Saturday, February 06, 2016

8% Dividen T/Haji: Imbohan Rafizi RM32,000, Siapa Tertipu?

sangkakalajari9 – Apabila Lembaga Tabung Haji mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memberikan dividen sebanyak 8 peratus pada tahun ini, ramai yang berputih mata kerana telah mengeluarkan simpanan mereka selama ni.
Rafizi yang selama ni bijak memainkan peranan dalam menjatuhkan kredibiliti Badan Berkanun, anak syarikat malah kerajaan sendiri berjaya menipu beberapa orang hingga mereka terkebil kebil melihat para penyimpan dalam Tabung Haji memperolehi dividen.
Diam tak diam, Rafizi sendiri mempunyai deposit bernilai lebih 400 ribu dalam Tabung Haji dan sudah pasti imbuhan sebanyak lebih 32 ribu diperolehi tahun ini sahaja.

Ini, Erdogan Presiden Turki Bermain Sepak Bola Dan Cetak 2 Gol Pula..



Video
SUKAN

Erdogan (Presiden Turki) Bermain Sepak Bola Dan Cetak 2 Gol.

Papagomo Pukul Warga Asing, Polis Ambil Tindakan..

SUBANG JAYA: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penulis blog Papagomo yang didakwa menyerang seorang pekerja warga Pakistan kerana melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya bersama dua orang rakan mereka.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan dalam video berdurasi empat minit yang menjadi viral.

Wan Azri mendakwa pekerja itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya bersama dua rakan.


Noor Rashid berkata sama ada atau tidak laporan telah dibuat berhubung kejadian itu, beliau berpendapat kes tersebut menjejaskan kredibiliti polis dan tindakan perlu diambil terhadap Wan Azri.

"Saya belum melihat video tersebut. Namun sama ada warga asing atau penduduk tempatan, kita semua tertakluk kepada undang-undang. Jika anda memukul seseorang, jika anda mendatangkan kemudaratan kepada seseorang, anda telah melakukan kesalahan dan kita akan ambil tindakan.

"Kita tidak boleh memukul orang sesuka hati. Mereka perlu mengikut undang-undang. Mereka perlu terima pengajaran," katanya.

Papagomo turut mengugut pekerja berkenaan dan memberitahu dia tidak mahu melihat pekerja itu lagi di lokasi tersebut, yang tidak dikenal pasti.

Dia kemudiannya memberitahu penyelia kepada pekerja asing terbabit sambil mengancam akan memukul pekerja itu lagi sekiranya enggan berbuat demikian.

Papagomo turut memuat naik video berkenaan di halaman Facebook Sir Azri bagi memperjelaskan tindakannya menyerang pekerja berkenaan pada 29 Januari lalu.

Video tersebut meraih lebih sejuta tontonan (view) dikongsikan lebih 24,000 kali.

Malah, Papagomo turut mempertahankan tindakannya tersebut dengan menegaskan mana-mana lelaki akan melakukan perkara sama jika berada di tempatnya.

"Sesiapa pun yang bergelar abang atau suami ataupun ayah pasti akan melakukan pekara yang sama dengan apa aku buat.

"Gangguan seksual tidak boleh diterima sama sekali dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia," katanya.



CAP: K'jaan DAP P.Pg Tak Peduli Alam Sekitar?


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan langkah kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan menebang pokok-pokok di jalan raya di ibu negeri itu.

Presidenya, S.M. Mohamed Idris berkata, tindakan menebang pokok untuk melebarkan jalan raya di George Town langsung tidak dapat menangani masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri itu.




“CAP amat kecewa setelah mendapat tahu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan menyingkirkan beberapa batang pokok di Jalan Masjid Negeri. Ini bukan kali pertama tindakan sebegini dilakukan.
“Pelebaran jalan raya tidak mampu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Maka mengapakah pihak berkuasa masih lagi memperlebarkan jalan yang sedia ada?
“Kali ini pelebaran jalan raya adalah kecil tetapi dengan kemusnahan yang amat besar kepada pokok-pokok di tepi jalan itu,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
S.M. Mohamed berkata, pokok-pokok di sepanjang jalan mempunyai kepentingan untuk meneduhkan kawasan, mengurangkan kebisingan, mempertingkatkan mikro-iklim kawasan tersebut dan berfungsi sebagai pembersih udara asli.
Katanya, pendekatan tersebut sekadar membuktikan kerajaan Pulau Pinang memberi tumpuan kepada penyelesaian jangka masa pendek berbanding penyelesaian jangka masa panjang dalam menangani sesuatu isu.
“Antara penyelesaian boleh diambil adalah seperti mengurangkan kenderaan yang berada di jalan raya dengan naikkan caj parkir dan mengenakan bayaran ketika guna jalan pada waktu puncak daripada hanya melebarkan jalan sahaja.
“Pokok-pokok di kiri kanan jalan raya merupakan warisan kita yang harus dipelihara. Pokok-pokok di kawasan bandar kita adalah untuk kebaikan orang awam yang perlu dihargai,” katanya. (IH)

Video: Kerajaan Pulau Pinang dituntut kota janji mansuhkan tol.

Hukum Islam Potong Tangan, Rejam Tak Kondusif Di M'sia. Nik Amar Jawab...

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis mahu semua pihak berhenti daripada mendesak undang-undang Islam membabitkan potong tangan ke atas pencuri dan rejam. Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, undang-undang tersebut bersifat kontekstual dan mempunyai pra-syarat yang tidak dapat diwujudkan oleh umat Islam berdasarkan suasana semasa.

Tegas beliau, fokus umat Islam masa kini adalah membangunkan kekuatan di sudut penghayatan agama dan imej Islam yang baik di mata masyarakat dunia, bukan berkempen kepada undang-undang yang bersifat tidak kondusif.

“Promosi Islam hendaklah dilakukan dengan berkesan di setiap peringkat dengan memberikan tumpuan kepada nilai-nilai mulia dan beradaban yang tinggi yang diajar oleh Islam.
“Bukannya berkempen kepada undang-undang yang bersifat kontekstual yang tidak kondusif pada zaman ini,” tegasnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mohd. Asri dalam pada itu berkata, umat Islam khususnya mereka merupakan minoriti dalam sesebuah negara perlu berhenti menyeru kepada pembentukan negara Islam atau undang-undang Islam yang bersifat penguasaan ke atas pihak yang lain. 

Video.. 

Hudud: Tangan tak dipotong jika curi kerana terdesak, kata PAS
(IH/
Mynewshub.cc)


Anak Pengasas Ikhwan Muslimin Meninggal Dunia



BANGI, Jumaat – Anak kepada pengasas kumpulan Ikhwanul Muslimin, Ahmad Saiful Islam al-Banna dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.


Menurut sumber yang diterima Ismaweb berkata, jenazah Saiful Islam disembahyangkan selepas solat Jumaat tadi di Masjid Ar Rahman, Mesir.
Allahyarham Saiful Islam merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik. Beliau juga pernah menjadi ahli Parlimen Mesir dan bergelar seorang peguam.
Ketika Hasan al-Banna syahid, beliau baru sahaja berusia 14 tahun. (IH)

Kisah Seorang Penzina, Dihukum 'Rajam' Di Sana'a (Mahkamah Syariah Al-Qaeda).

Kisah menggetarkan hati dari seorang yang dihukum 'rajam' oleh Mahkamah Syariah Al-Qaeda....

SEORANG lelaki muhson (sudah mempunyai isteri) kelihatan tergopoh-gopoh melakukan perjalanan atau safar dari kota Sana'a (ibukota Yaman) ke bandar Mukalla demi mencari hukum Syariat yang telah ditegakkan di sebahagian dari wilayah Yaman.

Ia datang dengan harapan dirinya dapat "disucikan" dari perbuatan keji zina yang telah diperbuatnya. Lebih dari sekali ia datang ke Qadhi Hakim Ansharu Syariah (AQAP) di Mukalla agar ditegakkan hadd rejam terhadap dirinya. 

Apabila hari hukuman rejam itu tiba, ia telah menghatamkan Al-Quran, berpuasa dan dihukum rejam pada hari itu juga dengan harapan dapat berbuka (ifthar) di sisi Allah SWT.

Diantara kaum Muslimin yang hadir untuk mengiringi hukuman hadd rejam itu ada yang bersedih bahkan menangis terharu.. dengan dieksekusinya seorang yang mempunyai kejujuran tinggi terhadap Rabbnya itu.

Semoga Allah menerima taubat lelaki itu ... Ini adalah suatu pemandangan yang amat jarang berlaku di zaman ini ... Ya Allah tegakkanlah selalu hukum Syariat ini ...

Sebelum ia dihukum rejam -dengan pengakuannya -, ia sempat berkata, 

  • "aku ingin menikmati hukum rejam ini, sebagaimana aku telah menikmati perbuatan zina."
Kisah ini berlaku beberapa hari yang lalu di kota Mukalla, sebuah daerah di Negara Yaman yang kini telah dikuasai oleh Mujahidin Al-Qaeda Semenanjung Arab (AQAP). Diambil dari channel Telegram Akhbaarul Muslimin, iaitu tentang seorang Muslim yang mengakui dirinya sebagai penzina dan ingin ditegakkan hadd rejam terhadapnya.


Sebuah kumpulan Mujahidin ada kaitan dengan Al Qaeda di kota pelabuhan Mukalla ..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini adalah pemandangan yang benar-benar memeranjatkan. Alangkah besar dan hebatnya kejujuran taubatnya kepada Allah!

Semoga Allah SWT menerima taubatnya, sebagaimana taubat seorang wanita dari suku Azdi dalam sejarah Islam, yang menyerahkan dirinya kepada Nabi untuk dihukum kerana melakukan perbuatan zina. 
  • Sehingga Rasulullah SAW bersabda, "Ia (wanita itu) telah melakukan taubat dengan taubat yang apabila dibagikan kepada 70 penduduk Madinah, nescaya mereka semua akan mendapat bahagian ... (HR. Muslim)
Ia juga mengingatkan kita pada kisah seorang lelaki bernama Maiz yang hidup pada zaman Sahabat RA. Ia mengaku telah berzina dengan sengaja beberapa kali pengakuan dan akhirnya Rasulullah SAW memerintahkan agar ia dihukum rajam.


Walaupun Maiz menanggung dosa besar zina, ia tak mahu putus asa dari ampunan Allah dan akhirnya memilih untuk mengakui perbuatannya di hadapan Rasulullah SAW. Dan Allah SAW menerima taubatnya. 

Bolehkah taubat begini berlaku ke atas umat Islam di Malaysia, yang tidak melaksanakan perundangan Islam? Sedih sungguh bila umat Islam tidak mampu melaksanakan Islam di negaranya sendiri.. Apa lagi di negara orang lain? 

Sedangkan orang bukan Islam mampu memaksa perundangan mereka ke atas negara umat Islam, samada secara langsung atau tidak langsung! Contohnya sistem perundangan Lord Ried dipaksakan ke atas penduduk Malaysia, sekarang ini. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO dan parti-parti sekular yang lain. (IH)

Friday, February 05, 2016

Kerusi DUN: PKR “otak bodoh dan ego”, Selar Pemuda DAP S'wak.

Abdul-Aziz-Isa_dap_sarawak_600Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak menyelar sikap kesombongan PKR dalam membolot agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul Aziz Isa hari ini menggambarkan PKR hanya mementingkan diri sendiri tanpa merujuk kepada rakan kompenan Pakatan Harapan khususnya DAP

“PKR adalah sama sekali mementingkan diri sendiri dan hanya mementingkan kerja mereka sendiri sahaja. Jika kejayaan mereka begitu muram, minta tolong dengan rakan kongsi anda dalam DAP untuk mengatasi kelemahan anda,” katanya dalam satu kenyataan.

PKR secara bersendiri telah mengumumkan calon yang begitu banyak, tanpa sebarang perbincangan dengan Pakatan Harapan, kritik Aziz, sambil menambah PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi di Sarawak, ‘walaupun tewas’ pada PRN 2011.

“(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan sikap tidak bekerjasama.
“Mungkin dari awal lagi, PKR langsung tidak mempunyai niat untuk berunding, ia hanya rempuh secara membuta tuli kerana ia begitu terdesak.
“Jadi, pertandingan tiga penjuru akan berlaku,”kata Aziz.

Tambahnya, PKR juga sukar untuk didekati kerana “otak bodoh dan ego”

Aziz yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, mencabar PKR untuk membiarkan DAP bertanding di beberapa kerusi yang secara tradisinya ditandingi PKR, sambil menambah bermungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya ‘untuk membuktikan siapa yang layak’.

Ini kerana, katanya, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menang, kerana DAP telah turun padang sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 lagi.

Aziz juga berkata, PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu sahaja.

“Sangat sedih, yang PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
 Abdul Aziz (kiri) bersama bosnya, Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak
Aziz juga berhujah bahawa PKR akan kemungkinan besar tidak diterima dengan baik di Malaysia Barat jika parti itu terus menjadi mesra PAS, yang menjauhkan lagi hubungan dengan DAP berhubung isu hudud. 

"PKR bukan parti yang tegas, pemimpinnya tidak boleh membuat keputusan mereka … PKR tanpa kepala, tanpa arah dan keliru dengan konsep,” kritiknya lagi.

Beliau berkata, jika pemimpin-pemimpin PKR yang bukan berasal dari Sarawak dan tidak memahami keadaan di sini, mereka perlu berundur dan menahan diri daripada bergaul dalam hal ehwal tempatan.

“Seperti yang semua orang lihat, ia akan sentiasa menjadi sukar bagi DAP, tetapi kami adalah konsisten dan mempunyai integriti,” katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam satu sidang media yang turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan 22 calon yang akan bertanding di Zon Selatan pada PRN 2016 pada April ini.

22 calon PKR itu termasuk tiga DUN yang diminati Abdul Aziz iaitu Tupong, Samariang ataupun Satok yang bersesuaian dengan pelantikan DAP terhadapnya sebagai Penyelaras DUN Tupong.

Calon PKR yang diumumkan di DUN Tupong adalah Nurhanim Hanna Mokhsen dan Mohd Salleh di DUN Satok.

Calon-calon PKR yang turut diumumkan adalah Francis Teron (Opar), Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjung Datu), See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu), Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup), Regional Abell (Bukit Semuja), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin) Norina Utot (Simanggang), Kolien Liong (Batang Ai), Yukub Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka), Ali Biju (Krian) dan Baru Bian (Ba’Kelalan).

Sebelum ini, PKR turut mengumumkan George Chen (Machan), Abdul Raafidin Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan (Telang Usan) dan Paul Baya (Mulu).

Abdul Aziz disifatkan blog siemens-melayumaju sudah makin gelabah apabila kerusi yang diminatinya dirampas oleh PKR, hinggakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak itu telah membuat pengumuman mahu bertanding di DUN Kota Sentosa (milik bosnya) atau Batu Kitang (milik musuh ketatnya dari PKR).

“Pada minggu lepas, Aziz, yang juga Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Ching Chieng Jen dengan konfidennya mengumumkan beliau akan bertanding sama ada di Kota Sentosa atau Batu Kitang.
“Umum tahu Kota Sentosa yang disandang oleh Chong adalah kubu kuat DAP manakan Chong hendak menyerah bulat-bulat kerusi tersebut kepada Aziz, sedangkan Batu Kitang adalah kawasan DUN baharu dan kekuatan serta sokongan DAP di sana masih belum dapat dipastikan lagi.
“Takkan Chong berani mengambil risiko untuk kalah pada PRN kelak? Takkan Chong nak duduk di luar sedangkan Aziz enak-enak saja duduk di dalam DUN waktu persidangan DUN Sarawak kelak?
“Penamaan Voon Shiak Ni sebagai calon PKR di Batu Kitang bagaikan paku terakhir menutup segala peluang bagi Aziz yang selama ini terkapai-kapai mencari kawasan untuk bertanding kerana sebelum ini beliau kelihatan “aktif berkempen” di Tupong dan Satok namun kedua-duanya telah di”cop” oleh PKR – Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).
“Hubungan Aziz dan Voon sebenarnya tidak mesra kerana mempunyai sejarah hitam mereka sendiri dan sudah tentunya Voon tidak akan memberi sebarang muka kepada Aziz.
“Aziz hampir-hampir disaman oleh Voon kerana menyelarnya (Voon) dalam status FBnya sebagai “jalang” dan perkataan kesat tidak berapa lama dulu namun difahamkan selepas Aziz memohon maaf secara terbuka maka kes tersebut dilupakan begitu saja,” dedah blog itu. (AIDCNews- 05/2/16)

G25, Anak Bekas Tim.Perdana Menteri Terlibat..

PETALING JAYA: Ahli kumpulan G25, Tawfik Ismail berkata beliau menganggap dirinya masih sebahagian daripada kumpulan pro sederhana itu walaupun diminta untuk tidak menghadiri sebarang majlis anjuran kumpulan berkenaan.
Tawfik, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman berkata beliau menerima notis  yang memaklumkannya mengenai 'cuti sabatikal' daripada seorang ahli G25 menerusi WhatsApp pada November lalu.
Walaupun tidak diketahui sama ada 'cuti sabatikal' itu bersifat sementara atau kekal, Tawfik berkata beliau 'masih menganggap dirinya sebahagian daripada kumpulan pro sederhana itu'.
"Pada saya sabatikal bermaksud seorang pakar akademik akan bercuti, mempelajari sesuatu yang baharu dan kemudian kembali. Saya percaya mereka hanya tidak mahu saya terlalu vokal," katanya.
"Kumpulan ini bukan satu badan formal. Tiada penghulu di sini. Ia bukan pertubuhan berdaftar dan orang ramai datang secara suka rela dan saya rasa jika mereka tidak menyukai sesiapa di sana, tiada apa dapat mereka lakukan," kata Tawfik.
Walaupun beliau tidak lagi bersuara mewakili G25, Tawfik berkata beliau masih boleh berkongsi pemikiran secara bebas selagi kenyataan yang dikeluarkan itu tidak mewakili kumpulan berkenaan.
"Saya masih boleh bercakap dengan beberapa ahli yang juga rakan-rakan saya. Beberapa ahli lain yang mendiamkan diri dari awal tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan hanya empat atau lima ahli yang mengkritik saya. Namun hidup perlu diteruskan," katanya.
Difahamkan keputusan meminta Tawfik untuk 'bercuti' datang dari beberapa ahli kumpulan tersebut selepas beliau mengeluarkan kenyataan mengenai pertemuan G25 dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun, Tawfik berkata kenyataannya dihadkan kepada perbualan antara beliau dan dua individu tersebut.
Tidak lama selepas menerima memo mengenai 'cuti sabatikal', Tawfik berkata beliau dinasihatkan untuk tidak menghadiri forum G25 pada Disember lalu.
Tawfik berkata beliau masih akan menghadiri majlis anjuran G25 pada masa hadapan sekiranya dijemput.
"Jika mereka menjemput saya, sudah tentu saya akan hadir. Jika mereka fikir mereka malu saya berada di sana, mengapa saya akan menambah kesengsaraan mereka?
"Saya masih lagi boleh bersuara dan jika G25 mahu menyokong saya, ia tiada masalah. Jika mereka tidak mahu (menyokong), mereka hanya akan mendiamkan diri," kata Tawfik. (mStar)

Tiba-tiba Gadis Ini Buka Baju Dalam Bas Awam. Mengapa?

Seorang​ penumpang wanita menghampiri gadis itu sebelum membetulkan kembali baju bahagian atas gadis tersebut

SHANGHAI - CHINA. Sebuah portal baru-baru ini melaporkan tindakan seorang gadis yang secara tiba-tiba menanggalkan bahagian atas bajunya ketika berada dalam sebuah bas awam.

Memetik laporan Shanghaiist.com, tindakan gadis yang tidak dinamakan itu dirakam dan disebarkan secara meluas menerusi aplikasi sosial terkenal, Weibo.

Difahamkan, perbuatannya itu mendapat kecaman dan kritikan rata-rata pengguna aplikasi tersebut.

Menerusi rakaman video tersebut, gadis tersebut yang pada mulanya kelihatan duduk tenang di atas kerusi penumpang tiba-tiba membuka bahagian atas bajunya sehingga menampakkan bahagian dada.

Seorang penumpang lelaki yang jelas terkejut dengan perbuatannya segera memaklumkan pemandu bas untuk menghubungi polis.

Manakala seorang lagi penumpang wanita menghampiri gadis itu sebelum membetulkan kembali baju bahagian atas gadis tersebut.

Menurut laporan portal itu lagi, dua tahun lalu, China turut gempar dengan tindakan seorang wanita yang tiba-tiba menanggalkan pakaian dan berbogel di Xintiandi. (SH)

Helang Dilatih Halang Pengintipan.

JOM KREATIF
POLIS di Belanda kini sedang giat melatih burung helang bagi menghalang penggunaan dron/alat intipan kawalan jauh yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Burung jenis itu dipilih bagi menangkap serta menghapuskan penggunaan dron dan setakat ini binatang itu masih lagi dalam proses latihan bagi memperkuatkan agensi pihak berkuasa itu.

Projek unik tersebut masih lagi dalam peringkat awal, namun daripada latihan itu ia dapat membuktikan bahawa helang berkenaan mampu memberikan prestasi yang bagus.

Sekali gus ia mungkin diaplikasikan pada masa hadapan sebagaimana manusia zaman dahulu menggunakan burung merpati sebagai posmen yang menghantar surat.. (IH)

Lihat juga.. 
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Elak 3 Penjuru, PKR Perlu Nasihat Rakan Jangan Tanding PAS. -Rosli Abd Jabar




TEMERLOH – Pas bertegas mahu mempertahankan semua kerusi yang ditandingi parti itu sebelum ini dalam PRU14.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abd Jabar berkata, PKR diingatkan supaya mengawal rakannya dalam Pakatan Harapan supaya tidak bertanding di kawasan Pas, jika tidak mahu pertandingan tiga penjuru.

Menurutnya, Pas tidak akan menarik diri apabila berlaku pertandingan tiga penjuru jika Pakatan Harapan bertanding di kawasan sama dengan Pas.

“Pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan sekiranya Pakatan Harapan bertanding di kawasan sama sebab itu kita nasihatkan PKR supaya menasihati rakan mereka supaya tidak bertanding di kawasan milik Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pas Cawangan Taman Temerloh Jaya di sini.

Menurutnya, Pas bebas bertanding di mana-mana kerusi yang difikirkan berpotensi, namun tidak akan mengganggu kawasan rakan tahaluf siyasinya.

Dalam PRU13 lalu, Pas Pahang menang tiga kerusi Dun iaitu di Beserah, Tanjung Lumpur dan Kuala Semantan manakala kerusi parlimen dimenangi di kawasan Parlimen Temerloh menerusi Nasruddin Hasan yang menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah dari BN.

Bagaimanapun, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamed melompat parti menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) beberapa bulan lalu.

Rosli berkata, Pas akan mempertahankan kerusi Dun Kuala Semantan dalam PRU14 tanpa menghiraukan sama ada parti itu bertanding atau tidak.

Katanya, dasar Islam yang diperjuangkan Pas tidak pernah berubah dari dahulu sehingga kini.

Beliau berkata, penegasan Pakatan Harapan bahawa parti itu menolak syariah Islam yang dipersetujui kesemua anggotanya baru-baru ini seharusnya menyedarkan pengundi Islam bahawa tiada masa depan bagi penganut Islam jika parti itu berkuasa di Putrajaya.

Menurutnya, parti-parti lain kesemuanya memperjuangkan sekular sama seperti Umno/BN dan ia menunjukkan bahawa tidak akan ada perubahan jika rakyat menyokong parti berkenaan.

“Sudah jelas kenyataan parti berkenaan menolak sistem Islam secara total tanpa dolak dalih lagi, jadi apakah yang diperjuangkan oleh bekas ahli Pas dalam parti itu,” katanya.

Rosli berkata, ia berbeza dengan perjuangan Pas kerana dasar Islamnya yang menguntungkan di dunia dan akhirat, Pas menolak fahaman seperti sosialis dan liberal dengan jelas.

“Apa yang Pas perjuangkan sejak penubuhannya pada 1951 hanyalah menyampaikan risalah ALLAH, ia bukan hak Pas tetapi hak ALLAH.

“Kita hanya menyampaikan risalah ALLAH, kita tidak rugi apa-apa andainya rakyat menolaknya, sebaliknya mereka yang menolak Islam itulah yang akan rugi di dunia dan akhirat,” katanya. – Sinar Harian

Thursday, February 04, 2016

'pintu perbincangan kita masih dibuka'.. Amanah Tawar Mukhriz..

KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia menawarkan tempat kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir jika bekas Menteri Besar Kedah itu berhasrat untuk menyertai parti serpihan PAS tersebut.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sedia untuk membuka pintu perbincangan jika Mukhriz berminat dan bersedia menyertai parti itu.
“Kita akan lihat perkembangan dulu, dia pun ada maruah. Lagipun, pintu perbincangan kita masih dibuka kalau dia (Mukhriz) hendak berjumpa,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Bangunan Tabung Haji, hari ini.
Mengulas lanjut, Salahuddin turut menyifatkan tindakan UMNO Kedah menjatuhkan Mukhriz sebagai tindakan yang tidak demokratik.
“Saya rasa itu satu proses yang tidak demokratik yang kita rasakan mereka telah buat di Terengganu, Perak dan kini Kedah pula.
“Mereka sudah banyak kali buat keputusan dibuat di luar Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini tidak demokrasi,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyingkiran Mukhriz itu juga disifatkan suatu langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuktikan beliau lebih berkuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dari segi politiknya, langkah Najib ini untuk tunjuk kepada Dr Mahathir bahawa dia berkuasa,” katanya lagi. – FMT

Dyana Sofea: Simbol Bobrok DAP, Bodoh Melayu & Anak Patung Mainan?

Malaysian Patriots – DYANA MEMANG CANTIK, CANTIKNYA MENONJOLKAN BURUKNYA 

Ramai yakin Dyana Sofya menang dalam pemilihan Kongres DAPSY 2015-2016. Faktanya Dyana Sofya yang kalah, dia hanya menduduki tangga ke 18 daripada 38 calon yang bertanding sedangkan kerusi yang diperuntukkan bagi Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan hanyalah 15 orang sahaja.
Amalan ini tidak ubah seperti perlantikkan Zairil Khir Johari?
Tiba-tiba dia dipilih secara automatis mengisi 15 jawatan Ahli Majli Eksekutif. Jadi dapatlah Dyana yang kalah secara demokratik `dipilih’ menjadi ahli majlis atas alasan hendak tunjukkan bahawa DAP sokong Melayu?.
Di mana demokrasinya? DAP begitu kuat bercakap soal ketelusan, kejujuran, keadilan dan hak.
Hari ini, Dyana Sofya kalah dalam sistem demokrasi dan juga langsung tidak popular dalam partinya tetapi masih dipilih menjadi ahli majlis.
Jadi Dyana bawa suara siapa? Ahli terang-terang reject dia, bawa suara wanita? atau bawa suara ‘tokong’nya?
Dyana hanya patung opera politik DAP untuk mengaut untung sokongan Melayu. Pemilihan ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan ahli Cina yang merasakan ketidakadilan ini, tetapi kerana parti DAP itu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Suara dan kuasa ahli sekadar sampah sarap kerana pemimpin DAP mahu ‘membeli’ jiwa dan nurani orang Melayu yang bodoh.
Inilah kecarcamarbaan dan kecelaruan minda DAP dalam tafsiran ketelusan, kejujuran, demokrasi.
Inilah jadinya kalau parti ini dinoda oleh anak beranak, semua boleh bikin kerana mereka beranak ada kuasa?
Fikir, fikir, dan fikirkanlah tanpa mengira kamu Cina, India, Kadazan, Iban mahupun Melayu!
Jangan gadaikan masa depan kita dengan pemimpin seperti ini.
Dyanna memang cantik, Cantiknya Dyana hanyalah menampakkan buruknya DAP dan mahu memperbodohkan Melayu!
MANA PERGINYA INTELEK MELAYU DALAM DAP YANG KONONNYA LEBIH BIJAK, PANDAI DAN HANDAL!!!

BERANIKAH MEREKA MENYALAK…..!!!!  (IH/

Video: Patung Barbie Boleh Solat

'Tertidor'... Kit Siang Lupa, Ini Gambar Guan Eng Tidur.. malu le..


Sebagai manusia biasa kita cukup faham setiap orang ada batas ketahanan diri. Ada masa terlalu letih hingga membuat kita terlelap seketika tanpa disedari. Ia boleh berlaku pada semua orang.Apa lagi orang politik yang saban masa terlari ke sana ke mari,hadir mesyuarat,acara,temujanji dan segala macam.
Kalau tidak percaya cuba sembang dan tanya sendiri orang-orang politik yang berjawatan tinggi. Ada masa memang lembik kerana seharian sibuk memanjang.
Kata orang kalau sudah tahu sama tahu bab ‘ tertidor’ ini bukan sesuatu yang luar biasa kenapa halakan senapang pada Datuk Seri Ahmad Bashah seorang saja.
Kejadian beliau terlelap seketika ( gambar atas pertama) masa majlis hari keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini dijadikan viral sakan untuk memperlekehkan kewibawan Menteri Besar baru Kedah itu.
Antara yang galak sangat main isu itu ialah otai DAP, Lim Kit Siang .Wah bukan main termasuk kata di twitter Ahmad Bashah tidak layak angkat sumpah Menteri Besar sehingga beliau jelaskan hal itu.
"Saw video first time. Bashah slept soundly. All should see" katanya pada mesej twitter pertamanya.
Kemudian beliau kata pula : "Saw Bashah video again. He was sleeping deeply. Bashah should not take oath as Kedah menteri besar until he comes clean on it."
Lepas itu kata lagi : If Bashah insists he was not sleeping, when very obvious he was during Tuanku's speech, hold an opinion poll among Kedahans on the issue!
Cuba lihat pada gambar kedua atas ditengah….rasanya macam kenal kelibat orang ini.
Bukankah itu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Nampak aksinya sedang ‘ tertidor’ seketika di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat.
Tidak mungkjin Kit Siang tidak kenal wajah anaknya sendiri?
Satu lagi gambar hujung,rakan karib politiknya,Datuk Seri Anwar Ibrahim… satu ketika dulu masa Ahli Parlimen Permatang Pauh. Juga  macam ‘tertidor’ di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat.
Dibawah pula Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang dan juga Ketua Wanita PKR. Asyik sungguh dibuai mimpi,juga dalam sidang Dewan Rakyat.
Sebelah itu ialah gambar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Gambar ini agak menarik kerana beliau nampak sedang ‘ tertidor’ semasa sidang akhbar bersama Speakar Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.
Dihujung pula siapa tidak kenal Ahli Parlimen parti Amanah Shah Alam,Khalid Samad yang cukup garang dalam sidang Dewan Rakyat. Dari gambar,beliau juga nampak macam tewas kepada keletihan hingga ‘ tertidor’ dalam sidang Dewan Rakyat.
Sebenarnya kalau nak kumpul banyak insiden lain dimana ahli politik yang keletihan terlelap atau tertidor seketika masa dalam majlis atau sidang dan berbagai acara lain. Ingat balik …gambar bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi ‘tertidor’ sejenak dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama dulu tidak kurang riuh dijadikan isu.
Namun kalau tidak ada apa-apa nawaitu politik… semua ini boleh difahami.KIta bersangka baik sajalah, mungkin ketika itu orang politik ini amat keletihan. Jadi sebelum nak tembak Ahmad Bashah…pandang dulu kiri kanan.
Rasanya tak perlu nak lebih-lebih macam Kit Siang…takut malu, sebab ada gambar yang boleh berbicara tentang anak sendiri .- 4/2/2016 (AD)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails