Friday, November 30, 2007

Orang Melayu Kemboja



Ibnu Hasyim: CATATAN PERJALANAN:

Orang Melayu Kemboja 1
ANGIN sepoi-sepoi bahasa bertiup dari Sungai Mekong sungguh menyegarkan। Sungai yang membelah dan merentasi bumi negara Kemboja, dari Laos mengalir menuju ke Phnom Penh lalu terus ke Laut Teluk Siam. Di pinggir sungai sebelum sampai ke Phnom Penh itu, terdapat antaranya sebuah bandar ibu negeri Kampung Cham, salah sebuah negeri dalam negara Kemboja.

Dari atas tebing sungai itu jelas nampak kapal-kapal dagang sedang berlabuh। Beberapa buah bot kecil dan feri sedang hilir mudik mengambi penumpang. Pekerja-pekerja sibuk mengangkut barang. Di daratan, gerai-gerai pacak berderetan di pinggir jalan, walaupun ada kedai-kedai batu yang tetap. Pengunjung-pengunjung bergegas ke distinasi masing-masing.

Di antara yang ramai itu, sekali-sekala melintas wanita bertudung sopan, gaya Melayu trasional। Lelakinya berkain sarung, kepala berkupiah lebai, ada yang dibelit dengan serban. Ada juga yang menyangkut di bahunya sahaja. Sudah tentu mereka adalah orang Melayu Cham, walaupun ramai lagi yang tidak berpakaian seperti itu, terutama yang sudah keluar dari kampong tinggal di bandar.

Begitulah juga kawan saya orang Cham yang sama-sama kami hendak pergi ke Perik Aji di negeri Kampung Cham। Cham atau Champa adalah nama penduduk negeri itu, satu masa dulu pernah mendirikan kerajaan sepanjang pantai antara gunung-gunung Annam atau sekarang disebut Vietnam. Kerajaan yang pernah terkenal pada kurun ke7 masehi dahulu.

Kampung Cham adalah negeri paling ramai penduduk Islamnya di Kemboja। Jumlah semua penduduk,termasuk pelbagai agama di sana ialah kira-kira 10,000 orang. Pada waktu itu (sekitar tahun 2,000 masihi), dikatakan jumlah masjid dianggarkan 300 buah yang sentiasa bertumbuhan bagai cendawan musim hujan sepanjang masa॥

Teringat saya sewaktu mula bertemu dengan kawan saya itu depan Kedutaan Malaysia di Phnom Penh॥

“Ustaz orang Malaysia?” Dia tanya dalam bahasa Melayu loghat Kemboja।

Bila saya mengangguk, kami saling berkenalan। Dengan tanpa syak buruk, dia terus mengajak saya ke rumahnya di Perik Aji atau Parit Haji itu. Memang saya minat sangat hendak berziarah ke Kampung Cham. Minat saya timbul baru semalam, selepas solat Jumaat di Masjid Besar Phnom Penh, di mana khutbahnya dalam bahasa Melayu. Imamnya ‘berkhutbah’ bukan ‘baca khutbah’ macam di kebanyakan masjid-masjid di Malaysia.

“Mengapa Tuan Imam beri khutbah dalam bahasa Melayu, sedangkan kebanyakan pendengarnya orang Kemboja, atau lain-lain bangsa seperti India, Pakistan dan Arab yang tidak faham bahasa Melayu?” Tanya saya semasa saya berada di rumahnya lepas solat Jumaat.
Rumahnya di suatu sudut kecil di bawah masjid tersebut। Masa pemerintahan komunis dulu, masjid tersebut dirampas dan dijadikan restoran tempat askar-askarnya minum arak. Bila pemerintahan beralih kepada demokrasi, masjid tersebut dibeli semula oleh dermawan-dermawan dari Kuwait, dan dijadikan masjid semula.

“Islam datang ke sini, antaranya dibawa oleh orang Melayu, terutama dari negeri Kelantan।” Jawab beliau. “Namun, kita tidak menafikan pandangan pengkaji-pengkaji sejarah yang berpendapat, Islam tersebar ke nusantara pun mula dari arah selatan negara China. Hal ini terbukti hasil penemuan batu bersurat di Phan Rang, Vietnam Selatan bertarikh 416/431 Hijrah. Selain itu, beberapa buah batu bersurat lain turut ditemui di sepanjang jalan laut dari pantai Indo-China ke Terengganu. Itu dulu. Yang saya maksudkan sekitar abad satu dua abad yang lalu.”

Beliau mendapat didikan agama Islam di Mesir। Semasa pemerintahan komunis beliau pernah dipenjara beberapa tahun.

“Jadi untuk belajar Islam, maka lebih mudah dalam bahasa Melayu... Banyak persamaan dari segi sosio-budaya dan rupa-bangsa, terutamanya bahasa। Contohnya, perkataan ‘kelantan’, dalam bahasa kami (Melayu Cham) maknanya ‘ular besar’ atau ‘ular banyak hingga bertindih-tindih’. ‘Melaka’ ertinya ‘perhentian’. Bagaimana cerita Parameswara berhenti di bawah sepohon pokok … pokok melaka seperti dalam buku Sejarah Melayu.

Begitu juga perkataan ‘kampung’ yang masih dipakai di sini। Nama tempat Pengkalan ‘Cepa’ di Kelantan menurut loghat Kelantan, sedang asalnya dari perkataan ‘Champa’ atau Cham, dan banyak lagi.… Saya juga masih ingat di peringkat ayah atau nenek saya dulu, bagaimana kegigihan ulama-ulama yang memperjuangkan agama Islam di sini, seperti ayah saya dari Kelantan, Tuan Guru Haji Saleh dari Tanah Melayu, ada dari Pattani, Indonesia dan lain-lain!” Jelas beliau lagi.

“Sehingga sekarang, ada sebuah kampong di Kemboja, yang penduduknya membahasakan diri mereka dengan istilah ‘jawaku’। Ini menunjukkan betapa dekatnya jiwa mereka dengan Orang Jawi atau Orang Melayu dari Tanah Jawa. Tapi sayang…” Katanya agak mengeluh. “Mereka tidak menganut agama Islam.”

“Kenapa boleh jadi begitu?” Saya tanya tidak sabar-sabar lagi।

“Boleh jadi juga mereka datang tidak bersama-sama agama Islam॥ hanya atas nama bangsa Jawa sahaja।”

Hal-hal beginilah menyebabkan minat saya melonjak-lonjak untuk pergi berziarah ke Kampung Cham, mengikut kawan saya yang baru kenal itu।

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim ini disalin semula dari makalah SERASI terbitan Planet Hijau Media/2001। Blogger: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 25-11-07.



Orang Melayu Kemboja 2

MAKA meluncurkan bot laju di atas air permukaan Sungai Mekong petang itu। Kami bertolak dari pekan Kampung Cham ke Perik Aji memilih bot laju, supaya jangan sampai malam di sana. Dalam perjalanan mengasyikkan itu, kami melintasi kumpulan-kumpulan nelayan kecil di tengah sungai yang arusnya laju॥ Mereka sedang menjala ikan. Ada juga yang sedang menahan bubu ikan bilis.

Di tengah-tengah sungai kekadang terdapat kumpulan-kumpulan pulau kecil berpenghuni। Terlihat dari jauh beberapa ekor lembu sedang meragut rumput. Beberapa ekor kuda sedang menarik pedati dari ladang biji lenga tanaman popular penduduk. Banyak penempatan-penempatan penduduk di kepulauan tersebut. Terdapat rumah-rumah dan masjid-masjid yang kebanyakannya hampir tidak siap, dan masih dalam pembinaan.

Di bibir sungai, kelumpuk-kelumpuk penduduk tempatan sedang mandi-manda dengan meriahnya। Bagaikan ada pesta air. Ramai wanita-wanita mandi berkemban, walaupun masih ada jarang-jarang wanita yang mandi berpakaian menutup aurat॥ bertudung. Sudah tentu mereka yang bertudung itu adalah muslimah yang kuat memegang teguh ajaran agamanya. Rumah-rumah mereka sekitar pinggiran sungai. Dari jauh nampak rumah-rumah mereka agak tinggi-tinggi. Macam rumah tradisi orang Melayu Kedah. Berbumbung atap. Mungkin atap nipah atau rumbia.

Kira-kira dua tiga jam perjalanan, baru kami sampai di pengkalan berhampiran rumah kawan saya। Baru nampak jelas, tiang rumah itu di ambil dari batang nibung pejal yang bulat-bulat setelah dibuang durinya. Berlantaikan papan atau batang pinang yang dibelah-belah. Di rumah inilah saya menginap pada malamnya.

“Malam ini ustaz dijemput berceramah agama lepas magrib di masjid kampong ini।” Katanya sambil tersenyum, matanya merenung tepat pada mata saya. Tanda ikhlas dan memang begitu pun amalan Nabi Muhammad.

“Tapi॥”

“Aah! Tak payah tapi-tapi lagi॥” Beliau terus memotong। “Saya imam di masjid ini. Di sini tak perlu minta permit untuk berceramah, macam di negara ustaz..” Bunyinya seperti menyindir saya, tapi memang betul pun.

“Nah! Pakailah serban ini, kerana orang sini lebih sejuk matanya bila melihat penceramahnya berserban atau mengimami solat।” Katanya sambil menghulurkan kain serban dan ketayap lebai pada saya.

Saya berceramah agama dalam bahasa Melayu। Kerana masih ramai orang-orang tua yang boleh cakap Melayu, kecuali kebanyakan anak-anak mudanya. Kerana telah berlaku penghapusan etnik waktu rejim komunis berkuasa. Pol Pot yang anti agama dan golongan intelektual, telah membunuh umat Islam Kemboja terutama guru-guru agama. Umat Islam turut dilarang menunaikan solat di masjid. Pol Pot atau Khmer Rouge juga menghina Islam dengan melepaskan babi ke dalam masjid. Jika ada sesiapa yang membantah akan dibunuh tanpa bicara.

“Pak cik masih ingat, waktu itu sesiapa yang diketahui beragama, ternampak sedang solat dan berdoa, terus sahaja dibunuh। Masjid-masjid di sini dijadikan kandang babi. Kami orang Cham menjadi mangsa kekejaman paling teruk.” Jelas seorang tua dalam sessi soal jawab semasa saya berceramah. “Muslimat kita dipaksa mengikut cara berpakaian perempuan Khmer. Mereka merobohkan institusi keluarga, dengan menjadikan golongan pemuda Kemboja sebagai penyeksa dan pembunuh yang tidak berhati perut.

Majoriti tentera Khmer Rouge yang teridiri dari golongan remaja belia telah ditugaskan bersama-sama tali barut untuk menangkap, menembak pegawai dan tentera kerajaan sebelumnya, Lon Nol। Sistem pos, kebebasan bergerak, pertukaran maklumat dan perhiasan diri turut disekat. Dari segi pakaian, hanya pakaian hitam yang melambangkan petani miskin sahaja dibenarkan, konon untuk membebas rakyat dari sistem feudal kapitalis sejak 2,000 tahun lalu.

Rakyat hidup dalam ketakutan akibat penindasan dan slogan yang berbunyi ‘Hidupmu tak bagi untung, matimu pun tak rugi apa-apa।’ Mukim ditadbir oleh anak muda robot yang tidak kenal belas kasihan. Pangkat naik jika dapat menghukum ibubapa atau keluarga sendiri!”

Seorang tua lain menambah, “Untuk merenggangkan tali persaudaraan, rakyat dikerah makan beramai-ramai। Mereka tidak dibenarkan mempunyai dapur sendiri. Bercampur antara orang Islam dan bukan Islam, makanan yang disediakan kadangkala mengandungi bahan haram seperti babi. Diwujudkan sistem kerja paksa dan catuan makanan. Ada yang diberi beras sesudu seorang tiap hari. Buat bubur, makan ramai-ramai, hingga ada yang mati kebulur.

Orang Islam juga dihalau ke kawasan pedalaman dan tidak dibenarkan berada dalam satu kelumpuk। Hubungan keluarga dihapuskan. Dipisahkan suami, isteri dan anak-anak. Lelaki dihimpun setempat, begitu juga wanita. Ada anak-anak yang sudah tidak kenal siapa ibubapanya. Ada yang tersalah berkahwin dengan ibu sendiri! Lahaulawala quwata illabillah!!” Masing-masing geleng kepala dan menitiskan airmata mendengarnya.

Dikatakan juga mertua kepada anak Mufti Kemboja, Ustaz Kamarudin Yusof, turut menjadi mangsa tetak semasa menunaikan solat। Ustaz Kamarudin adalah penduduk Kampung Speu yang asalnya dihuni oleh 1,050 keluarga. Setelah perang tamat, hanya tinggal 50 keluarga sahaja di situ. Beliau tidak berhijrah keluar negara kerana bimbang keluarganya akan menjadi mangsa keganasan komunis.

Tentera Khmer Rouge juga memusnahkan banyak masjid, Al-Quran dan kitab agama। Tamat perang, hanya cebisan al-Quran dan kitab sahaja yang tinggal. Ustaz Kamaruddin pernah menyalin semula keseluruhan Al-Quran, Kamus Marbawi dan kitab-kitab lain, untuk menyelamatkan ilmu Islam. Beliau juga terpaksa mengajar agama tanpa Al-Quran serta kitab lain selama kira-kira 5 tahun, hanya berdasarkan ilmu di dada. Aktiviti ceramah di majlis-majlis kahwin, pembukaan masjid dan sebagainya sentiasa diadakan untuk menghidupkan kembali Islam di Kemboja.

“Masalahnya sekarang, kami kekurangan wang untuk membina masjid dan sekolah agama yang menjadi tunjang kekuatan aqidah। Kami hanya mengharapkan bantuan dari luar.” Kata seorang lagi yang agak bertokoh di kalangan mereka. Seolah-olah minta simpati. “Setiap tahun banjir melanda kawasan kami, memusnahkan segala tanaman dan ternakan. Apa pendapat ustaz??” Dia mengarahkan soalan pada saya.

“Memang bantuan itu salah satu caranya. Tetapi kita perlu fikirkan supaya ada sumber sendiri. Orang di sini mungkin kaya dengan masa dan tanah. Ada orang Islam dari negeri lain yang ada wang, tapi tiada sumber tenaga manusia dan tanah.” Jawab saya secara spontan.
Lampu dalam masjid itu terus menyala walaupun agak separuh terang, kerana tiada talian letrik। Cuma guna bateri kecil sahaja. Renung untuk melihat bulu roma di tangan sendiri pun tak nampak. Nampak muka ahli-ahli jamaah di depan lampu sahaja. Yang lain nampak samar-samar.

“Jadi, usaha pertemukan dua golongan ini amat perlu untuk wujudkan suatu kekuatan। Barulah boleh difikirkan masalah kewangan, kemahiran pengurusan atau teknologi canggih. Kita boleh mulakan dari yang kecil untuk membuktikan kemampuan kita. Banyak khazanah Sungai Mekong boleh dipasarkan di luar negara.” Itulah teori penyelesaian saya.

Memang teknologi pertanian masih belum canggih dan perlu dipertingkatkan supaya bertambah pengeluaran। Banyak perniagaan perkhidmatan belum selesai seperti teksi, bas atau feri. Saya lihat beratus-ratus bas dari Pulau Pinang Malaysia sedang beroperasi perkhidmatannya di Phnom Penh. Apalagi bila Menteri Pengangkutan Kemboja adalah orang Islam yang perlu sangat kerjasama dari orang Islam lain untuk membangunkan negaranya.

Malam itu lepas solat isyak, kami pun pulang। Tiada makan-makan seperti kebiasaan masjid-masjid di Malaysia. Saya dijamu makan malam di rumah ustaz yang saya tumpangi. Tiada kegiatan apa-apa lagi selepas itu. Maka, kelambu pun digantung sebagai isyarat suruh tidur. Tiada tv, tiada VCD. Cuma radio kecil terngiang-ngiang di telinga menggantikan nyamuk sebelum terlelap.

Besok pagi sebelum subuh, saya telah bangun dan merayap-rayap ke tepian sungai dengan lampu picit untuk mandi serta berwuduk। Lepas makan pagi pula, kami pergi berziarah ke kampong berhampiran. Di perjalanan kami sentiasa berselisih dengan kumpulan wanita-wanita berpurdah. Sesampai di kampong tersebut, kami disambut oleh penduduk kampong yang keluar beramai-ramai terdiri dari lelaki dan kanak-kanak, kerana wanita berkumpul menunggu di dalam rumah.

Ditunjukkan kepada saya, sekolah agama yang baru didirikan dengan serba kekurangan। Gurunya cuma beberapa anak kampong yang tidak bergaji tetap. Akhirnya saya sampai ke sebuah masjid yang sudah agak lama dibina. Tapi bumbungnya hanya menutupi bahagian imam sahaja. Yang lain terbuka nampak langit.

“Bagaimana nak solat? Kalau panas takpe le. Kalau hujan turun masa solat…” Terloncat tanya gurau dari mulut saya।

“Tak apa-apa bagi kita।” Jawab seorang yang mengiringi saya. Jarinya menuding pula kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedang mengerumuni kami dengan gembira, “Tapi bagi mereka…”

“Lari!!!” Sambut kanak-kanak itu ramai-ramai, sebelum dia habis bercakap। Ya, bila hujan datang, kalau tidak sanggup tunggu dalam hujan, mereka cabut lari.


Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim ini disalin semula dari makalah SERASI terbitan Planet Hijau Media/2001. Blogger: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 25-11-07.

Wednesday, November 28, 2007

Kemboja: Kahwin & Harga Lelaki


Ibnu Hasyim CATATAN PERJALANAN:


PUNCAK Hotel, adalah sebuah hotel sederhana yang khabarnya adalah antara beberapa buah hotel milik orang Malaysia di Phnom Penh Combodia। Combodia (Cambodge), mengikut lidah Orang Melayu disebut Kemboja. Hotel ini mungkin dimiliki oleh orang Islam, yang faham dan beramal dengan keindahan agama Islam.

Sebab dikatakan begitu, kerana keadaannya bersih dan menyediakan makanan halal। Bahkan yang lebih penting lagi ialah bersih dari kekotoran maksiat. Tidak ada pelacuran dan perjudian seperti di beberapa hotel mega di tepian Sungai Mekong yang juga antaranya milik syarikat-syarikat Malaysia. Bukan juga seperti hotel-hotel sederhana lain, yang sentiasa diganggu oleh perempuan-perempuan jalang, beralasan untuk khidmat urut, seks, arak dan daging-daging haram.

Mungkin inilah antara sebabnya timbul anggapan di kalangan orang Kemboja, bahawa orang Islam itu orang yang bersih dan sangat pentingkan kebersihan।

“Jom kita turun, kita pergi sana!” Pelawa rakan saya। Mengajak turun dari hotel tersebut, pergi ke sebuah hotel lain yang berhampiran. “Pergi meraikan kawan kita yang kahwin lagi॥”

Rakan yang bersama saya ini, seorang Islam Kemboja berasal dari Kampung Cham। Kampung Cham adalah sebuah negeri di Kemboja terdapat paling ramai penduduk Islam. Di situlah beliau dibesarkan dan menghabiskan usia mudanya bersama tentera bagi menuntut kemerdekaan di negaranya. Beliau sering berulang-alik dari negaranya melalui Thailand ke Malaysia berniaga, sambil mendalami ilmu-ilmu agama. Sering juga singgah bermalam di pekan Poipet, sebuah pekan kecil di sempadan Kemboja-Thai dalam negara Kemboja.

Secara kebetulan beliau memilih penginapan di sebuah hotel kecil di pekan itu, kepunyaan seorang wanita muda, janda anak satu। Tanpa disedari segala gerak gerinya sentiasa diperhatikan oleh pemilik hotel itu, wanita Kemboja keturunan Cina yang sudah tidak tahu lagi bahasa asalnya kecuali bahasa Kemboja.

“Kenapa tuan sentiasa berkurung seorang diri di bilik sewa ini, tidak mencari teman tidur seperti orang lain?” Wanita itu mencuri kesempatan bertanya kepadanya pada suatu hari।

Maklumlah, pekan sempadan। Di situlah sarang pelacuran, bagaikan tong-tong sampah tempat membuang najis. Diselangi tegukan air kencing syaitan dan perjudian yang kekadang membabitkan pergaduhan. Sedangkan orang-orang lain keluar masuk hotel dengan perempuan-perempuan muda keliling pinggang, seolah dunia tidak kiamat dan tiada hari pembalasan.

“Saya orang Islam।” Jawab kawan saya tegas. “Tidak boleh tidur dengan perempuan yang bukan isteri sendiri. Tidak boleh main judi. Tidak boleh minum arak॥”

Wanita itu nampak terkejut। Selama ini ia tidak pernah kenal orang Islam dari dekat. Ia teringat kepada bekas suaminya pegawai tentera Kemboja॥ Sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, membuat apa saja yang ia tidak suka.. menampar, menendang bahkan mengugut. Menyebabkan rumah tangganya hancur berderai. Hingga sekarang, bayang-bayangnya masih menghantuinya. Tapi orang Islam ini, mungkin tidak panas baran begitu. Kerana dia tidak minum arak. Sentiasa ke bilik air (berwuduk) dan nampak pembersih. Dia berfikir terus.

“Apakah semua orang Islam begitu?” Dia bertanya lagi।

“Sepatutnya begitu! Kami orang Islam, kami percaya pada Tuhan। Kalau kami buat jahat, walau siapapun tak nampak, tapi Tuhan kami nampak.”

Jawapan itu terus terpahat di kotak fikirannya, menyebabkan ia mula berjinak-jinak mengenali Islam। Akhirnya dia masuk Islam dan ingin berkahwin pula dengan orang Islam. Dialah wanita yang akan dikahwinkan sebentar lagi, di tempat yang kami sedang tuju sekarang.

“Mengapa engkau pilih orang lain tidak engkau sendiri yang menjadi teman hidupnya?”

“Kerana melihat latar belakang mereka berdua, aku rasa cukup sesuai। Apalagi ‘kawan kita’ ini orang Malaysia mempunyai wawasan besar untuk berdakwah. Aku ni, susah sikit॥” Katanya sambil geleng-geleng kepala.

“Sebab quota untuk kawin tambah dah dekat nak penuh! Juga di tanganku ini, ramai lagi anak-anak gadis kampungku yang warisnya menyerahkan amanat kepadaku untuk dicarikan jodoh। Mereka suka orang Malaysia kerana agamanya, walaupun terpaksa ikut jauh sesudah berkahwin. Atau menunggu suaminya pulang dari Malaysia sebulan atau dua bulan sekali menggiliri isteri-isterinya.” Perbualan kami terhenti bila sampai di depan hotel yang dituju.

Imam Masjid Besar Phnom Penh bersama dua pengiringnya yang dijemput pun ada di situ। Wanita itu dengan seorang temannya yang juga wanita pun ada sama. Sama-sama dijemput ke bilik melangsungkan majlis aqad nikah. Setelah menilik data-data peribadi pasangan, saksi-saksi dan mas kahwin yang cukup mudah, maka majlis pun berlangsung.

Setelah selesai Tuan Imam berkata, “Bagi kami orang yang mahu berkahwin menurut syariat adalah orang baik-baik। Seperti satu masa dulu awal 90an, tentera-tentera orang Islam Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu yang berkawal di sini dari berbagai bangsa di dunia telah kami kahwinkan berpuluh-puluh pasang sehari dengan wanita-wanita Islam tempatan atau yang baru masuk Islam॥”

“Mereka boleh duduk tanpa nikah kalau mereka mahu, kerana tiada undang-undang tangkap khalwat macam di negeri tuan-tuan! Kerajaan ini bukan kerajaan Islam, mereka lagi suka kalau rakyatnya tak ikut cara Islam।” Celah seorang pengiring Imam.

Tiba-tiba kawan kita orang Malaysia yang baru kahwin itu bertanya, “Adakah dikeluarkan apa-apa tanda dan bukti perkahwinan ini, supaya mudah saya membawa isteri saya ke Malaysia tidak kena tangkap basah??”

“Saya boleh bantu untuk dapatkan surat akuan nikah dari persatuan Islam di sini।” Jelas Imam lagi.

“Kalau semua yang kahwin bawa balik isterinya ke negara masing-masing, maka kuranglah benih Islam di sini। Maka lambatlah berkembangnya dakwah?” Giliran saya pula menyampuk.

Isteri baru kawan kita tadi pula menambah, “Bagi kami, mengahwini wanita di sini secara sah adalah amat bertangungjawab। Tak kira samada bawa balik isteri atau tinggal di sini! Bukan seperti askar-askar Amerika yang hanya memuaskan nafsunya sahaja, pulang meninggalkan pembiakan sarang pelacuran dan wabak penyakit॥ tinggalkan anak tanpa bapa, merayau-rayau di jalanan.”

Hebat juga muslimah ini, seolah-olah dia bukan muallaf। Fikirku.

“Tuan-tuan tahu?” Sambungnya। Nampaknya dia pula yang berkhutbah. “Negara kami baru lepas perang, telah mengorbankan jutaan lelaki kami. Ramai isteri yang kehilangan suami, anak kehilangan ayah, ke mana tempat mereka nak mengadu dalam negara miskin, baru dan rapuh ini?? Kadar nisbah lelaki perempuan di sini lebih 1:10. Bahkan ada yang kata lebih lagi hingga 1:30, kerana tiada statistik rasmi. Mengapa tidak ada badan-badan pembebasan wanita dunia membela secara praktikal dan bersungguh di sini??” Nadanya mulai beremosi.

“Tiada jalan lain kecuali dengan mengimport dan mengembangkan agama Islam di sini। Bawalah lelaki Malaysia ramai-ramai ke sini! Penuhilah quota kahwin empat menurut syariat, kerana tiada agama lain yang sebaik Islam. Sebab saya sendiri bersama rakan-rakan mampu mengumpulkan 50 wanita muda seminggu yang mahu masuk Islam jika ada lelaki Islam mahu kahwin dengan mereka. Tidak kira samada lelaki muda atau tua, kaya ataupun miskin! Termasuk kawan saya yang ada bersama kita di sini…” Katanya sebagai penutup, sambil mengerling kepada saya dan berpaling kepada wanita pengiringnya pula.

Ini membuatkan mata saya terikut memandang kepada wanita itu, yang kebetulan pula sedang mengerling pada saya॥ menjadikan saya terkejut, tergamam sehingga tergagap nak sebut samada ‘Astaghfirullah’ atau ‘Alhamdulillah’…

Sekian। Saya telah paparkan kisah ini pada Majalah Geletek April 2001. Kini dipaparkan semula sekarang sekadar mula menjawab mengenai penjelasan kahwin di Kemboja, seperti yang ditanyai pada tulisan lalu. Insya Allah, akan dipaparkan kisah-kisah selanjutnya.


Catatan Perjalanan: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) KL. 26-11-2007. KL.

Sunday, November 25, 2007

Kemboja: Bunga Di Atas Pusara




Ibnu Hasyim
CATATAN PERJALANAN:

TENTERA-tentera berpakaian hitam dengan kain lilit kepala merempuh masuk ke bandar Phnom Penh, ibu negara Kemboja pada 17 April 1975॥ Mereka adalah tentera komunis yang digelar Khmer Merah atau Khmer Rouge, oleh Raja Sihanouk Kemboja। Khmer Rouge atau Angkar Padevat (Organisasi Revolusioner) telah menghalau penduduk Phnom Penh dan mengosongkan bandar itu, 3 bulan sebelum Phnom Penh dirampas. Ketika itu Kemboja di bawah kerajaan Lon Nol.

Antara pemimpin Khmer Rouge yang kejam iaitu Pol Pot dan kuncu-kuncunya। Kini antara mereka yang masih hidup, sedang dihadapkan ke mahkamah untuk dapatkan hukuman sewajarnya. Dianggarkan hampir tiga juta rakyat Kemboja mati dibunuh oleh tentera Khmer Rouge. Pol Pot memulakan kempen pembersihan Kemboja dari golongan agama dan intelektual dengan cara menangkap, menembak sami Buddha dan guru agama Islam beserta keluarga mereka. Larangan menyimpan kitab agama juga berkuatkuasa. Sembahyang, puasa, zakat dan pelaksanaan haji dikatakan turut terhenti antara 1975 hingga 1979.

Asalnya terdapat 400,000 penduduk Islam di Kampuchea, tapi telah berkurangan tinggal 350,000 pada tahun 1975 kerana terkorban ketika pemberontakan Khmer Rouge tersebut। Sebahagian yang terselamat sempat berhijrah ke sempadan dan tidak kembali lagi.

“Saya bersama kaum keluarga saya kira-kira 50 orang yang tidak berdaya, telah menyusup lari ke sempadan Thailand untuk mencari perlindungan di luar negara। Ramai antara kami yang kena jerangkap samar॥ mati atau putus kaki sahaja, ada yang ditangkap dan dibunuh.. Akhirnya kami yang selamat sampai disempadan hanya tinggal 15 orang sahaja. Waktu itu.. rasa macam mati hidup semula..” Kata Mad Li yang turut berhijrah keluar dari tanahairnya sendiri ketika itu. Saya menemuinya di rumahnya sendiri di Kampung Kemboja di Selangor baru-baru ini.

“Kami berjalan kaki sampai Bangkok। Apabila ada yang mengetahui kami orang Islam, tiba-tiba kami dibantu. Kami disediakan rumah dan diberikan makanan secukupnya tiap hari. Saya nak beri wang pada mereka, tapi mereka menolak! Untuk lebih selamat mereka mencadangkan supaya kami menuju ke selatan, kerana di sana ramai orang Islam. Kami bersetuju dan mereka menyediakan tiket bas untuk ke sana. Saya nak bayar balik kerana sudah terlalu banyak mereka berkorban, juga mereka menolak॥”

Dia menambah lagi, “Sesampainya kami di Selatan Thai, kami bertemu ramai orang Islam। Ada yang mencadangkan lagi supaya kami melintasi sempadan ke negara yang ramai lagi orang Islam, iaitu Malaysia. Di sana, golongan-golongan muhajirin ini akan disambut dengan baik॥ kata mereka. Memang betul. Akhirnya kami sampai di Kelantan, antara setesyen tempat kami bertolak ke seluruh negara Malaysia membina perkampungan-perkampungan Islam Kemboja, seperti di Selangor, Perak, Johor dan lain-lain, macam yang ada sekarang. Antara kumpulan awal yang berhijrah macam saya ini ialah Ismail Sasakul orang Kemboja bekas pelakon bintang filem Hong Kong. Khabarnya, dia berada di Kelantan sekarang.”

Selepas tahun 1979, Kemboja didatangi penasihat Rusia dan Vietnam yang mengambil alih pentadbiran menerusi kepemimpinan Hun Sen, yang ada sekarang। Namun waktu itu, perang masih tidak dapat dihentikan. Senjata api dari China, Rusia dan Amerika dibekalkan kepada rakyat jelata dan berbunuhanlah mereka sesama sendiri. Pertelingkahan hanya dapat dihentikan apabila termetrainya Perjanjian Damai 1991 antara pihak yang bertelingkah.

Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu pula telah mengawasi keselamatan negara Kemboja sehingga pilihan raya umum pertama diadakan pada tahun 1993 dan rakyat jelata kembali mendapat kebebasan termasuk masyarakat Islam di sana। Melalui Persatuan Islam Kemboja, kerajaan membuat aktiviti untuk kepentingan Islam Kemboja, di luar negara. Masyarakat Islam juga telah diberi peluang untuk membangunkan Kemboja dengan memberi idea yang bernas. Pada tahun 1997, ahli parlimen dari kalangan umat Islam berjumlah tiga orang dan terdapat lebih dari 200 buah masjid di Kemboja.

Dikatakan penduduk Islam paling ramai di negara itu ialah di kalangan Melayu Champa atau Cham, iaitu sekitar ke 95%। Negeri Kampung Cham adalah antara kawasan terbesar bilangan penduduk Muslim iaitu sebanyak 35% semenjak tahun 1975 dan 30,000 orang Islam boleh didapati di sekitar Phnom Penh. Selain itu kampung yang majoriti penduduk Islamnya ialah seperti Kampung Cheram Chemerai dan Kampung Pok Bahau berhampiran dengan bandar Phnom Penh, Kampung Pok Serah, Pok ‘An dan Pok Cerah.

Saya pernah ke sana sekitar tahun 2,000. Saya dipanggil berceramah dalam bahasa Melayu di Perik Aji (Parit Haji) dalam Kampung Cham. Selepas berceramah saya bertemu orang-orang tua di sana, dan banyaklah cerita-cerita menarik yang saya dapati. Antaranya ialah mengenai keberanian orang Cham, penduduk Kampung Koh Pohl dalam mempertahankan akidah Islam.
Dikatakan kampung tersebut adalah kampung pertama yang bangun berjihad menentang kekejaman rejim Khmer Rouge। Kampung Koh Pohl atau Pulau Koh Pohl adalah bermaksud ‘pulau yang telah menjadi pulau abu, apabila rumah penduduknya dibakar’. Penolong imamnya, Muhammad Doth Arif bercerita…

“Petang 12 Ramadhan 1975, sekumpulan 20 askar Khmer Rouge bersama ketuanya memanggil seluruh penduduk kampung berkumpul di masjid। Dalam perjumpaan tersebut mereka dikehendaki mematuhi 5 perkara. Pertama mengumpulkan al-Quran untuk dibakar. Ke2, wanita diminta memotong rambut panjang yang biasanya disanggul. Ke3, hendaklah berkahwin dengan orang Khmer yang bukan beragama Islam. Ke4, dilarang berpuasa dan yang ke5 disuruh memelihara babi serta memakannya sekali॥

Selesai berucap, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun terus meluru dan menampar muka ketua Khmer Rouge yang lancang mulut tadi kerana sensitifnya mengenai babi। Hal itu rupanya membangkitkan kesedaran penduduk kampung dan terus meninggalkan perhimpunan. Barulah timbul semangat untuk bangun berjihad, walaupun dengan hanya menggunakan parang dan buluh rencong.

Namun tentera Khmer Rouge tidak berdiam diri, akhirnya pada hari ke9 dari periswtiwa itu, mereka telah menyerang dan menembak kampung tersebut, tetapi tiada siapa yang terkena sasaran। Setelah dua hari bertahan, orang kampung membalas serangan. Berlaku serang menyerang dan 48 nyawa penduduk terkorban. Akhirnya ada yang tertawan dan menyusup lari berhijrah ke Vietnam. Selain kampung itu, Kampung Svay menjadi kampung kedua bangun berjihad terhadap Khmer Rouge. Berikutan itu, tentera Khmer Rouge terus mengambil tindakan lanjut ke atas seluruh umat Islam Kemboja.”

Mereka yang mati mempertahan agama Allah itu adalah Mati Syahid। Mereka bagaikan bunga-bunga yang mekar segar di taman Syurga diakhirat. Begitu juga mereka yang syahid di negara Kemboja. Kemboja asalnya adalah nama bunga. Pohonnya yang sentiasa didapati tumbuh di atas pusara… Kemboja menjadi pusara kepada syuhadak-syuhadak.

Tiba-tiba Mad Li sahabat saya yang sudah saya kenal lama itu bertanya, “Maaf bang॥ boleh saya tahu sikit??”

“Apa dia??” Jawab saya।

“Bagaimana dengan isteri abang yang di Kemboja dulu??”

Tergamam saya। “Syhht! Nanti ada yang salah faham. Biar saya terangkan lain kali…”

Catatan Perjalanan: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) KL. 25-11-2007. KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails