Saturday, July 15, 2017

Hukuman Sebat Terbuka Sudah Lama Dibuat Di Sabah


Hukuman Sebat Terbuka Sudah Lama Dibuat Di Sabah
KOTA KINABALU – Hukuman rotan secara terbuka di khalayak ramai sebenarnya bukan menjadi perkara baharu lagi di negara ini.
Malah hukuman tersebut yang bakal dilaksanakan di Kelantan, dilaporkan pernah dilakukan di sebuah mahkamah syariah di Sabah sebelum ini.
Ketua Hakim Syarie Sabah, Datuk Jasri Nasip Matjakir berkata, kali terakhir hukuman tersebut dilakukan di Sabah adalah pada tahun lalu.
Perlaksanaan hukuman sebat itu dilakukan di Mahkamah Syariah Tawau yang membabitkan dua pesalah setelah disabitkan kesalahan.
Jasri bagaimanapun berkata, perlaksanaan hukuman itu hanya dilakukan di dewan mahkamah syariah bersaksikan orang ramai yang hadir di mahkamah terbabit.
“Selain itu, pada 2014 juga ada seorang pesalah wanita dikenakan hukuman rotan tetapi ditangguhkan selepas pesalah terbabit disahkan sedang hamil oleh pegawai perubatan.
“Wanita itu disabitkan kesalahan melakukan persetubuhan haram dan dijatuhi enam sebatan, penjara tiga tahun serta denda sebanyak RM5,000.
“Bagaimanapun, atas permintaannya dia hanya dihukum sebat sahaja,” ujar Jasri yang dipetik portal BH Online.
Pendedahan tersebut disuarakan oleh Ketua Hakim Syarie Sabah itu ketika ditemui pada Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Mahkamah Syariah Negeri Sabah.
Beliau berkata sedemikian sebagai ulasan terhadap keputusan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai, bermula September depan.
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dilaporkan mendakwa negeri Pantai Timur Semenanjung itu sebagai yang pertama berbuat demikian di negara ini.
Mengulas lanjut, Jasri berkata hukuman sebat terhadap wanita dijalankan di Mahkamah Syariah berdasarkan cadangan daripada pihak Jabatan Penjara berikutan hukuman itu tidak dapat dilakukan di dalam penjara.
Sebelum perlaksanaan hukuman, pegawai kesihatan tempatan perlu memeriksa dan mengesahkan tahap kesihatan pesalah terlebih dahulu.
Jasri turut menambah bahawa hukuman rotan bagi pesalah syariah juga pernah dilakukan di ibu negeri Sabah tetapi ia hanya dijalankan di dalam kawasan penjara.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini meluluskan pindaan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah 2002 untuk membolehkan pelaksanaan hukuman sebat terbuka sebagai mana di Aceh, Indonesia.
Di mana bagi pesalah yang melakukan kesalahan seperti liwat, zina dan minum arak boleh dijatuhkan hukuman sebat di khalayak ramai.
Oleh : Amy Maizura

Seniman, JPJ Keluarkan Nombor Plat US 1 – US 1000 Pula..


PERSATUAN Seniman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama mengeluarkan nombor plat khas bermula huruf US yang membawa maksud Untuk Seniman bagi mencari dana badan itu.
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata tawaran tender bidaan nombor pendaftaran kenderaan unik itu bermula dari US 1 sehingga US 1000 bakal dibuka kepada orang ramai bermula pada Sabtu ini sehingga 20 Ogos depan.
“Ini merupakan satu tanggungjawab sosial yang diberikan oleh pihak JPJ kepada kami untuk melaksanakan program kebajikan terhadap artis-artis tanah air sendiri. 
“Bidaan dibuka kepada semua orang awam dan 100 peratus daripada hasil plat khas tersebut akan disalurkan kepada tabung Seniman,” kata beliau.
Zed Zaidi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman bidaan nombor pendaftaran khas kenderaan US di Menara Suezcap, KL Getaway pada Jumaat.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Fauzi Ayob. Harga buka bidaan plat tersebut ditawarkan bermula dari RM3,000 hingga RM5,000.
Peminat nombor pendaftaran khas boleh mengambil borang bidaan tender di pejabat Sekretariat Plat US atau memuat turun borang itu menerusi lamanwww.platus.my.
Selepas tender ditutup pada 20 Ogos depan, pembida yang berjaya boleh mendaftarkan nombor tersebut seawal 1 Oktober atau selepas mendapatkan kelulusan pewartaan daripada pihak JPJ. – MStar Online

Ini Struktur Pakatan Harapan, Gagalkan Usaha Azmin ...


AIDCNews -14/07/17 –Pengumuman struktur organisasi dan logo Pakatan Harapan semalam semakin menggagalkan usaha Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang masih menaruh harapan untuk memujuk PAS bersama-sama dalam pakatan pembangkang itu.
Dalam struktur baharu Pakatan Harapan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai Pengerusi, Anwar Ibrahim ketua Umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.
Azmin Ali sendiri dinamakan sebagai Naib Presiden Pakatan Harapan.
Timbalan presiden PKR itu dilaporkan The Malaysia Insight bersetuju dengan struktur organisasi PH itu yang disifatkannya memiliki apa yang diperlukan untuk menghadapi PRU-14 dan memenuhi aspirasi rakyat.
“Saya cukup berkeyakinan dan mengikrarkan sokongan serta komitmen saya kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir untuk terus merealisasikan matlamat perjuangan menuju Putrajaya.
“Pelantikan ini adalah amat signifikan kepada pengukuhan Pakatan Harapan serta memberi hala tuju, fokus dan kepimpinan dalam muafakat ini menjelang PRU-14,” kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.
The Malaysia Insight dalam laporannya sebelum ini menyebut Azmin memerlukan PAS kerana tanpa parti Islam itu impian Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, PAN dan PPBM untuk menakluk Putrajaya pada PRU 14 agak sukar.
“Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), parti PKR, DAP dan PAS memenangi 17 kerusi Parlimen dan 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
“Daripada 13 kerusi di Wilayah Persekutuan, DAP dan PKR memenangi semua kerusi yang ditandingi kecuali Putrajaya, Labuan, Setiawangsa dan Titiwangsa.
“Tetapi sekarang, masih tidak jelas apakah parti PH mampu mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada 2013 sekiranya bertembung dengan PAS dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang,”lapornya.
Selepas perpisahan dengan DAP dan PKR, PAS mengumumkan mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen di seluruh negara.
Mei lalu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Farhan Mohd Zain berkata parti Islam itu mahu bertanding di sembilan daripada 13 kerusi Parlimen. Sembilan kerusi itu sekarang disandang PKR dan DAP.
Farhan berkata PAS akan memberi tumpuan kepada pengundi Melayu-Islam dalam kawasan itu yang membentuk jumlah pengundi sebanyak 94% (di Putrajaya) sehinggalah hanya 4% (Kepong).
Mesej utamanya akan berkisar kepada jenama politik Islam PAS yang diharap akan meraih sokongan Melayu-Islam.
Pada 2013, situasi ini berlaku di dua kerusi bandar di Selangor iaitu Semenyih dan Kota Damansara di mana dua calon parti pembangkang diletakkan melawan calon BN.
Sekiranya berlaku pertembungan satu lawan satu, sudah pasti calon parti pembangkang akan menang apabila dicampurkan undi kedua-dua calon mereka.
Sumber PH mengatakan dua kes ini merupakan di antara alasan utama mengapa Azmin yang juga timbalan presiden PKR meneruskan hubungan dengan PAS walaupun secara rasminya parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan partinya.
Kemampuan PAS meraih sokongan secukupnya di Lembah Klang serta menyekat peluang PH menenangi pilihan raya sangat serius sehinggakan Azmin bersedia untuk berdepan kemarahan sekutu sedia ada.
PKR kini bersekutu dengan DAP, Amanah dan Bersatu.
“Kita perlu terus buka pintu kepada PAS. Kita faham kemarahan rakan kita. Tetapi mereka juga perlu faham yang PAS masih lagi penting untuk menewaskan BN,” kata seorang pemimpin PH menjelaskan pendirian Azmin.
Difahamkan, kerusi yang dimiliki personaliti terkenal PKR seperti Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai, Chua Tian Chang di Batu, malah kerusi Azmin di Gombak bakal tergugat jika berlaku pertembungan tiga penjuru.
Peluang terbaik PH untuk kekal memiliki kerusi tersebut ialah membentuk pakatan pilihan raya pada PRU 14 bagi memastikan pertandingan satu lawan satu di antara pembangkang dan BN.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Sin Chew Daily Puji Pemuda PAS


"I'm impressed by your hospitality and further impressed to know a lot of professionals are with PAS Youth. And most of you have a good command of and fluent in English!"
Terjemahan: "Saya teruja dengan layanan mesra dan lebih lagi saya teruja apabila mengetahui ramai golongan profesional dalam saff Pemuda PAS. Dan kebanyakan kamu juga boleh berbahasa Inggeris dengan baik!".
SCD 2
Begitulah lebih kurang rumusan komentar Michelle kepada kami semasa minum-minum petang tadi usai urusan temuramah. Beliau yang merupakan wartawan Sin Chew Daily bersama jurugambarnya telah menemuramah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkenaan isu politik semasa dan prospek PAS dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14 akan datang.
Kebetulan selepas selesai temuramah ada beberapa orang Exco di Pejabat Pemuda yang sama-sama berbincang santai bersama beliau. Dalam hati berbunga-bunga juga apabila beliau memberi penghargaan dan pandangan positif kepada Pemuda PAS! Beliau menyebut bahawa Pemuda PAS juga memberi kerjasama baik kepada beliau.
Bangga bukan kerana riak, tapi kerana mungkin ramai yang berpersepsi tidak positif terhadap Pemuda PAS (mungkin akibat kesan pemberitaan negatif media beragenda yang semenangnya anti agenda Islam yang diperjuangankan oleh PAS), namun bila mereka mendekati Pemuda PAS baru mereka memahami. Sungguh, tak kenal maka tak cinta! Dah kenal imej Pemuda PAS pasti jatuh cinta.
Pemuda PAS sesi 2017-2019 sebagaimana sesi sebelumnya adalah gabungan profesional dari pelbagai jurusan termasuk yang berkelulusan agama, kelulusan perubatan, kelulusan kejuruteraan, kelulusan IT, kelulusan ekonomi, kelulusan sains sosial juga tidak ketinggalan dalam kalangan aktivis. Semuanya bahu-membahu dan seiring sejalan membangunkan jamaah tercinta liridhalLah tanpa ada dikotomi.
Dalam DPPM kali ini ada Profesor, Profesor Madya, Dr PhD, Dr Perubatan, Jurutera, Penganalisis Ekonomi, murabithun yang teruji istiqamahnya dan pastinya Ulama' yang berusaha mengembangkan agama. Semoga kami dan kita semua terus bermotivasi serta beristiqamah dalam perjuangan ini selari dengan motto "Mara Menuju Cita" dan "Sejahtera Bersama Islam". Alhamdulillah!
Nasihat Imam Hassan Al-Banna rahimahullah berikut cukup terkesan di hati saya. Semoga saya dan anda juga berusaha sebaik mungkin menjadi pekerja dakwah yang serius bekerja dan bukan sekadar menjadi burung kakak tua yang sering sembang kemas!
Kata Imam Hassan Al-Banna:
“Rijalul qaul (orang yang pandai berbicara) tidak sama dengan rijalul ‘amal (orang yang pandai bekerja) dan rijalul ‘amal tidak sama dengan rijalul jihad (orang yang optimal dalam bekerja). Rijalul jihad pun tidak sama dengan Rijalul jihad yang muntij (produktif) wal hakim (bijaksana) iaitu orang yang mampu memberikan hasil yang optimal dengan pengorbanan yang paling kecil.”
“Sesungguhnya orang yang pandai berbicara itu banyak, tetapi sedikit di antara mereka yang tetap konsisten ketika bekerja. Dan banyak orang yang pandai bekerja tetapi sedikit yang mampu mengembangkan amanah jihad yang berat dan mahu bekerja keras (bersungguh-sungguh).”
Ustadz Fathi Yakan pula menukilkan di dalam buku “Abjadiyyat Al-Tasawwur Al-Haraki Li Al-‘Amal Al-Islami (Tasawwur Asasi Gerakan Islam)”:
“Pendidikan jihad ialah pendidikan yang menjadikan insan itu satu makhluk, apa juga kerjanya dan ikhtisasnya sebagai mujahid di jalan Allah, menjadikan manusia yang mempergunakan ikhtisasnya untuk jihad di jalan Allah. Oleh itu, di samping ia seorang ‘alim ia juga seorang mujahid, di samping ia seorang doktor ia juga seorang mujahid, di samping ia seorang jurutera ia juga seorang mujahid, di samping ia seorang guru ia juga seorang mujahid dan seterusnya jihad itu menjadi satu simbol yang istimewa di kalangan mereka.
Pendidikan jihad perlu diberi perhatian lebih kepada dua perkara asas yang penting:
Pertama: Perhatian terhadap jiwa yang ada hubungan dengan Allah, rindu untuk menemuiNya serta mati di jalanNya. Seterusnya menjaganya dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkannya dan menjaga nafsunya sekalipun perkara yang halal dan baik. Dengan ini terbentuk jiwa mujahid.
Kedua: Perhatian terhadap jasad supaya ia sihat dan kuat, memiliki setiap kemampuan untuk bertahan, menyerang dan memiliki pengalaman bertahan dan menyerang, lebih-lebih lagi di zaman yang terdapat pelbagai pengalaman dan keilmuan.”
Demikianlah sewajarnya... Piawaian yang wajar untuk dijadikan sandaran para dae’i dalam dirinya ialah bahawa dia hendaklah mempertahankan iman dan bukan sekadar beriman, serta dia memahami akan kepentingan dirinya untuk berkorban dan bukan sekadar menyumbang. Sama-sama kita ikhtiarkan in shaa Allah.
Bagi mengakhiri posting ini, sama-sama hayati Sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, maksudnya:
“Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang(berjihad), maka dia mati atas satu cabang kemunafikan."
(Riwayat Muslim dalam al-Imarah, al-Nasai dalam al-Jihad dan Abu Daud dalam al-Jihad). –HARAKAHDAILY 15/7/2017
Penulis merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Juga merupakan AJK PAS Pusat, Setiausaha PAS Negeri Sarawak dan Jurutera Kanan di sebuah Syarikat Minyak dan Gas Antarabangsa.

Cabaran Dedah Aurat B/K.Pegawai Operasi M/Mail Dikecam.


Terdahulu, bekas Ketua Pegawai Operasi Malay Mail EndieShazlie Akbar melalui akaun twitternya, menggesa agar lebih ramai wanita memberanikan diri untuk menanggalkan hijab.

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Nuridah Mohd Salleh mengecam kenyataan bekas Ketua Pegawai Operasi Malay Mail, Endie Shazlie Akbar menggesa agar lebih ramai wanita memberanikan diri untuk menanggalkan hijab. 

Katanya, isu ini satu kebiadaban apatah lagi ia muncul daripada seorang muslim.
Ustazah Nuridah 

“Di sini kami melihat betapa hari ini agama Islam dipermainkan sewenang-wenangnya.”

“Justeru, kami menegaskan supaya beliau menarik balik kenyataan biadab tersebut dan kembalilah ke jalan yang benar. Pihak berwajib juga seharusnya mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga hak agama rasmi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, umat Islam mestilah memahami tuntutan menutup aurat yang diperintahkan oleh Allah SWT sejak dari kecil.

“Didikan awal seharusnya ditegaskan kepada semua supaya kefahaman mengenai kewajipan orang Islam difahami sebaiknya.”

“Banyak lagi dalil al-Quran dan hadis mengenai kewajipan menutup aurat,” tegasnya sambil menambah, perintah tersebut secara jelas dipermainkan oleh golongan ingkar.

Terdahulu, Shazlie Akbar melalui akaun twitternya, berkata “Trying to make this world a better place by urging girls to take off their tudung and #MakeFreeHairGreatAgain!” (mencuba menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik dengan menggesa wanita untuk menanggalkan tudung mereka dan menjadikan rambut yang bebas tanpa hijab kembali hebat).

“Ini jelas melampaui batas seorang muslim.”

“Akhir kalam, kami berharap penerangan demi penerangan daripada semua pihak disebarluaskan bagi menangani isu ini berulang lagi. Tiada apa yang lebih baik dari seorang muslim itu selain menyampaikan kebenaran walaupun dengan sepotong ayat. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang taat dan beramal dengan perintah Allah SWT,” kata Nuridah lagi.
(Berita Daily Staff)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Felda Rugi Kerana Hotel Di London




PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti Felda Investment Corporation (FIC) mengalami kerugian bernilai jutaan ringgit antara tahun 2013 dan 2015 berpunca daripada pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London yang terlalu mahal.
FIC merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan. FIC didakwa membeli hotel Park City Grand Plaza di Kensington, London pada harga RM330 juta.
SPRM dalam satu kenyataan semalam berkata, penemuan awal itu diperoleh selepas pasukan penyiasat agensi pe­nguatkuasaan itu mengambil dokumen-dokumen berkaitan pembelian hotel tersebut dan kini dalam proses menilai serta meneliti kesemua maklumat yang ditemui.
“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel tersebut.

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Di Antara ‘Har’ &PAN’ (HARAPAN), Ada Logo Roket. ^ Ni..


AIDCNews -14/07/17 –Walaupun menonjolkan muka Melayu sebagai Pengerusi, Ketua Umum dan Presiden Pakatan Harapan, namun pengaruh DAP masih ketara dengan perkataan ‘Harapan’ dan simbol roket.
Harapan atau ‘Hope’ merupakan roh perjuangan DAP agenda Kristianisasi yang mendokongi parti itu.
Anwar Ibrahim ketika kembali aktif dalam politik Malaysia bermula dengan slogan ‘Harapan Baru’ yang turut dijadikan tema Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat(KeADILan) pada 29-30 November 2008.
Ini menunjukkan PKR juga diresapi agenda Kristianinasi melalui pendokong-pendokong parti ituseperti Xavier Jayakumar, Irene Fernadez, Sivarasa Rasiah, Baru Bian dan lain-lain.
Barangkali ‘Harapan Baru’ merupakan ilmu yang ditimba ketika menuntut di Universiti Jesuit Georgetown, Amerika Syarikat CMCU (Center for Muslim–Christian Understanding) sekitar tahun 2005, yang berketuakan seorang aktivis Jesuit terkenal John Esposito.
Sebab itu ketika Anwar melalui Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU 12, Majalah Gereja ‘Church Times’ merumuskan “Pilihan raya ke-12 itu telah melemahkan Islamisasi di Malaysia”
Dr Peter G. Riddell berkata kemenangan besar pembangkang di Malaysia didorong oleh rasa tidak puas hati rakyat yang berbilang agama dengan dasar kerajaan khususnya golongan minoriti agama lain menyuarakan protes mereka.
“Komuniti Kristian, yang menyumbang sembilan peratus undi telah dilayan secara tidak adil dengan dakwaan kerajaan Malaysia adalah sebuah negara Islam,” dakwa aktivis Kristian itu.
Bukan secara kebetulan, ketika sekumpulan serpihan PAS yang diketuai bekas Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu mahu menubuhkan parti baharu, mereka memulakan langkah dengan menubuhkan ‘Gerakan Harapan Baru’
The New Hope Movement atau Gerakan Harapan Baru yang diringkaskan sebagai GHB, adalah pergerakan sosial yang dilancarkan oleh G18 yang diketuai bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 13 Julai 2015.
G18 adalah bekas pemimpin PAS yang kalah pada Muktamar parti itu pada 2015.
Kumpulan ini mendakwa membawa nilai sebenar Islam, ‘rahmat kepada semua’ (rahmatan lil ‘alamin) yang memberikan perlindungan dan keadilan kepada semua rakyat Malaysia.
Gerakan Harapan Baru kemudian ditukar kepada Parti Amanah Negara yang dilancarkan pada 16 September 2015.
PKR, Amanah, DAP dan PPBM kini adalah kompenan pembangkang dalam Pakatan Harapan.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Friday, July 14, 2017

Tempah Gadis Najis Seks Guna WeChat


 Polis menjalankan pemeriksaan terhadap sebahagian gadis Vietnam yang diselamatkan dalam operasi di sekitar Johor Bahru malam kelmarin.
JOHOR BAHRU – Taktik pengusaha pusat kecantikan dan rumah urut yang menawarkan gadis asing untuk per'najis'an seks, bukan perkhidmatan seks menerusi aplikasi sosial WeChat terbongkar dalam serbuan ke atas tujuh buah premis di sekitar bandar raya ini kelmarin.
Serbuan bermula pukul 7.45 malam itu dilakukan oleh pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman.
Dalam operasi tersebut, seramai 19 wanita Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks diselamatkan.
Ketua Operasi STAGG Bukit Aman, Superintendan Mohd. Sokri Abdullah berkata, menerusi operasi serentak itu, polis turut menahan 21 wanita rakyat Vietnam, 18 warga China dan lima rakyat Thailand kerana terlibat dalam kegiatan tidak bermoral serta dua lelaki rakyat China dan seorang lelaki Indonesia.
Menurutnya, polis turut menahan 17 lelaki tempatan yang merupakan pekerja dan penjaga premis.
“Sindiket ini didapati menjalankan aktiviti pelacuran dengan menawarkan gadis warga asing di premis mereka yang berselindung di sebalik pusat kecantikan dan refleksologi.
Musnah satu lagi pusat maksiat! Jangan jadikan Malaysia sebagai pusat tong sampah najis pelacuran.


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

Aktiviti Jual Buah Pinggang Di Pakistan..


 Beberapa lelaki menunjukkan kesan pembedahan pemindahan buah pinggang yang mereka lakukan secara haram.
KETIKA pihak berkuasa Pakistan melakukan serbuan di sebuah hospital di Lahore, beberapa orang doktor dikesan sedang melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang.
Pada masa sama, penderma dan seorang pembeli dari Oman masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri berada di atas katil. Ketika serbuan, doktor berkenaan dibenarkan untuk meneruskan pembedahan tersebut sebelum dia bersama pembantunya dan warga Oman berkenaan ditahan.
Pakistan telah lama menjadi hab antarabangsa bagi pemerdagangan buah pinggang secara haram. Namun, pihak berkuasa tempatan dan perubatan di sana menjelaskan mereka tidak berupaya untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti tersebut.
Mereka juga dikatakan sangat kecewa dengan polisi penguatkuasaan yang tidak efektif selain kegagalan itu disebabkan oleh pengaruh kuasa politik. Sebenarnya, aktiviti pendermaan organ adalah sah selagi ia melibatkan penderma yang tidak bersangkut paut dengan wang.
Buah pinggang boleh dibeli dengan mudah oleh golongan pembeli dari luar negara terutama dari negara Teluk, Afrika dan Britain. Pada saat kebanyakan negara di dunia mengharamkan aktiviti pemerdagangan organ, situasi berbeza berlaku di Pakistan.
Dalam masa hanya beberapa minit, wartawan agensi berita AFP yang berjaya memasuki lobi sebuah hospital besar di ibu negara Islamabad telah dibantu oleh kakitangan hospital itu untuk bertemu dengan individu yang bertindak sebagai ejen yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan penderma organ.
Mereka juga mendakwa mampu mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk meluluskan pemindahan buah pinggang dengan bayaran AS$23,000 (RM98,842).
“Sekiranya penderma mendakwa dia melakukannya dengan persetujuan, tiada apa yang boleh kami lakukan terhadapnya,” kata Pegawai Pemerhati Pihak Berkuasa Pemindahan Organ Manusia (HOTA) Pakistan, Dr. Suleman Ahmed.
Hasil carian imej untuk jual buah pinggang
Penguatkuasaan
Dalam serbuan yang dilakukan pada 30 April lalu di Lahore itu, ia merupakan satu permulaan kepada usaha yang lebih serius, kata Timbalan Pengarah Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA), Jamil Ahmad Khan Mayo.
Penguatkuasaan terhadap undang-undang sedia ada sebenarnya terletak di bawah bidang pihak berkuasa tempatan dan ia berbeza-beza mengikut sempadan.
Bagaimanapun kata Jamil, sehingga Mac lalu, perbezaan dalam penguatkuasaan tersebut telah dihapuskan bagi memberi lebih kuasa kepada FIA untuk melaksanakannya.
Dalam kes yang berlaku di Lahore itu, kesemua 16 individu telah ditahan dan penyiasatan masih diteruskan. Mereka bakal berhadapan dengan hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun.
“Menerusi serbuan ini, kami ingin memberi mesej yang jelas kepada seluruh dunia bahawa Pakistan kini bukan lagi tempat yang selamat untuk melakukan pemindahan buah pinggang secara haram,” tegasnya.
Hasil carian imej untuk jual buah pinggang Sebuah kilang di Rusia melakukan kerja-kerja mengutip@menuai buah pinggang, kornea mata dan tubuh bahagian manusia lain untuk dijual.
Golongan pakar berpendapat terdapat keperluan untuk membanteras kegiatan itu daripada akar umbi.
“Perdagangan haram ini hanya memberi keuntungan kepada golongan kaya dan elit di negara ini,” kata Ketua Nefrologi di Hospital Benazir Bhutto yang dikendalikan oleh kerajaan di Rawalpindi, Mumtaz Ahmed.
Menurut Institut Urologi dan Transplan Sindh, kira-kira 25,000 individu di negara itu merana akibat kegagalan buah pinggang berfungsi setiap tahun.
Bagaimanapun, 10 peratus sahaja yang menerima rawatan dialisis dengan 2.5 peratus daripadanya berpeluang untuk mendapatkan buah pinggang baharu menerusi pemindahan.
“Ramai individu yang datang ke hospital kerajaan dengan membawa ahli keluarga mereka yang sanggup menderma organ.
“Kemudiannya, mereka bertukar dengan pergi ke hospital swasta apabila mendapat tahu mereka boleh membeli buah pinggang di sana,” kata Jamil.
Permintaan yang tinggi terhadap buah pinggang telah mencipta pasaran gelap terutama di kawasan luar bandar negara berkenaan. Mereka yang bekerja di kilang, ladang atau membuat batu-bata kerap meminjam duit daripada majikan untuk membayar bil perubatan anak-anak dan akhirnya, tidak mampu membayar hutang tersebut.
Daripada terpaksa bekerja keras untuk membayar semula hutang berkenaan yang tidak pernah berkesudahan, mereka akhirnya tiada pilihan lain selain menjual organ untuk memecah kebuntuan.
Bushra Bibi merupakan salah seorang daripada mereka yang telah menjual buah pinggangnya dan kini, dia menderita akibat daripada perbuatannya itu.
Menurut Bushra, dia menjual organ itu pada harga AS$1,000 (RM4,295) kira-kira 12 tahun lalu bagi membiayai bil perubatan bapanya.
Kemudian, suaminya turut melakukan perkara sama bagi membantu bapa mentuanya yang berada dalam kesusahan. Tindakan mereka itu telah menyebabkan kedua-duanya kini terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk bekerja bagi menyara lima anak dan terpaksa berhutang.
“Saya berasa cepat letih. Kini, orang mula bercakap tentang saya apabila tidak dapat menghabiskan kerja yang dilakukan,” kata Bushra.
Wanita itu tinggal bersama keluarganya di Sargodha yang terletak dalam wilayah Punjab, lokasi pengeluaran buah oren terbaik di Pakistan. Ia juga merupakan kawasan di mana banyak keluarga telah ditangkap selepas terlibat dengan aktiviti penjualan buah pinggang secara haram. (IH)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails