Wednesday, February 03, 2016

Jalan Jem, Kerana Suami Curang..

BOGOTA, Colombia – Seorang wanita dirakam mengamuk selepas terserempak dengan suaminya bersama seorang wanita lain di dalam sebuah kereta di sebatang jalan raya sibuk di bandar Ibague, tengah Colombia baru-baru ini.
Tindakan wanita itu yang menyekat kereta suaminya bukan sahaja menarik perhatian ramai tetapi juga menyebabkan jalan menjadi sesak apabila orang ramai turut memberi sokongan kepada wanita berkenaan.
Satu klip video yang dimuat naik di internet menunjukkan wanita berkenaan, Adalia Brinez menghalang kenderaan suaminya, Alberto Diaz selepas melihatnya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasihnya.
“Keluar kamu perempuan jalang dari kereta ini, Luis bawa keluar anjing itu,” jerit Brinez di hadapan khalayak ramai.
Dia turut dirakam menghentak hadapan bonet kereta suaminya beberapa kali bagi memaksa suaminya keluar selain menyekat kenderaan berkenaan daripada bergerak.
Beberapa anggota polis kemudian dilihat terpaksa mengiringi Alberto Diaz dan perempuan simpanannya sebelum dibawa ke satu tempat untuk menyelesaikan masalah mereka. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah contoh pengaruh rumahtangga ke atas masyarakat. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails