Saturday, July 15, 2017

Seniman, JPJ Keluarkan Nombor Plat US 1 – US 1000 Pula..


PERSATUAN Seniman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama mengeluarkan nombor plat khas bermula huruf US yang membawa maksud Untuk Seniman bagi mencari dana badan itu.
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata tawaran tender bidaan nombor pendaftaran kenderaan unik itu bermula dari US 1 sehingga US 1000 bakal dibuka kepada orang ramai bermula pada Sabtu ini sehingga 20 Ogos depan.
“Ini merupakan satu tanggungjawab sosial yang diberikan oleh pihak JPJ kepada kami untuk melaksanakan program kebajikan terhadap artis-artis tanah air sendiri. 
“Bidaan dibuka kepada semua orang awam dan 100 peratus daripada hasil plat khas tersebut akan disalurkan kepada tabung Seniman,” kata beliau.
Zed Zaidi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman bidaan nombor pendaftaran khas kenderaan US di Menara Suezcap, KL Getaway pada Jumaat.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Fauzi Ayob. Harga buka bidaan plat tersebut ditawarkan bermula dari RM3,000 hingga RM5,000.
Peminat nombor pendaftaran khas boleh mengambil borang bidaan tender di pejabat Sekretariat Plat US atau memuat turun borang itu menerusi lamanwww.platus.my.
Selepas tender ditutup pada 20 Ogos depan, pembida yang berjaya boleh mendaftarkan nombor tersebut seawal 1 Oktober atau selepas mendapatkan kelulusan pewartaan daripada pihak JPJ. – MStar Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails