Saturday, September 04, 2021

Bawa kemusnahan, bukan peluang pekerjaan -ADUN PAS Penaga

 

DUN P. Pinang panas dibidas wakil PAS isu PSR

GEORGE TOWN: Projek mega Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) akan membawa peluang kemusnahan di sebalik peluang pekerjaan yang dibanggakan oleh pihak Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ustaz Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) menegaskan pendiriannya tetap membantah projek tersebut dan berdiri bersama Persatuan dan Unit Nelayan serta para nelayan yang menolak projek itu.

Malah katanya, laporan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan lain-lain jelas mengatakan PSR akan merosakkan alam sekitar.

“Kerajaan negeri perlu mendengar bantahan nelayan terhadap kelulusan EIA oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar diputuskan oleh panel lembaga rayuan alam sekitar pada 6 sehingga 9 September 2021,” ujarnya berucap dalam Sidang DUN Pulau Pinang, di sini semalam.

Beliau turut menyuarakan bantahan terhadap kerja-kerja projek tambakan laut Seri Tanjung Pinang 2 (STP 2) di Daerah Timur Laut negeri ini yang sedang berjalan dan masih diteruskan walaupun dibantah.

Ucapan Mohd Yusni ini ternyata membuatkan ahli dewan dalam kalangan pihak kerajaan tidak senang duduk apabila seorang demi seorang bangkit mencelah dan mempertikaikan beliau.

Tegas beliau lagi, ekosistem dan juga tempat ataupun sumber nelayan-nelayan untuk mendapatkan hasil tangkapan mereka atau rezeki mereka boleh musnah akibat daripada projek tersebut.

“Bukan hanya seorang dua yang bantah, bahkan bukan Timbalan Menteri, (tetapi) banyak NGO-NGO, agensi bahkan semua orang, termasuk Ahli Parlimen Permatang Pauh juga mempersoalkan projek PSR ini, bahkan dimasukkan dalam page Ahli Parlimen Permatang Pauh. 

“Jadi boleh rujuk kalau page itu ataupun kalau isu yang dibangkitkan itu tidak dipadamkan. Jadi dalam soal ini, bukan isu perkauman, sebab NGO-NGO yang bantah juga bukan hanya satu kaum, bahkan melibatkan pelbagai kaum. Jadi kita meraikan.

“Kalau projek di Kedah sebagai contoh negara jiran yang nak membangunkan ataupun projek lapangan terbang antarabangsa Kulim itu pun kita bimbang boleh menjejaskan air Sungai Muda, apatah lagi projek ini dalam negeri kita, Negeri Pulau Pinang,” bidasnya.  – HARAKAHDAILY 3/9/2021


Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia

 


Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia

BAITULMUQADDIS – Satu tinjauan mendapati Israel kini menjadi lubuk penyebaran wabak Covid-19 dunia meskipun mencapai imuniti kelompok sejak April lalu, lapor akhbar Daily Mail, semalam.
Tinjauan itu juga membayangkan bahawa negara-negara dengan kadar vaksinasi tinggi lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain akan turut terdedah dengan situasi serupa akibat varian Delta.

Data yang dikumpulkan Universiti Oxford di samping  kajian oleh kumpulan Our World In Data itu mendedahkan bahawa terdapat  1,892 kes Covid-19 bagi setiap sejuta  orang di Israel setakat Rabu lepas yang merupakan 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduknya  dalam masa satu hari.
Angka itu jauh lebih tinggi daripada Mongolia iaitu negara kedua paling teruk dilanda Covid-19 dengan catatan 1,119 kes setiap sejuta penduduk.

Sejak pertengahan  Ogos lalu, Israel menunjukkan trend peningkatan jangkitan yang konsisten apabila dilanda gelombang ketiga meskipun merupakan salah satu negara paling tinggi kadar vaksinasi di dunia.
Sebagai perbandingan, 522 orang dalam setiap satu juta penduduk Britain disahkan positif Covid-19 kelmarin dan angka itu menghampiri  595 orang di AS.
Ini menunjukkan bahawa perlindungan yang diperoleh daripada  vaksin mula menunjukkan penurunan terutama apabila berdepan dengan varian Delta yang sangat mudah berjangkit.

Namun begitu, perlindungan vaksin berjaya mengehadkan jumlah kematian iaitu  kira-kira separuh daripada korban yang dicatakan ketika gelombang kedua Covid-19 menyerang negara itu. Israel menawarkan dos penggalak kepada golongan berusia lebih 60 tahun sejak Julai lalu dan data menunjukkan bahawa program pelalian tambahan itu telah membantu mengekang peningkatan kemasukan ke hospital.

Selepas kejayaan program dos penggalak kepada kumpulan berisiko, Israel kini mula membuka peluang pemberian dos ketiga itu untuk buat warganya yang berusia 12 tahun dan ke atas. – Agensi

Pasukan Bola Tampar Wanita Turki. Aurat, Perlu Ikut K'tan?

 

SUKAN

Kejohanan Bola Tampar Eropah 2021; Pasukan Bola Tampar Wanita Nasional Turki Mara ke Separuh Akhir

Pasukan Bola Tampar Wanita Nasional Turki mengalahkan Poland 3-0 pada peringkat suku akhir Kejohanan Bola Tampar Eropah 2021 dan mara ke separuh akhir.

Mengendalikan perlawanan, yang dimulakan seimbang, pasukan kebangsaan Turki menamatkan set pertama dengan keunggulan 25-18.

Mengawal permainan sepenuhnya dari mata pertama di set kedua, pasukan kebangsaan Turki menjadikan 2-0 dengan 25-14.

Mengekalkan keunggulan mereka di set ketiga yang dipertandingkan, Sultans of Net memenangi bahagian ini 25-23 dan memenangi perlawanan 3-0.

Pasukan Bulan-Bintang akan menghadapi pemenang pertandingan Serbia-Perancis di separuh akhir.

Ketua Jurulatih Pasukan Bola Tampar Wanita Nasional Turki, Giovanni Guidetti, selepas perlawanan mengatakan bahawa mereka mahu pertandingan semula dengan Serbia, yang mereka kalah pada tahun 2019. (IH/TRT) 


Atlet Bola Tampar Turki Yang Curi Perhatian

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah (gambar-gambar yang disertakan) Pasukan Bola Tampar Wanita Turki? Bagaimana aurat mereka dalam tontonan dan permainan di depan umum? Apa agama mereka? 

Kita belum melihat realiti permainan lagi.. Kalau betul begini, adakah Turki kena belajar panduan bersukan menurut syariat Islam seperti yang dilaksakan di negeri Kelantan Malaysia?

Berusia 22 Tahun & Tinggi 197cm, ATLET CANTIK VOLLEYBALL TURKI Cetus Fenomena Di Olimpik Tokyo 2020! - Nona

PH gagal lucut hak, fitnah RM2.6bilion terkubur.

Suara rakyat dari blg ini..

1 comment:

Anonymous said...

Fakta & Bukti untuk tatapan : PH gagal lucut hak, fitnah RM2.6bilion terkubur. Fitnah jijik Tun Mahathir dan kerajaan PH semakin nyata.

Semalam, mahkamah rayuan kekalkan keputusan mahkamah tinggi untuk tolak permohonan lucut hak 9 responden.

Mahkamah kata pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan ianya adalah duit 1MDB ataupun dari aktiviti haram.

Memang bukanpun wang 1MDB sebab dana yang disebut RM2.6b itu sudah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima.

Yang bossku terima adalah dana sekurangnya RM642 juta yang dipindah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi pada bossku

Itupun bossku tak guna untuk peribadi tetapi telah diagihkan untuk kerja CSR secara terus ataupun melalui progran-program parti politik.

9 entiti yang ditolak mahkamah rayuan
(1) UMNO Pahang,
(2) Habib Jewels,
(3) Umno Kedah
(4) ibu pejabat Umno
(5) Wanita MCA (RM300,000)
(6) Binsabi Sdn Bhd
(7) Perano Sdn Bhd
(8) Hattatex Trading
(9) K&Z Enterprise Sdn Bhd

Antara kes-kes lucut hak kerajaan yang juga ditolak mahkamah sejak tahun 2019 termasuk:

- Jun 2020: Mahkamah tolak lucut hak wang Jakel dan BN Johor Bahru

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/587695/mahkamah-tolak-lucut-hak-wang-jakel-dan-bn-johor-bahru

- 11 Jun 2020: Kerajaan kalah kepada Yayasan Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM)

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/699026/kerajaan-gagal-lucut-hak-rm100000-dari-akaun-yayasan-pbakm

- "Ogos 2020: SPRM Gagal Lucut Hak Wang Dikait 1MDB Dari SUPP"

http://www.pnbbcportal.com/2020/08/19/sprm-gagal-lucut-hak-wang-dikait-1mdb-dari-supp/

- "Sept 2020: SPRM gagal lucut hak RM700,000 milik UMNO Pekan"

https://www.kosmo.com.my/2020/09/17/sprm-gagal-lucut-hak-rm700000-milik-umno-pekan/

-"Feb 2021: Permohonan lucut hak RM677,872.55 milik UMNO Johor ditolak"

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/permohonan-lucut-hak-rm67787255-milik-umno-johor-ditolak-284228

- "1 Mac 2021: SPRM gagal lucut hak wang RM2.7 juta milik UMNO Selangor"

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-gagal-lucut-hak-wang-rm27-juta-milik-umno-selangor-285423

- 20 Mei 2021: Kerajaan gagal lucut wang RM114 juta milik Najib, UMNO

https://www.kosmo.com.my/2021/05/20/kerajaan-gagal-lucut-wang-rm114-milik-najib-umno/

Ini bermakna hampir 100% kes lucut hak yang dikenakan kerajaan PH dahulu sudah kalah.

Jabatan Peguam Negara masa BN hanya akan mendakwa sekiranya kebarangkalian untuk menang kes adalah melebihi 90%.

Tetapi selepas PRU14 pula, hampir 100% kes lucut hak yang dikenakan peguam negara kerajaan PH dahulu sudah kalah.

Ini bermaksud masa dan wang jabatan peguam negara serta mahkamah sudah dibazirkan.

Dan ianya jelas menunjukkan ada unsur salah guna kuasa berdasarkan politik untuk menyusahkan pihak lawan.

Ianya amat senang untuk Jabatan Peguam Negara untuk membeku dan mendakwa berpuluh-puluh pihak walaupun kes sangat lemah tetapi pihak yang didakwa pula perlu tanggung kos guaman, penghinaan serta masa yang bertahun lamanya untuk membela diri.

Kadar kekalahan kes lucut hampir 100% akan menjadi antara isu yang akan disiasat sekiranya berlangsungnya RCI untuk pendedahan buku Tommy Thomas bahawa campur tangan politik.

NOTA: Ada juga beberapa kes lucuthak di mana kerajaan berjaya sebab ianya melibatkan agensi kerajaan sendiri seperti Yayasan Penyelidikan Transformasi, Yayasan GENIUS (Permata), Yayasan Tun Hussein Onn dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ataupun responden-responden lain yang malas untuk lawan dalam mahkamah sebab rasa ianya lebih murah untuk kerajaan lucut hak sahaja berbanding kos guaman. Sumpah laknat Najib ternyata benar maka kembalikan laknat itu pada sang fitnah jijik.


#laknatlahsifitnahjijik

‘Abang Besar’ dalam industri perumahan

 

APABILA kita bercakap mengenai perumahan yang sempurna untuk rakyat hampir setiap dari kita akan memikirkan rumah yang mampu dimiliki oleh semua. Begitu juga hampir setiap pemimpin kerajaan atau pemimpin politik akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk memastikan rakyat dapat membeli rumah mereka sendiri.

Saya yakin Menteri baharu yang bertanggungjawab ke atas perumahan akan turut memikirkan yang sama. Walau bagaimanapun memastikan rakyat memiliki rumah sendiri adalah hanya sebahagian dari tanggungjawab. 

Tanpa menafikan betapa penting bagi memiliki rumah sendiri namun ia adalah matlamat akhir dan perjalanan ke arah matlamat itu tidak sama bagi setiap individu atau keluarga. Mereka terpaksa melalui cabaran-cabaran yang berliku sebelum mencapai hasrat mereka. Malah selepas memilikinya masalah mereka tidak berakhir di situ.

Berikut adalah saranan kepada Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang baharu:

1. Memastikan rakyat mampu memiliki kediaman sendiri yang sempurna.

2. Memastikan rakyat mampu menyewa kediaman yang berkualiti.

3. Memastikan kediaman rakyat berada di dalam keadaan yang sempurna.

Justeru itu, memiliki kediaman yang sempurna bukan bermakna membeli rumah yang berkualiti semata-mata tetapi aksebiliti bermakna sama ada membeli atau menyewa. Malah setelah mereka menduduki kediaman mereka, kediaman dan kejiranan mereka perlu berada di dalam keadaan yang sempurna dan sejahtera. Masalah selalu timbul di pembangunan kediaman berstrata.

Kesemua ini adalah sebahagian dari 5 Fokus Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-25 tetapi memerlukan penekanan dan pengolahan yang sesuai dengan keperluan dan keadaan semasa.

Mampu memiliki kediaman yang sempurna.

Ada pelbagai kempen dan skim untuk memudahkan rakyat memiliki rumah sendiri. Sekarang sedang berlangsung Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang telah dilanjutkan hingga bulan Disember 2021. Di antara insentif HOC ini adalah pengecualian duti setem 100 peratus ke atas Instrumen Pindah Milik bagi hartanah kediaman berharga sehingga RM1 juta dan pengecualian duti setem 50 peratus bagi hartanah yang berharga antara RM1 juta ke RM2.5 juta.

Terdapat juga Skim Rumah Pertamaku di mana pembeli rumah boleh mendapat pembiayaan sehingga 110 peratus dan tidak perlu memikirkan mengenai deposit. Skim ini yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 2011 dan telah melibatkan 23 bank.

Walau bagaimanapun masih ramai yang tidak mengetahui mengenai kempen atau skim yang ditawarkan dan publisiti yang meluas diperlukan. Selain dari itu masih terdapat kelompok yang masih tertinggal.

Kita kerap mendengar komen-komen yang mengatakan pendapatan rakyat adalah rendah dan kos membina rumah, seperti kos tanah, adalah tinggi. Kita tidak boleh menunggu sehingga pendapatan rakyat meningkat sehingga mereka dapat memiliki rumah. Perlu ada cara-cara baru yang kreatif.

Kerajaan-kerajaan negeri memiliki polisi yang mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik seperti rumah kos rendah dan menjualnya dengan harga yang lebih rendah dari kos membinanya. Walau bagaimanapun di dalam keadaan ekonomi hari ini mungkin ia amat membebankan kepada pemaju.

Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih besar. Salah satu inisiatif kerajaan adalah pelancaran Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dalam tahun 2011. Walau bagaimanapun, pada bulan Mei 2019, Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia ketika itu berkata perbadanan tersebut mungkin dibubarkan. Tetapi pada bulan Januari 2020, Menteri Perumahan berkata perbadanan tersebut tidak akan dibubarkan dan akan menjadi sebahagian dari Perbadanan Perumahan Negara yang akan bertanggungjawab mengendali dan ke atas piawaian industri perumahan.

Negara kita memerlukan satu badan utama untuk memastikan agar hasrat rakyat memiliki kediaman sendiri menjadi kenyataan. Hari ini terdapat banyak pihak seperti di peringkat negeri-negeri yang turut membina rumah rakyat. Perlu ada perancangan yang bersepadu tetapi ini mungkin sukar hendak dilaksanakan kerana parti-parti yang berbeza menjadi kerajaan di negeri-negeri. Malah walaupun Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dari blok politik yang sama ini tidak menjamin mereka akan bercakap dalam nada yang sama. Polisi-polisi kerajaan negeri adalah berbeza tambahan pula dalam isu seperti tanah yang merupakan hak kerajaan negeri.

Di Singapura, mereka memiliki Housing Development Board (HDB) di mana pada tahun 2020, 81 peratus dari penduduk republik itu tinggal di kediaman yang dibina oleh HDB. PR1MA boleh memainkan peranan yang sama. Mungkin tidak menguasai keseluruhan industri perumahan rakyat seperti di Singapura namun ia perlu menjadi ‘Abang Besar’ di dalam industri tersebut.

Walaupun projek-projek ini dikendalikan oleh PR1MA namun harga rumah tidak mungkin dapat diturunkan dengan drastik kerana kos bahan binaan dan tenaga kerja tetap sama. Di sini kita boleh belajar dari negara Barat di mana rakyat boleh membeli sebahagian dari rumah mereka jika mereka tidak mampu membeli keseluruhannya.

Menurut skim ini seperti di UK, pembeli membeli ‘share’ atau bahagian di dalam pemilikan rumah mereka. Ia mungkin 30 peratus atau ia mungkin 50 peratus. Bahagian ini boleh ditambah apabila kemampuan kewangan mereka meningkat. Baki bahagian yang tidak dimiliki oleh mereka akan dimiliki oleh pelabur atau institusi kewangan atau di Malaysia mungkin PR1MA.

Tetapi mustahil untuk setiap rakyat mampu membeli rumah mereka sendiri. Terdapat mereka yang memiliki pendapatan yang begitu rendah dan tidak mungkin mereka mampu membeli rumah. Terdapat juga yang tidak berminat. Dalam kes-kes seperti ini perlu ada pilihan untuk mereka. Kerajaan perlu turut memberi perhatian kepada mereka. (Bersambung)

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH) – HARAKAHDAILY 3/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000270189106/posts/4635927719759522/

Friday, September 03, 2021

Selepas kematian ikon pemisah, perjuangan Islam tetap diteruskan!

 

Sekatan dikenakan ke atas lembah Kashmir selepas kematian Syed Ali Shah Geelani. - Foto AFP

Penutupan Kashmir dilanjutkan selepas kematian ikon pemisah

SRINAGAR: Ribuan anggota pasukan keselamatan India mengekalkan kawalan penutupan di Kashmir hari ini selepas kematian pemimpin politik pemisah yang mencetuskan pertempuran dengan penunjuk perasaan.

Kematian Syed Ali Geelani pada usia 92 tahun meningkatkan ketegangan di wilayah Himalaya yang dipertikaikan selepas pihak berkuasa menolak untuk mengadakan upacara pengebumian umum.

Pihak berkuasa berkata, penutupan internet dan telefon bimbit yang diarahkan selepas kematian Syed Ali Rabu lalu akan dilanjutkan dan kawalan keselamatan ketat dijangka pada solat Jumaat di bandar utama Srinagar.

Banyak masjid di wilayah dengan majoriti penduduk Muslim mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan solat jenazah khas.

Ribuan polis dan tentera berkawal dan mengadakan rondaan di jalanan memastikan orang ramai berada dalam rumah berikutan pertempuran antara penduduk dan pasukan keselamatan di Srinagar semalam.

Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang melempar batu tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Anak lelaki Geelani menuduh polis membawa jenazah bapanya untuk dikebumikan pada tengah malam, beberapa jam selepas kematiannya.

Keluarga itu berkata, tidak ada saudara-mara yang dibenarkan hadir pengebumian itu tetapi polis menolak tuduhan itu sebagai propaganda palsu.

Sebuah video yang dikongsi di media sosial menunjukkan polis bergelut dengan saudara-mara Geelani sebelum mengambil jenazahnya yang dibungkus dengan bendera Pakistan.

Geelani, yang menghabiskan lebih lima dekad terakhir di penjara atau di bawah tahanan rumah, menimbulkan kemarahan kerajaan India dengan pendirian pro-Pakistan dan tuntutan untuk memilih kerajaan sendiri.

Pakistan memperingati hari berkabung untuk Syed Ali semalam.

India mengenakan sekatan internet yang serupa penutupan serta sekatan lain selama hampir setahun selepas melucutkan taraf wilayah separa autonomi pada tahun 2019.

Pemberontakan terhadap kerajaan India meletus pada 1989 dan menyebabkan puluhan ribu orang terkorban.

Pasukan keselamatan masih bertempur setiap hari dengan militan pemisah. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Krisis di India 2019 dan 2020.

LATAR belakang

(1) Hari ini isu di India semakin panas. Dari segi sejarah panjangnya mungkin boleh baca tulisan saya sebelum ini [1]. Boleh fahami kisah Barat mengerat Pakistan-India.

Proses mengerat itu dilakukan pada 1947, dan ditentang oleh pimpinan India ketika itu. Seperti yang dijangka, bermula di saat itu, Pakistan dan India berterusan berperang.

(2) Dari segi sejarahnya juga, selain daripada Kashmir, India sendiri masih ada Umat Islam walaupun bukan majoriti. Majoriti terbesar di India ialah 79.8 peratus beragama Hindu.

Manakala orang Islam di negara itu merupakan majoriti kedua, iaitu seramai 14.2 peratus. Rantau itu dikerat menjadi dua Pakistan dan India pada 1947 mengikut pengasingan agama.

Iaitu Pakistan adalah negara majoriti Umat Islam, manakala India adalah majoriti beragama Hindu. Namun, setelah pembahagian itu, masih lagi ada orang Hindu di Pakistan, dan orang Islam di India.

(3) Dalam sejarah panjang ini kita perlu faham bahawa ia sememangnya rancangan Barat untuk memastikan rantau ini terus berkonflik, apatah lagi kemunculan Bagladesh pada 1971.

(4) Di sana wujudnya kumpulan pengganas, yang dikenali Jeish e-Mohammed yang ditubuhkan pada tahun 2000 dan didapati sehingga kini mengadakan hubungan rapat dengan al-Qaeda, membawa agenda keganasan yang ditempel atas nama Islam. [3]

Dalam satu buku yang dikarang oleh Ahmed Rashid, yang bertajuk: Descent into Chaos pada 2012 mengatakan bahawa JeM ditubuhkan oleh Inter-Services Intelligence (ISI) yang berada di bawah Pakistan.

JeM dan al-Qaeda

(1) Kajian Ahmed Rashid menyatakan bahawa asalnya memang ditubuhkan oleh Pakistan, untuk beberapa operasi ketenteraan, namun diharamkan dua tahun kemudian (2002).

Walaupun diharamkan, ia masih beroperasi atas nama baru. Gerakan ini banyak melakukan aktiviti keganasan khususnya pada 2016 yang lebih mengeruhkan keadaan.

(2) Pada Februari 2019, ketegangan di rantau yang tak pernah kendur itu, menjadi semakin menghangat apabila kumpulan yang dikenali sebagai Jaish e-Mohammed ini bertindak ‘mencari pasal’.

Kejadian yang berlaku pada 14 Februari 2019 apabila konvoi kenderaan yang membawa anggota keselamatan di Lebuh raya Nasional Jammu Srinagar diserang oleh pengebom bunuh diri.

Lokasinya di Lethpora, daerah Pulwama, di Jammu-Kashmir. Serangan itu mengakibatkan kematian 46 anggota Central Reserve Police Force (CRPF)

(4) Akhbar The Times Of India pada tarikh 15 Februari 2019 menyatakan bahawa kumpulan Jaish e-Mohammed mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. [2]

WaLlahuaklam. Tak pasti sejauh mana kebenarannya. Cuma secara kasarnya Jaish e-Mohammed (JeM) memang ada kaitan dengan al-Qaeda [3]. Al-Qaeda pula dikaitkan Amerika secara belakang tabir. [4]

(5) Dalam konteks ini ada kemungkinan juga Pakistan sendiri ada rundingan ‘belakang tabir’ dengan JeM sekalipun JeM diisytiharkan pengganas oleh Pakistan.

Serangan 14 Februari 2019

(1) Serangan 14 Februari 2019 tadi telah mendapat respons seluruh dunia, khususnya Amerika dan PBB. Masing-masing menyalahkan Pakistan [5] sekalipun negara ini menafikannya.

(a) Samaa TV bertarikh 16 Februari 2019 menyiarkan kenyataan Fawad Chaudhry, Menteri Penerangan Persekutuan Pakistan, yang memberi jaminan kepada India bahawa Kerajaan Pakistan akan mengambil tindakan terhadap Jaish-e-Muhammad (JeM). [6]

(b) Dawn.com bertarikh 16 Februari 2019 menyatakan bahawa Pakistan mengutuk serangan tersebut dan menafikan penglibatan mereka dalam serangan itu. [7]

(2) Namun, akhbar The Nation, sebuah akhbar Pakistan memburukkan keadaan apabila memuji penyerang itu sebagai ‘pejuang kebebasan’ yang menghapuskan anggota ‘pasukan penjajahan’. [8]

Hal ini menyebabkan suasana semakin runcing. Tambahan pula BBC menambah perencah [9] yang cuba menimbulkan semula kaitan JeM dengan ISI di bawah Pakistan.

Perencah BBC ini diterima secara meluas sehinggalah India membatalkan autonomi khas buat Kashmir yang merupakan majoritinya orang Islam pada Ogos 2019.

(4) Washington Post bertarikh 15 Februari 2019, Jabatan Negara AS, yang menyatakan bahawa Jaish-e-Mohammed berpusat di Pakistan [8] dan menganggap Pakistan ‘membela’ mereka.

Amerika menyeru semua negara untuk menegakkan tanggungjawab masing-masing untuk mengecam tempat selamat dan sokongan kepada pengganas itu, iaitu Pakistan.

Tindak balas memangsakan Islam

(1) Sebagai tindak balas peristiwa 14 Februari tadi, Tentera Udara India pada 26 Februari melanggar Barisan Kawalan (LOC) di Kashmir-buat kali pertama sejak Perang Indo-Pakistan tahun 1971.

India mendakwa tindakan tersebut bagi bagi membendung kumpulan militan yang dikatakan berlindung di Kashmir. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada Pakistan.

(2) Akibat daripada perselisihan ini, berlakulah suasana yang lebih dahsyat antara India dan Pakistan. Apatah lagi pimpinan India Narendra Modi merupakan individu yang berfahaman nasionalis Hindu.

(3) Narendra Damodardas Modi naik sebagai Perdana Menteri India pada 2014. Beliau seorang yang mempunyai hubungan peribadi dengan Netanyahu Israel. [10]

Bukan sekadar itu, Narendra Modi juga merupakan pimpinan Parti Nasionalis Hindu (Hindutva) yang mempunyai dasar perjuangan yang hampir sama dengan Zionis. [10]

(4) Hindutva adalah satu ideologi politik Nasionalism Hindu yang ekstrem, muncul pada 1923. Ia juga sebuah ideologi yang bertujuan untuk membentuk hegemoni Hindu dan cara hidup Hindu. [11]

Dasar perjuangan Hindutva yang seakan-akan versi Zionis di India. Ditambah pula dengan hubungan Narendra Modi dan Netanyahu, maka bertambah teruklah nasib Umat Islam.

Realiti ini menyebabkan Kashmir yang telah dibatalkan autonomi khas pada Ogos 2019 [12]. Hal ini menyebabkan hak-hak Umat Islam mula dikikis sedikit demi sedikit.

Pindaan Akta CAA 2019

(1) Kemuncak pengikisan hak Umat Islam ini berlaku pada Disember 2019. Parti Bharatiya Janata (Nasionalis Hindu) yang memerintah Kerajaan India telah meminda akta Citizenship Amendment Act (CAA) dalam Sidang Parlimen [13]

CAA pindaan 2019 ini jelas mendiskriminasi Umat Islam. Ia turut disifatkan sebagai anti-Islam serta bertentangan dengan Perlembagaan Negara itu sendiri.

(2) Akta itu mencetuskan kontroversi kerana undang-undang berkenaan membolehkan kerakyatan diberikan kepada bukan-Islam dari Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan kecuali mereka yang beragama Islam.

Hal ini menyebabkan 200 juta orang Islam di negara itu yang mendakwa bahawa ia adalah usaha untuk meminggirkan Umat Islam di negara itu sendiri.

(3) Tindakan puak Nasionalis Hindu di negara tersebut dilihat secara perlahan-lahan ingin mengikis hak Umat Islam di rantau tersebut. Menyebabkan berlakunya bantahan dengan mendirikan khemah-khemah.

Bantahan oleh rakyat India sendiri terhadap pindaan tersebut dengan turun berkampung di jalanan secara aman pada 19 Disember 2019 di bandar-bandar seluruh India. [13]

Manakala Kumpulan Nasionalis Hindu yang mempertahankan pindaan (Pro CAA) itu mula bertindak menyerang khemah-khemah demonstran menyebabkan krisis semakin memburuk. [14]

Sehingga saat ini, 30 orang terkorban dan dalam serangan Nasionalis Hindu yang Pro CAA terhadap Demonstran Anti-CAA yang berkhemah secara aman. Bukan setakat itu masjid di New Delhi turut dibakar.

Tambahan pula pihak polis yang turut menggunakan kekerasan terhadap para demonstran apatah lagi kerajaan yang sedang dikuasai oleh Parti Bharatiya Janata (Nasionalis Hindu).

[3] Kajian Milos Popovic yang bertajuk: The Perils Of Weak Organization pada 2015
[11] Kamus Oxford 2011
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 28/2/2020

Hadi: Saya sudah bertemu 10 duta Timur Tengah

 

Hadi: Saya sudah bertemu 10 duta Timur Tengah

Pelantikan semula sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah akan digunakan Abdul Hadi Awang untuk menyambung tugas yang telah dimulakan sebelum tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha dalam talian di Rusila, presiden PAS itu berkata dengan pelantikan semula itu, dia juga dapat menggerakkan rancangan baru membabitkan bidang politik, ekonomi, dan pendidikan.

Kata Hadi, sejak dilantik ke jawatan itu oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin tahun lalu, dia sudah mengadakan pertemuan diplomatik dengan 10 duta negara Timur Tengah mengenai kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

“Tindakan susulan pula dilakukan oleh kalangan menteri menerusi siri lawatan dan antaranya adalah membabitkan perdagangan kelapa sawit yang meningkat.
“Kita turut membincangkan mengenai sektor pendidikan di Mesir dan Jordan selain kerjasama membantu rakyat Palestin.
“Kerja sudah dibuat cuma disambung semula dan ditingkatkan lagi,” katanya seperti dipetik Utusan Online.

Hadi berkata duta-duta di Timur Tengah mengalu-alukan peranannya susulan hubungan baik dengan NGO di rantau berkenaan.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan jawatan Abdul Hadi bersama dua lagi duta khas perdana menteri yang lain yang dilantik ketika pentadbiran Muhyiddin, akan dikekalkan. PMO berkata ia dipersetujui melalui mesyuarat pertama kabinet pada 1 Sept.

Ada juga pihak yang tidak melihat kesan signifikan jawatan itu kepada negara, selain mempersoalkan kewajaran kerajaan membelanjakan peruntukan bagi jawatan berkenaan. Ia turu mengundang kecaman di media sosial dan juga oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik pembangkang.

Terbaru, Parti Sosialis Malaysia (PSM) membidas pelantikan itu sebagai satu pembaziran wang negara ketika negara berdepan krisis ekonomi. Hadi dilantik sebagai duta khas bersama-sama dua lagi pemimpin parti bawah PN, iaitu Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tiong King Sing (duta khas ke China) dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Richard Riot Jaem (duta khas ke Asia Timur).

Pelantikan ketiga-tiga ahli parlimen terbabit dibuat sekitar Mac dan April tahun lalu selepas Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan Malaysia – yang dikritik sesetengah pihak sebagai sebahagian agenda untuk mengekalkan sokongan terhadapnya. (Mk)

Kisah ke rumah panjang, hubungan terputus kerana banjir..

 


MIRI: Hujan lebat yang berterusan di pedalaman Sarawak menyebabkan beberapa kawasan di Baram dan Subis dinaiki air.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) paras air semakin menaik di pedalaman Baram, di mana penduduk diarah bersiap sedia.

Di kawasan rendah berhampiran Sungai Tinjar juga dinaiki air. Malah ada rumah panjang terputus hubungan disebabkan jalan kampung ditenggelami air semalam.

Antaranya Rumah Dennis Madang Long Loyang, Rumah Francis Ubi Long Jegan A, Rumah John Mato Long Tuyut dan Rumah Duri Endu Nanga Lait di tebing Sungai Tinjar.

Manakala kawasan Rumah Panjang Bulin Nyalu Sungai Saeh hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

Turut dinaiki air Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Bok dan SK Long Teru, Tinjar.

Tinjauan UKAS hari ini di kawasan di Pekan Long Lama didapati air semakin naik sehingga ke paras lutut, menyebabkan sebahagian lalu ke jalan besar terputus perhubungan.

Sehubungan itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telang Usan memantau keadaan dan mengingatkan penduduk bersiap sedia disebabkan trend air semakin naik. – EDISI UKAS

Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails