Saturday, May 28, 2016

Hudud: DAP Anti-Islam, Tak Beradab! -Abdul Hadi.



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan DAP sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan dengan umat Islam.


Mengulas bantahan pari itu ke atas usahanya membentangkan pindaan rang undang-undang persendirian bagi merintis laluan kepada pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, katanya, DAP langsung tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam.

Katanya, tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam jelas menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.

"DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun.
"Saya turut kesal dengan Parti Amanah Negara yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," katanya yang dipetik Bernama  di Marang, Terengganu.

Semalam Hadi membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat dengan tujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini. Dalam rang undang-undang ahli persendirian yang kali pertama dalam sejarah dibentangkan oleh wakil pembangkang itu, beliau i mencadangkan supaya Seksyen 2 rang undang-undang berkenaan digantikan dengan seksyen baharu.

Dengan pindaan itu, Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Bagaimanapun, sebelum ia dibentang oleh Abdul Hadi, beberapa wakil pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Teresa Kok (DAP-Seputeh), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) bangkit untuk mempertikaikan mengapa usul yang dibawa Abdul Hadi itu didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat semalam.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia seterusnya membenarkan ia dibentang atas budi bicara beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ditanya adakah tindakan membentangkan usul tersebut sebagai gimik politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Hadi berkata ia tidak ada kena mengena dengan politik.

Katanya, ini bukan kali pertama usul itu dibentang kerana beliau pernah membawanya ke Parlimen sebelum ini.

"Kalau ini satu gimik politik sudah tentu ia akan menakutkan PAS sebab mungkin akan kehilangan undi orang bukan Islam.
"Tetapi ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya sebab ia pernah dibawa ke Parlimen pada tahun 1995 dan seingat saya titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pernah menyatakan perlunya peranan Mahkamah Syariah dimartabatkan," jelasnya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam reaksi awalnya, semalam berkata BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.

"Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS," katanya.

Beliau seterusnya menggesa rakan-rakan BN - MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian dan mencabar mereka meninggalkan BN.

Hari ini, seorang exco kerajaan negeri Kedah dari MCA, Leong Yong Kong bertindak keluar dari parti itu kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan mengutamakan rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS bagi membuka laluan kepada hudud.

Beliau berkata MCA gagal mendapat rasa hormat Umno dan gagal mempertahankan perlembagaan. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pula dilaporkan menyerang Umno secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen.

Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, beliau menuduh Umno bersekongkol dengan PAS dan mengkhianati semangat BN. Rang undang-undang persendirian itu sering dirujuk sebagai rang undang-undang hudud adalah khususnya untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Buat masa ini, Akta 355 mengehadkan hukuman maksimun yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah adalah denda RM5,000, penjara tiga tahun atau enam sebatan.


Pindaan itu bertujuan untuk meningkatkan had ini serta membuka jalan bagi pelaksanaan sebahagian daripada hukuman hudud, termasuk rotan sehingga 100 sebatan. (TKO)

9 comments:

Anonymous said...

KOMEN DARI KETUA PENYAMUN, NAJIB TTG HUDUD HADI PINK.

Rang undang-undang persendirian yang dibentang oleh ahli parlimen Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bukan untuk pelaksanaan hudud, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 bertujuan memberi lebih kuasa kepada mahkamah tersebut.

“Kita sudah beritahu rakan-rakan Barisan Nasional, ada salah faham yang besar.

“Pertama, apabila Abdul Hadi membentang rang undang-undang persendirian itu, mereka ingat beliau membawa isu hudud.

“Saya hendak beritahu pindaan itu bukan undang-undang hudud,” katanya, mengulas bantahan parti-parti komponen BN hari ini.

“Ia [usul pindaan] menambah hukuman, menaikkan [jumlah] rotan, ini melibatkan mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam

Anonymous said...

Fatwa wali2 dari Umno;

Hudud Adalah Rekaan Ahli Fekah Semata-mata - Dr Mahathir

Negara akan huru-hara sekiranya Undang2 Islam dilaksanakan - Najib Rosmah

“8 dpd 11 negara yg melaksanakan hudud dianggap sbg negara paling korup".


Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw hersabda :

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Hadi Al-Tahi said...

walaunta2 pas terus syok sendiri. betapa bodohnya walaunta2 pas apabila EKJS disangkakan hudud. hadi ulamak kepala taik terus memperbodohkan walaunta2 pas. syabas walaunta2 pas!

Anonymous said...


Bermula dengan fitnah UG lalu terbentuklah PASMA. Mereka marah kerana kononnya TGHH ingin membawa PAS bersatu dengan UMNO. Kemudian terbentuk G18 yang terdiri AJK PAS Pusat yang kalah dalam Muktamar. Akhirnya terbentuklah PAN dengan dakwaan merekalah parti Islam yang menggantikan PAS yang mula hilang sokongan.

Terpulanglah kepada mereka organisasi apa yang mereka nak tubuhkan. Ini negara demokrasi. Lebih baik mengundur diri daripada membuat onar macam Husam Musa dan Mahfuz Omar. Aku tak kisah yang ini. Yang aku kisahkan ialah akidah mereka. Aku tidak menuduh mereka kafir. Aku bimbang mereka tergolong dalam kalangan manusia munafik. Mereka tahu status golongan munafik di sisi Allah. Tak perlu diajar. Mereka tahu kerana mereka pernah diasuh dalam usrah dan kuliah.

Bermula dengan membuat fitnah UG, mereka mula menyerang ulama sendiri. Apabila si kafir Lim Guan Eng menyerang dan menghina TGHH mereka berada di pihak Lim Guan Eng. Bagi mereka Lim Guan Eng benar dan berintegriti. Yang buruk ialah ulama yang didakwa menyimpang dari perjuangan TGNA. Mereka angkat TGNA dengan maksud merendahkan TGHH. Inilah politik adu domba mereka. Tujuan mereka tidak lain hanyalah supaya PAS berpecah-belah. Sebahagian ikut mereka. Tinggal yang ekslusif dan jumud sahaja mengekori TGHH.

Kemudian mereka nanar lagi. Kali ini mula menyentuh akidah. Sikap mereka terhadap hudud mula menjengkelkan. Ketika mereka masih setia bersama PAS dan ketika TGNA masih ada, tak pernah terkeluar daripada mulut mereka sesuatu yang tidak selari dengan tuntutan Allah terhadap huhud. Mereka mula beralasan. Alasan tak sesuai untuk masa kini. Dulu tak ada pun alasan begitu. Alasan biar memerintah dulu, baru fikir tentang hudud. Seolah-olah apabila Pakatan Rakyat sudah memerintah, DAP bagi izinlah buat hudud. Cit!!!

Anonymous said...

Timbul diakhir zaman ada jugak ulamak ulamak menjual agama
Ada juga ulamak ulamak yg ego dgn ilmu nya

Unknown said...

Tolak dap dr arena politik malaysia.

Unknown said...

Tolak dap dr arena politik malaysia.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Jgn malukan PAN dgn hujah tak masak begini.. takde sapa sangka yg RUU ni hudud melainkan khodam DAP macam kamu.. aku sarankan cuba faham betul2 isu RUU ni sebelum berhujah.. nasib baik kau bkn PAS; kalau ya aku pun malu jadi ahli PAS angkara kedangkalan mcm kamu kalau kamu PAS!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails