Saturday, October 01, 2011

PAS/UMNO: Rundingan Terbuka Kiranya.... -N/Aziz


KEPALA BATAS, 1 Ok 11: Pintu rundingan akan terbuka sekiranya pemimpin Umno berubah dan berpegang kepada ajaran Islam. Kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas sama ada PAS bersedia berdamai dengan Umno pada masa depan.

“Kami sudah berdamai dengan Umno, kami masuk Barisan Nasional (BN) pada 1973, saya antara orang yang menyokong di Kelantan sampai PAS di Kelantan berpecah empat... hancur PAS Kelantan.

“Saya antara orang yang sokong tapi bila masuk dia tentang kami bila rasa gagah, inilah perangai Umno yang tiada asas kepada agama, agama ajar kita mesti bersyukur nikmat Allah... bukan senang gerakan Islam nak masuk gerakan nasionalis tapi Umno tak tahu jasa, sekarang dia ajak kami,” katanya.

Namun Nik Aziz masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13. Jelas Nik Aziz, hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

“Saya berdoa begitulah sebab hudud bukannya ideologi... hudud, sembahyang, puasa dan zakat sebagaimana yang lain wajib, ia (hudud) juga wajib.

“Malaysia ada hukum gantung, bawa dadah mandotori, bawa senjata api hukum gantung mati... hudud tak mati, kenapa hukum gantung boleh terima... orang boleh jadi perdana menteri walau tangan kudung, bukan senang nak jatuhkan hukuman, ada syarat, ada prosedur, pelik sungguh Malaysia ini, gantung boleh terima,” katanya pada sidang media sempena Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium di sini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada masih berharap hukum hudud yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13. (Sumber The Malaysian Insider)

Sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Kisah Wak Leman Pemegang Sijil Ahli PAS 1953.

CATATAN SANTAI
LAMA, ku merenung sijil ini. Sijil 'asli' menjadi ahli PAS yang dikeluarkan pada tahun 1953. Sijil kepunyaan Mudim 'Wak Leman', nama yang sudah sinonim dengan masyarakat Sungai Burung, Tanjong Karang, berkhidmat sebagai mudim kampung..

Di sijil ini tertera nama pemegang yang menjadi ahlinya ialah lelaki berumur 86 tahun atas nama Sulaiman bin Hj Zain. Sijil bernombor 2328, yang lebih senang dipanggil Wak Leman.

"Sebenarnya saya dilahirkan pada 1926, tetapi dalam kad pengenalan tertera 1931... maklum masalah IC dulu.. Jadi unur saya yang betul ialah 86 tahun." kata Wak Leman semasa saya dan Encik Zul ke rumahnya dulu semalam.

Ini sijilnya..
"Saya menjadi ahli PAS pada masa Dr Abbas Alias menjadi Yang Di Pertia Agung (YDP)nya." Katanya. Dr Abbas adalah YDP (sekarang Presiden) PAS ke 2, selepas pengasasnya Hi Ahmad Fuad Hasan melepaskan jawatan. Lepas itu Dr Burhanuddin YDP ke 3, seterusnya Dr Asri Hj Muda, Hj Yusuf Rawa, Fadzil Mohd Noor dan Presiden sekarang Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Ku renung-renung lagi sijil itu, lambang PAS ialah lambang bulan bintang. Bulan sabit atas tamduknya terdapat bintang lima penjuru. "Sebelum bulan bintang, lambang mula-mula cap tangan." kata Wak Leman lagi. Sekarang tinggal bulan sahaja, kerana ayah si Najib PM kita yang melarangnya, konon boleh mengelirukan tanggapan orang Islam.

Sebelum itu lambang sebuah kesatuan politik Melayu kiri zaman penjajah ialah lambang tangan gemggam penumbuk.
Gambar Wak Leman bersama isterinya.
Wak Leman bersama En Zul yang membawa saya ke rumahnya.

Wak Leman bersama kelengkapan 'mudim' tradisional profesyennya. Pisau kecil bersejarah warisan dari ayahnya lebih 110 tahun, masih sedang digunakan.
Ini, motosikal jenis lama 'HONDA 50' milik kesayangaqn

Ku renung-renung lagi, sijil tu, rupanya asal nama PAS ialah dari tulisan jawi, 'fa alif sim' ertinya Persatuan Islam Se Malaya ditubuhkan pada 23 Ogos 1951, tertera di sijil itu. Teringat saya semasa tahun 1993 saya ada menulis buku 'PAS 1950-2000, Mampukah Mentadbir Malaysia?", saya merujuk kepada Ustaz Fadzil Presiden PAS ke 6, mengenai tarikh tubuhnya PAS. Beliau memberi tarikh itu.

Sedangkan Allahyarham Ustaz Baharudin Latif abang kepada Subky Latif mengatakan pada 23 atau 24 Sept 1951. Beliau memberitahu saya, beliau sendiri hadir majlis penubuhan itu, dan buktinya masih tercatat dalam diarinya yang beliau simpan sampai sekarang (waktu itu).

Begitulah kira-kira perbualan kami hari itu. Perbualan akan disambung lagi pada jam 3.00 petang hari ini di atas pentas yang boleh ditontoni orang ramai, dalam majlis dalam 'Warga Muda 40an' Karnibal Selangorku, Tanjong karang hari ini. Semua, dijemput hadir.

Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang
En Zulkifli 017 634 8172
En Afif 017 619 8902

Akhirnya, lihat gambar di bawah Wak Leman sedang menghantar kami masa hendak meninggalkan rumahnya hari itu. As-salamu 'alaikum Wak? Jumpa lagi.

Sekian, Wallahu aklam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Tanjung Karang
1 Okt 11.

Juga sila lihat Karnival Selangorku di Tanjung Karang...

PAS Tidak Berubah Dg Dasar Islam -Abd Hadi


KEPALA BATAS, 1 Okt 11: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan terus memperjuangkan dasar Islam yang sempurna dan bukan yang dipotong-potong selain meneruskan semangat perjuangan tokoh terdahulu.

PAS menegaskan pendirian ini ketika ia bersiap sedia bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan berhadapan dengan isu kontroversi hukum hudud yang muncul semula.

Bercakap pada majlis perasmian Kongres Sambutan 60 tahun PAS di Dewan Millenium di sini, Hadi (gambar) menegaskan parti itu perlu meneruskan perjuangan Islam dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunah.

“PAS adalah sebuah parti Islam, parti politik Islam yang terawal ditubuhkan di Asia Tenggara sebagai kesinambungan dari kedatangan Islam yang sempurna dan bukan yang dipotong-potong atau dikerat... pendakwa yang membawa Islam ke nusantara bukan sahaja mengislamkan rakyat tetapi termasuk mengislamkan pemimpin, pemerintah dan ketua negara.

“Kemunculan PAS adalah tuntutan al-Quran dan as-Sunnah yang tidak mati dengan wafatnya Rasulullah, kita menyambung perjuangan Islam seperti yang dinyatakan Allah dalam al-Quran,” kata Presiden PAS.

Menurut beliau, PAS diwujudkan untuk mengembalikan kedaulatan Islam dan menyelamat umat Islam dalam dunia yang berideologi manusia.

“Kebangkitan PAS sebagai sebuah gerakan Islam adalah selaras dengan gerakan pembaharuan yang akan wujud sepanjang zaman yang mengatakan cahaya Islam tidak boleh dipadamkan, mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan hembusan mulut mereka seperti mereka padamkan cahaya pelita.

“Kelahiran PAS adalah hasil gerakan pembaharuan, PAS adalah rangkaian gerakan Islam... tujuan utama penubuhan PAS adalah mengembalikan kedaulatan Islam dan menyelamatkan manusia khusus pada zaman ini selepas kegagalan ideologi manusia termasuk bukan sahaja keruntuhan moral, keruntuhan nilai kemanusiaan dan sebagainya,” katanya.

Tegas Hadi, PAS akan tetap memperjuangkan dasar Islam dan tidak akan sesekali mengubah prinsip asas itu.

“PAS adalah parti yang bertunjangkan dengan tunjang yang teguh dan kuat, tidak tidak akan hanyut walaupun dijajah.

“PAS mempunyai acuan sendiri yang ditunjukkan Allah dan dianjar oleh nabi, kita perlu faham dan PAS mahu mengembalikan umat Islam berdemokrasi yang mengambil roh Islam,” katanya.

Hadi juga menambah, PAS merupakan sebuah parti yang terbuka walaupun terpaksa berdepan di atas padang yang tidak sama rata dengan Umno.

“Kita parti boleh menerima menang, boleh menerima kalah... ini sikap terbuka kita, ada kalangan yang bebal menuduh kita menyeleweng dari perjuangan, PAS telah menghadapi pelbagai cabaran ketika menyampai pegangan PAS bahawa Islam adalah pegangan hidup yang tidak diterima Umno.

“Umno tidak mudah menyerahkan kuasa, mereka anggap pemerintah bukan amanah tetapi adalah untuk kroni... rasuah, Umno telah mencalarkan wajah Islam kepada bukan Islam,” katanya.

Hadi menambah, dengan pengalaman dan cabaran yang dilalui PAS sejak ia ditubuhkan, ahli parti harus berpegang kuat dasar perjuangan dan jangan sesekali “menebuk” asas itu.

“Marilah kita menyambung perjuangan PAS yang diasaskan pada 1951, jangan kita tebuk asas ini. Marilah kita mengenang pemimpin terdahulu daripada kita kerana kita adalah penyambung perjuangan... mudah-mudahan kita dapat lakukan apa yang dinyatakan oleh Allah.

“Ada yang telah meninggalkan kita, ada yang menunggu giliran, namun tidak mengubah janji-janji mereka... kita juga jangan mengubah janji kita,” katanya. (IH)

Sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

M/Peguam Dicabar, Hudud Boleh Digubal -Aziz Bari


KL, 1 Okt 11: Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mendakwa Majlis Peguam ketinggalan kerana melihat pelaksanaan hukum hudud dalam kerangka lama dan terus menganggap ia sebagai “retorik politik” semata-mata.

Sebaliknya kata beliau, masih ada ruang untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan oleh kerana negara pernah meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung imuniti raja-raja, maka tak mustahil sistem itu boleh digubal dan diperkenalkan.

“Wacana hudud adalah perkembangan sihat yang membuka minda kita, termasuk pengamal undang-undang. Kali ini umpamanya kita cuba melihat pelaksanaan di peringkat negeri; dalam kerangka jenayah syariah. Bukan dalam kerangka undang-undang jenayah konvensional di peringkat nasional.

“Ini merangsang minda; Majlis Peguam masih ketinggalan kerana melihat pelaksanaan itu dalam kerangka lama. Sebab itu, mereka kata ini retorik politik,” kata beliau mengulas pendirian Majlis Peguam semalam.

Majlis Peguam menegaskan undang-undang hudud, yang kembali muncul sebagai isu kontroversi awal minggu lalu, tidak boleh dilaksanakan di negara ini buat masa sekarang ekoran kekangan peruntukan perundangan.

Presiden Majlis Peguam Lim Chhe Wee berkata, Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ini tidak menyediakan peruntukan bagi undang-undang hudud dikuatkuasakan oleh mana-mana negeri termasuk Kelantan.

“Majlis Peguam Malaysia menggesa agar kesemua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan berhenti daripada bercakap mengenai retorik pelaksanaan hukum hudud,” kata Lim dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata retorik mengenai pelaksanaan undang-undang itu, yang menjadi fokus polemik sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat. Malah semalam, Aziz (gambar) berkata, banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud. Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, adalah sesuatu janggal kerana Majlis Peguam tidak memberikan prinsip federalisme satu pertimbangan dalam kenyataannya berkaitan dengan isu hukum hudud.

“Prinsip (federalisme) adalah penting dalam membebaskan sistem (perundangan),” katanya lagi. Sehubungan itu kata beliau,

“apabila Perlembagaan membisu ataupun ada konflik seperti ini, maka undang-undang akan memberi laluan kepada negeri.” “Kedua-dua undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah telah dimasukkan dalam senarai negeri, oleh itu persoalan besar adalah berkaitan dengan Akta Mahkamah Syariah 1965, yang mengehadkan kuasa Mahkamah Syariah,” katanya lagi.

Kata Aziz, “sebagaimana saya katakan banyak kali ada negara di dunia yang menguatkuasakan sistem dan undang-undang yang pelbagai.” “Dalam kes hudud, adalah sangat jelas bahawa ia hanya untuk Muslim dan Mahkamah Syariah... Majlis Peguam sendiri telah banyak kali mengatakan bahawa ia hanya bagi Muslim,” kata beliau lagi.

Oleh itu kata beliau, apa yang diperkatakan sekarang bukan retorik tetapi satu usaha untuk membenarkan masyarakat Muslim hidup di bawah sistem perundangan mereka.

“Bagi bukan Islam, mereka tiada perundangan mereka sendiri seperti Muslim, jadi mereka boleh hidup di bawah undang-undang sivil negara ini,” katanya lagi.

Aziz juga berkata, mandat politik akan membolehkan sesuatu yang difikir sebagai mustahil untuk diperkenal dan dilaksanakan menjadi kenyataan dalam jangka panjang.

“Ingat (peristiwa) 1993? Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan imuniti raja-raja difikir mustahil untuk dilaksana. Apatah lagi apabila hendak mengadakan satu mahkamah untuk membicarakan mereka.

“Tetapi perkara yang dianggap sebagai mustahil berlaku meskipun raja-raja ada kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menghalangnya. Mereka melakukan di sebalik sentimen popular,” kata Aziz.

Oleh itu kata beliau, jika Kelantan boleh memperlihatkan kali ini ia pastinya akan berlaku memandangkan hudud hanya bagi Muslim dan “sesuatu yang tidak terhalang dengan jelas di bawah Perlembagaan.” (IH/The Malaysian Insider)

Sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Remaja Ini, Beromen Atas Motor Sedang Berjalan..


MELIHAT gambar di atas, pasangan remaja ini betul-betul sedang mabuk asmara, sampai-sampai mereka tak dapat dipisahkan. Melekap aje.

Orang Indo sebut, "Asik berduaan sambil pacarann .. hadeeehhh !! Kok bisa ya sempet-sempetnya di ojek pacaran!"

Agak-agak, pasangan ini sudah jadi suami isteri atau belum?" (IH)

Jangan Bantai Saja Artis, Perlu Dekati -Zed Zaidi


HALAMAN HIBURAN


KL 30 Sept11:
Pelakon popular, Zed Zaidi (gambar bawah) mengalu-alukan langkah yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang menemui Ahmad Idham Ahmad Nadzri, bagi menyelesaikan kontroversi yang timbul berhubung filem terbaru arahan pengarah itu pada 26 September lalu.

Menurut beliau, dengan adanya pertemuan seperti itu, golongan artis akan lebih terbimbing dengan baik bagi membolehkan mereka menghasilkan filem-filem lebih bermutu pada masa akan datang.

"Pada saya, langkah yang diambil oleh golongan agama tidak kira sama ada dari PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain untuk mendekati artis sememangnya dialu-alukan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dengan adanya langkah seperti itu, katanya, ternyata golongan agama bukan sekadar hanya tahu 'membantai' golongan artis, tetapi turut sama berperanan menyelesaikan masalah yang berlaku berhubung pembikinan dan penerbitan sesebuah filem serta kehidupan golongan artis.

Pengarah Ahmad Idham baru-baru ini diselubungi masalah apabila filem terbaru arahannya, Hantu Bonceng mencetuskan kontroversi disebabkan beberapa adegan di dalamnya didapati menghina Islam.

Filem Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Ahmad Idham sendiri, Excellent Pictures Sdn Bhd ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Namun filem yang menghasilkan kutipan tiket melebihi RM8 juta itu dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”.

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan.

20 September lalu, Dewan Pemuda PAS melanjutkan lagi tegurannya kepada pihak penerbit, pengarah dan pelakon filem itu agar menyedari kesalahan tersebut dan mendesak agar penayangan filem itu dihentikan dan jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti dipotong untuk tayangan berikutnya.

Bagaimanapun, teguran itu tidak dipedulikan oleh Ahmad Idham, malah beliau dilaporkan menjawabnya dengan nada dan ayat-ayat yang tidak sewajarnya.

Tindakan beliau memaksa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan khas dengan pengarah tersebut bagi menjelaskan maksud sebenar teguran itu demi kepentingan Islam, para penonton filem itu dan orang ramai di segenap peringkat pada 26 September lalu.

Pertemuan tersebut diadakan di pejabat Ahmad Idham dan melibatkan Nasrudin bersama beberapa kepimpinan Pemuda PAS Pusat lain serta menghasilkan natijah yang cukup baik.

Menurut Zed, beliau yakin pertemuan seperti itu tidak sia-sia, tetapi pasti terdapat hasil yang baik yang turut membantu Ahmad Idham menyelesaikan masalah yang dialaminya sekarang dan menghasilkan filem yang lebih baik selepas ini.

Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata, golongan artis sememangnya golongan yang berpengaruh dalam masyarakat dan perlu menjalani kehidupan yang baik seperti yang dituntut dalam Islam.

"Jadi golongan artis memang amat perlu didekati oleh golongan agama. Golongan artis perlu dibimbing supaya dapat memainkan peranan yang baik untuk masyarakat.

"Sekiranya golongan artis melakukan kesalahan, mereka perlu ditegur dengan baik, bukan dengan cara mengutuk dan membantai mereka seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak,katanya.(IH)

Lihat sebelum ini..

Friday, September 30, 2011

Merakyatkan Ekonomi S'ngor, Ke Mana? - MB S'ngor

MB Selangor
ANTARA isi kandunggan ucapan merasmikan Program Khas Agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) dan Pelancaran Karnival ‘SelangorKu’ pagi tadi disampaikan oleh YB Iskandar bin Abdul Samad:

YB Iskandar (ditengah-tengah) berjiwa rakyat.
Alhamdulillah, Selangor mengorak langkah lagi dengan slogan atau logo “Selangorku” yang merupakan kesinambungan program “Merakyatkan Ekonomi Selangor dan ‘Hasil Negeri untuk Rakyat’. Slogan ini pertama kalinya diperkenalkan kepada rakyat dalam ucapan saya di Stadium Malawati Shah Alam pada 24 Julai 2011. Menerusi slogan ini, kita mengajak seluruh rakyat Selangor untuk bersama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha-usaha murni negeri melalui pentadbiran yang telus, amanah, adil dan bertanggungjawab.

Khususnya, bagi kita di negeri Selangor ini, secara keseluruhannya, para pemimpin Kerajaan Negeri sekarang berusaha gigih untuk memberi “kemerdekaan” kepada rakyat negeri ini menerusi tadbir urus yang adil, telus, bertanggungjawab dan terbuka. Sesungguhnya kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah berkat Doa Rakyat serta kehendak rakyat yang sangat mengharapkan satu Kerajaan pilihan rakyat yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat .


Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor sehingga Jun tahun 2011, adalah sebanyak RM1,100 juta. Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun. Ia juga bermakna, Kerajaan Negeri Selangor sekarang berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.


Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Furqaan ayat 67:- Tafsirnya: “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebihan, dan tidak pula bakhil (kedekut), dan adalah pembelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian”.


Dalam bidang pelaburan, negeri Selangor terus menjadi pilihan utama pelaburan dari dalam dan luar negara. Sehingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan bernilai sebanyak RM5.57 bilion, berbanding dengan nilainya sebanyak RM6.68 bilion bagi sepanjang tahun 2010. Negeri Selangor pula terus menjadi penyumbang tertinggi terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Seterusnya, dalam usaha memberikan kesejahteraan kepada negeri dan rakyat seluruhnya pula, Kerajaan Negeri Selangor sekarang melaksanakan dasar “merakyatkan ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.


Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Israa” ayat 26 – 27, Tafsirnya: “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga Mu yang dekat, orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing. Dan janganlah engkau membelanjakan harta Mu dengan boros dan melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan Nya”.


Melalui dasar “merakyatkan ekonomi Selangor” ini, yang kini memasuki fasa ketiganya, saya dan saf kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Selangor. Oleh itu, limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.


Selari dengan dasar ini, Kerajaan Negeri berusaha menambah baik kehidupan rakyat majmuk negeri ini -- dari usia bayi hingga usia emas, termasuk petani, belia, ibu tunggal, orang kelainan upaya, orang Asli, pekerja ladang - menerusi pelbagai program dan skim yang sesuai, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.


Sehingga Jun 2011, lebih RM500 juta diberikan sudah digunakan untuk membantu rakyat Selangor. Antaranya menerusi Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah lebih RM387 juta, Skim Tabung Warisan bernilai RM1.8 juta, Hadiah Anak Masuk Universiti bernilai RM19 juta, Skim Usia Emas dan OKU berjumlah RM49 juta, Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar berjumlah lebih RM2 juta,
sistem jalur lebar percuma kepada penduduk di beberapa daerah, rawatan dialisis serta pemeriksaan payu dara secara percuma dan bermacam-macam bantuan kemasyarakatan lagi yang bakal diberikan secara berterusan.

Kenapa Kerajaan Selangor memberikan Air Percuma 20 meter pada kepada rakyat ini adalah kerana bagi Orang Islam dalam Pelajaran Ilmu Fiqahnya yang pertama perlu dipelajari adalah bab Bersuci dan dalam bersuci asas utamanya adalah Air. Air sangat diperlukan sebelum melaksanakan segala Ibadah serta diperlukan dalam kehidupan Harian.

Maksud Hadith yang diriwayatkan Oleh Abu Daud. R
asulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang tidak mengasihi anak kecil (orang muda) dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.

Kita semua sebagai anggota masyarakat mestilah hidup saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.


Maka berasaskan maksud hadith tadilah Kerajaan Selangor dalam agenda merakyatkan Ekonomi Selangor melaksanakan Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor serta pelbagai skim berunsurkan kebajikan rakyat.

Rakyat Selangor juga menikmati keuntungan daripada pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya -- Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, hingga Jun 2011, Kumpulan Semesta berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta. Kerajaan Negeri memberikan semula hasil jualan pasir itu kepada rakyat yang memerlukan bantuan. Misalnya, kita
peruntukkan sejumlah RM10 juta daripada hasil pasir ini menjayakan program “Jom Shopping” bagi golongan usia emas sebagai cara membantu golongan ini meringankan kos sara hidup yang semakin mahal.

Sektor pertanian menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negeri Selangor kira-kira 4.2 peratus daripada Keluaran Negeri Kasar. Namun, Kerajaan Negeri tetap memberikan fokus terhadap usaha memperkasa sektor pertanian melalui pendekatan pertanian moden dan berorientasikan eksport bagi meningkatkan kualiti dan produk pertanian bermutu tinggi. Nilai tambah sektor ini dijangka terus meningkat berbilion ringgit tahun demi tahun sejak peningkatan RM3.5 bilion pada tahun 2009.


Matlamat menjadikan “pertanian suatu perniagaan” perlu diteruskan
melalui konsep berasaskan pengetahuan yang boleh mendatangkan keuntungan berlipat ganda kepada golongan petani, penternak dan nelayan. Salah satu alternatif, melalui program transformasi kumpulan petani, penternak dan nelayan agar menjadi usahawan tani.

Belia merupakan tenaga penggerak utama yang menjadi sandaran dan harapan dalam arus pembangunan negeri Selangor. Oleh yang demikian, tenaga belia ini perlu digemblengkan secara bersepadu, melibatkan golongan pelajar yang masih dahagakan ilmu dengan
kumpulan pekerja yang produktif dan kreatif.

Kalangan pekerja kerajaan turut menerima faedah melalui beberapa program yang sesuai. Misalnya, pekerja wanita diberi cuti bersalin sehingga 90 hari manakala suaminya mendapat cuti sehingga 14 hari. Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas bagi membantu pembiayaan anak penjawat awam yang ditawar melanjutkan pelajaran tinggi.


Bagi pelajar sekolah, disediakan kursus-kursus secara percuma kepada calon-calon peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM untuk kecemerlangan masing-masing. Bagi golongan miskin di desa dan di bandar yang ingin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan untuk menambah pendapatan diri dan keluarga, disediakan dana pinjaman dengan kadar faedah terendah.


Perlu diingat, bahawa penduduk negeri Selangor sekarang adalah yang tertinggi jumlahnya dalam kalangan negeri lain di Malaysia, iaitu seramai 5.3 juta orang. Daripada jumlah tersebut, keturunan Melayu sekitar 49 peratus; kaum Cina 29 peratus, kaum India 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus. Ia bermakna, nisbah penduduk di Selangor sekarang adalah 50% kaum Melayu dan 50% bukan Melayu.


Dalam hal ini saya masih teringat akan pesan Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang dalam bait-bait sajak beliau, “Jiwa Hamba”, yang antara lain mengungkapkan kebimbangan ini:


“…Kalau hidup ingin merdeka
takkan tercapai hanya berkata
tetapi cuba maju ke muka

melempar jauh jiwa hamba

Ingatan kembali sepatah kata
dari ucapan seorang pemuka
di atas robohan Kota Melaka

kita dirikan jiwa merdeka.”

Saya dan saf kepemimpinan mahu berusaha agar hubungan antara rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor tidak hanya “manis di mulut” sebaliknya “buat sebagaimana dikata”. Kita wajar mengambil iktibar daripada bait-bait sajak Usman Awang, “Pak Utih”, yang antara lain berbunyi:

“…Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.

Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,

Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di depan,

Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,

Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?”
Ibnu Hasyim (kanan) bersama YB Iskandar.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat sejahtera dan Salam ukhuwah. Terima kasih. (IH)

Juga sila lihat Karnival Selangorku di Tanjung Karang...

Hudud: Pendirian Rasmi PAS..

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.


3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.


5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011

Sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Thursday, September 29, 2011

PAS, Mufti & UMNO, Perlu Muzakarah -Tuan Ibrahim


KL, 29 Sept 11: PAS mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini.

Selain itu PAS turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti dan Umno mewakili parti pemerintah.

“Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

PAS mengesyorkan pandangan ini ketika negara menyaksikan kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Isu ini muncul kembali minggu lalu. Kerajaan negeri Kelantan menggerakkan hasrat mahu melaksanakan hudud pada 1993.

Kata Tuan Ibrahim, Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak.

Dipetik Harakahdaily, Tuan Ibrahim menegaskan, isu hudud bukan satu isu politik, tapi ia merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihan raya.

“Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya,” kata beliau.

Semalam. Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menerima baik dan bersyukur dengan keputusan dibuat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu hukum hudud malam tadi. Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau menerima baik pendirian perikatan tersebut yang menghormati hasrat kerajaan negeri dalam isu berkenaan hukum hudud.

“Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat-sangat kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan,” kata beliau sambil menambah, pelaksanaan undang-undang itu tidak akan memberi kesan ke atas masyarakat bukan Islam.

Malangnya kata beliau, undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan buat masa sekarang sebab kerajaan pusat, didukung oleh Umno, “menghalang kami daripada berbuat demikian. (IH)

250 Rakyat Sungai Burong Terima Sumbangan MES

Drs Mohd Rashdi sedang menyampaikan sumbangan kepada rakyat Sungai Burung pelbagai bangsa.. Melayu, Cina dan India.

Tanjong Karang 29 Sept 11: Hari ini 250 orang rakyat negeri Selangor berbilang bangsa di DUN Sungai Burong telah menerima sumbangan barang keperluan harian dari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Demikian diucapkan Drs Mohd Rashdi Deraman selaku Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong.

"Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor, mulai Mac 2008, satu agenda besar, "Hasil Negeri untuk Rakyat" telah dirangka dan dilaksanakan dengan segera melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

"Pada permulaan, 7 Agenda Merakyatkan ekonomi telah dilaksanakan. Ia kemudian ditambah berperingkat-peringkat mengikut keperluan agar "Hasil Negeri untuk Rakyat" dapat dipenuhi secara maksimum.

"Al-hamdullah 250 orang yang diberi sumbangan ini baru muqaddimah. Insya Allah pemberian selanjutnya akan diteruskan. Kata beliau lagi.
Drs Rashdi sedang berucap.
Ibnu Hasyim (kanan) juga dijemput ke pentas, sebagai blogger.

Tok Sidang dari kaum Cina juga dijemput menyampaikan hadiah..
Dalam tinjauan Weblog Ibnu Hasyim, rakyat mengalu-alukan langkah kerajaan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat miskin.

"Saya hidup di sini sudah 45 tahun dalam kesushan, hanya baru ini, saya menerima sumbangan dari kerajaan." kata seorang rakyat Sungai Burong berketurunan India. (IH)

Juga Karnival Selangorku...

Apa Khabar Noh Omar? Mengapa Rumah Ni Senget?

CATATAN SANTAI
PAGI ini, awal-awal lagi En Zul pegawai sekretariat Karnival Selangorku ajak saya minum pagi. Saya setuju minum di Pekan Tanjong Karang. Lepas minum, beliau ajak jalan-jalan, di samping tugasnya mengawasi karnival tersebut.

"Cukup naik motosal saja bukan jauh, jimat masa." katanya. Saya bonceng di belakang motosikalnya. Bulum pun sembang panjang, tiba-tiba dia berhenti,

"Lihat ini, rumah senget (gambar di atas), sebelahnya sudah tenggelam." Kata Encik Zul.
Pemilik rumah itu tidak dibenarkan tinggal, kerana menbahaya kononnya. Lihat itu papan tanda amaram.Tapi ada yang duduk juga. "Ya terpaksa duduk juga kerana gaji sudah dipotong, tetapi tak boleh tinggal juga, Nak kena bayar sewa baru pula?" sungut seorang pembeli.

"Bunyinya Taman Wawasan. Pembuatnya seolah-olah tiada wawasan. Rakyat juga yang teraniaya. Wakil Rakyatnya Menteri Pertanian dan juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor buat apa? Bakal jadi MB Selangor pula?" Komen yang lain.
Kami pergi ke tampat lain pula. Ke arah Bagan Sungai Tengkorak. Di pertengan jalan, ada lagi projek perubahan terbengkalai. Lihat Di bawah ini. Bersambung terus catatan ini. InsyaAllah.

Sekian, Wallahu aklam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Tanjung Karang
29 Sept 11.


Juga Karnival Selangorku...

Zina Depan Ramai.. Lihat Mengapa Jadi Begitu?

ZINA atau aksi pasangan melakukan hubungan seks di khalayak ramai. Videonya kini tersebar di internet. Pasangan tersebut di dakwa melakukan aksi memalukan itu di sebuah jalan yang sibuk di negara China, kerana mereka mabuk.

Mabuk ertinya menghilangkan akal. Akal ialah sesuatu yang paling bernilai bagi manusia. Itu yang dihilangkan. Video klip sepanjang 38 saat itu memaparkan aksi seorang lelaki dan pasangannya yang mabuk berbaring di pangkuannya di sebatang jalan di Tianlin, Shanghai.
Baju perempuan yang terbaring di pangkuan lelaki terbabit dilihat terselak sehingga mendedahkan payudaranya.

Lelaki tersebut dirakam mencium bibir serta payudara wanita tersebut. Orang ramai yang lalu lalang di situ termasuk seorang lelaki berpakaian lengkap sebagai seorang pengawal keselamatan, hanya menyaksikan kejadian tersebut dengan wajah yang terperanjat dan kehairanan. Namun begitu tidak seorang pun yang bertindak menghentikan perbuatan memalukan itu.
Seorang individu yang kebetulan lalu di situ mengambil peluang untuk merakamkan aksi tersebut lalu menyebarkan video tersebut di internet. Seorang saksi bernama Sun, memberitahu Shanghai Morning Post bahawa insiden itu berlaku sekitar pukul 3.30pm pada 30 April lalu. Lelaki di dalam video cuba untuk bangkit sambil menarik kawan wanitanya namun dia gagal.

Dalam cubaannya yang dilihat bersusah payah, baju wanita tersebut telah tersingkap. Sun telah memanggil pihak polis apabila lelaki tersebut dilihat terus melakukan aksi memalukan terhadap wanita tersebut. Malah lelaki tersebut terus cuba membuka seluar wanita di pangkuannya.
Pasangan yang mabuk itu telah dibawa ke balai polis kira-kira empat minit kemudian.
Sebaik sahaja tersedar dari mabuk, pasangan itu memohon maaf di atas perbuatan yang memalukan itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedikit, kuliah 5 minit.. Bahaya minuman keras.

الْخُطْبَةُ الرّاَبِعَةُ لِرَبِيْعِ اْلأَوَّلِ

الْحَمْدُ للهِِ الَّذِى شَرَحَ صُدُوْرَ ذَوِى اْلإِيْمَانِ لِلْهُدَى. وَنَكَتَ فِى قُلُوْبِ أُوْلِى الطُّغْيَانِ فَلاَ تَعِى الْحِكْمَةَ أَبَدًا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُرْشِدًا. أَحْمَدُهُ سُبْحَانَهُ مُتَوَكِّلاً عَلَيْهِ مُعْتَمِدًا. وَأَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمٍ لاَ أُحْصَى لَهَا عَدَدًا . وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ إِلهٌ حَقٌّ لَمْ يَزَلْ وَاحِدًا أَحَدًا فَرْدًا صَمَدًا . وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ مَا أَكْرَمَهُ عَبْدًا وَسَيِّدًا، وَمَا أَطْيَبَهُ أَصْلاً وَمَحْتِدًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ. وعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ غُيُوْثِ النَّدَى وُلُيُوْثِ الْعِدَا وَنُجُوْمِ اْلإِهْتِدَا.

أَمَّا بَعْدُ) فَيآ أَيُّهَا النَّاسُ : اِتَّقُو اللهَ تَعَالَى وَانْتَهُوْا عَمَّا يُفْسِدُ الْعَقْلَ وَالنَّفْسَ وَالْحَيَاةَ إِفْسَادًا، اَلَّذِيْ هُوَ شَرْبُ الْخَمْرِ فَإِنَّهُ يَسُدُّ طَرِيْقَ الْهُدَى)

Ertinya...

Marilah kita senantiasa menjaga ketaqwaan kita kepada Allah dengan menjalankan segala perintah-Nya serta menjauhi segala laranganNya. Bila hal ini benar-benar kita laksanakan, niscaya akan membawa keselamatan dunia dan akhirat, serta sihat jasmani mahupun rohani.

Saudara-saudara Muslim yang berbahagia….

Ketahuilah bahawa segala peraturan Allah itu pasti terdapat hikmah yang agung, misalnya Allah mengharamkan minuman keras dan memberikan ancaman bagi orang yang meminumnya. Adanya larangan ini murni untuk kemaslahatan manusia semata, hal ini kerana minuman keras merupakan hal yang najis lagi menjijikan. Lebih parahnya lagi, minuman keras dapat membakar dan menghanguskan saraf-saraf otak sebab tingginya kadar panas yang terkandung dalam minuman tersebut.

Akibatnya orang yang meminum arak tidak mampu berfikir dengan sempurna seperti halnya orang yang gagar otak atau berjangkit penyakit syaraf. Allah telah menyatakan kotor dan jijiknya khomr (arak) dalam salah satu ayat Al Qur’an :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَاْلأَنْصَابُ وَاْلأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ، فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (المائدة : 90)

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khomr (arak), berjudi, (berkurban untuk) berhala dan mengundi nasib adalah perbuatan yang kotor dan termasuk kerja-kerja syaitan, maka jauhilah hal-hal tadi semoga kamu akan dapat keberuntungan”.

Demikianlah Allah menisbatkan minuman keras sebagai perbuatan syaitan, sehingga kita diperintahkan agar sentiasa menjauhi barang laknat dan penyebab kebobrokan moral ini. Tidak hanya ayat di atas yang mengecam bahaya arak, di dalam hadits-haditsnya Nabi juga melaknat terhadap peminum arak, di antaranya hadits diriwayatkan Aisyah RA yang ertinya demikian, Nabi bersabda :

“Barang siapa yang meminum arak,

  • maka janganlah sesekali kamu berani menikahkannya..
  • Jika si pemabuk sakit, maka janganlah kamu menjenguknya,
  • Jika dia mati janganlah kamu mensolatiny
Aku bersumpah demi Allah yang menjadikan Aku sebagai Nabi, sungguh seorang pemabuk itu dilaknat di dalam kitab Taurot, Injil, Zabur dan Al Qur’an.

  • Siapa saja yang memberikan makanan padanya, maka Allah akan menyerahkan jasad pemberi makanan tadi kepada ular dan kelabang kelak di hari kiamat,
  • dan barang siapa yang membantu keperluan pemabuk, maka berarti dia membantu merobohkan agama Islam,
  • dan barang siapa yang menghutangi pemabuk, maka berarti menolong untuk membunuh orang Mu’min,
  • dan barang siapa yang bersahabat dengan pemabuk, maka kelak di hari kiamat dia akan digiring dalam keadaan buta serta tiada yang menuntunnya”.

Dari hadits di atas kita dapat memahami betapa bencinya Nabi terhadap peminum arak. Faktor Kebencian ini tidak lain kerana begitu besar bahaya minuman keras bagi kenormalan fikiran. Sebab jika sampai akal tidak normal, maka segala ucap dan perilaku tidak terkontrol sehingga dengan mudahnya berbuat maksiat, melakukan kerosakan, menyakiti orang lain, bahkan tidak segan-segan membunuhnya.

Dari itu, marilah kita jaga diri kita, anak-cucu, keluarga, dan teman-teman supaya jangan sekali-kali melakukan dosa besar ini, kenikmatannya sangatlah sedikit, tidak sebanding dengan akibat yang ditimbulkan.

Saudara-saudara Muslim yang berbahagia….

Sangatlah banyak akibat buruk dan kerugian yang ditimbulkan kerana meminum arak, seperti yang disebutkan oleh Syaikh Abu Laits bahawa minum arak memiliki 10 akibat buruk :

1. Minum arak menyebabkan seseorang sederajat dengan orang gila, sehingga menjadi bahan tertawaan kanak-kanak kecil, juga menjadi tercela di mata orang yang berfikiran normal.

2. Minum arak menyebabkan hilangnya akal dan habisnya harta.

3. Minum arak menyebabkan timbulnya permusuhan antara teman dekat dan saudara.

4. Menjadikan lalai kepada Allah juga pada sholat.

5. Memicu perbuatan zina, kerana orang yang sedang mabuk tidak sadar kalau dirinya mengeluarkan kata-kata talak (cerai), padahal tolaknya tetap dihukumi jadi.

6. Minum arak merupakan kunci dari segala kejelekan, sebab seseorang yang sedang mabuk sangat mudah untuk berbuat segala yang negatif.

7. Menyakiti kepada malaikat yang bertugas menjaga setiap insan, kerana dengan meminum arak, berarti membawa malaikat ke tempat berbuat fasiq.

8. Mengakibatkan wajibnya vonis 80 cambukan atau sebatan, jika vonis ini belum dilaksanakan di dunia, niscaya di akhirat akan dicambuk dengan cemeti dari api neraka.

9. Minum arak berarti mengunci pintu langit dari dirinya, kerana minum arak menyebabkan segala amal baik dan do’a ditolak selama 40 hari.

10. Minum arak sangat mengkhuatirkan mati dalam keadaan hilangnya iman. “Na’ûdzubillâh min dzâlik”..

Sekian, wallahu 'aklam.

Hudud: Hormati Enakmen Syariah, K'tan Tiada Kataputus

KL, 29 Sept 11: PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain. Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi. Demikian menurut Harakah.

Sementara itu menurut Malaysiakini, cadangan PAS untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam ini.

Bagaimanapun, ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis pimpinan itu menghormati niat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan. Majlis itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan berkenaan, kata Anwar kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur.

Kesepakatan yang berjaya dicapai dalam mesyuarat selama tiga jam, lewat malam ini, hanyalah berhubung kesepakatan untuk PAS dan DAP meneruskan perbincangan bagi melaksanakan hukum hudud dan juga mempertahankan dasar-dasar bersama.

"Pendiriannya jelas bahawa DAP menentang (cadangan melaksana hudud) dan PKR serta PAS menghormatinya.

"Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," katanya lagi.

Jelasnya, Pakatan jelas menghormati hak dan kehendak PAS untuk melaksana hudud, namun parti Islam itu masih terikat dengan dasar bersama yang dipersetujui serta manifesto dalam Buku Jingga. (IH)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Wednesday, September 28, 2011

Arak & Allahyarham Tun Razak Ayah Najib?


GAMBAR ini dijumpai di Library Ohio University. Pada muka surat 2 buku program KGMMB’s (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968. Sebelah pada iklan ini kenyataan daripada Tun Abdul Razak Hussein, Pendana Menteri ketika itu.

Adakah ini angkara Al-Marhum Tun Razak?

Tidak, ini adalah kerana penjajah yang meng'acuan'kan kelahiran UMNO sebuah parti kebangsaan yang tidak Islamik. Minum kencing hancing iblis itu biasa aje, dalam parti kebangsaan.
(IH/sumber http://kide-picture2u.blogspot.com/2011/09/melayu-arak-dan-umno.html)

Aku Masuk PAS Kerana Ayahku UMNO -Mohd Ramdzan

CATATAN SANTAI
"AKU masuk PAS kerana ayahku UMNO." Kata seorang lelaki Mohd Ramdzan Rosman (gambar di atas), berumur 48 tahun, menemui ku malam tadi di pejabat PAS Kawasan Tanjong Karang. Dia adalah seorang aktivis PAS yang datang menjadi sukarelawan membantu kerja-kerja Karnival Selangorku.

Kata-kata yang membuat ramai terperanjat dan tak faham. "Eh, bagaimana itu?"

Kata Mohd Ramdzan lagi..

"Dulu semasa aku remaja, kira-kira tahun awal 80an, ceramah-ceramah dan penerangan agama agak kurang. Tiada internet, pengajian agama agak tandus. Remaja bagaikan tiada haluan. Ramai yang hanyut. Agama hanya untuk orang tua. Muda-muda enjoy dulu. Seolah-olah tiada hubungan antara cara hidup anak muda yang tak ikut agama dengan akhirat yang terasa amat jauh lagi... Mereka itu adalah termasuk aku...

"Sedangkan ayahku pula adalah UMNO totok dan tulin. Tetapi padaku bukan sahaja tulin tetapi juga 'tuli'. Segala dari UNNO, baginya seolah-olah wajib ditaati. Sedangkan cara hidup pemimpin-pemimpin UMNO jarang nak jumpa yang baik. Aku mula merasai kesesatan yang ayahku lalui ini. Aku mulai cari jalan keluar.

"Aku berkenalan dengan sesorang, Ustaz Abdul Aziz Hamzah.. yang pandai mengajar agama. Aku paling bersetuju dengan cara dan ilmunya. Aku sertai kelas pengajiannya, selalu ikut dia ceramah dan mengajar. Rupanya dia asalnya bukan ustaz, tetapi seorang jurutera. Hebat sungguh padaku. Dia mengambil aku kerja dengannya, walaupun sebagai buruh binaan.

"Aku terus mencari ilmu, namun dia terus memberi dan mencari ilmu juga. Kami ber'usrah' dengan kumpulan Kampung Baru Mujahidin, di Sijangkang. Antara 'naqib'nya dulu ialah Ustaz Mansur Ramli Sidum. Kami terus mengikuti ceramah agama dan politik PAS yang mula tumbuh bertaburan seluruh Maalaysia bagaikan sebuah gunung berapi revolusi mental yang akan meledak dan sedang menggelegak.

"Di situlah mulanya aku melihat 'parti Islam' sebagai parti yang baik, memperjuangkan kebenaran dan mampu membawa kebahagian di dunia hingga akhirat. Bukan seperti gaya hidup ayahku dengan karat biru UMNOnya, walaupun cuba dikikis habis untuk dapatkan sedikit manfaat sisa yang mungkin ada, namun sia-sia. Maka aku pilih PAS, untuk mengisi kekosongan jiwa remajaku.. Dan akan berkorban melaluinya."

"Allahu akbar!!" Tidak disedari, ada yang menyambutnya dengan slogan kalimah takbir itu.
Ibnu Hasyim bersama Jacky Ng sukarelawan PR berbangsa Cina di Tanjong Karang.
Oh, bersama Ibnu Hasyim ini,' seorang mujahidin PAS' Kaharsam Hitam, yang terjun dalam medan jihad perang poster dan sepanduk semalam bersama Mohd Ramadzan..

Begitu, cerita Mohd Ramdzan Rosman, bagaimana beliau masuk PAS. "Jom ustaz! Kita nak pasang poster dan kain rentang malam ini?" Katanya bila kawan-kawan sudah ramai datang untuk sama-sama gotong-royong dan jihad pasang poster dan kain rentang.

Dia masuk PAS kerana sikap ayahnya yang pior UMNO! Kalaulah semua anak-anak UMNO ikut jejak ini, UMNO jadi NO UMmm...

Sekian, Wallahu aklam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Tanjung Karang
28 Sept 11.


Juga Karnival Selangorku...

Saya Jamin Hudud Tak Libatkan B/Islam -N/Aziz


Nik Aziz menolak pandangan bahawa keadaan negara tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud.

KL, 28 Sept 11; Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memberi “jaminan” undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam. Mursyidul Am PAS ini berkata undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam.

“Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebab hanya meliputi umat Islam,” kata Nik Aziz dalam mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Ia merupakan mesej ketiga daripada Nik Aziz sepanjang satu minggu ini, yang dilihat mahu meyakinkan bukan Islam mengenai hukum hudud. Pendirian itu diketengahkan pada hari kepimpinan Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut selepas DAP dan PAS bertembung dan bertegas dengan pendirian masing-masing.

Mesyuarat Pakatan Rakyat akan berlangsung di ibu pejabat PAS di sini, malam ini. Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.

“Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukumam hudud dilaksanakan?

“Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi,” kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terdahulu.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994 ketika pentadbiran Mahathir. Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu. Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan satu kenyataan minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia tidak dibincangkan oleh Pakatan Rakyat. Minggu lalu, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Siap, Besok Carnibal Selangorku Bermula. Sila Hadir!

Di depan Dewan Dewan Dato' Hormat , Tanjong Karang.
Ibnu Hasyim bersama-sama pegawai-pegawai sekretariat dan sukarelawan Karnivaal Selangorku.

Persiapan hampir selesai. Sewa gerai dibuka hingga malam ini..
Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang
En Zulkifli 017 634 8172
En Afif 017 619 8902

Kepada Blogger-blogger.. Tolong hebah dan panjangkan!!

Juga laporan berkaitan Karnival Selangorku...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails