Saturday, May 28, 2016

RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah Akan Dibentangkan. Apakata Dr Mohd Asri?

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM - Susulan ada pihak yang mempertikaikan keputusan kerajaan membenarkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 dibentangkan di Dewan Rakyat, Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) tampil mengulas isu itu.

Menurutnya, ramai yang keliru dengan usul tersebut hingga timbul pelbagai tafsiran yang berlebihan.

"Terima kasih kepada Datuk Seri Jamil Khir yang menghubungi dan menjelaskan kepada saya tadi tentang Akta 355 yang diusulkan oleh YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) semalam (kelmarin).


"Ramai yang keliru sehingga berbalah. Ada pula yang membuat tafsiran berlebihan kononnya undang-undang potong tangan dan rejam akan dilaksanakan," katanya dalam status di Facebook, semalam.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

Beliau kemudian mencadangkan usul di bawah peraturan mesyuarat 15(5) dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu timbul salah faham apabila Abdul Hadi membentangkan RUU Persendirian itu dengan hudud namun hakikatnya usul itu hanya pindaan untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.


Kerajaan sebelumnya memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Mohd Asri berkata, pindaan tersebut tidak sama sekali membabitkan penguatkuasaan kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman potong tangan ataupun rejam.

"Sebenarnya, pindaan tersebut sekadar membolehkan kadar hukuman undang-undang yang sedia ada ditingkatkan sahaja. Ia sama sekali tidak membabitkan hukuman potong tangan ataupun rejam.

"Habis, apakah yang dibisingkan?!!," katanya.

Sebelum ini, pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat lantang mengkritik tindakan pembentangan usul yang dibawa Pas itu. (SH)

Halau Wanita Muslim, Perkauman Anti Islam Donald Trump Makin Melampau.


SEORANG wanita Muslim yang menghadiri satu perhimpunan penyokong Donald Trump telah dihalau oleh penyokong calon Republikan berkenaan gara-gara dikatakan menggangu majlis kerana berdiri senyap dan bertudung.

Wanita berkenaan, Rose Hamid, telah diiringi pengawal keselamatan untuk keluar dari dewan berkenaan sambil dicemuh penyokong Trump selepas wanita itu melakukan protes senyap.

Pengarah Eksekutif Kebangsaan CAIR Nihad Awad telah menuntut supaya calon presiden tersebut memohon maaf dengan berhubung tindakan berkenaan yang dianggap keterlaluan dan menunggu jawapan Trump sehingga kini.

"Kami hanya ingin mendengar jawapan Trump mengaenai perkara ini, Kami hanya mahu beliau menunjuk bukti bahawa Rose telah mengganggu majlis berkenaan sehingga beliau dihalau dan dicemuh." katanya dipetik laporan The Associated Press.

Trump dalam satu perhimpunan di Iowa bersama pengikutnya telah melancarkan kempen untuk mempertahankan cadangannya mengharamkan sementara orang Islam dari memasuki Amerika.

Selain meminta Trump memohon maaf, Awad turut meminta calon presiden dari Republikan berkenaan untuk bertemu dengan pemimpin Islam Amerika bagi membantu membendung sentimen anti-Islam yang sedang dihasilkan oleh retorik beliau dan calon presiden Republikan lain.

Tindakan berkenaan telah mendapat kecaman hebat daripada penduduk Amerika yang lain di mana mereka menyifatkan tindakan berkenaan amat memalukan dan tidak bertamadun.

Ashley Lauren dari Illinois berkata, ia adalah cara yang amat menjijikan untuk mewakili Amerika, Trump dan penyokongnya sepatutnya berasa malu dengan diri mereka sendiri.

Vadyn Scherba pula berkata, jika Trump menjadi presiden, dunia akan melihat Amerika sebagai bahan jenaka, Manusia tetap manusia, anda perlu terima tidak kira siapakah dia, itu yang Amerika telah usahakan sejak berabad lalu, Trump adalah noda bagi masyarakat Amerika.

(IH)

Ikram Jamaah Islam Liberal Ke?? -Selongkar TKO



Ikram telah bersama dengan PAN menjadikan Jamaah Islam yang liberal yang kini tidak lagi sensetif dengan kumpulan LGBT dan anti Islam. 


Malang Jamaah yang asal daripada IRC yang dulu mendakwa mendapat fikrah yang sahih melalui gerakan Ikhwan Muslimin kini telah lara' dan terumbang ambing dalam politik tanah air. (Diangkat dari TKO Online)

Sejarah Penubuhan PAN, Hingga Sikap Tentang Hudud..


PAN: Menyusur Ke Terowong Gelap Akidah?

BERMULA
dengan fitnah UG lalu terbentuklah PASMA. Mereka marah kerana kononnya TGHH ingin membawa PAS bersatu dengan UMNO. Kemudian terbentuk G18 yang terdiri AJK PAS Pusat yang kalah dalam Muktamar. Akhirnya terbentuklah PAN dengan dakwaan merekalah parti Islam yang menggantikan PAS yang mula hilang sokongan.


Terpulanglah kepada mereka organisasi apa yang mereka nak tubuhkan. Ini negara demokrasi. Lebih baik mengundur diri daripada membuat onar macam Husam Musa dan Mahfuz Omar. Aku tak kisah yang ini. Yang aku kisahkan ialah akidah mereka. 

Aku tidak menuduh mereka kafir. Aku bimbang mereka tergolong dalam kalangan manusia munafik. Mereka tahu status golongan munafik di sisi Allah. Tak perlu diajar. Mereka tahu kerana mereka pernah diasuh dalam usrah dan kuliah.

Bermula dengan membuat fitnah UG, mereka mula menyerang ulama sendiri. Apabila si kafir Lim Guan Eng menyerang dan menghina TGHH mereka berada di pihak Lim Guan Eng. Bagi mereka Lim Guan Eng benar dan berintegriti. Yang buruk ialah ulama yang didakwa menyimpang dari perjuangan TGNA. 

Mereka angkat TGNA dengan maksud merendahkan TGHH. Inilah politik adu domba mereka. Tujuan mereka tidak lain hanyalah supaya PAS berpecah-belah. Sebahagian ikut mereka. Tinggal yang ekslusif  dan jumud sahaja mengekori TGHH.

Kemudian mereka nanar lagi. Kali ini mula menyentuh akidah. Sikap mereka terhadap hudud mula menjengkelkan. Ketika mereka masih setia bersama PAS dan ketika TGNA masih ada, tak pernah terkeluar daripada mulut mereka sesuatu yang tidak selari dengan tuntutan Allah terhadap huhud. Mereka mula beralasan. Alasan tak sesuai untuk masa kini. Dulu tak ada pun alasan begitu. Alasan biar memerintah dulu, baru fikir tentang hudud. Seolah-olah apabila Pakatan Rakyat sudah memerintah, DAP bagi izinlah buat hudud. Cit!!!

Akhir-akhir ini program dan penampilan mereka pun sudah ala-UMNO; parti yang mereka alergik itu. Dalam PRN Sarawak, ada calon wanita mereka sudah berpakaian macam wanita UMNO. Ada pula acara joget-berjoget. Ada acara baling mikrofon. Dalam alam siber apalagi, cai-cai mereka sakan menabur fitnah dan ejekan. Pakaian sedondonlah walaupun mereka tahu pakaian disediakan oleh pihak penganjur. 

PM Najib melawat TGHH yang terlantar di hospital juga jadi bahan sendaan. Pendek kata, PAS dan pemimpin tak boleh langsung bertemu dengan UMNO dan pemimpin mereka. Mereka sebarkan kepada rakyat bahawa TGHH mahu jawatan Penasihat dengan gaji beribu hanya semata-mata kerana TGHH ingin menasihati pemerintah. Apa buruk perangai macam ini?

Terkini, mereka pertikai apabila private bill yang dibawa TGHH berkaitan undang-undang syariah didahulukan. Mereka marah ‘mengapa bentang tapi tak bahas’. Mereka bercakap macam suara DAP yang anti-Islam itu. Ada pula pemuka mereka berkata TGHH jual hudud untuk PRK yang akan berlangsung. Ulama yang puluhan tahun memperjuangkan hudud itu mereka tuduh mahu jual hudud sebagai perniagaan pilihanraya. Apa ke sesat manusia begini?

Sebelum ini, Presiden PAN, Mat  Sabu berkata parti itu bersedia mengundi untuk menolak rang undang-undang berkaitan hudud  sekiranya ia merupakan keputusan konsensus pembangkang. Subhanallah. Di mana ulama PAN? Di mana Ustaz Ahmad Awang? Di mana Ustaz Ghani Shamsuddin?

Perjalanan PAN seterusnya akan kita lihat nanti. Adakah mereka akan menentang dalam undian di Parlimen nanti bersama-sama DAP dan para kafirun? Apakah mereka sama-sama mencarai jalan untuk menggagalkanya. Apakah hujah dan sikap mereka akan menjadi modal untuk para kafirun menentang hudud? Aku berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada mereka. Janganlah begitu jauh tersesat jalan sahabatku.

Motif tulisan aku kali ini ialah sebagai satu peringatan kepada ahli, penyokong dan pemimpin PAN agar ambil masa bermuhasabah sebelum tenggelam dalam terowong gelap akidah.

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 BayangDiAir
 (Disiar semula oleh IH)

'BN silap faham', Ini Alasan UMNO Tolak Hudud Kali Ini..

Mengulas pembentangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan rang undang-undang persendirian itu bukan pelaksanaan hudud. — Foto oleh Choo Choy May Mengulas pembentangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan rang undang-undang persendirian itu bukan pelaksanaan hudud.
SEPERTI diduga timbul keresahan dan bantahan dikalangan parti komponen Barisan Nasional sendiri ekoran usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang di Dewan Rakyat petang Khamis.
Antara yang serius ialah Exco Kerajaan Negeri kedah dari MCA ,Dr Leong Yong Kong telah bertindak keluar parti kerana membantah.
Ditanya hal berkenaan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majis Tertinggi UMNO petang Jumaat,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata timbul salah faham besar mengenainya.
Katanya sebenarnya Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentang Ahli Parlimen Marang itu bukan Hudud yang yang disangka.
Perdana Menteri menjelaskan ia lebih kepada peningkatan kuasa Mahkamah Syariah antaranya berkaitan dengan hukuman-hukuman dan ia cuma tertakluk pada orang Islam sahaja. Hukuman itu pun misalnya rotan tidak sampai ke peringkat mencederakan.
Beliau akui masalahnya bila sebut nama Haji Hadi orang cepat nak mengaitkan beliau dengan Hudud.
Apapun Perdana Menteri menjelaskan perkara ini tidak begitu mudah hendak dilaksanakan kerana ia antara lain melibatkan perlu dapat kebenaran dari Majlis Agama Islam negeri-negeri,Majlis Raja-Raja dan pindaan undang-undang oleh Parlimen.
Katanya jika nak pinda undang-undang BN akan terikat kepada prinsip konsensus yakni persertjuan bersama. Kata Najib apapun nak dilakukan BN akan fikirkan kepentingan negara secara keseluruhan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini yang ramai sudah agak, memang UMNO sejak dari mula merdeka sampai sekarang akan tetap menolak perlaksanaan perundangan Islam sepenuhnya termasuk 'hudud'. Kerana memang UMNO tidak takut perintah Tuhan, yang dia takut hanya perintah AS atau kuasa-kuasa barat termasuk zionis Israel. 
Itu sebab berbagai helah dan dalih alasan seperti di atas diberi untuk menolak 'hudud'. Zaman pemerintahan PM Mahathir, UMNO tolak beralasan konon, Itu 'hudud PAS'. Lama dah, kita kenal taktik dan perangai huduh UMNO dalam hal ini!

Dr Najihatussalehah & Dr Abdul Rani Tanding PRK KK/SB Wakili PAS

Post Pic
KUALA KANGSAR: Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad dipilih sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.   

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan perkara itu di padang berhampiran markas PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan di sini malam ini.

Dr Najihatussalehah, 50, yang berasal dari Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Pasir Salak memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau juga merupakan Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2015-2017.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Ahli  Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).

Calon BN bagi parlimen itu dijadual diumumkan petang esok oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sementara itu parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dilaporkan akan mengumumkan calonnya pada 1 Jun.

Post Pic

Di Sungai Besar pula, PAS memilih ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman untuk diangkat sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Markas PAS Simpang Lima, di sini, malam ini.

Menurut Abdul Hadi, keputusan untuk memilih Abdul Rani dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulamak. Turut hadir pada majlis pengumuman itu adalah Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz dan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Abdul Rani, 58, merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Allahyarham Noriah mendapat 18,695 undi dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin yang memperoleh 18,296 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.

Selamat mengundi bagi penduduk dua kawasan PRK tersebut. (IH)

Hudud: DAP Anti-Islam, Tak Beradab! -Abdul Hadi.



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan DAP sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan dengan umat Islam.


Mengulas bantahan pari itu ke atas usahanya membentangkan pindaan rang undang-undang persendirian bagi merintis laluan kepada pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, katanya, DAP langsung tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam.

Katanya, tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam jelas menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.

"DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun.
"Saya turut kesal dengan Parti Amanah Negara yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," katanya yang dipetik Bernama  di Marang, Terengganu.

Semalam Hadi membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat dengan tujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini. Dalam rang undang-undang ahli persendirian yang kali pertama dalam sejarah dibentangkan oleh wakil pembangkang itu, beliau i mencadangkan supaya Seksyen 2 rang undang-undang berkenaan digantikan dengan seksyen baharu.

Dengan pindaan itu, Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Bagaimanapun, sebelum ia dibentang oleh Abdul Hadi, beberapa wakil pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Teresa Kok (DAP-Seputeh), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) bangkit untuk mempertikaikan mengapa usul yang dibawa Abdul Hadi itu didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat semalam.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia seterusnya membenarkan ia dibentang atas budi bicara beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ditanya adakah tindakan membentangkan usul tersebut sebagai gimik politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Hadi berkata ia tidak ada kena mengena dengan politik.

Katanya, ini bukan kali pertama usul itu dibentang kerana beliau pernah membawanya ke Parlimen sebelum ini.

"Kalau ini satu gimik politik sudah tentu ia akan menakutkan PAS sebab mungkin akan kehilangan undi orang bukan Islam.
"Tetapi ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya sebab ia pernah dibawa ke Parlimen pada tahun 1995 dan seingat saya titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pernah menyatakan perlunya peranan Mahkamah Syariah dimartabatkan," jelasnya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam reaksi awalnya, semalam berkata BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.

"Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS," katanya.

Beliau seterusnya menggesa rakan-rakan BN - MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian dan mencabar mereka meninggalkan BN.

Hari ini, seorang exco kerajaan negeri Kedah dari MCA, Leong Yong Kong bertindak keluar dari parti itu kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan mengutamakan rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS bagi membuka laluan kepada hudud.

Beliau berkata MCA gagal mendapat rasa hormat Umno dan gagal mempertahankan perlembagaan. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pula dilaporkan menyerang Umno secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen.

Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, beliau menuduh Umno bersekongkol dengan PAS dan mengkhianati semangat BN. Rang undang-undang persendirian itu sering dirujuk sebagai rang undang-undang hudud adalah khususnya untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Buat masa ini, Akta 355 mengehadkan hukuman maksimun yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah adalah denda RM5,000, penjara tiga tahun atau enam sebatan.


Pindaan itu bertujuan untuk meningkatkan had ini serta membuka jalan bagi pelaksanaan sebahagian daripada hukuman hudud, termasuk rotan sehingga 100 sebatan. (TKO)

Friday, May 27, 2016

Muslim China, Dipaksa Patuh Ateisme Marxis, Di M'sia, Muslim Dipaksa Patuh Sekularisme Anti Hudud.

Presiden China Xi 

Presiden China Xi Jinping sebagai pemimpin tertinggi Parti Komunis yang berkuasa, memberi amaran kepada rakyatnya, khususnya yang tinggal di Wilayah Xinjiang, untuk meninggalkan amalan ibadah Islam dan tetap memegang teguh ajaran ateisme Marxist.

Kenyataan Xi itu disampaikan dalam Persidangan Kerja Nasional Kedua Bidang Agama yang secara meluas dilaporkan oleh stesen televisyen kerajaan CCTV, seperti dilansir Indian Express, Kamis (26/5).

Xi berkata amaran itu ditujukan langsung kepada warga muslim Uighur yang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dianggap menentang negara dengan pelbagai protes dan serangan. Menurut kerajaan Negeri Buluh itu, sebahagian besar warga di Xinjiang sudah teradikalisasi dan keadaan ini boleh memberi kesan serius.

Wilayah Xinjiang memang terletak berdekatan dengan sempadan Pakistan dan dari sanalah pemahaman Islam garis keras (??) masuk ke China. Menurut sejumlah kalangan pidato Presiden Xi dalam persidangan itu juga ditujukan kepada kerajaan Pakistan supaya menghentikan aliran pemahaman Islam garis keras ke Xinjiang.

Xi dengan tegas menyatakan tidak ada kompromi dalam dasar kerajaan untuk isu Islam garis keras ini. Dia juga memberi amaran kepada rakyat untuk menolak segala pengaruh atau ideologi dari kumpulan pelampau Islam.

Para pegawai Parti Komunis China jelas menyokong kenyataan Xi itu. Mereka memberi amaran kepada warga untuk menentang segala jenis makanan halal. kerajaan China. (IH)

China larang muslim ibadah, harus patuh pada ateisme Marxis
Muslim Uighur. muslimvillage.com 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di negara China, rakyatnya yang Muslim dipaksa mengamal ajaran agama negaranya A
teisme Marxis. Di Malaysia rakyatnya yang beragama Islam, dipaksa menganut ajaran sekularisme yang melarang perlaksanaan perundangan Islam, demi menjaga hati puak-puak keturunan pendatang bukan beragama Islam, yang diberi kerakyatan.

Di China, tuduhan yang dilebelkan kepada orang Islam ialah 'pemahaman Islam garis keras'. Di Malaysia orang Islam yang disebut 'golongan yang mahu kepada hudud'. Atau golongan yang menentang 'Islam liberal dan pluralisme (kononnya Islam sederhana, sesuai dengan masyarakat plural)'. Tuduhan yang hampir-hampir sama.

ADUN Kedah Tumbuk Pasangan Remaja, Macam Samseng Jalanan?

azmi che husain gaduh


VIDEO: ADUN UMNO KEDAH BERTUMBUK, REMAJA DAN TEMAN WANITA CEDERA 

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kedah, Datuk Azmi Che Husain didakwa bergaduh dengan pasangan remaja di khalayak umum sehingga mencederakan seorang wanita dalam satu kejadian di bandar Alor Setar baru-baru ini. 

Insiden tersebut berlaku pada 15 Mei lalu di hadapan pusat beli belah Aman Central dimana Adun tersebut memberhentikan keretanya disebelah kereta mangsa dan kemudiaan disusuli dengan pergaduhan. Satu laporan polis juga dibuat dan dalam laporan tersebut, teman wanita lelaki tersebut memandangkan teman wanitanya, Nur Shahirah Mokhti mengalami kecederaan selepas cuba meleraikan pergaduhan tersebut. 

Remaja tersebut bernama Alif Adam juga memuatnaik status dalam akaun Facebook miliknya (Adam Hoonigan) berserta video insiden pergaduhan tersebut. 

“Tiba tiba lelaki 50-An dari kereta tersebut telah turun dari keretanya dan membuka pintu kereta saya dan menarik kunci kereta saya. 
“Lelaki 50-An telah menumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat dari itu, mulut saya mengalami luka. Kemudian lelaki 50-An tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-An tersebut…. ….Datang pula (2) lelaki 20-An dari kereta tersebut dan mereka bertiga memukul saya,” kata Adam dalam laporan polis yang dibuatnya sejurus selepas insiden tersebut. 

Menurut Adam, selepas beberapa hari kejadian baharu beliau mengetahui lelaki 50-an yang menumbuknya adalah seorang VVIP dan berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri. 

“Selepas beberapa hari dari hari kejadian, barulah saya mendapat tahu dari rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah yang lelaki berusia 50-an tersebut adalah Datuk Azmi Che Husain, seorang Timbalan speaker Negeri Kedah. 
“Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah untuk beliau tampil memberi keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita saya dipukul oleh 3orang samseng jalanan yang berpangkat (VVIP),” tulis Adam dalam status akaun Facebooknya. 

Menurut mangsa tersebut, individu didakwa Adun Umno tersebut beredar dari tempat kejadian dan beliau terpaksa membawa teman wanitanya ke Kedah Medical Center (KMC) ekoran kecederaan dialami teman wanitanya itu. 

“Kemudian kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian. Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Star Kedah kerana telah mengalami sesak nafas yang sangat teruk,” kata Adam dalam laporan polis. 

Adam juga menunjukkan salinan laporan polis dan perubatan sebagai bukti insiden tersebut berlaku. – 27 Mei, 2016. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Macam samseng jalanan? Tunggu pembicaraan di Mahkamah..

Nota Editor : The Malaysian Mirror masih cuba mendapatkan maklum balas daripada Azmi berhubung insiden pergaduhan yang membabitkan beliau dengan remaja tersebut. -malaysiastylonews-  


Adun Umno Kedah bertumbuk di khayalak awam, remaja ...

https://www.youtube.com/watch?v=EeA-XccRitQ
6 jam lalu - Dimuat naik oleh The Malaysian Mirror
Adun Umno Kedah bertumbuk di khayalak awamremaja dan teman wanita cedera. The Malaysian ...

(IH)


Undi Melayu Dijangka Penentu. Kalau PAS Menang 2PRK Ini, PRU 14 PAS Kuasai..

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR - Undi Melayu dijangka menjadi penentu kemenangan parti yang bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan jangkaan bahawa pengundi Cina tidak akan turun mengundi dalam kedua-dua PRK tersebut.

“Pembangkang memang susah nak menang sebab BN akan turun habis-habisan. Tetapi, peluang itu masih ada walaupun tiga penjuru.
“Kalau pengundi Cina tak undi Pas, undi mereka akan kosong. Jadi kita bergantung kepada undi Melayu, siapa yang lebih dominan untuk tarik undi Melayu dia akan menang. Maka, perlawanan nanti agak kuat dan sukar diramal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tuan Ibrahim berkata,  pola pengundian dalam  beberapa PRK  yang lalu jelas menyaksikan penurunan undi masyarakat Cina.

“Walaupun DAP cakap mereka tak akan sokong calon Pas dalam PRK ini, saya ada buat kajian juga. Sebenarnya, dalam kebanyakan PRK, orang Cina tak turun undi pembangkang.

“Contohnya, DAP kalah di PRK Teluk Intan walaupun itu kerusi mereka. Malah dalam PRK Rompin, undi Pas meningkat tetapi undi masyarakat Cina di bandar merosot,” katanya.

Mengulas mengenai trend itu, Tuan Ibrahim berkata, ia mungkin disebabkan sikap orang Cina yang beranggapan PRK tidak akan membawa perubahan besar.

“Dalam kalangan pengundi Cina, kalau tukar kerajaan mereka sanggup.  Kalau mereka turun undi dalam PRK pun, mereka tak berani undi pembangkang.
“Ini pola standard mereka, bukannya sebab perpecahan pembangkang atau faktor calon. Yang tak undi calon itu ialah pengundi Cina,” katanya.

Memberi contoh Dun Sekinchan yang dimenangi DAP dengan majoriti 2,000 undi pada PRU13 lalu, kata beliau, kawasan itu antara yang diramalkan mengalami kemerosotan undi masyarakat Cina.

“Saya jangka undi Cina di Sekinchan akan jatuh walaupun letak calon DAP.  PRK ini standardnya begitu. Pengundi luar takkan balik sebab tak penting. Kalau ada kerja, mereka takkan undi,” katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Undi Melayu dijangka jadi penentu kemenangan dalam 2 pilihan raya kecil ini. Suasana begini dijangka berterusan hingga hingga Pillihan Raya Umum ke 14. Ertinya kalau PAS menang dalam 2 PRK ini, tandanya, Malaysia akan dikuasai PAS dalam PRU akan datang. Insya Allah!

Siapa Sebenar Yang Menolak Hudud? -Ibnu Hasyim.



KUALA LUMPUR: WEBLOG Ibnu Hasyim menolak kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa bahawa BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.


Itu adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS, Kata Lim Guan Eng.

Begitu juga dengan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang berkata Tindakan kerajaan yang memberi laluan kepada Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan kuasa Mahkamah Syariah dibentangkan ke Dewan Rakyat merupakan bentuk kerjasama yang dinantikan oleh Pas.

Kerjasama UMNO-DAP?

Menurut weblog Ibnu Hasyim ketika mengulas berita  'Takkan Guan Eng Saja Menyerang Hudud. Mana Lagi Ba...' katanya, 

"Lihat sejarah ucapan di parlimen, yang mula-mula menentang hudud ialah UMNO, Presiden UMNO PM Malaysia Pertama. DAP antaranya yang sama-sama menentang 'hudud'. Adakah ini juga kerjasama UMNO dan DAP? Atau Perikatan dan DAP?" Tulis editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

Siapa Penentang Hudud?

"Pada saya, penentang 'hudud yang pertama dalam sejarah Malaysia adalah UMNO. Bukan DAP. Waktu itu DAP belum ditubuhkan lagi. UMNO mewarisi perjuangan penjajah-penjajah barat untuk menghapuskan negara-negara Islam di dunia sebagai lanjutan dari Perang Salib di Eropah. Lanjutan juga dari penciptaan negara Israel 1948 di atas jantung bumi Arab dan rakyat Palestin.

"UMNO jadi talibarut penjajah waktu itu, memaksakan perundangan Lord Ried 'made in England' itu ke atas rakyat Islam di Persekutuan Tanah Melayu. Begitu juga peranan penjajah di Indonesia, Brunei, Pattani, Filipina dan lain-lain. 

"Perjuangan DAP menentang hudud adalah kerana terperangkap dengan kemelut ciptaan penjajah tersebut. UMNO yang menentang Hukum Hudud sebenarnya. DAP Ikut-ikutan saja, kesian dia!" Kata Hj Mohd sewaktu ditemui sebentar tadi. (IH)

RUU Hudud Telah Diusulkan, Tetapi... Namun Perjuangan Tetap Berjalan Terus!


Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang dijadualkan telah dibentangkan di dewan parlimen (26Mei), lapor Astro Awani.

Pembentangan RUU berkaitan Hudud berkenaan dijadualkan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam Parlimen

Namun, Rang undang-undang berkenaan telah disenaraikan sebagai item No 15, iaitu perbahasan yang terakhir sekali dalam kertas perintah itu, ini bermakna RUU berkenaan mungkin tidak sempat dibentangkan.

Ini kerana, mengikut jadual merupakan hari terakhir dewan parlimen bersindang.

Ini adalah kali ketiga Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada 7 April dan 17 Jun 2015, bagaimanapun usulnya tidak dibahaskan di Dewan Rakyat dalam kedua-dua sesi tersebut.

Berdasarkan RUU Hudud yang bakal dibentangkan berkenaan meminta untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.


Pada masa ini, Akta itu menghadkan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda maksimum RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Iainya dikenali sebagai peraturan 3:5:6 iaitu penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Jika pindaan akta ini berjaya, semua kesalahah jenayah syariah boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan mengikut undang-undang Islam.

Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun lepas meluluskan usul pelaksanaan hudud dan qisas di negeri itu, namun tersekat kerana kedudukan undang-undang persekutuan yang tidak membenarkan hukuman melebihi daripada yang ditetapkan sekarang.


Lapor media semalam. 

KEMASKINI



RUU menambah bidang kuasa mahkamah Syariah di Malaysia telah dibentangkan di dewan rakyat.

Pembentangan Usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Ahli Parlimen Marang YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dibacakan pada hari ini di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Namun begitu, usul berkenaan terpaksa ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan, lapor Sinar Harian.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk meluluskan usul ini," kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas keluar Dewan Rakyat.

Speaker Tan Sri Pandikar Aman Mulia membenarkan Usul Kerajaan untuk RUU Ahli Parlimen Marang didahulukan dalam senarai peraturan mesyuarat.

Rang Undang-undang (RUU) pindaan itu adalah untuk menambah bidangkuasa Mahkamah Shariah di Malaysia. (IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah nasib 'sistem perundangan Islam' di Malaysia, negara majoriti umat Islam. Umat Islam tidak bebas melaksanakan sistem perundangannya di negaranya sendiri, walaupun pasal 3 dalam Perlembahaan Persekutuan termaktub, Islam adalah agama bagi Persekutuan.

Ada ulama mengatakan, 'tidak sempurna iman seseorang itu selagi negaranya tidak menjadi negara Islam yang sebenarnya'. Na 'auzubillahi minzalik.

Oleh itu perjuangan menegakkan sebuah negara Islam merdeka tetap akan diteruskan hingga hari Kiamat! Allahu Akbar!!

Takkan Guan Eng Saja Menyerang Hudud. Mana Lagi Balacinya?


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa bahawa BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.
"Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS," katanya.

Beliau menggesa rakan-rakan BN - MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian mereka.

"Mereka kata  akan keluar daripada BN ... Saya ingin tahu jika mereka (masih) bersedia untuk berbuat demikian," katanya.

Beliau mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mengikut perlembagaan.
Beliau memberi amaran bahawa sekiranya rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen, ia akan memberi kesan ke atas sistem kehakiman.

"Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang),” katanya di lobi Parlimen.

Jika rang undang-undang itu diluluskan, ini akan merintis jalan untuk pelaksanaan hudud  di Kelantan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Takkan DAP/Guan Eng saja yang menentang hudud. Mana lagi balaci-balacinya? Lihat sejarah ucapan di parlimen, yang mula-mula menentang hudud ialah UMNO, Presiden UMNO PM Malaysia Pertama.

DAP antaranya yang sama-sama menentang 'hudud'. Adakah ini juga kerjasama UMNO dan DAP? Atau Perikatan dan DAP?

Thursday, May 26, 2016

Rasuah Perempuan: Rafizi Mula Menyerang 'Khalid Ibrahim Ke 2'... Dedah Raja Petra.



Rafizi Mula Atur Langkah Kajang Kedua Terhadap Azmin
KUALA LUMPUR: Strategi menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali melalui Langkah Kajang yang kedua, telahpun dilancarkan, dakwa blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin.
Raja Petra, dalam satu tulisannya di laman Malaysia Today berkata, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menjadi dalang kepada Langkah Kajang 2.0, seperti mana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pandan itu dalam Langkah Kajang yang terdahulu sehingga membawa kepada pengunduran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tambahnya, dalam Langkah Kajang yang terdahulu, Rafizi sengaja membangkitkan isu rasuah dan salahguna kuasa, serta mendakwa Khalid sebagai seorang yang enggan bekerja dalam satu kumpulan malah, enggan mematuhi peraturan parti.


Jelasnya, kini, Azmin sedang  tuduhan yang sama seperti Khalid, tapi atas satu pengecualian, di mana dalam kes Azmin, terdapat dakwaan bahawa wanita dijadikan sebagai rasuah.
Namun, Rafizi dilihat semakin memperlahankan langkahnya dan memberi alasan bahawa dakwaan rasuah dan wanita tersebut bukan dakwaan umum, tetapi menyentuh hanya satu kes spesifik.
Walaubagaimanapun, menurut Raja Petra lagi, Rafizi enggan mendedahkan segala butiran terperinci berkenaan atas alasan kepimpinan tertinggi PKR hanya mahu menakut-nakutkan pihak yang terlibat, namun bukan berniat untuk mendedahkan secara serius mereka yang terlibat.
Jelasnya, perkara tersebut jelas menunjukkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Rafizi bukanlah mahu mengancam kerajaan negeri Selangor,tetapi hanya tertumpu kepada seorang individu sahaja.
“Rafizi enggan mendedahkan siapa penjenayah tersebut. Beliau hanya mahu mengugut untuk mendedahkan si pesalah jika pesalah terbabit telah melampaui batas dan melanggar semua kehendak parti,” katanya.
Terdahulu, satu tranksrip perbualan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp yang sedang viral mendedahkan wujud permintaan perempuan sebagai habuan dalam berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Rafizi dalam perbualan tersebut mengatakan menerima aduan selain wang yang diminta dalam urusan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan perempuan.
“Semalam saya mendapat laporan dan aduan dari orang bona fide bahawa selain dari wang sekarang ini ada juga permintaan ‘perempuan’ bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan).
“Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat,” tulis Rafizi dalam kumpulan WhatsApp, Solidariti For Anwar yang dilihat The Malaysian Mirror.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Rasuah Perempuan',  Rafizi mula menyerang 'Khalid Ibrahim Ke 2'... Demikian kira-kira, dedah Raja Petra.

Lelaki Bogelkan Wanita Dalam Restoran. Tersebar Videonya..




Satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki pertengahan umur cuba menanggalkan pakaian seorang wanita di sebuah restoran di wilayah Jiangsu, China, baru-baru ini menjadi viral dan menarik perhatian pengguna media sosial.

Memetik laporan Shanghaiist, video yang berdurasi kira-kira 1 minit 20 saat itu menunjukkan lelaki yang dipercayai seorang penjawat awam bertindak meramas wanita tersebut sebelum cuba untuk menanggalkan pakaiannya.

Difahamkan, pemeriksaan oleh wartawan tempatan berjaya mengenalpasti identiti lelaki dan perempuan dalam video tersebut.

Menurut agensi berita China Xinhua, Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin bandar Rugao telah menahan reman lelaki tersebut sementara menunggu siasatan lanjut.

Sehingga kini, video tersebut yang dimuat naik ke YouTube pada Ahad lalu itu ditonton lebih 337,000 kali di mana rata-rata pengguna sosial media melahirkan perasaan kurang senang dengan perbuatan tidak senonoh itu. (BH)


post-feature-image

Komen Weblog Ibnu HasyimTidak akan berlaku perkara seperti ini di dalam negara berpemerintahan Islam..

Dari Sambut Hari Jadi, Bertukar Ke Pesta Liar. Hasil Tarbiah K'jaan Sekular?


Empat gadis yang ditahan dalam serbuan di sebuah apartmen yang disewa khas di Jalan Hamzah di Kota Bharu semalam.

HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU – Niat asal menyambut hari jadi seorang rakan namun selepas selesai acara tersebut, sekumpulan 10 pemuda dan empat gadis mengambil kesempatan meneruskan keseronokan mereka dengan berpesta liar.
Kegiatan tidak bermoral melibatkan 14 orang yang kesemuanya berketurunan Melayu dan berusia 17 hingga 25 tahun itu berlangsung bermula dari lewat malam kelmarin sehingga mereka ditangkap pada pukul 10.30 pagi semalam.
Kesungguhan untuk berparti secara tidak senonoh itu boleh dilihat apabila kumpulan terbabit sanggup menyewa apartmen satu bilik di tingkat 17 di Jalan Hamzah di sini untuk dua hari berturut-turut dengan harga RM360.
Difahamkan, semasa serbuan pukul 10.30 pagi, lelaki yang diraikan sempena hari jadinya sudah pulang.
Bagaimanapun, baki 14 tetamu yang datang untuk sambut hari jadi terus berada di apartmen itu kerana dikatakan khayal teruk sehingga masing-masing tidak dapat pulang.
Pembantu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Mat Jusoh Seman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan liar lelaki dan perempuan bukan muhrim memasuki sebuah apartmen mewah itu daripada pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
“Semasa pihak penguat kuasa pergi ke apartmen itu, kita terpaksa mengetuk pintu apartmen terbabit kira-kira 30 minit sebelum ia dibuka.
“Pemeriksaan di apartmen satu bilik itu menemui 10 lelaki dan empat wanita dengan kebanyakan mereka dalam keadaan khayal,” kata beliau semasa ditemui selepas serbuan di sini semalam. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah kesan dan bukti hasil tarbiah kerajaan sekular pimpinan UMNO dari sejak merdeka sampai sekarang, warisan dari penjajahan fikiran kerajaan penjajah barat. 
Kerana tidak berlaku pembebasan hukuman dalam pemerntahan negara ke arah kesyumulan Islam termasuk perundangan hudud di peringkat nasional atau negeri dan individu. Tiada kelonggaran melaksanakan perundangan Islam pada individu Muslim..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails