Saturday, April 19, 2008

Peluang Bekerja Sambil Belajar Lebih RM 5,000 Sebulan..

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

19 APRIL 08, tepat jam 12 malam, saya ada temujanji dengan seorang kawan, yang sudah 6 bulan tidak berjumpa. Dia baru pulang dari New Zealand. Secara kebetulan, waktu itu di tarikh ini, genab 1 tahun umur blog Ibnu Hasyim. Asalnya, dialah sahabat yang membantu dan menolong hingga wujudnya blog ini setahun lalu.

Kami bertemu di Maju Junction, minum-minum ringan sambil menghirup udara tengah malam di bandaraya KL. Mungkin di meja itu juga dia membina blog saya setahun lalu. “Tak terasa hampir 6 bulan saya berada di sana.” Katanya. “Saya lihat di sana banyak peluang-peluang pekerjaan dan boleh belajar bahasa Inggeris di sana, terutama bagi anak-anak muda yang masih menganggur.”

Sekumpulan Mat-mat rempit tiba-tiba sampai, dengan bunyi bising enjin motor mengganggu perbualan kami. Tapi, kami tak peduli. “Ha, bagus tu. Kerja apa? Apa syarat-syarat pengambilannya?

“Saya telahpun berunding dengan seorang pengusaha ladang (di New Zealand), orang Islam gayanya macam dari kumpulan Jamaah Tabligh (sebuah badan dakwah antarabangsa). Dia perlukan ramai pekerja-pekerja lagi. Kerjanya kutib buah apple, potong kentang dan lain-lain, tidaklah berat sangat. Dibayar gaji kira-kira RM1,600 seminggu.

Mungkin kalau sebulan setelah ditolak sewa rumah, makan dan lain-lain, bolehlah dapat bersih gaji antara RM4,000 ke RM5,000. Boleh pula mendalami bahasa Inggeris, atau belajar agama sesama kawan-kawan. Itu sebab saya nak pilih yang baik, sembahyang cukup dan boleh susun program tarbiah ringan-ringan.” Jelasnya.

“Al-hamdulillah, itulah yang baik. Saya boleh bantu carikan muda-mudi yang nak kerja. Kita boleh bantu Mat-mat rempit dan Mat-mat lepak dari segi ekonomi dan agama. Sebelum pergi kita adakan taklimat atau tazkirah. Mungkin di sana, di New Zealand pun boleh diadakan juga. Apa lagi kalau yang pergi itu adalah pemuda-pemuda dan muslimat PAS, atau PKR. Kita boleh ambil mereka melalui pertubuhan-pertubuhan tersebut, bahkan ketua-ketua lajnah ekonomi atau cawangan boleh fikir dapatkan derma untuk tabung-tabung amal mereka.” Cadang saya. “Bagaimana syarat-syaratnya pula?”

Kami bertemu di Maju Junction, minum-minum ringan sambil menghirup udara tengah malam di bandaraya KL. Mungkin di meja itu juga dia membina blog saya setahun lalu. “Tak terasa hampir 6 bulan saya berada di sana.” Katanya. “Saya lihat di sana banyak peluang-peluang pekerjaan dan boleh belajar bahasa Inggeris di sana, terutama bagi anak-anak muda yang masih menganggur.”

Sekumpulan Mat-mat rempit tiba-tiba sampai, dengan bunyi bising enjin motor mengganggu perbualan kami. Tapi, kami tak peduli. “Ha, bagus tu. Kerja apa? Apa syarat-syarat pengambilannya?

“Saya telahpun berunding dengan seorang pengusaha ladang (di New Zealand), orang Islam gayanya macam dari kumpulan Jamaah Tabligh (sebuah badan dakwah antarabangsa). Dia perlukan ramai pekerja-pekerja lagi. Kerjanya kutib buah apple, potong kentang dan lain-lain, tidaklah berat sangat. Dibayar gaji kira-kira RM1,600 seminggu.

Mungkin kalau sebulan setelah ditolak sewa rumah, makan dan lain-lain, bolehlah dapat bersih gaji antara RM4,000 ke RM5,000. Boleh pula mendalami bahasa Inggeris, atau belajar agama sesama kawan-kawan. Itu sebab saya nak pilih yang baik, sembahyang cukup dan boleh susun program tarbiah ringan-ringan.” Jelasnya.

“Al-hamdulillah, itulah yang baik. Saya boleh bantu carikan muda-mudi yang nak kerja. Kita boleh bantu Mat-mat rempit dan Mat-mat lepak dari segi ekonomi dan agama. Sebelum pergi kita adakan taklimat atau tazkirah. Mungkin di sana, di New Zealand pun boleh diadakan juga. Apa lagi kalau yang pergi itu adalah pemuda-pemuda dan muslimat PAS, atau PKR. Kita boleh ambil mereka melalui pertubuhan-pertubuhan tersebut, bahkan ketua-ketua lajnah ekonomi atau cawangan boleh fikir dapatkan derma untuk tabung-tabung amal mereka.” Cadang saya. “Bagaimana syarat-syaratnya pula?”

“Hendaklah warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan. Berumur 18 hingga 30 tahun, ertinya sihat tubuh badan, boleh kerja. Tak perlu pengalaman professional. Tetapi kalau ada, pengalaman kerja macam wayaring, electrical atau lain-lain yang lebih baik, saya cuba cari di tempat lain yang gajinya lebih besar lagi.” Katanya dengan yakin. “Syarat-syarat lain, kena ada paspot, dan wang pengurusan visa atau permit kerja (working holiday atau kerja sambil melancung) sekurang-kurangnya 6 bulan (boleh ditambah), urusan penginapan atau lain-lain antara RM1,200 hingga RM2,000 sahaja.”

“Tambangnya berapa?”

“Pergi-balik kira-kira RM3,800!” Jelasnya.

Jadi kena siap lebih kurang RM5,000 untuk seorang. Kerja sebulan dah boleh bayar balik, kalau berhutang. Ringkasnya…

Peluang Kerja Sambil Melancung Ke New Zealand:
Di Sektor Pertanian: Gaji RM5,000 sebulan.
Syarat:
i. Warganegara Malaysia.
ii. Lelaki/perempuan berumur antara 18-30

Sila hubungi:
Abu 03 41465655 atau 013 2053054
Shah 012 2550686
HMH_Resources@yahoo.com
Ibnuhasyim@gmail.com

Inilah catatan santai kali ini.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 19-04-08. KL.

Kata Kami Pembela Bangsa Dan Islam, Tapi...


Komen Blog PENGEMBARA JALANAN Thursday, April 17, 2008


Mungkin ramai yang tak perasan isu yang ingin di bawa ini. Kalau masih ingat, beberapa hari lepas Pak Lah telah memberikan kenyataan supaya mana-mana saudara baru(muallaf) yang ingin memeluk Islam, mesti mendapatkan kebenaran keluarga mereka terlebih dahulu. Dalam erti lain, keislaman mereka perlulah diistiharkan kepada keluarga. Kalau tak dapat approval dan green light dari ibu dan bapa mereka, maka kekallah mereka di dalam kekafiran selamanya.

Dari satu segi, nampak kita berdiplomasi. Tetapi realitinya agak sukar untuk kepala otak kita yang menerima Islam dari lahir untuk membayangkan rintangan-rintangan dan tentangan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita yang baru memeluk Islam. Sejarah awal Islam sendiri menceritakan, penentangan terhadap golongan awal sahabat yang memeluk Islam itu begitu kritikal sekali. Di serang dari segenap pelusuk. Bukan sahaja dari ibu bapa sendiri, malah kaum keluarga, sahabat handai dan puak-puak mereka sendiri menentang habis-habisan. Bahkan nabi kita Muhammad S.A.W sendiri, yang diberi gelaran al-Amin oleh mereka sendiri - dikeji dan dihina.

Sebelum membuat kenyataan yang sebegini, Pak Lah seharusnya meneliti terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak. Jangan lah kerana beliau mempunyai kuasa dan seorang PM, maka beliau boleh sesuka hati membuat polisi-polisi dan tindakan sedemikian rupa. Insaflah, kuasa itu ujian. Amanah itu juga ujian. Ia tidak akan terlepas dari disoal - tidak di sini.. di sana.

Merujuk kepada kenyataan Ibnu Hasyim, beliau mengulas kenyataan naib Presiden MACMA, Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mana tindakan ini akan membantutkan usaha dakwah bagi menarik minat lebih ramai orang bukan Islam menganut agama suci kita ini. Tidak ramai yang mengetahui bahawa ramai saudara baru ditekan oleh kebanyakkan keluarga mereka yang tidak dapat menerima hakikat mereka murtad dari agama nenek moyang mereka. Bukan senang untuk menangani tentangan dan tekanan daripada darah daging mereka sendiri.

Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kebanyakkan daripada saudara baru ini, keislaman mereka belum lagi betul-betul pejal. Saya bukan merendahkan tahap kesungguhan mereka. Namun, jangan dilupa hakikat bahawa mereka selalunya bersendirian dan kadang-kadang langsung tidak mendapat sokongan yang diperlukan dari saudara-saudara seislam mereka sendiri dalam menghadapi situasi getir ini.

Oleh itu sedarlah wahai pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang UMNO, jangan lah mengadaikan agama Islam yang suci ini atas dasar kuasa dan desakan daripada pihak luar. Jika anda betul-betul dilandasan buktikanlah anda betul-betul membela agama dan bangsa. Janganlah Islam dipijak dan ditindas, tetapi dalam masa yang sama anda lah orang yang sama-sama turut bekompromi. Di waktu yang sama, terus di war-warkan di akhbar-akhbar dan media perdana, anda lah pembela agama ini. Mungkin Pak Lah terlepas pandang hal ini. Jadi, sampaikanlah berita ini kepada Pak Lah supaya beliau dapat mempertimbangkan sebaiknya hal ini. Mungkin kah ??

Posted by Cik Lee at6:12 PM

Friday, April 18, 2008

Sempena Setahun: Ke Mana Arah Blog Saya?



Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


19 APRIL 08, genap setahun umur blog saya. Saya mula menulis blog pada tarikh sama tahun lepas bertajuk ‘Catatan Santai: Pilihan Raya Kecil Ijok, Mampukah PAS Perintah Malaysia?’. Saya bermula dari Ijok. Mula-mula saya cuba bentangkan teori bagaimana parti Islam boleh memerintah Malaysia…

Memandang Malaysia rakyatnya bermasyarakat majmuk, sama dengan masyarakat di Ijok, tempat berlaku pilihan raya kecil waktu itu, maka ramai orang yang menganggap mustahil Islam boleh memerintah. Kalau Ijok itu diibaratkan sebagai Malaysia kecil, kata mereka logiknya Islam tidak boleh menang dan memerintah. Pada saya, pandangan itu bukan perkara baru, kerana di zaman kebangkitan Nabi Muhammad SAW di Mekah dulu pun ramai orang yang tidak percaya kemenangan Islam.

Seperti tidak percayanya Peristiwa Israk Mikraj yang berlaku di zaman beliau. Iaitu peristiwa jalan malam dari Masjid Haram Makkah ke Masjid Aqsa di Palestin dan naik ke langit tinggi yang berlapis-lapis. Dalam masa tidak sampai satu malam saja dan balik pula ke Mekah, walau masa itu tiada kapal terbang jet. Peristiwa seperti yang diceritakan dalam Al-Quran.. Masa itu bukan saja orang kafir musyrikin tidak percaya, bahkan orang yang sudah Islam pun jadi murtad kerana tidak yakin bila gunakan alat pengukur logik semasa, mereka.

Pemikiran mereka begitu kerdil macam otak semut. Bukan otak semut seperti yang dikisahkan dalam Al-Quran Surah Semut. Contohnya, kalau saya bawa seekor ketua semut pagi-pagi naik kapal terbang pergi ke Medan Indonesia, bawa dia jalan-jalan. Jumpa ketua semut jenis marabunta atau semut api di sana, dan petang bawa semut itu pulang ke tempatnya… Bila dia cerita hal itu kepada anak buahnya, iaitu peristiwa ‘perjalanan sehari siang dan naik ke langit’ dalam masa tak sampai satu hari, tentu semut-semut anak buahnya tidak percaya, kerana pada mereka kota Medan itu begitu jauh.

Bahkan mungkin ada yang mengatakan ketua semut itu gila atau kena sampuk cara berfikir manusia. Begitulah logik ‘otak semut’, bagi manusia-manusia yang tidak yakin dengan kemenangan Islam akhirnya. Maka proses meyakinkan manusia tentang tentang kemenangan Islam sebagai Khalifah di muka bumi atau Presiden Sejagat inilah, menjadi matlamat blog saya. Walaupun perjuangan ini tidak mudah, tetapi tidak bererti kita boleh tidak perlu berjuang untuk menegaknya.

Banyak rintangan-rintangan yang perlu dihadapi, samada dari dalam atau dari luar. Rintangan dan rentetan itulah yang perlu dijelaskan dari semasa ke semasa. Terpaksa berlawan bersungguh-sungguh dalam memberi penjelasan yang hak. Oleh itu kepada diri saya sendiri atau penulis-penulis blog lain marilah kita sama-sama bertanggung jawab atas tulisan dan peranan kita kepada agama kita.

Marilah kita terus berjuang menggunakan blog dan tidak akan undur lagi walau sejengkal. Saya pilih serumpun doa Tok Guru Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS semasa menghadapi PRU 12 lalu, yang perlu kita amalkan dalam doa-doa harian kita sebagai pemangkin semangat, sempena menyambut satu tahun blog saya ini.. Marilah kita sama-sama berdoa…

Wahai Tuhan!
Sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami
sebagaimana Engkau lembutkan besi untuk Nabi Daud…
Dan Engkau tundukkan mereka
seperti Engkau tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman…
Atau pun Engkau lipat balik rancangan jahat mereka
supaya berpatah balik ke atas diri mereka sendiri…
Dan Engkau hancur-leburkan pakatan mereka..
dan kacau-bilaukan kumpulan mereka..
dan goncangkan pendirian mereka…

Ya Allah!
Turunkan bendera mereka rapat ke bumi…
Wahai Tuhan yang tetap hidup mentadbir urusan makhlukNya…
Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan,
sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah Tuhan kami!!
Limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW
yang dengannya dapat mengubati hati
dan menjadikan penawar,
menyihatkan badan yang menyembuhnya,
menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarnya
dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarganya
dan para sahabat baginda sekalian.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 19-04-08. KL.

Tahniah Atas 2 Tokoh PAS PP...



BY ASYOK KUMAR

UKAY PERDANA 17 April – Group Universiti Ulu Klang menyokong penuh perlantikan dua orang pimpinan PAS Negeri Pulau Pinang yang diberi kepercayaan menganggotai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Hal ini berikutan dari Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar, Chow Kon Yeow telah mengisytiharkan senarai nama mereka kepada media sebagai Ahli Majlis MPPP dan MPSP di Bilik Gerakan Pejabat Ketua Menteri di Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Presidennya Dr Mohd Hasyim semasa di temuramah di pejabatnya di sini semalam. Mereka ialah Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Abdul Halim Saleh diamanahkan menganggotai MPPP manakala Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi MPSP.

“Inilah hasil dari kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat, kita harap ianya akan terus berlanjutan.” Kata beliau yang juga pernah memimpin PAS Negeri Pulau Pinang, dan menjadi Ketua Kawasan Balik Pulau suatu ketika dulu. Beliau juga turut kirim salam kepada Ustaz Saleh Man Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan teman-teman seperjuangan lain, termasuk ahli majlis yang baru dilantik itu.

Thursday, April 17, 2008

Kisah Di China & Rusia: Perkenal Islam Melalui Makanan Halal..


Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


BARU-BARU ini, saya berada di rumah kawan saya seorang bangsa Cina di negaranya di Ning Siang dalam kawasan bandar Chang Sha di China. Dia bukan Islam. Dia menyiapkan makanan halal untuk saya sebagai tetamunya yang beragama Islam.

“Mengapa perlu dibeza-beza makanan Islam dan bukan Islam?” Tercetus pertanyaan darinya.

“Kami orang Islam berada dalam agama kesatuan yakni agama yang percaya Tuhan itu Satu (La ilaha illalah). Setiap gerak kerja hidup kami adalah kerana Tuhan Yang Satu itu (Allah). Pernah seorang kawan kepada pemimpin kami Nabi Muhammad SAW, kira-kira 15 abad silam sedang bertarung pedang dengan seorang musuhnya demi mempertahankan Islam… Beliau berjaya merebahkan lawannya. Semasa berada di atas badan musuhnya dan hendak membunuh, tiba-tiba mukanya diludahi lawannya itu. Dia berhenti tak jadi membunuh.

Mengapa kau tak terus bunuh aku? Musuhnya bertanya. Jawab beliau, aku tidak mahu bunuh kamu kerana semata-mata menurut perasaan marah! Yakni orang Islam tidak mahu bertindak sesuatu kalau bukan kerana tuntutan agama. Bukan kerana nafsu marah, dendam dan sebagainya, tetapi membuat sesuatu kerana Allah sahaja! Dalam permakanan pun begitu. Contohnya, Allah cuma benarkan makan makanan atau binatang ternak yang disembeleh mengikut syarat-syaratnya.

Kalau nak makan sup ekor, tidak boleh potong terus ekornya sedang badan induknya masih hidup. Yakni tidak boleh menzalimi binatang itu walaupun binatang itu memang makanan kita. Mesti ikut peraturan menyembelih, seperti mesti gunakan senjata tajam dan cepat mati,.. Yang penting sembelihan itu mesti dengan menyebut nama Allah atau kerana Allah semata-mata. Begitu juga dalam berkahwin, ada syarat-syaratnya.” Saya jawab, paling ringkas.

Itulah yang saya cuba terangkan konsep tauhid melalui pertanyaan permakanan halal. Nampaknya dia boleh terima. “Oh. Teliti sungguh agama kamu!”

Begitu juga apabila saya berada di Rusia, beberapa minggu selepas itu. Di Rusia saya tinggal bertamu di rumah sebuah keluarga Kristian Katholik, di mana saya pernah membantu mereka sewaktu mereka berada di Malaysia tahun lepas. Mereka datang ke Malaysia kerana meraikan anak gadis mereka yang mendapat Johan Pemidato Terbaik dalam Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun tersebut. Gambarnya terpampang di muka depan akhbar bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia masa itu.

(Sila lihat tulisan Ibnu Hasyim ‘Bertemu Gadis Rusia Bernama Olga..’ dalam blognya pada 3 Julai 07).

Saya dan Olga nama anak gadis itu beserta teman perempuan sebayanya, pada suatu hari keluar berjalan-jalan di bandar St Petersburg, iaitu kira-kira ratusan kilometer dari Moskow. Kami mencari kedai makan orang Islam. Dalam mencari-cari itu, kami bertemu 2 gadis bertudung. Rupanya mereka beragama Islam, seorang keturunan Rusia dan seorang lagi keturunan kacukan Rusia-Turki, sedang 2 gadis bersama saya ini masih belum Islam. Memang biasanya di sana orang-orang keturunan Turki beragama Islam.

Islam adalah agama kedua terbesar sesudah Kristian Ortodoks. Kebanyakan suku Rusia beragama Ortodoks. Lain-lain agama termasuk berbagai aliran Protesten, agama Yahudi, Katolik Rom dan agama Buddha. Biasanya agama seseorang bergantung kepada etnik masing-masing. Mereka 2 gadis bertudung ini juga sedang mencari kedai makan Islam seperti kami. Sesudah bertanya-tanya kami diperkenalkan dengan sebuah kedai makan milik orang Islam.

“Di sini ada dua jenis makanan yang berasingan. Satu untuk bukan Islam dan satu untuk orang Islam.” Kata tuan kedai itu.

Kami lihat ada terhidang daging babi di bahagian yang bukan Islam. Kami tak jadi nak makan di situ, “Hii, aku tak yakin. Apa lagi tiada tulis makanan Islam atau tanda halal, walaupun yang jual itu orang Islam!” Kata salah sorang dari gadis Islam itu. “Jom kita cari tempat lain!” …dan memang akhirnya bertemu juga. Rupanya, kerana makanan halal kami dapat kawan se agama.

Begitu juga dengan kisah saya mula-mula sampai ke rumah Olga. Saya datang secara tidak dirancang dan tidak memberitahu lebih awal. Saya sampai ke kampung itu dan tiba di depan rumahnya pihak polis Rusia sedang menanya-siasat saya. Olga dan keluarga terkejut bila saya sampai, dan polis itu pun pergi. Keluarganya menyiapkan makanan Rusia, masakan khas kerana menyambut kedatangan saya. Malangnya saya tidak dapat makan, kerana makanan tersebut bercampur daging yang tidak disembeleh.

Ibu Olga sangat kecewa. “Apakah tidak boleh berlebih kurang dan cincai-cincai dalam soal permakanan ini?”

Maka terpaksalah saya menerangkan bersungguh-sungguh seperti di atas sehingga mereka faham. Rupanya perbincangan mengenai Satu Tuhan itu amat menarik perhatian mereka, dan mungkin akan diperbincangkan dengan lebih luas. Mereka menyiapkan makanan untuk saya sekali lagi, “Kali ini tentu halal!!” Kata Olga.

Demikanlah kisah ‘makanan halal’ menjadi pembuka laluan ke arah perkenalkan Islam di negara asing.


Perhatian: Kisah ini sebenarnya bukan kisah saya Ibnu Hasyim. Tetapi kisah kawan saya seorang anak muda yang aktif mengembara keluar negara sambil berniaga. Perkataan ‘saya’ dalam watak pencerita itu bukan saya, tetapi ‘dia’.Begitu, ceritanya pada saya. Saya tuliskan cerita-cerita begini untuk sama-sama berkongsi pengalaman. Jika pelayar-pelayar blog ini ada cerita-cerita menarik begini dan berminat untuk siarkan, sila kirim ke alamat e-mail di bawah. Sekian, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 17-04-08. KL.

Wednesday, April 16, 2008

Bahasa Melayu Kedah Di Selatan Myanmar


Ibnu Hasyim: CATATAN PERJALANAN

BARU-BARU ini keluar berita mengenai ramai pendatang-pendatang Myanmar tanpa izin mati di dalam kontena telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand, di kawasan Ranong. Ranong adalah sebuah bandar pelabuhan bersempadan dengan Selatan Myanmar… Hal ini mengingatkan saya kepada pengalaman melintasi sempadan melalui laut dari Ranong ke Victoria Island sebuah pulau, di hujung bawah selatan dalam negeri Myanmar.

Saya juga pergi-balik ke situ Thai-Myanmar dengan tanpa izin, iaitu tidak menggunakan pasport atau istilahnya secara haram. Tongkang kecil yang saya tumpangi sarat muatan kira-kira 30 penumpang melayari laut biru yang tenang masa itu. Sahabat saya orang tempatan menasihatkan supaya membuka cermin mata yang saya pakai, biar nampak macam orang tempatan yang biasanya nelayan-nelayan tidak pakai cermin mata, bila melalui pusat kawalan sempadan di pertengahan jalan.

Hal ini dilakukan supaya saya tidak ditahan imigresen kerana tidak tunjukkan pasport, menunjukkan betapa mudahnya menyeberang sempadan laut dari Myanmar. Tongkang kami terus membelah lautan kecil itu hingga ke distinasinya. Dari jauh nampak kesibukan penghuni-penghuni pulau kecil itu. Ramai orang Islam di situ. Menarik, bila sampai, saya lihat pekerja-pekerja kontek yang lelakinya mengangkat batu-bata cuma pakai kain pelikat, disenteng ke paras lutut sahaja.

Mereka lihat saya sebagai orang luar beragama Islam dengan begitu mesra. “As-salamu ‘alaikum?” Sapa saya.

“Wa’alaikumus salam warahmatullah!” Jawab salah seorang dari mereka.

Saya pergi solat sunat ke sebuah masjid di situ. Keluar dari masjid, tiba-tiba seseorang memberi salam dan bertanya saya dari mana…

“Dari selatan Thai.” Jawab saya.

“Heiyy.. Hang habak betui-betui, Aku tengok cara hang pun aku tau.. hang dari Malaysia.” Jawabnya dalam bahasa loghat utara. Kami bersalaman. “Jangan takut.. Di sini aman. Tak dak kacau-kacau. Jom kita jalan sama-sama.”

Begitulah, sesudah kami berjalan-jalan sekitar pekan itu, dia perkenalkan ramai kawan-kawannya, yang semuanya berbahasa Melayu loghat Kedah. Saya seolah-olah berada di negara sendiri, bukan di Myanmar lagi. Saya melawat beberapa kedai yang berderetan. Ada sebuah kedai berisi biji gajus, juga disebut ‘janggus’, yang penuh di dalamnya. Mungkin dari situlah dieksport ke Thailand. Banyak juga kedai yang menjual batu-batu permata dari Myanmar.

Begitu juga gelas-gelas dan barangan kaca mungkin buatan China. Ada peti besi bertulis ‘Made in Malaysia’ macam yang pernah digunakan oleh nenek saya di kampung Pulau Pinang dulu. Sakarang dah tak ada lagi. Ada minyak atar atau minyak wangi cap ular, juga sekarang sudah tak nampak lagi digunakan di Malaysia, kerana dulunya memang termasyhor. Ada minyak panas berjenama terkenal di Malaysia dulunya, iaitu ‘Tiger Balm’.

Di situ sempat pula seorang wanita muda jelita bertudung kepala, mungkin anak taukeh kedai itu bertanya saya, “Encik dari Malaysia? Boleh tolong dapatkan maklumat bagaimana saya nak masuk ke Unversiti Islam Antarabangsa (UIA) di negara encik?” Begitu, anggapan dan harapan mereka terhadap perkembangan Islam di negara kita. Lepas itu dalam perjalanan pulang, saya singgah di sebuah pulau bernama Pinggai, erti bahasa Melayunya ‘Tempayan Pecah’. Pulau tersebut walaupun bersempadan dengan Myanmar tetapi masih dalam negara Thai.

“As-salamu ‘alaikum? Selamat datang ke Pulau Ping Gai!” Kata pengulu pulau itu, semasa saya sampai di jeti pelabuhan dan berkenalan dengannya.

Ahli keluarganya yang bernama Tok Adam mula-mula meneroka pulau itu kira-kira ratusan tahun lalu. Adam berasal dari negeri Kedah, Semenanjung Tanah Melayu. “Tu pasai kami di sini semua cakap bahasa Kedah. Semua penduduk di sini beragama Islam. Takdak sekoq pun kapiaq Siam dok di sini. Macam tu jugak di Pulau Tongtong di sempadan balik sana.. di Myanmar. Semuanya Islam, cakap Kedah belaka. Depa pun kawan-kawan kita jugak.” Katanya lagi.

“Al-hamdulillah!”

“Jom ke rumah saya. Kita makan-makan. Lepas tu, kalau nak jalan-jalan melawat pulau ni boleh la. Hujung sana ada sebuah masjid, sekolah taman bimbingan Islam, cikgunya mai dari Pattani dan ada juga sebuah pusat kesihatan kecik kerajaan…”

Dari jeti saya diiring ke rumahnya. Di perjalanan anak mereka sedang mandi-manda di air laut yang sedang pasang. Berbogel.. dan terjun, menyelam, berkejar-kejaran. Ikan-ikan kecil berlarian di air yang bagaikan cermin jernihnya. Se sampai di rumahnya, isterinya terus masak nasi tengahari dengan ikan besar yang baru di tangkap dari laut sebagai lauk. Bila dimakan jelas terasa lemak manis dan sedapnya. “Al-hamdulillah! Allah pertemukan saya dengan mereka yang se agama di sini, tidak disangka-sangka!” Kotak fikir bergolak.

“Kalau nak jalan-jalan di pulau ni, silakan! Nak tidur dan bermalam di sini pun takpa, rumah saya sentiasa terbukak!!” Katanya ikhlas mempelawa saya. Saya sempat melawat sekitar pulau itu dan akhir singgah solat di masjid.

“Maaf. Saya memang suka tidur di sini, tetapi saya sudah berjanji dengan seseorang untuk tidur di rumahnya di bandar Ranong malam ini.” Saya jelaskan.

“Oh, kalau lagu tu takpa. Takpa nu. Kalau ada umuq lain kali kita jumpak lagi, insya Allah!!”

Masih terngiang-nyiang di telinga saya, pesanan akhir darinya sewaktu menghantar saya di pelabuhan. Katanya, “Bila hang sampai di Malaysia jumpak orang Kedah, kalau ada kesempatan kirim salam kat depa nu, kata kat dia… Nun jauh hampiaq ribu-ribu batu dari negeri hampa di ujung selatan Burma sana, ada sekumpulan manusia yang sama keturunan dengan hampa sama-sama Kedah, sama-sama cakap Kedah sedang teringat dan rindu kat hampa. Mai la ziarah kami, bila-bila masa saja, kami sentiasa tunggu dengan gembira! Mai la!!”

Hal ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Bersambung.. Insya Allah.

Sila ikuti catatan perjalanan penulis ke Kemboja, Thailand, Myanmar, Indonesia, Filipina, Pakistan dan Saudi Arabia di blog penulis bawah tajuk-tajuk berikut:

i. Orang Melayu Kemboja I & 2 ii. Demontrasi Adalah Tunjuk Perasaan I & 2 iii. Wanita Muda Kehausan I & 2 iv. Kerdipan Sebelah Mata Pelacur 1 & 2 v. Jajah Melalui Fikiran, Budaya & Filem…

Catatan Perjalanan: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 15-04-08KL.

C/Perjalanan - Myanmar

Catatan Perjalanan dari Menado ke Aceh..

Sunday, April 13, 2008

Isytihar Peluk Islam: Group Univ UK Sokong MACMA

BY ASYOK KUMAR


KERAMAT PERMAI 13 April – Group Universiti Ulu Klang menyokong penuh kenyataan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) yang membantah langkah kerajaan memperkenalkan satu peraturan mewajibkan mereka yang mahu memeluk Islam mengisytiharkan perkara itu secara terbuka. Demikian kenyataan yang dibuat oleh Presidennya Dr Mohd Hasyim semasa di temuramah di suatu Majlis Makan Malam di sini malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden MACMA, Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang berpendapat langkah kerajaan itu tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya akan membantutkan usaha dakwah untuk menarik minat lebih ramai orang bukan Islam menganut Islam. Menurut Ridhuan banyak pihak tidak sedar bahawa bebanan serta tekanan menjadi saudara baru terutama di peringkat awal adalah amat hebat kerana kebanyakan keluarga tidak merestui mereka menganut Islam.

MACMA sendiri pernah menerima aduan yang mana hidup saudara-saudara baru tertekan selepas memberitahu status keislaman mereka pada keluarga masing-masing. Hal ini merupakan satu keadaan yang amat malang dan yang lebih malang lagi ada antaranya keluar dari Islam dan menganut agama asal. Keluarga mereka sanggup buat apa sahaja asalkan anak mereka itu kembali murtad, menurut Ridhuan lagi.

Dr Mohd Hasyim mengulas keputusan kerajaan memperkenalkan satu peraturan baru mewajibkan mereka yang ingin memeluk agama Islam mengisytiharkan perkara itu secara terbuka bagi mengelak masalah di kemudian hari. Dalam pada itu, beliau kesal dengan tindakan kerajaan yang tidak merujuk dengan mana-nama persatuan seperti MACMA sebelum memperkenalkan apa jua peraturan berkaitan saudara baru.

“Pengalaman MACMA dan ahli-ahli yang memeluk Islam perlu diambil kira dan dirujuk. Kebanyakan mereka yang ingin memeluk Islam biasanya akan mendapat tentangan dari keluarga. Apakah ini akan menyusahkan atau melewatkan pengislaman seseorang? Apakah peraturan yang sama juga akan dilaksanakan kepada seseorang Islam yang ingin menukar agama?” Tanya Dr Mohd Hasyim.

“Bagaimana pula dengan mereka yang memeluk Islam dalam tempoh sehari atau seminggu dan mereka terpaksa memberitahu keluarga dalam tempoh terdekat. Adakah dalam tempoh ini mereka mempunyai satu kekuatan yang mampu menahan tentangan daripada keluarga masing-masing? Kita perlu akui sifat prejudis yang tinggi pada keluarga bukan Islam terhadap anak-anak yang memeluk Islam di Malaysia. Ini adalah fakta..”

Ketika diberitahu tujuan kerajaan adalah untuk mengelakkan perkara berbangkit, beliau berkata, “Perkara itu tidak seharusnya timbul kerana saudara baru mempunyai dokumen-dokumen sebagai bukti keislamannya. Jika tidak ada dokumen mayat mereka akan diserahkan kepada keluarga asal untuk diuruskan seperti kes Nyonya Tahir. Janganlah disebabkan timbul satu dua kes, kerajaan terburu-buru memperkenalkan peraturan ini, Kerana seekor dua nyamuk, kelambu yang dibakar!'' tambah beliau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails