Saturday, July 15, 2017

Ini Struktur Pakatan Harapan, Gagalkan Usaha Azmin ...


AIDCNews -14/07/17 –Pengumuman struktur organisasi dan logo Pakatan Harapan semalam semakin menggagalkan usaha Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang masih menaruh harapan untuk memujuk PAS bersama-sama dalam pakatan pembangkang itu.
Dalam struktur baharu Pakatan Harapan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai Pengerusi, Anwar Ibrahim ketua Umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.
Azmin Ali sendiri dinamakan sebagai Naib Presiden Pakatan Harapan.
Timbalan presiden PKR itu dilaporkan The Malaysia Insight bersetuju dengan struktur organisasi PH itu yang disifatkannya memiliki apa yang diperlukan untuk menghadapi PRU-14 dan memenuhi aspirasi rakyat.
“Saya cukup berkeyakinan dan mengikrarkan sokongan serta komitmen saya kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir untuk terus merealisasikan matlamat perjuangan menuju Putrajaya.
“Pelantikan ini adalah amat signifikan kepada pengukuhan Pakatan Harapan serta memberi hala tuju, fokus dan kepimpinan dalam muafakat ini menjelang PRU-14,” kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.
The Malaysia Insight dalam laporannya sebelum ini menyebut Azmin memerlukan PAS kerana tanpa parti Islam itu impian Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, PAN dan PPBM untuk menakluk Putrajaya pada PRU 14 agak sukar.
“Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), parti PKR, DAP dan PAS memenangi 17 kerusi Parlimen dan 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
“Daripada 13 kerusi di Wilayah Persekutuan, DAP dan PKR memenangi semua kerusi yang ditandingi kecuali Putrajaya, Labuan, Setiawangsa dan Titiwangsa.
“Tetapi sekarang, masih tidak jelas apakah parti PH mampu mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada 2013 sekiranya bertembung dengan PAS dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang,”lapornya.
Selepas perpisahan dengan DAP dan PKR, PAS mengumumkan mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen di seluruh negara.
Mei lalu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Farhan Mohd Zain berkata parti Islam itu mahu bertanding di sembilan daripada 13 kerusi Parlimen. Sembilan kerusi itu sekarang disandang PKR dan DAP.
Farhan berkata PAS akan memberi tumpuan kepada pengundi Melayu-Islam dalam kawasan itu yang membentuk jumlah pengundi sebanyak 94% (di Putrajaya) sehinggalah hanya 4% (Kepong).
Mesej utamanya akan berkisar kepada jenama politik Islam PAS yang diharap akan meraih sokongan Melayu-Islam.
Pada 2013, situasi ini berlaku di dua kerusi bandar di Selangor iaitu Semenyih dan Kota Damansara di mana dua calon parti pembangkang diletakkan melawan calon BN.
Sekiranya berlaku pertembungan satu lawan satu, sudah pasti calon parti pembangkang akan menang apabila dicampurkan undi kedua-dua calon mereka.
Sumber PH mengatakan dua kes ini merupakan di antara alasan utama mengapa Azmin yang juga timbalan presiden PKR meneruskan hubungan dengan PAS walaupun secara rasminya parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan partinya.
Kemampuan PAS meraih sokongan secukupnya di Lembah Klang serta menyekat peluang PH menenangi pilihan raya sangat serius sehinggakan Azmin bersedia untuk berdepan kemarahan sekutu sedia ada.
PKR kini bersekutu dengan DAP, Amanah dan Bersatu.
“Kita perlu terus buka pintu kepada PAS. Kita faham kemarahan rakan kita. Tetapi mereka juga perlu faham yang PAS masih lagi penting untuk menewaskan BN,” kata seorang pemimpin PH menjelaskan pendirian Azmin.
Difahamkan, kerusi yang dimiliki personaliti terkenal PKR seperti Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai, Chua Tian Chang di Batu, malah kerusi Azmin di Gombak bakal tergugat jika berlaku pertembungan tiga penjuru.
Peluang terbaik PH untuk kekal memiliki kerusi tersebut ialah membentuk pakatan pilihan raya pada PRU 14 bagi memastikan pertandingan satu lawan satu di antara pembangkang dan BN.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails