pernah bayangkan ketika pengarah memberitahu dia bahawa dirinya sedang berperanan dalam filem pengembaraan . " 
Dalam filem kontroversi itu Nabi Muhammad digambarkan sebagai orang bodoh dan pelaku gangguan seksual . Filem ini langsung mencetuskan rusuhan anti - Amerika di kalangan umat Islam di Mesir , Libya dan negara - negara lain pada 2012 .

Kemunculan filem itu juga bertepatan dengan serangan pada kemudahan diplomatik Amerika di Bandar Benghazi , Libya , yang menyebabkan empat warga negeri superpower itu tewas , termasuk duta besarnya untuk Libya . Amerika dan kedutaan asing lain juga diserbu di negara - negara di kawasan Timur Tengah , Asia dan Afrika .


Bagi kaum muslim , penggambaran dari setiap nabi dianggap sebagai pencabulan .



Google telah menolak untuk mencabut filem itu dari YouTube , walaupun mendapat tekanan dari Rumah Putih dan lain , dan telah disekat di Mesir , Libya dan negara - negara tertentu .


Garcia mendakwa bahawa prestasi beliau dalam filem itu mengandungi hak cipta dan kerana itu dia akan mempertahankan untuk mendapat keuntungan dari hak cipta itu . Namun mahkamah menolak permintaannya bahawa Google harus menghapuskan filem itu dari YouTube .


Tetapi dalam keputusan semalam , Hakim Ketua Mahkamah Rayuan , Alex Kozinski , mengatakan Garcia berhak mempertahankan tuntutan hak ciptanya kerana hidupnya mendapat ancaman serius akibat filem itu .


Kozinski menyebut kes ini termasuk jarang dan rumit , mengingat bagaimana Garcia telah ditipu . " Ini mengecewakan , walaupun tidak terlalu mengejutkan , bahawa Garcia perlu menuntut untuk melindungi dirinya dan haknya , " ujar dia .[IH/ fas ]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails