Monday, May 23, 2016

Syabas! PAS Takkan Berganjak Tanding PRK Sg Besar. Tunggu Tindakan Azmin Selanjutnya.

Post Pic

SHAH ALAM: PAS tidak akan berganjak daripada keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sekaligus bersedia dengan sebarang tindakan membabitkan kedudukan tiga Exconya di dalam kerajaan negeri Selangor.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi kata dua kepada tiga exco supaya meletakkan jawatan, sekiranya PAS tetap bertegas mahu bertanding di PRK Sungai Besar.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali sebelum ini dipetik sebuah portal, mengesahkan memang Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR memang memberi kata dua kepada tiga wakil rakyatnya. 

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS, Abdul Abdul Hadi bertegas tidak akan membuat pusingan U daripada ketetapan untuk bertanding di kedua-dua PRK berkenaan. 

"PAS tetap akan bertanding, calon akan diumumkan oleh Jawatankuasa pilihan raya PAS akan beritahu," katanya ketika selesai Mesyuarat PAS Pusat di ibu pejabat parti itu semalam.

Ditanya samada tindakan nekad PAS untuk meletakkan calon itu akan mengakibatkan hubungan antara parti itu dengan PKR akan retak, Hadi kemudiannya menganggap tahaluf siyasi PAS dan parti itu berjalan seperti biasa.

Post Pic

Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata parti itu tidak terkesan dengan sebarang ugutan walaupun ia datang dari sekutu politiknya sendiri.

"PAS tidak makan ugutan. Lihat Presiden juga tegas bahawa tidak takut diugut. Kita sudah biasa tidak ada kerajaan dan berkerajaan. Maka kita tidak risau dengan segala ugutan. Itu yang ditunjukkan oleh Presiden," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat PAS Pusat, pada Ahad.

Zuhdi berkata demikian mengulas kata dua yang diberikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap tiga exco PAS negeri itu supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu bertegas meletak calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Pergeseran antara parti pembangkang berterusan apabila PAS bertekad enggan melepaskan kerusi tradisinya, sementara PKR dilaporkan berminat meletakkan calonnya di Sungai Besar. Parti Amanah Negara (PAN) sebelum ini turut menyatakan hasrat mahu meletakkan calonnya, sebagai menggantikan peranan PAS yang disisihkan daripada Pakatan Harapan.

"Kita tidak ada tindak balas. Kita tunggu dan lihat," katanya apabila diajukan apakah PAS akan membalas serangai Azmin itu.

Zuhdi juga memberitahu serangan Azmin itu tidak sesekali menjejaskan hubungan antara PAS-PKR yang masih berlangsung menerusi kerajaan Selangor.

"Kita masih di dalam kerajaan. Kalau turun berkempen di Sungai Besar, kita akan turun sebagai kerajaan juga. Walaupun DAP masuk (bertanding) pun, PH masukc pun, maknanya mereka dan kita sebagai kerajaan," katanya. 

Sementara itu, weblog Ibnu Hasyim mengucapkan syabas kepada kepada Presiden PAS dalam mempertahankan hak yang diputuskan oleh PAS. 

"Kami ahli biasa PAS akan terus mendoakan kemenangan PAS, yang bergerak atas 'syura' dan garis kebenaran." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

Syabas Presiden PAS!

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah TGHH.. hanya parti yg goyah takut pd kuasa dan pangkat..

Anonymous said...

Ingat PAS macam PAN ka? Abuya Sifoo angkat kening, Khadam Selfie Al Mikrofon dah menggelupur

Anonymous said...

dkt Msia ni Presiden semua x boleh ditegur.. pembodek pulak banyak pertahankan

1. UMNO- siapa kritik presiden hilang jawatan dan dipecat
2. DAP - Siapa kritik SU Agung DAP akan hilang jawatan Parti
3. PAS - Siapa kritik Presiden akan hilang jawatan juga.

2x5

Bila ada mufti atau pemimpin lain tegur kenyataan Presiden PAS, akan dijawab oleh pembodek tegar konon ambil pada sumber x sahih sebagai contoh kes babi DAP dll.

Tapi jika Presiden PAS ambil sumber x sahih spt tuduh calon PKR jual pil kuda x ada siapa yang nak tegur Presiden. Ini lumrah di Malaysia

Parti Pasok Momogun x islamik lagi bagus dalam bab ini

sekian

Daku kaciwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails