Saturday, May 18, 2013

Kedah Tak Benarkan Stadium Digunakan Pembangkang -Mukhriz

Mahfuz Omar
Kerajaan Kedah Tidak Akan Benarkan Stadium Digunakan Untuk Perhimpunan Pembangkang

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.
"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri

Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini, Sabtu.
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu, Datuk Mahfuz Omar pada SAbtu merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim. Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.
Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). "Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.-BERNAMA

4 Calon PAS Exco S'ngor, Termasuk Speaker, Siapa? -Dr Abd Rani.


 
KUALA LUMPUR: PAS Selangor menyenaraikan empat nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu untuk jawatan exco kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan dikemukakan kepada Sultan Selangor minggu depan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berharap keempat-empat nama yang dikemukakan itu dipilih sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor penggal kedua ini.

Namun beliau enggan untuk mengesahkan senarai empat wakil rakyat PAS itu untuk mengelakkan adanya perkara sebalinya berlaku.

"Kita kemukakan empat nama, dan tidak semestinya keempat-empat itu terpilih menjadi exco. Dan kemungkinan juga satu nama untuk jawatan Speaker dan tiga lagi untuk exco. Ianya terserah dan terpulang kepada Sultan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Semalam, dua wakil rakyat daripada DAP disahkan partinitu untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor, iaitu Adun Sungai Pinang Teng Chang Khim dan Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

“Yang lainnya bakal diumumkan selepas perbincangan bersama parti komponen Pakatan Rakyat Selangor,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Khalid memberitahu, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Selangor minggu depan untuk kemukakan senarai nama exco yang bakal dilantik.

Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 14 Mei lalu turut mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Pada PRU13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14 Dun.(Hrkh)

Kisah Azizan Razak: Duit Rakyat, Cari yang Murah!

KISAH USTAZ AZIZAN

Pernah suatu ketika, untuk menggantikan kaca matanya, peruntukan kerajaan diberi hampir RM1,000 selayaknya sebagai Menteri Besar Kedah. Di kedai kaca mata, kami menjadi saksi, dia menitip kata.

"Banyak ni...ini duit rakyat. Bukan duit aku...takpalah, cari yang murah sudah."

Bukan itu sahaja, adakalanya baju dipakai semurah RM19.00, yang dibeli dari sebuah kedai lama milik seorang Cina yang kisahnya itu, pernah saya abadikan dalam buku 'Kisah Istimewa Pejuang Kita', yang diterbitkan dua tahun lalu. Seorang yang tidak pentingkan diri.

kredit : Pemuda Padang Terap

American Idol: Hiburan Begini Yang Ditarbiahkan Di M'sia.


GLOVER (kiri) yang berdiri di sebelah Harrison terkejut apabila dia diumumkan sebagai pemenang oleh Seacrest (kanan) di Teater Nokia, Los Angeles kelmarin.- REUTERS

HALAMAN HIBURAN
LOS ANGELES - Penyanyi soul berusia 23 tahun, Candice Glover menjuarai pertandingan nyanyian American Idol musim ke-12 kelmarin dengan mengalahkan penyanyi irama country, Kree Harrison.

Glover menewaskan Harrison, 22, menerusi undi popular manakala pihak juri menyatakan ia merupakan pertandingan yang sengit. Dia menjadi pemenang selepas menyertai pertandingan tersebut buat kali ketiga. Glover sebelum ini pernah menyertai pertandingan itu sebanyak dua kali iaitu pada musim kesembilan dan ke-11 tetapi gagal melangkah ke pusingan akhir.

Penyanyi berasal dari Carolina Selatan, Amerika Syarikat itu kelihatan terkejut dan menitiskan air mata apabila pengacara Ryan Seacrest mengumumkan bahawa dia memenangi pertandingan itu.

"Tiga tahun," kata Glover selepas dia diumumkan sebagai pemenang pada pertandingan akhir yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles.

Kenyataannya itu merujuk kepada bilangan penyertaannya dalam pertandingan tersebut sebelum dia menjadi juara. Dia menyanyikan lagu Somewhere daripada filem muzikal West Side Story dan lagu jaz gubahannya, You've Changed pada pertandingan itu. Dia menutup pertandingan itu dengan menyanyi lagu single terbaharunya, I Am Beautiful.

Glover menjadi peserta wanita pertama dan yang bukan berkulit putih memenangi pertandingan itu sejak Jordin Sparks dinobatkan juara musim keenam pada tahun 2007. Selain itu, dia turut mendapat kontrak rakaman yang dapat membantu melonjakkan namanya dalam industri hiburan. 

Juri American Idol itu terdiri daripada Randy Jackson, Keith Urban, Mariah Carey dan Nicki Minaj. Penyanyi Jennifer Lopez, Psy dan Pitbull turut membuat persembahan dalam pertandingan itu. - Agens

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hiburan beginilah yang ditarbiahkan atau disumbatkan kepada remaja Malaysia oleh BN. Hiburan yang memisahkan Islam dengan penganutnya, sekali gus memisahkan orang Melayu Islam dengan parti Islam di Malaysia. Apakah ia termasuk dalam agenda musuh-musuh Islam menghapuskan Islam?

Tentu! Banyak bukti-buktinya.. 

Kereta Mercedes S-Class Boleh Bergerak Sendiri.


ZETSCHE duduk di ruang pemandu kereta tersebut.- AP

JOM KEATIF
HAMBURG - Model baharu kereta Mercedes S-Class yang dilancarkan di sini pada Rabu lalu boleh bergerak secara automatik ketika berlaku kesesakan jalan raya.

Menurut akhbar The Sun kelmarin, Ia boleh bergerak menerusi pemanduan automatik pada kelajuan 48.28 kilometer sejam ketika kesesakan jalan raya

Kereta itu turut mempunyai sistem brek yang boleh berfungsi secara automatik apabila ia mengesan pejalan kaki atau kenderaan yang berada di hadapannya.

Ia juga mempunyai kamera yang dapat mengesan bonggol di depan kereta itu. Kereta itu mungkin dijual pada harga antara £65,000 (RM298,244) hingga £170,000 (RM780,024). - Agensi

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Ini Filem2 Islamik Popular Indo. Pertanda Baik?


HALAMAN HIBURAN

ADAKAH ia suatu pertanda baik, apabila filem-filem yang dikatakan Islamik ini berkembang popular di kalangan masyarakat dan remaja Indonesia? Sebagai sebuah negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia lebih 200 juta, sememangnya penerbitan filem-filem bercorak Islamik di Indonesia dikatakan mendapat sambutan cukup baik.

Juga menggambarkan bahawa generasi muda kini mula kembali kepada Islam, setelah dibelenggu oleh pemikiran jahat penjajah barat?

Menariknya, jom kita lihat kebanyakan filem yang dihasilkan itu.

Bila dilihat, kebanyakannya, merupakan adaptasi novel seperti karya oleh Habiburrahman El Shirazy, manakala Hanung Bramantyo pula antara pengarah yang terkenal mengarah filem-filem Islamik di Indonesia. Biarpun menerapkan elemen cinta dalam kisah yang dipaparkan, tetapi ia lebih menjurus kepada amalan yang tidak melanggar hukum agama serta sarat dengan mesej.

Berikut merupakan senarai beberapa filem Islamik dari Indonesia yang telah dihasilkan dan mendapat sambutan yang cukup membanggakan daripada para penonton.

Satu: Ayat-Ayat Cinta (2008)


Setakat ini Ayat-Ayat Cinta merupakan filem bercorak Islamik yang paling mendapat sambutan di Indonesia apabila ditonton sebanyak 3.58 juta penonton ketika ia ditayangkan di pawagam pada tahun 2008.

Ia diadaptasi daripada sebuah novel dengan judul yang sama hasil karya Habiburrahman El Shirazy, malah novel berkenaan turut mendapat sambutan yang cukup luar biasa.

Ayat-Ayat Cinta mengisahkan tentang kehidupan Fahri yang merupakan penuntut di Universiti Al Azhar, Mesir. Dia merupakan seorang lelaki yang begitu taat kepada agama dan kurang bergaul dengan wanita. Ketika berada di Mesir, Fahri berjiran dengan Maria Girgis yang merupakan wanita beragama Kristian.

Namun begitu, dia sebenarnya memendam perasaan terhadap Fahri, tetapi sekadar mampu diluahkan menerusi diarinya sahaja. Filem berkenaan menampilkan beberapa pelakon muda yang semakin meningkat naik ketika itu seperti Fedi Nuril (Fahri), Carissa Putri (Maria), Rianti Cartwright (Aisha) dan Zaskia Adya Mecca (Noura).

Dua:Ketika Cinta Bertasbih (2009)


Sebuah lagi novel popular yang dihasilkan oleh Habiburrahman El Shirazy turut adaptasi menjadi sebuah filem. Sambutan terhadap filem itu cukup baik apabila ditonton seramai tiga juta penonton. Menariknya, filem ini menampilkan Kholidi Asadil Alam dan Oki Setiana Dewi sebagai bintang utama.

Kedua-duanya merupakan pelakon baharu dan mereka dipilih menerusi satu sesi uji bakat yang diadakan untuk memilih pelakon yang membintangi filem berkenaan.

Ia mengisahkan tentang Azzam (Kholidi), seorang pemuda yang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir. Dia dikenali sebagai pemuda yang memegang teguh prinsip Islam dalam kehidupan sehariannya. Setelah kematian bapanya Azzam yang merupakan anak sulung turut memikul tanggungjawab menampung kehidupan keluarganya di Indonesia.

Bukan sahaja bergelar mahasiswa, dia juga menjalani perniagaan tempe dan bakso untuk pelajar Indonesia yang menuntut di Mesir. Selain diadaptasi kepada sebuah filem, Ketika Cinta Bertasbih turut dihasilkan dalam bentuk drama bersiri dengan menampilkan pelakon utama yang sama.

Tiga: Perempuan Berkalung Sorban (2009)

Jika filem Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih merupakan adaptasi novel Habiburrahman El Shirazy, Perempuan Berkalung Sorban pula merupakan karya novelis wanita, Abidah El Khalieqy.

Menerapkan elemen cinta dalam penceritaannya, tetapi ia lebih menekankan kepada tradisi kehidupan wanita di sekolah agama yang konservatif dalam zaman moden. Perempuan Berkalung Sorban menceritakan tentang Anissa (Revalina S. Temat), anak kepada seorang kiyai yang mengelola sebuah sekolah agama iaitu Salafiah Putri Al-Huda.

Sepanjang kehidupannya Anissa telah dididik bahawa seorang wanita perlu tunduk kepada lelaki sehingga dia beranggapan bahawa ajaran Islam sekadar membela golongan lelaki dan wanita pula berada dalam kedudukan yang rendah. Bagaimanapun, filem ini telah menimbulkan kontroversi kerana dianggap mempertikaikan cara kehidupan tradisi Islam yang masih dipraktikkan di kebanyakan sekolah agama di Indonesia.

Empat:Sang Pencerah (2010)

Sesuatu yang cukup menarik mengenai filem Sang Pencerah apabila ia adaptasi daripada kisah benar tentang K. H. Ahmad Dahlan atau Muhammad Darwis, seorang pengasas salah sebuah pertubuhan Islam terbesar Indonesia iaitu Muhammadiyah.

Selain digambarkan sebagai seorang yang membawa banyak pembaharuan serta bersikap lebih terbuka dan moden, Hanung turut memaparkan sisi peribadi Ahmad Dahlan yang kurang diketahui oleh orang ramai.

Kisahnya bermula apabila Darwis yang dilakonkan oleh Muhamad Ihsan Tarore telah menukar namanya kepada Ahmad Dahlan apabila pulang dari Mekah berasa risau dengan keadaan kampung halamannya apabila kebanyakan penduduk kampung terarah kepada ajaran sesat.

Dengan sebuah kompas, dia menunjukkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman yang selama ini diyakini ke barat ternyata bukan menghadap ke Kaabah di Mekah, melainkan ke Afrika. Perkara tersebut membuatkan penghulu Masjid Agung Kauman, Kyai Cholil Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo) menjadi marah. Ahmad Dahlan, pemuda yang sekadar lima tahun menimba ilmu di Kota Mekah, dianggap melanggar peraturan yang sudah berjalan selama beratus tahun.

Lima: Negeri 5 Menara (2012)

Berbanding dengan kebanyakan filem Islamik yang tidak dapat lari daripada elemen cinta, ia berlainan pula dengan filem berjudul Negeri 5 Menara yang ditayangkan pada tahun lalu.

Filem adaptasi daripada novel yang dihasilkan oleh Ahmad Fuadi itu lebih menekankan kepada elemen penceritaan tentang pendidikan dan kehidupan para pelajar di sekolah agama serta ikatan persahabatan.

Kisah dalam filem tersebut bermula tentang seorang pemuda, Alif (Gazza Zubizareta) yang ingin melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi Bandung setelah tamat sekolah menengah. Namun begitu, hasratnya tidak kesampaian apabila ibunya mahu dia menyambung pelajaran di sebuah sekolah agama yang dikenali sebagai Pondok Madani tanpa kerelaan hatinya.

Pada mulanya, dia agak kekok untuk menjalani kehidupan di situ, tetapi semuanya berubah apabila dia mula rapat dengan lima orang rakannya yang berasal dari negeri yang berbeza. Mereka sering belajar bersama di menara masjid sehingga menggelarkan diri sebagai Sahibul Menara. (Oleh CIPAN)

Belajar Baahasa Mandarin Memudahkan Dakwah -Nik Aziz

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Gambar) menyarankan orang Melayu-Islam di negara ini mempelajari bahasa Mandarin dengan niat memudahkan proses untuk berdakwah kepada masyarakat Cina.

Menurutnya, beliau menekankan perkara itu kerana Islam adalah agama untuk semua bangsa dan penguasaan bahasa membolehkan dakwah dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

“Saya selalu sebut di Kelantan kena ada sekolah bahasa Mandarin. Ia membolehkan kita terangkan Islam kepada Cina, saya baru ada cucu untuk belajar bahasa Mandarin sekarang ini. Ramai dah anak saudara belajar bahasa itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana meraikan Kejayaan Mengekal Kerajaan Islam Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini. Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Sebelum ini, Nik Aziz pernah menyatakan beliau bersetuju sekiranya Kelantan diperintah orang Cina Muslim yang berpengetahuan luas mengenai agama Islam.

Nik Aziz berkata, beliau yakin pada masa hadapan pendakwah di negara ini akan dapat menguasai bahasa Mandarin memandangkan sudah menjadi trend masa kini bahasa itu sudah dipelajari oleh orang pelbagai bangsa. Dalam pada itu bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas adalah satu-satunya parti yang memperjuang Islam kepada semua bangsa termasuk golongan Cina yang sebelum ini takut dengan Islam.

Malah beliau turut menyatakan amatlah malang bagi Umno, parti yang dikuasai oleh Melayu-Islam, tetapi tidak mahu mengamalkan ajaran Islam,  apatah lagi mahu berdakwah kepada masyarakat Cina. (SH)

Selagi BN Memerintah Najis Zina, Arak, Tetap Berleluasa.


SEBAHAGIAN daripada 20 GRO Thailand yang dicekup di sebuah pusat hiburan di Damansara Utama kelmarin. 

GRO leka layan pelanggan dicekup
PETALING JAYA – Tembelang pemilik sebuah pusat hiburan menggaji pegawai perhubungan pelanggan (GRO) asing untuk menarik perhatian pengunjung sejak sebulan lalu terbongkar apabila diserbu di Damansara Utama di sini kelmarin.

Serbuan pukul 11.45 malam itu dapat memberkas 20 GRO Thailand berusia antara 20 hingga 30-an.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati premis tersebut pernah diserbu pada awal tahun ini namun beroperasi semula sejak sebulan lalu.

“Premis itu didapati menggunakan khidmat GRO untuk menarik pelanggan membeli minuman keras dan diberi tip antara RM5 hingga RM30.
“Jika pelanggan mahu mendapatkan perkhidmatan seks, mereka perlu berunding sendiri dengan GRO berkenaan,” katanya di sini semalam.

Ketika serbuan, kesemua wanita asing termasuk dua daripadanya yang tidak memiliki pasport sedang leka melayan kira-kira 35 pelanggan. Serbuan yang diketuai oleh Inspektor Ahmad Izuddin Mohd. Juhari itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dipercayai penjaga premis. Menurut Arjunaidi, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.(Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan selagi BN memerintah Malaysia, najis zina, arak tetap berleluasa? Kerana UMNO sendiri menolak perundangan Islam.

Cipta Robot Gergasi Dengan Kos 150,000 Yuan


XIANGLI membetulkan litar elektrik pada robot ciptaannya di dalam rumahnya di Beijing kelmarin.

JOM KREATIF
BEIJING - Seorang pencipta amatur, Tao Xiangli mencipta sebuah robot yang diperbuat daripada barang-barang kitar semula dan wayar elektrik di rumahnya di sini. Dia membelanjakan kira-kira 150,000 yuan (RM73,427) dan menghabiskan masa selama lebih 11 bulan untuk membuat robot tersebut.

Barang-barang itu dibeli dari kedai yang menjual barang-barang terpakai. Menurut media tempatan, robot itu setinggi 2.1 meter dan seberat 480 kilogram. - Reuters 

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Friday, May 17, 2013

Memperkenalkan Ahli Parlimen PAS


Kabinet Baru Najib Pinggirkan Wanita. -SU Wanita DAP


KUALA LUMPUR: Wanita DAP Kebangsaan kecewa kerana barisan Kabinet baru yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah meminggirkan golongan wanita.

“Cuma dua daripada 35 Menteri Kabinet adalah wanita,” ujar Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching (gambar) dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.

Katanya, perkara ini amat mengecewakan kerana BN sendiri dalam kempen mereka melaungkan mahu menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus pembabitan golongan wanita dalam proses membuat keputusan.

“Selain itu, di kala Perdana Menteri mahu kadar pengambilan tenaga kerja di kalangan wanita sebanyak 55 peratus pada 2015, malangnya kedudukan sekarang tidak banyak berubah dan hampir sama dengan 15 tahun lalu.

“Kita tidak dapat melihat berdasarkan situasi sekarang, bagaimana beliau (Najib) membuat sesuatu yang proaktif untuk memperbaiki keadaan ini,” ujar Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Justeru itu, beliau berharap dengan adanya pelantikan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang baru, Datuk Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, kerajaan mampu untuk lebih memberikan pemberdayaan terhadap golongan wanita dalam memperjuangkan semua isu dan hak wanita. (Hrkh)

PKR Cuba Kawal Pentadbiran Khalid Ibrahim. Kacau..

PKR nampaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kawalan  yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, dengan PKR negeri mencadangkan calon-calon yang bukan sahaja untuk barisan exco negeri tetapi juga dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan Pejabat Menteri Besar.

Antara lain, dikatakan terdapat usaha melobi yang bersungguh-sungguh supaya Azmin Ali - pengkritik paling keras terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengisi jawatan exco kanan negeri.

NONEBagaimanapun, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin
(kiri) berkata, ini bukan untuk mengawal Khalid atau sumber-sumber negeri, tetapi untuk memastikan bahawa dasar-dasar Pakatan Rakyat yang lebih baik diterjemahkan di peringkat negeri.

Katanya, cadangan itu dibuat kerana menurutnya negeri itu tidak memainkan peranan yang secukupnya dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Dalam pilihan raya umum ke-14, kata Zuraida, pihaknya berharap akan mendapatkan sokongan yang lebih kukuh dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan rangkaian kerajaan, yang kini tidak banyak memberi sokongan.

Sama ada ini akan menjadi kenyataan akan bergantung kepada Khalid yang mempunyai kata putus.

Menteri besar dipercayai menentang langkah PKR negeri itu, dengan mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjadi pendamai antara beliau dan kepimpinan PKR Selangor.

Zuraida berkata, beliau telah mengemukakan hujah-hujahnya, "tetapi prosesnya ialah "kami mencadangkan dan beliau yang memutuskannya".

Penyandang dari PKR dijangka digugur

Dijangkakan tidak seorang pun penyandang jawatan exco PKR akan dikekalkan jawatan mereka kerana kepimpinan PKR Selangor mahu "memberi peluang kepada orang baru".

"Kita mahu memberi semua orang peluang. Hanya dengan itu kita akan tahu siapa yang lebih baik. Kita adalah sebuah parti reformis, jadi kita percaya bahawa dengan muka-muka baru, akan datang idea-idea baru," katanya.

Ini bermakna ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang dilihat sebagai penyokong kuat Khalid, tidak akan dilantik semula.

Penggal lalu, PKR mempunyai empat anggota exco, termasuk ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar, ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari dan ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail

NONESelangor PKR mahu Azmin, yang merupakan pengerusi PKR negeri dan
timbalan presiden PKR, mengisi jawatan exco kanan kerana senioriti beliau dalam parti.

Dengan memegang jawatan exco kanan, ia dilihat membolehkan Azmin mengawasi portfolio yang mentadbir sumber-sumber yang banyak di Selangor, termasuk tanah, pelaburan dan infrastruktur.

Zuraida enggan menamakan dua calon, tetapi menurut spekulasi, PKR Selangor sedang melobi untuk ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Zuraida berkata PKR, yang akan mengisi tiga jawatan exco, juga mengambil "nasihat" istana supaya lebih ramai wakil Melayu dalam barisan exco bagi "mengimbangi komposisi kaum".

Bagaimanapun, katanya, PKR akan mempunyai seorang ahli exco bukan Melayu dari kalangan wakil Cina dan India, bergantung kepada senarai akhir calon exco DAP.

DAP hari ini dinamakan ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sebagai exco pilihan parti itu dan seorang lagi belum dinamakan.

NONEOrang yang ketiga yang dispekulasikan ialah sama ada ADUN Kota Alam, V Ganabatirao atau ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri).

Walaupun Xavier adalah sebahagian daripada barisan exco penggal lalu, tetapi dipercayai beliau akan dilantik semula jika DAP tidak memilih Ganabatirao.

Ahli exco dijangka mengangkat sumpah minggu depan, dengan Khalid dipercayai akan memuktamadkan senarai excp hujung minggu ini. (MK)

PPIM Guna Nama Islam Bodek UMNO Perlu Diboikot!




NGO
yang menguruskan hal ehwal orang Islam seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepatutnya dapat membezakan antara Rasis dengan Islam.  Apabila NGO ini membiarkan ianya diresapi oleh juak-juak UMNO, maka perjuangan NGO ini sudah menyimpan dari landasan sebenar.

NGO ini sepatutnya berorganisasi seperti CAP yang diterajui oleh SM Idris. CAP yang berpusat di Pulau Pinang sering kali menegur kerajaan PR atas dasar pemeliharaan alam semula jadi. CAP juga banyak menegur dasar kerajaan Pusat terutama hak pekerja,pengguna dan sebagainya.

Dalam bab tegur menegur, CAP tidak pilih bulu samada BN atau PR. Ini barulah organisasi professional. Sekonyong-konyong PPIM yang diterajui oleh Datuk Nadzim Johari mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Inikah NGO yang berteraskan Islam ?

Suatu yang menjengkelkan apabila Nadzim ajak umat Islam boikot perniagaan Cina yang sokong pembangkang. Marah betul Nadzim kepada pembangkang. Emosinya Nadzim seperti calon Rasis PERKASA Shah Alam yang kalah teruk dalam PRU 13!

Tahukah Nadzim, pembangkang yang turut didanai oleh orang Cina termasuk PAS. PAS adalah parti Islam. Bukan sekadar DAP dan PKR sahaja. Dan tahukah Nadzim syarikat-syarikat Cina yang tidak membantu pembangkang adalah Magnum, Genting,Astro, Da Mai Cai. Semua syarikat ini adalah kroni Mahathir dan syarikat perjudian.

Oleh itu seruan PPIM seolah menyeru orang Islam/Melayu memboikot syarikat Cina yang sokong PAS,DAP dan PKR manakala terus mengunjungi Magnum, Kedai Nombor Ekor kerana syarikat judi ini banyak mendanai UMNO dan BN dalam PRU 13. Dulu,kini dan selamanya!

Elok tukarlah nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia kepada Persatuan Pengguna Melayu UMNO. PPIM jangan cemarkan nama Islam demi mengampu kepada UMNO!

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sokong judi ke?"

 


Sebelum NGO Islam ini menggesa orang Melayu memboikot syarikat-syarikat Cina di Malaysia ini , lebih baik NGO Islam ini menggesa umat Islam terutamanya orang Melayu memboikot syarikat judi berlesen dan syarikat arak berlesen milik orang Cina yang lembaga pengarahnya pun ada di kalangan orang Melayu Islam.

"Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak"


Utusan Malaysia 15 Mei 2013

NGO Islam gesa boikot produk syarikat biayai himpunan haram


Tindak tanduk sebahagian besar anak muda kaum Cina yang telah menyertai tiga perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) menyebabkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mula bertindak balas.

Mereka menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum tersebut yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram tersebut.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika memberi kata dua itu menegaskan, tindakan itu perlu kerana syarikat-syarikat berkenaan menjadi penyumbang dana menjayakan agenda perpecahan rakyat di negara ini.

Malah, beliau cukup bimbang selagi mereka memberi sokongan dengan menyertai siri perhimpunan haram pembangkang itu, perbuatan itu akan mengundang kejadian tidak diingini serta menggugat keharmonian 


Komen Weblog Ibnu HasyimPerukah PPIM, persatuan yang mnggunakan nama Islam untuk membodek UMNO diboikot?

Isteri, Diperkosa Jiran, Bagaimana Atasi?


KL: Seorang lelaki yang tinggal berjiran dengan rakan sekerjanya di Jalan Jelatek, di sini, sanggup bertindak kejam dengan menyelinap masuk ke rumah rakannya itu sebelum merogol isterinya.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari Isnin lalu itu, isteri rakan lelaki berkenaan yang berusia 30 tahun tinggal berseorangan di rumah manakala suaminya yang juga penjawat awam berada di tempat kerja.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menerima panggilan daripada jirannya itu yang berpura-pura menawarkan peluang kerja sambilan. Katanya, mangsa yang juga suri rumah menanyakan jenis pekerjaan ditawarkan sebelum lelaki itu menjawab kerjanya adalah mudah iaitu menemaninya sebelum meminta mangsa datang ke rumahnya.
“Mangsa yang marah dengan jawapan lelaki berkenaan meletakkan telefon dan meneruskan membuat kerja rumah. Namun, lelaki berkenaan dikatakan menggunakan kesempatan mangsa berseorangan di rumah menyelinap masuk,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan kehadiran lelaki terbabit di rumahnya menolak lelaki itu keluar malangnya tidak berdaya dan akhirnya dirogol.
Beliau berkata, lelaki berkenaan turut mengugut merogolnya lagi sekiranya memaklumkan kejadian berkenaan kepada suaminya.
“Mangsa cuba mendiamkan diri pada hari kejadian bagaimanapun akibat takut, dia memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum pasangan berkenaan tampil untuk membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, kelmarin,” katanya.[HM] 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana penyelesainnya? Tiada lain kecuali 'Hudud'. Lihat bukti sejarah Islam, dan negara-negara yang melaksananya, masa kini.

Pelakon Ditangkap Khalwat. Shah Jazlle Dengan ...


HALAMAN HIBURAN

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jais pada 3.30 pagi semalam.

Serbuan dilakukan di Apartment Taman Sri Subang. Penahanan Shah Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan Jais.

Ditangkap dengan siapa psangannya? Tidak dijelaskan.  Cuma disebutkan, pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. (SH dll)

Jual Tubuh Sara 2 Anak, Bolehkah Berlaku Dlm N/Islam Sebenar?


Jual tubuh sara dua anak
Amy ketika ditemui Sinar Harian bagi menceritakan kisah kehidupannya sehingga terjebak dengan maksiat dan dadah.
 
LIHAT berita ini...

PARIT BUNTAR - Demi menanggung dua anak tidak sah taraf yang masih kecil dan memastikan bekalan dadah sentiasa mencukupi, seorang gadis terpaksa merelakan tubuhnya diratah oleh lelaki hidung belang saban hari.

Jika dilihat dari umur dan perwatakannya, nescaya sesiapapun tidak menyangka gadis ini sudah melahirkan dua anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan lelaki yang melanggannya. Amy (bukan nama sebenar), 21, berkata, sejak lahir dia sudah diserahkan kepada keluarga angkat miskin, dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mendapat pendidikan sempurna.

Menurutnya, kesempitan hidup keluarga angkatnya menyebabkan dia berhenti sekolah dan mencari pekerjaan pada usia 12 tahun.

“Bagaimanapun, faktor umur menyebabkan saya sukar mendapat pekerjaan sehinggalah saya terjebak dalam kancah maksiat dan sanggup menjual tubuh bagi mendapatkan  sesuap nasi.
“Kegembiraan memperoleh wang haram tidak bertahan lama apabila saya melahirkan seorang anak luar nikah dan peristiwa itu tidak dapat diterima keluarga angkat yang sering memaki hamun saya sejak itu,” katanya sewaktu ditemui media di sini.

Amy berkata, selepas habis berpantang, dia meneruskan kerja ‘haram’ itu seperti biasa dan mula ketagih dengan dadah jenis syabu sehinggalah anak pertamanya berusia setahun setengah. Menurutnya, sikapnya yang semakin liar dan sering menjadikan rumahnya sebagai ‘port’ maksiat akhirnya menyebabkan keluarga angkatnya nekad meninggalkannya dengan membawa anaknya sekali.

“Sehingga sekarang langsung tiada khabar berita tentang keluarga angkat dan anak saya.
“Mereka sering kali menasihati saya supaya berhenti melakukan maksiat, tetapi saya berdegil kerana itu sahaja cara peroleh pendapatan lumayan dan bekalan syabu,” katanya.

Amy berkata, dia mulanya rasa bersedih dengan tindakan keluarga angkat melarikan anaknya tanpa khabar berita. Bagaimanapun, perkara itu semakin dilupakan saban hari dan ketiadaan mereka seakan-akan memberinya lebih kebebasan untuk melakukan apa sahaja sehinggalah dia melahirkan seorang lagi anak perempuan tidak sah taraf yang kini masih dalam jagaannya.

“Saya cuba berubah namun kesempitan hidup terus memaksa saya melakukan kerja terkutuk ini.
“Sejak saya mengenali seorang lelaki, saya mula terpikat dan percaya dia mampu memberi sinar dalam hidup saya setelah melihat kesanggupannya untuk menerima saya walaupun bersikap liar.
“Bagaimanapun, kebaikan ditunjukkan lelaki itu hanya sementara dan sikapnya tidak ubah seperti pelanggannya lain yang sekadar mahukannya untuk seks semata-mata,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, bekas teman lelakinya itu turut memperkenalkan sejenis ubat penguat hawa nafsu dan menyebabkannya mula ketagih.

“Setiap kali melakukan hubungan seks, dia akan memaksa saya mengambil ubat itu dan ia akan meningkatkan rangsangan kami untuk bersama.
“Namun kini setelah ditahan pihak berkuasa dan dilabel sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP), dia terus meninggalkan saya dan anak,” katanya.

Sementara itu Timbalan Bendahari, Skuad 1Malaysia, Khadijah Masbah berkata, remaja yang bermasalah seperti Amy seharusnya haruslah dijadikan iktibar dan pedoman kepada semua masyarakat.

“Tindakan yang diambilnya adalah salah. Dia sepatutnya merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian atau Skuad 1Malaysia sebelum mengambil tindakan melulu yang akhirnya memakan diri.
“Kami di bawah Skuad 1Malaysia mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja bermasalah seperti Amy.
“Walaupun dia berada dalam pengawasan, namun kami sentiasa memastikan orang seperti dia akan mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekadar membuka polemik, betapa pentingnya sebuah negara Islam atau negara kebajikan menurut Islam yang melaksanakan perundangannya secara keseluruhannya, bukan hanya hudud semata-mata. Memandang Islam dari sudut yang luas, bukan seperti yang di lihat oleh puak-puak penjajah dan kucu-kuncunya.

Lagi Pelakon Drama TV Berhijrah, Pakai Tudung & Menuju Sempurna, Insya Allah.

HALAMAN HIBURAN




SELEPAS mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, Eja berasa dirinya lebih tenang.

"SAYA baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah lima hari yang lalu. Alhamdulillah, pemergian saya ke Mekah kali ini telah membuka pintu hati saya untuk bertudung." 

Kata Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Ejen 88 dan 44 kini sudah tampil dengan imej baharu.

"Tujuan saya ke sana adalah menjalani penggambaran drama bersiri RTM berjudul Balqis yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Pada masa yang sama, saya berkesempatan mengerjakan umrah bersama suami dan anak," ujarnya memulakan bicara.

Menurut Eja, sebenarnya niat untuk mengubah penampilannya itu sudah mula difikirkan sejak dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada tahun lalu. Ujarnya, niat tersebut kemudiannya tertangguh begitu sahaja dan kini dia sangat bersyukur kerana telah dibukakan pintu hatinya oleh Allah untuk bertudung.

"Sebelum ini saya sudah tiga kali mengerjakan umrah sejak tahun 2008, tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku apabila pulang ke Malaysia dan saya masih kekal dengan imej dan penampilan yang sama.
"Bagaimanapun, ibadah umrah yang keempat ini telah memberi rahmat buat diri saya kerana telah diberi petunjuk dan berkat doa yang tidak putus-putus," jelasnya.

Ketika ditanya apakah yang membuatkan dirinya bertekad untuk terus bertudung, Eja memberitahu satu kejadian telah berlaku semasa hari-hari terakhir sebelum dia pulang ke Malaysia. Luahnya, ketika dia memandang Kaabah secara tiba-tiba timbul perasaan sayu, lalu membuatkan air matanya mengalir deras sehingga menimbulkan kehairanan suami dan anaknya.

"Ketika itu saya mula terfikir bahawa sudah tiba masanya untuk saya membuat perubahan kepada penampilan diri. Kemudian, saya memberitahu perkara ini kepada suami dan dia merupakan orang yang paling gembira," ujarnya.

Menurutnya, dengan perubahan yang dilakukan ini dia merasakan suasana yang lebih tenang dan sebagai seorang Islam menutup aurat itu merupakan salah satu kewajipan yang perlu dipatuhi.

Murah rezeki

Berkenaan dengan pandangan sesetengah pihak yang masih beranggapan karier seseorang pelakon wanita akan merudum setelah bertudung, Eja pula lantas menyangkal tanggapan sebegitu.

Ujar Eja, sama ada bertudung atau tidak setiap rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah dan dia sendiri langsung tidak berasa risau kerana percaya masih ramai penerbit dan pengarah yang akan terus memberikan peluang lakonan.

"Walaupun saya kini sudah tampil bertudung rezeki saya masih lagi murah. Saya baru sahaja dilantik sebagai duta untuk produk Cosry Skin Therapy.

"Sebenarnya saya ditawarkan menjadi duta sebelum ke Mekah dan sebaik sahaja pulang ke Malaysia, saya memberitahu pihak Cosry yang kini saya bertudung. Namun begitu, mereka tetap bersetuju dan tidak kisah dengan penampilan saya sekarang," ujarnya.

Eja turut berpandangan bahawa setiap pelakon wanita yang bertudung tidak perlu risau untuk meneruskan karier lakonan kerana pihak dalam industri hiburan dan peminat kini sudah lebih terbuka.

"Lagipun, sekarang ini sudah ada beberapa saluran televisyen yang berbentuk keagamaan dan ia sudah tentu mampu menjadi platform buat artis sama ada pelakon atau penyanyi meneruskan kerjaya masing-masing.

"Sebagai contoh, kita boleh melihat penyanyi Siti Nurhaliza yang sudah bertudung, tetapi masih lagi diminati ramai. Jadi, pemakaian tudung ini seharusnya tidak menimbulkan sebarang isu," tegasnya.


KREDIBILITI. Eja tetap dilantik sebagai duta Cosry Skin Therapy biarpun selepas dirinya bertudung. 
Insya Allah, akan mennuju sempurna..

Sebelum ini...

Aktor Bollywood India Bekal Senjata Api Kepada Gangster.


DUTT (dua dari kanan) dikerumuni jurugambar semasa tiba di sebuah mahkamah untuk menyerah diri di Mumbai semalam. 

HALAMAN HIBURAN
NEW DELHI - Aktor terkenal Bollywood, Sanjay Dutt semalam tiba di sebuah mahkamah di Mumbai untuk menyerah diri serta memulakan hukuman penjara. Dutt, 53, didapati bersalah kerana memiliki sejumlah senjata api yang dibekalkan oleh ketua-ketua gengster India.

Ketua-ketua gengster itu dikaitkan dengan satu siri serangan bom terburuk di negara ini yang berlaku pada tahun 1993 sehingga menyebabkan 257 orang mati. Bintang terkenal itu akan meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun dan enam bulan.

Mahkamah Tinggi India sebelum ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya kerana kesalahan tersebut. Bagaimanapun, Dutt telah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada tahun 2007 ketika menunggu rayuannya berhubung kes tersebut.
Dia kini menjalani baki hukuman tersebut. - Agensi

Tutup Tirai PRU-13

Mujahadah
Mujahadah
Tahniah buat semua yang telah menjalankan tanggungjawab dalam PRU-13.  Kempen sudah, mengundi pun sudah. Ikhtiar telah kita jalankan.  Ada kebaikan buat kita, in shaa’ ALLAH.  Dan ketentuan ALLAH lah mengatasi segalanya.

قدر الله و ما شاء فعل

ALLAH telah mentaqdirkan segala sesuatu dan DIA perbuat apa yang DIA kehendaki.
Pasti ada ibrah dan hikmah besar untuk kita fikiri dan teladani.  Syukurlah ada juga berita gembira yang dapat kita dengar.  Dan sabarlah walaupun banyak juga berita tak sedap kita dengar.  Kerana syukur dan sabar itu sentiasa memberikan kebaikan buat seorang mukmin.  Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya: 
  • “Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu.  Kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.”
(HR Muslim)
Episod PRU-13 sudah hampir menutup tirainya. Ayuh kita muhasabah diri kita semua. Saya banyak benda nak muhasabah. Kadang-kadang apabila berlaku benda yang pahit untuk ditelan, ia makin merapatkan diri kita kepada ALLAH, makin mengenali hakikat kehidupan dan makin menguatkan cinta kita kepada Hari Akhirat dan Syurga.

Eratkanlah kembali persaudaraan yang mungkin ada tercalit kebencian sepanjang PRU-13. Jadikanlah diri kita sebagai pendamai dan penyeru kebaikan. Jadikanlah diri kita sebagai muslim yang lebih baik.

ALLAH melihat gembira dan sedih kita. DIA memerhati semua perilaku kita. Malaikat pula mencatit semuanya tanpa cuai. Menang atau kalah ukurannya di Akhirat nanti.

حسبى الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة الا بالله

Cukuplah bagiku ALLAH sebaik-baik diserahkan semua urusan.  Dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan kehendak ALLAH.

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لا اله الا انت استغفرك واتوب اليك

Maha Suci ENGKAU ya ALLAH dan segala pujian buatMU. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain ENGKAU. Aku memohon keampunanMU dan aku bertaubat kepadaMU.

Teruskan berjuang sampai berjumpa ALLAH!

Kedah: Kekalahan Bukan Kerana Pergeseran Azizan-Phahrolrazi.


Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi. Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.


BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi. Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi  antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.



Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai. Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.


Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri  dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi. Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.


Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut. Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.
"Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.

"Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya.
"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi. (MK)

Kabinet Paling Tak Menarik Sepanjang 56 tahun -Kit Siang


 



KL: Barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah yang paling tidak menarik jika dibandingkan dengan semua Perdana Menteri Malaysia sepanjang 56 tahun sejarah negara.

Malah, kata Lim Kit Siang, ia telah menyerlahkan perbezaan besar antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.

Ini, ujarnya kerana Pakatan Rakyat menjunjung harapan dan visi politik baru untuk Malaysia manakala Barisan Nasional mewakili politik tua, lelah dan politik kaum, ketakutan, korupsi, salahguna kuasa dan ketidakadilan.

Katanya, ketidakadilan di dalam keputusan PRU13 dan persoalan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia berkenaan legitimasi Perdana Menteri telah melahirkan secara spontan gerakan kesedaran politik “hitam” di dalam negara.

Ini, tambahnya  seperti yang disaksikan pada 30,000 orang di perhimpunan “Black 505” di Ulu Tiram, Johor Bahru malam semalam, diikuti dengan kehadiran besar di satu lagi perhimpunan “Black 505” di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan yang mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kawasan melihatkan kekuatan generasi muda Malaysia yang sehingga sekarang begitu sedih dengan politik dan perkembangan politik negara.

Penasihat DAP itu berkata, rakyat Malaysia terutamanya orang muda tidak mengira kaum, agama dan jantina, marah dengan ketidakadilan sistem demokrasi dan pilihan raya menyatakan pendirian terhadap kekecewaan dan kemarahan pada keputusan PRU13 juga terhadap legitimasi Najib sebagai Perdana Menteri, memandangkan mereka rasa dirompak hak asasi demokrasi mereka untuk menentukan masa depan politik negara.

Pertama, katanya majoriti 51 peratus undi popular menyokong Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, sementara Najib dan Barisan Nasional Berjaya mendapat hanya 47% undi popular.

“Kedua, sekiranya PRU13 bersih, bebas dan adil, undi popular Pakatan Rakyat dan Anwar tentu telah melebihi daripada 60 peratus malah mencecah lebih 65%, juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi parlimen di dalam negara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan.

Ketiga, tambah Lim Kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam telah menambah lagi ketidakabsahan beliau sebagai Perdana Menteri selepas PRU13.

“Ia bukanlah Kabinet untuk semua rakyat Malaysia, kerana sasarannya ialah bagi memastikan Najib dapat berjaya dalam perebutan kuasa di dalam Umno hujung tahun ini ketika pemilihan parti Umno,” katanya lagi. (Hrkh)

35 Menteri Berbanding 31 Pada 2008? -Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus


 
KL: “Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.
Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.

Berikut ialah pandangan beliau.

Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.

Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.

Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.

Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?
Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang. (Hrkh)

Indahnya Salji Selimuti Kota Beijing


 
Salji yang turun pada Selasa, 19 Mac 2013 malam di Beijing menyelimuti hampir seluruh bangunan di Kota  Larangan ini.. REUTERS/Jason Lee

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung


Hujan salji yang berlangsung membuat bahagian atap bangunan Kota Larangan di Beijing, 20 Mac 2012. Foto: REUTERS/Jason Lee


Sejumlah pengunjung mengambil gambar Beijing yang tertutup salji dari puncak Jingshan Park di Beijing, 20 Mac 2013. Foto: REUTERS/Jason Lee.



Salji yang turun pada Selasa, 19 Mac 2013 malam membuat Beijing diselimuti salji. Foto: REUTERS/Kim Kyung-Hoon


Tempat  lalu lintas di komplek perumahan di Beijing yang tertutup salju. Foto: REUTERS/Kim Kyung-Hoon

Seorang lelaki menunggang basikal di jalanan yang tertutup salji di Beijing, 20 Mac 2013. Foto: REUTERS/Kim Kyung-Hoon

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Thursday, May 16, 2013

Ruhanie: PRU13 Dedah Elemen AS Dalam PKR

Ruhanie: PRU13 dedah elemen AS dalam PKR

Pilihan raya umum ke-13 mempunyai unsur-unsur yang sesuai dengan hipotesis yang menyebut bahawa Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sama ada PKR memang didanai AS untuk tujuan itu hanya boleh dipastikan oleh parti itu sendiri, kata penulis blog Ruhanie Ahmad dalam forum membincangkan masa depan BN dan Pakatan selepas pilihan raya.

Ruhanie, penulis blog sosio-politik Kuda Kepang berkata, bacaan secara geopolitik tidak menjadikan dakwaan campur tangan AS itu mengejutkan.

Bercakap depan dewan kuliah yang padat di di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Ruhanie berkata, ini ekoran AS tidak senang dengan kawalan Malaysia terhadap Selat Melaka.

"Jika mereka dapat kawal (Selat Melaka), mereka dapat salurkan tenaga daripada Timur Tengah ke Asia Timur.

"Kawalan terhadap tenaga dan laluan pengangkutan akan menjadikan AS kuasa besar dunia," kata Ruhanie, calon doktor falsafah dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan. (MK)

Ini Rekod Buruk Najib Pegang Menteri Kewangan.





KUALA LUMPUR 16 MEI: Rekod buruk Najib Razak selama memegang portfolio Menteri Kewangan cukup menjadi kayu ukur Perdana Menteri itu tidak lagi layak meneruskan jawatan tersebut, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.Beliau mengulas pengekalan jawatan Menteri Kewangan yang disandang Najib dalam pengumuman senarai Menteri Kabinet semalam.

“Berdasarkan rekod kewangan semasa, beliau boleh dikategorikan Menteri Kewangan gred ‘F’ kerana gagal membawa transformasi ekonomi seperti yang dicanang.“Berbanding lima Perdana Menteri sebelum ini, Najib adalah Perdana Menteri paling boros dan banyak menghabiskan duit negara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Sebelum ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Badawi dan disambung Najib. Saifuddin berkata, rekod ‘terbaik’ yang dicatat Najib adalah menambah jumlah hutang negara sehingga lebih RM500 bilion sebelum diambil alih dari Abdullah sebanyak RM250 bilion pada 2009.

“Satu-satunya ‘kejayaan’ Najib selama memegang jawatan Menteri Kewangan apabila hutang negara melonjak sehingga RM500 bilion

“Pertambahan sebanyak lebih RM200 bilion dalam masa empat tahun merupakan jumlah yang amat membimbangkan. Rakyat terpaksa menangung hutang sementara menunggu pilihan raya lima tahun akan datang,” kata Saifuddin.

Katanya, tindakan Najib menamakan dirinya sebagai Menteri Kewangan kerana beliau bimbang kehilangan pengaruh di kalangan Menteri Barisan Nasional.

“Najib adalah Presiden Umno yang meletakkan Umno dalam posisi terburuk sepanjang sejarah pilihan raya. Jika Najib kehilangan pengaruh dalam aliran kewangan negara, bermakna beliau akan hilang pengaruh total di kalangan Menteri BN
 .“Itu yang lebih dibimbangi Najib berbanding kedudukan negara yang semakin hampir ke tahap bankrap,” kesalnya.Saifuddin juga bimbang jika negara bankrap di bawah pentadbiran Najib menyebabkan rakyat terpaksa menanggung bebanan malah pelbagai masalah lain akan timbul termasuk pertambahan kadar jenayah dan gejala sosial.

Sebelum ini, rekod kewangan negara menunjukkan kedudukan hutang negara berada pada tahap lebih RM547.79 bilion atau lebih 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu. ~Keadilandaily

Azmin Dakwa Anwar Pernah Minta Sedia Ganti Khalid?

Oleh TKOOffline

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menolak khabar angin beliau akan meletakkan jawatan dalam PKR, apatah lagi keluar parti dalam sidang media tadi, di pejabat Parti Keadilan Selangor. Katanya khabar angin itu datangnya dari BN. 

Menurutnya keputusan untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri Besar Selangor hendaklah diambil secara musyawarah. Sehingga kini, katanya adun-adun PKR di Selangor belum lagi dipanggil dan dirunding untuk melantik sesiapa pun sebagai menteri besar. PKR Selangor telah membuat mesyuarat tergempar malam tadi dan membuat cadangan nama untuk menjadi Menteri Besar Selangor dan keputusan itu terlah diserahkan kepada presiden.
Azmin Ali juga mendakwa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memintanya bersedia untuk menggantikan Datuk Seri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008 lalu tapi saya kata tidak (tidak terima).
Setakat ini isu mengenai MB Selangor PAS dan DAP telah berstuju mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala di Majlis Kesyukuran PR di Dataran Shah Alam, 9 Mei lalu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menyebut  


"Ada orang kata sy kedekut,yaa!!..memang sy kedekut,sbb itu bukan duit sy,itu duit dan hak rakyat,berdosa besar jika sy salah guna duit rakyat,sy tak boleh beli syurga dgn duit..Sy akui tak berapa pandai berpolitik,tetapi sy pandai berniaga dan cari duit utk kerajaan negeri Selangor.."

Sebelum ini kepada Sinar Harian Azmin mengatakan PKR tak akan beri jawatan itu kepada nepotisme.

Jadi ada banyak kekeliruan dalam hal ini. Saya rasa macam tak berapa yakin dengan PC kali ini, hanya saya nampak ada melobi jawatan MB untuk kepentingan tertentu.

Jawatan MB Selangor penting dikekal kepada Tan Sri Khalid bagi menjamin kebangkitan rakyat tidak di'kotori' dengan tangan-tangan ghaib... walahualam. (TKO)

Akrabnya, Melayu, Cina , India.. Boikot Buat Apa?

Putus sudah kasih sayang

http://muhaiminsulam.blogspot.com/,
16 Mei 2013


1.  Kemarahan segelintir orang Melayu pada orang Cina hanya akan memutuskan hubungan yang sedia terjalin beratus-ratus tahun lamanya.

2.  Orang Cina yang berimigran (sensitif jika disebut berhijrah) ke Tanah Melayu seawalnya pada 1450 semasa Sultan Mansor Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Lalu dikurniakan pengiring Puteri Hang Li  Po sebuah bukit yang dikenali Bukit China sebagai tanda kasih sayangnya antara kuasa Kesultanan Melayu dengan Empayar Maharaja China.

3. Kumpulan kedua Cina imigran adalah semasa zaman keemasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu.  Tatkala itu, buruh Cina adalah kuli batak pembesar Melayu dan tokey Cina yang berkerjasama dengan Inggeris.

4. Jika tidak kerana gajah Ngah Ibrahim terbenam dalam lembah yang penuh bijih tentu Lembah Kinta tidak segagah Ipoh pada hari ini.

5.  Lalu berhimpunlah kepala Melayu-Cina-India dan lain-lain semasa membentuk Perlembagaan Rakyat sebagai ganti Malayan Union 1946.  Dalam masa yang sama berhimpunlah juga kepala Melayu-Cina-India dan lain-lain di penjuru yang berbeza dan mengemukakan Perlembagaan Persekutuan 1948.

6. Begitulah akrabnya Melayu-Cina-India dan lain-lain termasuklah Kadazan, Iban, Orang Asal dan sebagainya membentuk sebuah negara dinamakan Malaya dan Malaysia.

7. Hampa baca sejarah tak?

8. Dah tu nak boikot-boikot - buat pa? Boikot Isreal pun masih terhegeh-hegeh....... piiiirahhhh!

1 Rumah 1 Keluarga, Sasaran MB K'tan Baru


 
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menjadikan agenda untuk membina 'satu unit rumah untuk satu keluarga' sebagai agenda utama pentadbirannya.

Ahmad Yaacob (gambar) dalam sidang media pertama selepas mesyuarat Exco pertamanya berkata, dua anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK), akan dilantik sebagai peneraju utama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini semalam. Mesyuarat exco berkenaan adalah yang pertama selepas PRU 13 lalu melalui saf anggota exco kerajaan negeri yang baru.

Menurutnya lagi, buat peringkat awal ini kerajaan negeri memberi ruang kepada kedua-dua agen kerajaan negeri itu untuk mencari kawasan yang bersesuaian.

“Angka keseluruhan serta peringkat jajahannya akan diberikan secara rasmi oleh kedua agensi ini dan ianya juga akan diperakui oleh bahagian perumahan di bawah exco perumahan,”ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata kerajaan negeri akan membuka tender terbuka untuk projek mineral di negeri itu sama ada emas, besi dan sebagainya. Jelasnya, tander terbuka itu bertujuan untuk meningkatkan hasil yang lebih kepada kerajaan negeri.

“Pada masa yang sama kita juga akan kenal pasti kawasan tertentu, tidak semuanya untuk tander terbuka ini,”ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata sebanyak 2,000 unit rumah akan dibena. Menurutnya, ia akan diselesaikan oleh anak syarikat PKINK, iaitu Syarikat Binaraya.

Menurutnya, ianya sebagai sasaran memenuhi hasrat kerajaan negeri melalui menifesto Pakatan Rakyat pada PRU 13 lalu. “Sebanyak RM9 juta sebagai peruntukkan asas bakal disalurkan, manakala selebihnya akan dibiayai PKINK dan PMBK,”ujarnya. (Hrkh)

Marahkn Filipina, Taiwan Pamerkan Latihan Perang..

Jet tempur Mirage 2000 Angkatan Udara Taiwan 
Jet tempur Mirage 2000 Angkatan Udara Taiwan (REUTERS/Pichi Chuang)

KL: Kemarahan Taiwan ke atas Filipina berkait tembakan nelayannya minggu lalu masih berlanjutan. Hari ini Taiwan mempamerkan latihan perang di perbatasan maritim Filipina, yang juga merupakan lokasi tembakan nelayan tersebut, dan menerapkan sejumlah saksi tambahan kepada tetangganya itu.

Menurut berita Reuters, Rabu kemarin Taiwan sudah menarik perwakilannya dari Filipina. Taiwan, membekukan penerimaan pekerja dari Filipina dan sejumlah kerjasama bisnes dan dagang kedua pihak.

Jurucakap presiden Filipina mengungkapkan bahawa minta maaf sudah disampaikan kepada Taiwan "secara layak" berkait "musibah" yang melanda nelayannya. Mengingatkan Filipina tidak punya hubungan diplomatik resmi dengan Taiwan, Manila hanya mengirim utusan untuk menyampaikan minta maaf ke Taipei.

Namun Perdana Menteri Taiwan, Jiang Yi-huah, menyatakan minta maaf dari Filipina itu masih tidak cukup, kerana menyebut kematian nelayan itu merupakan peristiwa malang dan tidak disengaja, demikian ungkap pernyataan pemerintah Taiwan dalam laman resmi.

"Kami sama sekali tidak mahu menerima minta maaf seperti itu," kata Jiang.

Nelayan Taiwan, Hung Shih-cheng, terkorban setelah kapalnya ditembak kapal patroli Filipina di perairan sebelah utara negara itu kerana dianggap melanggar perbatasan maritim. Taiwan menyatakan pembunuhan itu berlangsung di zon ekonomi eksklusif Taiwan dan insiden tersebut dianggap melanggar hukum internasional.

Selain menolak minta maaf dan menerapkan sejumlah saksi sepihak kepada Filipina, Taiwan pun mempamerkan latihan militer, yang dimulai hari ini. Latihan itu berlangsung selama dua hari. Pejabat Kementerian Pertahanan Taiwan mengungkapkan bahawa latihan berlokasi di Selat Bashi.

Itu merupakan perairan yang membatasi wilayah maritim Taiwan dan Filipina. Latihan itu melibatkan jet-jet tempur Mirage 2000 dan kapal-kapal kelas fregat.(IH)

Umno Kedah Akan Tutup Semua Pusat Hiburan?


Kerajaan Umno Kedah Akan Tutup Semua Pusat Hiburan Dalam 100 Hari 
Lapan ADUN UMNO Kedah angkat sumpah sebagai Exco. Dalam senarai Exco Kedah kali ini tiada Exco Cina kerana ketidaksudian MCA untuk menyertai kerajaan Persekutuan atau Negeri kali ini. Tidak ada juga Exco India kali ini kerana calon MIC tak menang, orang India Kedah pakat tolak MIC nak buat lagu mana. Akhirnya yang memerintah Kedah sekarang bukannya BN tetapi UMNO.
Maka elok kita namakan kerajaan negeri Kedah sebagai Kerajaan UMNO Ar-Rasis. Kononnya di kalangan Exco yang dilantik ada yang tiada kelulusan, maksudnya tiada ijazah atau sekurang2nya diploma. Betoi ka? Macamana orang takdak ijazah nak tadbir pegawai2 KCS yang berpelajaran tinggi? Biagpiilah kat depa tak takdak orang yang layak nak buat macam mana.

BN menang di Kedah pun bukannya kemenangan yang bersih, menang akibat penipuan dan merasuah pengundi. Kemenangan mereka adalah kemenangan yang dibeli. Tok Non nak ajak rakyat Kedah ingat balik janji UMNO masa kempen PRU dulu, kononnya akan ditunaikan dalam masa 100 hari. Meh kita senaraikan balik dan rakyat Kedah tengok adakah UMNO akan tepati atau capati janji mereka ini:

1. Nak tutup semua pusat hiburan di Kedah yang dibuka di masa Pakatan Rakyat

2. Tidak benarkan bukan Islam guna kalimah Allah. (Kita nak tengok adakah pelajar2 bukan Islam terutama kat Sekolah Keat Hwa akan diharamkan nyanyi lagu 'Allah Selamat Sultan Mahkota')

3. Nak hapuskan bayaran parking letak kereta di MBAS.

4. Menurunkan tarif air yang dinaikkan oleh kerajaan Pakatan dahulu sebanyak 10 sen untuk satu meter padu.

5. Memansuhkan 3/4 dari program pengajian di KUIN kerana kononnya membazir dan tiada sambutan pelajar.

Banyak lagi janji depa buat dulu... Tok Non senarai 5 saja sebab Melayu mudah lupa, senarai banyak2 depa bukan nak ingat semua. Pakat-pakat tunggu noo dalam masa 100 hari adakah 5 janji UMNO ini akan ditunaikan. ~kedah la

Nik Aziz, Seorang Hamba Allah Yang Sangat Zuhud..

Oleh: cosanostra
Tuanku al-Sultan Kelantan melawat Menteri Besar Kelantan dirumah beliau, Pulau Melaka Kota Bharu.

"Nik Abdul Aziz bin Nik Mat namanya. Seorang hambaNya yang sangat zuhud dan merendah diri. Kata-katanya selalu disalah tafsirkan oleh penentangnya. Beliau adalah antara tokoh Ulama yang diiktiraf dunia Islam. Beberapa tahun lepas aku berkesempatan duduk di hadapannya ketika beliau sedang berehat-rehat di rumah seorang ketua cawangan parti Islam terbesar di Malaysia.

Jarak antara aku dengannya hanyalah kurang dari 7 kaki. Aku betul-betul berada dihadapannya tanpa sebarang halangan & tanpa sebarang protokol. Memang dah lama aku ingin menatap wajah seorang hamba kepada yang Maha Perkasa dari jarak dekat. Segala puji hanya untuk Allah kerana izinkan aku berada dekat dengannya.

Nik Abdul Aziz hanyalah manusia biasa yang hidupnya penuh kesederhanaan dan. Disebalik status sebagai manusia biasa itu, Nik Abdul Aziz adalah seorang manusia yang telah Allah kurniakan kelebihan sebagai seorang pemimpin masyarakat yang baik.

Jika nak aku ceritakan mengenai Nik Abdul Aziz ini, rasanya tak perlu. Anda semua sedia maklum siapakah dia dan bagaimana kehidupannya. Cari saja di Google pasti akan jumpa. Kini Nik Abdul Aziz tidak lagi menjadi seorang ketua negerinya. Menurut Nik Abdul Aziz, kini adalah masanya Nik Abdul Aziz menyerahkan pentadbiran negerinya kepada generasi baru. Nik Abdul Aziz perlu berehat. Sudah bertahun tahun Nik Abdul Aziz berkhidmat untuk agamanya dan untuk rakyat negerinya. Nik Abdul Aziz berjaya membangunkan sebuah negeri yang mengamalkan ciri-ciri Islam di Malaysia ini.

Rasanya tiada lagi yang hendak aku ceritakan mengenai insan yang bernama Nik Abdul Aziz ini. Google banyak menyimpan ceritanya dan carilah di sana. 

Dari:  http://shutterblast.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails