Wednesday, May 25, 2016

'Road to PRK S/Besar-K/Kangsar', PAS Menang Jika 3 Penjuru-Dr Zuhdi

Post Pic
SHAH ALAM: Kajian dilakukan Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mendapati pertandingan tiga penjuru di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan memberikan kelebihan kepada PAS, kata pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

"Menurut simulasi yang PPP buat, pertandingan tiga penjuru lebih membuka peluang kepada PAS untuk menang," katanya kepada Antarapos

Beliau merujuk kepada pertandingan di antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Pakatan Harapan (PH) di kedua-dua kerusi Parlimen berkenaan. 

PAS, ujarnya, tidak akan membuat pusingan-U atau memberi muka kepada Pakatan Harapan sebagaimana yang sudah dinyatakan oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS bukan komponen PH, jadi tiada keperluan untuk berbincang dengan PH, apalagi tunduk kepada desakan PH," ujarnya.

PKR pada ketika ini berkata akan meneruskan rundingan dengan parti-parti pembangkang termasuk PAS dan PAN, memandangkan parti serpihan itu juga berhasrat untuk meletakkan calon mereka.  

Setakat ini Pakatan Harapan masih belum memuktamadkan calon untuk kedua-dua kerusi berkenaan.

PAS sehingga kini konsisten dengan pendirian untuk mempertahankan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar memandangkan kedua-duanya adalah kerusi tradisi yang ditandingi pada pilihan raya umum lalu.

Malah PAS pada malam esok akan mengadakan ceramah perdana 'Road to PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Beristiqamah hingga Kemenangan' yang sekali gus memperlihatkan tekad parti itu untuk terus mempertahankan kedua-dua kerusi walaupun menerima asakan Pakatan Harapan agar berkompromi. (Antarapos)

2 comments:

Anonymous said...

Mangkok ni dok kerja mentakedarah kat UM lagi. Paham2 la weh boleh jadi Pengarah PPP.
Patutnya jawatan ini bagi jer kat Ibnu Hashim lagi bodoh tahap bangang bila sembang pasai politik. Yang baguihnya kalau ibnu hashim komen pasai porno.
Zuhdi Marpuki patutnya jadi punahsihat harakah yg tak laku tahap bankrap.
3 penjuru Pas menang hooii. JKKK kampung aku dah terguling2 gelak kerna 2 kerusi ini adalah kerusi tradisi Pas KALAHHHHHHH.

Unknown said...

Kita org pun tergolek2 gelak jika PAN berani melawan PAS tanpa sokongan DAP.. kuikuikui..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails