Saturday, April 19, 2008

Kata Kami Pembela Bangsa Dan Islam, Tapi...


Komen Blog PENGEMBARA JALANAN Thursday, April 17, 2008


Mungkin ramai yang tak perasan isu yang ingin di bawa ini. Kalau masih ingat, beberapa hari lepas Pak Lah telah memberikan kenyataan supaya mana-mana saudara baru(muallaf) yang ingin memeluk Islam, mesti mendapatkan kebenaran keluarga mereka terlebih dahulu. Dalam erti lain, keislaman mereka perlulah diistiharkan kepada keluarga. Kalau tak dapat approval dan green light dari ibu dan bapa mereka, maka kekallah mereka di dalam kekafiran selamanya.

Dari satu segi, nampak kita berdiplomasi. Tetapi realitinya agak sukar untuk kepala otak kita yang menerima Islam dari lahir untuk membayangkan rintangan-rintangan dan tentangan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita yang baru memeluk Islam. Sejarah awal Islam sendiri menceritakan, penentangan terhadap golongan awal sahabat yang memeluk Islam itu begitu kritikal sekali. Di serang dari segenap pelusuk. Bukan sahaja dari ibu bapa sendiri, malah kaum keluarga, sahabat handai dan puak-puak mereka sendiri menentang habis-habisan. Bahkan nabi kita Muhammad S.A.W sendiri, yang diberi gelaran al-Amin oleh mereka sendiri - dikeji dan dihina.

Sebelum membuat kenyataan yang sebegini, Pak Lah seharusnya meneliti terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak. Jangan lah kerana beliau mempunyai kuasa dan seorang PM, maka beliau boleh sesuka hati membuat polisi-polisi dan tindakan sedemikian rupa. Insaflah, kuasa itu ujian. Amanah itu juga ujian. Ia tidak akan terlepas dari disoal - tidak di sini.. di sana.

Merujuk kepada kenyataan Ibnu Hasyim, beliau mengulas kenyataan naib Presiden MACMA, Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mana tindakan ini akan membantutkan usaha dakwah bagi menarik minat lebih ramai orang bukan Islam menganut agama suci kita ini. Tidak ramai yang mengetahui bahawa ramai saudara baru ditekan oleh kebanyakkan keluarga mereka yang tidak dapat menerima hakikat mereka murtad dari agama nenek moyang mereka. Bukan senang untuk menangani tentangan dan tekanan daripada darah daging mereka sendiri.

Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kebanyakkan daripada saudara baru ini, keislaman mereka belum lagi betul-betul pejal. Saya bukan merendahkan tahap kesungguhan mereka. Namun, jangan dilupa hakikat bahawa mereka selalunya bersendirian dan kadang-kadang langsung tidak mendapat sokongan yang diperlukan dari saudara-saudara seislam mereka sendiri dalam menghadapi situasi getir ini.

Oleh itu sedarlah wahai pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang UMNO, jangan lah mengadaikan agama Islam yang suci ini atas dasar kuasa dan desakan daripada pihak luar. Jika anda betul-betul dilandasan buktikanlah anda betul-betul membela agama dan bangsa. Janganlah Islam dipijak dan ditindas, tetapi dalam masa yang sama anda lah orang yang sama-sama turut bekompromi. Di waktu yang sama, terus di war-warkan di akhbar-akhbar dan media perdana, anda lah pembela agama ini. Mungkin Pak Lah terlepas pandang hal ini. Jadi, sampaikanlah berita ini kepada Pak Lah supaya beliau dapat mempertimbangkan sebaiknya hal ini. Mungkin kah ??

Posted by Cik Lee at6:12 PM

1 comment:

Hamidi Lokman said...

PM seharusnya berbincang dengan ulama' sebelum mengeluarkan cadangan sedemikian.

Setiap ilmu ada pakarnya masing-masing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails